Jumaat, 30 November 2012

ANAK-ANAK PEMIMPIN PARTI PAS – SIAPA MEREKA DAN DIMANA MEREKA?


…KENAPA MEREKA TIDAK MENONJOL DALAM BIDANG PELAJARAN DAN MENDAPAT PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TERKEMUKA SELURUH DUNIA?
Oleh Mansor Puteh


Cara  untuk mengenal dan menilai tahab kepimpinan mana-mana pemimpin politik tidak kira yang berada di sebelah kanan atau kiri atau dimana sekalipun, ialah dengan orang melihat sejauhmanakah mereka dapat beri pendidikan ugama dan yang lain.

Sebab kalau mereka sendiri tidak dapat memberi anak kandung mereka sendiri pendidikan dan asuhan ugama yang baik, jadi, masakan orang boleh anggap mereka itu seorang pemimpin yang berjaya, dan yang boleh majukan Bangsa Melayu dan menyebar Syiar Islam?

Sedangkan mereka telah gagal awal lagi dengan tidak berjaya memajukan pendidikan anak-anak mereka sendiri.

Dan lanjutan dari itu, orang juga boleh lihat kawasan mereka samada ia tenteram, bersih dan maju. Kalau tidak, apa guna untuk mendabit dada dan katakan mereka itu seorang pemimpin yang baik?

Tidak ada gunanya seorang pemimpin yang berlagak seperti papa, dengan tinggal di rumah sendiri dan tidak dikediaman rasmi, tapi masyarakat sekelillingnya turut melarat.

Jadi, bolehkah kita terima anggapan pemimpin utama Parti PAS yang berkata mereka boleh majukan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam dengan melaksanakan Hukum Hudud?

Hukum Hudud itu bagus. Dan usaha mahu majukan Bangsa Melayu juga bagus.

Tetapi berapa majukah anak-anak pemimpin PAS itu sendiri? Ke mana sudah mereka pergi untuk melanjutkan pelajaran mereka?

Saya tidak pasti sejauh mana anak sulung Nik Aziz bernama Nik Abduh telah pergi untuk melanjutkan pelajarannya. Ke Amerika? Ke England? Ke Mesir?

Fasehkah dia bercakap dan menulis dalam Bahasa Arab? Pandaikah dia mengaji Koran?

Setahu saya, dia tidak pernah ambil bahagian dalam Tilawah Al-Koran diperingkat Negeri Kelantan maupun mewakilli Kelantan diperingkat kebangsaan, jauh sekali telah berjaya menang Tilawah Al-Koran.

Jadi, bolehkah Nik Aziz kata, dia boleh bangunkan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam, sedangkan dia tidak mampu memajukan pendidikan anak sulung dan anak-anaknya yang lain?

Dan apa sudah jadi dengan anak pemimpin PAS lain seperti Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain? Ke mana mereka telah pergi untuk belajar di peringkat universiti?

Dan nampaknya kebanyakan pemimpin PAS juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi atau yang mempunyai pengkhususan dalam apa-apa bidang.

Mungkin ada seorang-dua yang ada pelajaran diperingkat kedoktoran, tetapi apa tesis yang mereka telah tulis? Adakah ia berkaitan dengan perjuangan Islam dan cara mentadbir negara Islam dibawah Hukum Hudud?

Lebih malang sekali ialah tidak seorang pemimpin PAS yang boleh dikatakan terlibat dalam bidang perniagaan, untuk ikut sunah Nabi Muhammad, s.a.w. yang terlibat dalam bidang perniagaan walaupun semasa berjuang untuk menyebarkan Syiar Islam di Bumi Arab.

PAS boleh mengatasi Umno dan parti Bangsa Melayu lain dan yakinkan pengundi Melayu kalau ia berani senaraikan semua pemimpin kanan dan bawah mereka dengan tuliskan peringkat kelayakan dalam bidang akademik mereka, satu persatu, supaya Orang Melayu sendiri boleh melihatnya.

Dan senaraikan juga bidang perniagaan apa yang mereka semua itu terlibat dan sejauhmana mereka berjaya dalam bidang ini, walaupun mereka sendiri tidak dapat terlibat dalam bidang perniagaan setelah mendapat jawatan rasmi dalam kerajaan negeri atau pusat.

Yang pentingnya ialah mereka mesti tunjuk kesungguhan untuk terlibat dalam bidang perniagaan sebelum mereka cebur diri dalam bidang politik dan sebelum itu mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Kalau ini tidak dilakukan, maka tidak hairan kalau ada yang berkata semua pemimpin PAS adalah ahli politik profesional sahaja yang tidak ada pengelaman mentadbir syarikat sendiri dan yang ada punca pendapatan lain dari pendapatan yang mereka dapat sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri dan menteri besar.

Dengan cara ini mereka boleh benarkan Orang Melayu bandingkan barisan pemimpin mereka dengan barisan pemimpin dalam Umno, dan dengan cara ini orang boleh rasa yakin dengan PAS sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang berwibawa berbanding dengan yang ada dalam Umno.

Apa sumbangan PAS dalam usaha mencapai Kemerdekaan dulu? Dan apa peranan PAS semasa Melayu tolak Malayan Union dulu?

Mungkin PAS hanya ditubuhkan selepas Malaysia mencapai Kemerdekaan; oleh sebab itu pemimpin mereka tidak ada peranan dalam usaha ini yang terletak dibahu pemimpin Umno, MCA dan MIC sahaja dan tidak dibahu pemimpin parti lain yang ketika itu tidak wujud lagi.

Jadi sejarah Umno, MCA dan MIC sebahagian dari sejarah pencapaian Kemerdekaan negara.

Oleh sebab itu sukar untuk PAS yakinkan orang awam dan pengundi yang ketiga-tiga parti ini tidak baik.

PAS, dan sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR hanya boleh berusaha untuk runtuhkan sejarah negara yang berkaitan rapat dengan sejarah perjuangan Umno, MCA dan MIC.

Dan sekiranya PAS mentadbir negara, mereka juga tidak boleh tolak peranan ketiga-tiga parti ini khususnya pemimpin utama mereka seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin dan Sambanthan dan lain-lain diperingkat tengah dan bawah yang turut memainkan peranan masing-masing untuk membuat ketiga-tiga pemimpin utama mereka berjaya.

Pemimpin PAS sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam politik negara. Peranan yang mereka ada hanyalah untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, supaya ia boleh untungkan DAP dan PKR yang dengan sendiri tidak mampu meraih sokongan padu dari pengundi, untuk Pakatan Rakyat menang Selangor, Perak dan Pulau Pinang dulu.

Ini sahaja peranan PAS, yang turut mendapat ganjaran dari penyokong DAP dan PKR yang membenarkan calon mereka memang dalam pilihanraya untuk mentadbir Kelantan dan Kedah.

Jangan lupa anak-anak pemimpin PAS sekarang sudah meningkat dewasa, khususnya Nik Abduh yang lebih menonjol berbanding dengan anak-anak Nik Aziz yang lain dan anak-anak pemimpin PAS yang lain yang sehingga kini tidak menonjol.

Dan kalau mereka itu tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam apa bidangpun dengan mendapat pendidikan di universiti terkemuka di luar negara termasuk di Mesir, masakan mereka boleh ambil alih pucuk pimpinan PAS?

PKR ada Wan Azizah dan anak mereka, Nurul Izzah. Nik Aziz ada Nik Abduh. Hadi Awang, Mahfuz dan Mat Sabu tidak ada anak mereka yang boleh ganti tempat mereka sekiranya tiba masa untuk mereka bersara, letak jawatan atau sudah tiada.

PAS dan PKR dan juga DAP tidak boleh mengharapkan orang lain untuk kekalkan kedudukan dan prinsip yang diamal oleh parti ini kalau takuk kepimpinan tidak jatuh kepada anak-anak pemimpin utama yang ada sekarang.

Sebabnya ialah pemimpin baru yang tidak ada kaitan saudara dengan pemimpin yang ada tidak akan mempunyai sikap dan prinsip yang sama, sebab ketiga-tiga parti pembangkang ini berdiri atas landasan yang diperkenalkan oleh pengasasnya.


Selasa, 27 November 2012

BERANIKAH PAS ADAKAN PUNGUTAN SUARA DENGAN UMNO UNTUK MELAYU PILIH PARTI MANA MEREKA MAHU?


…PARTI MANA YANG KALAH HARUS DIBUBARKAN.
By Mansor Puteh


PAS dan Umno mesti pentingkan Orang Melayu dan Ugama Islam. Mereka tidak seharusnya pentingkan pemimpin sendiri. Pemimpin boleh pergi kalau mereka tidak berguna kepada Orang Melayu dan Ugama Islam.

Memang ada bermacam alasan yang boleh digunakan oleh pemimpin PAS dan Umno untuk kekalkan kedudukan mereka dalam parti. Mereka boleh kata itu dan ini; dan yang lebih teruk sekali ialah mereka juga boleh keluarkan nas-nas dan ayat-ayat dari Al-Koran untuk menyokong pegangan mereka.

Nas-nas dan ayat dari Al-Koran ini bukan untuk mereka guna sewenang-wenangnya; tetapi ini yang mereka sering lakukan, termasuk mengguna sunah Nabi Muhammad, s.a.w., dan kisah-kisah tentang pengelaman Nabi.

Dan mereka juga tidak perlu guna pemilihan parti untuk mengukuhkan kedudukan. Mereka juga tidak seharusnya menggunakan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam bidang politik negeri atau negara.

Mereka sepatutnya meminta pandangan dari semua Orang Melayu dan Orang Islam untuk tentukan kedudukan mereka, kalau mereka benar-benar mahu jaga kepentingan mereka dan ugama.

Pemimpin PAS dan Umno harus setuju untuk mengadakan satu pungutan suara atau referendum kebangsaan, untuk membenarkan Orang Melayu dan Orang Islam tentukan parti mana yang mereka lebih yakin untuk menjaga kepentingan mereka.

Beranikah PAS dengan cadangan ini? Beranikah PAS dan Umno bergabung dan tentukan nasib mereka dengan memberi hak kepada semua Orang Melayu dan Orang Islam tentukan parti mana yang mereka suka?

Kalau pemimpin PAS pentingkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam, mereka harus berani ambil tindakan mengadakan pungutan suara atau referendum kebangsaan dengan Umno, untuk meminta orang Melayu pilih parti mana mereka mahu, yang mereka yakin dan percaya boleh jaga kepentingan mereka.

Dan mana-mana parti kalah, pemimpin mereka harus terima hakikat bahawa perjuangan mereka sia-sia, sebab mereka tidak sokongan dari Orang Melayu dan Umat Islam sendiri.

Tidak guna salahkan Orang Melayu dan Orang Islam lain kalau mereka ditolak bulat-bulat.

Dan kalau mereka tidak mahu masuk ke dalam parti yang dipilih oleh Orang Melayu dan Umat Islam, mereka harus bersara dari bidang politik.

Dan parti mereka juga harus dibubarkan, dan biar Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia gerakkan parti pilihan mereka untuk majukan mereka dan jaga kepentingan mereka.

Yang pentingnya di sini ialah untuk Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia tidak berpecah, dan terpaksa pilih diantara dua parti utama di negara, walaupun PAS bukanlah boleh dianggap sebagai parti utama; PAS hanya parti pembangkang.

Sebab ini sahajalah kelakuan yang pemimpin mereka telah lakukan sehingga sekarang iaitu dengan membangkan Umno.

Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia mesti disatukan dalam satu parti.

Dan tidak guna untuk Orang Melayu dan Orang Islam tunggu pilihanraya untuk mereka pilih parti mana yang mereka mahu sokong dan beri undi mereka.

Sebab usaha ini adalah usaha yang tidak baik untuk Orang Melayu dan Orang Islam itu sendiri.

Ini juga membuktikan bahawa Orang Melayu dan Orang Islam tidak sepakat. Pemimpin mereka tidak tahu laksanakan Hukum Islam yang mahu Umat Islam bersatu-padu.

Dan kalau mereka mahu bertarung dan tentang, ia adalah dengan orang bukan Islam.

Amat sedih sekali kalau Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia terpaksa tentang bangsa sendiri demi untuk menjaga kepentingan parti bukan Islam yang dengan tanpa segan-silu mahu tentang perlaksanaan Hukum Islam iaitu Hukum Hudud.

Dan yang lebih menyedihkan ialah apabila pemimpin PAS dengan gembira dan rela hati bergabung dengan parti bukan Melayu ini yang sudah pastikan tentang sikap mereka terhadap Hukum Hudud, khusus untuk menghancurkan Umno iaitu sebuah parti Melayu sendiri.

Pemimpin PAS tidak berhati perut. Mereka boleh dikatakan sebagai orang tidak pentingkan Melayu dan Islam. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan prinsip mereka yang tidak berasas, yang pentingkan perasaan.

Sebenarnya pemimpin PAS veteran yang kini sudah lanjut usianya sudah hilang arah; mereka sudah terlanjujr kata; dan mereka tahu mereka tidak boleh berpatah balik.

Akhirnya, mereka terpaksa teruskan ‘perjuangan’ mereka yang mereka sendiri tahu adalah sia-sia.

Jadi tidak salah kalau Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia tuntut agar PAS dan Umno beranikan diri dan adakan satu pungutan suara atau referendum kebangsaan untuk biarkan mereka tentukan parti mana yang mereka mahu, samada PAS atau UMNO.

Sabtu, 24 November 2012

KENAPA PAS MARAH SANGAT KEPADA UMNO?


KALAU PAS TIDAK DAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN DARI KEBANYAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM, JANGAN SALAHKAN UMNO.
Oleh Mansor Puteh



Memang ada banyak perkara yang pemimpin PAS mesti belajar sebelum mereka mahu terlibat dalam bidang politik; boleh bercakap berjela-jela setiap hari di setiap corok-rantau tidak cukup untuk mereka anggap mereka itu boleh menjadi pemimpin politik yang baik dan berkesan.

Itulah sebabnya kenapa kebanyakan pemimpin PAS pandai bercakap, walaupun apa yang mereka cakap itu adalah seperti rakaman yang diulang-ulang.

Sebelum PAS mahu angan-angan tadbir negara Malaysia, pemimpin PAS mesti tanya kenapa mereka mahu tadbir negara ini?

Mereka mahu majukannya dan mereka mahu tadbir ikut Hukum Hudud?

Belum tentu DAP boleh benarkan mereka melakukannya sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Dan bolehkah pemimpin PAS majukan Bangsa Melayu dan bukan Melayu dalam semua bidang?

Tengok sahaja anak-anak pemimpin utama PAS, dan berapa ramai diantara mereka telah maju dalam bidang pendidikan?

Walhal anak petani dan penjual goreng pisang boleh hantar anak mereka belajar di universiti terkemuka di Barat termasuk di Amerika.

Kalau pemimpin PAS mahu majukan bangsa dan kaum, mereka harus tunjuk contoh yang bagus dan majukan anak-anak mereka sendiri dan negeri-negeri yang mereka telah lama tadbir khususnya Kelantan dan negeri-negeri lain.

Selagi ini tidak dilakukan, maka jangan marah kalau pengundi di Malaysia enggan sokong mereka.

Jangan salah kalau pengundi di Malaysia sokong parti lain.

PAS tidak berguna kepada Melayu; ia hanya berguna kepada DAP sahaja, sebab tanpa PAS, DAP tidak boleh wujud.

Sebenarnya, amalan demokrasi ialah orang minta sokongan. Orang beri jaminan bahawa parti mereka boleh beri kebaikan kepada penyokong mereka.

Dan pilihanrayalah masa untuk mereka bertanding untuk mendapat mandat dari pengundi. Kalah-menang, adalah adat mana-mana pilihanraya.

Kita kagum dengan cara pemilihan presiden di Amerika. Semasa kedua calon dari parti Demokrat dan Republikan bertanding mereka bertarung. Mereka mengemukakan pendapat dan cadangan mereka dan tentang pihak lawan.

Tetapi bila pengundi di Amerika telah tentukan siapa yang mereka mahu jadi presiden mereka, yang kalah terus mengaku kalah dan hilangkan diri.

Di Malaysia, bila pilihanraya selesai dan pihak yang kalah menjadi berang. Mereka menempek dan maki pihak yang menang.

Inilah PAS, sebuah parti yang mengaku pegang kepada ajaran dan nilai Islam, tetapi pemimpin mereka tidak tunjuk nilai ini; mereka menempek dan mengherdek pihak yang menang.

Sebenarnya yang mereka marah sangat bukan kepada Umno. Mereka tidak juga marahkan pengundi Melayu dan bukan Melayu yang tidak untuk mereka.

PAS marah sebab PAS tidak ada apa yang mereka mahu perjuangkan. Kata mereka mereka mahu perjuangkan ugama Islam.

Tetapi cara mereka langsung tidak menampakkan keIslamannya.

Malah calon presiden di Barat yang bukan Islam sering tunjukkan nilai Islam, bila mereka kalah, mereka berdiam dan tunggu empat atau lima tahun lagi untuk terus bertanding.

Mereka lihat apa sebabnya mereka kalah. Tentu ada sebabnya.

Mereka tidak boleh mengharapkan sangat yang pengundi akan pilih mereka. Pengundi ada hak untuk pilih siapa yang mereka mahu walaupun calon tidak bagus dan parti mereka tidak baik. Ini hak mereka.

Jadi, kenapa mesti pemimpin PAS tertentu sering mahu marahkan pihak yang menang? Kalau dah kalah, buat cara kalah dan buat kajian dan lihat apa sebabnya pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak sokong PAS dalam pilihanraya.

PAS kena jadi lebih matang; ia adalah sebuah parti yang sudah lanjut usia, dengan barisan pemimpin yang lebih tua dari usia parti.

Tetapi kadang-kadang cara dan gelagat mereka seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula.

Apa sebab PAS mahu menang dalam pilihanraya umum? Kata mereka mahu tadbir negara yang bernama Malaysia.

Ini hak mereka. Ini angan-angan mereka. Siapapun boleh ada hasrat dan angan-angan. Tetapi jangan sampai hasrat dan angan-angan itu membuat mereka hilang akal.

Jangan pula bila sudah kalah mahu salahkan parti yang menang dan orang yang sokong parti itu dengan membuat tuduhan.

Dan tidak kurang, mahu juga salahkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPM.

Mereka sebenarnya harus salahkan diri sendiri.

Jangan salahkan ‘pengundi hantu’ sebab ‘pengundi hantu’ inilah yang telah membuat Umno dan Barisan Nasional kalah di Selangor, Kedah dan Perak serta Pulau Pinang sebab ‘pengundi hantu’ ini kalau boleh wujud di sesebuah negeri, sudah pasti boleh wujud di negeri-negeri yang PAS dan sekutu mereka, Pakatan Rakyat menang.

Mustahil ‘pengundi hantu’ hanya wujud di negeri-negeri di mana mereka kalah dan tidak di negeri-negeri dimana mereka menang.

Malangnya, Pakatan Rakyat kalah Perak yang mereka menang tipis tetapi sudah mahu berlagak seperti mereka menang besar.

Ini baru Perak, dan belum lagi Malaysia.

Tapia pa sudah jadi dengan Kelantan? Ia sudah ditadbir oleh PAS sekian lama.

Adakah ia ‘negeri mithali’, yang boleh dikagumi oleh semua rakyat di Malaysia dan juga di dunia? Tidak juga.

Rabu, 21 November 2012

PARTI PAS, 54 TAHUN SELEPAS MERDEKA.


…GAGAL TARIK SOKONGAN ORANG MELAYU, KINI HANYA BOLEH JADI AGEN PERPECAHAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA. DAP YANG PALING UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PAS DAN JUGA SEBALIKNYA. 
Oleh Mansor Puteh



Kalau pemimpin PAS beria-ia fikir mereka boleh majukan Bangsa Melayu dan sebar syiar Islam, tetapi kenapa anak-anak pemimpin kanan PAS tidak gemilang dalam bidang pendidikan?

Satu cara untuk membuktikan yang pemimpin PAS boleh dijadikan contoh baik, mesti dilihat dari segi ini, yang mereka boleh majukan pelajaran anak-anak mereka supaya mereka boleh pergi ke universiti terulung seluruh dunia untuk mendapat pelajaran.

Tetapi berapa ramai anak-anak pemimpin PAS dan penyokong kuat mereka yang telah berjaya dalam bidang pendidikan? Berapa ramai diantara mereka telah mendapat 10-A dalam peperiksaan tingkatan lima atau enam?

Setahu orang ramai, tidak ada seorangpun anak pemimpin PAS yang telah berjaya dalam bidang pendidikan. Mereka juga tidak menjadi contoh baik kepada orang awam lain, untuk menunjukkan yang pemimpin PAS boleh turut bantu mereka berjaya bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi bidang perniagaan dan profesional lain.

Malah boleh dikatakan hampir semua pemimpin PAS adalah ahli politik profesional, yang tidak boleh bekerja dalam bidang lain, termasuk ada yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian di sekolah menengah atau di universiti.

Itulah sebabnya mereka tertarik masuk PAS. Itulah sebabnya mereka tertarik masuk politik sebab bidang politik tidak memerlukan kelayakan akademik; ia hanya perlukan orang yang boleh bercakap dan berceloteh.

Orang PAS boleh berdoa mahu hancurkan Umno dan Barisan Nasional untuk membenarkan mereka menuju ke Putrajaya. Tetapi kalau doa mereka tidak dimakbul, apakah mereka mahu fikir Tuhan tidak mahu dengar doa mereka?

Sudah pasti mereka akan terus berdoa dan berdoa sehingga kiamat, dan tidak mungkin doa mereka akan dimakbul.

Kalau doa pemimpin mereka mahu diterima oleh Tuhan, sudah lama mereka capai apa yang mereka telah mendoakan dulu.

Mungkin ada diantara mereka atau penyokong mereka boleh berkata bahawa mereka sudahpun tawan Kedah dan bantu parti gabungan mereka seperti DAP dan PKR menawan Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008 dulu.

Tetapi apakah mereka pasti dan yakin boleh terus menguasai negeri-negeri tersebut?

Pastikah yang mereka akan terus mengekalkan ahli dewan undangan negeri (DUN) dan Dewan Rakyat yang ada dalam pilihanraya akan datang?

Atau pastikah mereka akan terus kekalkan KELANTAN?

Kedah boleh runtuh. Selangor dan Pulau Pinang juga boleh dikembalikan kepada Barisan. Mungkin juga Kelantan akan tumbang dari PAS.

Tetapi Parti PAS masih tidak mahu mengalah. Perjuangan PAS hanya sia-sia. ISA sudah tiada; bila PAS juga tiada?

Tanpa PAS Melayu dan Muslim di Malaysia lebih sejahtera sebab perjuangan Parti PAS tidak ada sebarang asas. Ia adalah perjuangan yang belum selesai – iaitu perjuangan sia-sia yang belum selesai.

Musyidul Amnya, Nik Aziz sudah berusia 81 tahun tetapi dia masih berdegil mahu terus jadi menteri besar Kelantan walaupun dia tidak ada tahab kepimpinan yang tinggi.

Itulah sebabnya Kelantan masih mundur.

Ramai rakyatnya tinggalkan kampung-halaman dan bekerja di Kuala Lumpur.

Kebanyakan mereka tidak ada pendidikan, jadi mereka membuka gerai makanan.

Malangnya, sebagai sebuah negeri yang kononnya berlandaskan ajaran Islam, tetapi Kelantan masih terkebelakang dalam semua bidang.

Sabtu, 17 November 2012

APA SEBENARNYA SUMBANGAN PARTI PAS DALAM USAHA MENYEBAR SYIAR ISLAM DAN MERAPATKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN DUNIA?


…IA BOLEH DIKATAKAN HANYA WUJUD UNTUK MEMPERKUKUHKAN PARTI BUKAN MELAYU, BUKAN ISLAM, DAN MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Parti PAS yang sebaiknya ialah parti yang boleh bergabung dengan parti Melayu lain, dan bukan jadi persaingannya, khususnya dengan Umno.

PAS sebenarnya tidak perlu wujud; ia sepatutnya telah dibubarkan oleh ahlinya sendiri sebab peranan yang ia boleh main amat jelas, yang ia tidak mungkin boleh tarik perhatian dan minat kebanyakan pengundi Melayu dan Islam di Malaysia untuk menjadi sebuah parti politik dominant.

Ia cuma boleh memecah-belahkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Yang mahunya PAS ialah untuk menjadikan Malaysia lebih Islamik. Tetapi berapa kali pemimpin PAS telah mengadakan acara dakwah di Malaysia dan dijemput ke negara Arab atau Islam lain untuk beri ceramah ugama?

Berapa ramai pemimpin mereka telah diberi pengiktirafan diperingkat dunia sebagai pendakwah Islam yang hebat?

Dan berapa pula pemimpin PAS telah berjaya menarik perhatian bukan Islam untuk berminat peluk Islam?

Sebuah parti politik yang mengaku mahu wujudkan sistem Islam dalam pentadbiran negara dan melaksanakan Hukum Hudud mesti buktikan kepada orang lain bahawa mereka benar-benar bersungguh-sungguh mahu melakasankan hasrat mereka, dan bukan sahaja menempek dan mahu menang lebih banyak kerusi dalam parlimen dan dewan undangan negeri.

Malah, Parti PAS tidak pernah bercakap tentang hasrat mereka untuk menyatupadukan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia dan merapatkan perhubungan dan kerjasama dengan negara-negara Arab dan Islam lain di seluruh dunia.

Kalau ada, apa cara yang mereka mahu lakukannya? Dengan menang lebih banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri?

Tidakkah mereka kini sudah tawan Kelantan dan Kedah, tetapi apa yang mereka telah lakukan untuk membuktikan yang negeri-negeri ini lebih Islamik berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia dan di seluruh dunia?

PAS juga tidak pernah bercakap yang mereka mahu majukan Bangsa Melayu supaya mereka akan menjadi bangsa yang maju di negara sendiri, dan dipandang tinggi di Dunia Islam dan seluruh Dunia.

Apa yang mereka sering katakan dan laongkan ialah tentang hasrat mereka untuk mengalahkan Umno, menumbangkan Barisan Nasional.

Jadi ini boleh dijadikan bukti nyata bahawa mereka hanya pentingkan parti mereka sendiri dan mahu melihat parti mereka berjaya dan kekal, dengan niat untuk menjatuhkan Umno dan Barisan.

Dan walaupun mereka telah lama wujud dan masih tidaki berjaya menarik minat ramai Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia dengan mengguna kekuatan dan pengaruh mereka sendiri, namun, mereka telah mendapat cara baru untuk memperkasakan kedudukan mereka di dalam negara, iaitu, dengan bersepakat dengan parti bukan-Islam dan bukan-Melayu seperti Parti Tindakan Demokratik atau People’s Action Party (PAP) dan juga Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Ini yang anih sekali; PAS sanggup bersekongkol dengan parti seperti DAP yang dengan terang-terang tentang hasrat PAS untuk tubuhkan kerajaan Islam, tetapi tidak boleh lihat parti Melayu lain seperti Umno untuk sama-sama membangunkan bangsa dan menyebar syiah Islam.

Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemimpin PAS telah tinggalkan parti ini yang mereka kecam sebagai telah lama terkeluar dari perjuangan asal mereka.

PAS dikatakan hanya boleh wujud dan menang dalam pilihanraya beberapa kerusi sahaja, dan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan dari DAP.

Dan DAP juga sedar bahawa mereka juga boleh menang beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dengan sokongan dari penyokong PAS.

Oleh sebab itu PAS tidak segan mahu bersekongkol dengan DAP, dan DAP tidak segan bersekongkol dengan PAS, walaupun fahaman politik mereka jauh berbeza.

Ini juga membuktikan bahawa PAS dan DAP kedua-duanya parti yang tidak ada prinsip dan harga diri. Kedua-dua parti ini hanya wujud untuk memecah-belahkan pengundi Melayu supaya mereka boleh meraih untung darinya.

Sementara itu PKR hanya ‘menyelih’ dengan mencuba nasib mereka di kawasan-kawasan tertentu sahaja sedangkan ia langsun tidak ada sokongan di peringkat akar umbi.

Pilihanraya umum 2008 lalu sebenarnya telah mendedahkan kepincangan dalam kedua buah parti ini.

Pada asasnya, Parti Islam seMalaysia atau PAS – singkatan untuk namanya dalam bahasa Inggeris iaitu, ‘Pan-Malaysia Islamic Party’.

Apa sebenarnya niat pengasas parti ini? Dan apakah pemimpian kemudian dari pemimpin asas ini boleh dan dapat mencapai hasrat dan matlamat penubuhan parti?

PAS sudah ditubuh begitu lama. Ia tidak nampak seperti telah berjaya. Yang anihnya, mereka hanya dapat mengumpul mereka yang tidak pasti dengan diri sendiri, dan bertanding dalam suasana dan alam Melayu yang lebih luas di Malaysia sendiri.

Mereka tidak boleh bertanding dan diterima sebagai pemimpin kalau bergabung dengan Umno, atau United National Malay Organization. Hampir semua barisan pemimpin mereka akan kalah dalam mana-mana pemilihan parti bersatu Melayu dengan mengguna amalan demokrasi.

Jadi mereka terpaksa kekalkan PAS dan kukuhkan kedudukan mereka dengan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil dengan harapan ada beberapa diantara mereka yang boleh menang.

Dan kalau mereka bernasib baik, mereka boleh tubuh kerajaan negeri seperti di Kelantan dan Terangganu dulu, sebelum Terangganu jatuh kepada Barisan Nasional atau Umno.

Dan dalam tahun 2008, PAS berjaya menawan negeri Kedah walaupun dalam masa mereka mentadbir negeri ini kehidupan mereka boleh dikatakan terkulai-kulai.

Kedah, seperti Kelantan tidak diangkatkan ke tahab ‘negeri Islam’ yang mempunyai sistem Islam dalam pentabiran kerajaan negeri, dan tidak pula hebat kedua-dua negeri ini dalam usaha menyebar syiar Islam.

Lebih dari itu, pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan Kedah tidak pula diberi pengiktirafan oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa Islam dan negara Islam lain sebagai negeri muthali.

Kelantan mundur, dan terus mundur, dengan ramai rakyat negeri ini terpaksa ‘berhijrah’ ke negeri lain khususnya Selangor dan Kuala Lumpur dimana mereka membuka gerai.

Dan menteri besarnya, Nik Aziz tidak pula dianggap sebagai ulamak atau alim yang hebat dalam bidang ugama; dia lebih suka keluarkan kenyataan dengan mengguna ayat-ayat yang kontot-kontot, seperti dia mengeluarkan ‘fatwa’.

Dan yang menyedihkan sekali ialah, Nik Aziz tidak pula mahu berundur, walaupun sudah lama menjadi menteri besar Kelantan tanpa mendatangkan sebarang kemajuan dalam bidang kerohanian dan ekonomi di Kelantan.

Pengundi Kelantan hanya mahu undinya dan PAS dalam pilihanraya umum sebab mereka fikir dia lebih Kelantan dari orang lain yang juga dilahirkan di Kelantan.

PAS boleh dikatakan telah gagal menghayati Islam, yang mahu umatnya berkerjasama dan bersatu.

Islam tidak galak perpecahan dan segala pemikiran dan kegiatan yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga ia boleh menguntungkan oleh mereka dan kumpulan bukan Islam yang boleh mendapat faedah dari perpecahan Umat Islam dan juga dikalangan Orang Melayu di Malaysia.

Tetapi pemimpin PAS tidak peduli dengan kedudukan parti mereka yang tidak mungkin boleh diangkat sebagai sebuah parti ulung yang boleh menyatukan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

PAS cuma boleh dan telah membuktikan yang ia boleh menjadi pengacau kepada perpaduan Umat Islam dan Melayu di Malaysia dengan menjadi petualang kepada Ugama Islam dan Bangsa Melayu, walaupun mereka sedar yang mereka menguntungkan pihak bukan Islam dan yang nyata-nyata tidak gemar dengan sistem politik Islam yang PAS dikatakan dan sering mahu mengaku sebagai pemimpin.

Ini yang sedihnya. Ini yang ironinya. Pemimpin PAS tidak boleh dapat sokongan dari kebanyakan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia. Mereka boleh menang dalam pilihanraya umum dan tawan Kelantan dan kalau bernasib baik beberapa kerusi lain di seluruh negara.

Tetapi, ini hanya boleh dilakukan kalau mereka bergabung dengan parti bukan Islam, bukan Melayu yang mereka sendiri tahu tidak berminat untuk menyokong perjuangan PAS yang sebenar, iaitu menyebar syiar Islam dan merapatkan perpaduan Bangsa Melayu di Malaysia.

PAS lebih suka sokong usaha parti-parti bukan Melayu dan bukan Islam, semata-mata untuk mendapat sokongan balik di beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri untuk melihatkan bahawa PAS masih hidup dalam gelanggang politik Malaysia dan ia boleh mengugat kuasa parti dominan Melayu iaitu Umno.

Sebenarnya Nik Aziz sepatutnya sudah lama berundur sebagai menteri besar Kelantan. Dia sudah uzur, dan dia sudah lama gagal untuk mengguna pengaruhnya sebagai orang alim dan menarik sokongan dari kebanyakan Umat Islam dan Orang Melayu di Malaysia, untuk membolehkan beliau mendapat jawatan yang lebih besar dan lebih penting dengan PAS menjadi parti dominan Melayu yang boleh menyebarkan syiar Islam dan merapatkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Nik Aziz dan pemimpin PAS lain tahu mereka tidak ada kemampuan untuk memberi sebarang kepimpinan kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang dihormati diseluruh Dunia Islam.

Rabu, 14 November 2012

RUMAH DI GRANGE ROAD, CAMBRIDGE – DIMANA TUNKU ABDUL RAHMAN MULA TERFIKIR UNTUK USIR INGGERIS DARI TANAH MELAYU.


…JADIKAN BANGUNAN INI BANGUNAN WARISAN MALAYSIA DI ENGLAND BERSAMA BANGUNAN THE OLD RECTORY DI LITTLE STUKELEY.



Tan Sri Mubin Sheppard, rakan karib Tunku Abdul Rahman ada menulis tentangnya, dalam buku riwayat hidup Tunku berjudul, ‘Tunku: His Life and Times – the authorized biography of Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj’ terbitan Pelanduk Publications dalam tahun 1995 dulu.

Tetapi mungkin Mubin ada cuma percakapan atau perbualannya dengan Tunku semasa kedua mereka masih hidup.

Tetapi saya telah sempat membuat rakaman dengan Tunku di kediamannya di Bukit Tunku, bilamana Tunku beritau saya bahawa pengelamannya belajar di Universiti Cambridge dulu telah memberi kesedaran kepada beliau untuk mengusir Inggeris dari Tanah Melayu.

Satu peristiwa yang Tunku tidak dapat lupakan sepanjang umurnya ialah bagaimana beliau, sebagai pelajar asing di England dan di universiti itu telah tidak dibenar menginap dalam asrama bersama pelajar-pelajar Inggeris lain.

Ini memaksa beliau mencari kediaman sendiri iaitu di Grange Road, yang terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cambridge.

Dan di sinilah dimana Tunku menyewa sebuah bilik untuk menginap dan belajar di St. Catherine’s College, yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya.

Tunku telah datang ke England dalam usia yang agak muda, iaitu enam-belas tahun, untuk belajar bahasa Inggeris dengan padri di Little Stukeley di daerah Cambridgeshire.

Beliau mendapat pendidikan dari paderi dan menginap di bangunan yang dipanggil Old Rectory.

Dan beberapa tahun kemudian, beliau telah mendapat tempat untuk menyambungkan pelajaran di St. Catharine’s College di Universiti Cambridge sehinggalah tamat pengajian dengan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang.

Kehidupan Tunku dalam episod ini juga dapat dilihat dalam buku riwayat Tunku oleh Ramlah Adam berjudul, ‘Biografi Politik Tunku Abdul Rahman’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005 dan ‘The Untold Biography - The Great Patriot’ oleh Sharif Ahmad terbitan Pustaka Antara dalam tahun 1993.

Saya juga mendapat maklumat tambahan tentang Tunku langsung dari anak saudaranya, Tunku Ismail Jewa yang telah beri saya satu salinan naskah ‘Letters – with reference to Tunku Abdul Rahman Putra’ sebelum beliau (Tunku Ismail) meninggal dulu.

Dalam ‘Letters’ Tunku Ismail ada cetak gambar-gambar yang beliau sendiri rakam yang menunjukkan bapa saudaranya tinggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu yang dikenali sebagai Residensi (atau The Residency) yang terletak dihujung Jalan Dato’ Onn.

Saya telah dipanggil untuk bertemu dengan Tunku di kediamannya di Bukit Tunku bagi merakam temuramah saya dengan beliau dimana beliau telah menceritakan tentang pelbagai perkara, termasuk pengelaman beliau belajar di Cambridge.

Dan beliau menyatakan betapa terharunya beliau bila diberitau bahawa beliau tidak layak mendapat tempat menginap di asrama bersama pelajar lain.

Beliaupun menyewa bilik di Grange Road dan bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan di sinilah dimana beliau memupuk semangat cintakan negara setelah lama tinggal jauh darinya.

Dan di sinilah dimana Tunku menunjukkan minat dalam bidang sokan dan sosial, termasuk akhirnya minat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris.

Tidak dapat dinafikan bahawa mint Tunku terhadap acara sokan lumba kuda boleh dikatakan dipupuk oleh sebab tidak jauh dari rumah sewa pertamanya di Little Stukeley, terdapat sebuah ladang lumba kuda.

Dan di Grange Road pula ada sebuah padang bola sepak untuk pasukan Universiti Cambridge, dimana telah menarik perhatian Tunku untuk turut sama terlibat dengannya.

Jadi tidak hairan kalau orang anggap minat Tunku terhadap acara sokan bola sepak terpengaruh dengan keadaan dan tempat dimana beliau berada di situ.

Kalau terdapat padan hoki terletak dekat dengan rumah sewanya, sudah pasti, Tunku juga akan tertarik dengan acara ini. Tetapi ini tidak berlaku.

Jadi dalam tahun 1986, sayapun pergi ke Bukit Tunku bersama rakan saya, Hassan Muthalib untuk membuat temuramah dengan Tunku.

Ia telah diuruskan oleh kakak saya, Rokiah binti Puteh yang telah tinggal di Residensi setelah berkahwin dengan anak saudara/anak angkat Tunku, Syed Abdullah Barakhbah pada 16 November, 1963 dulu.

Dan Rokiah anggap apa yang saya telah katakana dengan hasrat untuk bertemu dengan Tunku sebagai sesuatu yang serius, sedangkan saya hanya bercakap-cakap sahaja.

Jadi saya agak terkejut bila beliau menalipon dan beritau Tunku mahu jumpa.

Sayapun talipon Hassan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) untuk ikut sama dengan membawa pita rakaman.

Sebab saya tidak mahu buat temuramah dengan Tunku tanpa merakamnya. Ia boleh membuat ramai orang berfikir saya ada niat tidak baik dengan sengaja mahu menulis tentang Tunku dengan memberi ungkapan darinya yang tidak dapat dibukti.

Mujur saya masih ada lagi pita rakamnya dan sebahagian darinya telah diguna dalam dokumentari ‘Bertahun di Residensi’ atau ‘The Residency Years’ yang diterbit oleh Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), yang telah disiar dalam bulan Mac, 2010 dan Ogos, 2010 dahulu.

Dalam dokumentari ini saya telah menunjukkan juga gambar-gambar peribadi yang diambil oleh Syed Abdullah dalam Residensi tentang kehidupan seharian keluarga Tunku, termasuk kunjungan dari kenamaan dari dalam dan luar negara, yang mana tidak dirakam oleh sesiapa.

Ini disebabkan ketika itu bidang penyiaran dan laporan berita tidak sehebat berbabing dengan sekarang, bila setiap gerak perdana menteri dirakam.

Jadi, Syed Abdullah boleh dianggap sebagai jurugambar tidak rasmi Tunku, sebab tanpanya banyak kegiatan Tunku sekeluarga di Residensi tidak dapat dirakam.

Gambar-gambar dalam koleksi Syed Abdullah telah juga dicetak dalam buku khas berjudul ‘The Residensi Years’ dengan pameran sebanyak 106 gambar dengan judul sama diadakan di R A Gallery di Jalan Aman dekat Jalan Tun Razak dalam bulan September, 2009 dulu.

Kemungkinan besar buku ini dalam edisi Melayu akan diterbit dengan judul ‘Bertahun di Residensi’ akan berlaku tidak lama lagi.

Tunku beritau saya bahawa beliau telah membuat aduan kepada Residen Inggeris di Kedah tentang layanan buruk oleh pihak Universiti Cambridge, dan apabila Residen itu pergi ke kampus, beliau telah beritau mereka siapa Tunku – seorang anak raja di Negeri Kedah di Tanah Melayu.

Pihak universiti terkejut dengan pendedahan ini, dan lantas beri Tunku bilik di asrama.

Tunku beritau mereka beliau tidak dapat terima tawaran itu sebab beliaupun sudah tidak lama lagi akan tamat pengajian.

Tetapi episod ini telah mencetuskan satu perasaan dalam diri dan pemikiran Tunku sehinggakan beliau berkata beliau mahu usir Inggeris dari Tanah Melayu.

Dan bila Tunku akhirnya masuk dalam bidang kepimpinan negara atau politik, dan dalam masa Tanah Melayu mahu cari penyelesaian untuk mengusir Inggeris dari Tanah Melayu, perasaan yang beliau rasai semasa belajar di Universiti Cambridge itulah yang telah mendorong beliau untuk teruskan usaha beliau.

Mujur Tunku belajar di England. Mujur Tunku berpendidikan tinggi. Mujur Tunku terdiri dari kerabat diRaja yang paling tua di Tanah Melayu.

Mujurlah juga Tunku mempunyai akal yang jauh dan pemikiran yang tajam. Oleh sebab itu, Tanah Melayu dapat dibebaskan dengan cara mudah tanpa melihatkan pertarungan. Dan dalam kata-kata Tunku, ‘Tanah Melayu dapat dibebaskan dari penjajahan Inggeris – tanpa setitik darahpun mengalir’.

Ini bukan satu kejayaan yang kecil.

Pemimpin kebebasan atau kemerdekaan India, Mahatma Gandhi yang mahu capai kemerdekaan untuk negaranya secara aman juga akhirnya gagal, bila orang India bertempur dengan pihak Inggeris yang menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

Di Tanah Melayu perkara ini tidak berlaku dan Inggeris diusir dengan lemah-lembut tetapi tegas dengan mengguna cara diplomasi dan lengok bahasa istana yang orang Inggeris sebenarnya gemar mendengar, berbanding dengan kata-kata kasar yang mampu oleh sekumpulan puak yang mahu desak Inggeris ‘mengambus’ dari Tanah Melayu secara paksa dengan mengguna kekerasan.

Jadi, apa yang boleh dibuat dengan bangunan di Grange Road di Cambridge itu?

Saya telah sempat ke sana beberapa kali dan bertemu dengan pemiliknya, seorang lelaki Inggeris yang dulunya penduduk Afrika Selatan, yang kini menetap di England.

Beliau kelihatan terharu dengan pendedahan bahawa Tunku pernah menginap di dalam bangunan ini.

Tidakkah sesuai kalau kerajaan beri sedikit penghargaan kepada bangunan ini dan anggapnya sebagai sebuah bangunan warisan negara, walaupun di England?

Ia bukan bangunan sebarangan. Ia adalah bangunan dimana Tunku mendapat ilham membebaskan negara dari penjajah Inggeris.

Mungkin ada baik kalau bangunan ini dibeli oleh kerajaan dan dijadikan Memorial Tunku Abdul Rahman di England dengan mendapat kerjasama dengan St. Catharine’s College.

Macam-macam kemungkinan boleh dilakukan dengan pemilikan bangunan di Grange Road ini, dan sudah pasti ia boleh diguna untuk kebaikan bersama diantara Malaysia dan England.

Tetapi setidak-tidaknya, bangunan di Grange Road dan juga di Little Stukeley itu boleh diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai bangunan warisan Malaysia di England dan pemiliknya diberi penghargaan yang setimpal dengannya sebab merekalah yang telah menjaga warisan Malaysia di England.

Bilik sewa Tunku di London ialah di Barkston Gardens, semasa beliau balik ke England untuk menyambungkan pelajarnnya dalam tahun 1940an dahulu.

Ahad, 11 November 2012

TIDAKKAH BOLEH FILEM SAHAJA PROMOSI NEGARA?


Oleh Mansor Puteh






Setiap kali filem kita di jemput ke pesta filem luar negeri atau menyertai pesta filem khas untuk hasil karya kita, ada-ada saja kumpulan tarian atau wayang kulit yang turut menyertainga.
        Khabarnya filem-filem Malaysia akan ditayang di Brussels bulan ini boleh dibanggakan. Tetapi, apa yang membuat saya muak apabiia dikhabarkan juga kumpulan tarian dan wayang kulit yang akan buat persembahan di sana. Persembahan tarian dan wayang kulit memang sebahagian dari kebudayaan dan kesenian kita.
Tapi, tidakkkah boleh filem kita sahaja yang ditonjolkan dan tidak pula dikelirukan dengan acara-acara kebudayaan dan kesenian lain?
Sedangkan ini bukan pesta kebudayaan dan kesenian tetapi pesta filem.
Oleh yang demikian adalah wajar kalau filem-filem berkenaan dan pengkaryanya sahaja ditonjolkan supaya penonton dan orang ramai di Brussels tidak terkeliru dan terpesong dari tujuan asal, iaitu untuk promosi filem kita di Brussels.
Sebab kalau kita lihat dalam mana-mana pesta kebudayaan dan kesenian tidak pernah pihak penganjor di sini untuk memikir untuk membawa filem dan pengkarya filem kita.
Ban dalam pesta filem pula, mereka kumpulan kebudayaan dan kesenian yang mahu ‘tumpang seluangkuk’.
Atau tidakkah ini beeerti bahawa filem dan pengkarya filem kita tidak yskin bahawa hasil mereka itu sudah cukup sebagai daya penarik untuk penonton asing mengenal budaya dan seni kita?
Kalau kita lihat apa yang berlalcu dalam Pesta Filem Asia-Pasifik misalnya kita akan disajikan dengan persembahan kebudayaan lebih dari acara filem. Ini telah merosakkan imej pesta filem ini dan membuat anugerahnya tidak mempunyai nilai tinggi.
Sama juga dengan pesta filem Malaysia yang penuh padat dengan persembahan tarian dan kebudayaan sehingga kita keliru apakah tujuan mengadakan pesta filem ini.
Berbalik kepada kumpulan yang akan ke Brussels bulan ini, saya rasa malu sebab kumpulan kebudayaan dan kesenian turut serta dalam lawatan ke sana.
Ini tidak sepatutnya berlaku.
Sebab kumpulan kebudayaan dan kesenian bukan penting dalam pesta filem dan toldak sharus ditonjolkan sedemikian rupa. Kalau iapun kesenian dan kebudayaan harus ditonjonkan ia dengan penayangan filem dokumentari atau pendek.
Satu perkara yang saya rasa harus ditekankan di sini jugalah ialah penglibatan pegawai promosi Finas, yang sering sangatk ke luar negeri menyertai pesta filem, walaupun dia tidak pernah dengan sendiri atau peribadi mempromosi filem-filem kita.
Penglibatannya tida.k lain untuk makan angin.
Yang memburukkan keadaan dia ialah oleh sebab dia btzkan pakar dan tahu filem tempatan.
Malah kalau dilihat dalam artikel yang ditulisnya dalam Suara Finas dia sering mengkritik psngarah filem berkelulusan sekolah filem. Dan sekarang ini dia bergaul dengan sekumoulan pengarah filem generasi baru ini.
Apa fungsi pegawai tersebut dalam hal promosi filem kita? Dan berapa banyak filem kita yang sudah dia promosi di luar negeri?
Setahu saya, dia sudah ke banyak pesta filem mewakilli Finas sebagai ‘pegawai promosi’ sedangkan dalam dunia filem tempatan tempatnya juga kabur.
Dia tidak faseh bahasa Inggeris maupun bahasa filem, jadi dia tidak layak menyertai pesta filem di Brussels atau di mana-mana.
Dalam keadaan ekonami sekarang Finas sudah sepatutnya tidak menghantar pegawai sebab kumpulan pengarah filem generasi baru ini cukup kuat untuk mewakilli diri sendiri.
Tambahan pula mereka ke sana atas jemputa.n yang dibuat sendiri, dan Finas atau pegawai promosinya tidak menganjornya.
Dan kumpulan penari dan wayaung kulit juga tidak seharusnya dihantar ke Brussels untuk menjim,atkan wang.
Ini bukan acara kebudayaan atau kesenian, tetapi acara filem. Oleh yang demikian cuma orang filem, pengarah, pengkritik dan pelakon sahaja yang harus menyertainya.

Khamis, 8 November 2012

BELI BARANGAN TEMPATAN, TENGOK FILEM TEMPATAN.


Oleh Mansor Puteh





Kempen kerajaan untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan buatan tympatan adalah kena pada tempatnya. Tetapi, apakah bila, ada masalah ekonomi baru saja kita terfikir untuk membeli barangan buatan tempatan?
Bagaimanapun, kempen menggalakkan orang ra,mai membeli barangan buatan tempatan adalah baik, da.n harus menjadi polisi kerajaan tidak kira dimasa kemelesetan ekonomi maupun di masa negara menikmati pertumbuhan ekonomi.
Budaya membeli barangan buatan tempatan ini bukan sahaja boleh menghalang pengaliran wang ke luar negara, bahkan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan secara tidak lang'sung menggalakkan pembuat barangan tersebut untuk menyaingi barangan luar negeri yang masih dianggap sebagai ‘lebih bermutu’, dan lebih moden.
Polisi kerajaan untuk tidak menyiarkan iklan barangan buatan luarnegeri pula kena pada tempatnya, sebab tanpa iklan, malka, orang ramai tidak terdedah kepada barangan tersebut.
Kadang kala, cara pengiklanan yang lebih beiiartia menunjukkan barangan luar negeri itu ‘lebih bermutu’ walhal ia tidak seberapa.
Adalah menjadi satu strategi syarikat asing untuk mempunyai peruntukan untuk iklan yang berlebih-lebihan sebab mereka tahu bahawa pulangannya tinggi berbanding dengan kos untuk mengiklan barangan tersebut.
Jadi, bila aspek iklan ini ditolak lama-kelamaan orang kita akan sedar betapa terpesongnya mereka untuk mempercayai akan iklan itu, dan akan mula pula fikirkan akan barangan buatan tempatan.
Tidak dinafikan semua barangan yang diperlukan oleh kita sudah boleh dibuat di negara sendiri. Jadi, cuma yang harusift dikikis adalah sikap.
Dan sikap ini boleh dikikis secara berperingkat-peringkat, iaitu dengan tidak menggalakkan pengiklanan barangan buatan luar negeri.
Satu cara lain ialah uhtuk tidak membenarkan pihak akhbar dan majalah serta televisyen untuk digunakan olehp pihak-pihak tertentu untuk mempromosi baranban mereka, secara tidak langsung.
Kalau pihak akhbar, majalah dan televisyen tidak berserta dengan kerajaan untuk tidak memberi promosi kepada barang-barang buatan luar negeri, saya yakin barang-barang itu akan tidak digemari orang kita sendiri.
Saya juga ingin menengahkan aspek penayangan f'ilem dan siri televisyen di negara kita, yang diimpot dari luarnegeri khususnya dari Hong Kong, India dan Hollywood.
Tidakkah banyak wang dilibatkan dengan pembelian rancangan-rancangan dari negara-negara tersebut?
Dan tidakkah pula kerajaan harus fikirkan untuk mengurangkan pembelian rancangan terbmtan asing itu?
Rancangan-rancangan tempatan boleh mengisi kekosongan yang bakal berlaku, dan sesiapapun tidak akan berssa rugi sekiranya rancangan asing ini tidak disiarkan, kecuali mungkin beberapa orang yang beria-ia sangat tentangnya.
Saya harap kerajaan akan secara berperingkat-peringkat menghapuskan kemasukan rancangan televisyen dan filem dari Hong Kong, India dan Hollwyod dan tidak menggalakkan atau membenarkan pihak akhbar, majalah dan stesen televisjxen memberi promosi tentangnya.
Secara ini generasi akan datang tidak akan terdedah kepada rancangan dan filem asing yang pada ratanya tidak bersesuaian dengan budaya kita.
Lihat sahaja dengan siri-siri Hong Kong, atau filem-filem India dan Hollywood: tidakkah mereka keterlaluan?
Dan tidak kerajaan boleh menggalakkan pertumbuhan perusahaan dan memperbanyakkan produksi siri televisyen Cina, India dan Melayu untuk penonton tempatan?
Satu hari nanti siri dan filem asing boleh diketepikan sama sekali.
Penonton dari masyarakat Cina dan India tempatan bggitu asyik dengan siri televisyen dan filem dari Hong Kong dan India sebab pihak akhbar, majalah dan televisyen sengaja mempromosihabis-habisan terhadap siri-siri dan filem dari negara-negara itu.
Ini telah mengakibatkan sebahagian besar penonton berbilan;g. kaum di negara kita memandangkan terterhadap filem dan siri televisyen terbitan sendiri.
Jadi, untuk mengelakkan masalah seperti ini dari terus berlaku, adalah baik supaya aspek promosi dan pengiklanan siri-siri filem asing itu turut dikenakan sekatan sama seperti barangan buatan luar negeri itu.
Sebab pembelian siri-siri televisyen dan filem-filem dari Hollywood, Hone Kong dan India juga melibatkan pengaliran wang kita ke luar negeri.
Yang buruk sekali ialah ia, telah berjaya membantutkan pertumbuhan perusahaan filem kita.
Dan filem-filem tempatan cuma sesuai untuk masyarakat Melayu.
Ini adalah tidak baik untuk mewujudkann suatu masyarakat Malaysia.
Oleh yang demikian adalah baik sekiranya masyrirakat kita did.edahkan kepada filem-filem dan siri-siri tempatan, dan pihak akhbar, majalah serta televisyen terus mempromosinya.
Dan agak aneh bila dilihat bahawa penerbitan Cina dan India di Malaysia enggan mempromosi filem-filem maupun muzik tempatan, khususnya Melayu. Kenapa agaknya penerbitan Cina dan India di Malaysia lebih gemar mempromosi filem, muzik dan siri televisyen dari Hong Kong dan India. Dan sabah hari kita akan lihat surat dalam akhbar dan majalah mengisikan berita dari Hong Kong dan India.
Disamping itu acara penting dalam perusahaan filem dan muzik tempatan sedikitpun tidak diberi ruang dalam akhbar dan majalah berkenaan.
pakah akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia sengaja mahu boikot dan sabotaj pertumbuhan industri filem dan muzik tempatan, tamz untuk tidak menggalakkan masyarakat Cina dan India menpgemarnya?
Saya rasa sesuatu kajian harus dibuat untuk menentukan apakah yang, membuat akhbar dan majalah Cina dan India sengaja menolak filem dan muzik tempatan, dan mengheboh-hebohkan filem asing.
Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, maka usaha kerajaan untuk mewujudkann suatu masyarakat majmuk tidak boleh berlaku.
Sebabnya masyarakat Cina akan terus mendewakan filem dan muzik Hong Kong, sementara masyarakat India dengan muzik dan filem dari Madras dan Mumbai.
Tidakkah boleh semua masyarakat gemar filem dan muzik tempatan?
Mungkin dalam keadaan kemelesatan ekonomi yang dialami oleh kita sekarang ini boleh membukakan hati kita sendiri untuk menilai hasil tempatan dari barangan seharian hingga ke filem, muzik dan siri televisyen.
Tidak dinafikan bahawa minat masyarakat Cina dan India terhadap siri-siri serta filem dan muzik dari Hong Kong dnIndia tidak lain disebabkan oleh promosi besar-besaran yang dijalankan oleh penerbitan Cina dan India di sini.
Sementara itu masyarakat bukan Melayu akan terus memboikot filem-filem dan muzik tempatan atau kebangsaan, oleh sebab akhbar dan majalah bahasa Cina dan India sengaja tidak mahu masyarakat bukan Melayu itu supaya menggemarinya.
Minat atau selera orang ramai berbilang kaum berpecah oleh sebab polisi penerbitan Cina dan India yang menekankan hasil luar negeri disamping memboikot husil tempatan.
Sudah tiba masanya kerajaan sendiri sedarakan kepincangan ini, dan memaksa penerbitan Cina dan India khususnya supaya tidak memberi masyarakat Cina dan India di sini pendedahah terhadap hasil filem, muzik dan siri televisyen dari luar negeri, dan membuka ruang kepada hasil tempatan pula.
Dengan cara ini masyarakat berbilang kaum akan mula menggemari filem, muzik dan siri-siri televisyen tempatan dan menggalak pertumbuhannya.
Kalau tidak filem dan muzik Melayu cuma sesuai untuk orang Melayu, sementara filem, muzik dan siri Cina untuk orang Cina dan muzik, siri televisyen serta filem India gula untuk orang India.
Tidakkah baiknya kalau masyarakat berbilang, kaum sama-sama penonton filem tempatan di pawagam atau siri televisyen dan mendengar muzik hasil anak watan, tanpa menghebohkan ka ‘kehebatan’ hasil asing?
Tentu ini boleh berlaku kalau kerajaan sedar akan adanya kepincangan dalam polisi pihak penerbitan Cina, India dan Inggeris di negara ini yang mengenepikan hasil tempatan dan mendewakan hasil asing pula.
Penerbitan bahasa Inggeris pula boleh diarah oleh kerajaan untuk mengurangkan dan menghapuskan siaran berita hiburan dari Hollywood sebagai satu cara untuk mengurahgkan minat masyarakat kita untuk menggemar hasil asing itu.
Kita lihat setiap hari akhbar memuatkan gosip mengenai pelakon Hollywood yang tidak relevan kepada masyarakat kita.
Sampai bilakah keadaan ini harus dibarkan berterusan?
Tentu dalam keadaan kelelesatan ekonomi ini, kerajaan boleh fikirkan cara-cara yang baik untuk menghalang pengaliran wang kita ke luar negeri deng;an memikirkan bidang hiburan yang mana telah menjadi begitu tinggi jumlah wangnya yang mana boleh juga dijadikan sasaran kempen ment-galak orang ramai membeli ba.rangan tempatan, demi menjaga pengeluaran wang ke luar negeri.
Disamping itu juga kita boleh menphadkan kemasukan budaya asing ke negara dan merubah minda masyarakat, khususnya generasi muda untuk tidak mendewakan pelakon, penyanyi asing.
Kenapa kita sahaja yang beria-is gemar filem Hollywood, Hong Kong dan India dan muzik serta siri teleivysn mereka, sedangkan masyarakat di sana sedikitpun tidak pedulikan hasil kita.
Ini disebabkan penerbitan dan televisgan di sana tidak mempromosi hasil kita maka masyarakat mereka tidak gemar hasil kita.
Puncanya ialah promosi besar-besaran dalam akhbari majalah Cina dan India serta Inggeris yang menghebohkan hasil dari Hollywood, Hong Kong dan India kepada masyarakat tempatan.
Pan inilah yang telah menyebabkan masyarakat kita berpecah selema dan minat terhadap.
Semuanya boleh berhhah kalau kerajaan sekat penerbitan dan televisyen tempatan dari memberi publisiti dan mempromosi hasil dari Hollywood, Hong Kong dan India, demi menjaga hasil tempatan disamping menglarang pengaliran warg kita ke negara-negera berkenaan dan mengla,rang kemasukan budaya asing ke negara kita.
Yang paling aneh sekarang ialah hampir semnua stesen radio memainkan muzik barat sehingga pada waktu-waktu terhentu tidak kendengaran muzik Melayu di mana-mana radio.
Kenapakah setiap kali kerajaan memberi lesen kepada sebuah syarikat untuk menubuhkan sebuah stesen radio, ia jadi secara tidak langsung pusat perkembangan muzik Barat, Hong Kong atau India?
Tidak bolehkah stesyen muzik tempatan memainkan muzik tempatan untuk pendengar tempatan?
pmat ganjil jika dibandingkan dengan polisi kerajaan terhadap kandungan tempatan untuk stesen televisyen, sedangkan untuk stesyen radio, muzik Barat berleluasa, sehingga meluat di telingga diendengar loghat ala Amerika, ala Inggeris oleh juruhebah kita.
Lebih meluat bila mendengar stesyen radio RTM sendiri dengan juruhebahnya bertutur dalam bahasa Melayu tetapi memain lagu ‘rock barat’ bagaikan mereka itu juga mahu mengenepikan lagu tempatan dan terus mempromosi lagu barat.
Siapa agaknya yang berkata stesyen radio mesti memain lagu barat untuk jadi popular dan menarik pengiklan?
Kalau keadaan ini terus berlaku, tidak salah kalau masyarakat tempatan mendewakan penyanyi, pelakon serta filem, muzik dan siri televisyen asing.