Rabu, 29 Februari 2012

KENAPA ORANG YAHUDI TULEN TENTANG ZIONSME YANG MEREKA ANGGAP SEBAGAI BUKAN YAHUDI TETAPI ATHEIS YANG MENGGUNA UGAMA YAHUDI UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

Oleh Mansor Puteh



Tentu apa yang dikatakan di sini tentang ada kaum Yahudi sendiri yang menentang Zionisme sebagai keterlaluan. Tentu ada yang berkata ia perkara mustahil.

Ini dapat dilihat dari kenyataan pemimpin Melayu sendiri yang telah menyatakan sokongan mereka terharap penubuhan negara Israel dan mahu ia senantiasa selamat dari ancaman.

Ternyata sekali insan ini bebal sejarah; dia tidak faham apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi Tulen berbanding dengan orang yang guna Yahudi untuk menyebarkan dakyah Zionisme mereka yang dicipta dalam pertemuan di Zurich, Switzerland oleh kumpulan Yahudi sesat.

Dan kalau ada pemimpin Palestin yang sanggup berkumpul dengan pemimpin Melayu ini, sudah tentu mereka juga tidak boleh diharap menjadi tokoh Palestin yang benar-benar mahu bebaskn tanah Palestin dari cengkaman Zionis.

Mustahil untuk kaum Yahudi sendiri yang menentang Zionisme.

Tetapi ini adalah kenyataan. Dan kenyataannya ialah kaum Yahudi Tulen atau Orthodox Jews atau Hassidic Jews yang berpegang kepada tuntutan ugama mereka mengikut kitab suci mereka iaitu Torah dan Talmud tentang Zionisme.

Dan mereka bukan sebuah kumpulan kecil tetapi sebuah pertubuhan besar berpusat di New York, bernama Naturei Karta. (Lihat laman web mereka: www.nkusa.org) untuk mengikuti tindakan yang mereka telah ambil untuk mengecam penubuhan negara Zionis Israel atau Ezret Israel dalam tahun 1948 dahulu.

Malah kumpulan Yahudi Tulen ini telah didubuhkan dalam tahun 1920 lagi semasa Palestin berada dibawah jajahan Inggeris.

Dan pemimpin mereka masih menganggap bahawa penubuhan Israel itu tidak sah.

Ia mungkin sah hanya di sisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB, dan dengan sokongan Amerika yang sering mengguna kuasa veto mereka untuk mengecam negara lain yang tentang Israel.

Tetapi mengikut ajaran Yahudi Tulen, penubuhan Israel itu tidak sah di sisi ugama mereka.

Mereka menganggap Zionisme adalah satu fahaman politik sahaja. Dan mereka yang menubuhkannya tidak lain dari orang yang telah terkeluar dari ajaran Yahudi Tulen. Malah mereka dikecam sebagai bukan Yahudi tetapi atheis iaitu orang yang tidak berugama.

Saya sempat bertemu dengan tiga dari mereka semasa berada di Tehran awal Febrauri ini, bila kami menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Fajr.

Saya sempat menemuramah dua orang dari mereka yang kelihatan seperti penuh gigih dengan hujah mereka untuk melihat orang Yahudi Tulen hidup dibawah pemerintahan Palestin seperti dulu, sejak zaman Nabi dulu.

Rabbi Yisroel Dovid Weiss dan Rabbi Cohen, sebenarnya telah berkunjung ke Kuala Lumpur menghadiri persidangan keamanan Perdana.

Di Tehran, mereka tetap mengguna pakaian seharaian mereka iaitu kot labuh dengan topi hitam  dengan lencana diikat pada dada mereka menyatakan sokongan mereka terhadap kemerdekaan negara Palestin.

Rabbi atau Paderi Cohen dari Manchester, yang sudah lanjut usianya berkata dia tidak akan pijak kakinya di buki Israel selagi ia dikenali dengan nama ini. Dan dia hanya akan berkunjung ke tempat suci ugama Yahudi Tulen apabila negara ini sudah dibebaskan.

Dia sanggup menerima kecaman dari orang yang merosakkan keretanya, sebab padanya ia bukan sesuatu yang besar.

Ketiga-tiga Rabbi itu menarik perhatian ramai peserta pesta filem itu yang gemar bergambar dengan mereka termasuk beberapa orang penerbit dan pengarah filem dari Palestin sendiri.

Sebabnya ialah orang Palestin dan juga Arab dan Islam lain tidak mempunyai niat jahat terhadap Yahudi Tulen.

Malah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sendiri telah bersedia menerima kunjungan mereka ke pejabatnya dimana mereka telah berbual mesra tentang keadaan di Palestin atau Israel dimana Ahmadenijad mengulang kenyataannya yang telah diputar-belitkan apabila dia dilapor sebagai berkata dia anti-Yahudi, sedangkan dia dan Iran hanya mempunyai sikap anti-Zionis dan anti-Zionisme sahaja.

Rabbi Weiss menunjukkan gambar-gambar Yahudi Tulen yang telah dibelasah oleh askar Zionis di Israel.

Tentu sekali kejadian kejam seperti ini tidak disiar dalam media di Amerika dan Barat yang nyata sekali ada pro-Zionis.

Dan kisah kezaliman kaum Zionis tidak mungkin akan diterbit dalam bentuk filem maupun siri drama televisyen termasuk ‘kehebatan’ pemimpinnya membunuh orang Palestin dengan begitu kejam di kem pelarian Sabra dan Shatilla dan lain-lain.

Tentu tidak masuk akal orang Yahudi yang dianggap kuat dengan pegangan ugama Yahudi diberi layanan seperti ini oleh askar Zionis di Israel sendiri dimana mereka tidak diterima oleh pemimpin Zionis.

Ini hanya membuktikan pemimpin Zionis bukan hanya sanggup melakukan kezaliman kepada orang Palestin atau Arab, tetapi kepada orang Yahudi Tulen sendiri, demi memegang kuasa di Israel.

Sebenarnya fahaman Zionisme telah diperkenalkan untuk mengangkat tahab kaum Yahudi di Amerika ke tahab sama dengan kaum lain di negara tersebut.

Dulu orang Yahudi berada ditahab yang begitu rendah sekali; mereka sama dengan kaum kulit hitam di Amerika.

Bagaimanapun oleh sebab jumlah Yahudi di Amerika begitu kecil mereka tidak boleh ambil tindakan keras seperti kaum kulit hitam.

Mereka guna cara menguasai industri. Dan apabila ini berjaya, mereka kembangkan fahaman itu untuk dijadikan satu fahaman politik yang mana mereka mahu desak penubuhan sebuah negara di Palestin, dan guna pengaruh yang mereka telah perolehi di Amerika untuk membantu mereka.

Sekarang Amerika telah menjadi hamba kepada pemimpin Zionis dan mereka tidak berani untuk tentang sebab mereka ada ketakutan teramat dengan pemimpin Zionis yang boleh memberi padah kepada mereka.

Jadi tidak hairan kalau ada teori yang menyatakan bahawa Presiden Amerika dulu, John F. Kennedy telah dibunuh oleh Zionis sebab Presiden Kennedy tentang hasrat Israel untuk membangunkan rancangan nuklear mereka.

Presiden Richard Nixon dan Presiden Bill Clinton juga mendapat nasib seperti itu sebab dia juga tidak sebulu dengan pemimpin Zionis, iaitu dengan mengempat-gempurkan skandal melibatkan kedua mereka oleh media yang ternyata sekali dikuasai oleh elemen pro-Zionis di Amerika.

Kedua-dua Rabbi Yahudi Tulen yang sempat saya temuramah percaya Israel akan lesap dan tanah Palestin akan dibebaskan, walaupun ia tidak berlaku semasa hayat mereka.

Sabtu, 25 Februari 2012

DIANTARA PENGLIPUR-LARA DAN TUKANG KARUT DALAM BIDANG PENERBITAN DOKUMENTARI. ADA YANG SANGGUP TERBIT DOKUMENTARI WALAUPUN MEREKA TIDAK BERMINAT DENGAN BAHANNYA SEMENTARA ADA YANG LAIN YANG TERBITNYA OLEHSEBAB MEREKA BENAR-BENAR TAHU BAHANNYYA.

Oleh Mansor Puteh



Saya percaya ramai Orang Melayu tersinggung dengan penerbitan dokumentari tentang Tun Abdul Razak dan Mokhtar Dahari.

Mereka cemuh karyanya dan bukan bahan atau tokohnya sebab ia tidak dibuat oleh penerbit dokumentari keturunan Melayu.

Apakah jadah mesti orang cina terbit dokumentari tentang tun razak dan mokhtar?

Tidak ada pengarah dokumentari Melayu yang boleh melakukannya?

Inilah kepincangan jelas yang terdapat dalam penerbitan kedua-dua buah dokumentari yang disiar oleh History Channel baru-baru ini yang dibuat oleh mereka yang langsung tidak diketahui oleh umum sebagai ‘peminat setia’ Tun Razak dan Mokhtar.

Mereka hanya berminat untuk menerbit dokumentari tentang mereka olehsebab mereka dapat peluang melakukannya.

Dan sekarang lihat apa sahaja yang mereka telah lakukan setelah dokumentari itu disiar di televisyen?

Mereka tidak bersungguh-sungguh mahu menayangnya untuk membincang tentang kehidupan Tun Razak dan Mokhtar.

Mereka bukan pakar dalam bidang sejarah dan berminat benar dengan kedua mereka. Dan mereka juga tidak ada perhubungan peribadi dengan mereka dan telah mendedah maklumat baru tentang mereka.

Jadi apa yang telah berlaku ialah dokumentari tentang Tun Razak dan Mokhtar tidak lain seperti bahan vidio sejarah tentang kehidupan mereka seperti yang dikisahkan dalam buku sejarah untuk kanak-kanak sekolah di peringkat darjah lima sahaja.

Jumaat, 24 Februari 2012

DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN): IA MESTI DIBAHAS SECUKUPNYA DAN MENGAMBIL KIRA CADANGAN DI SINI YANG MENGAMBIL KIRA LEBIH BANYAK FAKTOR DAN PERSPEKTIF SERTA HASRAT. – BAHAGIAN KEDUA.

Oleh Mansor Puteh



PERANAN MEDIA BUKAN MELAYU:

Media bukan Melayu di Malaysia yang mempunyai sikap negatif terhadap karya seni tempatan dalam Bahasa Melayu telah berjaya membuat masyarakat bukan Melayu seakan benci dengan filem dan muzik Melayu. Perkara ini mesti dibincang dan penyelesaian dicapai untuk mengatasi masalah ini.
PERANAN UNIVERSITI DAN AKADEMI SENI:

Tidak juga disebut apa yang boleh diguna dengan semua universiti dan maktab yang memberi ijazah dan diploma dalam bidang kesenian.
PERANAN GRADUAN DARI UNIVERSITI TERKEMUKA DI DUNIA:

Tidak juga disebut apa yang boleh dibuat untuk sarjana filem dan bidang kreatif lain yang sedia ada. Mestikah mereka semuanya dipinggirkan dan dihina oleh pegawai agensi dan bank?

TIDAK ADA USAHA MENGANJUR PESTA FILEM DAN PESTA KESENIAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN, BENUA ASEAN, DUNIA ISLAM DAN ANTARANBANGSA:

DIKN tidak ada sebarang perancangan untuk menganjur pesta filem dan kesenian bagi membawa karya seni ke pengetahuan masyarakat luar Malaysia. Tujuannya juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pengkarya seni Malaysia dengan mempengaruhi perkembangan kegiatan seni di negara luar.

DIKN DIGUBAL TANPA SEBARANG PENYELIDIKAN MENYELURUH:

DIKN akhirnya dilihat dari perspektif mereka yang tidak aktif dalam bidang seni; mereka yang tidak membuat kajian yang menyeluruh yang tahu tentang perkembangan bidang seni di Amerika khususnya.

Tidak dinyatakan siapa yang membuat kajian dan apa latarbelakangnya.

Tidak juga dinyatakan berapa lama ia telah dibuat dan berapa banyak pembelanjaan yang diguna.

TIDAK ADA PERANCANGAN IKUT PERINGKAT PERLAKSANAAN:

Tidak juga dinyatakan bila cadangan mahu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat atau serentak dan berapa perbelanjaan yang sanggup diperuntukkan oleh kerajaan.

Ia melibatkan banyak agensi kerajaan.

TIDAK MELIBATKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN:

Tetapi ia tidak melibatkan kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi.

Ia tidak melibatkan pakar dalam semua bidang. Tidak ada satu bab yang menyenaraikan pengkarya seni dalam semua bidang dengan menulis tentang latarbelakang akademik, kelayakan dan pengelaman mereka.

ADAKAH PEGAWAI PENTABDIR AGENSI BERKENAAN AKAN DIHANTAR AMBIL KURSUS LANJUTAN?:

Siapa yang akan mentadbir agensi-agensi, samada mereka adalah pegawai yang sedia ada sekarang atau mereka yang akan dihantar ke luar negeri untuk mendapat pendidikan khas untuk mengurus agensi tersebut.

Adakah pegawai bank yang akan dihantar ke luarnegeri untuk ambil kursus tertentu?

TIDAK ADA PERANCANGAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN, BENUA ASEAN, BENUA ASIA, DUNIA ARAB DAN DUNIA SELURUHNYA:

DIKN tidak mempunyai pelan tindakan menyeluruh untuk mengembangkan industri kreatif diperingkat kebangsaan, daerah wilayah, benua Asia, Dunia Islam dan dengan Barat.

Tidak ada sasaran untuk mencapai kejayaan yang boleh dilihat oleh orang awam untuk membuktikan bawa cadangan terkandung dalam DIKN ini berjaya atau tidak.

DIKN tidak boleh menaikkan taraf atau status pengkarya seni ke tahab yang tinggi; ia akan terus meletakan mereka ke tahab bawah tahab dan status pentadbir yang datang dan pergi, yang membawa karenah sendiri. Dan mereka akan tinggalkan jawatan dalam beberapa tahun yang akan diambil alih oleh mereka yang sama tidak peka dalam bidang seni.

DIKN AKAN HANCURKAN BAKAT DAN TENAGA KREATIF YANG SEDIA ADA TANPA MEMPERBANYAKKAN JUMLAHNYA DENGAN TENAGA BARU:

Akhirnya DIKN boleh menghancurkan apa sumber manusia dan kreatif yang sedia ada tanpa mengembangkannya.

DIKN AKAN MEMBUAT TAHAB ATAU STATUS PENGKARYA SENI RENDAH BERBANDING DENGAN PENTABDIR DI AGENSI KERAJAAN DAN DI BANK:

DIKN akan terus menyebabkan pengkarya seni melutut di depan pentadbir dan menjilat tapak kaki mereka, sebabnya ialah segala rancangan yang mahu dilakukan itu adalah tertumpu kepada kehendak agensi dan bukan dengan tuntutan industri.

TIDAK ADA KEGIATAN PUSAT ATAU ‘CORE ACTIVITY’ YANG MEMBOLEHKAN KEGIATAN DALAM SEMUA SENI MENJADI RANCAK AKIBAT KEGIATAN PUSAT ITU DIGERAKKAN:

Yang harus dilakukan ialah untuk kerajaan memilih sebuah kegiatan seni yang pusat atau ‘core artistic activity’ yang mana boleh dikembang dan dimajukan supaya kesan sampingan dengan kegiatan yang berlaku akibat kegiatan pusat ini diaktifkan boleh menyebabkan tindakan bersusun berlaku – atau kesan ‘multiplier’ yang dengan sendirinya memajukan semua kegiatan seni.

KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TIDAK DILIBATKAN SAMA:

Tidak ada cadangan untuk melibatkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membantu dalam hal ini, supaya kegiatan seni dapat berlaku disemua negeri di peringkat itu berbanding dengan kegiatan yang boleh berlaku diperingkat kebangsaan dan benua Asean, Dunia Islam dan antarabangsa.

Tidak juga disebut dari mana dana yang akan datang dan berapa jumlahnya.

KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TIDAK DIGALAK TUBUH AGENSI PERFILEMAN SENDIRI SEPERTI MEREKA ADA PASUKAN SOKAN DAN STADIUM:

Kerajaan negeri boleh diajak melibatkan diri dalam usaha pembuatan filem dan penerbitan persembahan seni dengan membina pawagam dan pusat filem negeri sendiri bagi mencungkil bakat di peringkat negeri masing-masing dan dengan membuka pawagam di semua kawasan perumahan dan pusat bandar baharu supaya setiap negeri bersaing dalam bidang seni seperti mereka bersaing dalam bidang sokan.

Kerajaan negeri mesti beri biasiswa untuk galak anak negeri lanjutkan pelajaran dalam semua jenis kesenian.

MENARIK PELABURAN DARI LUAR NEGARA:

Lebih teruk lagi ialah tidak ada usaha untuk menarik pelaburan dari luar negara dan usaha meluaskan pengaruh kebudayaan dan kesenian Melayu dan Malaysia untuk ia diterima diseluruh dunia.

SISTEM ELAK BERLAKUNYA RASUAH:

Tidak juga disebut apa cara atau sistem yang akan diguna untuk mengelak rasuah daripada berlaku dalam proses pemberian dana yang begitu banyak yang diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga bank.

PEGAWAI ATAU WAKIL DARI SPRM MESTI TERLIBAT DALAM SEMUA USAHA PENGAIHAN DANA DAN PENILAIAN PROJEK.

Ini adalah cara yang baik untuk menjaminkan tidak ada pegawai agensi kerajaan dan bank yang sengala melewatkan penilaian dan penerimaan cadangan oleh sebab mereka mahu dapat ganjaran darinya.


BANGUNKAN RANGKAIAN PAWAGAM RAKYAT 1MALAYSIA (PR1M):

Kalau kerajaan boleh bina rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (PR1M), kenapa tidak rangkaian Sinema Rakyat 1Malaysia pula di kawasan perumahan dan bandaran Melayu untuk menampung jumlah penerbitan filem Melayu yang bertambah?

GALAKKAN SETIAP KERAJAAN NEGERI MENUBUHKAN PERBADANAN KEMAJUAN PERFILEMAN NEGERI MASING-MASING DENGAN MEMBINA PUSAT KEBUDAYAAN DAN PAWAGAM:

Kalau ini dapat dilakukan dan setiap kerajaan negeri menerbit tiga buah filem setahun, kita sudah boleh ada 42 buah filem setahun. Dan kalau setiap kerajaan negeri membina lima pawagam, kita boleh ada rangkaian pawagam baru untuk menampung penerbitan filem-filem tersebut.

Ini seharusnya telah dilakukan oleh setiap kerajaan negeri yang semuanya mempunyai pasukan bola, badminton, sepak raga dan lain-lain yang membina stadium dan dewan olahraga yang menelan perbelanjaan ratusan juta ringgit.

Semua kegiataan ini boleh menarik perhatian anak negeri yang berbakat dan akhirnya rakyat negeri masing-masing akan menjadi lebih berbudaya. Ia adalah juga satu cara untuk mengelak mereka dari merempit dan terlibat dari jenayah.

CARA LAIN TUKAR DIKN UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF DI MALAYSIA:

Ada cara lain yang boleh diguna untuk memajukan industri kreatif di Malaysia yang tidak membebankan kerajaan atau yang memerlukan pemberian dana berterusan, supaya industri ini boleh berdikari dan memberi sumbangan kewangan kepada negara.

RUMUSAN: DIKN MESTI DITOLAK:

DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN) MESTI DITOLAK SEBAB IA BUKAN ASAS UNTUK KEMAJUAN INDUSTRI INI.

SEBALIKNYA IA BOLEH MENGHANCURKAN INDUSTRI KREATIF NEGARA DENGAN PENGIAT SENI DAN SARJANA BIDANG SENI TERUS DIPANDAND RENDAH.

PENYELIDIKAN YANG LEBIH MENYURUH HARUS DIBUAT, SEBAB IA MELIBATKAN DANA YANG BESAR, JADI PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF NEGARA MESTI BERASAS FAKTA DAN TIDAK ANDAIAN SEMATA-MATA.

APA YANG DIKN TIDAK ADA:

1.         DIKN HARUS MENCORAK USAHA TARIK PELABURAN DARI LUAR NEGARA:

2.         DIKN HARUS MENJALIN PERHUBUNGAN RAPAT DENGAN PIHAK DI LUAR NEGARA KHUSUSNYA DENGAN INDONESIA UNTUK MELUASKAN PENGEDARAN BAHAN KREATIF DALAM SEMUA BIDANG KHUSUSNYA FILEM DAN TELEVISYEN DAN TEATER:

3.         DIKN HARUS MEMBINA DAN MENONJOLKAN PENGIAT SEMUA BIDANG SENI
MALAYSIA KE TAHAP PEMIMPIN INDUSTRI DI PERINGKAT ANTARABANGSA UNTUK MEMPENGARUHI BIDANG KESENIAN DIPERINGKAT DUNIA:

4.         TIDAK ADA PERSPEKTIF SEJARAH, GEOGRAFI, FALSAFAH, PSIKOLOGI, POLITIK SERTA UGAMA SUPAYA KEMAJUAN DALAM INDUSTRI KREATIF MENGUNTUNGKAN DAN TIDAK MERUGIKAN. 

Isnin, 20 Februari 2012

DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN): IA MESTI DIBAHAS SECUKUPNYA DAN MENGAMBIL KIRA CADANGAN DI SINI YANG MENGAMBIL KIRA LEBIH BANYAK FAKTOR DAN PERSPEKTIF SERTA HASRAT. – BAHAGIAN PERTAMA.

Penilaian oleh Mansor bin Puteh.


(NOTA: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mesti beritau siapa yang membuat kajian tersebut untuk mengubal Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) – apa kelayakan dan pengelaman mereka, dan berapa lama mereka melakukannya dan berapa perbelanjaan yang telah diguna dan sejauhmana mereka telah pergi untuk membuat kajian dan siapa yang mereka telah bertemu dan berbincang untuk mendapat maklumat.

DIKN mesti ada data dan statistik yang telah diperolehi untuk mengubal dasar ini dan siapa yang menilainya. Kalau ini tidak dilakukan DIKN hanya mengandungi andaian semata-mata yang tidak berasas dan cadangannya tidak mungkin boleh dilaksanakan.

Dan adalah salah untuk KPKK menghantar dasar ini terus ke kabinet untuk mendapat persetujuan tanpa mempersembahkannya kepada penggiat seni untuk beri cadangan dan penilaiannya.)

DIKN SEHARUSNYA MENCARI JALAN UNTUK MENGGALAKKAN KEGIATAN SENI DISERAHKAN KEPADA INDUSTRI SUPAYA INDUSTRI INI MENJADI ‘KEGIATAN INDUSTRI’ DAN TIDAK ‘KEGIATAN AGENSI’ ATAU ‘INDUSTRY-DOMINATED’ DAN BUKAN ‘AGENCY-DOMINATED’ SUPAYA IA DITADBIR OLEH PAKAR DENGAN KELAYAAN KHUSUS DAN BUKAN PEGAWAI YANG DILANTIK, SUPAYA SETIAP KEGIATAN SENI MENJADI SEBUAH INDUSTRI DENGAN PEMIMPIN DAN KEGIATAN MASING-MASING:

DIKN tidak menyeluruh, dengan penyelidikan dilakukan secara serius diperingkat ijazah kedoktoran dan tidak mengguna sebuah laporan yang dibuat secara dengan andaian apa yang dicadangkan itu boleh berlaku sedangkan apa yang mahu dilakukan itu hanyalah satu eksperimen.

Ia terlalu cuba untuk meniru apa yang telah dilakukan di beberapa buah negara Barat yang menguntungkan mereka, sedangkan usaha kita adalah untuk merubah sistem penerbitan, penghayatan, pengedaran dan penerimaan bahan kreatif kita, supaya Malaysia menjadi punca utama dalam bidang ini khususnya dalam bidang filem dan televisyen.

Kalau ini tidak dilakukan maka perkembangan yang mungkin berlaku tidak ada elemen propaganda; walhal kegiatan seni dan budaya di barat adalah semata-mata propaganda termasuk sasternya seperti sastera Inggeris adalah propaganda Inggeris; filem-filem Hollywood adalah propaganda Amerika dan Zionis.

Dan DIKN seharusnya berusaha untuk mengurangkan penyebaran propaganda Zionis dan barat dengan memperluaskan pengaruh budaya kita di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam.

Ini bermakna bahawa kegiatan kreatif negara akan terus menjadi suatu kegiatan dimana penggiat seni akan menjadi hamba dan tidak menjadi tokoh yang dihormati yang boleh mengembangkan bidang seni ke tahab industri yang boleh berdikari.

Seperti di Hollywood dan Bollywood atau industri filem di Mumbai yang boleh wujud tanpa sebarang bantuan kerajaan pusat mereka. Dan filem-filem Bollywood adalah propaganda.

Ini yang menyedihkan sebab penggiat seni akan terus mengemis minta dana dari kerajaan, sedangkan ada cara lain yang boleh digunakan untuk mereka mengembangkan kegiatan seni sehingga ia boleh menjadi industri.



DIKN TIDAK AMBIL KIRA FAKTOR DAN ELEMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF – KEPAKARAN DAN BARISAN SARJANA YANG SEDIA ADA:

DIKN ditulis seperti Malaysia tidak ada pakar dan sarjana dalam bidang perfileman dan lain-lain; seperti Malaysia mahu wujudkan satu kegiatan kreatif dengan segala yang berkurangan.
Jadi tidak hairan kalau mereka yang gubal DIKN ini tidak pernah melutut dan dapat maklumat dari pakar dan sarjana.

TIDAK DISEBUT BERAPA RAMAI PAKAR YANG AKAN DIBERI PENDIDIKAN DALAM BIDANG KESENIAN DI LUAR NEGARA:

Ini yang menyedihkan sebab DIKN langsung tidak mengiktiraf mereka yang ada kelayakan maupun mahu galak satu generasi baru untuk diberi pendidikan diperingkat tertinggi di luar negara supaya mereka boleh menjadi pentadbir yang lebih berwibawa.

SIAPA YANG AKAN MENTADBIR DAN MENGUASAI USAHA INI MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF NEGARA?:

Tidak dinyatakan pula siapa yang akan mengepalai usaha ini dan agensi mana yang akan menjadi pusat pertumbuhan industri kreatif negara, samada sebuah kementerian baru akan ditubuhkan, samada sebuah agensi atau jawatankuasa baru akan ditubuhkan yang ada kuasa untuk mengarah agensi dan kementerian terbabit.

DIKN SATU EKSPERIMEN SAHAJA YANG TIDAK BOLEH MEMBAWA KEPADA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF:

DIKN akan bereksperimen dengan masa depan pengkarya seni di Malaysia. Ia akan mengeciwakan pengkarya seni sebab cadangan-cadangan terkandung dalamnya tidak menyeluruh; ia adalah kegiatan yang tidak kena-mengena; jadi perkembangan industri kreatif tidak bersepatu.

TIDAK DISEBUT DIMANA DANA DAN BERAPA JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN SEMUA CADANGAN-CADANGAN DALAM DIKN:

Ini yang peliknya. Semuanya bermula dari dana. Kalau tidak disebutkan dari mana dana akan diperolehi dan berapa jumlahnya, maka cadangan-cadangan yang dibentangkan itu tidak boleh dilakukan.

SIAPA YANG BERKUASA UNTUK MENGARAH AGENSI KERAJAAN?:

Lagipun tidak dinyatakan juga siapa yang ada kuasa untuk mengarah pengarah agensi-agensi yang disebut dalam DIKN untuk bertindak seperti yang dihasratkan dalam DIKN.

BILAKAH DIKN AKAN BERKUATKUASA?:

Ini juga tidak dinyatakan.

TIDAK ADA USAHA UNTUK MEMBENTUK SISTEM:

Tidak ada usaha membentuk sistem, jaringan, saluran karya seni dalam dan luar negara, perhubungan diantara satu aktiviti seni dan yang lain untuk menjadikan industri kreatif bersepatu supaya sistem ini lengkap dan yang boleh berkembang berterusan.

TIDAK BERITAU DIPERINGKAT MANA INDUSTRI KREATIF MALAYSIA BERADA SEKARANG:

DIKN tidak memberitahu ditahab mana industri kreatif Malaysia berada sekarang untuk perancangan dibuat ikut dari tahab tersebut dalam semua bidang.



TIDAK MENYENARAI PAKAR DALAM SEMUA BIDANG SENI:

DIKN tidak menulis senarai pakar-pakar dalam semua bidang seni, samada mereka telah dirujuk untuk beri pandangan dan cadangan spesifik.

DIKN SEPERTI MAHU BERMULA DARI PERINGKAT PALIING BAWAH DAN KOSONG SEPERTI KEGIATAN SENI DI MALAYSIA TIDAK WUJUD:

DIKN gagal membincang perkara ini. Oleh sebab itu rancangan dan cadangan tidak ambil kira kehadiran pakar dan pengiat dan pengkarya seni yang boleh dibantu untuk menggiatkan industri seni kreatif.

DIKN TIDAK BERI SEBARANG HARAPAN UNTUK PENGKARYA FILEM DAN SENI YANG BOLEH BERJAYA DI PERINGKAT DUNIA, WALAUPUN MEREKA MUNGKIN TIDAK DISENANGI DIPERINGKAT TEMPATAN:

DKIN tidak sedar bahawa ada pengkarya filem dan seni bertaraf dunia tetapi mereka disabotaj oleh KPKK dan RTM sendiri dengan pegawak KPKK dan  menghina mereka bila dapat kesempatan tanpa menjemput minta pandangan dan galak mereka berkarya guna dana khas kerajaan. Ini yang ironinya.

Dan mereka tidak perlu menerbit filem tempatan dengan perbelanjaan kecil tetapi yang besar untuk pasaran dunia.

TIDAK ADA FALSAFAH:

Sebab yang dinyatakan kenapa industri kreatif mahu dimajukan tidak lengkap dan menyeluruh. Ia tidak mengkagumkan. Ada sebab dan tujuan lain yang lebih mulia yang boleh dijadikan panduan kenapa industri kreatif di Malaysia mesti dimajukan.

FALSAFAH YANG DICADANGKAN, WALAUPUN IA TIDAK PERLU DIDEDAHKAN KEPADA UMUM:

Merapatkan perpaduan bangsa Melayu, Umat Islam dan diantara kaum serta menonjolkan Malaysia sebagai negara pengeksport karya seni dalam semua bidang disamping mengguna media baru sebagai senjata propaganda menangkis propaganda Zionis dan amerika dan barat yang telah diguna oleh mereka selama ini.
                                  
TIDAK ADA USAHA MENGGALAK PENULISAN TENTANG FILEM DAN KARYA SENI.

Bidang penulisan dan analisa tentang seni dan budaya mesti digerakkan dan mereka yang terlibat dengannya mempunyai kelayakan khusus.

TIDAK ADA USAHA MENUBUHKAN PUSAT DAN MUZIUM SERTA AKIB KESENIAN NEGARA BAGI MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG KEGIATAN PENGKARYA SENI.

Industri kreatif sesebuah negara mesti dilihat dengan himpunan karya dan peneraian karya dan pengkarya secara sistematik.

DIKN tidak bercakap tentang ini.

PERANAN RADIO, TELEVISION DAN MEDIA:

Tidak disebut apa yang boleh dibuat kepada radio dan televisyen di Malaysia sekarang. Tidak juga disebut apa yang mesti dilakukan kepada media yang ada sekarang untuk membentuk pemikiran dan penghayatan baru dalam bidang seni.

Khamis, 16 Februari 2012

BERPESTA DAN BERDAKWAH DENGAN FILEM DI PESTA FILEM ANTARABANGSA FAJR KE-30 DI TEHRAN…

Oleh Mansor Puteh



Ia bukan sebuah pesta filem antarabangsa sebarangan. Ia tidak ikut corak yang diguna oleh penganjor pesta filem antarabangsa lain.

Ia adalah sebuah pesta filem yang paling besar dan berprestif di seluruh Dunia Islam.

Malangnya, Pesta Filem Antarabangsa Fajr yang sudah menjangkau 30 tahun Februari lalu seperti tidak menghargai penerbitan filem-filem tempatan, iaitu dari Malaysia.

Kurang sangat filem Melayu yang telah dijemput menyertainya walaupun bukan untuk pertandingan tetapi tayangan biasa.

Tahun ini cuma sebuah dokumentari saya sahaja yang telah dijemput, sedangkan pada tahun-tahun sebelum ini boleh dikira filem yang diterima.

Masalahnya ialah kebanyakan filem Melayu yang diterbit sejak kebangkitan pertumbuhan perusahaan industri filem Melayu atau Malaysia tidak menepati hukum syarak.

Di Iran penerbitan filem tidak terlepas dari hukum ini; dan ia bukan seperti di negara yang mengaku Islam lain yang mengendahkannya. Mereka anggap filem adalah filem.

Di Iran filem bukan filem kalau ia tidak ada unsur dakwah atau pengajaran bukan sahaja dari segi ugama tetapi dari segi akhlak dan keperibadian.

Malangnya, atau yang sedihnya, inilah yang telah membuat banyak filem dari Iran diterima oleh pesta filem antarabangsa di Barat.

Sedangkan filem-filem dari negara Islam lain yang tidak mempamirkan nilai ini tidak dianggap penting.

Kebetulan pula semasa di Tehran dari Januari dan Februari lalu tersiar berita sebuah filem Iran berjudul, ‘A Separation’ mendapat pencalonan filem asing terbaik oleh Anugerah Akademi yang memberi Oskar.

Ia mungkin filem Iran pertama yang mendapat pengiktirafan ini setelah beberapa buah filemnya yang lain kecundang.

Tetapi tidak menghairankan pula ada anggapan maupun tohmahan yang mengecam filem ini yang dikatakan tidak mengangkat nilai Islam yang baik; maka itu ia disenangi pula oleh pihak Anugerah Akademi di Los Angeles.

Tidak menghairankan pula filem ini tidak dipilih oleh pesta filem Cannes tetapi Berlin yang memberinya anugerah filem terbaik.

Jadi apa yang baik di Cannes atau mana-mana pesta filem antarabangsa itu, tidak semestinya baik untuk pesta filem lain yang bersaing, yang sengaja atau dengan tidak sengaja tidak mahu beri pengiktirafan kepada filem yang diberi anugerah oleh pesta filem pesaing untuk menyatakan sesuatu…

Sebagai peserta dan pelawat ke pesta filem Fajr saya sempat bergaul dengan ramai pengarah filem, pengkritik dan pengarah filem dari banyak negara yang mengambil bahagian dalam pesta filem Fajr ini.

Ia dibahagikan kepada filem asing yang mana malam anugerahnya berlangsung pada 6 Februari dan bahagian tempatan untuk filem Iran sahaja pada 11 Februari lalu.

Nampaknya pemenang bahagian filem tempatan dengan diberi trofi dan sijil, setiap mereka diberi sebuah kereta tempatan berjenama Saba yang diletak sederet di luar Dewan Vahdat.

Sudah 30 kali pesta filem Fajr dilangsungkan dan setaip tahun mereka mendapat ratusan filem yang dihantar seluruh dunia. Tahun ini sahaja mereka terima 553 filem yang mana cuma 60 buah filem, termasuk satu sahaja dari Malaysia.

Acara sampingan yang diadakan adalah tayangan. Dan peserta yang dijemput menonton enam buah filem setiap hari yang ditayang di dewan di Menara Milad yang terletak satu jam dari Hotel Parsian Azadi dimana tetamu diletakkan sepanjang pesta filem itu.

Tidak tahu pula bila filem dari Malaysia disenangi oleh penganjur pesta filem Fajr, samada ada yang akhirnya mendapat pengiktirafan darinya sebelum ada pengarah mahu berangan-angan membawa balik Oscar yang kini merupakan angan-angan Mat Jenin bagi hampir semua pengarah filem tempatan.

Tetapi tidak mengapa, sehingga ini berlaku, sekurang-kurangnya pihak penganjur telah secara tidak langsung memberi penghargaan dengan menjemput seorang dari Malaysia untuk menjadi ahli juri bagi bahagian filem-filem negara Islam, iaitu Dato’ Mahyiddin Mustakim, bekas ketua pengarah Finas.

Beliau berserta dengan pelakon terkenal dari Indonesia iaitu Christine Hakim yang pernah menjadi juri di beberapa pesta filem di Eropah.

Terdapat juga wakil dari Pejabat President Republik Timor-Leste, iaitu Jose Turquel yang menyertai pesta filem Fajr ini untuk mencari pandangan dan idea sebab negara beliau dijangka akan menganjur sebuah pesta filem pertama mereka lewat Ogos depan.

Ia bertujuan untuk mengalak pertumbuhan perusahaan filem di Timor-Leste.

Sebenarnya Pesta Filem Fajr bukan sebuah pesta filem yang kecil; mereka menjemput ratusan peserta dari banyak negara seluruh dunia dan flem-filem yang dipilih juga sering dijemput ke pesta filem lain.

Cuma yang berbezanya pesta filem ini dengan yang lain ialah ia tidak disaluti dengan glamor. Pelakon dan pengarah tidak berlagak. Mereka tidak memakai pakaian yang menjolok mata dan penuh bergaya.

Pelakon bergaul dengan khalayak sama seperti biasa.

Dan tidak pula ada liputan meluas sebelum, semasa atau selepas pesta filem ini.

Ini disebabkan pembuat filem di Iran sibuk; mereka tidak ada masa untuk dibuang begitu sahaja.

Adakah apa yang dapat pengarah filem dari Malaysia belajar dari pengarah filem di Iran?

Tentu sekali.

Malangnya, suatu usaha tidak pernah dilakukan untuk merapatkan perhubungan dan menjalinkan kerjasama diantara pengarah filem kedua buah negara.

Pernah pengarah terkenal mereka Majid Majidi dan pelakon terkenal mereka, Fatemah Mohammed-Aria berkunjung ke Finas.

Malangnya, kehadiran mereka tidak disambut dengan mesra oleh pengiat filem di Malaysia; jadi kunjungan mereka adalah cuma lawatan biasa.

Kebetulan pula beberapa bulan lalu, pelakon Fatemah mendapat penghargaan khas dari pesta filem Austria.

Dan tidak tahu berapa ramai pengarah dan pelakon filem dari Iran yang telah mendapat penghargaan dari seluruh dunia.

Untuk mengetahuinya, kita perlu membuat lawatan ke Museum of Cinema dimana semua trofi yang telah dimenangi oleh pengiat mereka disimpan untuk tatapan khalayak ramai.

Ramai beranggapan bahawa dasar politik barat terhadap tidak selari dengan dasar dipegang oleh masyarakat awam di barat juga yang tidak menaruh sebarang kesangsian terhadap Iran mahupun rakyat dan ugama Islam.

Yang menjadi mainan politik antarabangsa tidak lain dari pengaruh lobi Zionis di Amerika.

Kalau tidak kenapa filem dari Iran masih boleh mendapat pencalonan Oscar untuk filem asing terbaik dalam keadaan dimana Amerika dan kuncu-kuncu di baratnya mahu mempersenda negara Iran dengan mengungut untuk menyerangnya?

Tentu sekali ada peranan sinema Iran yang telah memainkan tempat yang berkesan untuk membuat pihak masyarakat awam di barat tidak berfikir seperti pemimpin politik mereka yang telah berjaya merubah pandangan mereka terhadap Iran dan juga Islam.

Malangnya, usaha atau tanggung jawab ini hanya dibebankan kepada sebuah negara Islam iaitu Iran, sedangkan negara-negara Islam lain hanya berpeluk tubuh tidak tahu guna ‘senjata’ filem ini untuk berdakwah dan merubah pandangan mereka di barat.

Berserta dengan pesta filem itu ada juga pasaran filem antarabangsa dan pameran poster pergerakan
Occupy Wall Street
.

Isnin, 13 Februari 2012

TEHRAN, DULU DAN SEKARANG…

oleh Mansor Puteh

Sungguh jauh sekali terasa berada di Tehran di Republik Islam Iran, sebuah negara yang kini mendapat tumpuan ramai, khususnya dari pihak yang mahu mencari pasal dengannya, dengan menuduh ia memilikki program nuklear.

Negara yang lebih kecil juga ada program nuklear, inikan Iran yang pula menghadapi beberapa jenis kecaman dan helah dari Barat khususnya dari Amerika.

Jadi sudah pasti Iran juga mahu maju sama seperti negara lain – bukan sebab ia sebuah negara Islam yang mesti dibiarkan mundur, supaya 'imej Islam' yang dicipta dan dimajukan oleh para orientalis Barat yang rata-rata keturunan Yahudi - tetapi ia adalah perkembangan dan kemajuan sejagat.

Saya pertama kali ke sini dalam tahun 1992 dulu menyertai Pesta filem antarabangsa Fajr (Fajar) bilamana filem saya 'Seman' dijemput, dengan ini saya layak untuk menyertai sama.

Saya kembali ke negara ini dua tahun kemudian juga dengan tujuan sama bila filem yang sama ini dijemput sekali lagi.

Dan saya juga dipelawa untuk bercakap dalam sebuah forum yang diadakan dalam tahun 1994 dulu

Jadi, kali terakhir saya di sini ialah 18 tahun lalu.

Dan kali ini ia adalah disebabkan dokumentari saya 'Writing in the Sand...on how the Jasmine Revolution of the Arab Spring of 2011 could have been avoided' dijemput.

Saya telah juga dijemput menghadiri persidangan Belia dan Kebangkitan Islam yang diadakan pada 26 hingga 30 Januari diikuti dengan pesta filem ini dari 1 hingga 7 Februari.

Saya tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Khomeini yang baru dibina 2007 dulu dan tidak mendarat di lapangan terbang antarabangsa Mehrabad yang kini dijadikan terminal penerbangan tempatan.

Waktu malam dan seluruh Bandaraya Tehran gelap; kelihatan bangunan-bangunan lama yang mengingkatkan saya seperti pemandangan di Bandaraya New York. Yang membezakan kedua buah bandaraya ini ialah papantanda di Tehran ditulis dalam bahasa Farsi dan huruf jawi.

Cuaca agak sejuk tetapi salji belum turun.

Inilah bandaraya ke-27 paling besar seluruh dunia. Inilah juga bandaraya yang menjadi tumpuan ramai, khususnya bagi mereka yang sukakan 'intrique' samada ia akan menjadi Baghdad atau Tripoli.

Tentu sekali mereka yang bencikan kebangkitan Islam mahu Tehran jadi padang jarak, padang terkukur.

Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain dari pihak Zionis dan Yahudi, yang tidak boleh lihat orang Islam senang dan maju.

Baghdad merupakan bandaraya Arab yang paling moden sebelum ia diranapkan oleh pihak Zionis yang mengguna kuasa lain untuk melakukan kehendak mereka.

Ternyata dengan Iran, mereka pasti akan kecundang. Tehran bukan Baghad dan Iran bukan Iraq dan Libya.

Iran negara bebas.

Kedudukan Iran di dunia Islam melonjak dengan kelantangan presidennya, Mahmoud Ahmadenijad yang lantang bersuara mempertahankan Islam dan negara Islam, dalam suasana dimana tidak ramai pemimpin Islam yang berani bersuara.

Ahmadenijad tidak gentar; dia pakar matematik, jadi dia tahu hitung nasibnya dan nasib Iran. Musuhnya dijadikan sasau tidak tahu kira apa tindakan baru yang bakal diambilnya.

Baru semalam Iran memperkenalkan sebuah sistem laser yang boleh diguna untuk melancar serangan secara terperinci.

Mungkin dihari kemudian, Iran akan membuat pengumuman tentang kejayaannya menghasilkan senjata yang lebih canggih yang boleh menaikkan imej negaranya dan kedudukan Dunia Islam seluruhnya.

Persidengan Belia dan Kebangkitan Islam dihadiri 1,500 peserta dari 73 buah negara Islam.

Berbeza dengan persidangan yang diadakan di negara-negara lain, persidangan ini menampakkan kesungguhan ramai peserta menyuarakan pendapat mereka dengan begitu lantang sekali.

Presiden Ahmadenijad merasmikan persidangan ini dengan memberi ucapan, dan sesudah itu, dia terus pergi dari situ dengan mengambil jalan belakang pentas.

Ini cara mereka disini bila pemimpin mereka tidak tunggu untuk tunjuk muka; beliau ada urusan lain.

Dan pagi ini beliau melancarkan stesen televisyen stelit, Hispan TV dalam bahasa Sepanyol untuk negara-negara Hispanik seramai 600 juta.

Tetapi perlu diingat bahawa Iran telah melancarkan sebuah stesen televisyen satelit bernama Press TV berpusat di Tehran yang bersaing dengan CNN dan Aljazeera. Ia boleh dilihat di www.presstv.ir

Dalam masa 18 tahun saya tidak ke Iran, banyak telah berlaku; dan perkembangan seperti yang disebut setakat ini menampakkan bahawa Dunia Islam ada masa depan.

Dan apa yang dilakukan oleh Iran juga turut dilakukan oleh banyak negara Islam lain tidak kurang Malaysia, yang juga seperti mahu 'bersaing' untuk menjadi jaguh bagi Dunia Islam, tetapi dengan cara tersendirinya, yang sama tetapi lain dengan cara yang dilakukan oleh Iran.

Ahmadenijad menampakkan ketokohannya yang hampir dapat disamakan dengan ketokohan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, dan tidak kurang dengan Perdana Menteri Sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sentuhan lembut dan mesranya.

Najib tahu dia tidak boleh jadi seperti Mahathir dengan mempunya suara lantang; jadi dia guna suara lembut tetapi bertenaga supaya dia ada nilai dan keperibadian tersendirinya.

Sedangkan Ahmadenijad terletak di tempat tersendirinya, sebagai orang Farsi yang tidak pernah gentar lebih-lebih lagi apabila mereka yang telah lama dulu singkir Shah Reza Pahlawi dan tumbangkan kerajaannya untuk membangunkan Republik Islam Iran yang sedia ada sekarang.

Iran sebenarnya tidak banyak berubah dari segi prinsip dan pegangannya.

Yang berubah cuma cara ia melafazkan prinsip itu dalam pelbagai bentuk, iaitu menyatukan belia Islam seluruh Dunia Islam dan mengguna sinema sebagai senjata bagi menyebar semangat Islam.

Jumaat, 10 Februari 2012

ISTANA BUDAYA: HANYA UNTUK TEATER MUSIK SAHAJA?

Oleh Mansor Puteh



Saya keberatan untuk memuji dengan adanya Istana Budaya yang kini tersergam indah di Jalan Tun Razak.  Adakah is cuma satu mercu tanda dan token kepada perkembangan teater sebagai sebuah perusahaan yang mantap, yang mana telah lama menjadi idaman semua karyawan teater di Kuala Lumpur, mahupun seluruh negara?

Oleh sebab ia telah dibina setelah lama wujud dalam perancangan, maka tidak salah kalau kita anggap bahawa perancangan dan konsep yang mahu dibawa oleh Istana Budaya tidak semestinya disokong oleh keperluan semasa sekarang.

Mungkin apa yang mahu dilakukan itu sesuai untuk masa konsep Istana Budaya ini difikirkan lebih dua-puluh tahun dulu.

Saya cuma ada kecaman yang berat sahaja untuk Istana Budaya. Saya sedih dengan persembahan yang telah diadakan sejak ia dibuka.  Perancangan yang dilakukan oleh pentadbir Istana Budaya terlalu ad hoc – iaitu tanpa perancangan, seperti yang dapat kita rasakan.

Ia ternyata merupakan sebuah bangunan dan konsep yang terpinggir dari kesedaran umum, maupun kegiatan teater di Kuala Lumpur, jauh lagi untuk menjadi pencetus kepada perkembangan teater nasional.

Konsepnya terlalu elitis. Dan elit yang mahu ditarik cuma elit Melayu, yang tidak kunjung datang. Elit Melayu dan bukan Melayu lebih gemar untuk pergi ke Dewan Petronas di KLCC walaupun mereka mengenakan tiket yang jauh lebih mahal dari di Istana Budaya.

Dan saya juga kecam bahawa semua persembahan di Istana Budaya hanya jenis teater musikal.

Semua persembahan yang telah sempat diadakan tidak mendatangkan keuntungan. Setiap persembahan berlangsung beberapa hari sahaja.  Dan cara ini tidak berbeza dengan persembahan yang pernah diadakan di dewan-dewan lain yang telah menarik perhatian umum.

Saya beranggapan bahawa persembahan di Istana Budaya boleh menarik lebih ramai penonton, dan memadai dengan kos penerbitannya yang tinggi, ia seharusnya boleh berlangsung selama satu bulan berturut-turut.  Tetapi, ini tidak berlaku.

Masalahnya ialah, pentadbir Istana Budaya sendiri terlibat dengan penerbitan teater, walhal mereka cuma menjadi pentadbir, dan tidak giat.

Sesiapa yang mahu giat sebagai penerbit, pelakun dan pengarah, tidak boleh bekerja di Istana Budaya.

Kalau ini berlaku, Istana Budaya sudah pasti akan menjadi pusat untuk rakan-rakan sahaja, dan bukan untuk mereka yang benar-benar mahu berteater.

Dan saya rasa sedih, bahawa persembahan di Istana Budaya tidak memberi glamor kepada penerbit, pengarah dan pelakun.

Mereka tidak boleh berasa bangga walaupun sudah memberi persembahan di situ.

Berbeza dengan Sydney Opera House, sesiapa yang pernah menjejak kaki di atas pentasnya, sudah pasti akan dihormati oleh puak teater di seluruh Australia dan dunia. 

Saya tidak yakin konsep elitis dan mercu tanda atau ‘landmark’ yang diguna untuk mendirikan Istana Budaya boleh mendatankan kesan positif.

Sehingga kini ia adalah sebuah istana hinggap untuk teater sahaja.

Di manakah salahnya?

Pertama konsepnya salah. Ia terlalu elitis.

Kedua, ia meniru bulat-bulat konsep mercu tanda yang menjadi kemegahan para akitek dan kontraktor. 

Yang mendapat ganjaran dari projek Istana Budaya ini akhirnya akitek dan kontraktor dan sub-kontraktor dan pembekal peralatan lain.

Atau beberapa aktivis teater yang sudah hampir malap dari kegiatan teater tetapi kini diberi peluang untuk giat semula.

Sementara aktivis yang beria-ia selama satu tau dua dekad lalu, terus terpinggir.

Ya, Istana Budaya mahu dijadikan tempat untuk elit teater. Ia tidak bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan teater sebenarnya, dan memberi munafaat kepada semua, tidak kira jenis teater apa yang mereka mahu ceburi.

Kenyataan yang menyatakan bahawa Istana Budaya cuma mahu galakkan teater muzikal sahaja tidak memberi semangat kepada ramai aktivis teater yang tidak senang dengan teater seperti ini.

Jadi, tidak salah kalau kita katakan Istana Budaya telah dibina atas ihsan rakyat semata-mata untuk perkembangan teater musikal sahaja.  Ini amat menghampakan, kalaulah kenyataan songsang ini benar.

Adakah konsep teater musikal ini telah dinyatakan awal-awal lagi, iaitu sebelum Istana Budaya mahu dibina dahulu?

Atau apakah ia cuma dinyatakan sebagai falsafah setelah bangunannya telah siap dan kini ditadbir oleh orang-orang yang menunjukkan kecenderungan terhadap teater musikal sahaja?

Kalaulah konsep teater musikal ini cuma difikirkan setelah bangunan Istana Budaya disiapkan, alangkah ini menyedihkan samasekali. 

Ini bermakna bahawa keperluan untuk permentasan teater musikal tidak diambil kira dalam rekabentuk bangunan Istana Budaya, seperti pentas dan peralatan lain yang khusus untuk persembahan seperti ini.

Saya risau dengan pentadbir Istana Budaya yang tidak bercakap tentang teater secara menyeluruh; tetapi hanya teater musikal.

Adakah teater musikal itu lebih ulung atau ‘superior’ berbanding dengan jenis teater lain?

Atau apakah kementerian dan pihak Istana Budaya berfikiran sempit tentang teater?

Tidakkah boleh juga semua jenis persembahan pentas termasuk tradisional juga boleh dipersembahkan di Istana Budaya.

Apa yang saya dapat lihat di sini ialah, Istana Budaya sudahpun boleh dianggap sebagai gagal.  Ia gagal segagalnya.

Konsep elitisnya tidak sesuai.

Dan rekabentuk serta ruang yang membazirkan membuat saya terfikir apakah perancangannya menepati konsep yang mahu diwujudkan.

Ruang kosong seperti ruang legar serta bumbung serta kawasan sekelilling Istana Budaya mengambil lebih separuh dari kos pembuatan bangunan atau komplek ini.

Dan yang amat menyedihkan ialah terdapat cuma satu pentas sahaja. Dan rekabentuk pentas ini memang tidak sesuai untuk teater musikal, tetapi opera.

Jadi, jikalau pentabir Istana Budaya mahu katakan bahawa mereka mahu galakkan pertumbuhan teater musikal di Istana Budaya, maka kenyataan ini tidak dapat diperkuatkan oleh sebab rekabentuk pentasnya semamangnya adalah bukan untuk teater musikal.

Tambahan pula saya lihat kepincangan asas yang banyak, seperti kekurangan ruang untuk latihan. Dan yang amat menjanggalkan ialah tidak terdapat pentas-pentas yang sederhana dan kecil untuk persembahan yang tidak memerlukan jumlah penonton atau kos yang besar.

Ruang di luar Istana Budaya juga tidak dijadikan ruang yang boleh menampung kehendak teater terbuka.

Tempat letak keretanya begitu luas, walhal apa yang seharusnya dilakukan ialah tempat letak kereta bertingkat didirikan untuk menjimatkan ruang.

Saya anggap bahawa perancangan Istana Budaya ini tidak mengikut kehendak teater sebenarnya.  Ia cuma sebuah bangunan yang ditiru bulat-bulat dari Sydnay Opera House di Australia.

Peniruannya terlalu jelas, dan tidak mengambil kira yang Sydney Opera House itu didirikan untuk menampung kehendak dan perkembangan teater di Australia yang telah mantap.

Di Malaysia, keperluan asas teater masih belum diadakan lagi, dan kumpulan teater masih mencari ruang untuk membuat persembahan. Jadi, adalah menjadi tanggung jawab pihak kementerian berkenaan untuk mendirikan ruang-ruang tertentu untuk mereka.

Disamping itu, barang apa infrastruktur yang mahu dibangunkan ia mesti ambil kira bahawa kos penyewaannya tidak akan menjadi mahal, seperti yang berlaku di Istana Budaya yang mana kos penyewaan melambung ke RM30,000 satu hari.

Akhir sekali, saya berani menyataka bahawa tempat di mana Istana Budaya ini terletak adalah tidak sesuai sama sekali. 

Konsepnya tidak berbeza dengan konsep teater Yunani dahulu, yang mahu menaikkan teater ke tahab dewa dan ugama. Oleh yang demikian semua bangunan untuk teater mereka terletak di bukit atau jauh dari awam.

Istana Budaya terletak jauh dari khalayak. Jadi, tidak hairan kalau khalayak menjauhkan diri darinya.

Selasa, 7 Februari 2012

CARA UNTUK HALANG KEMALANGAN MEMBABIT BAS EKSPRES, CARA KAWAL BANK DAN ELAK ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM.

Oleh Mansor Puteh





1        CARA HALANG KEMALANGAN BAS:

1.      Hari Raya Puasa menjelang tiba. Harap cadangan ini dapat mengurang atau hapuskan
kemalangan yang mungkin akan berlaku menjelang perayaan ini, seperti pada tahun-tahun lalu.

Semua syarikat bas mesti mempamirkan nombor talipon khas – hotline – di dalam bas serta pada tiket.
      Sekarang ramai orang termasuk penumpang bas mempunyai talipon. Mereka boleh buat panggilan atau  hantar SMS kepada pegawai syarikat tersebut kalau pemandunya memandu dengan gila supaya mereka boleh ditahan dari teruskan pemanduan yang boleh mengakibatkan kemalangan. 
Nombor khas polis juga boleh dipamirkan untuk tujuan yang sama.
Malah sistem ini boleh diadakan secara berterusan untuk mengelakkan kemalangan.
2.      Anggota polis mesti diletakkan di semua pintu tol untuk menahan pemandu bas yang memandu secara gila atau menghisap rokok dan bercakap dengan talipon mereka, dan lain-lain.
3.      Saya percaya kalau sistem pemantauan oleh penumpang ini dihebohkan semua pemandu bas akan dengan secara sendiri akan memandu dengan cermat.
4.      Sistem pemantauan oleh penumpang lebih berkesan supaya penumpang sendirinya menjaga cara mereka memandu. Ini sahaja boleh mendatangkan kesan positif.
5.      Speed Meter yang menunjuk angka kelajuan dipasangkan di hadapan penumpang supaya mereka dapat lihat berapa laku pemandu memandu bas yang mereka menaikki. Sistem yang diguna sekarang tidak berkesan, sebab ia cuma merekod kelajuan bas setelah bas berhenti. Sistem yang saya cadangkan ini memberi amaran kepada pemandu dan penumpang kalau bas berlari lebih dari hadnya dan siren akan dibunyi dengan bingit kalau kelajuan melebihi kelajuan ini. Tidak guna untuk JPJ atau polis menahan pemandu selepas kemalangan berlaku. Yang lebih baik ialah untuk mengalak kemalangan dari berlaku dengan mengguna psilologi dan alat yang murah dan mudah dipasang pada setiap bas.
6.      Penumpang yang buat aduan diberi hadiah tiket percuma atau wang, sebagai penggalak dan mereka mesti dianggap sebagai hero yang boleh menyelamatkan nyawa penumpang lain. Mereka mesti diberi publisiti untuk menggalak penumpang lain ambil tindakan sama. Malah mereka adalah hero yang telah menyelemakatkan nyawa. Disamping itu publisiti seperti ini beri amaran kepada pemandu bas dan teksi lain supaya berhati-hati.
7.      Sistem yang sama juga boleh diguna untuk teksi. Semua teksi mesti mempunyai nombor talipon khas kepada polis dan pihak tertentu supaya mereka boleh buat aduan langsung. Tidak guna suruh penumpang teksi atau bas buat aduan ke akhbar yang cuma akan menyiarkan aduan beberapa hari selepas kejadian atau pergi ke balai polis. Semua teksi di Amerika mempakirkan nombor hotline.
8.      Kempen halang kemalangan yang dilakukan oleh kerajaan mesti ditukar supaya ia tidak ditujukan kepada pemandu, tetapi kepada penumpang pula. 
(Saya juga mempunyai ijazah dalam bidang komunikasi masa dengan jurusan pengiklanan.
Dan saya berani berkata bahawa kempen elak kemalangan dan kempen anti-merokok seperti yang diadakan oleh kementerian berkenaan tidak berkesan. Ada cara lain yang boleh diguna        yang lebih berkesan.)
9.      Semua penunggang motosikal mesti hantar motosikal mereka ke balai kalau mereka didapati
      melanggar undang-undang trafik termasuk merosakkan nombor
      plet dan membawa lebih penumpang.
Semua penunggang akan risau kalau mereka tidak mempunyai
      motosikal mereka selama satu bulan.

2    CARA MENGAWAL BANK:

1.      Cara kawalan di bank dengan meletakkan pengawal seperti yang digunakan sekarang tidak berkesan. Dalam zaman Internet dan vidio, saya cadang agar semua pengawal diajar sedikit kemahiran dan teknik pengawalan bank khususnya ditukar dari pengawal bersenjatakan senapang kepada pengawal disuruh menjaga bilik vidio.
2.      Semua bank mesti dipasangkan dengan pintu dua lapis berkalis peluru. Ia mempunyai dua pintu yang cuma boleh membenarkan seorang demi seorang masuk, dan tidak sekumpulan yang boleh menyerbu ke dalam ruang bank. Dari apa yang dapat saya lihat hampir semua rompakan di bank berlaku dengan penyerbuan oleh sekumpulan orang yang memakai topi keledar dan bersenjata.  
Pintu kedua cuma dibuka kalau pelanggan bank tidak memakai  topi keledar atau membawa beg yang besar atau lebih dari seorang mahu masuk serentak. Pengawal yang bersembunyi
       dalam bilik bercermin gelap boleh picit butang dan kunci pintu
kedua dan pintu pertama sehingga pelanggan itu tanggalkan topi
keledar. Cara ini juga boleh dilakukan di kedai emas yang kini
terbuka. Pintu ini juga boleh disediakan dengan gas pelali yang
boleh dikeluarkan untuk melemahkan orang mempunyai senjata.
3.      Cara mengalak rompakan bank sepatutnya dilakukan sebelum perompak masuk ke dalam ruang bank, dan tidak selepas mereka masuk dan ugut petugas dan orang awam di situ seperti yang lazimnya berlaku.
4.      Sistem kamera vidio boleh dipasang di luar bank untuk melihat kalau sekumpulan orang sedang berjalan masuk ke arah bank. Pengawal dari dalam bank boleh lihat mereka dan seterusnya picit
      butang untuk menutup pintu kedua dan pertama bila mereka
masuk ke dalam bank.
5.      Sekiranya sistem seperti ini dapat diwujudkan, ia merupakan satu sistem pengawalan bank yang pertama di dunia. Dan tidak seorangpun akan berani untuk menghampiri bank kalau dia memakai topi keledar atau membawa beg besar yang boleh memuatkan senjata. Sistem ini boleh mengurang atau menghapuskan rompakan di bank atau kedai emas di Malaysia. (Lihat langkaran di bawah.)

3        KEJADIAN ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM:

(Pendapat saya tentang perkara ini agak berbeza sedikit. Saya tidak
mahu salahkan perempuan, tetapi perempuan sahajalah yang boleh
menentukan kalau mereka mahu dirogol atau tidak.

ONLY THE WOMEN CAN DECIDE IF THEY WANT TO BE RAPED OR NOT!

Perogol cuma boleh wujud kalau mereka diberi peluang untuk
merogol.)

1.      Amat menyedihkan sebab kes rogol masih berlaku. Ada beberapa ciri kenapa kes rogol berlaku. Satu, ia berlaku di tempat terpencil dan kedua, ke atas gadis atau wanita yang berjalan seorang diri. Malah lelaki yang bersenjata pistol juga boleh diserang kalau dia menunggang motosikal seorang diri!)
2.      Perogol sebenarnya DIGALAK untuk merogol. Tidak sesiapa yang boleh merogol mana-mana perempuan atau gadis tua, muda, gemuk atau hodoh, kalau perogol tidak DIBERI PELUANG!
Wanita bertudung atau hodoh tidak menghalang rogol dari berlaku. Sebabnya perogol merogol wanita dalam alam fantasi mereka! Wanita ini adalah yang mereka tonton dalam TV dan lihat
dalam majalah yang menyiarkan gambar wanita seksi. Kenapa kes sumbang mahram dan rogol sering berlaku di luar bandar?

Sebabnya jenis hiburan di TV dan bahan dalam akhbar dan majalah menunjukkan gambar
wanita seksi. Hampir semua hiburan di TV adalah untuk memenuhi selera dan mengikut nilai
penonton bukan Melayu. Merekalah yang beria-ia komplen dalam akhbar untuk menyiarkan
rancangan asing itu dan ini yang semuanya mempunyai nilai negatif. Akhbar tempatan adalah petualang yang merubah selera penonton dan pihak stesen TV.
3.      Kesemua kes rogol yang telah dilaporkan dalam akhbar sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa kes rogol cuma boleh berlaku oleh dua sebab sahaja. Dan kalau semua perempuan atau gadis mengamalkan sikap yang baik, mereka tidak boleh dirogol.                       Contohnya, kes seorang wanita dirogol dalam bas, seorang wanita lain dirogol semasa menunggang motosikal di tempat terpencil dan beberapa wanita dirogol sebab mereka ambil teksi pada waktu malam, seorang diri, seorang penuntut dirogol semasa berjalan seorang diri dan seorang gadis empat-belas tahun dirogol di tempat letak kereta pada waktu malam. Kenapa mesti gadis itu berada di tempat seperti itu? Lihat aspek bersendirian dan terpencil dalam semua kes ini.
4.    Mungkin satu kempen boleh diadakan untuk tidak menggalak perempuan atau gadis berjalan
seorang diri. Polis sebenarnya di mana-manapuntidak boleh halang kes rogol dari berlaku.
Yang boleh halangnya ialah perempuan  dan gadis itu sendiri. Jadi tidak ada guna NGO
perempuan dan pemimpin politik wanita marahkan lelaki yang TELAH merogol dan gesa
supaya undang-undang yang lebih ketat diadakan. Ini tidak akan mengurangkan kes rogol,
sebab rogol akan dilakukan oleh orang lain. Tidak ada beza kepada orang yang telah dirogol
itu dipancong atau dihukum gantung.
     Jadi cara untuk menghalang kes rogol terletak pada diri individu itu sendiri. Perempuan
dan gadis mesti tidak berjalan seorang diri untuk pergi ke mana-mana. Dan mustahil untuk
anggota polis disuruh mengawal setiap jalan dan setiap padang gelap sebab rogol boleh
berlaku apabila perempuan atau gadis itu melatakkan diri mereka dalam keadaan yang lemah.
5.    Jadi, wanita yang dirogol dalam bas dari Kelang, wanita yang menunggang motosikal di
tempat gelap dan penuntut sekolah semuanya boleh elak dari dirogol kalau mereka guna akal
dan tidak berjalan seorang diri.

AKHIR SEKALI: APA HIKMAH DALAM EMPAT SAKSI YANG DIPERLUKAN DI BAWAH      HUKUM HUDUD?

Tidak seorangpun yang telah bertanya kenapa di bawah hukum Hudud, seseorang wanita atau gadis itu mesti tampilkan empat saksi untuk membuktikan yang dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Pendapat yang telah dikeutarakan amat lucu buat saya.

Sebenarnya, saya berani berkata bahawa ada hikmah di dalam hukum ini. Ia tidak lain bertujuan untuk mengelak mana-mana perempuan atau gadis dari dirogol. Undang-undang sivil cuma beri keadilan kepada orang yang TELAH dirogol dengan penghukuman paling berat kepada perogolnya.

Sementara itu hukum Hudud pula mahu mengelak mana-mana perempuan dari dirogol. Jadi di sinilah di mana datangnya hikmah empat saksi itu. Tujuannya ialah untuk menggalak semua perempuan dan gadis dari berjalan atau berada di dalam keadaan seorangan.

Mereka mesti senantiasa berada dalam satu kumpulan setidak-tidaknya lima orang termasuk dia sendiri. Kalau ini dilakukan mereka, tidak ada lelaki yang berani memperkosa atau merogolnya, walaupun lelaki itu adalah orang yang buas. Inilah sebenarnya HIKMAH hukum Hudud yang memerlukan empat saksi dalam kes rogol. 

Tentu sebuah undang-undang boleh diperkenalkan untuk melarang wanita atau gadis berjalan seorang diri khususnya pada waktu malam.