Rabu, 24 Disember 2014

BANGI, SHAHALAM, PUTRAJAYA DAN BANDAR-BANDAR DI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN NEGERI-NEGERI MAJORITI MELAYU

…DAN BAYANGAN MALAYSIA DIMASA HADAPAN. …DAN SUDAH MENGELILLINGI MALAYSIA ATAU SEMENANJUNG TANAH MELAYU BARU-BARU INI?
Oleh Mansor Puteh



Memang agak sukar untuk seseorang itu bercakap tentang apa yang sedang dan juga telah berlaku di negara sekarang.

Dan memang agak tidak sukar untuk seseorang itu bercakap tentang apa yang sedang dan juga telah berlaku secara jujur.

Yang jelasnya ialah Malaysia sudah banyak berubah. Perubahan itu berlaku disemua segi.

Lambat-laun Jalur Gemilang akan berkibar dengan lebih gemilang dan lagu kebangsaan Negara Ku akan berkumandang dengan lebih rancak dan segar lagi.

Dan perubahan mendadak dan jelas berlaku hanya sejak beberapa tahun lalu khususnya sejak pilihanraya umum kedua-belas, 2004 dulu, diikut pula dengan pilihanraya umum selelapas itu dalam tahun 2008.

Siapa yang untung dari keputusan dari kedua-dua pilihanraya umum, dan siapa yang rugi darinya?

Banyak orang berkata yang untung ialah pihak haluan Kiri dan juga Cina dan India. Bagaimana?

Cina menang lebih kerusi dalam parlimen dan dewan undangan negeri. Tapi mereka kalah dari segi lain. Macam mana?

Ia dapat dilihat dari segi pemikiran Melayu dan perhubungannya dengan Cina, khususnya Cina chauvinis yang menjadi-jadi; mereka yang tergerak untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak luar batas undang-undang mahu jadi jagoh pihak haluan Kiri.

Beberapa diantara mereka terhumban dengan beberapa lain terpaksa melarikan diri ke Sweden dan Amerika, takut menghadapi kesan sampingan dari tindakan dan perbuatan mereka.

Dan perubahan yang paling jelas sekali ialah yang dapat dilihat dibeberapa tempat atau bandar diseluruh negara.

Sudah ke Bangi, Putrajaya dan Shahalam baru-baru ini termasuk juga di Hulu Langat, Selangor?

Mahu lihat bagaimana Malaysia kelihatan dimasa hadapan apabila Melayu menguasai ekonomi dalam semua bidang dengan bilangan Melayu meningkat ke lebihkurang lapan-puluh peratus jumlah penduduk negara?

Akhirnya nanti orang Melayu semuanya akan berterima kasih kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat serta Pakatan KeAdilan Rakyat (PKR) yang telah menyebabkan keadaan di Malaysia berubah seperti yang telah berlaku dan akan terus berlaku.

Datanglah jengok ke Bangi dan Shahalam.

Dan juga jangan lupa lihat apa yang sudah terjadi kepada Bandaraya Kuala Lumpur sendiri?

Dulu Melayu kurang kelihatan di sini dan terdapat beberapa kawasan di dalam bandaraya ini dimana orang Melayu sendiri takut untuk pergi bukan sahaja pada waktu malam tetapi pada siang hari, khususnya di Pudu, Cheras dan Chow Kit.

Kawasan-kawasan seperti ini mempunyai kumpulan gelap Cina yang menjalankan kegiatan haram.

Tetapi kini Melayu sudah berada dimerata tempat dan kawasan-kawasan seperti ini sudah berubah corak sehinggakan Cina kini sudah hampir hilang.

Bawa kereta dari Zoo Negara ke Dataran Merdeka dan kita dapat lihat bangunan kedai di kiri dan kanan sepanjang jalan yang kini dikuasai oleh Melayu.

Kalau tidak, cuba pergi ke sana dan lihat dengan mata sendiri betapa bezanya bandar-bandar ini berbanding dengan bandar-bandar baru lain di seluruh negara.

Bandar-bandar lama seperti Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kangar juga menampakkan cirri-ciri sama.

Dan lambat-laun semua bandaraya di negara akan mempunyai cirri-ciri terdapat di Bangi dan Shahalam juga.

Sama juga seperti bandar-bandar dan pekan-pekan lain diseluruh negara yang sudah lama menunjukkan perubahan ketara sehinggakan kalau seseorang yang tinggal di situ balik ke sana setelah begitu lama dia akan rasa perbezaannya.

Sama juga dengan Bandaraya Melaka. Macam mana? Tak tahu?

Dulu Bandaraya Melaka sebuah bandaraya yang mempunyai jumlah penduduk Cina yang besar; tidak ada kedai yang dipunyai oleh Melayu.

Tetapi kini keadaan sudah berubah.

Saya tahu, sebab saya berasal dari Melaka dan juga dari bandar. Oleh itu saya dapat lihat dan perhati perkembangan di bandaraya ini.

Dan sudah mengelilling Malaysia atau Semenanjung Tanah Melayu baru-baru ini?

Kalau tidak, cuba pergi ke utara dan ke Timur Tengah dan juga ke Selantan.

Tentu sesiap juga akan dapat melihat dengan kacamata kasar bahawa Malaysia sudah banyak berubah.

Dan perubahan yang ketara ialah dengan bertambah ramai dan banyaknya Melayu diserata tempat mengerjakan pelbagai dan semua bidang pekerjaan.

Kaum Cina dan India kain berkurangan. Ramai dari mereka telah tinggalkan negara untuk menetap di luar negara dimana mereka terperap dan tidak dapat maju dalam bidang sendiri atau dapat bercakap dengan kuat seperti segelintir kaum mereka di Malaysia yang masih boleh mendabik dada berkumpul dalam parti politik yang nenek-moyang mereka telah tubuh lama dulu.

Dan apabila kaum Cina dan India berkurang dimana-mana kawasan perniagaan mereka juga berkurangan sehinggakan tidak ada restoran Cina atau India dimana-mana seperti di Shahalam dan Bangi serta Putrajaya.

Bukan itu sahaja semua pasar malam yang ada diseluruh negara kini dikuasai oleh Melayu dengan orang Cina begitu sedikit menjual barangan mereka.

Dan orang yang datang membeli barang-barang di situ juga hampir kebanyakannya Melayu dan pekerja asing.

Namun begitu ada peniaga Cina yang pandai untuk mengguna nama Melayu untuk menyiaga.

Ini realitinya sekarang yang tidak terdapat diseluruh negara dulu. Dan perubahan ini ketara selepas pilihanraya umum kedua-belas 2004 dulu sehingga sekarang.

Memang jumlah mereka juga telah banyak berkurangan dengan Cina setakat lima-belas peratus dan India separuh dari itu.

Berbanding dengan Melayu dan Bumiputera lain yang kini berjumlah lebih besar, berganda berbanding dengan jumlah empat-puluh peratus semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan 31 Ogos, 1957 dulu.

Dan tidak sampai lima-puluh-empat tahun selepas itu, peratusan Melayu dan Bumiputera meningkat dengan mendadak ke enam-puluh-lima peratus.

Peratusan ini akan meningkat ke lapan-puluh peratus menjelang 2050.

Kalau ini berlaku sikap chauvinis Cina dan India juga akan turut kendur dan akhirnya luntur seluruhnya, sama seperti sikap Cina dan India di Amerika, Australia dan United Kingdom dimana kaum ini terdapat dalam jumlah yang besar tetapi terpencil, sehinggakan mereka tidak dapat menempek dan terpaksa menerima hakikat bahawa negara tersebut adalah negara orang dan mereka hanya pendatang yang berada di situ sebagai pengemis.

Dan mereka terpaksa hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan tidak dapat menempek untuk mendapat sokongan dari kerajaan negara tersebut untuk benarkan mereka buka sekolah Cina dan India.

Ini semuanya akan berlaku. Dan ia tidak akan berlaku tanpa adanya Anwar pasca-Umno/Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.


Jadi ini mungkin menjadi dan boleh dianggap sebagai satu petunjuk bahawa suasana dan keadaan di negara berubah dengan menguntungkan Melayu setiap kali segelintir orang Cina menempek dan masih rasa tidak berpuas hati dengan segala apa yang mereka diberi sehingga kini oleh Melayu yang menyebabkan ramai mereka maju dalam bidang perniagaan walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Isnin, 15 Disember 2014

PENGELAMAN MENJADI PEMERHATI PILIHANRAYA PRESIDEN SYRIA.

…DAN APA KERAJAAN MALAYSIA DAPAT BELAJAR DARI
CARA BERKEMPEN DALAM PILIHANRAYA DI SYRIA BAGI
MENAMBAT HATI PENGUNDI BERBILANG KAUM. …ISIU BAHASA
KEBANGSAAN DAN SEKOLAH ADALAH ISIU PERLEMBAGAAN DAN
BUKAN ISIU POLITIK PILIHANRAYA.
Oleh Mansor Puteh
(ahli pemerhati antarabangsa pilihanraya presiden Syria, 3 Jun, 2014)


Seramai 25 wakil dari 20 buah negara telah dijemput untuk menjadi pemerhati pilihanraya presiden Syaria 2014 yang berlangsung pada 3 Jun yang menyaksikan tiga calon bertanding – Presiden Syria sekarang Bashar al-Asad, Maher Hajar yang merupakan ahli parlimen Syria dan calon bebas, Hassan Alnoori.

Saya merupakan seorang sahaja pemerhati yang dijemput dari Malaysia untuk memerhati perjalanan pilihanraya, dengan kebanyakan peserta lain terdiri dari wartawan dan beberapa pegawai pertubuhan anti-perang dan kemanusiaan di Amerika dan barat, yang sudah biasa membuat kerja ini memantu perjalanan pilihanraya di negara-negara lain.

Dan semua pemerhati tidak dibekalkan dengan sebarang fail atau nota yang mengisi maklumat yang boleh dianggap sebagai usaha untuk membentuk pemikiran dan tangapan kami.

Ia untuk memastikan kebebasan peserta membuat pandangan sendiri tentang apa yang mereka lihat.

Peserta telah tiba di Bandaraya Damsyik di Syria dari Beirut dan Tehran dengan diterbangkan ke Damsyik, Syria dengan diletakkan dibeberapa hotel dengan saya di Hotel Sheraton Damascus.

Dan kami telah dipecahkan kepada beberapa untuk dihantar perhati perjalanan proses pilihanraya di beberapa buah bandaraya utama, ke Aleppo, Homs dan sebagainya.

Saya dihantar ke Bandaraya Homs dengan menaikki kenderaan kalis peluru bersama tiga peserta lain dari Amerika dan India, sementara yang lain diterbangkan ke bandaraya Aleppo yang agak jauh dari Damsyik.

Mungkin peluang untuk ke Bandaraya Homs di utara Damsyik merupakan satu pengelaman yang luar biasa sebab bandaraya ini telah dirampas oleh pemberontak dalam gerakan rampas kuasa tiga tahun dahulu, sebelum ia dibebaskan oleh tentera Syria dalam satu perjanjian apabila puak pemberontak telah dikepong.

Homs kelihatan seperti bandaraya lain, kecuali sebahagian darinya yang telah musnah dengan ribuan bangunan swasta dan persendirian hancur dibom bertalu-talu termasuk masjid dan juga gereja.

Kami mengambil hampir dua jam dalam kenderaan berkonvoi dengan bersinggah di pejabat gabnor Homs sebelum ke pusat membuang undi.

Dan sepanjang perjalanan dan di Damsyik sendiri tidak kelihatan sepanduk, kain rentang dan poster calon-calon yang bertanding, kecuali gambar-gambar dan poster Presiden Syria sekarang yang kelihatan seperti ia telah lama diletakkan di situ, termasuk di dalam semua sekoleh dimana kebanyakan pusat membuang undi diadakan.

Gereja dan bangunan yang telah dimusnahkan oleh puak pemberontak juga telah menjadi pusat membuang undi.

Dan kami sempat bertemu dengan beberapa orang padri di dua buah gereja lama yang bertutur dalam bahasa Arab dengan seorang dalam bahasa Perancis yang telah belajar di negara tersebut.

Walaupun Homs juga mempunyai bilangan besar rakyat Syria berugama Kristen tetapi perhubungan mereka dengan rakyat berugama Islam tetap mesra, sebabnya mereka bercakap dalam satu bahasa iaitu Arab.

Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya orang Kristen Arab bertutur dalam bahasa lain yang boleh membuat mereka semua mempunyai pemikiran dan psikologi asing.

Kami dibawa ke beberapa pusat membuang undi dimana kami dapat melihat proses pengundian dijalankan yang agak berbeza berbanding dengan apa yang diamalkan di Malaysia atau di negara lain, khususnya apabila orang ramai boleh masuk ke dalam bilik berkerumun.

Oleh sebab ia adalah pilihanraya presiden pengundi boleh mengundi dimana-mana pusat membuang undi dari pagi hingga pukul tujuh malam dengan jangka tamat undi boleh disambung sekiranya terdapat ramai orang yang masih belum mengundi.

Dari apa yang dapat diperhatikan sejak awal-awal lagi pilihanraya presiden Syria kali ini lebih merupakan satu pungutan suara atau referendum dari sebuah pilihanraya.

Ini disebabkan hampir kesemua pengundi dan mereka tidak layak lagi mengundi oleh sebab mereka belum mencecah usia 18 tahun, tidak dapat mengundi, tetapi mereka sudah mula mengguna suara mereka untuk beri pandangan tentang siapa yang mereka sokong.

Lagipun, kedua-dua calon yang turut bertanding merupakan watak-watak sampingan dalam politik di Syria, dengan wajah mereka sahaja yang disiar dalam gambar-gambar yang ditampal pada dinding dalam bilik mengundi dengan latarbelakang mereka juga tidak jelas.

Ini berbanding dengan Presiden Bashar al-Assad yang dikenali sejak kecil dahulu, sejak bapanya, Hafiz al-Assad jadi presiden dan sekutu kepada kuasa besar termasuk Amerika.

Laongan, ‘Allah, Syria, Bashar!’ sering dilaong-laongkan oleh penyokongnya dimana kami berada, lebih-lebih apabila mereka sedar ada dikalangan kami membuat rakaman vidio dan gambar pegun, yang memberi makna, ‘Tuhan, Kerajaan dan Raja! dalam bahasa yang ringkas.

Dan menolak Bashar adalah juga bermakna menolak segala-galanya, termasuk perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah diketuai oleh golongan peminpin dulu. Ia adalah satu pengkhianatan.

Proses pilihanraya di sini tidak diguna oleh mana-mana pihak menentang untuk mendapat ganjaran dengan menimbulkan isiu-isiu remeh-temeh seperti dana, hakmilik itu dan ini, dan sebagainya; ia adalah lebih dari itu.

Ia adalah untuk memastikan kesejhahteraan dan keselamatan rakyat dan negara dengan masalah-masalah lain diatasi dalam parlimen dan ruang lain.

Dari segi ini, rakyat dan pengundi di Syria telah menunjukkan kematangan mereka dengan tidak hiraukan masalah peribadi dan puak untuk menjadi bahan jajaan mana-mana calon atau parti politik.

Pilihanraya ini juga mempunyai dua lain peluang, iaitu untuk memberi rakyat atau pengundi di Syria peluang untuk menyuarakan sokongan mereka kepada Presiden Syria yang ada, dan juga untuk negara lain khususnya di Barat yang nampaknya cenderong untuk mengkritik pemerihannya yang mereka anggap sudah berlanjutan.

Tetapi apa yang pemimpin di Barat tidak sedar ialah untuk sebuah negara Arab seperti Syria, apa yang diperlukan ialah pemimpin dan parti yang kukuh yang sudah menunjukkan jasanya untuk membebaskan negara masing-masing dari kuasa penjajah, dan yang telah membangunkan tahab ekonomi mereka sehingga meletakkanya ke suatu tahab dimana mereka boleh terus maju lagi dalam semua bidang dimasa-masa akan datang.

Mereka tidak perlukan pemimpin baru yang tidak ada perjuangan selain dari untuk menonjolkan diri masing-masing lebih-lebih lagi untuk menunjukkan belang dan temberang masing-masing sebab mereka tidak dapat berserta dengan parti utama negara tersebut.

Dan mereka terus menyanyi, menari tarian tempatan yang dipanggil ‘dabke’, yang merupakan tarian rakyat, sama seperti joget lambak di Malaysia, dimana sesiapa sahaja boleh masuk dan tari.

* * * * * * *

Apa yang dapat kerajaan dan Umno serta Barisan Nasional (BN) mempelajari dari cara berkempen untuk pilihanraya di Malaysia?

Ia adalah untuk tidak mengguna cara lama dengan memberi segala yang diminta oleh pengundi termasuk mereka yang bakal tidak mengundi BN sebab ini boleh mengundang pelbagai ‘tawaran balas yang bukan-bukan’ oleh pihak pembangkang yang boleh berjanji untuk beri roket dan bulan.

Apa yang BN boleh guna ialah untuk menukar strategi untuk memberi kepastian berterusan kepada pengundi dan juga kepada semua rakyat Malaysia bahawa BN yang boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan negara dan segala kemajuan yang mereka telah kecapi adalah usaha yang telah dilakukan sejak Merdeka dulu.

Dan apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan BN adalah lanjutan dari usaha berterusan yang menguntungkan semua mereka.

Pembangkang tidak terlibat dengan usaha mencapai kemerdekaan, dan mereka tidak mempunyai tokoh yang berjuang bersama Tunku Abdul Rahman untuk mencapai kemerdekaan sehinggakan Tunku akhirnya boleh berkata dengan bangga bahawa beliau dan Tanah Melayu ‘Dapat mencapai Kemerdekaan tanpa menitis walau setitik darah’ (…achieving Independence without spilling a single drop of blood!)

Jadi strategi Umno dan BN semasa berkempen harus diperbetulkan untuk tidak menggalakkan parti pembangkan buat janji yang bukan-bukan untuk mengelirukan pengundi Cina dan juga Melayu dan bukan-Melayu lain dengan menekankan tentang aspek kesejahteraan dan keharmonian yang rakyat semua telah berjaya menikmati.

Jadi isiu remeh-temeh seperti pendidikan dan sebagainya bukan seharusnya dijadikan isiu dalam pilihanraya; ia adalah isiu perlembagaan yang hanya dapat dan boleh dibincang dalam parlimen dan bukan semasa berkempen dalam pilihanraya.

Dan juga kurang atau jangan kibar sepanduk dan gantung gambar-gambar calon pilihanraya, biarkan suasana bersih dari bendera dan sepanduk parti, untuk pihak pembangkan gantung bahan kempen mereka untuk mencemar suasana, yang boleh memberi kesan negatif kepada sesiapa yang melihatnya. Ia bukan sesuatu perbuatan yang keji dan bukan boleh dibangga-banggakan.


Akhirnya, manifesto BN dimasa depan harus menekankan tentang perkara ini dan bukan cadangan-cadangan untuk menaikkan itu dan menurunkan ini dan juga mengadakan projek itu dan projek ini yang sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan sejak Malaysia atau Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dulu. 

Selasa, 9 Disember 2014

SINEMA NUSANTARA DAN SINEMA DUNIA ISLAM BOLEH SATUKAN BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM.


…DAN KALAU USAHA INI TELAH DAPAT DILAKSANAKAN LAMA DULU, PERGOLAKAN DI NEGARA ARAB SEKARANG TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN DUNIA ISLAM DALAM KEADAAN SERBA ADA DAN MAJU.
Oleh Mansor Puteh


Banyak cara lain yang telah dikemukan dan diusulkan oleh pihak-pihak lain yang mereka fikir boleh menyatukan Bangsa Melayu diseluruh negara dan Umat Islam diseluruh dunia.

Tetapi malangnya, semua usaha yang telah dikemukan dengan beberapa cadangan atau usul dilaksanakan.

Namun, kesannya tidak seberapa.

Dan kekayaan bumi khususnya Minyak yang terdapat di banyak negara Arab dan Islam juga tidak berjaya mendatangkan faedah dan manfaat kepada Dunia Islam.

Sebaliknya ia telah menjadi bahan rampasan oleh kuasa besar bukan-Islam yang diketuai oleh Amerika dan sekutunya untuk merampas bahan mentah ini untuk memajukan negara-negara mereka sendiri, dengan orang Arab menjadi mangsa kepada tindakan ganas mereka yang semuanya tidak dianggap sebagai kerja jahat sebab Amerika dan barat ada Hollywood, pusat propaganda yang telah membuat mereka wira dunia dan bukan pengganas yang sebenar dunia.

Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan telah membuka jalan untuk merapatkan perhubungan Melayu sesama Melayu dan Umat Islam sesama Umat Islam dengan tujuan bahawa Bangsa Melayu dan Umat Islam seluruh dunia boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada persaudaraan sebangsa dan seugama, tetapi untuk memperolehi kebaikan dan keuntungan lain dari segi pertumbuhan ekonomi.

Lebih dari itu, niat Tunku adalah untuk mematuhi sananan para Ambiah dan Nabi Besar Muhammad, s.a.w. dan tuntutan ajaran Islam bahawa Umat Islam bersatu.

Tunku, sebagai anak raja, tidak pandai berpolitik; beliau hanya tahu tunjuk jalan.

Tetapi malangnya usaha Tunku tidak disambung oleh pegawai dan pemimpin Melayu dan Islam kemudian darinya.

Tunku perkenalkan Tilaway Al-Koran, menganjur Pertandingan Bola Sepak Merdeka dan sebagainya.

Ini padanya adalah khas untuk merapatkan perhubungan diantara Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Malangnya Tunku tidak mahu beria-ia mengaku yang beliau mahu laksanakan tuntutan Ugama Islam dengan memperkenalkan kegiatan seperti itu, dan berdiam dengan hanya menganjurkan acara-acara penting seperti itu.

Jadi, tidak hairanlah kalau acara-acara seperti itu menjadi acara sosial sahaja dan tidak ada kesan yang berkekalan dan berlanjutan meliputi semua bidang kehidupan dan kesenian.

Tapi, usaha Tunku itu tidak boleh dimatikan; ia boleh dimajukan. Dan caranya ialah dengan Bangsa Melayu diketuai oleh Malaysia menubuhkan Sinema Dunia Islam dan Malaysia juga tubuhkan Sinema Dunia Islam untuk merapatkan Dunia Islam.

Kalau Hollywood telah berjaya mengguna sinema untuk merapatkan rakyat Amerika yang berbilang kaum, ugama dan latarbelakang akademik, sosial, kebudayaan dan bangsa, jadi sinema yang sama juga boleh diguna untuk Melayu dan Umat Islam disatukan.

Lebih dari itu, Hollywood telah juga diguna oleh Yahudi-Zionis sebagai usaha propaganda mereka, untuk mententeramkan rakyat Amerika agar mereka tidak marah dengan kepimpinan politik dan ketenteraan Amerika yang dikuasai oleh mereka.

Olehsebab itu, Amerika boleh lancarkan pelbagai serangan terhadap mana-mana negara Arab dan Islam lain dengan mengecam pejuang Arab dan Islam sebagai militan dan pengganas, walhal militan dan pengganas yang paling kejam adalah Negara tidak sah Yahudi-Zionis Israel itu sendiri.

Jadi tampa mempunyai Sinema Nusantara, Bangsa Melayu boleh dikatakan tidak wujud di muka bumi, dan Umat Islam tidak dapat disatukan.

Pemimpin politik dan ugama Islam hanya tahu untuk berpidato dan berhujan gesa Bangsa Melayu dan Umat Islam bersatu.

Tapi mereka tidak dapat beri cadangan bernas yang boleh dilaksanakan. Sebabnya ialah mereka tidak belajar bagaimana sesebuah bangsa itu boleh disatukan, bukan dengan menggesa mereka untuk bersatu, tetapi dengan mengadakan pelbagai jenis kegiatan seharian yang boleh membuat ahli-ahli dalam Bangsa Melayu dan Dunia Islam itu bersatu.

Bayangkan: Tanpa Hollywood seluruh Amerika akan bercelaru, dengan setiap kumpulan mengadakan acara ‘pseudo-political’ atau politik-palsu setiap hari dan malam disetiap daerah di Amerika, dengan semua pihak mengecam pihak lain.

Ini yang berlaku di Malaysia dan juga dibanyak negara Arab sekarang, sehinggakan mereka tidak mahu berhenti dengan membuat tuduhan lagi, atau membaling batu, tetapi dengan memegang senjata dan mula bunuh-membunuh, semata-mata untuk menang, walaupun yang akhirnya menang ialah puak Yahudi-Zionis yang mungkin telah lama berusaha untuk melaga-lagakan mereka supaya ia mudah untuk Yahudi-Zionis menghancurkan semua negara Arab tanpa mereka perlu buat apa-apa.

Dan apa sebenarnya yang boleh dilakukan dengan adanya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam?

Tentu sekali banyak Orang Melayu dan Umat Islam dari semua negara diseluruh dunia yang terlibat dalam bidang ini akan dapat perhatian yang lebih meluas dari sekarang untuk menjadikan perusahaan penerbitan filem Dunia Islam besar dan megah, dengan hasil karya yang lebih dekat dengan pengelaman dan sejarah kita sendiri.

Kalau ini berlaku filem-filem dan rancangan televisyen dari negara bukan-Islam akan berkurangan pengaruhnya sebab ia adalah tentang pengelaman dan sejarah mereka yang juga berusaha untuk merosakkan akhlak Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh dunia.

Dan kalaulah Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam telah lama diwujudkan, saya yakin semua negara Arab dan Islam lain hari ini akan menjadi negara-negara yang paling maju seluruh dunia dengan Umat Islam menguasai semua bidang kerjaya dan usaha.

Lebih dari itu, negara-negara Arab tidak akan dicemuh dan dihancur oleh kuasa Yahudi-Zionis seperti yang sedang berlaku sekarang khususnya di Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya, angkara perbuatan jahat mereka.

Arab Spring, Bahagian Pertama atau Arab Spring, Part One, berlaku khusus untuk mengusir Yahudi-Zionis dari tanah Palestine dan bukan untuk Arab menghancurkan negara mereka sendiri seperti yang berlaku dalam tahun 2011 dulu.

Jadi, bukan sahaja Bangsa Melayu dan Dunia Islam perlukan penerbitan filem-filem dan bahan untuk siaran untuk televisyen; lebih dari itu, ia boleh menggerakkan suatu tindakan untuk merapatkan perhubungan seharian Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh dunia tanpa henti.

Inilah sebenarnya kesan yang Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh perolehi dengan tertubuhnya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam; ia bukan untuk menggalakkan seniman Melayu dan Islam berfoya-foya tetapi untuk mereka diangkat menjadi pemimpin sosial, kebudayaan dan kesenian.

Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh seniman dan pengkarya seni di Hollywood dan Amerika yang mana telah memberi semangat kepada rakyat negara ini untuk terus maju dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dari bidang yang berkembang dari bidang penerbitan filem.

Lembah Silikon di negeri California tidak boleh wujud tanpa adanya Hollywood sebelum itu. Dan pemimpin perusahaan semua bidang juga tidak boleh wujud dengan pemikiran yang sesuai tanpa ada Hollywood.


Akhirnya, masa depan Bangsa Melayu di Malaysia dan seluruh Nusantara Melayu dan Umat Islam seluruh dunia bergantung dengan ada atau tidak adanya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam. 

Jumaat, 5 Disember 2014

BAGAIMANA DRAMA TELEVISYEN DAN FILEM MELAYU GALAK MELAYU BENCI MELAYU DAN INSTITUSI UTAMA MELAYU DAN KESANNYA DAPAT DILIHAT DI JALANAN DAN PILIHANRAYA UMUM YANG LALU.

…MASA UNTUK BERTINDAK IALAH SEKARANG DENGAN BERHENTIKAN PENYIARAN SIRI DRAMA YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN BANGSA DAN NEGARA.
Oleh Mansor Puteh



Sebenarnya drama televisyen Melayu khususnya yang telah lama disiar di RTM stesen televisyen swasta lain yang menyebabkan banyak anak muda Melayu dan mereka yang telah berpencen mempunyai sikap buruk terhadap diri mereka sendiri.

Lebih teruk dari itu ialah apabila mereka yang enggan dan tidak akan menyalahkan diri mereka sendiri sebab mereka gagal dalam hidup dan kerjaya masing-masing serta pendidikan akan mencari pasal dengan institusi utama Melayu, termasuk institusi Raja-Raja serta Umno dan Barisan Nasional (BN), tanpa sebarang sebab yang masuk akal.

Dan masalah sama berlaku dikalangan dikalangan sekumpulan orang Cina dan India yang juga terikut-ikut dengan gelagat Melayu yang memandang serong terhadap diri mereka sendiri dan bangsa mereka serta institusi yang telah ditubuhkan untuk membantu mereka semua, dengan ada yang telah mendapat banyak manfaat darinya, tetapi tetap belot dan cemuhnya.

Ini yang menyebabkan pilihanraya umum kedua yang berlalu menunjukkan tindakan balas dari mereka itu.

Bagusnya kaum India sudah mula mempunyai sikap yang baik dan mereka sedar siapa yang sebenarnya beri manfaat untuk mereka dan kini mempunyai rasa kesyukuran.

Berbanding dengan kaum Cina yang masih mempunyai perasaan dingin terhadap kerajaan; dengan ada yang berani menempek dikhalayak ramai dan mencemuh serta menyalahguna kedudukan yang mereka diberi selepas pilihanraya umum tersebut tanpa memberi sebarang manfaat kepada kaum mereka sendiri, yang masih mahu menepuk tangan dan galak mereka untuk menunjuk sikap berang mereka.

Semuanya ini telah dipupuk oleh jenis drama Melayu yang setiap hari disiar di RTM, yang mencemuh segala-gala yang baik untuk Melayu.

Pada Hari Raya Haji dulu, sebuah stesen televisyen swasta menyiarkan sebuah drama khas dan saya kebetulan menonton sebahagian darinya dan apa yang saya dapat lihat dan kaji mengejutkan.

Ia adalah sebuah babak yang menunjukkan seorang anak muda Melayu yang balik ke rumahnya dan dia bertekak dengan emaknya sendiri dan menempek dengannya seperti emak dia adalah binatang!

Tetapi apa yang boleh dilihat dari kejadian ini yang sering berlaku dalam drama telvisyen tempatan yang disiar oleh stesen ini dan stesen kerajaan dan swasta lain beberapa kali hampir setiap hari adalah bagaimana anak muda Melayu digalak untuk benci emak dan juga bapa mereka.

Dan apa yang pegawai stesen televisyen dan malangnya pakar psikologi serta pegawai kementerian penerangan tidak sedar ialah apa yang berlaku dalam drama-drama seperti ini adalah usaha untuk memupuk sikap kurang ajar anak muda terhadap bukan sahaja emak dan bapak mereka, tetapi institusi utama Melayu termasuk kerajaan, Umno, BN dan juga Raja-Raja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pegawai di stesen televisyen hampir semuanya bukan pakar dalam bidang penulisan skrip atau penerbitan siri drama televisyen, dan mereka juga tidak dihantar ke luar negara untuk mendapat pendidikan lanjutan dalam bidang ini.

Oleh sebab itu mereka terima drama televisyen dari penerbit yang menerbitnya bukan untuk bangunkan bangsa tetapi untuk meraih keuntungan dan bidang penerbitan ini adalah satu peluang perniagaan.

Malah siri drama televisyen tentang kegiatan pasukan polis khususnya juga tidak mendatangkan sebarang kesan dan faedah.

Ini jelas apabila kisah yang ditonjolkan dalam setiap episod dalam siri ini tidak memberi pengajaran kepada orang awam dan penonton.

Pengolahan dan penceritaan dalam siri ini terlalu cetak dan sebaliknya ia boleh dikecam sebab telah membuat orang lihat serong terhadap anggota polis yang digambarkan sebagai watak kartun dan bukan manusia.

Takkan stesen televisyen kerajaan dan swasta tidak mampu untuk hantar pegawai mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang penulisan skrip dan penerbitan drama supaya mereka akhirnya boleh galakkan penerbit yang tidak tahu tentang cirri-ciri drama yang baik boleh mendapat faedah dari kehadiran mereka.

Atau apakah stesen televisyen lebih suka beli siri drama dari Indonesia, Korea Selatan, Singapura dan India bukan olehsebab ia bagus tetapi sebab ia adalah begitu murah?

Berbanding dengan siri drama Melayu tempatan yang dibeli dengan harga yang mahal, walhal kesan buruk yang ia beri kepada penonton dan orang Melayu serta Cina dan India.

Stesen televisyen tidak ada pakar dalam bidang filem, sama juga anak syarikat filem yang syarikat induk mereka tubuh yang menerbit filem-filem ‘Fake Hollywood’ termasuk ‘KIL’ yang kononya merupakan ‘filem terbaik’ dalam pesta filem tempatan.

‘KIL’ adalah baik dan ia adalah satu penghargaan atau ‘tribute’ kepada ‘Fake Hollywood’ atau Hollywood Tiruan.

Filem seperti ini memberi kesan buruk kepada orang Melayu. Dan banyak perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak-anak Melayu boleh berpunca dari pengaruh yang mereka dapat perolehi dari menonton filem-filem seperti ini.

Dan anak muda Cina dan India juga mendapat pengaruh buruk dari filem dan siri televisyen yang disiar oleh stesen yang diimport dengan murah dari Hong Kong, Taiwan, Negeri Cina dan India serta Indonesia dan Korea Selatan.

Jadi apa sebenarnya sumbangan stesen kerajaan dan swasta kepada keputusan pilihanraya umum yang lalu?  

Dan jangan salahkan kalau ada orang yang mahu tentang kerajaan, Umno, BN dan institusi utama Melayu dan Bumiputera termasuk institusi Raja-Raja, sebab punca segala masalah ini adalah dari jenis siri drama yang disiar berkali-kali setiap hari dihampir semua stesen televisyen tidak kira stesen kerajaan atau swasta.

Dan jangan pula sesiapa mahu persalahkan kalau berlakunya jenayah berkala yang diulang-ulang seperti yang dilapor dalam televisyen dan akhbar, sebab ia adalah semuanya berpunca dari galakan yang si penjenayah dapat dari menonton rancangan-rancangan seperti itu khususnya drama televisyen dan juga filem Melayu yang dibuat oleh mereka yang tidak peka dengan timpal balik yang ketara dalam pembentukan pemikiran dan tindakan orang awam secara umumnya.

Kalau pegawai kanan stesen televisyen tidak tahu jenis drama dan rancangan apa yang mereka boleh galak penerbit tempatan untuk buat dan apa tindakan negatif atau tidak baik yang penonton dan orang awam akan dapat darinya, mereka harus dapatkan pakar dalam bidang perfileman dan juga psikologi, sosiologi dan sejarah berkaitan dengan penubuhan dan perkembangan Hollywood yang telah berjasa untuk Amerika dan Zionis sehinggakan rakyat berbilang kaum di negara tersebut boleh bertindak untuk menjaga kepentingan negara sendiri.

Sudah tiba masanya untuk RTM dan setesen televisyen swasta dan satelit lain hentikan penyiaran rancangan dan siri drama dan juga rancangan yang kononnya jenis hiburan dengan segera dan dapatkan jenis yang baru yang menguntungkan ugama, bangsa dan negara.

Ada caranya yang mereka boleh lakukan. Tetapi kalau mereka berkeras dan anggap saranan ini tidak penting, maka kesannya akan terus terasa dalam kejadian jenayah berkala dan tindakan anti-kerajaan dan institusi utama Melayu dan Bumiputera dan institusi Raja-Raja dimasa-masa akan datang.

Seperti yang telah dituliskan dalam artikel awal, stesen televisyen serta penerbit filem tempatan harus bergabung tenaga untuk menghasilkan karya-karya yang dapat beri manfaat kepada ugama, bangsa dan negara, dan tidak mengalak penonton dan orang awam tentangnya.

Dan tidak ada gunanya untuk mereka guna format atau cara Hollywood dan Barat termasuk Korea Selatan maupun Bollywood, sebab budaya orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya berbeza dengan mereka.

Jadi apa yang boleh dibanggakan dengan sejarah televisyen Malaysia dan sejarah perfileman Malaysia yang menjangkau puluhan tahun kalau kesan yang diberi kepada penonton dan orang awam merugikan ugama, bangsa dan negara?


Isnin, 1 Disember 2014

HOLLYWOOD TENTERAMKAN RAKYAT AMERIKA; FILEM MELAYU KINI MEMBUAT MELAYU KELIRU DAN BENCI SESAMA SENDIRI DAN INSTITUSI UTAMA MELAYU

…IA ADALAH ‘FAKE HOLLYWOOD
ATAU ‘HOLLYWOOD TIRUAN’ DENGAN FILEM-FILEM SEKARANG
DIBUAT OLEH ORANG YANG TIDAK ADA LATARBELAKANG
FORMAL DALAM BIDANG PENERBITAN FILEM.
Oleh Mansor Puteh


Kenapa rakyat Amerika yang terdiri dari berbilang kaum tenteram; mereka tidak tertekan dengan paksaan yang dibuat oleh segelintir orang yang suka mencari pasal? Mereka ada pendapat mereka sendiri dan mereka juga tahu hak mereka dan lebih dari itu, mereka tidak mudah diheret untuk ikut percaya dengan temberang orang lain yang suka mencari pasal dengan orang lain di jalanan dan di mana-mana ruang sempit yang dicipta mereka untuk berpidato sepanjang hari dan malam.

Dan kenapa rakyat di Malaysia yang terdiri dari tiga sahaja kaum utama tetapi mereka gemar ikut telunjuk segelintir orang yang semua kenal sebagai pengacau yang tidak ada cara lain untuk tarik perhatian dari menempek bawa isiu dan perbalahan yang sudah lama lapuk?

Sedangkan kaum asli di Sabah dan Sarawak, tidak terperangkap dengan umpan dan janji-janji manis dan kosong mereka berbanding dengan segelintir kaum Cina yang menetap di bandar-bandar besar di kedua negeri di Timur Malaysia yang gemar ikut aliran kiri untuk menegaskan sokongan mereka.

Malaysia bercelaru bukan olehsebab sesiapa; ia adalah olehsebab pihak tertentu telah lama gagal melihat apa yang telah dilakukan di Singapura apabila mereka menubuhkan Sinema Melayu Lama yang beri peluang ramai orang berbilang kaum bersatu, menonton filem sama yang menekan perkara sama yang mereka semua boleh rasakan.

Ketika itu sehinggalah runtuhnya Sinema Melayu Lama berpusat di Jalan Ampas, Singapura tenang. Malah Tanah Melayu juga tenang.

Ketenangan yang dirasakan oleh kaum pendatang ketika itu, terdiri dari Cina dan India juga tenang buat kerja seharian mereka tanpa mereka perlu dibebankan oleh segelintir orang Cina dan India lain yang hanya tahu mencari pasal dengan mereka.

Malah ketika itu kaum Cina dan India tidak ada pemimpin aliran kiri; mereka ada beberapa pemimpin aliran kanan.

Pemimpin Cina aliran kiri terdiri dari mereka yang percaya dengan pergerakan komunis; mereka yang masuk Parti Komunis Malaya (PKM) atau Malayan Communist Party (MCP) yang mempunyai niat untuk merampas Tanah Melayu dari Melayu untuk dijadikan sebuah republik dengan Bahasa Melayu dihapuskan untuk digantikan dengan bahasa Cina.

Memang ramai orang Cina yang muda terpengaruh dengan dakyah mereka dan yang lantas ikut masuk berjuang dengan PKM, tinggal di hutan di sempadan Malaysia-Thailand.

Tetapi jumlah mereka adalah kecil berbanding dengan mereka yang jujur dengan perjuangan untuk mencapai Kemerdekaan untuk Persekuan Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Amerika juga telah melalui beberapa episod pedih dalam sejarah mereka yang telah banyak beri pelajaran kepada rakyat berbilang kaum mereka.

Dan kalau Perang Dunia Kedua tidak berlaku, maka sekarang ini kemungkinan besar bahasa Jerman adalah bahasa utama dan rasmi untuk Amerika dan tidak bahasa Inggeris yang diguna oleh semua sekarang.

Dan kalau Singapura yang masuk ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963 yang kemudiannya dihalau keluar dua tahun kemudian, tidak berlaku, maka Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa utama dan terdapat satu aliran pendidikan sahaja tanpa perlu adanya sekolah vernakular Mandarin dan Tamil seperti yang ada sekarang.

Dan kenapa masyarakat Melayu khususnya mereka yang terdiri dari golongan muda terikut-ikut dalam kancah politik-palsu atau ‘pseudo-politic’ sekarang?

Mereka tidak guna akal sendiri; mereka lebih merupakan orang yang suka berkelompok dan buat keputusan atas sebab orang lain sebaya dengan mereka juga berfikiran sama.

Mereka bukan orang persendirian seperti kebanyakan orang di Amerika yang buat keputusan dengan membuat perhitungan sendiri.

Di Malaysia anak-anak muda, Melayu, Cina dan juga India terikut-ikut dengan budaya berkelompok yang berani kerana mereka berkelompok dan takut kalau mereka diasingkan dari kumpulan bayangan mereka.

Sinema di Amerika telah lama memupuk sikap yang baik dikalangan rakyat mereka, berbanding dengan Sinema Malaysia Sekarang yang terikut-ikut dengan cara mereka dapat lihat dalam filem lapok Hollywood yang akhirnya menggalakkan anak muda Malaysia terjerat dengan perasaan emosi secara negatif.

Akhirnya apa yang dapat dilihat ialah filem-filem Melayu sekarang yang kelihatan seratus peratus tiruan dari filem Hollywood yang diterbit lebih awal lagi.

Jadi akhirnya juga apa yang berlaku ialah Sinema Malaysia Sekarang boleh diberi jolokan sebagai ‘Fake Hollywood’ atau Hollywood Tiruan dengan filem-filem yang dihasilkan seratus peratus ditiru dari filem Hollywood.

Dan hampir semua pengarah filem serta penerbit filem yang bergiat aktif sekarang terdiri dari mereka yang tidak berpendidikan khusus dalam bidang ini.

Itulah sebabnya kalaupun ada beberapa filem yang berjaya di pawagam tetapi ia tidak dapat pergi ke mana dengan pengarah dan penerbitnya terperap dalam alam khayalan sendiri sehinggalah mereka diberi tunjuk untuk keluar dari perusahaan filem, kalau mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Fake Hollywood adalah jenis filem-filem yang diterbit di Malaysia sekarang.

Dan filem ‘KIL’ adalah filem jenis Fake Hollywood yang utama sekarang apabila ia telah dinobatkan sebagai ‘filem terbaik’ dalam pesta filem tempatan dan kemungkinan besar filem ini tidak akan diterima oleh mana-mana pesta filem antarabangsa lain dan jika bertanding dalam pesta filem serantau ia akan dihumban dengan mudah.

Orang Melayu tidak perlukan filem seperti ‘KIL’ dan penerbit yang suka buat filem seperti ini. Orang Melayu ada budaya tinggi dan sejarah berwarna yang boleh dijadikan ilham untuk pengarah sebenarnya jadikan bahan filem mereka.

Dan orang Cina dan India di Malaysia juga tidak perlukan filem-filem yang membelai khalayan mereka lagi; olehsebab itu mereka rasa sukar untuk menyukai filem-filem Cina dan India tempatan yang diterbitkan.

Filem Cina tempatan ‘The Journey’ yang paling berjaya di pawagam berjaya oleh sebab ia turut memberi ruang untuk penonton Cina berkhayal. Ia tidak berpijak pada bumi nyata.

Kegiatan penerbitan filem di Malaysia telah gagal dimajukan dan olehsebab ini maka terdapat pertumbuhan kegiatan penerbitan filem-filem Melayu, Cina dan India yang memberi hiburan kepada kaum-kaum secara berasingan.

Walhal Sinema Melayu Lama berpusat di Jalan Ampas dulu, semua kaum tonton filem-filem sama; dan tidak ada filem Cina dan India tempatan yang dibuat.

Inilah sebenarnya maka terdapat perbalahan dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan juga India sesama mereka dan juga sesama sendiri, sebab mereka mendapat ilham dan pengaruh budaya serta sentiment dari punca yang berbeza, dengan si Melayu dikelirukan dengan filem Fake Hollywood, Cina dengan filem dari Hong Kong dan India dari filem-filem hiburan dan fantasi dari Chennai.

Dan apa yang berlaku dalam pemikiran banyak orang Melayu, Cina dan India sekarang bukan sebenarnya wujud dalam diri dan jiwa mereka; ia adalah bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalamnya oleh sebab jenis filem yang mereka telah tonton selama ini.

Dan tidak ada guna untuk kerajaan guna pelbagai jenis propaganda dan cara untuk menambat hati mereka kalau otak mereka telah diusik oleh filem yang menolak segalanya tentang Malaysia dan sejarahnya serta hasratnya.