Jumaat, 31 Ogos 2012

ULANGTAHUN KE-40 KAJIAN SEBARAN AM, INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM)…


DAN SHAHALAM DALAM TAHUN 1974 DAHULU…
Oleh Mansor Puteh



(Mansor mencipta sejarah Kajian Sebaran Am, ITM dengan menjadi pelajar pertama dan akhir mendapat tempat belajar di sebuah universiti Ivy League iaitu Columbia University di Bandaraya New York semasa masih dalam semester akhir awal tahun 1977.
          Bagaimanapun permohonan beliau untuk mendapat biasiaswa atau pinjaman pelajaran dari MARA telah ditolak oleh sebab pegawai MARA ketika itu tidak yakin beliau layak belajar di sana. Ini memaksa beliau bekerja sebagai wartawan untuk Utusan Melayu sebab beliau telah membuat latihan amali di sini. Semasa bekerja di Utusan Melayu beliau berjaya mendapat pinjaman pelajaran dari MARA setelah membuat rayuan kepada mereka.
          Mansor kini giat menerbit sebuah filem berjudul, ‘Malaysian Snow’ yang juga merupakan tesis untuk ijazah Masters of Fine Art in Film Directing di Columbia University yang bakal mencipta sejarah dan kejayaan paling unik di Amerika, dengan menghantar tesis lebih 34 tahun sejak beliau belajar di sana pada bulan September, 1978.
Adalah sukar untuk mana-mana pelajar dari Malaysia untuk menyambungkan pelajarannya di Columbia University atau mana-mana universiti bertaraf Ivy League sekarang sebab kosnya mencecah RM150,000 setahun.)

Hari Sabtu depan, 1 September, graduan dari Kajian Sebaran Am di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudiannya dipanggil Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan berkumpul dalam sebuah acara untuk merai ulangtahun ke-empat-puluh penubuhannya.
          Ramai juga graduan yang kini dipanggil alumni akan hadir dalam acara itu. Tetapi ada sekumpulan kecil yang enggan. Ini menghairankan. Mereka tentu ada alasan peribadi untuk tidak turut hadir.
          Pihak penganjor berharap untuk mendapat kehadiran Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak untuk menjadi tetamu kehormat.
Tahun 1974 Shahalam tidak kelihatan seperti sebuah bandar. Cuma tercapat beberapa buah bangunan tempat kediaman sahaja. Semua bangunan tinggi yang sedia ada sekarang belum lagi dibina. Malah ianya belum lagi dirancangkan. Dan yang kelihatan cuma kawasan lapang.
Dalam bulan Julai tahun ini, saya berdaftar sebagai seorang pelajar di Kajian Sebaran Am, yang ketika itu diketuai oleh Puan Marina Samad (Kini Datin).
Saya masih ingat lagi pemandangan di Shah Alam yang ketika itu sunyi dan sepi, walaupun pada waktu hari. Dan semasa menaikki bas dari Kuala Lumpur menghampirinya, kita akan dapat lihat Menara Intekma setinggi empat-belas tingkat itu seperti condong sedikit.
Ia adalah pemainan mata atau penghilatan oleh sebab menara ini tidak ditemani oleh bangunan-bangunan lain, jadi ia seperti condong.
Tetapi pemandangan menara itu kini tidak seperti dahulu, sebab ia dikelillingi oleh banyak bangunan dan pokok rendand.
Dalam tahun 1974, terdapat banyak pokok-pokok kelapa sawit masih berdiri di Shah Alam. Istana Bukit Kayangan juga sedang dibina. Bangunan yang begitu ketara sekali ialah Menara Intekma, institut Teknologi Mara.
Waktu malam seluruh kawasan ini sunyi dan begitu gelap sekali. Tidak seperti sekarang terdapat siraran cahaya dari bangunan tinggi dan jalan raya serta rumah kediaman dan lain-lain.       
Saya memasukki Institut Teknologi Mara dalam tahun 1974. Tidak sangka sekarang sudah genap dua-puluh tahun saya tiba di Shah Alam. Tidak sangka juga bahawa bandar yang sekarang dikenaili sebagai Ibu kota Negeri Selangor Darul Ehsan telah meningkat dewasa. Ianya menjadi sebuah bandar yang benar-benar dewasa.
Saya masih teringat lagi pertama kali tiba untuk menuntut di ITM atau Intekma dalam tahun 1974. Oleh seabab ketiadaan bangunan lain dan kawasan begitu lapang. Setiap kali menaikki bas untuk pulang ke kampus, saya terlihat dari tingkap bas seperti Bangunan Intekma setinggi empat-belas tingkat itu condong. Rupa-rupanya kesan visual itu bermain-main dalam kepala.
Sekarang ini, kalau saya pulang ke Shahalam atau menuju ke Kelang, saya akan perhati bangunan yang sama itu sebab ia masih tersergam. Tetapi, ianya tidak condong lagi seperti dulu kala. Ini disebabkan di sekitarnya sudah mempunyai banyak bangunan baru dan pokok-pokok sudah tinggi. Jadi kesan ‘visual distortion’ itu tidak berlaku.
Ketika itu dalam tahun 1974 Shahalam kelihatan aagak sunyi juga. Rumah­rumah kediaman sedang dibina. Dan kawasan lain ditara. Pokok-pokok kelapa sawit ditebang. Ini bagi tujuan untuk dijadikan tempat rumah dan bangunan yang sekarang ini kita sudah dapat melihat tersergam indah. Dan yang telah mencorakkan pemandangan Shahalam.
Penuntut-penuntut ITM berjalan melalui jalan lapang yang sering sunyi dari kenderaan untuk memasukki pintu masuk. Ramai yang tinggal di rumah teres ;iar dari kampus. Mereka sebenarnya merupakan penghuni pertama Shahalam, selain dari sekumpulan kakitangan ITM sendiri yang menetap di situ.
Untuk mendapatkan hiburan, terutama sekali pada hujung minggu, penuntut-penuntut­ akan pulang ke kampung masing-masing sekiranya mereka berasal dari Kuala Lumpur. Atau kalau terpaksa mereka akan menaikki bus untuk pergi ke Kelang. Di bandar diraja ini terdapat pawagam dan kedai-kedai dimana mereka boleh membeli-belah.
Selain dari itu, terdapat juga tanyangan filem yang diadakan oleh penuntut di dewan kuliah untuk menarik minat penuntut. Pendek kata, Shah Alam ketika itu tidak mempunyai kegiatan hiburan; semuanya masih lagi terletak di Kelang.
Mungkin terdapat kedai-kedai kecil dan restoran di kawasan Flet PKNS di seberang kammus ITM di mana ramai penuntut pergi, iaitu kalau mereka tidak mahu ke Kelang. Mereka terpaksa menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk tiba ke sana.
Shahalam pada saya ketika itu merupakan sebuah kawasan tandus. Kawasan lapang yang belum lagi menunjukkan tanda-tanda ianya akan didirikan dengan bangunan yang dapat kita lihat sekarang ini.
Sudah tentu rumah-rumah teres dan banglo yang telah dibina ketika itu begitu murah harganya, oleh sebab orang tidak gemar menetap di situ. Mungkin juga ketika itu kilang-kilang belum banyak didirikan. Shah Alam seperti terletak di hujung dunia. Mujur pula terdapat sebuah kampus seperti ITM yang begitu besar dan terkenal. Dan ramai penuntut-penuntut yang menetap di asrama-asrama yang didirikan. Ini membuat mereka kekal berada di situ dan tidak dapat keluar, kecuali kalau mahu ke Kelang atau Kuala Lumpur.
Pendek kata, ITM yang membuat Shah Alam sibuk dan terkenal. Orang cuma kenal bandar ini oleh sebab kampus ITM berada di situ.
Saya menuntut di Kajian Sebaran Am. Dalam tahun saya terdapat lebih kurang lapan-puluh penuntut yang mengambil empat jurusan, iaitu pengiklanan, kewartawanan, perhubungan awam dan penyiaran. Kajian ini terletak di tingkat ke-tiga-belas.
Dari sudut ini kami dapat melihat kawasan di sekelilling. Kadangkala, tatkala cuaca terang, kami boleh melihat bangunan Lapangan terbang Antarabangsa Subang.
Di sekelilling yang terlihat cuma pokok-pokok kelapa sawit. Ladang kelapa sawit begitu luas sekali. Dan terdapat kawasan lapang yang telah ditarakan untuk menjadi tapak bangunan Shahalam. Istana Bukit Kayangan sekian hari bertambah menjadi dan rumah-rumah pegawai kerajaan negeri Selangor di sekeliling istana itu juga bertambah.
Jalan raya luas telah dibina di beberapa tempat di Shahalam, terutama sekali yang menuju ke kampus ITM dan kawasan perumahan. Ianya begitu sunyi dan luas. Ini membuatkan penuntut-penuntut menjadikannya kawasan untuk memandu dengan laju dan bertarung.
Sayang sekali, ingatan kami tentang Shah Alam ketika ini cuma kampus ITM sahaja.       Ianya bukan lagi sebuah bandar. Kami cuma meiihat kawasan-kawasan lapang, runah teres dan banglo dan istana yang sedang didirikan. Selain dari itu Shahalam cuma wujud dalam perancangan sahaja.
Tentu ramai penuntut ITM yang telah meninggalkan kampus itu masih lagi ingat pengelaman mereka menetap di sini. Perasaan nostalga tentu bermain-­main dalam ingatan mereka kalau mereka membuat lawatan ke Shahalam sekarang. Sudah tentu mereka, sama seperti saya akan dapat melihat betapa berbeza bandar itu sekarang jika dibandingkan dengan iarya ketika dua-puluh tahun dahulu.
Dua-puluh tahun bukan satu waktu yang singkat dalam penghidupan seseorang; sudah tentu ianya mempunyai erti dan sentimen yang kekal dalam ingatan.
Entah ke mana mereka sekarang mereka yang bersama-sama saya menuntut di ITM ketika itu. Ramai telah tamat pengajian dalam tahun 1977 sementara ada sejumlah kecil yang gugur separuh jalan.
Buat saya, saya telah bekerja sebagai wartawan selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Bandaraya New York dan pulang beberapa tahun kemudian.

Isnin, 27 Ogos 2012

HUKUM SUKAN MENGATASI HUKUM UGAMA ISLAM?

…KENAPA ULAMAK TIDAK SANGKAL DAN HARAMKAN
SANJUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA MEREKA YANG
BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL SEPARUH BOGEL DI KHALAYAK
RAMAI. …DAN ‘PEMENANG PINGAT PERAK DAN GANGSA’
DALAM SUKAN OLIMPIK ADALAH ‘ORANG KALAH’.
Oleh Mansor Puteh



Sukan Olimpik London telah berlalu. Ramai keciwa sebab tidak berjaya meraih
sebarang pingat.   
      Malaysia hanya boleh rasa bangga dengan kemenangan dua pingat – perak
untuk badminton dan gangsa untuk terjun dalam kolam. Dan pemenangnya
diraikan jauh lebih istimewa dari pemenang pingat emas di luar negara.
      Ramai orang harus sedar bahawa ‘pemenang pingat perak dan gangsa’
sebenarnya bukan ‘pemenang’; mereka orang kalah!
      Olimpik dan acara sukan antarabangsa lain seharusnya tidak beri sebarang
pingat kepada mereka yang kalah; cukup dengan memberi pingat emas kepada
pemenang, sebab tidak ada pemenang kedua dan pemenang ketiga.
      Negara lain beri penghargaan dengan cara mereka sendiri. Di Malaysia,
kedua ‘pemenang’ itu diberi perarakan dan ganjaran dalam bermacam bentuk. Tak salah.
      Tapi yang salahnya ialah, seorang pemenangnya berpakaian separuh bogel.
Tidakkah ini salah dari hukum syarak?
Apa hukumnya orang Islam beri sanjungan, pujian, ganjaran dan sokongan
kepada mereka? Wanita Islam diharam ambil bahagian dalam pertandingan ‘ratu cantik’. Tapi wanita dan gadis Islam tidak diharamkan dari terlibat dalam acara sokan yang memaksa mereka berpakaian separuh bogel? Kenapa ada percanggahan dalam segi ini?
          Adakah hukum sokan mengatasi hukum ugama? Mana ulamaknya dalam hal seperti ini?
          Sekurang-kurangnya di negara Arab lain dan di Iran wanita atau gadis berugama Islam tidak dibenar terlibat dalam bidang sokan yang memaksa mereka menolak nilai ugama mereka; nilai dan hukum sokan dianggap rendah berbanding dengan nilai dan hukum ugama.
          Tetapi ada beberapa negara Arab dan juga di Malaysia, amalan ini tidak dilakukan dan gadis-gadis dan wanita berugama Islam bukan sahaja tidak dihalang dari menyertai bidang sokan seperti itu, malah, mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalamnya, walaupun ia bererti bahawa mereka menolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri.
          Mana fatwa yang menghalang gadis dan wanita berugama Islam dilarang terbabit dalam bidang sokan yang menghina Islam? Tidak ada.
          Kalau ada fatwa yang melarang umat Islam menghisap rokok, tetapi ia tidak dilaksanakan.
          Oleh sebab itu, ramai orang Melayu menghisap rokok dan ada seterusnya terlibat dengan pengisapan dan pengunaan dadah sehinggakan ke bidang pengedarannya.
Ramai yang telah ditangkap dan dihukum sehingga dihukum gantung, tetapi ramai lain yang masih belum mempelajari dari kesilapan orang.
          Ia bukan isiu ugama sebenarnya, tetapi isiu ekonomi; sebab kebanyakn merek yang terlibat dengan pengunaan dan pengedaran dadah adalah mereka yang tersepit oleh sebab mereka tidak berpendidikan dan mereka mahu cari pendapatan yang mudah dan lumayan walaupun risikonya tinggi.
Ini yang amat pelik. Dan ia adalah yang amat memalukan. Dan betapa jahilnya ulamak yang ada, yang menutup mata melihat gadis berugama Islam berpakai separuh bogel terlibat dalam bidang sokan.
          Dan yang lebih pelik lagi ialah apabila akhbar dan televisyen menyiarkan acara ini dengan memaparkan gambar-gambar gadis dan wanita berugama Islam dalam pakaian separuh bogel.
Dan media juga menemuramah emak-bapa gadis kecil itu yang tidak rasa segan-silu yang anaknya berpakaian separuh bogel, sedangkan si emak bertudung.
          Apalah sangat dengan pingat dalam bidang sokan untuk umat Islam sehinggakan mereka terpaksa tolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri?
          Mana penceramah ugama di television yang asyik berbincang tentang perkara yang biasa, dan tidak pernah sentuh tentang bidang sokan dan bagaimana banyak gadis Islam menolak nilai ugama semata-mata mahu mendapat sanjungan menang pingat dalam bidang sokan seperti sokan lebih penting daripada ugam?
          Mana mereka semua?
          Tidakkah ada fatwa yang telah dikeluarkan mengharamkan gadis Islam terlibat dengan sokan yang memaksa mereka berpakai tidak sopan dan kelihatan berbogel?
Ada hukum yang menghalang gadis Islam ambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.
Tujuannya ialah untuk menjaga martabat mereka dan Islam.
Tetapi kenapa tidak ada hukum seperti ini yang menghalang gadis Islam terlibat dalam bidang sokan pula?
          Tidak ada sebarang hukum yang telah dikeluarkan oleh mana-mana ustaz dan jabatan ugama tentang perkara ini, jadi tidak salah kalau ada ibubapa Melayu yang membenar dan menggalakkan anak gadis mereka terlibat dalam bidang sokan walaupun mereka terpaksa berpakaian separuh bogel.
          Yang menyedihkan lagi ialah emak-bapa ahli sokan gadis ini bertudung dan berketayap sementara anak gadis mereka muncul dikhalayak ramai berpakaian tidak sopan.
          Yang mahu mereka kejar ialah pingat dalam bidang sokan dan bukan pahala.

Jumaat, 24 Ogos 2012

TERASA ASING DI KLCC.

Oleh Mansor Puteh









Saya seperti ramai rakyat Malaysia tentunya rasa bangga dengan pembinaan bangunan Menara berkembar Petronas di KLCC, dan menunggu penyiapannya dengan penuh debaran. Tentu sekali rakyat Malaysia bangga yang kita kini mempunyai menara berkembar tertinggi seluruh dunia.
Dan sebahagian dari komplek bangunan berprestij ini telahpun siap dan dibuka kepada orangramai, khususnya pembeli di komplek membeli-belah Suria KLCC.
Tetapi, perasaan bangga itu lupus, dan yang menggantinya ialah kehampaan.
Di luar memang kita boleh rasa megah dengan tersergamnya bangunan KLCC itu, tetapi apabila kita masuk ke dalam, kita terasa seperti berada di luar negeri.
Sedikitpun tidak terdapat identiti Melayu yang kita bangga-banggakan dalam senireka dan senibenuk. Apa yang kita dapat lihat ialah tidak bebeza dengan komplek membeli-belah lain seperti Utama 1, Petronas Sogo dan The Mall, dan lain-lain.
Malah bahasa yang diguna untuk membuat pengumuman di Suria KLCC adalah Inggeris, tanpa dimulakan dengan Bahasa Melayu.
Jadi, tidak hairanlah kalau kita terasa seperti berada di luar negeri dan bukan di negara sendiri, walaupun menara itu kebanggaan kita.
Dan yang paling mengeciwakan ialah suatu menara kebanggaan kita, menjual barangan dengan jenama asing. Kenapa mesti barangan luar negeri diutamakan dalam kompleks penuh bermakna seperti itu?
Syarikat Isetan milikki orang Jepun menjadi penghuni terbesar di Suria KLCC dan ia menjual barangan berjenama Jepun, sedangkan kedai-kedai lain pula menjual barangan dari negara lain.
Sepatutnya, Suria KLCC cuma menjual barangan tempatan, untuk menggalakkan orangramai membelinya. Sebab komplek Menara Berkembar Petronas, atau KLCC ini merupakan sesuatu projek kebanggaan kita, dan adalah tidak kena kalau ia diguna untuk penjualan barangan asing.
Jadi, keunikan KLCC untuk rakyat Malaysia cuma sekadar luarannya sahaja,sedangkan di dalamnya, ia tidak berbeza dengan komplek membeli-belah lain.
Akhirnya, saya berpendapat KLCC itu seperti ‘indah khabar dari rupa’. Dan saya tidak rasa bangga dengannya. Lawatan pertama saya ke sana baru-baru ini amat menghampakan saya, sebab saya telah mengharapkan kesenian dan reka-bentuk Melayu atau Malaysia digunakan disamping Bahasa Melayu, dan kedai-kedainya menjual dan mempromosi barangan tempatan, tetapi ini tidak berlaku.
Sepatutnya pihak kerajaan menggalakan tuan punya kedai-kedai khususnya di Suria KLCC dan lain-lain pusat membeli-belah menyuruh pekerja mereka memakai pakaian tempatan atau batik untuk mewujudkann satu identiti tempatan. Pelancong asing sudah tentu akan tertarik dengan ini.
Dan rekabentuk yang digunakan itu mestilah jenis tempatan, supaya ia berbeza dengan pusat membeli­belah di luar negeri. Malah kalau kita ke Indonesia, misalnya, kita akan melihat juru-jualnya memakai pakaian tempatan, dan sebanyak mungkin senireka dalam (interior design) menunjuk ciri-ciri tempatan.
Ini dengan secara tidak langsung menggalakkan jurujual memakai pakaian dan kain tempatan jenis batik, yang sekaligus menggalakkan perkembangan perusahaan batik.
Yang sedihnya ialah ramai pelancong yang gemar memakai pakaian batikdari orang tempatan.
Contoh yang paling baik ialah jurujual di kedai-kedai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang yang mana memakai pakaian tempatan diperbuat dari kain batik.
Tentu sekali Suria KLCC boleh mengadakan peraturan bagi menggalakkan jurujual di kedai-kedai di pusat membeli-belah ini memakai pakaian tempatan. Dan muzik yang dimainkan mestilah muzik tempatan, dan tidak muzik Barat.
Dan adalah diharapkan agar syarikat makanan segara dari Amerika tidak digalak membuka kedai cawangan mereka di Suria KLCC dan kedai-kedai menghidangkan makanan tempatan dibenar berniaga.
Selagi ini tidak dapat dilaksanakan, maka saya anggap Suria KLCC tidak berbeza dengan pusat membeli-belah lain di Kuala Lumpur yang tidak mempunyai identiti Melayu atau Malaysia.



Selasa, 21 Ogos 2012

MELAKA! OH! MELAKA!

Oleh Mansor Puteh









Apa sudah jadi dengan Negeri Melaka? Adakah ianya masih kekal sebagai sebuah negeri dan bandar bersejarah dan pusat perkembangan Islam dan pengaruh Melayu?
Dari banyak yang telah didirikan serata bandar sejarah ini kita akan rasa kagum akan kejayaan kerajaan negeri. Tetapi, selain dari gimik untuk menaril pelancong ini, apakah sebenarnya faedah yang dapat diperolehi oleh anak watan, anak Melaka jati?
Saya seorang anak Melaka jati yang kini menetap di Kuala Lumpur. Dan kenapa Kuala Lumpur menjadi tempat kediaman saya? Beratus-ratus ribu anak Melaka kini telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyara kehidupan. Ini disebabkan negeri dan bandar Melaka bukan lagi relevan kepada mereka dari segi mendapat pe luang pekerjaan.
Ini juga disebabkan selain dari perusahaan pelancongan yang begitu sempit dan terhad bidangnya, anak Melaka khusussnya berketurunan Melayu tidak dapat mencari pekerjaan yang setimpal dargan kelayakan mereka.
Melaka sudah hancur bersama Kota Melaka dan kini yang tersergam indah bukan Melaka sebenar, tetapi imejan yang kabur.
Siapa yang untung dengan ‘kemajuaan’ yang berlaku di Melaka? Ternyata sekali ia bukan untuk orang Melaka jati yang kini pergi ke luar negeri dan pulang sekali-sekali untuk ‘balik kampung’ pada hari cuti dan perayaan ugama dan kebangsaan. Sebabnya ialah Melaka cuma terletak 160 kilometer selatan dari ibu negara dan ia sesuai untuk berihat. Lagipun rumah-rumah ibu bapa masih berdiri, jadi tidak perlu menyewa tempat perginapan.
Setiap kali sahaja pulang atau ‘makan angin’ di Melaka saya rasa hampa sebab kemajuan yang dikatakan berlaku dengan pesat itu bukan menguntungkan orang Melayu.
Kalau kita lihat secara kasar kesemua kajayaan yang berlaku itu disebabkan penglibatan orang keturunan Cina. Bangunan apartmen dan pusat membeli-belah juga dimilikki oleh orang Cina.. Dan Melaka yang dulunya didiami oleh orang Melayu dengan jumlah yang banyak, kini lebih menjadi sebagai ‘pendatang’ ke negeri sendiri.
Tetapi, kerajaan negeri ialah Barisan Nasional. Ini disebabkan kebanyakan penduduk Cina negeri ini terdiri dari orang Melayu sendiri. Tetapi, sayangnya hampir kesemua mereka menetap di luar bandar.
Orang Melayu di luar bandar yang mengundi Barisan Nasional pada setiap pilihan raya umum, tetapi yang mendapat berkat kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri serta intrastruktur bukan mereka, tetapi orang Cina yang menetap di bandar atau pusat-pusat bandar lain seluruh negeri Melaka.
Kawasan perumahan yang didirikan didiami oleh orang bukan Melayu. Ini juga mecerminkan betapa terkebelakangnya orang Melayu di negeri sendiri.
Dan kemajuan ekonomi di negeri Melaka menguntungkan orang bukan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri.
Malah boleh dikatakan Melaka kini lebih mirip segerti Pulau Pinang di mana penduduk Melayu tidak kelihatan dengan begitu banyak. Kalau kita merayau seluruh bandar Melaka, kita cuma akan dapat melihat orang Melayu di Basar Melaka. Stesen bas, Padang Merdeka dimana mereka membuka kedai menjual cenderamata dan kerjatangan, atau membuka gerai.
Ekonomi orang Melayu di Melaka amat terhad. Mereka tidak berupaya membuka kedai di pasaraya besar yang telah didirikan. Binaannya juga menunjukkan corak ‘Great Wall of China’ atau Kuil Cina kalau dilihat dari jarak jauh. Akhirnya nanti semua binaan baru di Melaka akan mempunyai ciri bukan Melayu, tetapi corak binaan Cina. Ini yang amat menyedihkan sekali sebab Melaka yang dulunya menjadi pusat perkembangan dan kekuatan orang Melayu seluruh Nusantara. kni sudah tukar wajah.
Cuba kita kaji kilang-kilang yang telah didirikan di kawasan perkilangan bebas di Batu Berendam dan lain-lain. Siapakah miliknya? Tentu sekali mereka dari Taiwan atau luar dari Melaka. Dan dalam kilang berkenaan berapa ramaikah pegawai eksekutif Melayu jika dibandingkan dengan bukan Melayu?
Ternayata sekali eksekutif Melayu terhad. Dan yang ramai ialah gadis-gadis kilang MelaJu, sedangkan pegawai eksekutifnya ialah bukan Melayu.
Ini disebabkan tuan punya kilang dari Taiwan itu telah mendapat jaminan dari kerajaan negeri bahawa mereka cuma mahukan eksekutif bukan Melayu jika kilang mereka mahu didirikan di Melaka.
Sementara itu kerajaan Melaka dan ketua menteri dan ketua menterinya serta ahli exco Melayu lain akan terus bermaharaja-lela dan mahu menyakinkan bahawa negeri Melaka maju dan orang Melayu berjaya dalam semua bidang.
Orang Melayu di Melaka kini seperti kaum pendatang di negeri sendiri. Mereka tidak berpeluang untuk bersaingan dengan orang bukan Melayu yang mendapat sokongan kewangan dari orang bukan Melayu dari Taiwan khususnya dan Singapura.
Saya amat kesiankan orang Melayu di Melaka. yang kini menjadi kaum yang begitu token di negerinya sendiri. Dan yang boleh mereka banggakan cuma bangunan muzium yang begitu banyak didirikan, sedangkan kedudukan ekonomi mereka rendah jika dibandingkan dengan tahab ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur atau Kelantan.
Yang meryedihkan sekali ialah kerajaan Melaka ialah Barisan Nasional yang mendapat sokongan padu dari pengundi Melayu. Tetapi mereka cuma menetap di luar bandar dan di sini projek kemajuan dan ekonomi kurang ditekankan. Yang ditekankan cuma bandar Melaka sahaja.
Tanah-tanah Melayu diambil dengan kadar rendah dan didirikan untuk menjadi kilang atau kawasan perumahan orang bukan Melayu. Ini disebabkan mereka mampu untuk membeli yunit-yunit rumah itu sedangkan orang Melayu juga rata-rata miskin cuma boleh rasa terpinggir. Tanah-tanah Melayu di kawasan bandar diambilalih dan mereka terpaksa menghala ke kawasan pendalaman.
Mujur Mesjid Negeri Melaka tersergam, tetapi ia cuma wujud sebagai simbol Islam dan kekuatan orang Melayu di Melaka tidak lain dari itu. Sedangkan simbol-simbol ekonomi dan kemajuan dimilikki oleh orang bukan Melayu.
Jarak kaya-miskin diantara orang Melayu dan bukan Melayu di Melaka begitu ketara sekali. Berapa ramai eksekutif Melayu di Melaka? Yang adapun bekerja di agensi-ageansi kerajaan atau separuh swasta, sedangkan dalam kilang dan syarikat antarabangsa dan gedung besar, orang Melayu cuma bekerja sebagai kuli dan pekerja biasa.
Melaka! Oh! Melaka!
Hang Tuah pernah berkata, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Kata-kata ini ditulis dalam Hikayat Hang Tuah dan diukir pada dinding dalam Musium Negara di Kuala Lumpur.
Tetapi, sebenarnya, orang Melayu di Melaka sudahpun hilang di negeri sendiri. Malah boleh dikatakan bahawa orang Melayu sebagai sebuah bangsa cuma wujud sebagai masyarakat untuk di jadikan kajian anthropologi sahaja.
Setiap kali saya pulang ke Melaka saya menjadi sedih melihat perkembangan menaikkan imej kerajaan negeri Melaka dan ketua menteri, tetapi menjejaskan tahab ekonomi orang Melayu.
Orang Melayu di Melaka kini banyak menatap di Kuala Lumpur dimana mereka boleh mencari nafkah hidup dan berjaya dalam kerjaya mereka. Sebab di Melaka mereka tidak dapat peluang seperti itu. Ini disebabkan Melaka bukan negeri yarig berjaya dalam sernua segi. Cuma mereka yang mempunyai syarikat sendiri sahaja boleh hidup dengan sempurna, sedangkan orang muda Melayu kebanyakann ya mempunya pendidikan di peringkat universiti dan sebagainya, cuma mahukan kedudukan dalam pejabat dan agensi kerajaan dun separuh swasta.
Ini yang membuat Melaka bertukar wajah dari sebuah negeri berbilang kaum dengan orang Melayu menjadi kumpulan terbesar. Sebabnya ialah mereka tidak diberi peluan g untuk bersaing bersama orang bukan Melayu dalam bidang perniagaan selain dari menjaja di gerai makanan dan menjahit baju. Sedangkan perniagaan besar dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Soalnya ialah sampai bilakah orang Melayu di Melaka mesti dibiarkan dan bertukar corak sehingga menjadi seperti Pulau Pinang atau mini-Hong Kong?
Penglibatan orang Melayu dalam perniagan kecil dan sederhana mesti digalakkan supaya mereka dapat bersaing dengan orang bukan Melayu. Cuma dengan cara ini boleh Melaka bertukar corak dan orand Melayu tidak rasa terpinggir di negeri sendiri.
Kalau kerajaan negeri dan pusat cuma pentingkan perniagaan besar-besaran, sudah tentu ia cuma akan menguntungkan jumlah kecil orang Melayu sahaja. Dan semuanya bukan orang Melaka jati, tetapi dari Kuala Lumpur atau orang politik yang boleh gunakan kedudukan untuk mendapat ganjaran dengan membelakangkan rakyat Melayu biasa.
Artikel ini ditulis dengan penuh keikhlasan supaya pihak kerajaan negeri Melaka dan  pusat akan dicelikkan dengan isiu-isiu yang penting dan tidak semata-mata lihat dari stastik sahaja yang menunjukkan bahawa orang Melayu di Melaka dan dimana-mana sudah berjaya, sedangkan kebanyakan orang Melayu, kehidupan mereka serupa sejak zaman nenak-moyang mereka dulu.
Dan kemajuan ekonomi kini harus pentingkan orang Melayu di kawasan pendalaman sebab kepercayaan mereka untuk mengundi Barison Nasional yang membolehkan kerajaan negeri dan pusat berkuasa.
Sebaliknya Bandar Melaka kini dikuasai oleh parti DAP tetapi semua kemajuan di Melaka tertumpu di sini sahaja.
Apakah yang sedang dilalukan oleh kerajaan negeri Melaka untuk orang Malayu di Jasin, Alor Gajah, Semabok dan kawasan Melayu lain di Melaka? Apakah mereka terus dirampas tanah dan diberi ganjaran tidak seberapa? Sedangkan kemajuan yang bakal dilakukan di tanah mereka menguntungkan orang Taiwan dan Singapura sahaja?

Sabtu, 18 Ogos 2012

KE MANA HENDAK DIHUMBAN PENGKARYA FILEM MELAYU?

Oleh Mansor Puteh








Dalam perusahaan perfileman dan televisyen, hampir semua pakar yang ada adalah terdiri dari orang Melayu. Dan kebanyakan mereka telah mendapat biasiswa, pinjaman pelajaran dari Mara dan agensi-agensi kerajaan lain seperti institiusi pengajian tinggi yang menghantar mereka ke luar negara seperti Amerika Syarikat, England, India, Australia dan sebagainya. Tetapi, yang anihnya ialah aktiviti penerbitan drama televisyen khususnya, lebih memberi peluang kepada orang bukan Melayu. Ini dapat dilihat dari drama-drama yang saban hari disiar oleh RTM sendiri.
Kalau kita kaji, boleh dikatakan hampir 80% drama yang dipersembahkan oleh RTM dibuat oleh syarikat yang dimilikki dan dikuasai oleh penguasa bukan Melayu, atau Cina.
Dan di universiti-univesiti tempatan, penuntut-penuntut bidang penulisan kreatif terdiri 90% anak Melayu, tetapi berapa rarnaikah mereka itu digalak dan ditarik masuk ke dalam bidang penulisan skrip untuk drama televisyen?
Ternyata jumlah anak muda Melayu dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip drama televisyenamat kurang, berbanding jumlah mereka yang ada. Dan yang anihnya ialah, kebanyakan drama dan skrip yang digunakan adalah dari Hong Kong.
Tidakkah ini mewujudkann satu situasi di mana perusahaan televisyen telah dikuasai oleh orang Hong Kong dan buka Melayu, sedangkan kepakaran dalatn bidang ini terdiri dari orang Melayu sendiri. Dan anihnya ialah bahasa utama drama ini ialah Melayu, dan orang Melayu terkebelakang.
Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu orang Melayu berjaya dalam semua bidang, tetapi dalam bidang penerbitan drama Melayu, nampaknya kementerian ini gagal untuk menggalak orang Melayu sendiri menerbit drama, dan sekaligus mewujudkann lebih banyak usahawan Melayu dalam bidang ini.
Tidakkah menteri berkenaan, Mustapha Muhammad sedar bahawa Mara dan agensi-­agensi kerajaan lain serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara telah menghantar anak Melayu ke luar negara untuk mendapat ilmu dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip, dan kenapa mereka tidak diberi keutamaan untuk menerbit drama untuk RTM.
Dan kenapa sebuah syarikat sahaja diberi keutamaan untuk memonopoli usaha ini, sehinggakan syarikat Melayu lain tersingkir dan tidak dapat sebarang kontrak menerbit drama untuk RTM. Tidakkah kementerian dan kementerian penerangan rasa malu drama Melayu di RTM tidak diterbit oleh orang Melayu tetapi bukan Mlelayu?
Dan ke mana agaknya mahu kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan mahu humban pengkarya filem Melayu yang berkelayakan itu? Dan kebanyakan pengkarya filem muda Melayu ini telahpun mendapat biasiswa, atau pinjaman pelajaran dari Mara dan agensi kerajaan lain.
Tidakkah kementerian-kementerian berkenaan sedar akan tindakan mereka itu yang boleh menjejaskan pembayaran balik pinjaman pelajaran Mara, apabila mereka tidak berpeluang menerbit drama untuk RTM dan dipaksa membuat pembayaran balik oleh MARA?
Sepatumya, kementerian-kementerian berkenaan seharusnya memberi keutamaan kepada semua pengkarya filem Melayu yang telah mendapat pendidikan di luar negara dalam bidang penerbitan dan filem sebab mereka boleh diangkat sebagai usahawan Melayu baru dalam bidang ini, dan ini juga hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu menjadi usahawan dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dalam bidang penerbitan drarna Melayu.
Sampai bila mesti usaha menerbit drama Melayu untuk RTM mesti dimonopoli oleh orang Cina?
Amat anih sebab orang Melayu yang mempunyai kelayakan formal dalam bidang ini dan telah menghabiskan masa di sekolah perfileman penting di luar negara, tetapi yang mendapat kontrak dari RTM adalah orang Cina yang tidak berkelayakan seperti itu. Mereka cmna usahawan yang mahukan keuntungan, dan membuat drama tanpa mementingkan budaya, bahasa dan ugama.
Saya ingin menyeru kementerian pembangunan usahawan dan kernenterian penerangan supaya fikir akan masalah yang dihadapi oleh sekelumpuk pengkarya filem Melayu yang telah mendapat pendidikan dalam bidang ini diatas tajaan Mara dan agensi kerajaan lain, yang mana tidak giat oleh sebab polisi RTM tidak mementingkan mereka tetapi mementingkan syarikat Cina.
Dan tidak salah kalau saya kata menteri kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan tidak peka dangan hak orang Melayu yang mesti memonopoli penerbitan drama Melayu, sebab kaum lain tidak ada hak untuk bercakap tentang drama Melayu.
Saya boleh anggap kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan sebagai gagal sebab tidak tahu akan masalah ini, dan tidak pandai menjaga hak Melayu.
Tidakkah RTM khususnya boleh tiru caya Petronas yang memberi hak membuka stesyen petrol kepada Melayu, dan sekarang ini Melayu menjalankan lebih banyak stesyen petrol di seluruh negara, berbanding dengan kaum-kaum lain.
Sepatumya, Melayu sudah memonopoli penerbitan drama untuk RTM kalau menteri-menteri berkenaan sedar akan kepentingan drama Melayu kepada imej Melayu.
Buat permulaan kerajaan harus menjual saham 30% mereka dalam syarikat ini, yang telah diberi oleh syarikat ini kepada kerajaan beberapa tahun lalu. Ekuiti ini telah membuat satu keadaan tidak seimbang, di mana syarikat Melayu lain diketepikan oleh sebab RTM kini mahu jaga kepentingan syarikat ini.
Bercakap tentang ‘level playing field’ (padang bola yang rata) oleh perdana menteri, keadaan yang telah diwujudkan oleh RTM ini telah membuat syarikat Melayu tersingkir, dan syarikat ini diberi keutamaan.
Akhir sekali, ke mana mahu kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan mahu humban pengkarya filem Melayu yang berpendidikan formal dalam bidang perfileman dan penerbitan drama televisyen, yang mana telah mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran dari MARA serta agensi-agensi kerajaan lain?
Kalau ada peminjam MARA yang gagal membuat pembayaran harap MARA dan kementerian pembangunan usahawan tidak akan marah.

Rabu, 15 Ogos 2012

BAGAIMANA MENILAI FILEM?

Oleh Mansor Puteh









Kenapa sesebuah filem itu yang dianggap penting di sesebuah pesta filem, tetapi ditolak dalam sebuah pesta filem lain? Tentu ada sebabnya.
Apa sebabnya berlaku perbezaan pendapat dan cara menilai sesebuah filem?
Orang ramai tentu akan rasa hairan kenapa filem ‘Layar Lara’ tidak masuk ke senarai akhir dalam sebuah pesta filem di Pulau Pinang, tetapi boleh pula meraih anugerah pengarah terbaik (kategori filem asing) di sebuah pesta filem di Brussels pula.
Atau kenapa pula filem arahan Kurosawa yang diberi anugerah filem terbaik di Cannes, cuma dicalon untuk memenangi beberapa anugerah Oscar, tetapi gagal memenangi sebarang anugerah.
Ini semuanya akan bakal menimbulkan kontroversi. Namun demikian tentu ada sebabnya.
Dan sebab utama ialah kalau ahli juri berbeza, maka pemilihan mengikut selera mereka juga akan berbeza. Dan ini akan membawa makna bahawa filem yang disenangi mereka turut berbeza.
Filem ‘Scent of the Green Papaya’ yang diberi anugerah di Cannes dan dipilkh diantara lima filem yang dicalonkan untuk memenangi Oscar untuk filem asing (bukan Inggeris) berbaik, ditolak oleh juri di pesta filem Singapura.
Sebenarnya terdapat beratus-ratus buah pesta filem yang dianjurkan di seluruh dunia. Kebanyakannya tidak diiktiraf dan nilainya rendah. Ia diadakan sekadar untuk memberi peluang penduduk di sekitar menontan filem utama duhia.
Disamping itu terdapat beberapa buah pesta filem yang dianggap penting, dan merekalah yang menentukan selera. dan pemilihan juri pesta filem lain itu.
Namun demikian memenangi anugerah dalam pesta filem utama seperti Cannes, Venice, Berlin dan sebagain,ya, tidak boleh menentukan samada filem yang sama itu akan diiktiraf di pesta filem lain.
Ini disebabkan setiap pasta filem mempunyai penekanannya sendiri. Seperti pasta filem yang menekankan tentang aspek politik, sosiologi, sejarah, kemanusiaan, kanak-kanak, wanita, kaum homoseksual, kaum kulit hitam dan Islam.
Sudah tentu filem-filem yang menang dalam pasta filem khas untuk filem­filem bertemakan homoseksual tidak mungkin akan menang dalam pasta filem yang diadakan di negara Islam, misalnya. Sudah pasti pula filem seperti itu tidak akan dipilih. Disamping itu terdapat pasta filem yang menekankan aspelm eksperimen dalam bidang filem.
Filem-filem jenis ini disanjung, sementara filem-filem yang biasa tidak disenangi.
Ada pula beberapa pasta filem yang menekankan aspek peng;arahan di kalangan wanita, atau bertemakan kanak-kanak yang berlaku seperti ini cuma membuktikan bahawa terdapat berbaai jenis atau cara untuk menilai filem.
Dan sesebuah filem itu tidak mungkin boleh dianggap bagus dari semua aspek tejmasuk filem-filem arahan Satyajit Ray dan Kurowawa dan lain-lain.
Filem-filem ini diiktiraf di beberapa buah pesta filem yang berpengaruh, maka tahab filem ini tinggi.
Tetapi filem-filem mereka tidak pula diiktiraf oleh pasta filem lain. Dan ini tidak juga beeerti bahawa filem-filem ini tidak bermutu.
Filem d ari Malaysia atau negara dunia ketiga sekarang ini amat digemari oleh pesta filem di Barat misalnya, dan tidak hairan kalau filem-filem kita yang orang kita sendiri tidak menganggap panting, diberi anugerah dan disanjung.
Kenapa berlaku pencanggahan pendapat diantara orang kita dan orang Barat mengenai filem tempatan?
Jawabnya, mudah sekali.
Ini disebabkan orang Barat baru terdedah dengan filem kita dan mereka mungkin terpengaruh dengan persembahan kita yang lain dari filem negara lain.
Dan tema yang kita guna juga tidak sama. Disamping itu, mereka asyik cara kita buat filem dan lakonan kita.
Tambahan pula latar belakang Asia moden atau sebuah negara Islam moden, mengasyikkkan dan mengkagumkan mereka.
Mereka tertarik dari aspek kebudayaan, kesenian dan yang berlatarbelakangkan negara Islam moden yang kian membangun.
Sudah pasti mereka akan anggap filem-filem kita penting di sini dengan maksud, mereka didedahkan kepada sejenis filem yang tidak pernah mereka tonton dulu.
Sama juga dengan kita yang terpergaruh dengan fiiem-filem India, Vietnam dan Iran sebab perbezaan budaya, seni dan cara persembahan mereka yang membuat kita tertarik dengannya.
Pesta filem Cannes begitu asyik dengan alunan dan tempo dalam filem-filem dari Iran, jadi mereka sedia memberinya anugerah penting.
Tidak terdapat filem Iran ditayang di Cannes setiap kali ia diadakan, sejak kebelakangan ini.
Tentu sekali cara menilai fiiem telah banyak berubah dengan adanya banyak pesta filem dengan setiap pesta filem mahu menonjolkan satu ideologi dan cara apresiasi filem yang unik.
Dan citarasa penganjor pesta filem baru ini turut berbeza dan mereka yang menentukan apakah yang mereka anggap sebagai filem yang baik.
Kalau kita anjarkan sebuah pesta filem Islam, sudah tentu hampir semua filem yang dianggap oleh Barat sebagai baik, akan ditolak sebab sudah tentu ia mempunyai unsur lucah dalamnya.
Cuma yang menjadi masalah sekarang jalah kita begitu asyik dengan pengiftirafan asing, sehinggakan kita sendiri tidak boleh tentukan apakah yang baik untuk kita, dan jenis filem yang macam mana yang kita sendiri anggap sesuai dan penting.
Kita mempunyai komplek rendah diri, dan kita mahu orang lain beri pengiftirafan.
Masalah utama wujud oleh sebab kita tidak mempunyai puak kaum ilmuan filem dalam bidang sejarah, kritikan dan apresiasi.
Malah pihak dalam perusahaan filem di negara kita, mencemur kehadiran kaum ilmuan dansaring menolak kehadiran mereka.
Ini telah menyebabkan aspek ilmu filem tidak dapat diserapkan dalam budaya dan perusahaan filem kita, yang rata-rata dikuasai oleh puak produser.
Produser buat filem sebab mereka punya wang, tapi tidak berilmu filem. Dan mereka bertindak sebagai ‘diktator’ dan mereka turut menganjor pesta filem Malaysia yang akhirnya dibuat secara tidak teratur dan menekankan aspek-aspek tidak penting.
Sudah tiba masanya pesta filem Malaysia tidak dmanjor oleh persatuan penerbit tetapi oleh puak ilmuan dan pengkritik. Dengan cara ini pesta filem kita akan memperolehi tahab yang tinggi dari sekarang, dan anugerah diberi disegani oleh umum.
Terdapat hasrat dengki-khianat dalam penganjoran pesta filemk Malaysia. Dan budaya filem kita diketepikan untuk menjaga kepentingan peribadi produser tertentu dan pegawai tertinggi Finas.
Pesta filem antarabangsalah cara untuk pengarah filem tempatan untuk menumpukan perhatian, dan sekarang ini dengan penerimaan anugerah oleh pengarah filem kita, saya harap penganjor pesta filem Malaysia dan Finas sedar siapakah yang bakal memimpin Perusahaan filem kita untuk menapak maju, dan siapakah yang sengaja melambatkan proses pembangunan ihdustri filem kita.

Ahad, 12 Ogos 2012

BUDAYA BERBASIKAL DI UNIVERSITI LEIDEN.

Oleh Mansor Puteh









Universiti Leiden terkenal dengan pengajian Bahasa Indonesia/Malaysianya. Universiti ini yang telah ditubuhkan pada penghujung abad ke-lapan-belas terkenal juga sebagai penyimpan khazanah dan manuskrip Melayu lama, sehinggakan terdapat sebutan ‘versi Leiden’ untuk setiap manuskrip yang penting seperti hikayat dan sebagainya.
Kalau kita berkunjung ke kampus universiti ini, kita akan dengan serta-merta melihat ianya tidak banyak berbeza dengan kampus di Barat lain terutama sekali di Amerika.
Bangunan fakulti terletak di kawasan luas. Dan pohon-pohon ranting musim sejuk dihias untult memecah pandangan konkrit.
Selain dari pusat pengajiaza Bahasa Indonesia/Malaysianya yang terletak disebuah bangunan berhampiran dengan khutubkhanah, kita juga akan dibawa melalui lorong-lorong sempit'sekitar kampus ini.
Tetapi yang begitu ketara sekali ialah basikal. Ianya boleh dilihat di merata kampus. Malah seluruh negara Belanda ini mempunyai berjuta-juta basikal.
Bukan sahaja penuntut yang gemar berbasikal untuk ke mana-mana, bahkan profesor dan masyarakat umumnya. Dan terdapat lapuran yang menyatakan bahawa Permaisuri Negara ini, Pemaisuri Beatrice mempunyai sebuah basikal yang disalut emas.
Memang masyarakat Belanda terkenal dengan basikal mereka, sama dengan bunga tulip dan pemandangan luasnya. Malah boleh dilcatakan bahawa, mengguna basikal itu penting untuk mereka. Ianya bukan bererti bahawa mereka tidak mernpunyai wang untuk membeli kereta, tetapi sebaliknya, mereka mengguna basikal sebab ianya sebuah kenderaan yang pantas, dan selesa. Tambahan pula dalam zaman serba moden ini ia boleh mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.
Budaya mengguna basikal untuk pekerjaan seharian di Belanda amat unik, dan sudah tentu ia boleh mengurangkan pencemaran dan pengunaan kereta. Ini boleh membuat udara di negara ini lasrsih dari dicemar oleh gas beracun dan abuk dan asap.
Apakah budaya seperti ini boleh ditiru oleh masyarakat di negara kita? Saya fikir ianya tidak sukar, iaitu kalau budaya ini dapat diketengahkan dan penuntut-penuntut bolek digalakkan untuk mengguna, dan orang pekerja di pejabat juga digalakkan mengguna basikal.
Kenapa sukarnya untuk berbasikal di Kuala Lumpur? Bandaraya ini tidak begitu basar dan ki-ta boleh berbasikal untuk me mana-mana, iaitu kalau kita boleh singkirkan anggapan yang basikal itu kenderaan untuk orang miskin.
Tetapi, suatu ketika dahulu terdapat ramai pekerja berbasikal ke pejabat dan terdapat tempat letak basikal di mana-mana. Tetapi, sekarang ini ia tidak lagi dilihat.
Di Belanda cuacanya nyaman dan bersih dan orang boleh berbasikal ke mana-mana tanpa mengeluarkan peluh yang banyak. Dan jalan mempunyai lorong khas untuk penunggang basikal.
Di negara kita suatu sistem boleh diwujudkkan bagi menyenanghan lagi mereka yang mahu berbasikal dan kempen besar-besaran boleh diadakan bagi menggalakkan orang berbasikal. Saya percaya satu masa nanti kenyataan berbasikal ini bodeh digemari orang.
Dan pokok-pokok boleh ditInam di pinggir jalan bagi memberi teduh kepada mereka yang menaikki basikal.
Basikal mengambil kawasan yang kecil dan kesesakan di jalan raya boleh diatasi.
Pengelaman di Belanda boleh memberi iktibar kepada pihak berkuasa di negara kita untuk menggalakkan orang ramai mengguna basikal.
Disamping itu ia boleh menjimatkan wang dan mengawal inflasi. Tentu ada banyak faedah kalau orang ramai mengguna basikal. Ianya boleh juga mengelakkan kemalangan yang serius.
Dalam zaman serba moden dan canggih ini banyak jenis basikal boleh direka untuk mengurangkan lagi kepenatan si pengayuh basikal. Dan reka bentuknya boleh dimodenkan supaya menarik.      
Lebih-lebih lagi di bandar-bandar kecil orang ramai masih g,emar berbasikal sebab sistem kenderaan awam kurang baik. Ini menggalakkan orang ramai untuk mengguna basikal.
Penuntut sekolah juga gemar mengguna basikal sebab ianyam mudah dan mempunyai kelajuan yang agak baik. Ini dibandingkan dengan kenderaan umum seperti bas yang tidak tepat waktunya.
Walaupun Belanda merupakan salah sebuah negara Barat yang termaju tetapi pengunaan basikal tetap digalakkan. Lebih dari itu ia telah menjadi sebuah budaya di mana orang ramai lebih gemar berbasikal untuk membuat perjalanan yang tidak begitu jauh.
Jadi tidak hairanlah kalau professor dan permaisura mereka mempunyai basikal dan bukan sahaja penuntut.

Khamis, 9 Ogos 2012

PENGGUNAAN KENDERAAN AWAM SEPERTI KERETAPI DI TOKYO.

Oleh Mansor Puteh








Bandaraya Tokyo dengan dua-belas juta penduduk penuh sesak. Terutama sekali ketika orang pergi dan balik dari pejabat.
Tetapi mujur ianya niernpunyai suatu sistern kenderaan awam yang licin dan baik, kalau tidak sudah tentu kehidupan masyarakat di situ amat perit.
Sebahagian besar dari masalah pengangkutan ini telah diatasi oleh sebab adanya kenderaan awam jenis keretapi bawah tanah, yang menjalar di bawah paras tanah ke seluruh bandaraya ini.
Dengan ini orang ramai diangakut ke merata temnpat dalam keretapi yang manjalar dalam terowong beratus-ratus kaki dari paras bumi. Ini dengan sendirinya mengelakkan kesesakan di paras bumi.
Dan berjuta-juta orang boleh diangkut dengan licin mengikut masa yang ditetapkan, tanpa menganggu kenderaan di jalan raya.
Dan masa yang diambil untuk ke mana-mana juga pendek berbanding dengan prjalanan dalam teksi dan bas.
Tokyo merupakan bandaraya pertama di Asia yang mempunyai sistem seperti itu. Sekarang ini hampir semua bandaraya utama di Asia sudah mempunyai sistem keretapi bawah tanah. Yang terakhir sekali ialah Singapura.
Bundaraya Tehran juga sedang membina sebuah sistem seperti itu dan ia akan mulakan perkhidmatan tidak lama lagi, sudah tentu kesesakan di jalan raya di bandaraya besar ini akan kurang.
Disamping sistem pengangkutan beperti ini terdapat juga siatem yang lebih mudah dan murah untuk diadr:ikan iaitu keretapi ringan. Di Kuala Lumpur sekarang kerja-kerja sedang dijalankan untuk membina landasan di paras atas bagi kemudahan pergerakan keretapi.
Ianya akan mulakan perkhidmatan dalan tahun 1996.
Ini juga bererti bahawa penghulaar kotaraya akan mula mengguna sebuah sistem pengangkutan yang moden. Adalah diharapkan ia akan dapat mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur.
Ini juga bermakna sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur akan menjadi setaraf dengan bandaraya lain di Asia, di. mana terdapat sistern seperti itu.
Di Tokyo orang ramai sudah sebati dengan sistem keretapi bawah tanah sama seperti  dengan mereka di London, New York, Paris dan lain-lain bandaraya utama. di barat.
Mereka meninggalkan kereta di rumah dan merrgguna keretapi untuk ke pejabat. Dan mereka boleh berihat sarnbil menaikki keretapi dan membaca buku.. Dan mereka juga boleh tiba di pejabat dan destinasi dengan keadaan segar.
Ini juga boleh menjarnin mereka boleh pulang ke rumah lebih awal dari biasa sebab dalam kesesakan jalan raya, mereka sering lewat untuk tiba di rumah.
Di Tokyo, misalnya, orang tidak mungkin boleh tiba di pejabat pukul 8.00 pagi kalau mereka tidak mengguna kere:tapi.
Budaya kerja mereka licin berganding rapat dengan budaya pengunaan keretapi bawah tanah atau sistem pengangkutan awam seperti ini, dan kurang mengguna kenderaan sendiri walaupun mereka mempunyai kereta.
Sudah tentu prestasi mereka telah meningkat oleh sebab mereka kurang menghabislian masa dulam perjalanan ke pejabat dan pulang ke rumah. Dan displin pekerja pada umumnya meningkat.
Sistem pengangkutan awam seperti ini mempunyai banyak faedah selain dari mengurangkan pencemaran dan kesesakan di jalanraya. Ini dapat dilihat dari pengelaman di Tokyo dan di bandaraya utama dunia lain.
Disamping itu, pengangkutan seperti ini begitu salamat dan seisi keluarga boleh menaikkinya untuk ke mana-mana.
Di stesen-stesen juga terdapat banyak kedai makanan dan lain-lain bagi kemudahan penumpang.
Tambangnya juga kecil jika dibandirgkan dergan tambang teksi atau bas.
Pengunjung dari Malaysia ke Tokyo sudah tentu akan tertarik dengan sistem keretapi bawah tanah ini sebab ia me njimatkan masa dan pengunaannya begitu mudah sekali.
Kita boleh ka mana-rnana dengan melihat peta yang disediakan dengan tambang murah; ini disebabkan semua tempat penting mempunyai stesen berhrampiran. Oleh kerana itu, kita sukar hilang haluan.
Cuba bayangkan kalau Kuala Lumpur mempunyai sistem keretapi bawah tanah sekarang. Kita sudah tentu boleh pergi dari Cheras ke Petaling Jaya dalam masa setengah jam. Ini berbandinsg dengan satu jam setengah kalau mengguna bas atau satu jam dengan kereta sendiri.
Sudah tentu Kuala Lumpur akan bertambah cantik lagi sebab jalan rayanya tidak sesak dan perhiasan boleh diadakan di pinggir jalan raya.
Tetapi, buat masa ini Kuala Lumpur tidak begitu besar oleh itu tidak memerlukan sangat sebualr sistem seperti ini. Ianya cukup untuk sebuah sistem LRT atau sistem pengangkutan keretapi ringan yang berjalan di atas landavan di paras atas muka bumi.
Corak kehidupan orangramai di Kuala Lumpur sudah tentu akan berubah dan
bandaraya ini juga akan menjadi lebih moden. Dan orangramai boleh ke mana­ mana dengan begitu mudah sekali.
Sudah tentu ramai pekerja di pejabat akan tinggalkan kereta mereka di rumah dan gunakan keretapi ini bilaz ianya siap nanti dalam tahun 1996 kelak.
Tokyo sebenarnya membuktikan bahawa sebuah sistem keretapi bawah tanah itu seauai dengan keperluan sesebuah bandaraya yang kian bertambah maju dan pesat pembangunannya.
Ianya bukan sahaja sebuah simbol kemajuan bahkan ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di sesebuah bandaraya dan negara umumnya.