Selasa, 31 Julai 2012

MADAH HIKAYAT MELAKA LAMA DAN PALESTIN KINI…

Oleh Mansor Puteh





Ratusan tahun lalu seorang putera dari jauh
datang ke sini bersama Demang Wak Raja Kedua
pembantu setia dan seribu pengikut utama.
Dari Palembang mereka seberang Selat bawa hasrat
mahu buka negeri di tempat baik lagi suci.

Mereka pergi ke Majapahit di Tanah Jawa
mahu gulingnya Betara pula, lantas diusir dari sana.
Berkeliaran lari pergi pula raja ke Pulau Temasik
yang kemudiannya dipanggil Singapura.
Ditikamnya di situ wakil Siam, Raja Tamogi.
Maka Raja Siam menjadi murka
halau Parameswara dari pulau
tiada dilihat mukanya lagi.

Parameswara dan pengikut berkeliaran lari
singgah sebentar pula di Seletar.
Mereka takut Raja Muda Siam pula hambat mereka.
Kemudian Parameswara seberang Selat Tebrau
ke Semenanjung pula dan bersinggah di Kota Lama
tidak pula rasa selesa di situ.
Maka baginda tiba di sebuah tempat bernama Biawak Busuk
tiada juga suka sebab ada-ada sahaja malapetaka.

Lalu mara putera ke utara Semenanjung
tiba pula di Kuala Muar
tiada apa di situ untuk didirikan rumah.
Kemudian rombongan raja berhenti di Bertam
ia tidak ubah sebuah kampung nelayan
tiada berpenghulu, tiada bertuan.
Tempatnya nyaman, ada muara sungai, airnya tenang
terus mencurah ke selat luas.
Terlalu suka raja segala dilihatnya
tiada terperi hingga mahu dia buka sebuah negeri
tiada pulang baginda ke tempat asalnya lagi.

Melaka nama negeri diberi
sempena pokok bertedur raja tadi.
Seekor kancil putih berseri muncul tiba-tiba
tendang anjing terpelanting ia ke dalam sungai.

Melaka terus berkembang banyak pedagang datang dan pergi.
Melaka terkenal dekat dan jauh ke negara di atas
dan bawah bayu tersebar berita raja perkasa negeri aman
dan rakyatnya makmur.

* * * * * * *

Parameswara  dan seluruh rakyat masuk Islam
jadi Megat Iskandar Shah dan Demang Wak Raja
jadilah Bendahara Melaka pertama.

Banyak kisah berlaku, Melaka terus maju
Duta Cina, Yin-ching datang cipta sejarah
jejakkan kaki di Tanah Melayu
bersuka-suka hingga faseh bahasa dan budaya kita.
Maharajah Yung-lo dari Dinasti Ming
pula hantar Laksamana Cheng-ho bawa warkah
dan menetap di Melaka.
Duta Cina berugama Islam ini tinggal
empat tahun di sini tahulah dia adat-resam orang kita
sehingga boleh berpantun juga dia.
Reti juga makan durian dan sambal belacan
mahu tambah pula
walaupun muncungnya kepanasan seperti naga
buat semua tertawa mengilai.

‘Apakah ini, ya, tuanku? tanya Laksamana Cheng-ho.
‘Inilah sambal,’ jawab raja, selamba.
‘Terasa termakan racun rasanya. Terlalu panas
seperti mulut hamba terbakar api dan pecah,’ kata dia.
Parameswara seraya tertawa terbahak-bahak.
Cheng-ho rasa hairan: ‘Kenapa tuanku tertawakan saya?’
‘Tidak,’ jawab raja. ‘Cuma beta kuatir
perut beta juga yang akan pecah!’

* * * * * * *

Al-kisah Sultan Iskandar Shah buat lawatan ke Negeri Cina
di Nanjing bersemayamlah baginda.
Bertemu dengan Maharajah Hsuan-tse
begitu akrab sekali, bagai ayahanda dan anakanda.
Minumlah teh pertama kali
Raja terkejut airpun seperti emas
Makan buah limaupun seperti emas juga.
Maka teruslah mereka bersuka-suka,
menukar khabar dan berita.
Melaka gembira menaung di bawah payung
takhta Maharajah Cina.

Maka terus berkembanglah perhubungan
Melaka-Cina seperti saudara-mara
walaupun mereka berbeza bahasa dan ugama.

* * * * * * *

Al-kisah Kerajaan Siam mahu tumpas Melaka
diberi amaran oleh Maharajah Hsuan-tse,
‘Jangan kacau, negeri kita! Kalau kacau Melaka juga
maka kami tumpas kamu pula!’
Mahu tidak mahu Siam tidak lagi cuba menyakat
raja Melaka.

Dan raja-raja negeri Melayu di Nusantara
turut berdatang ke Melaka menyembah raja.
Kesemua baginda mahu menaung
di bawah payung Sultan Melaka.
Siak, Kampar, Indragiri, Molukku, Terengganu
Kedah, Japara, Kelantan dan Pahang juga datang
bawa cita-cita pulang bawa buah tangan.

Dihantar pula Maharajah Hsuan-tse
seorang puteri bernama Hang Li Po ke Melaka
diberinya sebagai hadiah isteri
buat Sultan Mansur Shah jadikan permaisuri
sebab Sultan sudah lama tiada berpasangan.
Terpegun Sultan lihat wajah Li Po
bak anak patung putih-berseri seperti lilin
sebab pabila pergi keluar muka berubah
menjadi merah menyala.
Sultan kuatir apakah permaisurinya sudah bertukar.

* * * * * * *

Maka suatu ketika anak raja tikam Tun Besar
tatkala bermain sepak raja di Kampung Bendahara.
Maka Tun Besarpun parah hingga pergi ke alam baka
dalam belum tua, tiadalah sempat jadi bendahara.
Maka baginda hantar puteranya, Raja Muhammad
ke Pahang, buka negeri, Sultan Muhammad nama diberi
Tun Perpatih Putih jadi Hamzah, anak kepada
Bendahara Tun Perak dan adik kepada Tun Besar
dilantik jadi Bendahara Pahang yang pertama.

* * * * * * *

Al-kisah maka Tuah difitnah entah kenapa
tiada siapa yang tahu
Ini kisah yang diturunkan hingga ke abad ini.
Siapa yang tabur fitnah kepada Sultan dan iri hati
tiada terhingga mahu pecahkan persaudaraannya
dengan kekanda Tuah sehingga Sultan Mansur bertitah
Tuah dipancung kepala jangan dibiarkan ada nyawa pada dia.

Seri Nara diRaja Tun Ali berat rasa, tiada suka buat kerja
tetapi terpaksa jalankan titah, kuatir raja murka.
Bawalah dia sebuah jantung dari tubuh kambing di hutan.
Maka Sultanpun fikir Tuah sudah tiada nyawa di badan.

Hang Jebatpun bawa keris pesaka bernama Taming Sari
dan mengamuk seluruh istana dan negeri.
Ramai dijerkah lari berkeliaran bawa nyawa
supaya elak dari padah di tangannya.
Ramai pula dibunuhnya dengan kejam
tiada sempat mereka elak, keris sudah terucucuk tajam
perut terburai berlumuran darah.
Tiada Jebat beri sebarang kasihan belaka.
Jebat menderhaka, Jebat bermaharaja-lela, Jebat puaka
sebab fikirknya Tuah dipancung kepala
walhal Tuah berkhalwat di Hulu Melaka
bawa diri dibuang negeri malu ia tunjukkan muka
semua fikir dia sudah mati jantungnya tidak berdenyut lagi
sebab raja sudah tidak suka Laksamana ini.

Sultan Mansur hampir putus harapan
Melaka parah, darah melempah seluruh istana dan halaman.
Sungai Melaka mengalir darah anak watan
Jebat bertakhta di singahsana seperti dialah tuan.
Wajah bagai hantu, bukan lagi manusia
Tiada mahu dia keluar dari istana walau seketika.
Difikirkan selagi Taming Sari dalam genggaman
tahulah dia menjaga nyawa, kebal dari segala ancaman.

Maka Seri Nara diRaja Tun Alipun beranikan diri
bersembah pada raja, Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
‘Apa kata kalian? Sudah gila! Orang mati tidak jelma kembali!’
Tun Ali pula seraya berkata, ‘Ampun tuanku, harap patik
mohon diampun Tuah tiada dipancungnya.
Jantung yang disembah dari seekor kambing hutan jua.’
Raja terkejut, rasa lega di dada
segera diusung Tuah ke Melaka hampuskan Jebat
biar segera dan cepat, jangan lambat.
Bertarungpun biar singkat.

Tuah menjelma dari hidup, rakyat terpinga.
Dia berarak terus ke istana bertemu Jebat maka terkejut.
Disangkakan Tuah bukan manusia tapi hantu belaka.

Mereka segera bertarung tidak apa lagi dicerita.
Tuah cuba rodok perut Jebat.
Jebat elak, tiada keris Tuah mengena.
Dirodok lagi, Jebat elak juga Tuah mengempas.
Dia tahu selagi Jebat milik Taming Sari
tiada boleh dia tumpas Jebat selagi keris tiada dirampas.
Tuah bergelut erat dengan Jebat sambil menyebut ayat kalimat
beberapa hari lamanya, tiada berakhir juga.
Orang ramai sebak di dada tiada tahu akan nasib Laksamana
apakah dia sudah tiada, jadi mangsa Jebat juga.
Ditakdirkan Ilahi maka Tuahpun berjaya rampas Taming Sari
Jebat menghempas, nyawanya menjadi ikan,
maka Tuahpun rodok di perutnya, terburai.

Teriris hati Tuah, tapi, apa boleh dilakukan, fikirnya.
Jebat sudah menderhaka, bunuhpun dia terpaksa
ratusan rakyat negeri sudah menderita.
Bukan hasrat Tuah mahu hapuskan dia.
Ini takdir dari Illahi anggapnya.

* * * * * * *

Negeri Melaka segera pulih dan terus maju
pedagangan dan saudagar kecil dan besar datang kembali
setelah lama berkeliaran sebab Jebat bermaharaja-lela.

* * * * * * * *

Malangnya dari Kota Lisbon di Portugal
Raja Manuel mahu hantar rombongan ke hujung dunia.
Mahu tumpas Melaka, kononnya.
Fikirnya kalau Balansiya, Khurtuba, seluruh Al-Andalusia
boleh tumpas, kenapa tidak pula Melaka?

Dihantarnya Jeorge de Albuquerque untuk pura-pura tanya
kononnya mereka mahu bersuka.
Datanglah mereka kononnya mahu cari kawan
tapi nyata sekali cuma mahu berlawan.
Mereka mahu tawan Melaka jadikan rakyatnya hamba.
Mereka mahu jadikan Melaka negeri sendiri
supaya boleh sebar dakyah mereka.

Sultan Mahmud dan anakandanya, Raja Ahmad pertahankan negeri.
Anak Hang Tuah, Hang Nadim mujur bersama
pertahankan Melaka tapi malangnya negeri jatuh jua.

Laksamana Alfonso d’Albuquerque
Ruy d’Araujo, Diego Lopez de Sequeira,
Duerto de Mello, Ruy de Brito Patadim, Texeira,
Xavier bergilir-gilir datang semua dari jauh.
Lama-kelamaan mereka menetap.
Mereka dirikan sebuah kota kebal sekelilling negeri
dari muara sungai kelillingi Bukit Melaka
hinggalah ke Bukit Senjuang di hujung sana.
Semua nama asal ditukar ke nama mereka
tujuannya cuma, mereka mahu hapuskan bangsa kita.

Sultan Mahmud, Raja Ahmad dan Hang Nadim cari jalan
serang Portugis bertubi-tubi di Melaka dari jauh.
Portugis hampir terjatuh sekali-sekala.
Malangnya nasib pahlawan Melaka tiada.
Melaka akhirnya alah ke tangan Portugis akhirnya.

Sultan Mahmud berbungkas ke Bertam untuk selamatkan diri
kemudian ke Pagoh, kemudian pula ke Pulau Bulang di Riau.
Akhirnya mencari tedur di Kampar.
Di sini adindanya bernama Sultan Munawar ada
Baginda mahu beri tempat untuk mereka.

* * * * * * *

Portugis perintah satu ratus tujuh-puluh-enam tahun.
Rakyat Melaka siksa dan menderita.
Tapi, lambat-laun pergi ia.

* * * * * * *

Al-kisah si Belanda pula jajah Melaka.
Akhirnya mereka juga pergi jauh diganti dengan Inggeris
yang bermaharaja-lela tapi cuma buat seketika.

* * * * * * *

Hari ini kita bersua sekali lagi sebab kisah Melaka mahu dicerita.
Kisah gemilang, pahit-manis sebuah empayar
agar ia dapat dijadikan iktibar.
Agar Melayu tidak hilang di dunia
bak kata Laksamana Tun Tuah
anak dari Kampung Duyung dari Melaka
yang hingga kini dikenali seluruh dunia.

Inilah sebuah madah, bukan puisi sempena Melaka bersejarah.

Tentu ada Iktibar yang boleh dipelajari dari sejarah ini.
Umat Islam dan Bangsa Melayu mesti teguh bersatu tentang musuh.
Agar dunia kita akan musnah.
Sebab bukannya mereka yang kuat, cuma kita yang lemah.
Sebab bukannya mereka yang bijak, cuma kita sahaja yang bebal.
Kalau tidak berwaspada, dunia kita dipijak.

* * * * * * *

Lihatlah Palestin sekarang, wahai sahabat ku.
Tiada yang lain berlaku selain berperang
Umat Islam menentang, tapi taringnya tiada
belang jua sudah hilang.
Sejarah Melaka boleh dijadikan Iktibar
supaya bendera Bangsa Melayu dan Umat Islam
boleh dikibar dan Nur Islam bersinar seluruh alam!

* * * * * * *

Ini sahajalah madah, seribu rasa peristiwa pahit zaman silam
yang amat menyedihkan.
Malangnya ia kini berulang nun jauh di Timur Tengah sana.
Sahabat kita, rakyat Palestin pula jadi malang
saban hari usung mayat, sahabat mati syahid cuba menentang.

Tidakkah sedar kita sudah berpeluk tubuh lebih separuh kurun
tidak berbuat apa-apa selain menentang
hantar memo, anjur persidangan
dan kononnya mahu gesa Amerika, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan Yahudi.

Siapa kita mahu berbuat demikian sedangkan kita sendiripun
tidak boleh menukar diri sendiri inikan mereka?
Hentikan!
Sementara itu Yahudi, Amerika dan PBB berpeluk tubuh
dan senyum kambing.
Merekalah angkara Tiga Punca Keganasan di dunia sekarang.

Mahu lagi dengar kata mereka?
Tidakkah kita boleh pelajari dari apa yang telah berlaku
di Al-Andaluisa dan Melaka?
Mahukah kita ulang sengsara, azam dan derita?

Jangan sembah Amerika! Jangan sembah Presidennya!
Jangan sebah PBB! Mereka bukan tuhan.
Mungkin juga iblis, syaitan bermukakan manusia!
Mereka tidak pedulikan kita! Elakkan diri kita dari mereka.

Wallahuallam.


Jumaat, 27 Julai 2012

SATU LAGI SEBAB KENAPA UMNO DAN BARISAN NASIONAL HILANG PENGUNDI DIKALANGAN ORANG MELAYU DALAM PILIHANRAYA 2008 DULU.

…MEREKA TOLAK PENGHINAAN KEPADA BAHASA MELAYU OLEH SYARIKAT BERKAITAN DENGAN KERAJAAN ATAU GLC.
Oleh Mansor Puteh



Ramai orang tidak sedar bahawa satu lagi faktor kenapa pengundi dan penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak undinya dalam pilihanraya 8 Mac, 2008 dulu ialah oleh sebab penghinaan terhadap Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC, khususnya oleh ketua eksekutifnya atau CEO yang rata-rata adalah orang Melayu yang langsung tidak memainkan peranan untuk mempertabatkan pengunaan Bahasa Melayu.

Faktor ini tidak pernah dibincangkan sehingga kini. Tetapi ini adalah kenyataannya.

Ini memberi gambaran dikalangan pengundi Melayu bahawa pemimpin korporat dan politik Melayu tidak mewakilli mereka.

Olehsebab itu mereka rasa mereka ditipu oleh pemimpin ini yang tidak mewakilli mereka untuk mempertabatkan Bahasa Melayu di negara mereka sendiri.

Ramai orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 dulu rasa bosan dengan gelagat CEO Melayu itu, yang sepatutnya diamanahkan untuk mempertabatkan Bahasa Melayu dalam bidang korporat, tetapi mereka tolak Bahasa Melayu.

Sedangkan mereka dilantik untuk menjadi CEO khususnya untuk GLC ini adalah untuk menjadi pemimpin industri.

Kepimpinan industri yang dimaksudkan bukan dalam segi perniagaan dan pengurusan syarikat sahaja tetapi lebih dari itu, dari segi pengunaan Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan dan korporat.

Dan yang menjadi lebih teruk ialah apabila kebanyakan GLC enggan menyokong akhbar Melayu, dengan tidak membeli iklan dalamnya untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Mereka rasa akhbar Melayu dan Bahasa Melayu itu tidak mempunyai tahab tinggi.

Walhal, mereka adalah orang Melayu yang harus memperjuangkan pengunaan Bahasa Melayu. Tetapi mereka tidak melakukannya.

Sebaliknya, mereka lebih rasa bangga mengguna bahasa Inggeris. Dan ini menggalakkna semua CEO dan syarikat bukan Melayu turut mengikut jejak mereka.

Pengunaan Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan dan korporat telah lama diabaikan, dan CEO dan syarikat GLC yang harus dipersalahkan oleh sebab mereka yang telah beri pertunjuk kepada CEO dan GLC bukan Melayu untuk untuk tidak guna Bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka.

Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom langsung tidak mahu guna Bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka. Dan mereka hantar SMS dan emel kepada pelanggan dalam bahasa Inggeris.

Walhal, kebanyakan pelanggan mereka terdiri dari orang Melayu yang tidak mahu berurusan dalam bahasa Inggeris.

Affin Bank juga guna bahasa Inggeris bila berhubung dengan pelanggan.

Malah, ada syarikat besar kepunyaan Melayu juga tidak berusaha mempertabatkan pengunaan Bahasa Melayu.

Lebih teruk lagi ialah apabila mereka lebih suka mendapatkan pekerja dan pegawai kanan dari keturunan lain, dan ketepikan orang Melayu yang lebih berpengelaman dan berpendidikan.

Masalahnya ialah apabila terdapat seorang-dua pegawai keturunan bukan Melayu dalam mana-mana jabatan atau agensi, maka merekalah yang akan memaksa orang Melayu lain disekelilling mereka untuk mengguna bahasa Inggeris.

Sering berlaku bila sekumpulan orang Melayu sedang duduk dan bercakap dalam Bahasa Melayu, tetapi apabila seorang Cina atau India datang untuk bergaul dengan mereka, semua orang Melayu lain akan mula menggguna bahasa Inggeris.

Keadaan ini juga berlaku dikalangan orang dalam bidang politik dan kerajaan, bila mereka akan melayan soalan yang diutara oleh wartawan dari akhbar bukan Melayu, dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Cuma terdapat beberapa pemimpin politik Melayu yang berani bercakap dalam Bahasa Melayu dalam semua perhubungan walaupun mereka ditanya dalam bahasa Inggeris.


Selasa, 24 Julai 2012

SHAHALAM DALAM TAHUN 1974 DAHULU…

Oleh Mansor Puteh







Tahun 1974 Shahalam tidak kelihatan seperti sebuah bandar. Cuma tercapat beberapa buah bangunan tempat kediaman sahaja. Semua bangunan tinggi yang sedia ada sekarang belum lagi dibina. Malah ianya belum lagi dirancangkan. Dan yang kelihatan cuma kawasan lapang.
Pokok-pokok kelapa sawit masih berdiri di Shah Alam. Istana Bukit Kayangan juga sedang dibina. Bangunan yang begitu ketara sekali ialah Menara Intekma, institut Teknologi Mara.
Waktu malam seluruh kawasan ini sunyi dan begitu gelap sekali. Tidak seperti sekarang terdapat siraran cahaya dari bangunan tinggi dan jalan raya serta rumah kediaman dan lain-lain.       
Saya memasukki Institut Teknologi Mara dalam tahun 1974. Tidak sangka sekarang sudah genap dua-puluh tahun saya tiba di Shah Alam. Tidak sangka juga bahawa bandar yang sekarang dikenaili sebagai Ibu kota Negeri Selangor Darul Ehsan telah meningkat dewasa. Ianya menjadi sebuah bandar yang benar-benar dewasa.
Saya masih teringat lagi pertama kali tiba untuk menuntut di ITM atau Intekma dalam tahun 1974. Oleh seabab ketiadaan bangunan lain dan kawasan begitu lapang. Setiap kali menaikki bas untuk pulang ke kampus, saya terlihat dari tingkap bas seperti Bangunan Intekma setinggi empat-belas tingkat itu condong. Rupa-rupanya kesan visual itu bermain-main dalam kepala.
Sekarang ini, kalau saya pulang ke Shahalam atau menuju ke Kelang, saya akan perhati bangunan yang sama itu sebab ia masih tersergam. Tetapi, ianya tidak condong lagi seperti dulu kala. Ini disebabkan di sekitarnya sudah mempunyai banyak bangunan baru dan pokok-pokok sudah tinggi. Jadi kesan ‘visual distortion’ itu tidak berlaku.
Ketika itu dalam tahun 1974 Shahalam kelihatan aagak sunyi juga. Rumah­rumah kediaman sedang dibina. Dan kawasan lain ditara. Pokok-pokok kelapa sawit ditebang. Ini bagi tujuan untuk dijadikan tempat rumah dan bangunan yang sekarang ini kita sudah dapat melihat tersergam indah. Dan yang telah mencorakkan pemandangan Shahalam.
Penuntut-penuntut ITM berjalan melalui jalan lapang yang sering sunyi dari kenderaan untuk memasukki pintu masuk. Ramai yang tinggal di rumah teres ;iar dari kampus. Mereka sebenarnya merupakan penghuni pertama Shahalam, selain dari sekumpulan kakitangan ITM sendiri yang menetap di situ.
Untuk mendapatkan hiburan, terutama sekali pada hujung minggu, penuntut-penuntut­ akan pulang ke kampung masing-masing sekiranya mereka berasal dari Kuala Lumpur. Atau kalau terpaksa mereka akan menaikki bus untuk pergi ke Kelang. Di bandar diraja ini terdapat pawagam dan kedai-kedai dimana mereka boleh membeli-belah.
Selain dari itu, terdapat juga tanyangan filem yang diadakan oleh penuntut di dewan kuliah untuk menarik minat penuntut. Pendek kata, Shah Alam ketika itu tidak mempunyai kegiatan hiburan; semuanya masih lagi terletak di Kelang.
Mungkin terdapat kedai-kedai kecil dan restoran di kawasan Flet PKNS di seberang kammus ITM di mana ramai penuntut pergi, iaitu kalau mereka tidak mahu ke Kelang. Mereka terpaksa menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk tiba ke sana.
Shahalam pada saya ketika itu merupakan sebuah kawasan tandus. Kawasan lapang yang belum lagi menunjukkan tanda-tanda ianya akan didirikan dengan bangunan yang dapat kita lihat sekarang ini.
Sudah tentu rumah-rumah teres dan banglo yang telah dibina ketika itu begitu murah harganya, oleh sebab orang tidak gemar menetap di situ. Mungkin juga ketika itu kilang-kilang belum banyak didirikan. Shah Alam seperti terletak di hujung dunia. Mujur pula terdapat sebuah kampus seperti ITM yang begitu besar dan terkenal. Dan ramai penuntut-penuntut yang menetap di asrama-asrama yang didirikan. Ini membuat mereka kekal berada di situ dan tidak dapat keluar, kecuali kalau mahu ke Kelang atau Kuala Lumpur.
Pendek kata, ITM yang membuat Shah Alam sibuk dan terkenal. Orang cuma kenal bandar ini oleh sebab kampus ITM berada di situ.
Saya menuntut di Kajian Sebaran Am. Dalam tahun saya terdapat lebih kurang lapan-puluh penuntut yang mengambil empat jurusan, iaitu pengiklanan, kewartawanan, perhubungan awam dan penyiaran. Kajian ini terletak di tingkat ke-tiga-belas.
Dari sudut ini kami dapat melihat kawasan di sekelilling. Kadangkala, tatkala cuaca terang, kami boleh melihat bangunan Lapangan terbang Antarabangsa Subang.
Di sekelilling yang terlihat cuma pokok-pokok kelapa sawit. Ladang kelapa sawit begitu luas sekali. Dan terdapat kawasan lapang yang telah ditarakan untuk menjadi tapak bangunan Shahalam. Istana Bukit Kayangan sekian hari bertambah menjadi dan rumah-rumah pegawai kerajaan negeri Selangor di sekeliling istana itu juga bertambah.
Jalan raya luas telah dibina di beberapa tempat di Shahalam, terutama sekali yang menuju ke kampus ITM dan kawasan perumahan. Ianya begitu sunyi dan luas. Ini membuatkan penuntut-penuntut menjadikannya kawasan untuk memandu dengan laju dan bertarung.
Sayang sekali, ingatan kami tentang Shah Alam ketika ini cuma kampus ITM sahaja.       Ianya bukan lagi sebuah bandar. Kami cuma meiihat kawasan-kawasan lapang, runah teres dan banglo dan istana yang sedang didirikan. Selain dari itu Shahalam cuma wujud dalam perancangan sahaja.
Tentu ramai penuntut ITM yang telah meninggalkan kampus itu masih lagi ingat pengelaman mereka menetap di sini. Perasaan nostalga tentu bermain-­main dalam ingatan mereka kalau mereka membuat lawatan ke Shahalam sekarang. Sudah tentu mereka, sama seperti saya akan dapat melihat betapa berbeza bandar itu sekarang jika dibandingkan dengan iarya ketika dua-puluh tahun dahulu.
Dua-puluh tahun bukan satu waktu yang singkat dalam penghidupan seseorang; sudah tentu ianya mempunyai erti dan sentimen yang kekal dalam ingatan.
Entah ke mana mereka sekarang mereka yang bersama-sama saya menuntut di ITM ketika itu. Ramai telah tamat pengajian dalam tahun 1977 sementara ada sejumlah kecil yang gugur separuh jalan.
Buat saya, saya telah bekerja sebagai wartawan selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Bandaraya New York dan pulang beberapa tahun kemudian.












Sabtu, 21 Julai 2012

PENGARUH BAHASA FARSI DALAM BAHASA MELAYU.

Oleh Mansor Puteh                                              





Walaupun negara Iran atau dulu dikenali sebagai Persia atau Farsi terletak begitu jauh sekali dengan negara kita, Malaysia; ianya dipisahan oleh Selat Melaka, Lautan India dan Teluk Arab. Namun demikian 4,000 batu lebih itu tidak menghalang pedagang-pedagang dari Farsi untuk berkunjung ke negara kita lebih 600 tahun lalu untuk berdagang. Disamping itu, mereka juga membawa pelbagai pengaruh yang kesannya tinggal sehingga kini iaitu lebih 600 tahun lamanya.
Salah satu kesan yang berkekalan ialah Ugama Islam yang Maha Suci. Ianya telah tersebar ke Farsi dari negara Arab Saudi yang kemudiannya pedagang-pedagang Parsi ke India, Pakistan sehingga ke rantau kita, dan yang menyebabkan penganutan orang Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Sementara itu orang Melayu di Filipina juga turut menganui ugama baru ini sehingga negara itu tertakluk oleh penjajah dari Sepanyol yang memaksa mereka untuk bertukar ugama ke Kristian. Sementara itu orang Melayu di selatan Filipina masih kekal dengan ugama Islam, sebab mereka tidak sempat diperggaruhi dan dipaksa oleh penjajah Sepanyol oleh sebab mereka tinggal jauh dari pusat penjajahan di utara.
Selain dari ugama, pedagang Farsi juga membawa kesusasteraan mereka. Dan tidak hairan kalau hikayat-hikayat Melayu lama mempunyai asal-usul Farsi  sehinggakan filem Melayu yang pertama dibuat dalam tahun 1933 dipadankan dari kisah percintaan Farsi terkenal iaitu ‘Laila Majnun’. Filem ini dikatakan telah dibuat di Madras oleh penerbit di sana dan terdapat dua versi iaitu Melayu dan Farsi. Filem versi Melayu dihantar ke Malaya dan Singapura untuk ditayang sementara versi Farsi ditayang di Farsi atau Persia ketika itu.
Para sarjana kesusasteraan lama sering membincangan pengaruh Farsi dulu bidang kesusasteraan Melayu. Ini adalah fakta yang tidak boleh diketepikan.
Selain dari itu Farsi juga  memperkenalkan penulsan Jawi kepada orang Melayu yang sebelum ini tidak mempunyai cara penulisa. sendiri. Kesemua hikayat atau
cerita Melayu lama telah diperturunkan secara lisan iaitu secara penceritaan. Ini menyebabkan terdapat banyak versi dari satu cerita oleh sebab cara ini membenarkan setiap pencerita itu untuk menokok-tambah mengikut sesuka hati mereka. Dan tidak hairanlah kalau Hikayat Hang Tuah itu sendiri mempunyai enam-belas buah versi  yang kebanyakannya tidak serupa, iaitu apabila ianya ditulis dalam tulisan Jawi.
        Memang kita tidak dapat menyangkal bahawa orang Farsi telah berjaya mengkayakan bukan sahaja budaya orang      Melayu bahkan telah menyebabkan menganuti ugama Islam yang masih dipegang oleh seluruh orang Melayu sehingga kini.
        Dan disamping pengaruh dalam bidang kesusastaraan, terdapat juga pengaruh Bahasa Melayu itu sendiri. Mungkin fakta ini tidak diketengahkan oleh sebab pengunaan perkataan Farsi dalam percakapan seharian telah menjadi sebegitu biasa sehinggakan        orang Melayu sendiri tidak sedar bahawa banyak perkataan yang disebut itu sebenarnya mempunyai asal-usui dari Farsi.
Pengunaan tulisan Jawi telah kini kian pupus. Sekolah-sekolah sekular hampir tidak mengguna tulisan ini. Cuma sekolah ugama sahaja yang mengajar penuntut menulis dalam tulisan Jawi. Pengajaian Inggeris selama 150 tahun itu telah berjaya membuat orang Melayu menukar cara penulisan uari Jawi ke rumi.
Masyarakat Melayu kini lebih gemar menulis dalam cara Rumi dan Cuma segelintir sahaja dikalangan mereka tahu menulis cara Jawi. Kebanyakan mereka adalah orang tua.
Perkataan-perkataan Farsi dalam Bahasa Melayu sememangnya sukar untuk diasingkan. Ini. disebabkan bahawa perkataan-perkataan itu telah diguna sejak 800 tahun lalu iaitu apabil pedagang Farsi berkunjung ke negara kita. Dan kita telah mengguna perkataan-perkataan itu sehinggakan kita terlupa akan asal-usulnya. Lain pula dengan perkataan Inggeris yang boleh diasingkan oleha sebab ianya baru sahaja diperkenalkan dan kitu, masih sedar akan asal-­usulnya. Dekad-dekad akan datang anak muda tidak mungkin akan tahu dari manakah perkataan-perkataan itu datang.
Sehingga kini tidak terdapat sebararag pengajian tentang pengaruh bahasa Farsi dalam Bahasa Melayu diadakan. Kita cuma belajar tentang pengaruh Farsi dalam bidang kesusasteraan Melayu lama. Itupun tidak secara mendalam dan mengambil kira akan sejarah pengaruh Farsi. Dan kadangkala sarjana dalam bidang kesusasteraan juga terkeliru apabila mereka menganggap bahawa Farsi itu adalah Arab.
Seorang keturunan Iran yang berpendidikan berkata bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat hampir tiga-puluh peratus perkataan Melayu yang mempunyai asal-usul Farsi. Ini bererti bahawa dalam sepuluh perkataan yang dipertutur dan ditulis oleh kita dalam Bahasa blelayu, tidak kurang tiga darinya adalah dari bahasa Farsi.
Peratusan ini agak tinggi. Tetapi, tidak ramai yang tahu apakah perkataan Farsi yang telah digunakan. Saya cuma dapat mengira beberapa sahaja, iaitu apabila sempat bertanyakan dari teman di Tehran dalam kunjungan singkat tidak lama dulu.
Perkataan yang sering digunakan sekarang ialan ‘medan’. Ianya berasal dari Farsi.        Tetapi ejaan mereka ialah ‘meydan’. Kalau kita ke Iran kita akan sering terlihat perkataan ini tertulis pada papan tanda seperti ‘Meydan Imam’, ‘Meydan Azadi’ dan sebagainya.
Perkataan-perkataan lain ialah, ‘tarikh’. Pada kita perkataan ini bermaksud haribulan tetapi untuk orang Farsi sekarang ianya juga bererti ‘sejarah’ disamping haribulan.
Saya ditemuramah oleh setesen televisyen dan saya terdengar penemuramah bercakap tentang ‘soal-jawab’. Dan saya bertanya apakah maksudnya sama seperti maksud dalam Bahasa Melayu. Jawabnya ialah ia.
Perkataan ‘khayal’ disebut oleh orang Farsi atau Iran sekarang sebagai ‘hiyal’, sementara ‘bandar’ di Iran mempunyai maksud sebuah ‘perlabuhan’. Di sini kita maksudkannya sebagai ‘pekan’ atau ‘kota’. Terdapat ‘Bandar Abbas’ dan ‘Bandar Lengeh’ di peta Iran, dan ianya adalah pelabuhan penting di negara itu. Dan perkatakan ‘Shah’ bererti ‘Raja’ atau dalam Bahasa Inrgeris, ‘king’.
Kita sebuat ‘Shahbandar’ untuk memberi erti Pegawai Bandar, tetapi dalam bahasa Farsi, ianya bererti ‘Raja Pelabuhan’ yang tidak mempunyai erti apa-apa.
Yang menghairankan ialah perkataan ‘Nenas’ iaitu sejenis buah-buahan  penting di negara kita. Tetapi asal-usul perkataan itu ialah Farsi, mereka memanggilnya ‘Ananas’. Hairan sekali sebab di Iran sekarang mereka tidak menanam buah itu sebab cuaca sejuk yang tidak membenarkan penumbuhan jenis buah-buahan itu, ian ianya terdapat dengan begitu mudah di semak-samuh benua kita dan kita sendiri tidak mempunyai nama untuknya dan terpaksa mengguna perkataan Farsi.
Kita mengeksport nenas ke luar negeri sebab pengeluaran kita banyak dan Iran sekarang mengimpot nenas dan menjualnya dengan harga begitu tinggi seperti emas.
‘Khabar’ dalam bahasa Farsi pula bererti ‘berita’ sama seperti kita, dan ‘syarikat’ ditulis sebagai ‘sherkat’. Terdapat juga perkataan-­perkataan lain iaitu ‘amalar’, ‘mungkin’ dan ‘nakhoda’. Mereka menyebut ‘nakhoda’ seperti ‘nakhodo’.
Kebanyakan perkataan Farsi asal mempunyai ejaan dan sebutan yang lain. Ini disebabkan ianya dieja dalam tulisan Jawi yang telah ditukar ke tulisan Inggeris. Juga mungkin cara sebutan kita tidak sama dan nenek-moyang kita telah menyebutnya secara sendiri.
Namun demikiam ada bagusnya juga kalau sarjana kita dapat membuat kajian tentang aspek pengaruh Farsi dalam Bahasa Melayu agak kita tahu asal-usul perkataan-perkataan yang kita pakai.
Kita juga sedar bahawa perkataan Farsi yang digunakan itu ada yang didatangkan dari Negeri Arab yang telah ditunakan oleh orang Farsi sebelum mereka membawanya ke negara kita. Jadi proses pengunaan perkataan dan bahasa itu adalah satu proses normal. Dan Bahasa Melayu kian bertukar dan menjadi  begitu canggih sekarang mengikut perubahan masa dan zaman.
Begitu juga dengan Bahasa Farsi; mereka juga terus menerima perkataar-perkataan Perancis dan Inggeris ke dalam bahasa mereka, supaya mereka juga meningkat pemahaman mereka dengan perubahan zaman teknologi dari sebagainya.
Dan proses peminjaman perkataan ini bukan sahaja bagi pihak Melayu atau Farsi malahan Bahasa Inggeris juga meminjam dun mengguna perkataan Melayu dan Farsi serta India dan lain-lain bagi mengkayakan bahasa itu. Perkataan seperti ‘polu’ iaitu permainan polo dan ‘Hasliimayun’ untuk ‘assassin’ digunakan oleli orang Inggeris.


Rabu, 18 Julai 2012

MOVIE TOWN - STUDIO LUAR DI TEHRAN.

Oleh Mansor Puteh




Siapa sangka di Iran terdapat sebuah perusahaan filem yang begitu giat sekali. Masyarakat di Barat, dan lebih-lebih lagi di Dunia Islam sering menganggap bahawa Iran tidak mempunyai sebarang elemen hiburan, maupun pembuatan filem yang baik. Semuanya telah terkubur bersama Revolusi Islam mereka dalam tahun 1979 dulu.
Tetapi, komplek studio luar yang dikenall sebagai ‘Movie Town’ dan banyak filem yang dihasilkan setiap tahun membuktikan bahawa bidang pembuatan filem di Iran segar dan bertambah giat.  
Mereka menghasilkan sebanyak enam-puluh buah filem setahun. Banyak filem mereka dihantar ke pesta filem antarabangsa. Dan pengarah filem mereka juga terkenal di Barat. Nama seperti Amir Naderi Abbas Kiarostami, Mohsen Makmalbaf tidak asing bagi mereka. Cuma di rantau kita nama- nama raereka itu tidak dikenali.
Komplek studio luar ‘Movie Town’ terletak agak jauh di luar Bandaraya Tehran. perjalanan dari Hotel Esteghlal mengambil masa lebih.satu jam. Mujur jalan rayanya lurus dan lebar, kalau tidak perjalanan dudah tentu akan mengambil lebih lama lagi.
Kompleks studio luar ini mungkin terbesar di Lunia Islam, Malahan ianya boleh dianggap sebagai terbesar luar dari Barat. Dan komplek tersebut baru saha ja dibi na beberapa tahun lalu. Kita masih dapat melihat banyak bangunan lain sedang didirikan.
Binaan yang sempat dilihat tersergam ialah bangunan kedai selorong yang mirip Tehran lapan-puluh tahun laiu. Ianya merupakan sebuah pekan yang agak lengkap dengan segila kemudahan awam termasuk pawagam. Poster pelakun Amerika terkenal ketika itu, Rudolf Valentino ditampal pada dinding pawagam.
Jalan raya yang luar melintangi ‘bandraya’ palsu ini. Kereta-kereta jenis lama terletak di tepi jalan. Dan landasan keretapi trem menjalar di tengah­-tengah jalan raya.
Banjaran Elborz terlihat jauh di hujung pekan ini. Sekali pandang kita akan terasa seperti berada di Tehran pada zaman silam. Cuma yang kurarg ialah ianya begitu sunyi. Yang ada cuma mereka dalam rombongan ke studio itu.       
Di bahagian lain komplek itu terletak bangunan yang terdapat di Tehran pada masa yang lebih awal iaitu sembilan-puluh tahun dan ianya mirip daerah lama di mana terdapat lorong sempit dan tempat kediaman dan menjual-beli seperti di bazaar. Keadaan di sini juga sunyi dan tanpa peorang penghuni.
Tidak jauh dari situ kelihatan usaha untuk membina sebahagian dari komplek itu yang menunjukkan bangunan yang lebih awal. Mungkin seratus lebih tahun. Kita dapat membezakan bangunan-bangunan yang telah dibina dan sedang dibina oleh sebab reka bentunya amat berbeza.
Sekiranya kompleks ini siap, sudah tentu ianya akan menjadi sebuah kompleks studio luar terbesar di Benua Selatan dan Dunia Islam.
Ini semuanya membuktikan bahawa Iran sebenarnya mengalu-alukan pembuatan filem. Ini juga menyangkal bahawa kediudupan di Republik Islam di Iran ini tidak selesa. Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain mereka langsung tidak mempunyai studio luar seperti itu, dan jenis filem yang dibuat oleh mereka amat mengecewakan, sebab kesemuanya cuba meniru cara filem Barat yang menunjukkan tubuh badan wanita secara terdedah.
Di Iran, semua filem yang dihasilkan mengikut kesopanan dan tatasusila Islam. Ini berbeza dengan filem-filem di nggara Islam lain yang menunjukkan pelakon berpeluk, memakai seluar mandi jenis bikini dan pelakun lelaki dan wanita tidak menutup aurat.
Kami ahli rombongan ke studio luar itu terperanjat melihat sehuah komplek sebegitu besar dan lengkap. Ianya telah didirikan oleh pihak kerajaan, khusus untuk membantu penerbit filem menghasilkan filem--filem bermutu.
Tidak siapa yang tahu betapa besarkah kompleks ini akan bekembang akhirnya. Kerja­-kerja membina banyak lagi bangunan lain sudah tentu akan dibuat dari masa ke samasa. Akhirnya nanti komplek Movie Town ini akan menjadi begitu besar sehingga boleh mengatasi studio-studio di Hollywood sendiri.