Ahad, 30 September 2012

MASALAH SOSIAL ANAK MELAYU SAMA SEPERTI MASALAH SOSIAL DIKALANGAN MASYARAKAT AFRO-AMERIKA.


Oleh Mansor Puteh






Kalau diadakan pengajian sosial di kalangan masyarakat Melayu kita akan mendapati persamaannya dengan masalah sosial yang d.ihadapi oleh masyarakat kulit hitarn atau Afro-Amerika di Amerika.
          Kaum Afro-Amerika terkebelakang dalam segala bidang, jadi tidak hairan kalau anak-anak muda mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial.
Tetapi, kenapa, anak Melayu menghadapi masalah sosial yang hampir sama dengan kaum Afro-Amerika di negara itu.
Tentu sekali ada beberapa masalah perting yang dihadapi secara bersama. Memang tidak dinafikan bahawa kaum Afro-Amerika terkebelakang dalam bidang ekonomi, oleh yang demikian kedudukan mereka terkebelakangan. Ini dimanifestaikan dengan kewujudan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat Melayu pula   masalah social ini merupakan satu manifestasi kekurangan dalam masyarakat kita sendiri. Dan ini yarig menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh anak muda Melayu, jika dibandingkan dengan anak muda Cina, misalnya, atau India.
Sebab utama kenapa anak Melayu menghadapi pelbag,ai masalah sosial ialah oleh sebab kemunduran dalam bidang pendidikan dan kurang peluang pekerjaan untuk menyerap tenaga buruh di kalangan anak muda Melayu yang mengang,gor apabila gagal selepas tingkatan tiga atau lima.
Kalau kajian dibuat sudah tentu fakta yang unggul didapati ialah hampir kesemua anak muda Melayu yang menghadapi masalah dengan gejala sosial gagal tingkatan tiga atau lima.
Dan mereka merayau sambil menghabiskan masa di pasaraya atau pusat membeli-belah disamping menunggang motosikal secara merbahaya.
Dan adalah benak untuk pengkaji sosial menyatakan tentang keruntuhan akhlak atau kurang pendidik ugama dan keretakan rumah tangga sebagai punca utama kenapa. anak muda Melayu terjebak dalam gejala sosial ini.
Ini cuma merupakan masalah ranting yang boleh teratasi jikalau masalah pokok atau utama dapat diselesaikan.
Apakah sebenarnya masalah pokok itu?
Ianya tidak bukan dari kekurangan dalam masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu masyarakat Melayu tidak mempunyai satu kelas peniaga kecil yang besar.
Sayugia diingatkan bahawa masyarakat Cina dan India mempunyai kelas peniaga kecil yang luas dan kukuh. Dan ramai orang Cina dan India membuka perniagaan sendiri, dan dengan cara ini boleh mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk anak sendiri atau saudara-mara khususnya untuk mereka yang gagal di sekolah.
Dan kalau diperhatikan, banyak anak muda Cina dan India membantu ibu bapa mereka di kedai-kedai runcit semasa hujung minggu atau cuti penggal. Sedangkan anak Melayu merayau, sebab ibu bapa mereka tidak mempunyai perniagaan sendiri.
Masyarakat Melayu mempuryai ramai lelaki dan perempuan atau ibu dan bapa yang berkerja di pejabat kerajaan atau swasta dengan mendapat gaji tetap yang biasanya kecil.
Dan anak-anak mereka, terbiar tanpa dapat mengisi waktu luar sekolah. Dan apabila mereka gagal tingkatan tiga atau lima, mereka tidak boleh bekerja di pejabat sebab tidak ada kelulusan.
Sedangkan anak Cina dan India boleh terus bekerja di kedai-kedai sendiri.
Jadi tidak hairan kalau kita perhati anak muda Cina khususnya yang berusia kecil tetapi sudah memandu kereta mewah sedangkan anak Melayu yang berkelulusan tinggi masih terkial-kial mahu bayar sewa rumah dan kadar bulanan untuk kereta kecil.
Kelas peniaga kecil Cina telah mula wujud sejak kaum Cina datang ke negara ini. Mereka datang sehelai-sepinggang dan menljual sayur di pasar. Anak kecil mereka dipupuk dengan budaya niaga dan membantu menjual sayur. Satu generasi kemudian, apabila, mereka dapat mengumpul wang mereka buka gerai di pasar, dengan mendapat pendapatan lumayan.
Dan segenerasi kemudian itu, mereka buka kedai dengan menjual pelbagai barangan.
Dan segenerasi kemudian itu pula, mereka. membuka syarikat yang agak besar sehinggakan kini terdapat banyak orang Cina yang kaya, tetapi mempunnyai sejarah perniagaan yang telah dipupuk sejak keturunan asal mereka dulu.
Masyarakat Melayu pula diasyikkan oleh kerajaan untuk bekerja di pejabat atau kilang dengan mendapat gaji tetap tapi kecil.
Jadi, tidak hairan kalau kita kini mendapati barang kedai di pasaraya dan pusat membeli-belah dipunyai olah kaum Cina.
Sukar untuk kita melihat kedai-kedai di pusaat membeli-belah yang dibuka oleh orang Melayu kecuali restoran menjual satay.
Ini disebabkan kaum Melayu tidak mempunyai sistem ekonomi mikro yang membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan dalam bidang swasta, dan dipupukkan dengan budaya niaga dan bersaing dan berjaya untuk meningkakan perniagaan.
Tidak hairan juga kalau modal terkumpul kaum Cina secara persendirian atau keluarga lebih besar, dan mereka boleh terjun ke dalam segala bidang baru, seperti membuka kedai vidio, komputer dan lain-lain termasuk kelab karaoke.
Orang Melayu terpaksa mendapat pinjaman dari Mara, Uda dan kerajaan untuk membuka. perniagaan kecil. Dan kesannya dapat dilihat sekarang dimana ramai orang Melayu sudah berjaya menjalankan perniagaan sendiri.
Tetapi, yang lebih penting untuk diambil kira ialah, disamping membuka kedai kecil itu, mereka membukca peluang pekerjaan baru untuk anak sendiri atau saudara-mara dan anak Melayu lain, sama seperti kaum Cina.
Adalah diharapkan agar ramai orang Melayu digalakkan untuk membuka perniagaan kecil untuk meluaskan kelas peniaga kecil Melayu dan kewujudkan satu sistem ekonomi mikro Melayu yang luas dan kukuh, agar pertumbuhan ekonomi Melayu di peringkat sederhana dan kecil di perluaskan.
Dengan secara tidak langsung anak-anak Melayu dapat diserapkan ke dalam tenaga pekerja atau ‘labor force’ walaupun mereka gagal di sekolah dan mereka boleh berjaya dibanding dengan anak Melayu lain yang berkelulusan dari universiti di luar negeri.
Kita perhatikan gelaga anak muda Cina belasan memandu kereta mewah dengan anak anak muda Melayu berkelulusan universiti di luar negeri dan kita akan mendapati siapakah yang lebih maju dan mewah.
Sudah tentu anak muda Cina yang gagal di sekolah tetapi bekerja di kedai keluarga dan mengumpul keuntungan dan berhasil membeli kereta mewah.
Kerajaan harus mengambil kira bahawa kejayaan orang Melayu bukan semata-mata di kalangan profesional dan korporat yang cuma boleh menguntungkan jumlah Melayu yang kecil.
Kerajaan harus mengadakan pelbagai jenis bantuan dan galakan untuk mengalakkan orang Melayu membuka perniagaan kecil sebagai punca pendapatan yang baik dan menguntungkan.
Sebab tidak ada gunanya untuk kerajaan menyalahkan anak Melayu yang terjebak dalam gejala sosial dan memberi kemudahan dalam Rakan Muda yang cuma boleh  melalaikan mereka buat seketika, sedangkan selepas dua minggu bermain kanoe, atau mendaki gunung, mereka akan dilepaskan ke julan raya untuk merayau dan melepak semula.
Skim untuk memberi mereka peker jaan atau latihan amali di kedai-kedai kecil dalam semua bidang harus diwujudkan supaya anak muda ini yang menganggor itu boleh diserapkan ke dalam tenaga kerja (work force), walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dengan sendirinya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan memahami apakah sebenarnya masalah pokok iaitu kekurang dalam sistem ekonomi Melayu, jika dihandingkan dengan sistem ekonomi makro dan mikro Cina.
Yang penting ingin katakan di sini ialah anak Melayu memang mempunai akal yang mulia, dan pegangan ugama yang tinggi. Cuma mereka mempunyai masa luang yang banyak sebab mereka tidak mempunyai pekerjaan setimpal dengan kelayakan rendah mereka.
Tidak dinafikan bahawa anak Cina dan India kurang mendapat bimbangan ugama secar,a formal atau tidak formal, jika dibandingkan dengan anak Melayu yang terus mengaji Koran walaupun secara sendiri, dan bersembahyang secara tertip.
Penekanan ugama dikalangan masyarakat Melayu memang kuat, cuma yang tidak boleh dielakkan ialah masa luang yang banyak yang mana telah mendororg anak Melayu terjebak dengan gejala sosial.
Jadi, untuk menangani masalan ‘sosial’ ini, kerajaan harus memikirkan masalah sistem ekonomi mikro Melayu yang berkurangan. Dan harus memikirkan bagaimana boleh diperkembang dan diperkukuhkan kelas peniagaan Melayu agar pertumbuhan dalam ekonomi Melayu dapat dirancakkan.
Kita rasa bangga anak Melayu kini menjadi tuan punya syarikat gergasi bidang telekomunikasi dan penerbangan serta pembuatan kereta dan stesen televisyen dan lain-lain.
Tetapi, kejayaan ini tidak memunafaatkan ramai orang Melayu sendiri di akar umbi. Jumlah orang Melayu yang tidak merasakan kenikmatan dalam pertumbuhan ekonomi disebabkan mereka tidak mempunyai modal, maupun budaya niaga dan pengalaman.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan fikirkan untuk memajukan kelas peniaga Melayu di luar bandar khususnya di mana terdapat lebih ramai orang Melayu yang masih menetap dan mempunyai hartanah yang luas, yang yang boleh di jadikan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi Melayu di seluruh negara secara serentak.
Dan kalau cadangan ini dapat diterima dan dilaksanakan, saya percaya, kita boleh rasa bangga terdapat pusat perniagaan atau bandar baru yang dikuasai oleh orang Melayu yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan kecil-kecil Maupun sederhana dengan menyediakan perkhidmatan dan barangan untuk pelanggan.
Sekiranya tidak, hampir semua pusat perniagaan dan bandar baru akan terus dikuasai oleh orang Cina. Tidakkah kerajaan boleh perhatikannya sahaja?
Jadi, akhir kata, masalah sosial yang dihadapi oleh anak muda Melayu sebenarnya bukan masalah utama, sebab ianya cuma merupakan masalah sampingan dari masalah pokok atau utama, iaitu kekurangan dalam sistem ekonomi mikro orang Melayu.
Ini dimanifestasikan dengan pelbagai gejala sosial yang dialami oleh anak muda Melayu.
Jadi, tidak ada sebabnya untuk kerajaan dan pemimpin Melayu mahu menyalahkan anak-anakk muda yang dianggap ‘liar’ dan ‘terbiar’ sebab masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah oleh sebab merekalah yang telah dibiarkan sedemikian rupa oleh tahab kepimpinan Melayu yang rendah tahabnya.


Khamis, 27 September 2012

LAGU ASLI MELAYU MASUK ZAMAN BARU. – BAHAGIAN II.


Oleh Mansor Puteh



Kemunculan lagu ‘Keroncong untuk Anna’ dan ‘Mustika’ oleh M Nasir akibat pencubaannya selepas dia berpecah dari kumpulan trio ‘Kembara’ bersama dua rakan lain yang menghasil beberapa album lagu pop. Ini diikuti pula dengan pencubaannya untuk mencipta dan mendendangkan lagu rentak rock seperti yang terdapat dalam album ‘Kembara…seniman jalanan’ yang telah dipersernbahkan dalam filem dengan judul sama arahan Nasir Jani.
Kemudian itu M Nasir dengan secara tiba-tiba wujudkan ‘Mustika’ dan kemudian itu menjadi jadi dengan keaslian Melayunya dalam lagu-lagu seterusnya.
Kini M Nasir boleh dianggap sebagai komposer dan penyanyi yang banyak berusaha menengahkan muzik asii Melayu dalam era sekarang bersama komposer lain seperti Suhairni Zain dan beberapa lagi, termasuk seorang komposer keturunan Cina, yang mencipta lagu untuk ‘Kool’ yang mengguna pengaruh lagu tradisionai Kelantan.
Dan tidak lupa, Zainal Abidin berduet dengan S M Salirn turut memberi sumbangan awalan sama juga Susan Lankester yang juga berduet dengan S M Salim yang turut terikut-ikut dengan rentak Melayu asli.
Mereka ini boleh dianggap sebagai pelopor kepada pembentukan era muzik asli Melayu moden zaman sekarang.
Walaupun kita harus menerima hakikat bahawa sebetum ini terdapat ramai pencipta dan penyanyi seperti Kassim Masdor, Johari Saileh, Ooi Yoew Jin, Baba Kim Tek, Jimmy Boyle, Ahmad Merican, S M Salm, A Ramlie, Jefridin, Zam Zam, Rafeah Buang, Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Andre Goh, Frankie Cheah, Sharifah Aini, Orkid Abdullah, Zaleha Hamid, M Bakri, R lsmail, Habibah Yaakub, Khatijah Awang, S Rosmaria, Norlela Ismail, J Sham, Rahimah Rahirn, Eddie Ahmad, Kamariah Ahmad, A Romzie, L Ranilee, S Jibeng, Ismail Haron, Anita Sarawak, Fazaedah Joned, Helen Velu, S Roha, A. Ramlie, Ramli Sharif, Malek Redzuan, M Sharif, A. Halim, A Rahman Hassan, A. Rahman Onn, dan ramai lagi tokoh terkemuka lain seangkatan dengan mereka yang giat dalam dekad 1960an yang turut memberi sumbangan untuk memajukan lagu-lagu rentak Melayu asli.
Dan dalam dekad-dekad selepas itu terdapat pula penyanyi dan komposer seperti Ahmad Nawab, Jamal Abdillah, Jay Jay, Azlina Aziz, Suhaili Shamsuddin, Jalil Hamid, Sudirman, Hail Amir, Uji Rashid, J Sham, Aman Shah, D J Dave, September Five, Harmoni, Adnan Abu Hassan, Kopratasa, Herman Tino, M Daud Kilau, Wann, Siti Nurhaliza, Nuraniza Idris, M Nasir, Sheqal, Black Dog Bone, Zainal Abidin, Susan Lankester, Khatijah lbrahim, Latif Ibrahim, Rahim Maarof, Liza Abduilah, Khairul Khamis, Azizul Khamis, Ebnor Riza, Ramlah Rarn, Dr Sam, KOOL, Amir, U.Ks, Alleycats, Maman, Man Bai, Gersang, Orkestra Filharmonik Khazakstan (yang mempersembahkan lagu-lagu P Ramlee dalam bentuk filharmonik, Orkestra RTM dan Orkes Kombo RTM (yang banyak merakamkan lagu-lagu Melayu asli), Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kumpulan muzik dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK), kumpulan muzik Institut Teknologi Seni Melaka, kumpulan muzik Kompleks Budaya Negara, kumpulan gamelan dan muzik Melayu asli persendirian dan banyak lagi tokoh terkemuka zaman ini.
Dari negara jiran, Indonesia pula terdapat penyanyi-penyanyi terkenal seperti Hetty Koes Endang, Titiek Puspa, Ivonilakrishna, Tiar Ramon, Alfian, Gesang (yang terkenal dengan lagu Bengawan Solo), Mus Mulyadi, S Efendi, Aneke Gronlo (penyanyi ketutunan Belanda yang dilahir dan menetap di Indonesia), D’Lloyd, dan banyak lagi, yang mungkin tidak dikenali kita oleh sebab berita mengenai mereka tidak disebar luas di negara kita, dati dari beratus-ratus pencipta dan penyanyi serta kumpulan lagu Melayu asli yang giat di sana, cuma beberapa sahaja yang dikenali kita.
Di kepulauan Riau – Lingga pula terdapa satu kegiatan penciptaan dan rakaman muzik Melayu asli yang baik. Lagu dendangan mereka mirip lagu Melayu asli kita, tetapi kaset atau cekera padat mereka tidak dijuai di sini.
Sementara di utara Sumatra terdapat banyak penyanyi dan kumpulan lagu Melayu asli yang tidak terkenal di negara kita. Mungkin juga di pulau-pulau lain di seluruh Republik Indonesia terdapat jenis muzik Melayu asli yang belum diterokai dan diketahui unum. Ini amat memerlukan penyelidikan yang gigih. 
Untuk ini saya syorkan mata pelajaran di institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengajian dalam bidang seni muzik seperti di ASK, USM, UM, UPM, UKM, ITM dan lain-iain memuatkan pengajian penyelidikan dalam muzik Melayu asli. Maklumat yang bakal disimpan dan diselidik boleh menjadi bahan rujukan untuk penuntut-penuntut dan peminat di masa-masa depan, sekaligus memberi mereka maklumat yang berguna, dan boleh memberi kebanggaan masyarakat.
Ini tidak termasuk kumpulan dan penyanyi lain di negara Brunei, Selatan Siam, Selatan Filipina dan kepulauan Melayu lain di seluruh Nusantara yang sudah tentunya mempunyai jenis muzik Melayu asli mereka yang lain dari kita, tetapi mempunyai akar-umbi yang sama.
Kesemuanya mereka mendapat dorongan dari tokoh-tokoh pencipta dan penghibur yang lebih awal dari mereka yang mana telah menghasilkan banyak lagu Melayu asli khususnya untuk filem-filem keluaran studio di Singapura.
Lagu-lagu filem yang telah dicipta oleh pencipta upahan atau berkontrak dengan studio-studio di Singapura ketika itu menampiikan lagu-lagu Melayu asli yang tidak mempunyai tandingannya sehingga sekarang.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem-filem ketika itu mendekati lagu Melayu asli tulen. Dan sehingga sekarang, jenis lagu ini tidak boleh disamai dengan lagu-lagu asli Melayu ciptaan pencipta sekarang.
Jadi, sebaik-baiknya kiia menklasitikasikan lagu-lagu filem ini sebagai lagu asli Melayu yang sebenar, sedangkan lagu-lagu asli Melayu yang dicipta sekarang itli sebagai lagu Melayu  asli kontemporari.
Oleh yang demikian tiada seorangpun boleh berata bahawa tahab penciptaan lagu asli Melayu sekarang rendah mutunya jika dibandingkan dengan lagu asli Melayu lama. Ini disebabkan pencipta lagu Melayu asli zaman studio di Singapura dan sebelum itu, dipengaruhi oleh keadaan dan alat-alat yang mereka gunakan pula membantu membentuk jenis rentak dan irama yang telah diperkenalkan.
Sekarang ini pencipta kita berusia muda, dan rnereka lebih gigih mahu mencipta lagu-lagu Melayu asli dengan mengguna sebanyak eiemen yang mungkin, seperti apa yang berlaku sekarang.
Lagu seperti ‘Cindai’, ‘Keroncong untuk Anna’, ‘Mustika’, ‘Andalusa’, ‘Dikir Cinta’, ‘Ghazal untuk Rabeah’, ‘Itik gemboh-gemboh’, ‘Dikir cinta’ boleh dikatakan jauh berbeza dengan lagu Melayu asli lama.
Kalau perusahaan filem tidak wujud ketika itu, kita sudah pasti banyak lagu-lagu rendak Melayu asli yang masih kedengaran sekarang khususnya yang disiarkan oleh stesen seperti Radio lrama Melayu Asli (RIMA) dan lain-lain tidak akan wujud.
Cuma penyanyi R Azmi dan Jasni sahaja, nampaknya yang benar-benar menyanyi khusus sebagai penyanyi dan tidak pernah muncul sebagai peiakun dalam mana-mana filem.
Mereka kini boleh dianggap sebagai penyanyi Melayu era lama yang paling tulen, walaupun jenis nyanyiannya ialah dalam rentak ala India. Berbeza dengan P Ramlee atau mana-mana penyanyi lain yang turut berlakun dalam filem dari menyanyi untuk memenuhi keperluan dalam filem yang dilakunkan.
Malah boleh dikatakan bahawa P Ramlee tidak pernah merakam lagu khusus tanpa digunakan dalam filem.
Berbanding dengan penyanyi-penyanyi lain yang bernyanyi oleh sebab mereka berlakun dalam filem-­filem yang dikeluarkan ketika itu, dan adalah menjadi lazimnya, pelakun lelaki dan perempuan utama dimestikan menyanyi, mengikui formula filem-filem India yang mana telah mempengaruhi perusahaan filem Melayu awal dulu.
Penyanyi-penyanyi lain seangkatan dengan R Azmi termasuk Rokiah, Jasni, Zaharah Agus, Momo Latif, Normadiah, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Abduilah Chik, Rosiah Chik, P Ramlee, Saloma, Aspalela Abduilah, Kamariah Noor, Hamzah Dolmat, Fadzil Ahmad, Wahid Satay, Mat Sentul, Minah Yem, Ahmad B dan ramai lagi yang mana telah mewarnai muzik zaman perusahaan filem Melayu di Singapura dan selepas itu.
Kita juga tidak boleh melupakan semua mereka yang giat dalam bidang seni muzik tradisional atau Melayu asli dengan menubuhkan kumpulan-kumpulan yang mengadakan persembahan di acara perkahwinan dan rasmi kerajaan, yang mana tidak pernah membuat rakaman album untuk mengabadikan persembahan dan ciptaan mereka.
Mereka ini juga memberi sumbangan kepada populariti muzik Melayu asli sehingga kini tanpa memikir samada jasa mereka akan dikenang atau tidak. Mereka ini telah menubuhkan kumpulan-kumpulan boria, keroncong, lagu asli, ghazal, makyong, bangsawan dan sebagainya di semua negeri-negeri di negara kita.
Ada yang pernah membuat persembahan di televisyen, atau menyertai pertandingan anjuran Radio Malaysia dan memenangi anugerah tetapi ticiak membuat album, seperti Bachik Bakar dari Melaka yang telah memenangi beberapa kali pertandingan lagu Asli anjuran Radio Malaysia yang pernah diadakan setiap tahun lama dulu, tetapi telah diberhentikan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk Radio Malaysia menghidupkan semula pertandingan seperti itu, sebab ia betjaya mengalak orang terlibat dalam bidang muzik Melayu asli, dan memperbanyakkan khazanah muzik ini yang sudah pasti akan diterima sebagai khazanah muzik tradisional Melayu.
Kalau ini tidak dilakukan, nescaya masyarakat umum, khususnya bukan Melayu akan menganggap bahawa muzik tradisionai Melayu kian pupus, walhal ia tetap giat dan hidup.
Dulu RTM mengadakan siri seperti ‘Aslirama’ dan banyak lagi rancangan khas untuk persembahan muzik Melayu asli yang mendapat sambutan. Dan radio-radio disetiap negeri mempersembahkan rancangan seumpama itu dengan menjemput penyanyi dan kumpulan untuk memberi persembahan, seperti ghazal di Johor, dondang sayang di Melaka, atau boria di Pulau Pinang dan dikir barat di Kelantan.
Tetapi sekarang ini, nampaknnya rancangan seperti itu kurang diadakan. Sudah tiba masanya bagai pihak berkenaan mengembalikan semula rancangan-rancangan menarik seperti itu, sebabnya iatah rancangan seperti ini penuh bermakna. Ia boleh memupuk minat orang ramai terhadap muzik jenis ini, dan mempopularkan lagu-lagu yang dipersembahkan.
Mungkin juga sesuai dan penting kalau pertandingan di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan diadakan khusus untuk muzik seperti itu dengan menggalakkan pencipta dan penyanyi mengemukakan karya baru untuk mengayakan lagi khazanah bangsa.
Sekarang ini pihak stesen televisyen dan radio swasta khasnya gah untuk mengadakan rancangan-­rancangan khusus untuk pesembahan muzik moden seperti pop, rock dan rap sebenarnya tidak sihat. Ia harusnya dikurangkan supaya akhirnya nanti minat orang ramai terhadap muzik seperti ini pudar, dan artis-artis yang ghairah dengan muzik seperti ini akan berhenti dari menyanyi dan melaungkan lagu-lagu yang membingitkan telinga.
Katau kita kaji, kita akan mendapati bahawa lagu asli Melayu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan jiwa orang Melayu itu sendiri. Oleh yang demikian, walaupun anak muda mahu menolaknya untuk cuba meminati lagu-lagu yang dipengaruhi dari kumpulan pop, rock dan ‘heavy metal’ barat, namun mereka akan tetap kembali ke pangkal jalan semula, seperti yang berlaku sekarang.
Ini disebabkan pengaruh lagu Melayu asli itu sebenarnya menolak daripada jiwa Melayu. Ia bagai irama dan lagu… Dan renrak lagu Melayu asli inilah yang akhirnya memberi banyak erti kepada semua pencipta, penyanyi dan pemuzik Melayu sekarang dan perusahaan muzik Malaysia keseluruhannya akan dinilai dengan ini.
Siti Nurhaliza, Noraniza idris, Jamal Abdilah, Zainal Abidin, KOOL, Sharifah Aini, To’Ki, Sidi dan iain-iain penyanyi dan kumpulan tempatan sekarang asyik mempersembankan lagu-lagu dalam rentak ini, disamping pencipta dan penyanyi lain termasuk M Nasir yang tidak putus-putus menampilkan hasil dari pelbagai unsur pengaruh hingga ke pelusuk dunia ke Andalusia selepas berkeroncong dalam ‘Mustika’ dia menjelajah ke Sepanyol di zaman al-Andalusia semasa Islam berkuasa di negara itu.
Pengaruh alam semulajadi, sebenarnya memainkan peranan penting dalam lagu Melayu asli.
Sejarah lagu Melayu asli mungkin berpunca dari dodoi anak ke gurindam, seloka atau pantun, yang mempunyai irama dan nada yang dialunkan ketika pujangga menderita, tersiksa atau beria-ia gembira tidak terhingga. Kesemuanya jenis nyanyian ini tidak diiringi oleh sebarang alat muzik, cuma dengan alunan nada suara sahaja bercorak improvisasi tetapi mengikut irama yang tersusun dan diterima khas untuk kategori-kategori tersebut.
Syaer Melayu lama mempunyai irama yang berlebih-lebihan. Ia membawa gurindam, seloka dan pantun itu ke satu tahab lagi dalam pembentukan lagu Melayu asli. Dan nyanyiannya memerlukan tahab pencapaian pada suara yang agak tinggi. Ia berbeza dengan dodoi anak yang boleh dinyanyikan oleh mana-mana ibu untuk mendodoi anak mereka supaya lena. Namun demikian ia tetap memerlukan sedikit kecekapan untuk mengalunkan satu dodoi yang berkesan; kalau tidak, sudah pasti bayi yang mahu dilenakan itu tidak akan berbuat demikian dan mungkin akan menanggis, iaitu kalau dodoinya terlalu buruk.
Dengan kehadiran ugama Islam, rentak Arab yang lebih yunik meresap ke dalam dunia pujangga kita, dan kini terdengar rentak zapin dan iain-iain.
Kalau dulu, alat muzik cuma mulut yang menyanyikan lagu-lagu itu secara vokal, tetapi kini kini sudah mempunyai gendang yang dipalu alat seperti rebana, kompang dan gambus.
Ini ditambah pula dengan seruling bambu yang mengasyikkan banyak anak muda ketika itu, membuat lagu Melayu asli kian terbentuk seperti hampir apa yang kita ketahui sekarang ini.
Lagu Melayu asli kini menjadi satu persembahan di istana, dan ada penyanyi lelaki dan perempuan yang berbalas-balas pantun serta berjenaka untuk menghiburkan sultan dan kaum bangsawan serta tetamu diraja.
Rentaknya telah mul menampakkan rentak lagu Melayu asli dengan paluan gendang dan tiupan seruling bambu yang dengan secara tidak langsung mengalakkan pembentukkan nada dan irama dalam berbagai-bagai jenis.
Pengaruh Potugis yang membawa tarian yang kita kenali sebagai jogei, ronggeng dan nyanyian dondang sayang telah diubah suai untuk menjadi jenis persembahan dan muzik Melayu asli.
Tetapi, perkembangan muzik Melayu asli sebenarnya berubah menjadi begitu hebat sekali apabila alat muzik barat diguna seperti gitar, deram, bila, dan trampet. Ini berlaku dalam dekad 1880an di Kepulauan Riau di Indonesia.
Sultan Riau ketika itu, Sultan Muhammad ke-empat telah begitu tertarik sekali dengan persembahan muzik oleh kunpulan yang didatangkan dari Belanda olen Residen Belanda di pulau itu dalam satu acara rasmi di rumah residen yang memainkan lagu-lagu mereka dengan mengguna alat muzik seperti gitar, dram, dan biola.
Sultan Muhammad bertanyakan kepada residen Belanda tentang hasratnya uutuk memberi latihan muzik kepada anak-anak Melayu supaya mereka boleh memainkan alat-alat muzik Eropah dan boleh mempersembahkan muzik Melayu asli pula.
Ternyata sekali, muzik Melayu asli menjadi lebih hebat dengan dimasukkan alat muzik seperti gitar, drain, trampet dan biola.
Tidak dinatikan bahawa dengan adanya alat-alat barat ini pencipta dan penyanyi di Pulau Jawa telah berjaya mewujudkan satu jenis nyanyian yang dinama keroncong, yang mana telah diilhamkan dari muzik gamelan. Yang membezakan keroncong dengan gamelan ialah keroncong mempunyai melodi dan nyanyian iringan dan mengikut pula format muzik barat.
Sementara gamelan sehingga kini masih terhad dengan alat-alat asal tanpa menerima alat muzik moden dan dari persembahannya tetap seperti dulu, wataupun mereka terus mencipta lagu-lagu baru, dan membuat rakaman pita untuk pasaran.
Alat-alat muzik ini dengan sendirinya menggaiaickan pujangga dan pencipta Melayu ketika itu meluaskan bidang muzik Melayu asli yang sebelum ini tidak boleh diiakukan, sebab ia terhad dengan kemampuan alat-alat muzik asas yang digunakan sebeium itu seperti gendang dan seruling bambu, yang mana tidak memberi kesempatan penciptaan nada-nada yang lain.
Dan dalam dekad-dekad kebelakangan ini dengan adanya peralatan yang lebih hebat seperti ‘synetnesizer’ dan sistem studio rakaman yang canggih, maka tercetus ilham para pencipta  muda kita untuk mencipta lagu-lagu Melayu asli jenis kontemporari yang menggguna irama dari pelbagai jenis muzik Melayu asli seperti yang telah dikatakan awal karangan ini, dalam pelbagai jenis kombinasi dan pemutasi sehingga berjaya melahirkan lagu-lagu yang hebat dan diterima oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu.
Adalah diharapkan agar satu usaha dapat diadakan oleh kerajaan atau swasta untuk menwujuakan satu Dewan Kemasyuran Muzik Melayu Asli (Melayu Asli Music Hall of Fame) bagi mengenang jasa dan pengelibatan tokoh dan lagenda dalam bidang ini yang telah banyak memberi sumbangan yang tidak terhingga nilainya terhadap perkembangan rnuzik Melayu asli.
Sebab kalau ini tidak dapat dilakukan, maka perkembangan itu tidak dapat bertahan, dan digalakkan seterusnya untuk rnencapai ke tahab kejayaan yang lebih tinggi, disamping menengahkannya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa supaya Bangsa Melayu boleh dikenali dengan muzik Melayu asli ini dan tidak lain.




Isnin, 24 September 2012

LAGU ASLI MELAYU MASUK ZAMAN BARU. – BAHAGIAN I.


Oleh Mansor Puteh

(Dan sejarah ringkas lagu Melayu asli dan perlunya diwujudkan Dewan Kemasyuran muzik Melayu Asli Music Hall or Fame) untuk memberi penghargaan kepada jasa dan sumbangan tokoh dan lagenda lagu Melayu asli lama dan kini.)




Sejak kebelakangan iui lagu-lagu Melayu kian menarnpilkan unsur-unsur keasliannya dengan mengguna nada atau irama lagu asli, joget, inang, zapin, masri, langgam, keroncong, ghazal, dikir barat, boria, nasyid, dangdut, randai, kecak, Makyong dan sebagainya dalam pelbagai jenis campuran dan pemutasi (permutation), sehingga berjaya mewujudkan satu rentak lagu atau muzik Melayu kontemporari yang walaupun tidak mengikuti rentak asal lagu Melayu asli seperti yang kita tahu, namun menambahkan lagi akan keenakannya, sesuai dengan zaman sekarang untuk meletakkan muzik Melayu atau Malaysia ke suatu tahab yang boleh dibanggakan.
Ini dilakukan agar ia tidak didominasi oleh muzik Melayu ala barat yang kedengaran semakin janggal sekarang di telingga masyarakat kita, termasuk dari generasi muda, lebih-lebih jika diambil kira tentang kesedaran sosial dan budaya masyarakat Melayu yang saban hari mahu berbalik pangkai jalan dan menghargai khazanah pesaka supaya ia tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas, bak kata orang tua­-tua.
Kemungkinan pula, jenis lagu asli Melayu sekarang ini boleh mengangkatkan lagi tahab pencapaian pencipta dan penyanyi serta penghibur Melayu ke arena antarabangsa, seperti apa yang telah diakukan oleh Amir Ukay yang berjaya memikat para juri dalam satu pertandingan nyanyian antarabangsa di Hanoi, Vietnam pada pengakhir tahun lalu dengan mendendangkan lagu, ‘Dikir Cinta’.
Sayangnya semasa acara perasmian dan penutup Sukan Komanwel tidak lama dulu, pihak penganjor tidak memastikan cuma lagu-lagu Melayu dalam rentak ini sahaja dimainkan dan tidak lagu Melayu jenis pop, yang langsung tidak mencerminkan keperibadian dan budaya Melayu.
Boleh dikatakan bahawa lagu-lagu tema yang telah dimainkan sepanjang sukan penting itu amat menghampakan rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Sukan Komanwel yang sudah pasti mahu mendengar lagu-lagu yang mempunyai nilai etnik dan tidak pop seperti yang telah diperdengarkan.
Dan kumpulan KRU dan penyanyi Ella yang telah mendendangkan lagu-lagu tersebut bukan orangnya untuk mewakilli masyarakat Melayu atau Malaysia dalam acara penting seperti itu.
Saya bayangkan penyanyi lagenda asli Melayu seperti S M Salim, yang iaiah berduet dengan penyanyi muda seperti Zainal Abidin dan Susan Lankester untuk mengambil tempat di atas pentas khas sempena acara penutut Sukan Komanwel, dengan memakai pakaian kebangsaan dengan disinar pancaran cahaya warna-warni dan disiar ke seluruh Komanwel.
Sayang sekali peluang keemasan seperti ini tidak dimunafaatkan, dan sebaiiknya penyanyi pop dan rock Melayu seperti Ella dan muzik ala barat KRU dan Wah Idris telah disajikan untuk mereka.
Apa hebamya lagu pop dan rock atau rap Melayu berbanding dengan lagu jenis ini untuk penonton di Komanwel atau barat? Sudah tentu ia tidak boleh menandingi lagu ciptaan mereka, jadi kenapa mesti kita tonjolkan lagu ala barat kita kepada penonton komanwel dan antarabangsa dalarn upcara penting seperti itu!
Kesan yang diperolehi tidak ketara sehingga kini, dan ternyata Ella atau Wah Idris dan KRU tidak berjaya menarik perhatian pengubah muzik serta syarikat muzik antarabangsa untuk mengambil mereka untuk mengadakan konsert di seluruh dunia atau setidak-tidaknya di London.
Mungkin kalau S M Salim dan penyanyi-panyanyi yang berduet dengannya telah diberi kesempatan semasa acara penutup Sukan Komanwel, saya pasti mereka boleh menarik perhatian peminai muzik aniarabangsa, yang mahu mendengar mereka bernyanyi dalam konsert khas di negara mereka.
Kegagalan ini bererti bahawa pihak penganjor Sukan Komanwel tidak tahu sentimen masyarakat umum dan tahu bagaimana hendak mengguna eiemen tempatan dan etnik untuk acara penting seperti itu dan sekaligus mempromosi budaya Melayu ke peringkat antarabangsa.
Kenapakah mesti kita heboh sangat dengan penyanyi dan kumpulan tempatan yang memainkan lagu jenis pop, sedangkan ia bukan milik kita lagipun lagu seperti ini sudah basi, dan tidak sesuai untuk dipersembahkan dalam acara rasmi bertaraf nasional.
Lagu-lagu tema Sukan Komanwel juga tidak baik sebab ia membelakangkan budaya Melayu, yang telah dicipta oleh Wah dan KRU. Sepatutnya, pencipta lain seperti M Nasir sudah harus disuruh mencipta sebuah lagu khas sebagai lagu tema Sukan Komanwel.
Saya percaya kalau M Nasir atau mana-mana pencipta Melayu lain yang cenderung dengan irama Melayu asli disuruh mencipta lagu tema sukan ini, ia akan menjadi lebih menarik, dan mengguna unsur-unsur Melayu.
Sepatumya lagu tema itu mempunyai unsur dikir barat dan mengguna alat muzik tradisional separti kompang, gendang, seruling dan gong, bersama dengan alat moden untuk melahirkan satu ciptaan lagu nyanyian dan versi instrumental yang menarik perhatian masyarakat komanwel dan antatabangsa.
Saya terfikir dengan lagu yang dipersemualikan semasa Sukan Olimpik di Barcelona oleh Pavarotti dan dua penyanyi asli Itali lain, yang mana telah menjadi lagu hebat. Walaupun saya beranggapan bahawa penyanyi lagenda kita, S M Salim iebih hebat dari Pavarotti dan harus diiktirai oleh semua masyarakat Melayu sebagai satu fakta; iaitu kalau kita tidak rasa rendah diri dan kecil dengan keupayaan sendiri, lebih-Iebih lagi dalam bidang nyanyian asli Melayu kita sendiri.
Lagu oleh Wah dan KRU janggal. Ianya tidak mempunyai jati diri; cuma sekadar lagu-lagu sahaja, dan kalau liriknya diubah, sudah pasti ia boleh dipersembahkan dalam disko atau dalam rancangan hiburan biasa.
Yang menganehkan samasekali ialah pihak penganjor Sukan komanwel tidak terfikir bahawa lagu tema sukan ini sudah seharusnya disenarkan ke semua stesen televisyen seluruh Komanwel supaya ia dapat dipopularkan sebelum Sukan Komanwel ini berlaku, dengan mengiringi klik vidio menunjukkan Malaysia.
Ini tidak berlaku, dan peluang untuk memperkenalkan lagu Melayu asli ke seluruh dunia, atau khususnya ke seluruh Komanwel tidak munafaatkan. Adalah diharapkan kesilapan besar seperti ini tidak akan diulang lagi apabila Malaysia mahu menganjor Sukan Olimpik 3008 kelak, dan kalau ia berjaya menganjornya kelak.
Lagu tema untuk Sukan Olimpik 2008 tidak sesuai kalau ia mengguna rentak pop, atau rock dan rap dan dalam bahasa inggeris saiiaja. Sudah pasti penonion dan atlit seluruh dutiia mahu dengar Bahasa Melayu digunakan dalam lirik, yang berseling-seling dengan bahasa Inggeris.
Saya syorkan kalau negara kita mahu menganjor Sokan Olimpik, lagu temanya mesti mempunyai unsur-unsur Melayu dengan lirik dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan seberapa banyak bahasa dunia yang mungkin, walaupun untuk sebaris atau ayat sahaja, untuk mewujudkann suatu semangat kekitaan, sebab sukan ini bukan milik Malaysia, tetapi seluruh dunia. Kebetulan sahaja ia diadakan di Kuala Lumpur – kalau jadi?
Dan lagunya didendang dengan paluan seribu pemain kompang dan rebana ubi yang ditaburkan di sekeliling Stadium Nasional untuk mewujudkann satu kesan stereofonik yang tiada bandingnya ia pasti akan berkumandang seluruh stadium itu.
Budaya negara lain sudah pasti tidak boleh menandingi persembahan seperti ini sebab mereka tidak mempunyai alat seperti kompang yang mempunyai bunyi riang dan bersemangat.
Dan kenapa pulak stesen televisyen dan radio di negara kita tidak mengguna muzik Melayu asli sebagai lagu tema atau ‘signature tune’ mereka. Sebab dengan ini mereka boleh memberitau pendengar dan penonton tempatan dan luar negeri bahawa mereka adalah stesen Malaysia yang mempunyai keperbadian tersendiri. Ini dapat dilihat dan didengar dengan persembahan lagu tema itu, dengan imej berkaitan.
Sekarang ini apa yang berlaku ialah stesen radio dan televisyen tempatan, termasuk RTM sendiri mengguna lagu jenis Barat atau moden untuk lagu tema mereka. Dengali ini mereka membelakangkan lagu asli Melayu dan merosakkan imej mereka sebagai stesen Malaysia.
Ada bermacam-macam cara lagu asli Melayu dapat diguna dalam tema lagu stesen radio dan televisyen, sebab mereka boleh pilih elemen tempatan mengikut selera sendiri. Atau NTV7 boleh guna elemen muzik asli Melayu di Sarawak untuk memberi gambaran tentang jati diri Malaysia Timur mereka, dan RTM, TV3 dan MetroVision pula boleh mengguna unsur-unsur dari muzik Melayu asli lain.
Stesen radio Best-104 yang bertempat di Johor Baru pula boleh mengguna unsur ghazal. Sementara stesen televisyen yang akan ditubuhkan khusus untuk penonton di tiga negara di utara Semenanjung iaitu Selatan Siam, Utara Sumatera dan Utara Semenanjung pula boleh memakai unsur-unsur daru lagu Batak, Siam dan Kedah sebagai contoh yang baik untuk membezakannya dari stesen-stesen lain yang boleh diterima oleh penonton di negara masing-masing.
Pengunaan muzik barat seperti yang dilakukan oleh semua stesen radio dan televisyen cuma memberi erti bahawa pihak stesen tersebut tidak mempunyai cetusan yang tulen dan mahu mengguna cara yang paling mudah. Akan apakah mereka itu tidak bangga dengan muzik Melayu asli?
Dan tidakkah pula Bahagian Protokol Istana Negara dan labatan Perdana Menteri terfikir untuk memberi setiap tetamu rasmi seperti sultan, presiden, perdana menteri dan menteri-menteri yang berkunjung ke negara kita dalam lawatan rasmi atau persendirian diberi cenderahati dan cenderamata dalam bentuk album atau cereka padat dan buku-buku tentang muzik Melayu asli sebagai kenangan lawatan mereka ke negara kita.
Bahan-bahan seperti ini lebih sesuai dan penting kepada mereka jika dibanding dengan bahan-bahan lain yang sering diberi sebagai hadiah seperti barangan yang dipetbuat dari batik, pewter dan ukiran atau keris bersalut emas dan perak.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan swasta lain di negara kita boleh juga memainkan lagu-lagu asii Melayu seluruhnya dalam pesawat atau mengadakan satu saiuran khas untuk muzik seperti ini supaya pelancong dapat mengenalinya.
Sememanguya muzik asli Melayu itu ielah melalui satu metaforsis sejak ia mula ‘dicipta’ oleh ibu-ibu kita yang mendodoikan anak kecil mereka dibuaian, untuk membuat mereka terlena.
Penciptaan lagu Melayu asli sejak awal-awal lagi serta penyusunannya diperkuatkan dengan pengunaan alat rakaman dan muzik yang ada sekarang yang dipinjam dari barat seperti gitar, biola, dram, piano, trampet dan iain-lain.
Lagu ‘Cindai’ nyanyian Siti Nurhaliza ciptaan Suhaimi Zain telah memenangi anugerah lagu terbaik dalam pertandingan anjuran TV3 baru-batu ini. Sementara lagu nyanyian Nuraniza Idris dalam rentak yang hampir serupa mendapat satnbutan di kaiangan pendengar dengan mencipta penjuaian sehingga 100,000 yunit.
Ini berbanding dengan album-album jenis pop, rock Melayu dan lain-lain yang sukar mencapai 40,000 yunit penjualan. Malah ada yang cuma mencatit penjualan sebanyak yunit sahaja. Banyak pula album yang gagal dipasaran.
Kejayaan lagu-lagu Melayu asli kontemporari sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan yang ia begitu sopan dan penyanyiannya tidak melalak dan melaung seperti yang dilakukan oleh hampir semua penyanyi lagu pop dan rock, yang menganggap sekiranya nada mereka itu tinggi dan lantang, maka suara dan nyanyian mereka itu dianggap bagus wlangkah salahnya mereka.
Tidak sebuah lagu pop, rock nyanyian Amy atau Awie yang boleh menandingi lagu Melayu asli dari segi semangat, keghairahan, kebanggaan, keasyikkan tentang budaya, bahasa dan nilai serta keperibadian Melayu yang mengisahkan hal tidak lain seperti ‘tudung periuk pandai menari’, ‘lenggang-lenggang kangkong’, ‘pasir roboh’, ‘engkau laksana bulan’, ‘bunga tanjung’, ‘merak kayangan’, ‘injit-injit semut’, ‘ikan kekek, mak eloi-eloi’, ‘mengapa kelu, diam membisu’ dan lain-lain.
Bandingkannya dengan lagu-lagu pop, rock atau rap yang cuma mengisahkan tentang percintaan anak­muda zaman sekarang yang sudah terlupa akan asal-usul mereka dan keturunan sendiri. Dan mahu pulak berlagak seperti orang di barat dengan segala lagak dan pura-pura yang meluat mereka. iilangkah sedihnya!
Lirik dalam lagu Melayu asli lama dan kontemporari seperti itu penuh makna, dan tidak kosong seperti lirik lagu cinta rentak pop atau rock yang binggit kedengaran dari radio dan televisyen saban hari.
Kehadiran lagu asli Melayu dalam bentuk kontemporari ini juga mungkin disebabkan pendengar sudah muak dengan lagu pop dan rock Melayu yang tidak berbeza dengan lagu yang dihasilkan oleli kumpulan dan penyanyi Barat.
Apa yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan pop atau rock tempatan sekarang cuma tiruan dari apa yang telah dipesembahkan oleh kumpulan barat. Tidak ada sesuatu yang batu dan unik dipersembahkan oleh kumpulan tempatan.
Lagu-lagu Amy dan Awie dati lain-lain penyanyi pop dari rouk tempatan boleh memikat hati pendengar tempatan, tetapi mereka biasanya adalah yang berusia muda dari yang masih mentah dalam hal-hal muzik. Apa yang mereka cari cuma sekadar hiburan kosong sahaja, dan hiburan muzik yang amat diminati tidak lain jenis yang mengajar mereka leka dari beban kehidupan masa kini.
Tambahan pula dengan kemunculan stesen-stesen radio kerajaan dan swasta seperti RIMA dan Best-104 yang memberi ruang khas kepada lagu Melayu asli yang memberi nafas baru kepada lagu jenis ini untuk berkembang.
Dan sejarah perusahaan muzik Malaysia ialah dicipta sebelum ini dengan kemunculan sebuah kumpulan nasyid, Raihan yang mencatit rekod penjualan lebih dari 600,000 yunit dengan album ‘Kesyukuran’ yang mana telah membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan menarik minat Putera Charles dari ibunya, Ratu Elizabeth.
Sememangnya, muzik Melayu akan menarik perhatian di peringkat dunia, bukan dari jenis pop, rock atau ‘heavy metal’, tetapi dari lagu Melayu asli termasuk nasyid.
Fenomena ini boleh berlaku sekiranya pencipta dan penyanyi kita terus gigih dalam usaha mereka untuk mencipta lagu-lagu seperti ini, dan tidak menghairankan kalau ia mendapat perhatian dunia secara meluas lagi.
Mungkin fenomena itu tidak boleh menyamai fenomena lagu ‘raggae’ yang dipelopori Bob Marley dan lain-lain kumpulan dan penyanyi di rantau West Indies, tetapi setidak-tidaknya, boleh memberi Bangsa Melayu satu jenis muzik yang boleh dibanggakan, dari diteruna di seluruh Nusantara sehingga ke peringkat dunia.
Dan yang menhairankan ialah, lagu-lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar tempatan, khususnya dari kalangan remaja, yang kononnya telah membelakangkan jenis muzik ini untuk memilih lagu jenis pop, rock dan ‘heavy metal’ oleh kumpulan-kumpulan yang satu ketika dulu menjadi pujaan ramai.
Ternyata sekati, setetah melalui zaman pop dalam dekad 1960an, dan ‘rock’ seeta ‘heavy metal’ dalam dekad 1980an, maka dalam dekad terakhir alatn pertairna I990an ini perkembangan muzik Melayu di Malaysia, khususnya, telah berpusing semula untuk pulang ke pangkal jalan dan mengguna unsur-unsur asli.
Terdapat hampir semua penyanyi dan kumpulan muzik kini ghairah mengeluarkan lagu-lagu dalam irama ini dan hampir semuanya mendapat sambutan.
Manan Ngah menengalikan jenis muzik ‘Balada Nusantara’ dalam dekad 1980an dulu, tetapi ia tidak menjadi ikutan. Sebab unsur tidak tulen, cuma sekadar imbasan sahaja. Mungkin ini memberi satu gambaran atau hasratnya untuk mengajar pencipta dan penyanyi baik ke pangkal jalan.
Balada Nusantara yang mah dikeutarakan oleh Manan Ngah akhirnya tersisih. Cuma satu album sahaja yang telah dikemukakan oleh Manan Ngah yang dinyanyikan oleh Sheqal, sebelum nama balada Nusantara itu dilenyapkan oleh masa.
Kemudian itu, pencipta dan penyanyi M Nasir mengemukakan lagu ‘Keroncong untuk Anna’ dalam rentak asli tetapi dalam rentak yang agak kontemporari. Ia tidak begitu ‘asli’ tetapi kuat dengan pengaruh keaslian Melayunya.
M Nasir, berbeza dengan Manan Ngah, tidak berusaha untuk mengemukan apa-apa nama kepada muzik yang ingin dipersembahkan. Tetapi, yang nyata sekali ialah ilham yang digunanya tidak lain dari lagu asli Melayu dan semua unsur-unsur yang terdapat dalam kategori lagu atau muzik asli Melayu, dari keroncong, ghazal, joget, inang, zapin dan lain-lain yang belum diterokainya. ivlungkin dalam album-­albumnnya yang akan datang dia akan mengguita unsur-unsur dalam lagu Melayu asli seperti yang terdapat dalam masyarakat pribumi di beberapa daerah di seluruh Malaysia dan Indonesia yang sehingga kini belum diterokai oleh mana-mana komposer dari penyanyi.
Saya menunggukan apa-apa lagu seperti itu yang mengguna elemen boria, dikir barat, sewang, gameian dan lain-lain, sebab sudah pasti ia akan mencetuskan satu lagi penciptaan lagu asli Melayu kontemporari yang lain dari yang lain.

Jumaat, 21 September 2012

TIDAKKAH BOLEH FILEM SAHAJA PROMOSI NEGARA?


Oleh Mansor Puteh






Setiap kali filem kita di jemput ke pesta filem luar negeri atau menyertai pesta filem khas untuk hasil karya kita, ada-ada saja kumpulan tarian atau wayang kulit yang turut menyertainga.
        Khabarnya filem-filem Malaysia akan ditayang di Brussels bulan ini boleh dibanggakan. Tetapi, apa yang membuat saya muak apabiia dikhabarkan juga kumpulan tarian dan wayang kulit yang akan buat persembahan di sana. Persembahan tarian dan wayang kulit memang sebahagian dari kebudayaan dan kesenian kita.
Tapi, tidakkkah boleh filem kita sahaja yang ditonjolkan dan tidak pula dikelirukan dengan acara-acara kebudayaan dan kesenian lain?
Sedangkan ini bukan pesta kebudayaan dan kesenian tetapi pesta filem.
Oleh yang demikian adalah wajar kalau filem-filem berkenaan dan pengkaryanya sahaja ditonjolkan supaya penonton dan orang ramai di Brussels tidak terkeliru dan terpesong dari tujuan asal, iaitu untuk promosi filem kita di Brussels.
Sebab kalau kita lihat dalam mana-mana pesta kebudayaan dan kesenian tidak pernah pihak penganjor di sini untuk memikir untuk membawa filem dan pengkarya filem kita.
Ban dalam pesta filem pula, mereka kumpulan kebudayaan dan kesenian yang mahu ‘tumpang seluangkuk’.
Atau tidakkah ini beeerti bahawa filem dan pengkarya filem kita tidak yskin bahawa hasil mereka itu sudah cukup sebagai daya penarik untuk penonton asing mengenal budaya dan seni kita?
Kalau kita lihat apa yang berlalcu dalam Pesta Filem Asia-Pasifik misalnya kita akan disajikan dengan persembahan kebudayaan lebih dari acara filem. Ini telah merosakkan imej pesta filem ini dan membuat anugerahnya tidak mempunyai nilai tinggi.
Sama juga dengan pesta filem Malaysia yang penuh padat dengan persembahan tarian dan kebudayaan sehingga kita keliru apakah tujuan mengadakan pesta filem ini.
Berbalik kepada kumpulan yang akan ke Brussels bulan ini, saya rasa malu sebab kumpulan kebudayaan dan kesenian turut serta dalam lawatan ke sana.
Ini tidak sepatutnya berlaku.
Sebab kumpulan kebudayaan dan kesenian bukan penting dalam pesta filem dan toldak sharus ditonjolkan sedemikian rupa. Kalau iapun kesenian dan kebudayaan harus ditonjonkan ia dengan penayangan filem dokumentari atau pendek.
Satu perkara yang saya rasa harus ditekankan di sini jugalah ialah penglibatan pegawai promosi Finas, yang sering sangatk ke luar negeri menyertai pesta filem, walaupun dia tidak pernah dengan sendiri atau peribadi mempromosi filem-filem kita.
Penglibatannya tida.k lain untuk makan angin.
Yang memburukkan keadaan dia ialah oleh sebab dia btzkan pakar dan tahu filem tempatan.
Malah kalau dilihat dalam artikel yang ditulisnya dalam Suara Finas dia sering mengkritik psngarah filem berkelulusan sekolah filem. Dan sekarang ini dia bergaul dengan sekumoulan pengarah filem generasi baru ini.
Apa fungsi pegawai tersebut dalam hal promosi filem kita? Dan berapa banyak filem kita yang sudah dia promosi di luar negeri?
Setahu saya, dia sudah ke banyak pesta filem mewakilli Finas sebagai ‘pegawai promosi’ sedangkan dalam dunia filem tempatan tempatnya juga kabur.
Dia tidak faseh bahasa Inggeris maupun bahasa filem, jadi dia tidak layak menyertai pesta filem di Brussels atau di mana-mana.
Dalam keadaan ekonami sekarang Finas sudah sepatutnya tidak menghantar pegawai sebab kumpulan pengarah filem generasi baru ini cukup kuat untuk mewakilli diri sendiri.
Tambahan pula mereka ke sana atas jemputa.n yang dibuat sendiri, dan Finas atau pegawai promosinya tidak menganjornya.
Dan kumpulan penari dan wayaung kulit juga tidak seharusnya dihantar ke Brussels untuk menjim,atkan wang.
Ini bukan acara kebudayaan atau kesenian, tetapi acara filem. Oleh yang demikian cuma orang filem, pengarah, pengkritik dan pelakon sahaja yang harus menyertainya.

Selasa, 18 September 2012

DRAMA TELEVISYEN MELAYU PIKAT PENONTON BUKAN MELAYU.


Oleh Mansor Puteh








Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sebahagian besar penonton drama Melayu yang disiarkan oleh televisyen khususnya RTM dan TV3 tempatan kini terdiri dari penonton bukan Melayu.
Boleh dikatakan setiap kali drama Melayu disiarkan anak-anak muda bukan Melayu menontonya dengan penuh perasaan. Ini disebabkan cerita yang dipaparkan kian berbentuk berbilang kaurn. Tambahan pula mereka begitu faseh dalam Bahasa Melayu dan dapat memahami perjalanan cerita.
Malah, ada diantara mereka sengaja disuruh oleh ibubapa mereka untuk menonton drama dan filem Melayu yang ditayangkan supaya mereka dapat membaikkan pemahaman dalam Bahasa Melayu.
Tetapi apa yang lebih penting sekali ialah bahan cerita itu relevan kepada kehidupan seharian mereka.
Tidak hairan juga kalau mereka mula rasa begitu dingin dan bosan terhadap drama Inggeris dan juga dari Hong Kong yang kian kurang rnendapat sambutan.
Faktor utamanya- ialah mereka tidak begitu faseh dengan bahasa Inggeris dan tidak begitu ghairah dengan masyarakat dan budaya Hong Kong atau India.
Sebabnya ialah, budaya Hong Kong dan India seperti yang sering dipaparkan dalam siri drama dan filem dari kedua buah negara ini adalah jenis yang kasar. Dan bahasa yang diguna begitu kesat. Tambahan pula, mentaliti pelakon begitu rendah, dan sering bergaduh sesama sendiri tanpa sebab.
Keadaan di mana kaum bukan Melayu begitu asyik sekali dengan filem serta muzik Melayu pernah berlaku di zaman penjajahan dulu, bilamana filem-filem terbitan studio-studio di Singapura mendapat sambutan di kalangan masyarakat berbilang kaurn di negara kita, Malaya ketika itu.
Dan tidak mengejutkan kalau sejarah akan berulang kembali bila persembahan filem dasi rnuzik Melayu, serta drama televisyen dan pentas akan menjadi kegemaran mereka.
Sekira ini berlaku dengan pesatnya, maka bolehlah kita berasa bangga yang akhirnya masyarakat Malaysia sudah mahu menghargai bahan hiburan, kebudayaan dan kesenian tempatan sendiri dan tidak mengangongkan lagi budaya dan bahan hiburan asing.
Kalau keadaan seperti ini berlaku, baru kita boleh berasa bangga dengan kesan sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama di negara kita, yang mana telah akhirnya rnenyebabkan masyarakat berbilang kaum berasa bangga dengan bahasa nasional kita dan mahu pula bertutur dalamnya.
Sebab kalau ini tidak berlaku maka, bolehlah kita anggap bahawa sistem pendidikan kita sudah gagal, dan usaha kerajaan dan pihak-pihak tertentu untuk membentuk satu masyarakat Malaysia berteraskan pengunaan Bahasa dan kebudayaan dan kesenian Melayu, sama gagal.
Tetapi, mujur ini tidak berlaku. Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat ialah suatu perubahan dari segi sikap, minda serta penerimaan di kalangan mereka dari kaum bukan Melayu yang kini sudah tidak kekok terima bahan hiburan Melayu seperti drama televisyen.
Dan kerajaan serta masyarakat, lebih-lebih lagi pihak akhbar tempatan harus mengarnbil iktibar dari perkembangan yang sihat dan positif ini dan terus menggatakkan pembaca serta masyarakat untuk terus memberi sokongan terhadap bahan hibuan tempatan.
Pihak akhbar bukan Melayu, khususnya Cina dan India yang sehingga kimi memandang sepi terhadap bahan hiburan Melayu di televisyen dan pawagam atau pentas, sudah sepatutnya menukar pemikiran mereka, dan turut bergiat memberi promosi dan publisiti terhadap persembahan drama pentas dan televisyen serta filem dan muzik Melayu atau tempatan.
Sehingga kini mereka cuma memberi publisiti dan promosi yang meluas terhadap bahan filem, muzik dan siri dari Hong Kong dan India sahaja, walhal ia adalah terbitan asing.
Saya diberitau oleh rakan-rakan dalam industri filem dan televisyen serta muzik, bahawa setiap kali mereka menjernput pihak akhbar Cina dan India untuk menghadhiri acara persidangan akhbar untuk mengumumkan penerbitan filem atau drama televisyen dan pengedaran album muzik bazu Melayu, tidak sebuah akhbar berkenaan yang datang untuk membuat liputan.
Malah kalau kita perh.atikan bahawa Pesta Filem Malaysia yang telah diadakan lebih sepuluh kali tidak pernah juga diliputi dalam akhbar Cina dan India. Ini termasuk acara persembahan Seri Angkasa dan Anugerah Skrin TV3 dan sebagainya, yang mana tidak juga diliputi dalam akhbar tersebut.
Malah acara rqemperingati kematian P Ramlee juga tidak pernah diliputi oleh akhbar Cina dan India.
Sebaliknya, semua acara dalam industri filem, televisyen dan muzik di Hong Kong dan India sering mendapat liputan meluas dalam akhbar Cina dan India di negara kita. Dan akhbar Cina dan India termasuk Inggeris tempatan akan menghantar wattnawan khusus untuk membuat liputan mengenainya.
Suatu soalan yang muncul di sini ialah: Kenapa agaknya akhbar Cina dan India bersikap begitu dingin sekali terhadap bahan hiburan Melayu dan enggan memberi publisiti dan promosi terhadapnya?
Atau apakah mereka sengaja tidak mahu rnenggalakkan anak rnuda Cina dan India menyukai bahan hiburan Melayu, dan sengaja mahu menggalakkan mereka mpnonton filem dan su-i drama televisyen dari Hong Kong dan India dan mendengar muzik dari negara-negara tersebut sahaja?
Atau apakah akhbar Cina dan India mempunyai ‘agenda tersorok’ untuk terus mahu berbuat demikian?
Sebaliknya yang menghairankan ialah akhbar serta majalah Melayu begitu ghairah untuk rnemberi publisiti dan promosi kepada bahan hiburan asing seperti dari Hong Kong, India dan Hollywood. Tidakkah ini suatu yang ganjil?
Apa sebabnya akhbar Melayu berbuat demikian?
Sebab ia tidak menguntungkan masyarakat Melayu dan Malaysia. Bahkan kalau hendak dikirakan, kita boleh rasakan bahasa akhbar Melayu dan bukan Melayu kini rasa bangga untuk menjadi agen promosi dan publisiti untuk studio besar di Hollywood, Hong Kong dan India, dan mahu membantu mereka menjual bahan hiburan mereka kepada masyarakat Melayu dan Malaysia.
Tidakkah mereka tahu bahawa tidak ada satupun akhbar di Amerika, Hong Kong atau India yang berbuat demikian dan beri publisiti dan promosi kepada bahan hiburan kita, tidak kira dalam loentuk, filem, drama televisyen dan muzik.
Jadi, kenapa akhbar dan majalah Melayu dan bukan Melayu di Malaysia sibuk sangat dan beri promosi dan publisiti kepada bahan hiburan asing itu?
Pihak kerajaan seharusnya mengambil perhatian dan tidak terus membenarkan keadaan songsang seperti ini berlaku, apabila bahan hiburan tempatan sengaja tidak diberi publisiti dan promosi oleh akhbar Cina dan India, yang cuma mahu memberi publisiti meluas kepada bahan dari Hong Kong dan India atau Hollywood sahaja.
Tentu satu peraturan boleh diadakan di mana akhhar bukan Melayu, khususnya Cina dan India dimestikan untuk memberi ruang dan liputan terhadap industri filem, televisyen dan muzik temaptan, dan sebaliknya mengurangkan liputan terhadap bahan hiburan asing khususnya dari Hong Kong, India dan Hollywood.
Dan adalah menjadi tanggung jawab setiap stesyen televisyen tempatan untuk meneruskan usaha mereka untuk menyiarkan bahan-bahan drama, maupun hiburan yang berbentu berbilang kaum supaya selera semua pihak dapat dilayani.
Bahkan kalau kita pergi menanton filem Melayu di pawagam juga kita akan dapat melihat penonton bukan Melayu yang turut menontonnya, termasuk drama pentas seperti yang diadakan di Panggung Eksperimen dan Matic termasuk persembahan Mak Yong atau Randai dan Bengsawan yang diadakan oleh Akademi Seni . Kebangsaan.
Walaupun setakat ini pihak akhbar bukan Melayu seperti akhbar bahasa Cina dan India tidak memberi publisiti dan promosi kepada persembahan drama Melayu, termasuk filem dan muzik, namun oleh sebab ia begitu meluas disiar dalam akhbar Melayu dan Inggeris, maka mahu tidak mahu anak muda bukan Melayu khusugnya dari kaum Cina ini menjadi tertarik dengan persembahan berkenaan.
Adalah diharapkan di masa-masa depan pihak berkenaan, seperti kementerian kebudayaan, kesenian dan pelancongan serta penerangan atau multimedia akan rnenggalakkan akhbar bukan Melayu iaitu Cina dan India supaya memberi lebih banyak ruang kepada persembahan drama televisyen dan pentas, serta filem dan muzik Melayu supaya pembaca serta masyarakat bukan Melayu akan terus dapat maklumat mengenai perkembangan kebudayaan dan kesenian Melayu, yang mana menjadi teras kepada pembentukan kebudayaan Malaysia.
Sebab kalau ini tidak dapat dilakukan, jadi tidak hairatilah kalau anak-anak muda Melayu dan bukan Melayu, akan tergila-gilakan bahan hiburan asing khususnya dari Amerika, Hong Kong dan India, yang sudah semestinya tidak relevan sekali kepada pembentukan pemikiran serta perwatakan masyarakat kita.
Berbalik kepada masyarakat bukan Melayu, khususn,ya anak muda Cina dan India yang kini sudah menunjukkan minat terhadap bahan hiburan Melayu di televisyen, pawagam dan radio, saya percaya usaha yang lebih gigih harus dilakukan oleh kerajaan, pihak televisyen dan akhbar untuk terus menggalakkan mereka untuk menggemarinya.
Sebab masyarakat bukan Melayu sebenarnya adalah besar dan sokongan yang diberi mereka itu boleh meluaskan pasaran kepada filem dan muzik dan drama televisyen serta pentas Melayu tanpa mengharapkan pasaran luar negeri yang mana rata-rata sukar ditembusi oleh sebab mereka mempunyai bahasa dan budaya yang jauh berbeza dengan kita.
Dan walaupun akhbar Cina dan India tidak menggalakkan mereka untuk merninatinya dengan memberi pendedahan yang cukup, namun dernikian mereka sendiri rasa tertarik dengannya tanpa sebarang paksaan dilakukan.
Pihak penerbit drama televisyen dan filem serta muzik Melayu khususnya harus menjemput dan merayu pihak akhbar Cina dan India untuk menghadhiri acara pelancaran mereka supaya lama-kelamaan mereka itu akan berasa senang dengan bahan hiburan Melayu yang lebih bercorak Malaysia yang mana boleh menarik perhatian penonton filem dan drama televisyen dan pendengar muzik Melayu.
Atau sekiranya pihak akhbar Cina dan India masih berkeras dan enggan memberi liputan kepada bahan hiburan Melayu seperti apa yang berlaku sekarang, penerbit Melayu boleh menembusi ruang mereka dengan membeli Mxan untuk mengumumkan penerbitan filem, drama televisyen atau album muzik baru, supaya akhirnya pembaca akhbar mereka didedahkan kepada perkembangan dalam industri filem, televisyen dan muzik Melayu.
Kerajaan seharusnya boleh memainkan peranan untuk menggesa akhbar Cina dan India supaya membuka ruang kepada industri hiburan Melayu atau ternpatan, dan tidak terus menganggapnya dengan kacamata yang sempit.
Disamping itu, kerajaan juga boleh menggesa akhbar Cina dan India, serta Melayu dan Inggeris supaya kurangkan sokongan mereka terhadap bahan hiburan asing, khususnya dari Hollywood, Hong Kong dan India.
Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat tempatan untuk membeli barangan tempatan.
Dan pihak berkenaan seperti stesyen radio dan televisyen dan akhbar dengan syarikat penerbitan muzik boleh mengadakan rancangan untuk menggalakkan anak bukan Melayu menyanyi lagu Melayu di pasaraya dan di stesen radio atau televisyen supaya bakat mereka dapat didedahkan.
Sama juga kementerian pendidikan boleh mengadakan kursus atau aktiviti di sekolah untuk menggalakkan penuntut Melayu dan bukan Melayu untuk menonton drama pentas Melayu.
Lebih baik lagi ialah untuk kementerian pendidikan menggalakkan aktiviti persembahan drama pentas Melayu khusus untuk penuntut-penuntut bukan Melayu di sekolah-sekolah, supaya mereka boleh mengguna bahasa nasional ini secara rela hati dan sesama sendiri.
Pihak Inggeris telah sengaja menggalakkan anak tempatan bergiat aktif dalam bidang teater Inggeris semasa zaman penjajahan dulu, supaya anak Melayu, Cina dan India kita akan meminat! bahasa itu untuk mahu mengguna seharian, seperti apa yang telah berlaku sekarang.
Sekarang ini kita masih dapat menonton drama Inggeris tempatan yang dilakunkan oleh pelakon Melayu, Cina dan India, seperti rnereka menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda mereka sendiri.
Keadaan seperti ini boleh berlaku di masa depan apabila anak-anak bukan Melayu akan rnenubuhkan kumpulan teater sendiri untuk memberi persembahan dalam bahasa Melayu.
Sekiranya ini berlaku, alangkah baiknya untuk perpaduan negara?