Sabtu, 29 Jun 2013

AHLI SOKAN KEBANGSAAN TIDAK SOKONG UMNO DAN BARISAN NASIONAL SEMASA PILIHANRAYA KE-13 DULU. KENAPA?

Oleh Mansor Puteh



Pelakon Michelle Yeoh tidak terlibat dalam penerbitan mana-mana filem tempatan; dia asyik dengan filem Hong Kong dan kemudian dapat muncul dalam beberapa filem keluaran barat atau Hollywood.

Tetapi dia sanggup sokong Barisan dan Najib dengan terus-terang meluahkan perasaannya terhadap Najib dan Barisan Nasional di khalayak ramai di Perlabuhan Kelang semasa kempen pilihanraya umum ke-13 dulu.

Tetapi apa dah jadi kepada ahli sokan kebangsaan yang mendapat sokongan dan galakan dari persatuan sokan mereka dan juga kerajaan?

Kenapa Nicol David, Pandalela Rinong, Lee Chong Wei dan lain-lain ahli sokan tidak muncul dikhalayak ramai untuk meluahkan sokongan mereka terhadap Umno, Barisan dan Najib?

Apa yang mereka takutkan?

Walaupun tidak ada seorang ahli sokan yang telah muncul untuk sokong pembangkan, tetapi ada beberapa pelakon yang telah meluahkan sokongan mereka terhadap pembangkan dengan beberapa yang bertanding dalam beberapa kawasan parlimen. Semua mereka kalah.

Berbanding dengan ahli sokan negara yang telah diberi semua ganjaran dan sanjungan oleh kerajaan selama mereka terlibat dalam bidang sokan masing-masing, tetapi mereka masih tidak berani luahkan perasaan mereka untuk sokong kerajaan.

Dan pemimpin kerajaan juga tidak sedar bahawa mereka mungkin telah selama ini beri sokongan kepada mereka, yang akhirnya tidak akan menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Adakah Nicol, Chong Wei dan Pandadela dan semua ahli sokan lain tidak sokong kerajaan?

Kalau mereka tidak sokong kerajaan dan tidak pula berani luahkan perasaan mereka dengan menyatakan mereka sokong pembangkan, ini boleh diterima.

Tetapi kenapa mesti mereka rasa takut untuk meluahkan perasaan mereka dan kata mereka sokong kerajaan?

Malah walaupun pilihanraya umum sudah berakhir, tetapi ia masih tidak terlambat untuk mereka meluahkan perasaan mereka dan kata mereka sokong kerajaan.

Mereka mesti berani untuk buat keputusan seperti ini dan tidak berdiam diri.

Dan kenapa kerajaan dan pegawai kerajaan tidak rasa hairan yang ahli sokan negara seperti mereka itu berdiam semasa kempen pilihanraya umum yang lalu?

Tentu pemimpin Barisan mesti tertanya-tanya apakah mereka itu sebenarnya penyokong Barisan atau adakah mereka sebenarnya penyokong parti pembangkang.

Michelle Yeoh telah buka jalan untuk mereka turut sama sokong kerajaan secara terbuka seperti yang dia sendiri telah melakukan.

Tetapi ternyata tidak seorang diantara ahli sokan itu berani untuk tampil ke hadapan dan kata mereka sokong kerajaan dan mahu anak muda seangkatan dengan mereka turut sokong kerajaan yang telah banyak beri mereka sokongan dan dorongan dalam semua bentuk supaya mereka berjaya dalam kerjaya mereka, sehinggakan mereka langsung tidak ada pekerjaan lain selain bermain sokan dan mendapat semua faedah darinya, sehinggalah mereka cedera parah atau menjangkau usia tua dan tidak boleh lagi berkecimpung dalam bidang sokan lagi.

Dan agak malang juga ahli sokan veteran atau yang telah berpencen juga tidak ada seorang yang telah ke hadapan untuk kata yang mereka sokong Barisan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mereka terus dapat ganjaran dari kerajaan walaupun mereka telah lama bersara sebab tidak boleh bertarung lagi dalam bidang sokan masing-masing, tetapi mereka tidak berani menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Malah tidak seorang ahli sokan veteran dan berpencen juga tidak ada seorang yang dilihat seperti mempunyai kecenderungan untuk sokong pembangkang.

Mungkinkah tanpa mendapat sokongan dari ahli sokan kebangsaan semasa pilihanraya umum yang lalu, Barisan telah rugi undi dikalangan anak muda yang kononnya memuja ahli sokan tersebut?

Atau mungkinkah dengan meluahkan sokongannya terhadap Najib dan Barisan oleh Michelle yang telah menyebabkan Barisan dan Umno rugi undi khususnya dari kalangan masyarakat Cina sehinggakan kawasan Perlabuhan Kelang dimana Michelle berkempen itu kalah kepada pembangkan?

Mungkinkah sokongan oleh Michelle itu telah menyebabkan ramai pengundi Cina khususnya tolak Barisan?

Ini semua andaian yang boleh diperbahaskan.

Tetapi apa yang jelas ialah Michelle mendapat pingat kebesaran dengan membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh sebab sokongannya terhadap Barisan semasa pilihanraya umum lalu, walaupun sokongannya telah membawa padah kepada calon Barisan di kawasan Perlabuhan Kelang dan mungkin di kawasan-kawasan dimana pengundi Cina boleh diharapkan untuk sokong Barisan tetapi mereka tidak lakukannya oleh sebab mereka marah dengan tindak-tanduk Michelle.

Macam manapun apa yang jelas di sini ialah niat Michelle itu baik dengan memberi sokongannya kepada Barisan, tanpa dia disuruh atau dipaksa.

Dan dia merupaka diantara beberapa pelakon tempatan yang telah memberi sokongan mereka kepada Barisan dalam pilihanraya umum yang lalu.




Selasa, 25 Jun 2013

KENAPA ANAK MELAYU GEMAR MELEPAK?

Oleh Mansor Puteh







Isiu lepak nampaknya lebih melibatkan anak-anak Melayu berbandingkan dengan anak kaum lain, khususnya Cina, walaupun masalah ini kurang ketara di kalangan anak India.
Tentu kita kini sudah mempunyai bukti jelas kenapa jumlah yang besar mereka yang melepak itu adalah anak Melayu. Ini dapat dilihat kalau kita bersiar di Pasar Seni dan pusat membeli-belah utama seluruh bandaraya.
Dan biasanya para psikologi serta komentar masyarakat akan menyatakan bahawa masalah lepak serta kegiatan bohsia ini adalah berpunca dari masalah sosial dan seperti itu.
Tetapi, saya kurang yakin bahawa masalah sosial rupakan masalah utama yang membuat anak Melayu khususnya menghadapi masalah itu. Kalau tidak kenapa anak kaum Cina dan India juga tidak menghadapi masalah seperti ini?
Jadi, apa yang jelas ialah masalah ini bukan semata-mata isiu sosial' tetapi ekonomik.
Masalah yang dihadapi oleh anak-anak Melayu jelas betlaku di kalangan kaluarga dimana ibu dan bapa atau bapanya sahaja yang makan gaji di pejabat atau di kilang, dan keluarga bergantung dari pendapatan bapa mereka.
Ini berbanding dengan kelarga Cina di mana kebanyakan mereka membuka kedai dan menjalankan perniagaan kecil.
Ini bererti bahawa anak-anak Cina yang gagal di sekolah atau tidak berjaya mencari pekerjaan di pejabat awam atau kerajaan, akan diresap ke dalam perniagaan keluarga sendiri.
Oleh yang demikian, anak-anak Cina jarang melepak sebab mereka telah didik untuk mengguna masa yang luang walaupun semasa bersekolah untuk membantu di kedai keluarga sendiri.
Berbanding pula dengan anak-anak Melayu yang tidak dapat mengharapkan sebarang jenis pekerjaan dari keluarga sebab bapa mareka sahaja yang bekerja makan gaji.
Dalam musim cuti sekolah lagi mereka sudah belajar untuk melepak dan kerja ini disambung kalau mereka gagal selepas tingkatan tiga atau lima. Dan mereka mereka melepak sambil menunggu dapat sebarang jenis pekerjaan yang layak didapati seperti peon.
Ini juga, menerangkan bahawa terdapat begitu ramai anak Melayu yang menunggang motosikal pada waktu malam sebab jenis pekerjaan mereka ialah untuk menghantar surat sebagai peon.
Dan peringkat umur mereka yang melepak juga dapat dikaji; mereka dalam lingkungan belasan tahun. Ini menerangkan bahawa mereka belum lagi mempunyai tanggung jawab sendiri dan boleh membuang masa sehingga lewat malam.
Bila mereka meningkat lebih dewasa mereka akan berkahwin dan tinggalkan kegaitan melepak. Dan untuk gadis pula, mereka akan juga bertukar corak bila meningkat dewasa dan mendapat pasangan hidup.
Jadi masalah melepak dan kegiatan bohsia dikalangan kaum Melayu sebenarnya berpunca dari kegagalan kerajaan untuk mengalakkan perkembangan dan pertumbuhan kalangan peniaga kecil atau kelas ‘trading’ di kalangan masyarakat Melayu.
Jelas peniaga kecil di kalangan Cina telah kian berkembang sejak Kuala Lumpur wujud lagi sehingga sekarang. Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat Cina lebih menjalankan pekerjaan sendiri dari makan gaji di pejabat. Oleh yang demikian masyarakat Cina boleh maju dalam bidang ekonomi dan sekaligus mengatasi masalah pengganguran di kalangan golongan muda mereka.
Masyarakat Melayu boleh mengatasi masalah lepak dan bohsia kalau kerajaan mengalakkan orang Melayu untuk menceburkan diri dalam lapangan perniagaan kecil.
Dengan cara ini bukan sahaja pekedai itu sendiri yang boleh mendapat ganjaran bahkan isteri dan anak-anaknya sekali.
Dan kalau anaknya gagal dalam peperiksaan dia juga boleh diserap ke dalam kedai untuk lakukan apa jenis pekerjaan dan akhirnya membantu memperkembangkan kedai itu sendiri.
Ini jelas dilihat dalam perniagaan yang dijalankan oleh masyarakat Cina yang bermula secara kecil-kecilan tetapi kian membesar bi la mereka mendapat modal yang lebih dan bila ahli keluarga mereka bertambah.
Mereka boleh beri pekerjaan kepada anak-anak dan serta saudara-mara sendiri, termasuk anak Cinu keluarga lain.
Satu bancian boleh membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya mempunyai sistem ekonomi mikro yang berjaya memberi peluang pekerjaan untuk sesiapa sahaja, di kalangan mereka, dan pekerjaan kian berkembang dan jenis perkerjaan juga berubah menjadi lebih canggih.
Ini juga menerangkan kenapa hampir semua kedai dalam mana-mana pasaraya dan pusat membeli-belah dimilikki oleh kaum Cina.
Dan kalau kita kaji kedai-kedai yang dijalankan oleh orang Melayu sendiri samada mereka telah menjalankan perniagaan secara sendiri atau dengan mendapat dorongan dari Mara atau UDA, apa yang jelas ialah anak-anak mereka tidak menghadapi masalah lepak dan bohsia.
Cuma yang menghadapi masalah ini adalah yang  terdiri dari ibu atau bapa yang tidak menjalankan perniagaan kecil sendiri, atau yang bekerja di pejabat dengan mendapat gaji tetap.          
Ini sebenarnya yang membuat masalah ini wujud dikalangan masyarakat Melayu, iaitu masyarakat itu sendiri secara amnya dan keluarga Melayu secara khususnya telah gagal untuk menwujudkan pelbagai jenis perniagaan untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang gagal peperiksaan.
Ini juga menerangkan kenapa anak Melayu yang tidak gagal di sekolah dan berjaya melanjutkan pendidikan di institusi pengajian tinggi tidak lepak atau terlibat dengan gejala bohsia.
Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian. Kalau mereka gagal, sudah tentu mereka juga akan bersama anak Melayu di Pasar Seni dan pusat membeli-belah lain.
Kalau kerajaan dan pihak berkenaan ingin mengatasi masalah lepak dan bohsia ini, mereka harus lihat isiu ini selain dari menganggapnya sebagai masalah sosial.
Masalah utama yang meyebabkan masalah ini ialah ekonomi. Lebih-lebih lagi dengan penghijrahan orarg Melayu ke kota, untuk mencari nafkah, anak-anak mereka akan berkeliaran dan terima pengaruh dari hiburan dan mencari pelbagai jenis kegiatan sosial untuk luangkan masa.
Oleh yang demikian kegiatan Rakan Muda yang membelanja berpuluh-puluh juta ringgit serta pembinaan pusat masyarakat (Communty centers) di seluruh negara sudah pasti tidak akan berjaya, sebab peranan dan keberkesannnya tidak relevan.
Anak-anak muda disuruh meluangkan masa mengikuti rancangan Rakan Muda secara tertip tetapi mereka akan tetap tidak akan dapat pekerjaan bila rancangan atau kursus itu selesai.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, adalah penting bagi kerajaan dan agensi lain seperti Mara dan UDA untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan kecil supaya satu sistem ekonomi mikro dapat diwujudkan dalam masyarakat Melayu itu sendiri dan mereka akan berdikari.
Disamping itu masyarakat itu akan menwujudkan pelbagai jenis pekerjaan untuk ­kaumnya sama seperti apa yang berlaku di kalangan masyarakat Cina.
Masalah lepak dan kejadian bohsia sebenarnya mencerminkan betapa mundurnya masyarakat Melayu dalam perniagaan kecil. Dan betapa bergantungnya orang Melayu kepada kerja-kerja tetap di pejabat awam dan swasta.
Keaduan ini tidak serupa dengan masyarakat Cina yang lebih pentingkan menjalankan perniagaan kecil secara sendiri, dan yang menguntungkan dirinya serta keluarga dan perniagaan mereka boleh diwarisi oleh anak-anak yang boleh mengembangkan serta majukannya.








Sabtu, 22 Jun 2013

PUSAT KEBUDAYAAN MALAYSIA DI JALAN BUDIKEMULIAAN, JAKARTA?

…DAN MASALAH MALAYSIA YANG GHAIRAH JEMPUT SENIMAN DARI INDONESIA YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA PERHUBUNGAN DIANTARA KEDUA BUAH NEGARA YANG CUMA BERI ANDAIAN MEREKA ITU HEBAT DARI KITA.
Oleh Mansor Puteh.



Pusat Pelajar Malaysia (PPM) terletak di Jalan Budikemuliaan di Jakarta merupakan tempat yang pertama saya pergi sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Halim-Perdanakasuma dalam bulan Mei, 1974 dahulu.

Di Indonesia perkataan ‘penuntut’ bererti orang yang menuntut dalam mahkamah dan bukan seperti di Malaysia ia mempunyai makna pelajar.

Jadi setiap kali saya kata saya seorang ‘penuntut’ orang di sini tanya, ‘Mahu tuntut apa?’

Ia terletak berhampiran dengan jalan yang lebih terkenal dan lebar iaitu Jalan T. H. Thamrin, nama seorang tokoh Kemerdekaan Indonesia dulu.

Dan tidak jauh dari PPM terletak menara Monumen Nasional yang dikenali dengan singkatannya, ‘Monas’, yang terpacak di tengah Laman Merdeka, dan dari tingkat tinjau, kita boleh lihat seluruh Kota Jakarta.

Dalam lawatan kedua saya ke Jakarta dalam tahun 1997, saya singgah ke PPM di Jalan Budikemuliaan. Tetapi bangunan dua tingkat PPM yang saya kenali dulu dimana saya menginap dengan kos yang begitu rendah, sudah ditutup.

Kerajaan Malaysia telah pindahkannya ke sebuah tempat yang lebih tersorok.

Dalam lawatan ketiga saya ke Jakarta, saya juga singgah di PPM lama tetapi saya mendapati bangunan yang kosong itu sudah dirobohkan dan terlihat hanya halamnya sahaja.

Seberang jalan darinya tersergam bangunan Bank Negara Indonesia.

Sebenarnya tempat dimana PPM lama terletak adalah di sebuah kawasan yang agak tinggi nilainya, di Jakarta Pusat.

Saya tidak tahu apakah rancangan yang kerajaan Malaysia ada untuk mengguna kawasan yang dulunya terletak PPM, yang kini terbiar.

Ia tidak diceroboh oleh orang tempatan sebab ia adalah kawasan atau hartanah yang dipunyai oleh kerajaan Malaysia, seperti dua papantanda yang dipacak di hadapan kawasan ini.

Tetapi saya terfikir tidakkah baik kalau kerajaan Malaysia bangunkan hartanah ini dengan mendirikan sebuah pusat kebudayaan.

Pusat Kebudayaan Malaysia Tunku Abdul Rahman di Jakarta memang kena pada tempatnya.

Ia boleh mentransformasi perhubungan diantara kedua buah negara untuk ditingkatkan ke suatu tahab yang lebih tinggi dengan pengaruh yang luas dan berkekalan. 

Ia boleh dijadikan sebuah komplek kebudayaan dan serbaguna yang juga boleh mempunyai galeri, dewan dan hostel untuk para seniman dari Malaysia yang berkunjung ke Jakarta dalam rangka lawatan membuat persembahan.

Dan ia boleh juga mempunyai beberapa pawagam yang boleh tayang filem-filem Malaysia untuk penonton di Jakarta yang sudah pastinya ingin menonton filem kita, yang mempunyai persamaan dan perbezaan yang jelas supaya akhirnya nanti, pembuatan filem di Malaysia dan Indonesia boleh bertukar corak yang mengambil kira pengelaman dalam sejarah kedua buah negara yang sejak dulu terikat dengan cengkaman penjajahan dari negara benua Eropah, dan sebagainya.

Tidakkah bagus kalau pusat kebudayaan seperti ini dibangunkan di Jakarta, dan kalau ia berjaya, maka sebuah pusat kebudayaan lain dapat dibangunkan di Jogjakarta dengan nama Pusat Kebudayaan Malaysia Tun Abdul Razak dan seterusnya di bandaraya-bandaraya utama lain seluruh Indonesia yang mengambil nama kesemua perdana menteri Malaysia, sehinggalah ke yang sekarang.

Masalah sosiologikal, psikologikal dan kebudayaan serta kesenian dan juga keilmuan dan keintelektualan boleh diatasi dengan adanya pusat kebudayaan seperti ini yang boleh mengalakkan pertembungan minda dikalangan dari Malaysia dan Indonesia.

Kalau ini tidak dapat dilakukan, maka jangan terkejut kalau perbalahan remeh-temeh yang dicetuskan oleh pihak-pihak serpihan dan sampingan di Jakarta akan berlaku, iaitu apabila mereka yang lebih arif dalam bidang kenegaraan dan keilmuan dan sejarah dipinggirkan oleh sebab mereka tidak diberi ruang untuk menukar pendapat.

Masyarakat di Indonesia sebenarnya akrab dengan masyarakat di Malaysia yang mereka rasa adalah saudara serumpun dan juga, lebih dari itu, seugama.

Tetapi dengan bergantung dengan sentiment bangsa dan ugama sahaja, perhubungan diantara kedua buah negara tidak mungkin boleh berlaku.

Kegiatan seharian sekitar kebudayaan, kesenian dan juga perfilem mesti digalakkan supaya segala persamaan diantara kedua buah masyarakat dan negara dapat digembelingkan, untuk menghasilkan perhubungan yang lebih akrab dan intim.

Malaysia sememangnya telah mencorak langkah untuk mengalakkan perhubungan erat diantara kedua buah negara.

Finas, sebagai contoh telah sering menjemput para seniman terbilang dari Indonesia sejak dekad 1980an dahulu sehingga sekarang, tetapi kesemua mereka itu datang ke Kuala Lumpur hadir acara yang dijemput dan apabila mereka balik ke Indonesia mereka tidak mempengaruhi pemikiran masyarakat di sana dan lebih dari itu, mereka tidak memperolehi sebarang apa faedah yang boleh menggerakkan mereka untuk menghasil filem atau karya seni mereka yang baru yang diserapkan dengan pengelaman Malaysia.

Finas telah menjemput pengarah dan pelakon terkenal dari Indonesia seperti Teguh Karya, Ariffin C. Noer, Christine Hakim, Slamet Rhardjo, Eros Djarot, Garin Ngroho dan Alex Komang.

Ramai pelakon dari Indonesia pernah berlakun dalam filem Malaysia.

Dan ini tidak termasuk para ilmuan dan sasterawan dari Indonesia yang dijemput menyertai seminar dan forum di Kuala Lumpur dan seluruh negara.

Malangnya, mereka tidak memberi sebarang kesan kepada perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia.

Pengaruh dari pengarah filem Indonesia adalah sama dengan pengaruh dari filem barat yang pengarah tempatan dapat tiru, seperti pengarah di Indonesia turut tiru, semata-mata sebab ramai pengarah filem Malaysia tergila-gila mahu mendapat pengiktirafan dari barat yang tidak kunjung datang.

Dan tidak menghairankan juga ialah pihak di Indonesia tidak pernah menjemput mana-mana pengarah atau pelakon filem dan para ilmuan dari Malaysia untuk menghadiri acara kebudayaan, kesenian dan keilmuan yang mereka anjurkan.

Tidak salah kalau kita katakan bahawa usaha untuk mengeratkan perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia hanya dilakukan oleh pihak di Malaysia sahaja yang mahukannya, sedangkan pihak di Indonesia berpeluk tubuh.

Malaysia sahaja yang tergila-gila mahu siar siri drama televisyen atau ‘sinetron’ dari Indonesia sedangkan stesen televisyen mereka enggan siar rancangan kita, kecuali siri animasi kanak-kanak ‘Upin & Ipin’ yang mendapat sambutan luarbiasa di Indonesia.

Itupun ia diusahakan oleh syarikat persendirian dan bukan dilakukan diperingkat kerajaan atau kementerian.

Ini cuma beri makna bahawa kalau ada perhubungan yang lebih erat dan akhrab, sudah pasti banyak lagi rancangan dari Malaysia dan Indonesia dapat disiar oleh stesen televisyen di kedua buah negara termasuk muzik dan lagu. 

Jadi tidak hairanlah kalau ada kumpulan pinggiran di Jakarta yang sering cetuskan perbalahan dengan Malaysia dengan menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, oleh sebab mereka tidak diberi maklumat yang tepat tentang Malaysia oleh pihak di Indonesia khususnya dari kalangan pengkarya seni dan media mereka.

Jadi cara menjemput pengarah filem dan pelakon serta para ilmuan dari Indonesia itu sebenarnya tidak mendatangkan kesan, sedangkan kosnya adalah begitu tinggi.

Cara baru harus dikemuka dan digunakan untuk merapatkan perhubungan diantara masyarakat di Malaysia dan Indonesia.

Satu cara yang paling berkesan ialah dengan membuka Pusat Kebudayaan Malaysia Tunku Abdul Rahman di Jakarta bertempat di tapak PPM di Jalan Budikemuliaan.

Tindakan satu ini boleh mencetuskan pelbagai kegiatan dalam bidang kebudayaan dan kesenian yang akhirnya boleh menggerakkan ramai orang dikedua buah negara terlibat sama untuk menwujudkan persefahaman dan keikhlasan dalam perhubungan.

Dengan cara ini strategi baru boleh digunakan iaitu dengan membawa para seniman dan ilmuan dari Malaysia untuk pergi ke Jakarta dan ke seluruh Indonesia berbincang dan bekerjasama dengan pihak di sana.

Saya tidak dapat lihat apa yang kerajaan Malaysia boleh guna dengan sebidang hartanah di Jakarta Pusat, selain dari untuk ia diguna sebagai tapak sebuah pusat kebudayaan dan punca segala kegiatan yang boleh mendatangkan faedah.

Sudahlah cukup berdiplomasi dalam hal yang melibatkan kehidupan dan kemasyarakatan; diplomasi yang mementingkan pencurahan citarasa dan emosi serta semangat berkobar-kobar tetapi ia sekadar diplomasi sahaja.


Apa yang diperlukan untuk mewujudkan persefahaman diantara masyarakat di Malaysia dengan di Indonesia khususnya dan seluruh Nusantara Melayu adalah usaha yang jelas, konkrit yang berterusan, tanpa mempunyai elemen angan-angan Mat Jenin yang suka berkhayal tetapi tidak berani bangun dari dunia khayal untuk melihat dunia yang nyata yang memerlukan usaha.  

Khamis, 20 Jun 2013

MENGGAMBARA DENGAN BAS MENGELILLING AMERIKA YANG SENANTIASA SELAMAT, SELESA DAN SEMPURNA.

Oleh Mansor Puteh







Saya telah banyak kali cuba untuk sarankan agar kerajaan memansuhkan semua permit perkhidmatan bas untuk jarak jauh atau ekspres di Malaysia, dan tubuhkan hanya sebuah bas induk sahaja. Ini cara yang paling ideal dan molek sekali untuk mengatasi semua masalah mengenai perkhidmatan bas yang kurang selamat, selesa dan sempurna seperti yang kita ada di negara ini.
Malaysia bukan sebuah negara besar berbanding dengan Amerika. Tapi mengikut pengelaman saya yang telah beberapa kali menggembara mengelilling Amerika, saya mendapati bahawa negara tersebut hanya mempunyai sebuah syarikat bas sahaja untuk memberi perkhidmatan seluruh negara tersebut.
Syarikat bas tersebut dikenali dengan nama Greyhound. Nama ini terkenal sebagai sebab memberi perkhidmatan bas jarak jauh yang senantiasa selamat, selesa dan sempurna.
Saya harap slogan ini ‘senantiasa selamat, selesa dan sempurna’ dapat juga diguna oleh perkhidmatan bas di Malaysia.
Tidakkah bagusnya kalau perkhidmatan bas jarak jauh di Malaysia dapat disatukan supaya hanya sebuah syarikat sahaja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan, terutama sekali pelancong yang sudah pasti boleh dapat munafaat besar kalau mereka mahu menggembara mengelilling Malaysia, seperti apa yang saya telah alami semasa menggembara mengelillingi Amerika beberapa kali.
Saya tiba di Los Angeles untuk menyertai sebuah pesta filem di St Paul/Minneapolis. Di sinilah di mana sebuah jambatan yang telah runtuh beberapa minggu lalu.
Saya tidak mahu terbang dari Los Angeles setelah tiba dari Kuala Lumpur sebab saya mahu melihat Amerika dengan jarak dekat sambil mengambil gambar.
Dari lapangan terbang Tom Bradley di luar Los Angeles saya telah mendapatkan sebuah bas untuk pergi ke stesen Greyhound di Bandaraya Los Angeles. Di situ saya telah mendapat sekeping tiket berharga US$269 untuk pergi ke St Paul/Minneapolis yang merupakan sebuah bandar berkembar yang dipisahkan oleh Sungai Minnesota.
Dan saya boleh sambung perjalanan dari sini ke Bandaraya New York, setelah habis dua hari di St Paul/Minneapolis untuk menyertai pesta filem yang telah menjemput saya sebab mereka akan menayang filem saya berjudul, ‘Seman’. Dan yang baiknya ialah perjalanan balik dari New York ke Los Angeles adalah percuma.
Petugas di setesen Greyhound memberi saya sekeping tiket yang bersambung sebab perjalanan saya dari Los Angeles ke New York memerlukan saya mendapatkan beberapa perkhidmatan bas, dan saya akan berhenti di St Paul/Minneapolis. Akhirnya tiket saya sepanjang dua kaki.
Perjalanan dari Los Angeles ke St Paul/Minneapolis mengambil lima-puluh-empat jam sementara perjalanan dari sini ke New York pula mengambil tiga-puluh-enam jam.
Saya tidak pernah menaikki bas di mana-mana negara selama ini tetapi saya rasa senantiasa selamat, selesa dan sempurna dengan perkhidmatan yang diberi.
Di Malaysia, saya pernah menaikki bas dari Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kangar yang mengambil dua-belas jam. Ia adalah satu pengelaman yang teruk. Pemandu memain vidio dengan kuat, untuk menghibur hati mereka. Ini sepatutnya tidak berlaku sebab dalam bas ada beramacam-macam jenis penumpang, ada yang suka dengan bising, dan ada yang tidak. Ada juga anak kecil dan bayi yang tidak boleh diganggu dengan muzik kuat.
Oleh itu adalah tidak masuk akal kalau pemandu bas membuka radio sesuka hati mereka.
Pemandunya tidak memandu mengikut sesuka hati mereka. Mereka tertip dan beri ucapan sebaik sahaja bas mula keluar dari stesen. Mereka tidak memakai pakaian compang-camping, dan berlagak seperti juruterbang.
Dan mereka berkata mereka akan memandu dengan cermat dan tertip dan sesiapa yang ada kemusykilan boleh hubunginya di depan.
Saya dapati bahawa semua pemandu mematuhi kelajuan yang ditetapkan dan walaupun lebuh raya di sini luas dan di kawasan luar bandar terutama sekali pada lewat malam, mereka masih tidak memecut.
Sebabnya ialah mereka kena tiba di setesen di hadapan pada jangka waktu yang ditetapkan jadi mereka tidak boleh memandu dengan cepat atau pelahan.
Dan mereka juga tidak memandu lebih dari masa yang ditetapkan dan syarikat Greyhound menyediakan mereka bilik penginapan di motel dalam perjalanan dimana pemandu baru akan ambil alih.
Ramai penumpang bas turun separuh jalan sementara saya terus sehingga sampai ke New York, jadi saya dapat lihat beberapa orang pemandu yang memandu bas secara bergilir-gilir.
Pemandu bas juga buat perhentian untuk membenarkan penumpang berihat sambil makan di tempat-tempat rehat dan rawat. Dan mereka akan tunggu di luar pintu bas sambil melihat semua pemandu keluar darinya sebelum dia makan.
Sekarang dengan masalah yang dihadapi di Malaysia mengenai perkhidmatan bas yang ramai anggap bertaraf kelas ketiga, adakah susah untuk Malaysia mempunyai sebuah perkhidmatan bas jarak jauh seperti yang terdapat di Amerika?
Tidak.
Kita boleh mempunyai perkhidmatan bas jarak jauh yang baik, seperti yang terdapat di Amerika. Dan kementerian pengangkutan atau kerajaan tidak perlu menghantar mana-mana pegawai untuk pergi ke Amerika untuk mendapat maklumat ini.
Saya harap kerajaaan akan dapat terima saranan saya dan satukan semua syarikat bas jarak jauh untuk disatukan.
Dengan cara ini perkhidmatan bas ini boleh mempunyai satu penonjolan atau imej yang baik. Dan dengan memilikki ratusan bas besar dan seribu pemandu dan pembangu bas yang cekap, mereka boleh mempunyai sebuah maktab dimana mereka boleh memberi kursus panjang dan pendek kepada semua pekerja mereka.
Dan saya tidak setuju kalau perkhidmatan bas dihentikan pada tengah malam, sebab orang awam biasanya mahu ambil kesempatan untuk bermalam dalam bas sebelum tiba di destinasi awal pagi untuk melawat atau bekerja.
Kalau perkidmatan penerbangan serta pemanduan teksi dan kenderaan lain termasuk lori barangan dan pemanduan kenderaan peribadi lain tidak dihentikan pada tengah hari, jadi tidak masuk akal kalau perkhidmatan bas jarak jauh mesti dihentikan.
Lagipun, Semenanjung Malaysia bukannya besar sangat. Dari Johor Baru ke Kangar di Perlis mengambil dua-belas jam dan pemandu bas boleh ditukar separuh jalan.
Lagipun, Greyhound hanya mempunyai pemandu bas untuk mengawal bas dan mereka tidak mempunyai pembantu, seperti yang disarankan oleh beberapa pihak di sini.
Saya biasanya tidur dalam bas dan berhenti di pekan dimana bas berhenti pada awal pagi. Saya akan merayau di pekan atau bandar dimana saya berada untuk menziarahi tempat menarik sambil mengambil gambar. Dan pada waktu malam saya akan sambung perjalanan dan tidur lagi dalam bas.
Dengan ini saya boleh teruskan perjalanan tanpa perlu menyewa bilik hotel.
Stesen Greyhound begitu baik dan lebih mirip sebuah dewan berangkat lapangan terbang yang jauh sekali lebih canggih dari lapangan terbang kos rendah di Sepang.
Saya dapat bayangkan kalau kerajaan terima saranan saya, dan kita mempunyai sebuah syarikat bas untuk perkhidmatan jarak jauh, sudah pasti ia boleb memberi keselamatan, keselesaan dan kesempurnaan kepada semua pelanggan, tempatan maupun luar negeri, dan ini tentu sekali boleh mengurangkan berlakunya kemalangan teruk atau kecil.
Saya penuh yakin ini sahaja caranya untuk kita mempunyai perkhidmatan bas jarak jauh, dan pengelaman saya menggembara dengan Greyhound beberapa kali di Amerika membuktikan bahawa ia adalah cara yang harus dicontohi oleh Malaysia.












Jumaat, 14 Jun 2013

MALAYSIA SEBAGAI PEMAIN GLOBAL PERUSAHAAN FILEM.

Oleh Mansor Puteh






Malaysia boleh dan mesti menjadi pemain global (global player) perusahaan filem dan sekaligus menjadi pemimpin kepada pertumbuhan dunia perfileman di Dunia Ketiga. Dan Kuala Lumpur boleh terkenal sebagai pusat perkembangan dunia perfileman untuk Dunia Ketiga, dan menandingi kehebatan Hollywood yang selama ini dianggap penting sebagai pusat dan pengaruh perusahaan filem di ‘seluruh dunia’.
Sebenarnya kedudukan Hollywood sebagai pusat utama bidang perfileman dunia sekarang ini boleh duubah. Ia boleh diruntuhkan. Kewujudan Hollywood. tidak pasti kekal seoab ia wujud cuma untuk meluaskan pengaruh dan dakyah Barat ke seluruh Dunia Ketiga.
Masakan setelah sekian lama ia wujud, kita tidak sedar akan dakyahnya, dan sanggup melutut serta menggap mereka penting.
Tidakah kita juga boleh wujudkan satu lagi pusat perkembangan perfileman untuk menjaga kepentingan umat di Dunia Ketiga dan Dunia Islam? Mungkinkah Malaysia jadi pemimpin untuk tujuan ini, dan Kuala Lumpur atau mana-mana ibu negeri lain, seperti Melaka di jadikan ‘Hollywood’ untuk Dunia Ketiga pula?
Sesuatu yang drastik harus dilakukan agar Dunia Ketiga tidak lagi menjadi ‘dumping ground’ atau tempat pembuangan filem-filem yang dikeluarkan di Barat khususnya Amerika.
Dan kita harus sedar segera bahawa bidang perfileman itu bukan semata-mata untuk hiburan. Memang benar Hollywood mengguna aspek hiburan dan keasyikan ini untuk melalaikan kita sehinggakan kita texlupa akan maksud tersirat dalam filemyfilem besar yang diterbit mereka.
Filem-filem Hollywood kebanyakarnya menampilkan watak-watak utama dari bangsa Yahudi-Amerika. Mereka tinggi lampai, berkulit putih dan berambut perang atau ‘blonde’. Dan mereka bijak laksana.
Dan watak utama wanita mereka juga dari bangsaYahudi. Malah Hollywood dikuasai oleh kaum Zahudi yang sedar akan kepentingan bidang hiburan menerusi filem­filem.
Jadi, sekara tidak langsung kita didedahkan kepada dakyah-dakyah mereka sehinggakan kita lalai yang kita diperkecilkan. Sebab secara tidak langsung filem-filem mereka berkata bahawa oragg berkulit saxo matang atau gelap, pendek dan berambut hitam itu kurang menarik dan tidak bijak seperti mereka.
Dan secara tidak langsung pula kebanyakan watak jahat dalam filem-filem Hollywood adalah orang dari Dunia Ketiga. Kitalah orang jahat dan yang bodoh.
Kalau tidak bagaimana boleh watak filem Steven Spielberg, Dr Indiana Jones bermaharaja-lela seluruh Dunia Ketiga dan mencerca orang Cina, India, Arab dan ugama kita. Cuba lihat semula filem-filem Spielberg yang diarahnya dalam siri Indiana Jones dan kita dapat membaca apa yang disampaikan dalamnya.
Kita tidak perlu menonton filem secara bodoh dan tettarik dengan kesan khas dari komputer sehinggakan kita terlupa akan dakyah yang diselit.
Dalam filem Hollywood yang mendapat sambutan hebat musim panas (summer) lalu ‘Independence Day’ kita boleh lihat betapa seorang ahli sains berbangsa Yahudi dapat menyelamatkan seluruh dunia yang diancam oleh makluk luar angkasa.
Tidakkah ini keterlaluan?
Tetapi berapa banyakkah penonton kita sedar akan maksud tersirat ini?
Sudah tiba masanya untuk kita mencari alternatif kepada Hollywood. Dan menubuhkan satu perusahaan filem bagi mewakilli Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan menghasilkan filem-filem berwajah kita dan menampilkan watak utama yang dari keturunan kita.
Sudah juga tiba masanya untuk negar-negara Dunia Ketiga mencari jalan keluar dari belenggu ini, dan Malaysia boleh di jadikan nggara untuk meminpin bidang perfileman dan menggalakkan pertumbuhan bidang ini demi kepentingan semua negara di Dunia Ketiga dan Dunia Islam.
Ini tidak mustahil, sebab kegiatan penerbitan filem ini sama seperti kegiatan pembuatan kereta. Malaysia kini menjadi negara pengeluar kereta sendiri walaupun pada asalnya kita mengguna teknologi Jepun, tetapi lama-kelamaan kita bercita-cita dan menjadi negara pengeluar kereta tulen.
Walauppn kita tidak menjadi negara per.ting dunia perfileman, tetapi kita mempunyai kepakaran, dan sokongan kerajaan dan masyarakat yang telah jelak dengan dakyah barat dan Yahudi menerusi filem.
Dan kita juga dipandang tinggi oleh negara-negara di Dunia Ketiga lain, dan kita boleh menggembeling semua tenaga yang ada demi untuk perusahaan filem yang penting. Akhirnya nanti, pembuatan filem-filem boleh digiatkan dengan membabitkan tenaga dan daya kreatif dari Dunia Ketiga untuk penonton Dunia Ketiga.
Hollywood akan satu hari nanti tersingkir dari dur.ia kita sebab filem-filem mereka tidak relevan. Kita tidak perlu untuk dijadikan tempat pembuangan atau ‘dumping ground’ untuk filem-filam Hollywood.
Apa yang amat diperlukan sekali ialah untuk Malaysia melibatkan sebanyak mungkin negara.-negara di Dunia Ketiga kagi menjayakan projek ini. Dengan penubuhan sebuah studio besar kita boleh menggalakkan filem-filem usahasama dan tekankan imej Dunia Ketiga dan mesej serupa dan menarik penglibatan pengusaha, pelakon, tehaga kepakaran serta kerajaan mereka.
Dengan cara ini kita boleh menghasilkan filem-filem bermutu tinggi yang mengguna latar belakang, watak, cerita serta kepakaran dari Dunia Ketiga untuk tayangan di semua negara di Dunia Ketiga.
Tidak mustahil untuk cadangan ini dilaksanakan sebab kebanyakan, malah hampir semua negara di Dunia Ketiga kini sudah menjadi muak dengan karenah penerbit filem di Hollywood. Ada-ada sahaja komplen yang dilemparkan.
Tetapi, tidak ada mana-mana negara di Afrika, Amerika Selatan, Asia dan Timur Tengah yang mempunyai kesanggupan untuk cuba mengatasi masalah ini.
Dalam pada itu Hollywood terus bermaharaja-lela. Ini ditambah pula dengan kegigihan para pengedar filem di negara kita sendiri untuk membawa filem-­filem Hollywood itu sehinggakan mereka boleh menenggelamkan filem tempatan sendiri.
Masalah ini berlaku di Indonesia sekarang di mana filem-filem Hollywood telah membanjiri negara itu yang menyebabrian keruntuhan perusahaan filem di Indonesia.
Kita tidak sedar betapa pentingnya perusahaan filem untuk sesebuah negara. Ia mencerminkan martabat kita, dan penerimaan elemen asing sewenang-wenangnya disamping memburukkan keadaan dalam masyarakat itu.
Ternyata sekali filem-filem Hollywood adalah dakyah, dan kegagalan kita menahan filem itu dari ditayang secara pengimbangan elemen permintaan dan pengeluaran ‘supply and demand’ membuktikan kita telah gagal untuk memperkuatkan semangat kita untuk menghalau elemen asing dari Hollywood.
Oleh yang demikian adalah menjadi lebih penting bagi Malaysia untuk menampilkan diri sebagai pemimpin bidang perfileman, sebab tidak mungkin negara lain di Dunia Ketiga yang mempunyai kegigihan seperti kita dalam menagani masalah pencemaran budaya oleh Barat dan Hollywood.
Apa yang penting sangat ialah untuk mewjudkan satu sistem atau penyusunan baru bidang perfileman dunia. Dan Dunia Ketiga boleh mempunya falsafah, konsep, penekanan dan cara penilaian dan appresiasi dan kritikan yang lain dan berbeza dengan Hollywood atau barat.
Kita mesti menerbitkan filem-filem yang menunjukkan kekuatan dan kekayaan budaya, sejarah dan perwatakan kita. Mana tau, kita boleh juga mula memburuk-­burukkan orang Barat sebagai penipu, pencuri, dan lihat apakah tindakan mereka nanti.
Sekarang ini kita sering komplen setiap kali mereka menghasilkan filem-filem yang mencemar budaya serta ugama kita. Kita melenting sahaja.
Setelah lama melenting, kita sudah boleh sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai kekuatan. Pertumbuhan ekonomi di negara kita dan negara-negara lain di Dunia Ketiga boleh memungkinkan suatu ketika di mana kita boleh menjadi tuan di dunia sendiri dan kita boleh menghasilkan filem-filem bermutu.
Pertumbuhan perusahaan filem di Dunia Ketiga boleh menahan kemasukan pengaruh buruk dari Barat, disamping pengaliran keluar wang kita boleh menwujudkan kesedaran tentarg sejarah dan budaya kita dan tempat-­tempat menarik di Dunia Ketiga yang boleh dijadikan pusat pelancongan.
Tidak teliupa pula kalau sekarang ini orang sering berbangga dengan pusat terkenal seluruh dunia seperti. London, Paris dan New York sebagai pusat kebudayaan, intelek dan kesenian disamping pelancongan. Mana tau satu masa nanti dunia akan menyebut Kuala Lumpur, Kahirah dan Johannesburg sebagai pusat penting di Dunia Ketiga.
Pergerakan masyarakat dari Dunia Ketga boleh digiatkan dan mereka boleh menwujudkan sistem bidang pendidikan, ekonomi, sosial, pelancongan serta media.
Akhir sekali, pengaruh barat menerusi filem dan media amnya akan berkurangan. Siapa perlu Hollywood, CNN, BBC, London, Paris, New York dan fesyen gila yang dicipta di Barat dan muzik mereka, kalau kita men punyai pilihan sendiri yang lebih penting dan munasabah serta mengangkatkan budaya serta imej kita!
Siapa sangka bidang perfiieman ini sebenarnya mempunyai kesan berlipat-ganda atau ‘multiplier effect’ yang boleh menggerakkan kesedaran dan patumbuhan ekonomi disamping membantu untuk menguatkan semangat kita sebagai masyarakat Dunia Ketiga yang barega dengan sejarah, kebudayaan dan ugama mereka.
‘Rennaissance’ atau Kebangkitan Dunia Ketiga boleh beklaku dan barat akan runtuh ke jaman jahil dengan keruntuhan akhlak dan akidah mereka. Ekonomi mereka juga kini kelihatan lesu. Cuma yang boleh dibanggakan ialah bidang hiburan iaitu filem dan musik yang masih berlempahan ke negara kita. Satu hari nanti ini juga boleh disekat samasekali, bila kita boleh mengangkatkan bidang hiburan tradisiobal dan moden kita dengan memperluaskan pengaruhnya.
Cuba bayangkan dnnia tanpa Hollywood, dan kita akan sedar betapa lesunya pengaruh Barat. Malah pengaruh Barat dan Hollywood ke atas Dunia Ifetiga cuma dari aspek hiburan semata-mata, dan tidak lain.
Ini disebabkan kita tidak berjaya untuk mengangkatkan jenis hiburan kita sendiri untuk masyarakat kita sehinggakan tempatnya diambil oleh jenis hiburan lain.
Tokoh-tokoh perfileman, keilmuan, sarjana dan bintang filem Dunia Ketiga boleh ditampilkan dengan pertumbuhan perusahaan filem Dunia Ketiga. Dan kita boleh ketepikan Steven Spielberg, Francis Ford Coppola, atau Tom Cruise, Michelle Pfiffer dan lain-lain.
Dan kita juga boleh ketepikan anugerah ‘Oscar’ mereka dan pesta filem Cannes.
Cannes sebenarnya telah ditubuhkan oleh kerajaan Perancis sebab mereka kuatir pesta filem terpenting ketika iaitu Venice telah diguna oleh Musoullini untuk meluaskan dakyahna. Oleh yang demikian Perancis menganjorkan pesta filem yang lebih besar can gemilang di Cannes dengan memberi pekenakan baru.
Soalannya ialah: Apakah kita mesti setuju juga dengan Cannes! Tidakkah kita sendiri boleh menganjor pesta fiiem yang lebih gemilang di Kuala Lumpur dan ibu kota negara Dunia Ketiga laun, iaitu dengan menengahkan falsafah dan konsep tersendiri.
Kita tidak perlu mengguna konsep dan falsafah filem Cannes atau Hollywood. Kita boleh wujudkan satu falsafah dan konsep baru berlandaskan Islam sppaya filem-filem yang diberi anugerah itu memikul nilai Islam atau nilai universal lain.
Dengan secara tidwk langsung, kita menolak filem-filem anti-Islam dan yang mempunywi nilai Barat dan songsang sebagai filem bodoh. Sekarang ini kita. terpaksa membuat filem-filem seperti mereka sebab kita mahukan pengiftirafan dari mereka.
Sampai bilakah kita mesti menjadi hamba seni filem, dan terus melutut di Hollywood dan Cannes untuk mencari pengiftirafan dan kestu dan mereka yang berkuasa?
Tidakkah ini sesuatu perbuatan yang jahil! Sedangkan nilai yang mereka pikul bertentangan dengan ugama kita dan kita mesti melutut kepada mereka.
Pesta filem di Kuala Lumpur boleh menengahkan falsafah dan konsep baru untuk filem-filem dari Dunia Ketiga, dan anugerah diberi sebab keindahah filem berkenaan mencerminkan hasrat kita dan bangsa serta ugama kita.
Saya yakin Malaysia boleh jadi pemimpin bidang perfileman untuk Dunia Ketiga.
Sebab kita mempunyai kepakaran bidang ini, dan kita mempunyai kemampuan dan kesedaran artistic dan tau apa sebenarnya Hollywood.
Siapa sangka Malaysia boleh menjadi negara pengeluar kereta penting di Dunia Ketiga sekarang. Mungkin di masa-masa akan datang kita akan mengatasi Jepun sebaai pengeluar terpenting sebab kebanyakan negara mengalami defisit dengan Jepun.
Dan munasabah juga kalau kita kata Hollywood itu kini telah sampai ke puncak kegemilangan dan kejahilan mereka. Ia bolah runtuh sebab kalau wujud satu lagi pusat penting dunia perfileman di Malaysia yang boleh mengalih perhatian penonton di Dunia Ketiga.
Tidak dapat dinafikan bahawa peradaban Asia atau Dunia Ketiga itu akan dikepalai oleh negara Islam yang mempunyai universal. Dan bidang perfileman sama seperti pmbuatan kereta boleh dikepalai oleh Malaysia agar sata masa nanti filem-filem yang diterbitan oleh negara-negara Dunia Ketiga akan dipasarkan lebih menyeluruh dan luas untuk memenuhi pernintaan penonton sehingga boleh mengenepikan filem-filem Hollywood.
Secara tidak langsung Hollywood dan hiburan filem muzik dari barat boleh diketepikan, termasuk filem-filem Spielberg atau nyanyian Michael Jackson.
Dan pawagam-pawagam kita tidak perlu lagi menayang filem-filem Hollywood, maupun Hong Kong bahkan filem-filem usahasama dari negara-negara Dunia Ketiga atau, Selatan yang lebih bermakna.
Sekarang ini apa yang berlaku ialah banyak pawagam canggih dibina tetapi kesemuanya menayang filem-filem Hollywood dan Hong Kong sahaja, bagaikan tuan punya pawagam dan pengimpot filem berkenaan menjadi agen untuk perkembangan budaya barat dan Hong Kong di negara kita.
Dengan pertumbuhan perusahaan perfileman di Dunia Ketiga yang dipelopori oleh kita sudah tentu ini boleh merubah pemikiran atau ‘mindset’ atau pemikiran semua pihak uutuk mengenepikan filem-filem bukan dari Dunia Ketiga dan mula berfikir sebagai masyarakat kita sebenarnya dan tidak lagi keliru dengan identiti yang kebaratan.
Pertumbuhan perusahaan perfileman Dunia Ketiga ini boleh mencetuskan suatu identiti atau jati diri kita sendiri dan menolak pengaruh Barat. Malaysia bbleh menjadi pemimpin untuk menggerakkan kebangkitan atau revolusi kebudayaan, mental, sosial, ekonomi untuk Dunia Ketiga atau Dunia Selatan dengan mengeratkan perhubungan Selatan-Selatan menerusi perkembangan perusahaan filem.











Selasa, 11 Jun 2013

ALAHAI SI PENCERAMAH UGAMA YANG PETAH DAN SI PENDERMA DARAH YANG BERBAKTI DENGAN SENYAP-SENYAP.

… DAN SELAMAT MENYAMBUT ATAU MERAIKAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PADA 16 JUN DEPAN.
Oleh Mansor



Siapa orang yang lebih mulia? Si penceramah ugama yang gemar dan pandai bercakap tentang hukum ugama khusus tentang pendermaan darah.

Dia tahu mana surah yang dia boleh turunkan, dan bercakap tentangnya. Dan dia kata sesiapa yang menderma darah dapat pahala, sebab ia adalah satu kerja yang mulia dan baik dan yang boleh dan yang mesti digalakkan.

Tetapi ustaz ini sudah berusia lebih-kurang lima-puluh tahun. Dan dia tidak pernah menderma darah walau satu kalipun.

Bandingkan dengan ada ramai orang lain yang tidak pandai bercakap tentang ugama.

Tetapi dia pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) dua minggu sekali dan menderma darah.

Dia telah melakukan perbuatan ini sejak dalam bangku sekolah lagi.

Dia melakukannya dengan senyap. Dia tidak mengheboh-hebohkannya.

Kadang-kadang saya rasa mahu tergelak melihat penceramah ugama yang beria-ia bercakap tentang ugama; mereka mahu orang lain berbuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan juga pahala.

Tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.

Mereka mahu galak orang derma darah, tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.

Saya dapat perhatikan hampir semua penceramah ugama yang muncul di televisyen saban hari, dan mendapati tidak seorang dari mereka yang menderma darah secara tetap.

Kegiatan menderma darah ini sebenarnya boleh bermula sejak seseorang itu dibangku sekolah lagi, iaitu semasa dia dalam tingkatan lima atau enam.

Dan ia boleh dijadikan satu amalan yang baik dan sihat serta menguntungkan diri sendiri, sebab darah dan tekanan darah kita diperiksa setiap kali kita derma darah.

Ini berbanding dengan orang lain yang tidak pernah mendapat pemeriksaan kesihatan jadi mereka akhirnya tahu mereka mempunyai kencing manis dan darah tinggi dan sebagainya, bila masalah sudah menjadi besar dan terlalu lewat untuk mereka berbuat sesuatu.

Dan saya juga tidak pernah melihat orang lain yang mengaku berhati mula menderma darah.

Mereka adalah orang dalam pertubuhan amal dan bidang politik yang senantiasa mahu bantu orang awam dan orang lain, tetapi mereka tidak pernah dilihat menderma darah.

Memang mudah untuk penceramah ugama berhujah tentang baiknya menderma darah atau berbuat sesuatu yang mendatangkan pahala.

Tetapi tidak mudah untuk mereka melakukannya.

Inilah kisahnya tentang penceramah ugama di Malaysia, yang hanya tahu bercakap tentang kebaikan yang orang lain harus lakukan, tetapi mereka sendiri enggan dan tidak melakukannya.

Dan yang menggelikan hati sekali ialah hampir semua orang yang asyik dengar ceramah oleh penceramah ugama itu dari televisyen atau di tempat awam, sudah terlambat untuk berbuat sesuatu kebaikan sebab mereka hampir semuanya kini sudah lanjut usia.

Dan terlambat untuk mereka berhenti merokok atau mula derma darah.

Jadi akhirnya, mereka terpatuk dengar ceramah ugama semata-mata sebagai hiburan, sedangkan mereka sendiri tidak boleh lakukan segala apa yang digalakkan oleh penceramah itu, termasuk diri dia sendiri yang hanya boleh berceramah tetapi tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan.



Sabtu, 8 Jun 2013

MENIPU KERJA SEGELINTIR ANAK-ANAK DI DUMAI, PEKAN BARU DAN PALEMBANG.

…AKHIRNYA IA MERUGIKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI SUMATERA DAN MEREKA SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh



Memang enak menipu. Ia satu kerja yang mudah. Ia menguntungkan. Mudah dapat wang dari pelancong luar Sumatera. Mereka datang sementara dan tidak tahu cara di sini dan mereka percaya segala apa yang dijanji dan dikatakan.

Akhirnya, pelancong kerugian. Ada yang ditupu wang ringgit. Ada yang ditipu barang.

Selama saya menggembara seluruh Indonesia atau khususnya di Sumatera, Pulau Jawa dan Bali, saya tidak pernah mengalami penipuan yang begitu kejam.

Beg atau bagasi atau tas saya dicuri. Ia tidak hilang. Mustahil ia boleh hilang sebab kehadirannya diketahui oleh ramai.

Tempatnya di perhentian bas dari Pekan Baru di Palembang.

Saya dan dua orang dari Malaysia tiba di sana pada pukul dua pagi. Perjalanan dari Pekan Baru dalam bas ambil masa dua-puluh-dua jam.

Tetapi selama masa ini, beberapa jam dihabiskan di beberapa tempat perhenti dimana bas turunkan penumpang dan ambil yang baru. Ada yang tidur dikawasan jalan tengah bas sebab semua kerusi berjumlah empat-puluh-empat sudah diambil.

Penipuan Pertama:

Ini berlaku di Dumai apabila saya diberi perkhidmatan sebuah van kecil. Tiket berharga 90,000 rupiah untuk seorang, walhal perjalannnya hanya lima jam.

Jalan yang buruk dan sempit membuat masa perjalanan bertambah panjang.

Penipuan Kedua:

Pemandu van berhenti di sebuah ‘loket’ dimana saya diberi tiket berharga 250,000 rupiah untuk ambil bas yang agak mewah sebanyak tiga-puluh-lima kerusi. Saya bayar 750,000 untuk tiga penumpang dari Malaysia.

Perjalanan dari Pekan Baru bermula pada pukul empat pagi.

Dalam bas saya mendapati ia bukan bas yang dijanjikan tetapi yang mempunyai empat-puluh-empat kerusi.

Penumpang turun dan yang baru naik. Beberapa dari mereka hisap rokok dan main muzik dari talipon. Mereka tidak peduli bas berhawa dingin dan tertutup.

Malah pemandu dan pembantunya juga hisap rokok. Kedua-dua mereka kelihatan muda dan tidak tahu mengawasi penumpang atau tahu cara menggendali sebuah bas.

Penipuan Ketiga:

Penipuajn ini paling kejam. Ia berlaku di tempat dimana bas dari Pekan Baru berhenti di Palembang. Ia di sebuah tempat terpencil.

Beberapa anak ‘ojek’ datang dan rayu untuk ambil perkhidmatan ‘ojek’ mereka. Saya tidak berminat sebab ia merbahaya.

Seorang lelaki bernama Hassan kata kalau mahu ambil van Kijang, saya kena bayar 450,000 rupiah. Perjalanan ke Bandar Palembang, katanya sejauh tiga-puluh-lima kilometer.

Saya tawar dan mahu beri 300,000 rupiah tetapi dia minta 350,000.

Dia panggil adiknya untuk bawa Kijang.

Sebuah van ‘Angkut Kota’ tiba dan Hassan suruh saya dan dua penumpang dari Malaysia untuk menaikkinya.

Saya beritau ia bukan Kijang tetapi ‘Angkut Kuta’. Pemandu van ini minta 150,000 rupiah untuk hantar ketiga-tiga kami ke Palembang.

Saya tawar dan pemandu itu setuju terima 100,000 rupiah.

Tetapi Hassan haling van itu dari bergerak. Pemandu itu kata Hassan ‘kepala’ di kawasan ini, dan saya kuatir dia akan melakukan sesuatu yang tidak baik.

Hassan suruh turun dan pergi ke sebuah van Kijang terletak di belakang van ‘Angkut Kota’.

Sebenarnya ia bukan Kijang adiknya tetapi pemandu lain yang kebetulan datang ke situ untuk cari penumpang.

Beg-beg kami dikeluarkan dari van ‘Angkut Kota’ tetapi beg saya tertinggal dalamnya. Dan apabila disedari bahawa beg saya berada di situ, pemandunya terus pecut dan pergi dari situ.

Saya dapati beg saya hilang dan suruh Hassan naik motorsikalnya dan kejar van itu.

Dia pergi. Sebenar kemudian dia berpatah balik dan kata pemandu van ‘Angkut Kota’ itu berkata seorang penumpang telah turun dan mereka telah lemparkan beg saya ke luar.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan ikut Kijang yang ada dengan pemandunya meminta 300,000 rupiah.

Perjalanan dari situ ke Palembang tidak sejauh seperti yang dikatakan oleh Hassan, tetapi tidak lebih sepuluh kilometer.

Saya ditipu dengan dipaksa bayar 300,000 rupiah.

Saya dapat bilik menginap di Hotel Duta di Jalan Letkol Iskandar. Saya sedar bahawa beg saya tidak hilang, ia dicuri dan saya tidak mungkin boleh dapatnya balik.

Saya kehilangan atau kecurian barang-barang peribadi termasuk sebuah alat GPS, beberap kabel dan pencaj kamera digital dan pakaian dan sepatu. Jumlahnya tidak seberapa.

Tetapi untuk anak-anak tadi, kecurian itu adalah ‘rezeki’ buat mereka. Ini fikiran mereka – rezeki datang walaupun ia adalah barang-barang kecurian.

Hassan kata dia bekerja di Malaysia selama empat-belas tahun dan berkahwin dengan seorang wanita dari sana yang dia bawa ke Palembang.

Benarkah ini?

Mustahil seorang lelaki dari Palembang yang mahu bekerja di Malaysia sehingga begitu lama dan berkahwin dengan seorang wanita Malaysia, tetapi akhirnya balik ke Palembang dan bekeraja memandu motosikal ‘ojek’ sambil menipu.

Kalau dia pernah bekerja di Malaysia begitu lama, sudah pasti dia sudah dapat mengumpul wang yang agak lumayan untuk beli rumah dan buka perniagaan sendiri dengan mendapat rezeki halal.

Apa yang Hassan dan rakan-rakannya tidak tahu ialah: Tidak ada ‘rezeki’ yang tidak halal.

Kesimpulannya:

Beberapa anak seperti Hassan dan rakan-rakannya rasa gembira dapat tipu pelancong luar Indonesia yang datang ke Palembang. Mereka paksa orang bayar kadar tambang atau ‘karcis’ bas dan van yang tinggi.

Dan kalau mereka dapat peluang, mereka akan curi barang-barang mereka.

Tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah perbuatan dan sikap mereka itulah yang telah merosakkan perindusterian pelancongan di Palembang dan Sumatera.

Mereka hanya fikir apa yang mereka boleh tipu dan curi dari pelancong.

Tetapi apa yang mereka tidak fikirkan ialah, merekalah yang telah menghancurkan perusahaan pelancongan di Sumatera.

Itulah sebabnya tidak ramai pelancong dari luar Indonesia yang mahu ke Sumatera, sebab mereka tahu di Dumai, Pekan Baru dan Palembang khususnya, suasananya tidak baik.

Di sini ada penipu, perampok yang pandai paksa orang luar.

Saya tinggalkan Palembang dengan mengambil pesawat dari Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II untuk balik ke Kuala Lumpur.

Dan saya akan terbang langsung ke Jakarta untuk sambungkan perjalanan saya yang telah rosak oleh Hassan dan beberapa orang rakannya.