Selasa, 30 Julai 2013

SEJARAH RINGKAS SIKAP ANTI-ISLAM DI BARAT. – BAHAGIAN II.

Oleh Mansor Puteh





Dalam pada itu, yang menjadi mangsa ialah orang Arab dan Dunia Islam sendiri.
      Ini tidak dapat dinafikan sebab Israel berperang dengan Dunia Arab dan orang, Islam di Amerika, dan barat khususnya menjadi mangsa.
      Pemikiran studio di Hollywood serta media hiburan dan berita cetak dan elektronik bertukar dalam sekelip mata.
      Kini mereka menganggap sesiapa berketurunan Arab itu itu sebagai ‘musuh’ dan berita mengenai Arab dan Islam mestinya berbau negatif. Dan ditambah pula dengan tindakan pejuang-pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang ketika itu agressif menyebabkan imej stereotaip orang Arab dan ugama Islam diketengah dan dipermain-mainkan.
      Tindakan dia dan lobi Yahudi di barat terhadap Arab dan Islam berlaku sehingga kini.
      Dalam pada itu pula masyarakat Arab di Amerika mengalami tekanan jiwa dan sebagai kelompok besar di nagara itu, mereka terdesak untuk bergabung dan turut memberi sokongan terhadap dunia Arab dan ugama Islam yang kini tertindas oleh dia dan masyarakat di Barat.
      Ini menyebabkan lagi kerengangan diantara masyarakat Amerika itu sendiri.
      Masyarakat Arab di Amerika agak besar tetapi ia tidak setempat, dan oleh yang demikian mereka tidak dapat bergabung dengan mudah. Disamping itu mereka tidak mempunyai pemimpin. Tambahan pula kebanyakan tokoh utama Arab di negara itu terdiri dari orang Arab kristen dari Lebanon.
      Muncul pula pertubuhan ‘The Nation of Islam’ dan pemimpinnya Elizah Muhammad dan tokoh penting lain seperti Malcolm X dan Muhammad Ali.
      Pertubuhan ini telah. berjaya menarik minat orang kulit hitam atau Afro-Arican untuk menganut ugama suci ini.
      Keadaan di America kini menjadi lebih kecoh dengan munculnya sekumpulan orang Amerika berkulit hitam yang bukan Arab tetapi kini berugama Islam. Dan mereka turut memberi sokongan kepada kaum seugama mereka.
      Media yang dikawal oleh Yahudi menjadi lebih tegas dalam usaha mahu mempengaruh ahli politik di Amerika dan masyarakat umum yang bukan Yahudi dan caranya ialah untuk menampilkan isiu-isiu anti-Arab dan anti-Islam serta mengeluarkan filem-filem yang mempunyai watak ‘jahat’ berketurunan Arab dan berugama Islam.
      Kesemuanya ini dapat dilihat sehingga kini dan terbitnya beberapa buah judul filem dimana orang Arab diguna sebagai pengganas, sentara orang putih sebagai wira.
      Bagaimanapun, keadaan mulai reda bila perjanjian damai diantara PLO dan Israel menjadi kenyataan beberapa tahun dahulu. Ada media di Amerika dan di barat sendiri yang tidak dikawal oleh Yahudi yang telah mula mempersoalkan peranan ‘jahat’ atau ‘pengganas’ orang Arab dan ugama Islam seperti yang telah lazim diguna oleh media sebelum ini.
      Namun demikian keadaan belum dan tidak mungkin boleh pulih seperti sebelum tercetusnya peperangan Arab-Israel dalam tahun 1904an dulu.
      Dunia Arab dan orang Islam mesti ‘belajar’ dari orang Yahudi dengan menwujudkan perusahaan filem mereka sendiri untuk menampung keperluan satu-setengah bilion umat Islam di Dunia Islam yang kini mempunyai lima-puluh-lima buah negara.
      Disamping itu Dunia Islam mesti menwujudkan satu sistem perhubungan dan media cetak dan elektronik supaya mereka dapat menyebarkan maklumat yang tepat serta dari sudut kacamata mereka sendiri, tanpa mengguna bahan-­bahan berita dari media yang dipunyai dan dikuasai oleh Yahudi.
      Dan adalah tidak wajar kalau kita menyalahkan orang Amerika dan di barat seluruhnya dengan sikap negatif terhadap Arab dan Islam, sedangkan yang menjadi dalangnya ialah segelintir orang Yahudi berfahaman Zionis dan yang berkepentingan.
        Masyarakat di Amerika serta barat sebenarnya tidak mempunyai niat jahat terhadap orang Arab dan Ugama Islam. Mereka cuma telah dipengaruh oleh media mereka sendiri yang mengapi-apikan isiu-isiu perkauman dan keugamaan semata-mata untuk membantu dalam proses penerimaan negara Israel dan menguatkan kedudukan negara ini dikalangan ahli politik di Capitol Hill, supaya Amerika terus menyokong Israel.
        Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan Amerika sendiri akan menolak Israel sama seperti negara Kesatuan Soviet yang berfahaman komunis yang telah berjaya, untuk menolak negara-negara di bawah penjagaanya pada suatu ketika dahulu.
        Ini berlaku oleh sebab Kesatuan Soviet telah muflis. Mungkin Amerika juga akan runtuh di atas segala dosa yang terkumpul dan akhirnya mesti menganggap Israel sebagai bebas dan harus diketepikan demi kepentingan negara Amerika.
        Scenario seperti ini mungkin ketika ini janggal; tetapi ia tidak keterlaluan.
        Kalau Israel terketepi oleh Amerika dan penyokong-penyokong setianya satu hari nanti, dunia amnya akan menjadi lebih aman. Dan lobi Yahudi di Amerika akan hilang taring, dan Dunia Arab dan Islam akan menjadi aman, dan orang Islam megah dan makmur.
        Disamping itu Dunia Islam dan masyarakat Islam seluruh dunia harus bersatu­padu dan menjalinkan perhubungan erat yang melampaui batasan politik, dan falsafah kemanusiaan, supaya nilai-nilai suci Isiam diketengahkan.
        Dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa kuasa yang benar-benar besar di dunia ini akan muncul dari kesemua keruntuhan seperti yang kita telah alami di Timur Tengah, Bosnia dan negara negara Islam di Afrika yang mana telah mencemar ugama Islam itu sendiri.
        Usaha-usaha memburuk-burukkan Arab dan Islam oleh orang Yahudi berfahaman Zionis di Amerika dan barat telah tiba ke kemuncaknya. Mereka tidak boleh beri sebarang alasan lagi untuk tetus mengguna kuasa dan dia mereka untuk terus memburuk­-burukkan orang Islam dan Arab.
     Dan kini sudah tiba detiknya untuk seluruh dunia mengenali siapakah mereka dan apakah niat mereka sebenarnya.
     Dunia Islam akan muncul sebagai Kuasa Dunia dalam Melinium akan datang. Insyallah.


Sabtu, 27 Julai 2013

SEJARAH RINGKAS SIKAP ANTI-ISLAM DI BARAT. – BAHAGIAN I.

Oleh Mansor Puteh









Barat pada asalnya tidak milikki fahaman anti-Islam. Dunia Islam pada mulanya dijadikan bahan untuk para anthropologi, sejarah dan kesenian serta kebudayaan. Dunia Arab dianggap aman, dan orangnya yang mempunyai wajah manis dan perwatakan sopan dan baik, dan lelakinya tanpan dan romantik.
        TAmerikan Dunia Islam atau Dunia Arab seperti yang lazim dianggap pada ketika itu adalah semata-mata dari perspektif sejarahnya yang begitu lama, dengan peradaban yang lampaui lima ribu tahun, dengan saman Firaon di Mesir Silam.
        Terdapat banyak sarjana Barat yang memempunyai pengkhususan dalam pengajian Arab dan Islam. Mereka menghasilkan banyak buku yang, telah menjadi rujukan. Disamping itu penyelidikan menyeluruh mereka telah turut menarik perhatian golongan lain di barat, termasuk pengarah-pengarah filem di Hollywood.
        Tidak dapat dinafikan bahawa kini terdapat berpuluh-puluh buah filem yang diterbit oleh hampir semua studio besar di Hollywood sejak zaman filem bisu sehingga dekad 1960an.
        Dan filem-filem ini dipadankan dari kisah-kisah penting dalam kesusasteraan Arab dan lagenda atau sejarah langsung.­
        Kalaulah kita dapat ngguna filem-filem seperti yang dikeluarkan oleh studio besar di Hollywood yang kesemuanya dimiliikki oleh usahawan Yahudi berfahaman Zionis sebagai kayu ukur atau ‘barometer’, kita boleh bersetuju bahawa pemikiran negatif terhadap orang Arab atau Ugama Islam ketika itu tidak wujud.
        Malah watak-watak Arab dan kisah-kisah dari dunia Arab seperti yang telah digunakan semata-mata untuk narik perhatian penonton di Amerika dengan kisah-kisah narik dan watak-watak Arab yang dianggap sebagai ‘romantic heroes’ atau vira romantik.
        Kita cuma dapat turunkan nama-nama filem seperti ‘The Sheik’ yang diintangi oleh bintang filem lagenda Hollywood Rudolf Valentino yang main watak seorang sheikh. Rudolf memakai pakaian lengkap Arab dengan kafiyeh atau tudung kepala, dalam filem hitam-putih dan bisu atau tanpa suara ini. Dan watak inilah yang telah naikkan namanya oleh pononton di Amerika.
      Sehingga kini bila tiba hari ulang-tahun kelahiran atau kematian Rudolf, masyarakat di Amerika akan menampilkan gambar-gambarnya dengan memakai pakaian jubah dan kafiyeh Arab.
      Banyak lagi filem-filem berlatar-belakangkan dunia Arab dan Islam, seperti ‘Casablanca’ yang dibintangi pelakon lagenda Hollywood lain iaitu Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman.
      Filem ini boleh dianggap sebagai salah sebuah filem penting keluaran Hollywood sehingga kini.
      Disamping itu terdapat berpuluh-puluh, malah beratus-ratus judul filem lain yang menampilkan dunia Arab dan kisah-kisah dari Hikayat Seribu Satu malam dari Iraq yang telah diterbitkan.
      Malahan, sehingga kabelakangan ini juga studio Disney di Hollywodd gemar menerbit filem dari kisah hikayat yang sama dalam bentuk kartun, seperti ‘Aladdin’ dan ‘The Return of Jafar’ dengan menampilkan watak kartun Arab dan berlatar-belakargkan dunia Arab atau lebih tepat lagi Iraq pada saman silam.
      Namun demikian, secara purata, pemikiran masyarakat di Amerika termasuk media cetak dan perusahaan filem, rata-rata tidak mempunyai fikiran negatif terhadap dunia Arab dan Islam.
      Tetapi, keadaan segera bertukar apabila letusnya peperangan Arab-Israel dalam tahun 1940an dulu, dengan kemuncaknya dalam Peperangan 1967 atau lebih dikenali dengan nama ‘Peperangan Tujuh Hari’ (Seven-Day War) oleh pihak Arab, atau ‘Yom Kippur War’ oleh pihak Israel mengambil nama sempena perayaan Yom Kippur ugama Yahudi mereka.
      Pembentukan negara Israel khusus untuk kaum Yahudi di Eropah mendapat tempat kediaman secara tetap dan bernegara dalam tahun 1947 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lupakan punca utama bagaimana orang Yahudi di Amerika SyAmerikat dan barat telah menggunakan pengaruh dan kuasa kewangan, serta penaklukan media hiburan maupun persuratkhabaran untuk kepentingan umat Yahudi dan negara Israel itu sendiri.
      Dan lobi Yahudi atau ‘Jewish Lobby’ di Capitol Hill di Washington, DC, dan dalam arena politik Amerika, serta di kalangan masyarakat umum di negara itu kian merebak sehingga terwujudnya slogan ‘anti-semetic’ atau ‘anti-Yahudi’.
      Sehingga sekarang ini barang sesiapa di Amerika, barat atau di mana-mana seluruh dunia mengamalkan perbuatan, bercakap dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai mempunyai pahaman anti-Yahudi, dia akan dikecam oleh dia dan ahli politik di Amerika.
      Lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya institusi-institusi Yahudi seperti Jewish Defamation League (Liga Penghinaan Zahudi) dan Bnai B’rith iaitu kumpulan pemuda-pemudi Yahudi di Amerika yang berpengaruh dan kuat.
      Ternyata kedudukan orang Yahudi di Amerika SyAmerikat dan di barat amnya, menjadi lebih kukuh dan berinstitusi dengan (bercetusnya peperangan Arab-­Israel.
      Mereka mengumpul dana bernilai beratus-ratus juta dolar Amerika dalam beberapa jam, dan pelakon utama Hollywood yang berdarah Yahudi membantu untuk lawan bagi pihak Israel, bila Mesir mula menempuh kubu Israel dalam peperangan hebat tahun 1967 dulu.
      Kesemuanya ini menyebabkan orang Yahudi di barat, khususnya menjadi lebih angkuh, dan mereka tidak segan-silu menguna segala harta-kebendaan dan kawalan ke atas dia hiburan serta berita mereka untuk menjaga kepentingan umat mereka dan kewujudan negara Israel.


Selasa, 23 Julai 2013

DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN) MATI TAK BERKUBUR:

PELANCARAN GAH TAPI TAK LAMA KEMUDIAN IA TERKUBUR…
Oleh Mansor Puteh



Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang kini telah dilancar dengan begitu gah dan meriah sekali sehinggakan ramai orang awam tertunggu-tunggu apakah akhirnya seorang P. Ramlee baru akan muncul bagi mengatasi desakan mereka untuk mencari ‘penggantinya’.

Dan pelbagai rancangan telah disusun dengan katelog yang dicetak yang membariskan segala jenis kegiatan seni yang KPKK mahu galak diperkembang dan dimajukan.

Tentu sekali para karayawan semua bidang tiba-tiba menjadi bersemangat, dengan ramai mereka memerahkan otak mereka untuk menghasilkan cadangan yang boleh dikemukakan kepada KPKK untuk ditimbang diberi dana dan geran.

Tetapi malangnya sejak November tahun lalu, ad aura-ura berkata bahawa DIKN telah terkubur.

Mereka yang telah dijemput untuk beri cadangan dalam sesi ‘pitching’ di sebuah hotel lima-bintang akhirnya pening; mereka terlihat bintang bertaburan di sekelilling kepala.

Apa sudah jadi dengan DIKN yang sudah tentunya telah dirancang oleh pegawai dan pakar di KPKK dengan terperinci dengan mendapat suntikan sebanyak RM200 juta dari kerajaan pusat?

Dan apa sudah jadinya dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kempen pilihanraya ke-tiga-belas dulu yang berlangsung di Sri Perdana bila sekumpulan pengkarya seni dijemput mendengar pengumuman tersebut.

Mereka senyum riang. Senyuman mereka bertambah lebar apabila Najib mengumumkan bahawa KPKK sudah ada RM112 juta untuk diagihkan dalam DIKN dengan wang tambahan boleh diberi oleh kerajaan sekiranya jumlah yang ada itu tidak mencukupi.

Tetapi sekarang kita dapat tahu bahawa DIKN sudah dibatalkan; ia mati tak berkubur.

Dan kecelaruan ini ditambah lagi apabila KPKK telah dibahagikan ke dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang diketuai oleh Datuk Shabbery Cheek dan Datuk Nazri Abdul Aziz.

Kedua-dua mereka masih lagi tidak membuat pengumuman tentang hala tuju yang mereka mahu adakan, samada DIKN masih dikekalkan dibawah kementerian mana.

Dan apa yang akan terjadi dengan mereka yang telah membuat permohonan dana dan geran untuk terbit pelbagai jenis karya seni termasuk filem dan dokumentari?

Ada yang diberitahu bahawa permohonan mereka tidak dapat diterima oleh sebab kementerian tidak ada wang, walaupun permohonan mereka tidak ditolak.

Jadi akhirnya ke mana hala tuju industri kreatif negara itu sendiri, apakah ia akan dibiarkan seperti dulu, dengan pihaik swasta mendominasinya untuk membuat segala apa yang mereka suka?

Atau apakah satu perancangan baru yang boleh dan harus dilakukan untuk meneruskan DIKN tetapi dengan cara yang baru dengan kegigihan baru oleh menteri berkenaan.

Kemungkinan besar DIKN terletak dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Jadi adalah menjadi tanggung jawab Menteri Datuk Shabbery buat sedikit pengumuman mengenainya sebab kegiatan DIKN ini boleh dianggap sebgai kegiatan induk kepada perkembangan industri kreatif itu sendiri.

Tanpa DIKN kegiatan dan industry kreatif negara akan menjadi lesu, dan kalau ia dibiarkan, lambat-laun atau lama-lamaan ia akan pudar.

Sebenarnya DIKN mempunyai konsep yang baik; dan ia boleh menggerakkan industri kreatif kalau perancangan asalnya dapat dilaksanakan dan pemohon yang bijak dan kreatif sahaja yang boleh diberi manfaat darinya dan bukan mereka yang hanya mahu berkecimpung dalam bidang seni dan kreatif oleh sebab mereka fikir mereka boleh dapat dana dan geran.

Malangnya pinjaman dana yang diberi kepada beberapa penerbit filem oleh KPKK dulu yang ditadbirkan oleh Bank SME dan BSN telah ternyata gagal.

Tidak sebuah filem yang mendapat dana dari KPKK boleh dianggap sebagai telah mengharumkan nama negara, kecuali filem ‘Bunohan’ yang mendapat pinjaman dari BSN, walaupun kutipannya di pawagam tempatan tidak mengkagumkan.

Tetapi filem-filem lain yang mendapat sokongan dari SME dan BSN ternyata gagal.



Ahad, 21 Julai 2013

BERTEATER UNTUK MENAIKKAN TAHAB PENGUNAAN BAHASA MELAYU DIKLANGAN PENUNTUT DAN MASYARAKAT BUKAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh







Kegiatan teater baik untuk latihan mengucap, bertutur serta lakon dan bergaul. Jadi, tidak hairanlah kalau dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris di universiti dan institut pengajian tinggi bidang teater sering digalakkan sebagai salah sebuah kegiatan penting.
Pengajian bahasa Inggeris di institut pengajian tinggi tempatan telah menggalakkan penuntut untuk mengambil kegiatan dalam teater supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman dan pengunaan mereka dalam bahasa ini.
Jadi, sehingga kini, terdapat banyak penuntut, khususnya bekas penuntut yang memanjangkan kegiatan berteater dalam Bahasa Inggeris sehingga memereka keluar dari universiti.
Dan kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris ini telah berkembang sehingga ia kini menjadi satu uktiviti kebridayaan untuk kelompok tertentu atau lebih dikenali sebagai ‘elitis’:
Terdapat banyak kumpulan teater bahasa Inggeris yang telah ditubuhkan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya khususnya dan di negeri-negeri lain.
Dan tidak hairanlah kalau kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris ini telah membentukkan satu ‘sub-culture’ khusus untuk mereka yang mengagongkan bahasa asing itu.
Boleh dikatakan bahawa kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris telah membuat  kegiatan berteater dalam Bahasa Melayu terketepi. Orang lebih menganggap bahasa teater Inggeris itu lebih hebat atau tinggi tahabnya jika dibandingkan dengan teater Melayu.
Kenapakah ini berlaku?
Tidakkah boleh pihak kenterian pendidikan, misalnya muatkan bidang teater dalam sukatan pelajaran dan pengajian Bahasa Melayu khusus dikalangan penuntut bukan Melayu, supaya mereka dapat bergiat dalam bidang ini untuk meninggikan kefahaman dan pengunaan mereka dalam bahasa kebangsaan itu?
Kalau teater Inggeris telah menyebabkan kenaikan tahab penerimaan masyarkat tempatan terhadap bahasa Inggeris, tidak sukar difikirkan kalau teater Bahasa Melayu juga boleh menyebabkan kenaikan tahab penerimaan bahasa ini dikalangan penuntut dan masyarakat bukan Melayu.
Cuba fikirkan: Penuntut bukan Melayu, khususnya, bertutur dalam bahasa kebangsaan dalam bilik darjah, dan bila mereka ke luar ke kantin atau berjalan sesama sendiri di koridor, mereka akan bertutur dalam bahasa ibunda.
Pengunaan Bahasa Melayu pada kebanyakan mereka cuma sesuai untuk mendapat markah dan lulus peperiksaan.
Jadi, satu cara untuk menggalakkan penuntut bukan Melayu untuk terus mengguna bahasa kebangsaan seterusnya di luar bangku sekolah dan di jadikannya satu kegiatan seharian ialah dengan memupukkan kegiatan berteater dikalangan penuntut.
Sehingga kini tidak terdapat satu sekolah menengah atau tinggi maupun universiti dan institut pengajian tinggi di negara kita yang mempunyai sebuah kelab teater Bahasa Melayu dengan keahlian terdiri dari penuntut bukan Melayu.
Ini berbanding dengan kelab-kelab teater bahasa Inggeris yang telah ditubuhkan oleh ramai penuntut pengajian bahasa Inggeris dalam institut pengajian maupun di luar.
Mungkin kalau kenterian pendidikan menegalakkan penubuhan kelab teater Bahasa Melayu dikalangan penuntut bukan Melayu sebagai dalam sukatan pelajaran di masa depan kita akan dapat lihat pertumbuhan yang sihat dalam pengunaan bahasa kebangsaan di peringkat swasta, disamping luaskan pengunaan bahasa kebangsaan.
Kelab-kelab teater dalam bahasa Inggeris atau Kelab Teater Inggeris telah digalak penubuhannya oleh pegawai Inggeris tatkala Malaya dibawah penjajahan mereka dulu.
Ini berlaku di kalangan orang awam yang berminat dengan seni teater dan dalam sukatan pelajaran pengajian di institut pengajian tinggi.
Tujuannya ialah untuk menggalakkan orang bukan Inggeris terus berminat dengan bahasa asing ini, sehingga ia boleh rubah corak dan cara hidup mereka.
Dan sekarang ini jelas ketara di mana kita dapat lihat pertumbuhan satu ‘sub-culture’ di kalangan sekolompo& masyarakat orang Malaysia daii semua latar belakang dan keturunan bertutur dalam bahasa Inggeris dan mempunyai corak dan cara hidup mirip orang Inggeris, kalau tidak lebih dari mereka.
Teater Inggeris di Kuala Lumpur terus berkembang sebab mendapat sokongan dari sekolompok penuntut yang terdedah dengan teater Inggeris samasa menuntut di universiti dahulu.
Dan teater Melayu pula terus dipelopori dan dimajukan oleh bekas penuntut universiti dan lain-lain yang berminat dengan teater Melayu.
Dan kini jelas ketara di mana orang bukan Melayu tidak libatkan diri dalam teater Melayu sebagai pengiat maupun penonton.     Oleh yang demikian teater Melayu kini telah hilang peranannya sukar untuk menghibur peminat teater Melayu yang terdiri dari orang Melayu sendiri.
Sesuatu yang terdesak harus dibuat untuk mengubah kedudukan anih ini.
Dan salah satu dari caranya ialah untuk mengadakan sukatan pelajaran di sekolah lagi untuk menggalakkan penuntut bukan Melayu menceburkan diri dalam teater Melayu dengan  menubuh kelab sama seperti penuntut tempatan yang digalakkan untuk bergiat dalam teater Inggeris oleh penjajah Inggeris dulu.
Lama-kelamaan kegiataan teater Melayu ini dapat dianggap sebagai suatu kegiatan biasa dikalangan masyarakat bukan Melayu untuk terus bergiat dengannya dan sebagai penonton am.
Tidak hairan juga kalau satu hari nanti, teater Bahasa Melayu boleh mendapat sokongan pengiat dan penonton dari kalangan orang bukan Melayu.
Ini dengan sekaligus menggalakkan mereka mengguna bahasa kebangsaan dan menikmati budaya tempatan dan naikkan tahab penerimaan bahasa ini dan meletakkannya ke tahab yang lebih tinggi dan murni.
Kementerian Pendidikan harus menyedari bahawa kegiatan teater ini bukan sesuatu yang enteng, khusus untuk mereka yang gila dengan teater.
Bahkan, sebaliknya teater Melayu khususnya boleh mainkan peranan penting untuk meninggi tahab penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, disamping meluaskan pengunaan bahasa ini di kalangan orang bukan Melayu.
Adalah menjadi harapan saya agar terdapat sebuah kelab yang ditubuhkan oleh orang bukan Melayu yang khususnya memberi persembahan teater dalam Bahasa Melayu, sama seperti terdapat dengan begitu banyaknya kumpulan teater bahasa Inggeris yang ditubuhkan oleh orang tempatan yang bukan Inggeris.










Khamis, 18 Julai 2013

SARJANA FILEM DISINGIR DALAM INDUSTRI FILEM YANG TANDUS.

...FILEM MELAYU TIDAK KE MANA, DAN NAMA NEGARA TIDAK DISANJUNG DALAM FILEM DUNIA.
Oleh Mansor Puteh



Memang sukar untuk sesebuah negara melahirkan seorang seniman terbilang, yang dapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Kita tidak ada sistem yang boleh beri pengiktirafan seperti itu.

Jadi pokok pangkalnya; filem Malaysia atau filem Melayu mesti dapat pengiktirafan dari pesta filem antarabangsa dulu sebelum ia boleh disanjung oleh penonton tempatan, dan tidak sebaliknya.

Mungkin prosesnya akan mengambil masa sebab ramai penonton tempatan beranggapan filem yang berjaya di pesta filem antarabangsa itu sukar untuk mereka faham dan terima, tetapi lama-kelamaan mereka akan gunanya sebagai kayu ukur untuk menerima filem-filem tersebut sebagai filem bermutu.

Jadi walaupun ‘Bunohan’ dikatakan telah mendapat pengiktirafan di beberapa buah pesta filem, namun, ia tidak melonjakkan filem ini dari segi penerimaan oleh penonton tempatan.

Sebabnya ialah penonton masih mempunyai pemikiran lama.

Mereka mesti tukar sikap dan guna kayu ukur penerimaan oleh pesta filem antarabangsa itu sebagai yang lebih mutlak, berbanding dengan penilaian mereka sendiri.

Soalannya ialah kenapa ramai penonton dan orang awam sekarang yang masih menganggap filem-filem lama keluaran oleh studio di Singapura sebagai yang bermutu?

Tidakkah ini disebabkan ia telah menerima pengiktirafan dari beberapa buah pesta filem antarabangsa khusunya oleh Asia Film Film atau Pan-Pacific Film Festival?

Malah P. Ramlee sehingga kini dianggap sebagai seniman penting Melayu disebabkan itu, iaitu penerimaan olehnya beberapa anugerah dalam tahun 1960an dahulu.

Oleh sebab itu mereka masih tidak malu-malu menganggap karya filem terbitan lama dulu seperti masih berguna.

Ia adalah mewakilli zaman dulu; dan ia boleh dikenang. Tetapi ia tidak boleh menggerakkan industri filem kini. Dan ia boleh beri perangsang kepada golongan pengkarya filem baru mendapat tenaga untuk terus majukan industri.

Yang boleh majukan industri sekarang tergantung dengan berapa ramai sarjana dalam bidang perfileman yang negara dapat lahirkan, yang mana mendapat pendidikan dari sekolah filem dan universiti terkemuka diseluruh dunia.

Yang sedihnya jumlahnya begitu kecil. Tetapi hampir semua mereka telah dipinggirkan.

Mereka dianggap sepi dan pendapat mereka tidak mahu diambil kira seperti mereka bercakap dalam bahasa asing dalam bidang yang mereka tidak pakar.

Jadi apa guna kerajaan mahu gesa anak bangsa berusaha dan maju dalam bidang pendidikan dalam semua bidang. Dan ini sudah pasti tidak mengecualikan bidang perfileman.

Malah sehingga kini tidak terdapat seorangpun yang telah mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang perfileman.

Yang ada hanyalah Anuar Arai kelulusan bidang perfileman dan teater dari University of Southern California (USA) dan beberapa orang lagi. Dan semua mereka dihumban ke universiti mengajar anak-anak muda, termasuk Dr Anuar yang menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa menjawat Rektor di Aswara.

Sedangkan minatnya adalah dalam bidang pengarahan filem.

Adman Salleh, kelulusan sekolah filem di London juga dihumban ke Aswara, sedangkan dia dulu menang anugerah pengarah filem terbaik untuk 'Paloh'.

Ada beberapa lagi yang berminat mengarah filem dengan mempunyai kelayakan tertentu, tetapi mereka dipandang sepi. Mereka hanya layak diberi jawatan sebagai pensyarah di Aswara atau UiTM.

Adalah malang untuk negara yang mahu maju dalam semua bidang tidak beri pengiktirafan kepada mereka yang berkelayakan, tanpa mengenakan syarat-syarat yang bukan-bukan.

Apa lagi yang mahu disuruh mereka perolehi - pendidikan dan pengelaman sudah mereka ada.

Adakah mereka juga perlu untuk mencari dana sendiri untuk buat filem dan kalau mereka menang anugerah Oscar, baru kita anggap mereka itu penting dan Oscar itu milik negara?

Berapa juta sudah negara labur dalam perkembangan ahli sokan kita, dan berapa pingat Olimpik sudah mereka milikki? Mereka diberi latihan secukupnya, bertanding dalam semua pertandingan di luar negara dengan semua kos dibiayai oleh persatuan sokan dan kerajaan dan pihak swasta.

Tetapi hasilnya tidak berapa.

Malah Malaysia boleh merangkul anugerah dalam bidang perfileman termasuk Oscar kalau kerajaan beri tumpuan dan bawa bersama mereka yang ada kelayakan dan pengelaman untuk beri saranan dan pendapat.

Malah ada yang sering beri pandangan tetapi pandangan mereka dianggap sepi yang mahu memperkecilkan pihak tertentu.

Pandangan serong oleh pihak yang berkuasa seperti ini tidak baik untuk pembangunan industri filem atau negara. Ia adalah pemikiran anti-kemajuan.

Jadi tidak hairanlah kalau kedudukan Malaysia dalam filem dunia lebih rendah berbanding dengan Myanmar, Nepal, TIbet, Mali dan negara-negara mundur dalam bidang ekonomi di Afrika dan Amerika Selatan lain.

Dan sehingga kini hanya sebuah filem dari Malaysia sahaja iaitu 'Bunohan' yang telah dijemput ke beberapa buah pesta filem antarabangsa.

Sebuah lagi ialah dokumentari berjudul, 'Writing in the Sand...' arahan saya yang dijemput ke sebuah pesta filem di Iran Februari lalu.





Isnin, 15 Julai 2013

MELAYU MASIH BODOH DAN JAHIL TENTANG UGAMA ISLAM

– SANGGUP BERCAKARAN DALAM BULAN RAMADAN YANG MULA DEMI REBUT KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI BESUT, TERENGGANU PADA 24 JULAI, 2013, DAN ‘BATU API’ YANG MELAGA-LAGAKAN MELAYU.
Oleh Mansor Puteh


Mungkin ada sebabnya kenapa pilihanraya kecil kawasan Besut di Terengganu diadakan dalam bulan Ramadan.

Ia bukan bererti bahawa kematian ahli dewan undangan negeri Besut tidak boleh membawa iktibar yang penting untuk umat Islam. Mungkin ada.

Dan kalau adapun, ia adalah untuk menunjukkan kepada orang Islam di Malaysia betapa jahil mereka.

Dalam bulan Ramadan mereka masih mahu bercakaran rebut sebuah kerusi ADUN.

Dalam tahun 1434 Hijrah, umat Islam di Malaysia masih belum kenal dengan Islam sejati, dan di Dunia Arab masih ada orang Islam yang masih mahu bertekak sesama sendiri sehinggakan sanggup berbunuhan.

Mereka telah dilalaikan dengan masalah utama yang dihadapi oleh Umat Islam di seluruh dunia.

Orang Arab yang telah disatukan dengan Islam dengan pengunaan Bahasa Arab yang telah nenek-moyang mereka guna untuk menolak dialek atau bahasa tempatan.

Namun, dengan mempunyai bahasa sama dan ugama sama, mereka masih boleh bercakaran.

Dan di Malaysia Umat Islam masih berpecah.

Nilai ugama tidak bermakna kepada mereka. Nilai politik dan desakan peribadi untuk individu tertentu yang mahukan kerusi ADUN dan parlimen membuat Umat Islam di Malaysia turut berpecah.

Dan perpecahan di Dunia Arab menguntungkan pihak anti-Arab dan anti-Islam.

Sama juga perpecahan dikalangan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia turut menguntungkan pihak anti-Melayu dan anti-Islam di dalam dan juga di luar negara.

Musuh Islam di Dunia Arab berpeluk tubuh lihat gelagat Arab bercakaran dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Dan musuh Melayu dan Islam di Malaysia juga boleh berpeluk tubuh melihat Orang Melayu dan Umat Islam bercakaran sesama sendiri walaupun mereka belum terdesak untuk menjadi fizikal.

Pilihanraya kecil atau PRK Besut sesungguhnya beri iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Tetapi malangnya, tidak sesiapapun yang sedar akannya.

Pihak PAS bertarung dengan Umno, walhal kedua-dua pihak Orang Melayu yang menganut ugama Islam yang sama.

Tetapi persamaan ini tidak semestinya boleh menwujudkan persefahaman dikalangan Bangsa Melayu di Malaysia, sama juga dengan persamaan dikalangan masyarakat Arab yang tidak boleh menyatukan Bangsa Arab.

Tentu ada sebabnya kenapa Bangsa Melayu di Malaysia dan Nusantara Melayu tidak boleh bersatu.

Dan tentunya juga ada sebabnya kenapa Bangsa Arab di Dunia Arab tidak boleh bersatu.

Apa yang ramai tidak sedar ialah tentang adanya ‘batu api’ dikalangan pihak anti-Arab dan anti-Islam di Dunia Arab dan di Malaysia yang tidak mahu Orang Arab dan Orang Melayu bersatu.

Mereka mencocok orang Arab dan Orang Melayu dari haluan kiri dan akhirnya mereka dapat undi dan keuntungan besar dari kuasa politik yang mereka idamkan.

Selagai Orang Melayu dan Orang Arab masih jahil tentang Ugama Islam dan tidak sedar bahawa ‘batu api’ ini wujud di dunia mereka, selagi itu Orang Arab dan Orang Melayu tidak akan bersatu.

Dan selagi itu juga Dunia Arab dan Malaysia dan Nusantara Melayu akan bergolak.

Bukan tidak ada sebab kenapa Kebangkitan Arab atau Arab Spring berlaku. Dan tidak ada sebab kenapa Melayu di Malaysia terus berpecah.

Ia bukan tentang kenapa PAS bencikan Umno; tetapi lebih dari itu, pihak PAS yang tidak sedar bahawa mereka telah lama hidup bergaul dengan ‘batu api’ yang mereka yang sebenarnya tidak mahukan Melayu di Malaysia bersatu.

Dan di Dunia Arab, ada negara-negara Arab dan pemimpin mereka yang telah lama serahkan jiwa dan raga mereka untuk bersekongkolan dengan pihak yang benar-benar mempunyai niat jahat terhadap Orang Arab dan Dunia Arab.

Pihak anti-Arab dan anti-Islam ini adalah ‘batu api’ yang telah menyebabkan wujudnya Arab Spring dan kenapa PRK Besut diadakan walhal kawasan ADUN Besut adalah milik Melayu sepenuhnya.

Jadi kenapa mesti Melayu bertelagak dan bertekak sesama Melayu lain dalam PRK Besut pada 24 Julai ini semata-mata untuk satu pihak – PAS atau Umno dapat kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan mereka boleh kongsi kerusi itu dan wujudkan kuasa yang lebih kuat dan mutlak dalam DUN Terengganu.

Sama juga untuk kawasan DUN dan parlimen seluruh negara yang mempunyai majority pengundi Melayu tetapi Melayu PAS dan Melayu Umno masih bercakaran.

Pemimpin PAS jahil tidak kenal apa itu musyawarah. Mereka tahu Islam ikut cara dan fahaman sendiri.

Malah Orang Arab di Dunia Arab juga tidak kenal dengan konsep musyawarah, seperti yang dituntut oleh Islam.

Mereka lebih tahu untuk menghukum dan keluarkan fatwa, yang dengan tindakan dan pemikiran ini telah menyebabkan Dunia Arab dan Dunia Melayu di Malaysia bergolak, dengan isiu-isiu remeh-temeh yang ternyata dapat melekakan ramai pemimpin PAS dan Umno.

PAS sepatutnya sudah lama dibubarkan sebab ia adalah parti politik yang kecil yang tidak mungkin boleh tarik perhatian dan sokongan dari Melayu umumnya.

Yang jelek dan bodohnya ialah PAS lebih sanggup bersekongkolan dengan bukan-Melayu yang dengan jelas dan nyata mengaku mereka tidak sokong perlaksanaan Hukum Islam di Malaysia.

PAS lebih sanggup ikut telunjuk bukan-Islam dari cari jalan untuk bermesyawarah dengan Umat Islam dalam Umno yang telah lama melaksanakan Hukum Islam setakat mana yang mereka mampu.

PRK Besut sebenar-benarnya menunjukkan betapa jahilnya pemimpin dan penyokong PAS yang mahu bercakaran dengan Umat Islam lain dalam bulan Ramadan al-Mubarak.

PAS tidak beri sumbangan kepada penyatuan Umat Islam di Malaysia; ia hanya dapat rasa bangga halang Umno menyatukan Bangsa Melayu, dan PAS harus sedar bahawa sejak parti ini ditubuhkan prinsip mereka bertukar-tukar ikut angin pemimpin utamanya.

Mereka tidak kecam orang bukan-Islam yang mengamalkan kehidupan tidak bermoral, dan biarkan mereka terus dengan cara hidup mereka, sedangkan adalah menjadi tanggung jawab Orang Islam untuk beri faedah kepada mereka yang dianggap lebih jahil dari Umat Islam sendiri yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran,

Ini PAS tidak berani melakukan sebab mereka takut mereka akan hilang undi dari bukan-Melayu.

Pilihanraya Kecil Besut pada 24 Julai membuktikan bahawa Melayu di Malaysia masih jahil dan bodoh tentang Islam.

Kehancuran di Mesir dan negara Arab lain juga membuktikan bahawa Orang Arab juga masih bodoh dan jahil tentang Islam.


Ternyata Orang Melayu dan Arab tidak sedar siapakah ‘batu api’ yang telah melaga-lagakan mereka demi untuk melihat Dunia Arab dan Dunia Melayu dan Islam di Malaysia bergolak sebab dengan cara ini mereka boleh mendapat keuntungan dari perpecahan dikalangan masyarakat Arab dan Melayu. 

Khamis, 11 Julai 2013

APA ADA PADA NAMA?

Oleh Mansor Puteh









Ya, apa ada pada nama?
Tentu banyak sekali. Pulau Belakang mati kini ditukar menjadi Pulau Sentosa. Dan pemerintah Singapura mengekalkan nama-nama tempat di seluruh republik itu termasuk menamakan sebuah hospital utama, Hospital Kandang Kerbau, walaupun kemudiannya mereka telah menukarkannya kepada KK Hospital.
Malah terdapat banyak lagi nama-nama tempat di seluruh Republik Singapura yang mengguna nama asal Melayu termasuk jalan-jalan raya penting dan daerah, dan sebagainya, sehingga kini., walaupun mereka berhak menukarkannya ke nama-nama yang lebih canggih atau moden, atau dengan pendeknya, lebih ‘antarabangsa’ dan ‘Inggeris’. Tetapi, ini. tidak dilakukannya.
Sebaliknya, di negara kita banyak nama-nama tempat kini  gguna nama Inggeris, atau setidak-tidaknya nama yang berbau Inggeris atau Melayu-Inggeris yang dipadankan dari Inggeris dengan ejaan yang mirip Melayu.
Cuba lihat iklan kawasan perumahan baru yang diiklankan saban hari, dan kita akan dikejutkan dengan pelbagai nama yang tidak berbau tempatan, tetapi ditiru dari Barat.
Adakah ini mencerminkan nilai kita yang kian berubah terhadap bunyi dan perkataan dalam bahasa kita, dan bahasa itu sendiri?
Kalau iapun, kenapa mesti nama diInggeriskan? Untuk mendapat glamor atau sebab kita keliru?
Yang sudah pasti ialah kalau gejala mengguna nama asing itu diteruskan atau dibenar untuk diteruskan, satu hari nanti, kita akan linat pada peta negara kita dan terperajat kalau-kalau kita sedang lihat peta sebuah negara di Eropah, misalnya.
Mungkinkah satu hari nanti negeri-negeri di negara kita juga akan ditukar ke nama lnggeris?
Satu kehairanan yang telah lama saya rasa ialah kenapa sebuah negara seperti Singapura begitu kuat sekali dengan nama lagu asalnya dan tidak berganjak mahu menukarnya ke nama Inggeris?
Dan kenapa, pula rakyat di negera kita khususnya pemaju perumahan dan tuan punya bangunan pencakar langit serta projek hiburan raksaksa dan pusat hiburan sebaliknya gemar mengguna nama asings.
Saya juga hairan kenapa Republik Australia, New Zealand serta Arika Syarikat tetap dengan nama asal iaitu dari bahasa Orang Asli serta Maori mereka.
Cuba lihat peta Amerika Syarikwt dan kita akan dapat baca nama Dayak Amerika di hampir semua daerah, termasuk nama negeri-negeri, ibukota negeri itu sendiri dan pekan-pekan kecil.
Amerika Syarikat dan Australia merupakan dua buah negara dengan majoriti Inggeris yang enggan tukar nama Dayak Amerika dan Orang Asli ke nama lain termasuk Inggeris.
Seattle, Dakota, lebraska, Illinois, Woolloomoolloo, Quenbeyan adalah nama asal di kedua buah negara itu yang kekal sehingga kinit sama seperti Kandang Kerbau, Potong Pasir, Changi, Teluk Ayer dan sebagainya.
Tidakkah nama-nama ini mempunyai rahsia disebaliknya? Apakah mesti kita masa malu dengan nama Perang Besar?
Apakah kita tidak tahu disebalik nama- nama yang lama dan usang itu tercatit sejarah yang penting dalam dunia kita?
Tentu ada banyak yang boleh diperkatakan ngenai nama pekan seperti Alor Gajah, Kampung Kelemak, Kampung Bongek, Nilai, Sepang darl sebagainya.
Mestikah kita tukarkan nama-nama pekan itu ke nama Inggeris atau ala Inggeris kalau ia dimajukan oleh pemaju-pemaju bandar atau pusat sokan dan hiburan untuk mirip Inggeris?
Boleh dikatakan banyak nama-nama lama dan bersejarah seluruh negara kita telah hilang dari ingatan dan sejarah. Ia dilupuskan begitues sahaja oleh projek pemodenan.
Ini yang menyedihkan, sebab separuh nama itu telah wujud sejak beratus-ratus tahun tanpa diusik oleh penjajah seperti Portugis, Sepanyol, Jepun, Inggeris atau sebelum itu oleh Siam dan sabagainya.
Tetapi, dalam sekelip mata nama-nama itu telah hilang ditengelamkan oleh projek padang golfa, pusat bandar baru, kawasan perumahan dan lain-lain.
Dan menyedihkan sekali ialah banyak nama jalan raya di seluruh negara yang dulunya mempunyai nama Znggeris tetapi telah ditukar ke nama-nama Melayu atau tempatan. Dalam pada itu pula nama-nama lain ditukar sewenang-wenangnya dari Melayu ke Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Amerika.
Tentu kita harus sedar betapa ruginya golongan masa depan yang tidak tahu sejarah setempat kampung mereka yang telah berkembang menjadi pekan dan kini menjadi pula lapangan terbang, pusat bandar, pusat hiburan dan golfa penting.
Kita tentu boleh meniru apa yang telah dibuat oleh perintah di Singapura, Australia, New Zealand dan Amerika yang telah mengekalkan nama-nana lama sehingga kini walaupun daerah-daerah berkenaan di negara tersebut mengalami perubahan akibat proses permodenan.
Atau apakah kita malu dengan nama Melayu lama yang telah diberi oleh nenek-­moyang kita sendiri? Atau apakah kita berasa malu dengan sejarah dan kebudayaan serta peradaban kita?




Isnin, 8 Julai 2013

KENAPA ANAK MELAYU GEMAR MELEPAK?

Oleh Mansor Puteh







Isiu lepak nampaknya lebih melibatkan anak-anak Melayu berbandingkan dengan anak kaum lain, khususnya Cina, walaupun masalah ini kurang ketara di kalangan anak India.
Tentu kita kini sudah mempunyai bukti jelas kenapa jumlah yang besar mereka yang melepak itu adalah anak Melayu. Ini dapat dilihat kalau kita bersiar di Pasar Seni dan pusat membeli-belah utama seluruh bandaraya.
Dan biasanya para psikologi serta komentar masyarakat akan menyatakan bahawa masalah lepak serta kegiatan bohsia ini adalah berpunca dari masalah sosial dan seperti itu.
Tetapi, saya kurang yakin bahawa masalah sosial rupakan masalah utama yang membuat anak Melayu khususnya menghadapi masalah itu. Kalau tidak kenapa anak kaum Cina dan India juga tidak menghadapi masalah seperti ini?
Jadi, apa yang jelas ialah masalah ini bukan semata-mata isiu sosial' tetapi ekonomik.
Masalah yang dihadapi oleh anak-anak Melayu jelas betlaku di kalangan kaluarga dimana ibu dan bapa atau bapanya sahaja yang makan gaji di pejabat atau di kilang, dan keluarga bergantung dari pendapatan bapa mereka.
Ini berbanding dengan kelarga Cina di mana kebanyakan mereka membuka kedai dan menjalankan perniagaan kecil.
Ini bererti bahawa anak-anak Cina yang gagal di sekolah atau tidak berjaya mencari pekerjaan di pejabat awam atau kerajaan, akan diresap ke dalam perniagaan keluarga sendiri.
Oleh yang demikian, anak-anak Cina jarang melepak sebab mereka telah didik untuk mengguna masa yang luang walaupun semasa bersekolah untuk membantu di kedai keluarga sendiri.
Berbanding pula dengan anak-anak Melayu yang tidak dapat mengharapkan sebarang jenis pekerjaan dari keluarga sebab bapa mareka sahaja yang bekerja makan gaji.
Dalam musim cuti sekolah lagi mereka sudah belajar untuk melepak dan kerja ini disambung kalau mereka gagal selepas tingkatan tiga atau lima. Dan mereka mereka melepak sambil menunggu dapat sebarang jenis pekerjaan yang layak didapati seperti peon.
Ini juga, menerangkan bahawa terdapat begitu ramai anak Melayu yang menunggang motosikal pada waktu malam sebab jenis pekerjaan mereka ialah untuk menghantar surat sebagai peon.
Dan peringkat umur mereka yang melepak juga dapat dikaji; mereka dalam lingkungan belasan tahun. Ini menerangkan bahawa mereka belum lagi mempunyai tanggung jawab sendiri dan boleh membuang masa sehingga lewat malam.
Bila mereka meningkat lebih dewasa mereka akan berkahwin dan tinggalkan kegaitan melepak. Dan untuk gadis pula, mereka akan juga bertukar corak bila meningkat dewasa dan mendapat pasangan hidup.
Jadi masalah melepak dan kegiatan bohsia dikalangan kaum Melayu sebenarnya berpunca dari kegagalan kerajaan untuk mengalakkan perkembangan dan pertumbuhan kalangan peniaga kecil atau kelas ‘trading’ di kalangan masyarakat Melayu.
Jelas peniaga kecil di kalangan Cina telah kian berkembang sejak Kuala Lumpur wujud lagi sehingga sekarang. Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat Cina lebih menjalankan pekerjaan sendiri dari makan gaji di pejabat. Oleh yang demikian masyarakat Cina boleh maju dalam bidang ekonomi dan sekaligus mengatasi masalah pengganguran di kalangan golongan muda mereka.
Masyarakat Melayu boleh mengatasi masalah lepak dan bohsia kalau kerajaan mengalakkan orang Melayu untuk menceburkan diri dalam lapangan perniagaan kecil.
Dengan cara ini bukan sahaja pekedai itu sendiri yang boleh mendapat ganjaran bahkan isteri dan anak-anaknya sekali.
Dan kalau anaknya gagal dalam peperiksaan dia juga boleh diserap ke dalam kedai untuk lakukan apa jenis pekerjaan dan akhirnya membantu memperkembangkan kedai itu sendiri.
Ini jelas dilihat dalam perniagaan yang dijalankan oleh masyarakat Cina yang bermula secara kecil-kecilan tetapi kian membesar bi la mereka mendapat modal yang lebih dan bila ahli keluarga mereka bertambah.
Mereka boleh beri pekerjaan kepada anak-anak dan serta saudara-mara sendiri, termasuk anak Cinu keluarga lain.
Satu bancian boleh membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya mempunyai sistem ekonomi mikro yang berjaya memberi peluang pekerjaan untuk sesiapa sahaja, di kalangan mereka, dan pekerjaan kian berkembang dan jenis perkerjaan juga berubah menjadi lebih canggih.
Ini juga menerangkan kenapa hampir semua kedai dalam mana-mana pasaraya dan pusat membeli-belah dimilikki oleh kaum Cina.
Dan kalau kita kaji kedai-kedai yang dijalankan oleh orang Melayu sendiri samada mereka telah menjalankan perniagaan secara sendiri atau dengan mendapat dorongan dari Mara atau UDA, apa yang jelas ialah anak-anak mereka tidak menghadapi masalah lepak dan bohsia.
Cuma yang menghadapi masalah ini adalah yang  terdiri dari ibu atau bapa yang tidak menjalankan perniagaan kecil sendiri, atau yang bekerja di pejabat dengan mendapat gaji tetap.          
Ini sebenarnya yang membuat masalah ini wujud dikalangan masyarakat Melayu, iaitu masyarakat itu sendiri secara amnya dan keluarga Melayu secara khususnya telah gagal untuk menwujudkan pelbagai jenis perniagaan untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang gagal peperiksaan.
Ini juga menerangkan kenapa anak Melayu yang tidak gagal di sekolah dan berjaya melanjutkan pendidikan di institusi pengajian tinggi tidak lepak atau terlibat dengan gejala bohsia.
Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian. Kalau mereka gagal, sudah tentu mereka juga akan bersama anak Melayu di Pasar Seni dan pusat membeli-belah lain.
Kalau kerajaan dan pihak berkenaan ingin mengatasi masalah lepak dan bohsia ini, mereka harus lihat isiu ini selain dari menganggapnya sebagai masalah sosial.
Masalah utama yang meyebabkan masalah ini ialah ekonomi. Lebih-lebih lagi dengan penghijrahan orarg Melayu ke kota, untuk mencari nafkah, anak-anak mereka akan berkeliaran dan terima pengaruh dari hiburan dan mencari pelbagai jenis kegiatan sosial untuk luangkan masa.
Oleh yang demikian kegiatan Rakan Muda yang membelanja berpuluh-puluh juta ringgit serta pembinaan pusat masyarakat (Communty centers) di seluruh negara sudah pasti tidak akan berjaya, sebab peranan dan keberkesannnya tidak relevan.
Anak-anak muda disuruh meluangkan masa mengikuti rancangan Rakan Muda secara tertip tetapi mereka akan tetap tidak akan dapat pekerjaan bila rancangan atau kursus itu selesai.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, adalah penting bagi kerajaan dan agensi lain seperti Mara dan UDA untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan kecil supaya satu sistem ekonomi mikro dapat diwujudkan dalam masyarakat Melayu itu sendiri dan mereka akan berdikari.
Disamping itu masyarakat itu akan menwujudkan pelbagai jenis pekerjaan untuk ­kaumnya sama seperti apa yang berlaku di kalangan masyarakat Cina.
Masalah lepak dan kejadian bohsia sebenarnya mencerminkan betapa mundurnya masyarakat Melayu dalam perniagaan kecil. Dan betapa bergantungnya orang Melayu kepada kerja-kerja tetap di pejabat awam dan swasta.
Keaduan ini tidak serupa dengan masyarakat Cina yang lebih pentingkan menjalankan perniagaan kecil secara sendiri, dan yang menguntungkan dirinya serta keluarga dan perniagaan mereka boleh diwarisi oleh anak-anak yang boleh mengembangkan serta majukannya.







Jumaat, 5 Julai 2013

KUMPULAN KEBUDAYAAN SAN PEDRO, JOE LAZAROO DAN WARISAN BUDAYA PORTUGIS-MELAKA…

Oleh Mansor Puteh




Kawasannya dulunya terpencil jauh dari Bandar Melaka. Ia adalah kawasan paya.

Maka tidak hairan kalau kawasan dimana terletaknya perkampungan ini dikenali dengan nama Ujong Pasir yang mana sesuai pula untuk kerja nelayan yang dilakukan oleh masyarakat Portugis dulu.

Malah pekerjaan menangkap ikan menjadi bidang pekerjaan ramai pemuda Portugis di perkampungan ini sehingga beberapa tahun lalu apabila kawasan pantainya telah ditambak dan bangunan baru dibangunkan di situ, yang menyebabkan banyak ikan dan udang yang mereka tangkap dengan banyak dulu, sudah tiada lagi.

Ini memaksa nelayan yang berjumlah kecil terpaksa pergi jauh ke Selat Melaka untuk menangkap ikan.

Dan ini juga memaksa anak-anak muda keturunan Portugis itu mencari pekerjaan dalam bidang lain dan di luar perkampungan itu, di seluruh Melaka dan Malaysia sehingga ada yang terpaksa bekerja di hotel di Singapura.

Dalam tahun 1960an dahulu, sebaik sahaja Merdeka, ada sekumpulan pemuda Portugis berpindah dan ambil kerakyatan Australia dan negara Inggeris lain. Kebanyakan mereka kini menetap bersama keluarga di Perth, Australia.

Namun, mereka masih tetap pulang ke Kampung Portugis itu untuk menziarahi sanak-saudara dan rakan mereka yang masih menetap di situ, walaupun jumlah mereka sudah berkurangan olehsebab ramai yang sudah tiada; dan yang ada hanyalah anak dan cucu atau cicit mereka.

Kaum Portugis yang meninggal dunia dulunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristen di Bukit Serindit tetapi olehsebab ia sudah penuh, yang lain-lain itu dikebumikan di Jelutung pula.

Di Ujong Pasirlah dirasa sesuai oleh pihak Inggeris untuk ditempatkan sekumpulan masyarakat keturunan Portugis di Melaka supaya mereka dapat hidup ikut cara dan ugama mereka, jauh dari masyarakat terbanyak Melayu keturunan Islam dan lain-lain khususnya Cina, Baba dan Nyonya dan India.

Mereka dipisahkan dari masyarakat lain sebab cara hidup dan ugama mereka berbeza, walaupun masyarakat terbanyak terdiri dari Melayu berugama Islam tidak mengusik mereka; sebaliknya perhubungan intim diantara Melayu dan kaum Portugis tidak dapat dinafikan.

Lebih-lebih lagi apabila kaum Portugis dulu lebih mirip orang Melayu dari segi percakapan dan perbualan mereka dengan kesenian berpantun dan menyanyi dan berjoget rentak yang dibawa oleh Portugis dikongsi bersama.

Sekarang ini tidak mudah dapat melihat wanita keturunan Portugis yang mahu memakai baju kebaya labuh dengan sanggul yang dicocok dengan cucuk sanggul, kecuali bila ada perayaan.

Dunia kaum Portugis kini sudah banyak berbeza, dengan anak-anak mereka lebih gemar berlagak seperti anak-anak muda lain yang terpengaruh dengan kebudayaan barat.

Namun, boleh dikatakan bahawa anak-anak muda kaum Portugis itu masih boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan baik, berbanding dengan kaum bukan-Melayu lain.

Dan ramai anak-anak muda kaum Portugis juga sudah tidak faseh berbahasa Portugis seperti emak dan nenek mereka dulu.

Jadi lambat-laun golong muda dan baru akan lupa dengan bahasa ibunda mereka oleh sebab mereka tidak diberi pendidikan dalam bahasa ini.

Penempatan atau Perkampungan Portugis (Portuguese Settlement) kelihatan seperti satu usaha untuk meminggirkan mereka, sama seperti masyarakat Cina yang telah ditempatkan oleh Inggeris semasa zaman komunis dulu supaya mereka tidak terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Tetapi jauh dari kesan yang telah mendorong pihak berkenaan mahu wujudkan penempatan untuk masyarakat Portugis, ia sebenarnya menjadi sesuatu yang menakjubkan, dengan kesan yang dapat dirasa sehingga sekarang.

Sebab tanpa Perkampungan Portugis ini, masyarakat mereka sudah pasti tidak akan wujud seperti sekarang, dan mungkin akan jadi seperti masyarakat keturunan Belanda yang pernah ada di Melaka.

Tetapi oleh sebab tidak ada penempatan khas untuk mereka, maka masyarakat keturunan Belanda di Melaka tidak wujud dengan orang keturunan Belanda hidup bersama masyarakat lain dan dengan perkahwinan campur, maka jatidiri dan kewujudan mereka tidak dapat dirasakan lagi.

Walhal, pemerintahan Belanda di Melaka tidak juga pendek dan berpengaruh berbanding dengan pengaruh penaklukan Portugis dari 1511 hingga 1641 atau selama 130 tahun.

Penaklukan Belanda pula berlangsung sehingga 1824 atau selama 183 tahun dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyebabkan Nusantara Melayu dibahagikan kepada dua kuasa Eropah ketika itu, iaitu Inggeris dan Belanda.

Sekumpulan anak muda Portugis di Melaka telah dibawa oleh Belanda ke Pulau Jawa dan dipaksa tukar dari ugama Katholik ke Kristen atau Protestan.

Kini mereka berpusat di Kampung Tugu di Utara Jakarta.

Terdapat juga perkampungan Portugis di Aceh, tetapi ia telah dilenyapkan oleh Tsunami Aceh 26 Disember, 2004 dulu.  

Tetapi berbeza dengan masyarakat keturunan Portugis di Aceh, mereka rata-rata berugama Islam yang masih dikenali sebagai orang Portugis.

Timur Leste sahaja yang merupakan negara yang kini masih mengekalkan pengaruh Portugis dalam pemerintahan dan kenegaraan berbanding dengan kawasan-kawasan lain, termasuk Goa di India dan Macau di Negeri Cina yang merupakan tempat peninggalan pengaruh Portugis yang kekal.

Negeri Goa pula telah dirampas balik oleh India dalam tahun 1965 setelah Portugal enggan membenarkan Goa dikembalikan balik ke India setelah mereka tawannya dalam tahun 1509 dulu.

Namun kesan Portugis di Goa masih dapat dilihat dengan ramai penduduknya mempunyai darah kacukan Portugis dan berugama Katholik.

Dan di Utara Jakarta terdapat sekumpulan masyarakat keturunan Portugis di Kampung Tugu, yang terkenal dengan kumpulan keroncong yang dinama ‘Kerontjong Toegoe’ mereka.

Saya sempat bertemu dengan mereka dengan berbual dengan pemimpin kumpulan, Andre Michiels.

Dan kebetulan pula Jakarta menyambut ulangtahun ke-496 dan di Taman Fatahilah terdapat acara tertentu untuk merainya, khusus sebuah perarakan oleh ‘Imam Fatahilah’ mahu serang tentera Portugis diadakan.

Tetapi olehsebab pengaruh Portugis di dunia kini tidak sehebat seperti dulu dan bahasa Portugis pula tidak seluas digunakan, maka wilayah lama Portugis tidak dapat berkembang dan ia hanya tinggal sebagai kenangan penjajahan dan penaklukan Portugis ke atasnya, dengan penduduk di sini menjadi bahan rujukan pakar sejarah dan pencinta sejarah lain yang mempunyai tertarik dengan kisah pembentukan masyarakat Portugis di situ.