Selasa, 26 Februari 2013

ETIKA PERILAKU ARTIS: NILA SETITIK…


Oleh Mansor Puteh






Sekarang, ini kerajaan begitu ghairah membicarakan tentang perilaku kaum artis. Dan satu garis panduan yang dipanggil etika perilaku artis akan ditulis untuk mengariskan tingkah-laku sopan mereka. Tujuannya ialah untuk mengawal agar artis tidak berkelakuan tidak sopan.
Tetapi kita semua tahu bahawa artis yang berkelakuan tidak sopan itu biasanya artis yang tidak profesional dan mempunyai keperibadian tinggi. Sedangkan jumlah besar yang lain mempunyai nilai moral dun keperibadian yang murni.
Jadi isiu tentang etika perilaku artis ini sebenarnya seperti membuat  tuduhan kepada semua artis. Ini adalah tidak munasabah samasekali. Dalam masyarakat kita sekarang terdapat halangan sosial dan keugamaan serta undang-undang yang boleh menyekat perbuatan tidak sopan artis. Dan perlu apa kita dengan sebuah etika yang khusus untuk artis?
Tentu apa yang ingin ditulis dalam etika itu tidak berbeza dengan peraturan maupun undang-undang negara seperti yang ada sekarang, seperti tingkah-laku dan pakaian.
Tetapi yang menghairankan ialah kenapa dalam hari-hari biasa seseorang itu, termasuk perempuan berugama Islam boleh memakai pakaian yang agak terdedah sedangkan dia tidak dibenarkan memakai pakaian seperti itu di atas pentas atau di televisyen?
Dan kita juga sering lihat persembahan dari kumpulan mak nyah yang diadakan secara terbuka di hotel dan di perkarangan Finas semasa ‘Malam Mesra’ anjuran lima persatuan perfileman kebangsaan.
Tabiat kaum mak nyah ini berpakaian seperti perempuan dan menari tarian yang agak tidak sopan tidak boleh dikatakan baik untuk masyarukat kita. Dan dari segi undang-undang ugama Islam ianya amat bertentangan. Tetapi persembahan mereka berlaku di perkarangan Finas sendiri, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan.
Saya harap kementerian Penerangan tidak akan terburu-buru dan menuduh semua artis sebagai tidak bersopan, sedang yang membuat tahi cuma segolongan kecil. Itupun di kalangan artis yang tidak berpotensi. Dan kebanyakannya terdiri dari perempuan atau gadis remaja yang mahu masuk dalam bidang perfileman untuk bersuka-suka.
Mereka bukannya penting dan tidak mempunyai peranan yang teguh dalam perusahaan filem kita. Mereka cuma muncul dalam sekelip mata sahaja. Atau sehingga mereka dilamar oleh jutawan atau kerabat diraja.
Tetapi, dalam perusahaan filem kita serta dunia muzik, terdapat banyak artis yang mempunyai moraliti yang tinggi. Dan mereka mengharumkan nama baik perusahaan serta negara. Kementerian Penerangan harus juga mengambil kira akan kehadiran mereka. Dengan cuma bercakap tentang beberapa orang artis yang berkelakuan tidak sopan, bukan sahaja boleh menjatuhkan nama baik semua artis, tetapi, boleh memesongkan perhatian orang ramai dan masyarakat kepada isiu-isiu yang remea-temeh.
Mungkin isiu-isiu seperti amat disenangi oleh Kementerian Penerangan dan pegawainya. Ini disebabkan mereka boleh menunjukkan yang mereka mengambil berat tentang nilai moral dan sosial masyarakat. Atau lebih dari itu mereka boleh dianggap sebagai ketua perusahaan.
Artis di negara kita sering diperkecil-kecilkan oleh pihak tertentu. Dan suasana seperti ini telah berjaya menghalang pertumbuhan bidang kesenian di negara kita.
Kenapa pihak tersebut tidak boleh benarkan perusahaan filem dan muzik bertindak menurut kehendak mereka sendiri tanpa disekat atau dihalang?
Kita sudah mempunyai undang-undang bagi mengawal tingkah-laku dan kegiatan pelakon dan penyanyi dan sebagainya. Dan perlukah kita dengan sebuah etika khusus untuk mengawal perilaku artis?
Pihak kerajaan harus membiarkan perusahaan filem dan muzik kita bergerak mengikut undang-undang negara dan bukan mengikut selera dan perasaan seorang-dua dalam kementerian yang sering tidak menentu. Sebab tiap hari kita akan dapat arahan atau peraturan yang baru. Ini semua boleh membingungkan artis di negara sendiri.

Sabtu, 23 Februari 2013

TELEVISYEN MALAYSIA MENNGGALAKKAN SIKAP PERKAUMAN, BUKAN KE-MALAYSIAAN…


Oleh Mansor Puteh








Negara kita sudah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, dan dalam bulan Ogos depan kita akan menyambut tahun ketiga-puluh-enam tahun kemerdekaan itu. Kerajaan telah menegalakkan pemupukan semangat ke-Malaysiaan di kalangan penduduk yang terdiri dari berbilang kaum, dan semua jentera kerajaan dan swasta digalakkan untuk memainkan peranan untuk mencapai hasrat yang mumi itu.
       Tetapi, cuba kita lihat televisyen kita, iaitu TVl, TV2 dan TV3 dan kita rasa agak hairan kenapa semangat atau hasrat murni kerajaan ini tidak disokong sepenuhnya?
       Malah kita boleh berkata bahawa cara persembahan rancangan di televisyen lebih bercorak perkauman, iaitu ia cuba untuk membahagikan siaran kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sementara yang bakinya adalah untuk ‘kaum antarabangsa’ yang berbahasa Inggeris.
       Adakah ini satu caranya bagi kita mengalakkan semangat muhibbah tidak kira kaum, bahasa dan ugama?
       Saya kuatir sekira sistem televisyen seperti ini digalakkan oleh stesyen televisyen itu sendiri, lama-kelamaan masyarakat kita akan turut berfikir dan bertindak mengikut apa yang mereka telah digalakkan iaitu sebagai masyarakat berketurunan Melayu, Cina dan India.
       Pembahagian ruang atau slot menurut perbezaan kaum, bahasa itu cuma boleh menggalakkan masyarakat kita berpecah dari segi hasrat, cita-cita dan lebih dahsyat lain psychologi.
       Dengan masyarakat Melayu asyik dengan drama tempatan dalam Bahasa Melayu, masyarakat Cina pula digalakkan untuk memuja dan memuji persembahan dari Hong Kong dan masyarakat India pula sebegitu asyik dan khayal dengan filem-­filem dari Madras dan Bombay.
       Akhirnya nanti, masyarakat kita mempunyai tiga ‘kiblat’ iaitu masyarakat Melayu dengan Kuala Lumpur, masyarakat Cine dengan Hong Kong dan masyarakat India dengan Madras dan Bombay.
       Apakah ini yang diinginkan oleh kerajaan, iaitu membahagi-bahagikan masyarakat kepada tiga kaum utama? Dan kesan mendalamnya ialah pembentukan mentaliti dan psikologi masyarakat Malaysia yang tidak bersifat Malaysia, tetapi menurut bangsa asal mereka.
       Cuba lihat jadual rancangan televisyen setiap hari, dan kita akan dapat melihat yang ianya dikktegorkan kepada ‘slot Melayu’, ‘slot Cina’ dan ‘slot India’.
      Pembahagian slot-slot seperti yang berlaku sekarang boleh menyebabkan masyarakat kita turut terbahagi. Jadi, di manakah ‘slot Malaysia’ dalam perancangan siaran televisyen kita?
      Saya hairan kenapa keadaan seperti ini telah dibiarkan. oleh kerajaan sehingga ke sekarang. Yang lebih menghairankan lagi ialah masalah seperti ini tidak langsung wujud di negara kita beberapa tahun sebelizm ini. Cuma sajak beberapa, tahun ini masalah ini kian menjadi-jadi .
      Stesen televisyen tidak segan-silu mengumumkan tentang wujudnya ‘slot Melayu’, ‘slot Cina’, dan ‘slot India’ dalam pembagian rancangan mereka.
      Sepatutnya sekarang ini Malaysia sudah boleh menghapuskan perasaan yang berbentuk perkauman, termasuk jenis persembahan di televisyen serta radio dan lain-lain.
      Keadaan seperti ini juga ujud dalam kegiatan penontonan filem di pawagam dimana kita sering; melihat masyarakat Cina menonton filem dari Hong Kong, dan masyarkat India menonton filem dari Madras, sementara masyarakat Melayu pula menonton filem Melayu atau tempatan.
      Inikah Malaysia yang diidam-idamkan oleh kerajaan? Iaitu sebuah negara, terbahagi kepada tiga kaum, dan tidak bersifat muhibbah dalam segala segi dan kegiatan, serta citarasa.
      Saya lihat kegiatan menonton siri televisyen dan filem di pawagam sebagai ‘barometer’ untuk menentukan samada negara kita benar-benar mempunyai masyarakat yang mengamalkan semangat muhibbah atau tidak.
      Sampai bilakah keadaan seperti ini harus dibiarkan? Kita sudah mencapai hampir tiga-puluh-enam tahun kemerdekaan, dan kita juga sering dengar laongan dari bapak menteri tentang pentinrya untuk kita memupuk semangat muhibah tetapi, stesen televisyen kita yang membahagi-bahagikan penonton serta masyarakat.
      Tidakkah kita boleh mengujudkan ‘slot Malaysia’ atau ‘slot muhibbah’ sekarang setelah begitu lama merdeka?
      Kenapa mesti stesen televisyen kita mendewa-dewakan filem dari Hong Kong dan India untuk menarik perhatian penonton keturunan Cina dan India?
      Adakah keuntungan sahaja yang stesen televisyen itu fikirkan dalam membentuk siaran rancangan, sehingga mereka terlupa akan kesan psikologi yang buruk di kalangan masyarakat kita pada amnya?
      Setiap hari, penonton berbilang kaum akan dipisahkan untuk menonton filem-­filem maupun persembahan lain yang senang sekali dibahagikan dalam petak-petak atau slot-­slot tertentu.
      Lama-kelamaan, penonton dan masyarakat akan turut berfikir dan bertindak mengikut sifat perkauman. Ini disebabkan mereka disajikan dengan rancangan yang khusus menekankan sifat perkauman itu. Dan mereka juga dibesarkan atas dasar perkauman, dan tidak bersifat ke-Malaysiaan atau dalam semangat muhibbah.
      Ini merupakan satu ironi, sebab kerajaan dan masyarakat umum sering meminta agar kita bertindak bukan menurut isiu atau dasar perkauman tetapi atas dasar dan semangat muhibbah dan ke-Malaysiaan.
      Sedangkan televisyen kita pula bertindak sebaliknya, dengan sengaja memisahkan penonton dah masyarakat kepada tiga kaum utama.
      Sekiranya masalah ini tidak dilihat dan diterima sebagai sebuah masalah penting dan ianya juga harus diatasi, saya kuatir ianya akan membuat hasrat kerajaan iaitu untuk memupukkan semanggat muhibbah dan ke-Malaysiaan gagal.
      Sekarang ini kita sering dengar keluhan senaruh pihak yang menyatakan tentang adanya sikap perkauman di kampus di mana penuntut sebuah kaum bergaul dengan penuntut sekaum dengannya sahaja yang di pejabat swasta pula terdapat kelompok-­kelompok perkauman yang begitu ketara.
      Ianya merupakan satu masalah sosial yang besar yang harus diatasi sekarang, dan tidak boleh dibenakkan berterusan. Sama juga dengan masalah di televisyen dimana ‘slot-slot Melayu, Cina dan India’ harus juga dihapuskan sekarang supaya kita dapat melihat pembentukan satu petak atau slot iaitu ‘petak Malaysia’ atau ‘petak muhibbah’.
      Saya percaya petak seperti ini boleh disenangi aleh penonton berbilang kaum sebab mereka juga mempunyai hasrat untuk bergaul dan melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat muhibbah. Cuma yang menjadi masalah ialah stesten televisyen kita shaja yang mengalakkan mereka itu untuk memikir sebagai orang Melayu, Cina dan India.
      Sampai bilakah masalah seperti ini harus berlaku?
      Lebih dahsyat lagi pula bila terbaca dalam akhbar apabila pemimpin parti politik bukan Melayu mendesak kerajaan dan stesen televisyen supaya membanyakkan lagi program India atau Cina supaya masyarakat mereka boleh mendapat penghiburan.
      Mereka cuma memikirkan kepentingan diri mereka sendiri dan tidak kepentingan negara dan masyarakat umum.                      
      Saya percaya dan yakin bahawa persembahan di televisyen tempatan kini kedang bertukar corak dan siaran luar negeri terutama sekali dari Hong Kong dan India sudah boleh dikurangkan atau dihapuskan samasekali. Dan ramai masyarakat India dan Cina sandiri sudah mula senang dengan rancangan tempatan walaupun dalam bahasa Melayu.
      Jadi, adalah penting sekiranya ‘slot-slot Cina dan India’ itu juga dikurang atau dihapuskan, supaya ‘petak Malaysia’ dan ‘petak muhibbah’ berteraskan dengan pengunaan Bahasa Melayu dan persembahan yang memaparkan masyarakat berbilang kaum dalam semargat muhibbah diperbanyakkan.
      Tetapi, sekiranya pemimpin parti politik; bukan masih mahu manegesa kerajaan supaya membanyakkan rancangan dalam bahasa Tamil atau Kantonis dan Mandarin dan sebagainya, nampaknya, mereka Cuma mementingkan kehendak diri sendiri atau kaumnya sahaja dan tidak negara amnya.
      Ini juga bakeh menggalakkan masyarakat Cina dan India belajar dan memahami Bahasa Melayu dan boleh bertutur dengan baik dan sempuma tanpa pelat atau tersilap sebutan.
      Disamping itu mereka boleh juga digalakkan untuk berfikir bukan dari segi kaum apakah mereka, tetapi sebagai rakyat Malaysia.
      Televisyen boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan semangat muhibbah. Tetapi, sekira ianya masih dengan ‘slot-slot Melayu, Cina dan India’, saya tidak yakin mereka boleh membantu kerajaan untuk menjalinkan semangat muhibbah di kalangan penonton dan masyarakat.
      Penuntut-penuntut dari darjah satu sehingga ke universiti bertutur dalam Bahasa Melayu sebab mereka menuntut mengguna bahasa itu. Tetapi, apabila mereka pulang ke rumah, mereka disajikan dengan persembahan yang bersifat perkauman.
      Jadi, tidak hairanlah kalau penuntut di peringkat kelas menengah atas juga tidak faseh berbahasa Melayu, walaupun dia mencapai kepujian dalam bahasa itu. Ini disebabkan mereka pulang ke rumah dan mula disajikan dengan siaran dari Hong Kong atau India, dan langsung tidak digalalakkan untuk menonton drama tempatan.
      Siaran televisyen sehingga kini cuma digunakan untuk memberi hiburan sahaja. Malah sejak televisyen diperkenalkan kepada manusia, ianya adalah alat hiburan semata-mata. Tetapk, sejak beberapa tahun lalu, ianya sudah digantikan dengan fungsi penyebar maklumat dan pengetahuan.
       Di Malaysia pula, selain memainkan peranan menyebar maklumat dan pengetahuan, kita boleh juga mergguna medium televisyen itu khusus untuk mengatasi masalah sosial kita yang begitu ketara iaitu mergatasi masalah perkauman dan tidak mengalakkannya seperti yang berlaku sekarang.
       Televisyen di negara kita boleh ditukar corak persembahanrya dan fungsinya juga harus disesuaikan dengan masalah yang dihadapi di negara kita, dan ia boleh digunakan untuk menghapus semangat perkauman dan menggalakkan semangat muhibbah.
       Persembahan drama dan hiburan yang sesuai sekali ialah yang bersifat muhibbah di mana terdapat semua kaum mengambil bahagian. Khususnya drama-drama Melayu dimana terdapat watak-watak India dan Cina seperti yang sebenamya berlaku di manar-mana dalam pengelaman kita sekarang.
       Tetapi, yang menyedihkan ialah drama Melayu cuma memaparkwn watak Melayu sahaja, dan ini dengan tidak sengajarya mengalakkan penerbit India dan Cina untuk menghasilkan drama-drama Cina dan India mereka, yang langsung tidak mempunyai watak Melayu.
       Drama-drama Cina dan India itu memang merupakan drama tempatan, tetapi ianya tidak mempunyai nilai atau semangat Malaysia. Ini bererti bahawa ianya bertujuan untuk memisahkan masyarakat kepada kaum utama, dan ianya tidak berbeza dengan drama atau filem dari Hong Kong dan Madras yang sering ditayang di peti televisyen kita.
       Kerajaan harus mendesak supaya stesen televisyen kita merghapuskan ‘slot-slot perkauman’ mereka dan mula membentuk ‘slot Malaysia’ atau ‘slot mubibbah’ demi kepentingan negara. Dan pemimpin parti politik bukan Melayu serta masyarakat umum juga harus berfikir sebagai rakyat Malaysia dan tidak hanya untuk melayan selera sendiri untuk menonton filem dan drama Cina dan India sahaja, tanpa memikirkan masalah sosial yang bakal berlaku akibat pembahagian siaran menurut kaum.
       Kalau dalam kehidupan seharian, kita bergaul dengan masyarakat berbilang kaum kerana mesti drama-drama tempatan pula dibahagi-bahagikan menurut bahasa dan kaum?
       Tentu adu satu format yang boleh digunakan oleh stesen televisyen tempatan untuk membentukkan suatu penyiaran rancangan yang tidak bersifat perkauman atau ‘mono-ethnic’ tetapi berbilang kaum, dalam semangat muhibbah ala Malaysia.

Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALIKAN SISTEM STUDIO.


Oleh Mansor Puteh



Fakta yang tidak dapat disangkai oleh sesiapo, ialah sistem studiolah yang telah menyebabkan kejayaan perfileman Melayu lama di Singapura. Dan sistem inilah yang telah juga menujudkan tokoh-tokoh perfileman Melayu yang diingati sehingga kini.
      Sekiranya sistem studio yang telah diwujudkan oleh adik-beradik Shaw dan Loke Wan Tho di Jalar. Ampas dan East Coast Road di Singapura, kemungkinan besar perusahaan filem Melayu lama tidak wujud dan filem-filem tidak dibuat.
      Sistem studio ini yang dipinjamkan dari sistem studio di Hollywood telah baryak memajukan perusahaan filem lama sehinggakan apabila ia runtuh, perusahaan filem ini turut hancur.
      Tetapi, sistem studio di Hollywood masih kekal sehingga kini. Dan boleh dikatakan kesemua filem-filem besar diperbuat di Hollywood dihasilkan oleh studio-studio besar, dengan sejumlah kecil filem utama dan dipenerbit oleh studio kecil dan bebas.
      Ini bererti bahawa sistem studio ini penting kepada perkembangan sasebuah perusahaan perfileman kebangsaan. Dan di negara kita juga sistem studio seperti yang telah diperkenalkan di Singapura boleh juga berguna kepada perkembangan perusahaan filem kita. Dan cuma dengan adanya sistem seperti itu kita boleh tingkatkan jumlah pengeluaran filem ke suatu tahab yang stabil, tanpa takut dengan karenah penerbit bebas yang tidak mampu menghasilkan filem-filem dengan banyak bagi menampung perusahaan, dan permintaan orang ramai dan penonton.
      Kita sepatutnya sudah berjaya menghasilkan tidak kurang empat-puluh buah filem setahun, dan dengan ini membuat perusahaan kita lebih stabil dan profesional dan filem-­filem yang diterbitkan itu lebih mencerminkan  keperibadian kita sebagai sebuah  negara majmuk dan berbilang kaum.
      Tetapi, malangnya, penerbit-penerbit bebas datang dan pergi. Dan yang ada itu tidak giat menerbit filem tetapi berpolitik tentang filem dan memegang jawatan dalam persatuan sahaja. Itu sahaja kegiatan mereka dan tidak dalam bidang penerbitan filem.
      Dalam sebuah sistem studio peranan penerbit bebas ini boleh diketepikan dan ini bererti bahawa pengkaryu filem dan filem boleh diketengahkan, sama seperti di Hollywood di mana penerbit jarang menonjolkan diri dalam apa acarapun. Sebabnya ialah filem itu hak-milik pengkarya dan bukan penerbit: Tetapi di negara kita, penerbit lebih menonjolkan diri mereka, dan bukan filem atau pengkarya.
       Tidak dapat dinafikan bahawa Finas telah gagal untuk meningkatkan jumlah pengeluaran filem tempatan hingga ke empat-puluh tajuk setahun.
       Dan perbadanan itu juga mengeksploit daya kreativiti pengkarya muda berpendidikan dari sekolah filem. Sehingga sekararg cuma mereka yang mempunyai wang sahaja yang membuat filem, sementara yang berpendidikan terpaksa menunggu belas-kasihan dan ihsan produser-produser baru yang lebih percayakan kebolehan dan kelayakan mereka. Ini dapat dilihat dengan tertampilnya pengarah-pengarah muda yang telah menghasilkan filem-filem yang kesemuanya menunjukkan kelainannya.
       Sistem studio ini boleh pentingkan siapa yang layak dan berkebolehan dan ketepikan mereka yang ingin memasukkan dalam perusahaan filem untuk bersuka-suka. Ini dengan secara tidak langsung boleh membuat perusahaan filem lebih professional sama seperti barian-badan professional lain, seperti jurukira, peguam, akuntan, kedoktoran yang cuma khusus untuk mereka yang berkelayakan sahaja.
       Dalam perusahaan filem kita sekarang, oleh sebab tidak ada kawalan, sesiapa sahaja boleh terbitkan filem dan mengarah. Ini telah menjatuhkan imej dan tahab professionalisme perusahaan itu sendiri.
       Sepatutnya perusahaan filem kita sudah boleh belajar dari pengelaman lampau iaitu dari sistem studio di Singapura dan Hollywood. Dan sekarang kita sudah boleh mengeksploit tenaga kreatif pengkarya filem kita dan menghasilkan filem-­filem penting yang boleh menarik perhatian antarabangsa.
       Yang pentingnya sekarang ialah kita mesti mangeksploit tenaga kreatif dari golongan pengkarya filem berpendidikan dan mengalakkan mereka menghasilkan filem bermutu. Kita tidak boleh biarkan perusahaan filem kita terjatuh di tangan mereka yang berwang dan mampu untuk menerbit filem oleh sebab keadaan seperti ini tidak stabil. Iaitu sekiranya beberapa orang penerbit ini berhenti dari menerbit filem, kemungkinan besar perusahaan filem kita tidak akan menghasilkan apa-apa filem dalam setahun.
       Sekarang inipun kita sudah boleh lihat akan jenis filem yang diterbit oleh penerbit bebas, dan kita boleh berkata bahawa filem-filem tersebut bukan filem yang berbudaya tinggi, tetapi filem komersil yargg bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai dan penonton semata-mata untuk mendapat keunturgan. Jadi tujuan utama penerbit berkenaan ialah untuk mendapat keuntungan besar tanpa memikirkan aspek budaya dan kesenian.
      Keadaan seperti ini telah berlaku sejak tahun 1970an sehingga sekarang dan ianya tidak menjanjikan yang sesuatu yang pentirg bakal berlaku dalam perusahaan. Saya percaya keadaan terbelenggu ini akan berterusan sekiranya sistem yang ada ini tidak ditukar kepada sistem studio. Dengan ini bermakna bahawa pihak kerajaan seharusrya menukar Finas kepada sebuah yayasan kebudayaan dan kesenian filem, yang mana boleh bertindak sebagai sebuah agensi penerbitan filem yang boleh memberi kesempatan dan peluang kepada bakat-bakat muda yang berpendidikan untuk berkarya dan terus berkarya.
      Di negara-negara lain seperti India, Rusia, Iran dan sebagainya, sistem ini telah lama wujud, dan kita lihat graduan sekolah filem mereka berjaya membuat filem demi filem. Kalau sistem bebas wujud dalam negara tersebut kemungkinan besar hampir kesemua graduan itu akan menganggor tanpa berjaya menghasilkan apa-apa filem. Ini disebabkan mereka tidak mungkin akan dapat mengumpul setengah juta hingga satu juta ringgit untuk menerbit sebuah filem.
      Dan kita hairan yang pengarah filem muda dari negara-negara seperti itu dapat menghasilkan beberapa buah filem dalam setahun, sedangkan mereka sendiri tidak mewah. Kalau kita perhati mereka di pesta filem antarabangsa kita akan rasa hairan dengan cara pakaian mereka yang menunjukkan tentang tahab ekonomi mereka yang rendah. Tetapi, sebaliknya mereka telah menghasilkan filem-filem yang penting dan  mendapat pengiftirafan di peringkat antarabangsa.
      Di negara kita, orang asing akan rasa agak hairan melihat pengarah filem muda kita yang memandu keretaa mewah dan berpakaian segak, tetapi tidak mempunyai sebarang filem maupun drama televisyen yang mengkagumkan.
      Sebuah sistem studio tidak semestinya mempunyai fasarana yang besar dan lengkap seperti di Hollywood atau di Jalan Ampas. Sistem yang saya maksudkan ialah di mana terdapat sebuah yayasan perfileman yang bertindak sebagai agensi penerbitan filem yang memberi kesempatan kepada pengkarya filem muda untuk menerbit filem, dan mencungkil bakat dari kalangan mereka yang terdidik. Sebab dengan cara ini sahaja boleh kita majukan perusahaan filem secara tersusun dan professional.
      Tanpa sistem seperti itu, penerbit bebas yang bermaharaja-lela. Lihat sahaja karenah dan tingkah-laku mereka setelah menerbit satu atau dua filem yang kurang berjaya, dan kita sedar bahawa perusahaan filem kita akan menggelirukan. Sepatutnya yang mesti dipentingkan ialah bukan penerbit, tetapi filem dan diikuti oleh pengkarya filem.
      Sebuah yayasan sahaja boleh berusaha untuk mendapatkan kewangan yang diperlukan untuk menerbit empat-puluh buah filem setahun. Dan individu yang bertindak sebagai penerbit tidak mungkin mempunyai kesanggupan seperti itu. Mereka cuma mampu untuk menerbit satu atau dua buah filem setahun.
      Sistem yang pentingkan penerbit mesti dihancurkan dan digantikan dengan sistem yang pantingkan filem dan pengkarya. Ini disebabkan kebanyakan penerbit kita tidak berkelayakan dan mereka tidak berpengelaman dalam bidang ini termasuk kurang pengetahuan tentang sejarah filem dunia. Oleh itu pengelibatan mereka dalam perusahaan filem boleh menggelirukan orang ramai dan perusahaan itu sendiri. Dua-tiga dekad kebelakangan ini telah menunjukkan tentang adanya penerbit yang masuk dan keluar dari bidang penerbitan filem sesuka hati mereka. Sementara itu yang rugi ialah perusahaan dan negara, dan lebih-lebih lagi pengkarya filem muda.
      Saya mempunyai cadangan bagaimana negara kita boleh tingkatkan jumlah pengeluaran filem ke empat-puluh tajuk setahun dalam jangka waktu yang pendek. Dan saya harap pihak-pihak persatuan berkenaan juga boleh menampilkan cadangan ini untuk meningkatkan jumlah filem setahun dan menulis lapuran seperti yang mampu dihasilkan oleh saya. Dengan ini kita boleh tahu siapakah yang lebih layak dan berkelayakan, atau siapakah yang cuma mahu berpolitik dan ketengahkan diri mereka sahaja. Dengan ini saya ingin mencabar Finas, Persatuan Produser Filem Malaysia, Persatuan Pengarah Filem, Seniman, dan persatuan lain untuk mengemukakan lapuran seperti itu.
      Dan yang perlu dipentingkan ialah usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran filem ke empat-puluh setahun dengan menubuh sebuah sistem studio atau yayasan kesenian filem kebangsaan. Dan tindakan kedua yang harus pihak-pihak itu pentingkan ialah untuk mengurangkan pengaruh filem Hong Kong dan ketiga ialah untuk meletakkan nama Malaysia dalam peta filem dunia.
      Saya percaya tiga tindakan ini harus difikirkan oleh mereka sekiranya mereka berani menerima cadangan saya untuk menghasilkan idea dan cadangan bernas untuk memajukan perusahaan. Dan saya juga boleh tulis sebuah lapuran seperti itu dengan tujuan yang sama sekira persatuan-persatuan perfileman dan Finas sanggup untuk menghantarnya ke sebuah pihak bebas untuk mengkaji dan menilainya.
      Saya membuat cabaran ini semata-mata mementingkan perusahaaan filem dan imej negara. Dan cuma dengan cara mencabar pihak-pihak tersebut untuk membuat lapuran dalam masa dua minggu, kita boleh tahu apakah mereka yang kini menganggap diri mereka ‘tokoh perusahaan filem kebangsaan’ benar-benar tokoh atau bercakap besar dan angkuh sahaja.
      Yang pentingnya bukan tokoh-tokoh, persatuan-persatuan atau Finas, tetapi perusahaaan dan imej negara yang mesti di jaga. Sekiranya mereka tidak berbuat sesuatu dan memberi cadangan bernas, ini cuma membuktikan bahawa mereka tidak berkeupayaan untuk memajukan perusahaan, tetapi bertujuan untuk menghalang kemajuan.
      Saya ingin mengemukakan tindakan-tindakan utama yang harus difikirkan iaitu: 1) Meningkatkan jumlah pengeluaran filem kepada empat-puluh tajuk setahun dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang, 2) Mengurangkan pengaruh filem Hong Kong di pawagam-dan di kalangan penonton keturunan Cina, dan, 3) Meletakkan nama Malaysia dalam peta dunia perfileman dalam masa tiga hingga lima tahun.
      Sanggupkah individu-inatividu atau presiden persatuan perfileman yang tersebut di atas dan Finas menerima caba-ran saya untuk menghasilkan sebuah lapuran pendek untuk memajukan perusahaan dan sampaikan lapuran mereka ke ketua pengarang Utusan Malaysia dalam tempuh dua minggu untuk dikaji dan dinilal oleh jawatankuasa bebas tentang keberkesanannya demi kepentingan perusahaan dan imej negara? Saya sanggup menghasilkan lapuran saya sekiranya mendapat jawapan positif dari mereka.















Ahad, 17 Februari 2013

‘KEHEBATAN’ FILEM MELAYU LAMA, SATU ANGGAPAN! KENAPA FIILEM MELAYU MASIH DI ‘POPULAR’?


Oleh Mansor Puteh







Benarkah filem-filem Melayu lama yang diterbit di studio-studio di Singagura dalam dekad 1940an hingga 1960an apabila sistem studio di sana runtuh, begitu popular sehingga kini? Apakah faktor-faktor utama dan penting yang menyebabkan ianya begitu disenangi oleh masyarakat kita sekarang? Apakah ianya lebih popular jika dibandingkan dengan filem filem dan drama televisyen terbitan sekarang?
      Atau apakah ‘populariti’ filem-filem Melayu lama itu cuma merupakan satu anggapan semata-mata dan tidak lebih dari itu? Iaitu ianya merupakan suatu anggapan yang masyarakat kita sekarang masih meminatinya dan mahu menonton filem-filem tersebut walaupun ditayang seratus kali?
      Apakah ini juga bermakna filem-filem dan drama televisyen sekarang juga lebih. rendah mutunya jika dibandingkan dengan filem-filem lama itu?
       Kita juga sering terdengar dan terbaca tentang filem-filem lama itu dianggap sebagai ‘filem kelasik’ dan ‘tidak lapuk dek zaman’, atau ‘memaparkan tema yang universal’ dan sebagainya.
      Siapakah tokoh-tokoh yang telah berkata demikian, dan apakah fakta-fakta yang telah diguna oleh mereka seringga berani untuk menganggap filem-filem Melayu sebagai ‘filem kelasik’?
      Pernahkah kita terbaca tesis-tesis berbentuk ilmiah oleh para sarjana kita yang membincangkan serta menghuraikan filem-filem itu dengan mengkajinya dari perspektif ilmiah?
      Kita sudahpun terima hikayat-hikayat Melayu lama dan mengangkatnya ke tahab ‘kelasik Melayu lama’, tapi jangan tersalah anggap bahawa oleh sebab filem-filem yang dibuat terdahulu itu juga sama hebatnya sehinggakan ada orang yang tidak segan-silu mahu menganggapnya sebagai karya filem ‘kelasik’ atau mahakarya.
      Filem-filem lama cuma boleh dianggap sebagai ‘filem biasa’ . Cuma terdapat beberapa buah sahaja yang boleh dianggap sebagai ‘hebat’ dan kita boleh mengiranya dengan jari di tangan kanan. Beberapa buah filem karya Hussain Hanif dan P Ramlee serta seorang-dua pengarah dari India ketika itu boleh dianggap sebagai ‘hebat’.      Dan kehebatannya ada juga had, dan tidak bererti hebat dari segala segi sehinggakan kita boleh terlupa akan kekurangannya.
      Kalau kita mahu membincangkan filem-filem yang ‘ hebat-hebat’ itu, kita juga mesti berani berkatakan tentang aspek kekurangnya sekali dan kelemahannya. Ini boleh membuat kita seorang pangkaji filem yang adil dan saksama, serta bersifat ilmiah.
      Buat apa kita menipu diri sendiri dan masyarakat Melayu amnya, dengan menyatakan bahawa semua filem-filem Melayu lama itu ‘hebat-hebat belaka’ dan ‘tidak ada tolok bandingnya’ dan takut dengan pentafsiran oleh para ilmuan yang berani menonjolkan aspek-aspek negatif. Tidakkah ini bakal membuat masyarakat kita lebih memahami filem-filem itu dari perspektif yang luas?
      Terdapat dua cara bagaimama kita boleh mentafsir sesebuah filem Melayu lama khususnya, iaitu dari perspektif nostalgia dan sentimental serta emosional, atau perspektif rasional, ilmiah dan serius.
      Sekarang ini tidak terdapat seorang sarjana filem kita yang telah membuat suatu kajian yang mendalam tentang filem-filem lama dengan mengkajinya dari aspek kesenian, teknik dan sebagainya. Oleh itu kita masih tidak tahu apakah filem-filem itu benar-benar hebat dan bagus.
      Sehingga kini kita cuma telah mendengar masyarakat umum dan pengnalisa amator yang telah berjaya mengupas filem-filem lama itu dari perspektif emosional dan sentimental sahaja Oleh itu mereka tidak berasa segan dan silu dengan menyatakan bahawa filem-filem lama kita semuanya ‘hebat’.
      Yang sebenarnya ialah filem-filem lama itu tidak sehebat mana. Banyak filem dan drama televisyen yang diterbitkan sejak beberapa tahun lampau jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan separuh filem arahan P Ramlee sendiri termasuk filem ‘Hang Tuah’ arahan Phani Mamjundar.
      Tetapi, mahukah masyarakat kita menerima fakta yang ‘kejam’ ini? Masakan filem yang dibuat oleh anak muda sekarang lebih hebat dari filem P Ramlee arahan Phani Mamjumdar itu?
      Yang membuat filem-filem Melayu lama.itu ‘hebat’ ialah oleh sebab ianya mempunyai elemen nostalgia dan sentimental.
      Keruntuhan studio-studio di Singapura itu kini boleh dianggap sebagai suatu trajidi, dan kemungkinan ianya dibangunkan semula adalah amat tipis sekali.
.     Kematian P Ramlee dalam tahun 1975 dahulu menukar persepsi penonton dan masyarakat kita terhadap filem-filem lama. Sehingga jantungnya masih berdegup, filem­filem lama itu tidak disenangi oleh mereka, dan ianya ditayang dalam ruang yang tidak penting. Harga filem-filem lama itu begitu rendah sekali. Orang juga tidak memperkatakan sangat tentang filem-filem hitam-putih, iaitu ketika filem Melayu dalam warna-warni mula diterbitkan satu persatu.
      Tetapi kematian P Ramlee mula berubah semuanya. Persepsi kita bertukar dalam sekelip mata. Dan dalam kesedihan akibat kematiannya, kita mula terkenang sejenak, tentang filem-filem dan karya yang ditinggalnya. Kita lantas terima semuanya sebagai ‘hebat’, dan anggapnya sebagai ‘kelasik’ dan ‘tidak ada tolok-bandingnya.’
      P Ramlee ‘sukar diganti’ dan filem-filem Melayu lama juga dianggap tahabnya sehinggakan disebut sebagai ‘sukar ditandingi’. Ini membuat kita semua percaya dengan anggapan tentang kehebatan tokoh perfileman lama seperti P Ramlee dan kehebatan filem-filem lama yang kebanyakkannya kini dianggap sebagai ‘kelasik’ juga.
      Semuanya berasaskan anggapan semata-mata. Dan sehingga sekarang kita masih beranggapan, tanpa berani menyoal apakah anggapan itu benar-benar fakta atau semata-mata anggapan sahaja.                                 
      Mestikah masyarakat kita hidup dengan menganggap sahaja, tanpa berani menyoal dan menyelidik atau mengkaji? Adakah ini tahab pemikiran masyarakat kita yang takut dan gentar dengan fakta dan cuma menerima kehebatan filem-filem lama itu dari aspek anggapan sahaja dan tidak lebih dari itu?
      Kehebatan filem-filem lama juga wujud dengan lobi dari segolongan seniman lama seangkatan dengan P Ramlee. Mereka juga berganding bahu dengan seniman itu, tetapi tidak sehebatnya. Dan dalam usia yang lanjut mereka tidak berjaya menghasilkan karya-karya baru setelah dibiarkan oleh tuan punya studio di Singapura. Mereka melobi dengan mengguna nama P Ramlee dan filem-filemnya. Lojiknya ialah sekiranya masyarakat menjulang nama P Ramlee dan filem-filemnya, seniman sisa sistem studio ini juga bakal menerima ganjarannya, sebab mereka juga pernah berganding bahu dengan P Ramlee.
      Sayangnya, masih ada yang suka mengguna nama baik P Ramlee untuk kepentingan sendiri. Dan tidak hairanlah kalau nama P Ramlee sering disebut-sebut dan dipergunakan khususnya dalam acara kenangan, tahlil dan ulang tahun kematiannya atau penubuhan bangunan memorial dan khutubkhanah serta penamaan jalan untuknya. Sebab selagi P Ramlee dikenang dan disanjug, mereka juga turut dikenang dan disebut-sebut. Jadi ada-ada sahaja projek untuk memperingati P Ramlee yang difikirkan supaya masyarakat akan senantiasa mengingati P Ramlee, dan juga mereka yang masih hidup tapi kurang bertenaga untuk berkarya itu.
      Benarkah mereka semua mahu mengenang jasa seniman lama? Kalau ya, kenapa mesti untuk P Ramlee seorang sahaja? Hussain Hanif juga telah mencurah bakti kepada sejarah perfileman Melayu dan filem-filem karyanya juga ‘hebat’ dan ‘sukar ditandingi’ sehingga kini. Kenapa Hussain Hanif tidak dikenang seperti P Ramlee dan dinamakan sebatang jalan raya di Kuala Lumpur dengan namany? Atau sebuah memorial dibina untuk menyimpan segala khazanah yang pernah dimilikkinya dahulu? Tentu ada muslihatnya kenapa Hussain Hanif dilupa dan diketepikan sehingga kini. Tetapi, namanya sering disebut oleh pengarah golongan muda. Cuma masa yang bakal menentukan samada ia akan di julang sebagai wira utama perusahaan filem kita akhimya nanti, iaitu apabila perasaan nostalgia dan sentimental yang telah menyekat pemikiran masyarakat kita hilang bersama dergan perasaan emosional. Apabila masyarakat mula bertindak dan berfikir secara wajar, saya percaya nama Hussain Hanif akan disebut-sebut dan dipuji.
      Sementara itu orang masih menganggap filem-filem Melayu lama itu popular. Ini disebabkan ia sering ditayang pada petang dan malam hari dan jumlah penontonnya juga tinggi. Pengiklanpun gemar mengguna ­filem-filem ini untuk mengiklan barargan mereka. Tetapi, pernah orang ramai lihat barangan jenis yang macam mana yang sering diiklankan bersama penayangan filem lama itu? Barangan yang seperti sabun ketul, susu dalam tin dan sebagainya. Tujuannya ialan bahawa barangan ini ditujukan kepada penonton Melayu khususnya di luar bandar dan mungkin yang berpendapatan rendah.
       Dari segi jenis barangan yang diiklankan atau pengiklan untuk filem-filem lama, kita boleh meryedari bahawa filem-filem Melayu lama itu ‘digunakan’ oleh pengiklan secara sesuka mereka bagi menjual barangan mereka.
       Kita tidak pernah melihat penaja barangan yang mahal-mahal seperti jam tangan, televisyen, kereta mewah dan makanan ringan Amerika yang mengiklankan filem-filem Melayu lama. Cuma, pengiklan barangan-barangan murah untuk masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah sahaja.
       Adakah ini merupakan satu penghormatan bagi filem-filem lama kita, iaitu ianya cuma sesuai untuk digunakan oleh pengiklan barangan murah-murah sahaja dan tidak barangan mewah dan mahal?
       Jadi, ini sahajalah tahab filem lama kita di kacamata pengiklan. Ianya sesuai cuma untuk tujuan menarik penonton untuk disajikan dengan iklan barangan murah. Dari segi ini sahaja,  kita boleh lihat bahawa pengiklan kita tidak begitu menghormati filem lama kita. Ianya digunakan untuk tujuan tertentu. Mereka mengguna filem-filem lama bukan untuk mempromosi filem tersebut tetapi dijadikan bahan dengan tujuan untuk mengiklan barangan murah mereka.
       Dengan adanya barangan yang murah seperti ini, tidak hairanlah kalau filem-filem lama itu sering digunakan untuk tujuan pengiklanan oleh syarikat barangan murahan. Dan kita akan sering disajikan dengan filem-filem lama itu selagi ada pengikan yang belum serik dengannya. Adakah ini juga bererti bahawa filem-filem tersebut itu ‘popular’ dan disenangi masyarakat, atau ia cuma digunakan bagi tujuan pengiklanan barangan murah sahaja, dan tidak lebih dari itu?
       Sedangkan filem-filem Melayu sekarang dan drama televisyen kita digunakan oleh penyiklan barangan yang mahal dan mewah. Tidakkah ini juga bermakna bahawa ia lebih tinggi nilainya dikalangan pengiklan?
       Kita belum sedar tentang ertinya perkataan ‘popular’, ‘hebat’ dar. ‘sukar ditandingi’ seperti yang sering digunakan oleh masyarakat terhadap filem-filem lama. Dan kita jadi keliru dan lantas menganggapnya sebagai hasil-h.asil yang bertaraf mahakarya sebabnya kita takut untuk berkata sesuatu yang kurang disenangi oleh orang lain. Akhirnya masyarukat kita terperap dalam dunia penuh beranggapaan dergan memegang andaian atau persepsi terhadap filem dan tokoh filem lama.
       Selagi kita tidak dapat membaca btau tesis tentang filem-filem lama dan perbincangan tentang kehebatan tokoh filem lama, kita tidak boleh berkata bahawa ianya ‘hebat’ dan ‘popular’. Orang dipaksa menonton filem-filem lama kesan dari pengiklanan dan promosi di televisyen. Tetapi, sekiranya filem-filem lama itu ditayang di pawagam sekarang ini kutipannya mungkin tidak sampai RM1,000 dan boleh ditarik dari penayangan selepas satu tayangan.
      Kalau tidak kenapa tuan punya filem-filem tersebut enggan mengedarnya di pawagam sama seperti filem-filem kits sekarang, kalau ia boleh menarik perhatian orang ramai tidak kira bangsa apa mereka?
      Filem-filem lama kita akan tetap dianggap sebagai ‘popular’ selagi ia digunakan oleh pengiklan untuk tujuan mengiklan barangan murah mereka. Atau selagi kita engan menerima hakikat bahawa filem-filem lama itu dibuat dalam satu zaman yarg sudah berlalu, dan tentu ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang sukar dicari dalam karya filem sekarang. Sama juga filem-filem sekarang juga boleh dianggap sebagai penting dan ‘popular’ di masa depan, apabila elemen masa dan waktu bermain-main dalam pembentukan andaian kita terhadap filem-filem sekarang di masa depan.
      Semuanya bertolak daripada andaian dan anggapan.
      Dan andaian dan anggapan tentang filem-filem lama itu sudah kini menebal sehinggakan orang sudah keliru tentang yang mana anggapan dan fakta. Ini telah juga merosakkan andaian mereka terhadap filem-filem Melayu masakini yang tidak kurang penting dan popular itu.

Khamis, 14 Februari 2013

DRAMA SWASTA PENYELAMAT PERUSAHAAN FILEM.


Oleh Mansor Puteh





Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa rancangan drama swasta yang telah diperkenalkan oleh kementerian penerangan sejak beberapa tahun lalu telah berjaya mengerakkan perusahaan filem tempatan. Disampang memberi peluang kepada pengkarya dan usahawan ianya telah juga menukar corak penyiaran di televisyen.
      Walaupun masih terdapat sungutan dan cemuhan tentang nilai dan tahab kecapaian dalam penerbitan drama tempatan, namun demikian kita juga harus memperakui bahawa sedikit-sebanyak persembahannya telah meningkat.
      Setidak-tidaknya, kita boleh berasa bangga bahawa penyiaran di televisyen tempatan kini sudah mulai bertukar dari program Amerika kepada penerbitan tempatan. Lambat-laun kita akan dapat menonton lebih banyak jenis persembahan tempatan dalam semua jenis dan aspek. Ini boleh dibanggakan. Perkara seperti ini tidak berlaku tidak lama dulu, iaitu sebelum kerajaan memperkenalkan rancangan drama swasta ini.
      Malaysia boleh dianggap sebagai salah sebuah negara di Asia yang kini mula menukar bahan penyiaran di televisyen dari bergantung kepada bahan luar negeri terutama sekali dari Amerika kepada tempatan. Negara-negara lain yang lebih besar dengan jumlah, penduduk yang banyak yang juga bercorak mono-etnik seperti Filipina tetapi masih bergantung kepada Amerika untuk bahan penyiaran, sedangkan kita dengan jumlah penduduk yang lebih kecil sudah mampu untuk menukar corak penyiaran di televisyen. Cuma masa sahaja yang bakal menentukan samada negara kita akan berjaya untuk menghapuskan sama sekali penyiaran bahan dari luar negeri untuk penonton tempatan.
      Ini mungkin tidak dihasratkan oleh kerajaan dan orang ramai, sebab bahan asing juga amat diperlukan untuk disiarkan di televisyen kita. Tetapi, yang kurang disenangi ialah bahan-bahan yang tidak sesuai iaitu yang memperkenalkan budaya asing.
      Dan adalah munasabah kalau bahan asing itu dihadkan jumlahnya serta jenis bahan tersebut.
      Saya amat tertarik sekali dengan kenyataan oleh Jaafar Kamin dari RTM ­yang membentangkan rancangan yang akan dilaksanakan oleh RTM untuk mengurangkan jumlah penyiaran bahan asing, dan meninggikan jumlah bahan tempatan. Ini bukan sahaja bakal memberi lebih banyak peluang kepada pengkarya dan usahawan filem tempatan, bahkan boleh merubah corak penyiaran negara dari bergantung kepada bahan asing kepada bahan tempatan.
      Malah boleh dikatakan juga bahawa perusahaan filem di negara kita kini kian berkembang maju dan giat dengan adanya rancangan drama swasta di televisyen. Terdapat kini lebih 300 syarikat tempatan terlibat dalam pembuatan filem dan drama televisyen. Jumlah syarikat filem tempatan sebegitu kecil dan kegiatan pembuatan filem dan drama kurang giat. 
       Boleh dianggarkan juga terdapat lebih kurang 10,000 orang yang terlibat secara langsung dengan kegiatan pembuatan filem dan drama swasta sekarang. Jumlah ini termasuk pengkarya filem, bakat seni lakon dan sebagainya. Disamping ­itu terdapat juga ruang hiburan di akhbar dan majalah yang khusus untuk membincangkan tentang filem dan drama.
       Tetapi, kesan keseluruhannya iaitu peningkatan di tahab pemikiran dan daya kreativiti dalam bidang ini tidak lagi ketara sekarang. Orang masih lagi sibuk, membincangkan tentang berita gosip, dan tidak tentang perbincangan berbentuk ilmiah. Mungkin ianya akan mengambil masa yang begitu lama lagi sebelum masyarakat kita tolak ketepi gosip dan pentingkan ilmu perfileman.
       Mungkin juga ia akan memerlukan tokoh-tokoh intelek untuk menonjolkan diri mereka untuk menjadi teraju dalam aspek keilmuan dalam bidang perfileman. Masa setahun-dua ke depan ini bakal menentukan ke arah manakah perfileman di negara kita akan tuju, samada balik ke sistem studio ala Jalan Ampas atau ke arah sistem, persendirian seperti yang berlaku di Eropah suatu ketika dahulu, yang mana telah mencetuskan penumbuhan yang berbentuk keindividuan.
       Yang baiknya ialah kita mesti mempunyai satu sistem yang berkesan, tidak kira jenis sistem manakah yang berguna, asalkan ianya tidak menumpukan perhatian terhadap kegiatan di Finas dan meletakkan pegawai tertinggi di Finas seperti patung untuk disembah, dan dipercayai segala apa yang mereka perkatakan. Sebab kesannya kita sudah lihat. Sejak Finas ditubuhkan hampir dua-belas tahun lalu, perusahaan filem kita bertambah mundur. Mujur kita mempunyai rancangan penerbitan drama swasta yare mengerakkan perusahaan filem kita, dan ini bererti Finas boleh mengangkat kepalanya dengan menyatakan bahawa dengan adanya Finas perusahaan kita sudah maju! Tapi, benar-kah, kenyataan ini?
       Perusahaan filem kita sudah maju oleh sebab dengan adanya rancangan drama swasta yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa tahun lalu, dan ia, tidak kena-mengena dengan tertubuhnya Finas!
       Sekiranya rancangan drama swasta ini tidak diperkenalkan, sudah tentu kegiatan pembuatan filem dan didio tidak serancak seperti yang berlaku sekarang, dan jumlah pengeluaran filem dan drama televisy,en juga rendah.
       Iini juga bererti bahawa stenyan televisyen yang ada sekarang yang menerbit drama televisyen, yang bermakna mutunya juga terhad dan tidak berkembang. Memang ada baiknya rancangan drama swasta ini. Ia meningkatkan mutu persembahan drama, bahkan memberi pelbagai pilihan dan bentuk persembahan. Disamping itu ia telah berjaya mencungkil bakat dalam segala segi disamping memberi peluang untuk mereka yang berminat dengan bidang ini untuk terus berkarya.
      Sistem seperti ini boleh dikatakan sistem Amerika dimana stesen televisyen sendiri kurang menerbit persembahan drama maupun hiburan dan lain-lain. Dan ini telah berjaya meningkatkan mutu persembahan drama dan bahan-­bahan lain di Amerika. Lain pula dengan keadaan di England dimana stesen televisyen itu sendiri menerbit persembahan dan mengeluarkan bahan-bahan untuk disiar di televisyen. Ini menunjukkan bahawa mutu persembahan di England kurang jika dibandingkan dengan di Amerika.
      Bukan sahaja di Malaysia, terdapat program drama swasta ini, bahkan di negara-negara jiran juga sudah mula menguna sistem seperti ini, sebab ianya telah menunjukkan munafaatnya. Ia telah berjaya meluaskan asas ekonomi dalam bidang hiburan dan fasarana yang sebelum ini cuma terhad kepada yang dimilik oleh stesen televisyen kepunyaan kerajaan sahaja.
      Sekarang ini di Malaysia, terdapat banyak syarikat mempunyi kelengkapan yang begitu mahal serta canggih, ada yang standing dengan peralatan di Amerika sekalipun.
      Cuma masa yang bakal menentukan samada penbitan drama dan bahan televisyen kita yang boleh mula memasukki dunia pasaran antarabangsa, tetapi ini bererti bahawa perbelanjaan harus diperbesarkan serta tahab professionalisme harus juga dipertingkatkan agar ianya standing dengan tahab antarabangsa.
      Malaysia mempunyai bahan-bahan sejarah dan kisah sosial yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
      Akhir sekali, dengan bertumbuhnya ekonomi negara dan kesedaran rakyat terhadap nilai tempatan dan semasa, dunia hiburan dan persembahan televisyen serta filem juga diharap akan menjadi lebih gemilang dari masa ke semasa.
      Dan kita boleh bersyukur kepada kerajaan kerana telah memperkenalkan rancangan drama swasta. Sementara itu Finas boleh berpeluk tbuh sahaja meihat perusahaan kita berkembang…















Isnin, 11 Februari 2013

UNIVERSITI NOTTINGHAM DI ENGLAND – BUKAN UNIVERSITI CALANG-CALANG;


IA UNIVERSITI DUA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA. …BILA KERUSI SULTAN AZLAN SHAH MAHU DITUBUH DI NOTTINGHAM?
Oleh Mansor Puteh



Ia bukan sebuah universiti calang-calang di England. Ia tersenari diantara yang terulung di seluruh dunia. Sekarang ini terdapat ratusan pelajar Malaysia yang menuntut di universiti ini dalam semua bidang diantara jumlah 30,000 pelajar.

Graduan atau alumninya telah menang Anugerah Nobel dan pingat dalam Sukan Olimpik sementara diantara yang pernah menjadi pensyarahnya pula termasuk H. G. Wells, Albert Einstein dan Mahatma Gandhi.

Lebih dari itu ia adalah dimana DYMM Sultan Azlan Shah, Almarhun Tuanku Jaafar, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak belajar dalam tahun 1940an dan 1960an dahulu.
         
Kalau kita pergi ke sebuah perpustakaan di universiti ini, kita sudah pasti akan dapat melihat gambar Datuk Seri Najib menghiasi ruang legar, bersama graduan penting universiti ini termasuk seorang alumni yang telah memenangi Anugerah Nobel untuk sains.

Yang menghairankan kenapa Kerusi Tun Razak terletak di Universiti Ohio di Amerika, walhal Tun Razak tidak pernah belajar dimana-mana universiti di Amerika, tetapi di England.

Jadi kenapa tidak kerusi itu ditubuh di universiti beliau atau mana-mana universiti di England, termasuk di Universiti Nottingham dimana terdapat ratusan pelajar dari Malaysia dalam satu masa.

Atau tidakkah mungkin sebuah kerusi baru iaitu Kerusi Sultan Azlan Shah ditubuhkan di Universiti Nottingham, yang kini pula terletak di Bandaraya Nottingham dimana kini terdapat ramai penduduk tempatan berugama Islam, khususnya keturunan Bangladesh, India, Pakistan dan Arab, dengan sejumlah penduduk Melayu dikalangan pelajar, keluarga mereka dan orang awam lain.

Terdapat juga sebuah kumpulan gamelan bernama Nusantara yang ditubuh oleh Maziah dan suaminya Alan.

Siapa sangka di Nottingham ada kumpulan seperti ini yang mana ahli kumpulan terdiri dari orang tempatan Inggeris?

Kalau ada negara dimana Malaysia mempunyai perhubungai erat dan panjang dalam sejarah, ia adalah England.

Dan kalau ada kerusi akademik yang mahu ditubuhkan, sudah pasti universiti tersebut mestilah diletak di mana-mana universiti di England.

Pelajar-pelajar dari Malaysia atau ketika itu Tanah Melayu telah pergi berduyun-duyun ke England untuk melanjutkan pelajaran sejak awal abad ke-19 dahulu.

Jadi tidak hairan kalau sekarang ini terdapat jutaan rakyat Malaysia yang telah belajar di England. Tetapi mana ‘kerusi akademik’ atas nama kenamaan kita di England?

Kampus Universiti Nottingham dan kampus lain di England tidak sama dengan yang terdapat di Malaysia. Ia tidak ada dewan besar atau utama. Dan pelajar-pelajar tidak digalak memandu kereta, sebab tidak ada tempat letak kereta.
         
Dan bangunannya tidak mencakar langit, tetapi terletak satu persatu di kelillingi oleh halaman luas yang ketara dalam musim sejuk, tetapi hilang dalam musim panas, iaitu bila pohon-pohon pokok rendang menyembunyi bangunan tersebut, yang rata-rata telah lama berdiri dengan reka bentuk dulu.
         
Melawat mana-mana kampus di England sekarang seperti berkunjung ke negara itu pada zaman silam.
         
Jadi bila acara konvokesyen mahu diadakan ia selalunya diadakan dalam musim bunga, iaitu bila cuaca enak, dan ia sering diadakan di kawasan luar dan tidak dalam dewan.

Kampus tua di England yang terkenal seperti di Universiti Oxford dan Cambridge dan beberapa lain, dengan kampus yang tidak begitu tua seperti Universiti Nottingham.

Mungkin ramak orang lebih kenal dengan Universiti Oxford atau Cambridge, sebab di sinilah dimana perdana menteri kita Tunku Abdul Rahman belajar dalam tahun 1920an dahulu.

Tetapi sejarah Universiti Nottingham tidak pula boleh dianggap biasa. Dan kampus universiti ini luas dengan bangunan fakulti yang tersusun.

Ketika itu berlangsung upacara konvokesyen dan saya dapat melihat beberapa pelajar Melayu lelaki dan perempuan berjalan dari tempat upacara ini dilakukan iaitu di dalam padang, sebab universiti ini seperti universiti lain di England dan Amerika, tidak mempunyai dewan besar, seperti semua universiti di Malaysia.

Jadi mereka lebih gemar mengadakan acara seperti ini di luar dan dalam musim bunga atau luruh yang tidak panas.

Saya sempat buat lawatan ke kampus ini bila dijemput oleh pelajar-pelajar Malaysia disana untuk menayang dokumentari ‘The Residency Years’ (Bertahun di Residensi) dimana saya sempat kenal universiti ini dan pelajar-pelajar Malaysia berbilang kaum dengan lebih dekat.

Ketika itu pulan persatuan pelajar Malaysia atau Nottingham Malaysia Society (NMS) menganjurkan acara kebudayaan tahunan mereka dengan membuat persembahan drama pentas untuk pelajar dan fakulti.

Perjalanan dari Lapangan terbang Stansted ke Nottingham dengan kereta mengambil dua jam setengah, ikut jalan yang lebar dan lurus. Ia melalui kawasan ladang yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan.

Ia bukan jalanraya yang dilalui oleh pelajar-pelajar masa dulu sebab ia adalah lebuhraya yang baru, lebar dan lurus, berbanding dengan jalan lama yang sempit dan berliku-liku melalui kawasan kampung.

Kadang-kadang alat GPS yang saya guna untuk mendapat arah, tersilap jalan dan saya terpaksa ikut jalan-jalan seperti ini yang membawa ke kawasan pendalaman yang sunyi.

Cuaca begitu sejuk ketika itu dari darjah sifar sentigrad pada malam hari ke angka yang kecil pada siang hari yang diselubungi pula dengan kabus, yang kian hilang bila hari menyingsing.