Jumaat, 27 Disember 2013

MURTAD DAN KHALWAT TIDAK MENGAPA;

TETAPI BUAT VIDIO LUCAH SALAH DI INDONESIA. ANAK-ANAK MUDA INDONESIA TERANG-TERANG ‘KUMPUL KERBO’ DI INDONESIA DAN MALAYSIA. PENYANYI TERLIBAT DENGAN PENERBITAN VIDIO LUCAH DIANGGAP LEBIH BERBAHAYA DARI MEREKA YANG MURTAD DAN BERSEKEDUDUKAN.
Oleh Mansor Puteh



‘Kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’ adalah satu ungkapan yang langsung tidak kena-mengena dengan kerbau.

Ia adalah panggilan tentang perbuatan bersekedudukan dikalangan orang Islam di Indonesia yang dilakukan secara terang-terang.

Di Malaysia ramai anak perempuan dan lelaki Indonesia yang melakukannya.

Ramai gadis dan wanita Indonesia di Malaysia bersekedudukan dengan pemuda dari Bangladesh dan juga Myanmar. Tidak ramai pula dengan pemuda Melayu di Malaysia.

Gadis dan wanita Indonesia yang ‘berkumpul kerbau’ dengan lelaki Bangladesh dan Myanmar walaupun ramai diantaranya sudah berkahwin di Indonesia.

Mereka melakukannya bukan dengan niat mahu berkahwin akhirnya sebab mereka tahu mereka akan pulang ke negara asal.

Mereka bersekedudukan sebab mereka mahu dapat teman disamping tempat tinggal yang tidak perlu dibayar.

Jadi mereka boleh berpisah dan lari bila teman mereka balik ke Bangladesh dan Myanmar, dan mereka akan cari teman lelaki lain.

Mereka juga tidak ada sebarang perasaaan kalau berpisah sebab mereka anggap ia satu kejadian biasa.

Ini yang peliknya. Dan ini juga dilakukan di Indonesia sendiri walaupun ia hanya berlaku di kota besar dan bukan di kampung. Ia bukan sesuatu yang menjijikkan.

Ia bukan satu jenayah.

Dan murtad juga bukan satu jenayah di Indonesia; dan orang Islam boleh keluar ugama tanpa sebarang tindakan diambil oleh sesiapa.

Malah kumpulan ugama dan pendesak tidak ambil kisah dengan mereka yang terang-terang mengaku telah murtad.

Tetapi mereka melenting kalau ada seorang penyanyi terlibat dengan pembuatan penerbitan vidio lucah.

Ini yang peliknya.

Kumpulan ugama dan pendesak mahu Ariel dari kumpulan Peter Pan dihukum seberat-beratnya. Mereka tidak puas dengan hukuman penjara tiga tahun setengah. Ini tidak cukup buat mereka.

Apa yang mereka mahukan? Mereka mahu dia dihukum gantung.

Tetapi kesalahan atau kesilapannya hanya menerbit vidio lucah, yang kebetulan terjatuh ke tangan orang lain yang menyiarkannya.

Tentu sekali ia sebuah vidio peribadi.

Tetapi kenapa ada pelakon wanita Indonesia yang terang-terang murtad apabila berkahwin dengan seorang pemuda dalam sebuah gereja di Amerika, tidak dianggap penting bagi kumpulan ugama dan pendesak di Indonesia?

Dan kenapa anak-anak gadis Indonesia yang berkumpul kerbau di merata tempat juga tidak dihiraukan?



Ahad, 22 Disember 2013

FILEM HINDUSTAN-BOLLYWOOD ADALAH NAJIS DAN HARAM UNTUK ORANG ISLAM TONTONNYA, TETAPI MANA FATWANYA?

…MUJUR ORANG MELAYU SEKARANG ENGGAN MENONTON FILEM-FILEM BOLLYWOOD DI PAWAGAM.
Oleh Mansor Puteh



Haram menonton filem Hindustan yang kini dikenali dengan nama Bollywood.

Dan ulamak Dr Zakir Naik dari India telah juga keluarkan kenyataan bahawa Shahrukh Khan dan Salman Khan musrik, sebabnya kedua mereka menyembah dewa Hindu dengan Shahrukh mempunyai kuil kecil didalam rumahnya, sedangkan isterinya seorang Hindu.

Mungkin vidio yang disiarkan dalam YouTube menunjukkan kedua pelakon Bollywood yang mengaku berugama Islam adalah klip lama, dan sekarang kedua mereka sudah menjadi orang Islam yang baik.

Shahrukh juga dilihat dalam vidio Youtube mengerjakan umrah, dengan Salman memakai ketayap, bila dia dihadapkan ke mahkamah.

Tetapi secara jelasnya ialah filem-filem Bollywood yang menonjolkan kedua pelakon ini dan yang lain-lain adalah haram, dan ia adalah najis.

Kesemua filem Bollywood memaparkan adegan yang lucah dengan orang mengoyangkan tubuhbadan secara lucah dan pelakon lelaki-perempuan berpeluk-peluk dan memakai pakaian menjolok mata.

Memang dulu filem terbitan dari Bombay dikenali sebagai filem Hindustan, tetapi kini filem-filem yang diterbit dari Mumbai dikenali sebagai filem Bollywood.

Dan filem-filem Hindustan dulu tidak memaparkan adegan lucah dengan pelakon lelaki-perempuan berpeluk dan tarian yang mereka lakukan juga tidak menghairahkan atau lucah.

Tetapi kini filem-filem Bollywood lucah dan ia boleh dianggap haram untuk ditonton oleh orang Islam.

Mujur tidak ramai orang Melayu sekarang berminat dengan filem-filem Bollywood.

Dan filem-filem mereka juga jarang ditayang di Malaysia, tidak seperti dulu bila ia pernah ditayang di pawagam berbulan-bulan.

Yang menonton filem Hindustan dulu ialah orang Melayu. Mereka sanggup ketepikan filem sendiri untuk menonton filem asing itu.

Kini orang Melayu sudah tinggalkan filem-filem Bollywood yang hanya disiar dalam televisyen sahaj.

Tetapi kenapa ulamak di dalam rancangan ugama di Malaysia tidak pernah bincang tentang filem Bollywood?

Mereka lebih gemar bincang tentang perkara berkaitan dengan syahwat, yang membuat penonton yang terdiri mereka yang dewasa tergelak, seperti mereka kanak-kanak yang tidak tahu-menahu tentangnya, walaupun mereka sudah lanjut usia.

Kebanyakan tajuk perbincangan dalam rancangan ugama adalah mengenai perkara asas, tentang apa itu halal dan apa itu haram.

Ini mengejutkan sebab ia hanya boleh beri andaian bahawa orang yang gemar menonton rancangan ugama ini sebenar-benarnya jahil tentang Islam.

Oleh sebab itu mereka sanggup duduk terpatuk dengar ulamak dan penceramah ugama lain bercakap tentang perkara asas dalam Islam, yang mereka sendiri sepatutnya sudah lama tahu.

Tidakkah mereka diberi pendidikan tentang ugama semasa kecil dulu?

Dan ini sahajakah yang sanggup dan mampu dilakukan oleh stesen televisyen dan penceramah ugama?

Tidakkah mereka boleh bincang tentang bidang hiburan khususnya apa itu sebenarnya filem Bollywood, dan kecamnya sebagai najis dan haram untuk orang Islam tonton?

Di India, masyarakat Islam di sana enggan menonton filem Bollywood sebab mereka sedar ia adalah propaganda Hindu.

Segala-gala yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengenai ugama ini, dan oleh sebab itu pelakon Bollywood yang berugama Islam terpaksa ikut cara mereka.

Ada beberapa watak berugama Islam yang ditonjolkan tetapi jumlahnya tidak banyak.

Ada juga pelakon berugama Islam di India yang bertukar ke ugama Hindu, dan ada juga pelakon Hindu mereka yang masuk Islam.

Tetapi yang jelas di sini ialah di India juga tidak ada penceramah ugama yang bercakap tentang Shahrukh dan Salman kecuali Zakir Naik, yang berani.

Dia juga tidak pernah jemput kedua pelakon ini untuk muncul dalam rancangannya yang diadakan di kawasan luar di Mumbai yang menarik puluhan ribu penonton yang terdapat mereka dari kalangan bukan-Islam.







Selasa, 10 Disember 2013

‘SEMAN’ DAN FILEM BARU – SATU CABARAN.

Oleh Mansor Puteh






Seperti tersiar dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia mengenai perkara tersebut saya ingin menyatakan di sini bahawa isiu ‘Seman’ disuruh masuk ke pawagam, ianya adalah teilambat. Kalau awal dulu Finas sarankan ianya relevan. Tetapi kini seperti yang telah saya hantar surat kepada Norshah Thamby, ‘Seman’ cuma boleh dipindah ke vidio supaya dapat didagangkan dan saya boleh serahnya ke Finas untuk ditayang di TV.
Finas boleh ambil wang yang saya hutang, dengan ditolak wang yang saya rugi oleh sebab ‘Seman’ tidak dapat dijual ke Jepun oleh sebab sabotaj oleh Finas sendiri dan ke pesta, filem antarabangsa seperti Kalkatta, Tokyo, dan bakinya dipulang kepada saya dari wang yang diberi oleh RTM.
Soal ‘Seman’ ditayang di pawagam tidak sesuai oleh sebab ianya filem ‘experimen­tal’. Ini disebabkan Finas telah memahan pinjaman saya cuma RM16,000 dari RM85,000 yang dipersetujui. Ini bererti filem saya terganggu dan saya tidak dapat menyiap penggambaran. ‘Seman’ cuma boleh ditayang di TV aan saya perlu RM4,000 untuk menyiapkan salinan vidio.
Mengenai cabaran saudara menyuruh saya mengarah filem, saya sudah menulis beberapa skrip. Tetapi, sanggupkah linas beri saya wang untuk menerbitnya? Saya perlu RM500,000 untuk membuat sebuah filem.
Saudara tidak perlu cabar saya mengarah filem, sebab saudara tau saya tidak mampu menghasilkan filem setakat ini. Saya cuma mempunyai pendidikan sama seperti penvarah di Hollywood dan sudah menulis skrip. Yang saya perlu cuma wang untuk menerbit filem saya. Saya tidak gentar.
Kenapa Finas tidak boleh berlaku seperti Persatuan Badminton (BAM) yang menaja dan menggalak bakat, dan tidak sabotaj mereka. Kalau Haji Sidek terpaksa membayar wang untuk menyuruh anak-anaknya bermain badminton sehingga kini mereka akan terperok di Kuala Selangor dengan bermain badminton dengan kasut lama.
Kita sudah mempunyai banyak pengarah terdidik tetapi F'inas lebih suka sabotaj mereka terutama sekali saya. Adakah Finas takut kalau saya melebihi P Ramlee dan menang Oscar dan dipelawa mengarah filem di Hollywood?
Kalau ada perlu perbincangan mengenai cadangan dan saranan saya tolong saya sudah bersedia. Saya tidak takut kalau ‘Seman’ ditayang di TV depan ratusan ribu manusia. Atau kalau filem-filem kedua dan ketiga dan seterusnya kurang mendapat sambutan.
Saya yakin dengan kelayakan dan tahab pemikiran serta kreativiti saya boleh mendapat pengiktirafan di Amerika dan Eropah. P Ramlee tidak pemah tiba ke sana.
Akhir sekali, Finas yang sabotaj dan terus sabotaj kalau Finas tidak dapat mengusulkan rancangan untuk membantu pengarah terdidik seperti saya berkarya. Ini merupakan satu kegagalan Finas iaitu untuk memberi peluang pengarah terdidik berkarya dengan merigadakan program tertentu yang khusus bagi mengatasi masalah utama mereka iai tu ‘financing’.
Kalau BAM boleh taja pemain badminton sehingga berjaya, kenapa Finas tidak boleh berbuat seperti itu untuk membantu pengarah filem terdidik demi, kepentingan perusahaan?
Sepatutnya Malaysia sudair boleh menghasil empat-puluh buah filem setahun dan penonton terdiri dari berbilang kaum, han masyarakat Cina dan India kurang senang dengan filem Hong Kong dan India saperti zaman lalu. Dan Malaysia sudah boleh menang Oscar. Jadi, komen saudara mengenai rencana saya dalam Utusan Malaysia tidak tepat dengan maksud yang saya beri.
Kenapa sistem studio tidak boleh dihidupkan semula? Ianya tidak perlu seperti Jalan Ampas atau Hollywood, tetapi seperti negara lain. Pokoknya, ialah kita perlu ada suatu sistem ala sistem studio yang boleh galak pertumbuhan dan halang kehancuran. Sistem terbuka sekarang lebih pentingkan perniaga dan bukan pengkarya.
Mungkin apa yang saya cakapkan ini boleh difaham oleh mereka yang berkelayakan dan terdidik.
Sekurang-kurangnya saya belum disepak hingga pengsan semasa menyertai pesta filem antarabangsa. Kenapa Shubaimi beritau saya dan rakan lain peristiwa berkenaan di Manila.
Kalau raja-raja kini boleh dikritik, masakan si ikan bilis tidak boleh? Tidak seorang di Malaysia yang bleh buat analisa tentang perusahaan filem kita seperti saya. Ini disebabkan kelayakan akademik dan professional saya unik. Saya terlebih kelayakan untuk Malaysia.
Pengerusi dan ketua pengarah Finas Cuma birokrat dan bukan pakar. Ini yang menyebabkan Finas mundur sebab birokrat berangan jadi pakar.
Kejayaan saya mendapat pendidikan di perinpkat sarjana dalam bidang perfileman di Bandaraya New York belum ditandingi oleh sesiapa lagi. Ini satu kejayaan kita.








Rabu, 4 Disember 2013

CUACA MEMBEKU, PERTANDINGAN HANGAT...JALUR GEMILANG BRRKIBAR MEGAH DI PEST FILEM DI VILA REAL DI PORTUGAL.

Oleh Mansor Puteh


Bandaraya Vila Real di Portugal kecil dengan penduduk tidak lebih 60,000 orang, dan ia adalah sebuah bandaraya tua dengan bangunan lama yang masih kekal yang mereka mahu terus kekal.

Untuk datang ke sini orang kena terbang ke Porto dan naik LRT Metro ke Bandar Porto sebelum naik bus pula ke Vila Real.

ia sebuah bandar tua yang jarang dikenali sebagai pusat prrfileman penting tetapi mereka tekad menganjur Pesta Filem Dokumentari dan Transmedia Antarabangsa Rios, dalam masa bandar lain di Portugal yang tamatkan pesta filem mereka termasuk yang diadakan di Figueira da Foz yang mana telah beri penghargaan kepada filem awal saya 'Seman' dalam pertandingan.

Kini Vial Real pula beri penghargaan kepada dokumentari saya 'Berdansa ikut rentak Sejarah. ..'

Jadi dalam cuaca membeku dan dalam pertandingan yang hangat,  bendera Jalur Gemilang boleh juga terbang dengan megah.

Kalah, menang adat pertandingan,  tapi mendapat peluang bertanding dengan pihak lain diperingkat antarabangsa tentu mencemaskan. Manalah tahu kalau Malaysia akan bernasib baik dalam pesta fikem ini...

Tahun 2013 sudah hampir tamat tanpa memberi sebarang peluang lain kepada pengarah filem Melayu capai sebarang kejayaan dalam bidang perfileman di peringkat antarabangsa.

jadi tahun ini tahun meleset buat perusahaan filem tempat.

Itulah sebabnya filem Melayu bukan sebahagian dari sinema dunia, bahkan tidak wujud   di muka bumi lagi sebab filem Melayu tidak ke ana-mana dan pengarah dan sarjana filem Melayu juga tidak ke mana-mana.

Dan seri dimana-mana pesta filem antarabangsa jumlah karya yang dipilih segelintir  dari yang diterima jadi pertandingan untuk anugerah sengit.