Jumaat, 16 Januari 2015

POLITIK MALAYSIA DAN FILEM TAMIL DAN SISTEM PANCHAYAT DI INDIA. BAGAIMANA PULA CARA ISLAM DALAM AMALAN DEMOKRASI?

…WATAK-WATAK UTAMA DAN PAK SAUK DALAM FILEM-FILEM TAMIL DAN JUGA BOLLYWOOD BOLEH BERGADUH DIKHALAYAK RAMAI DAN BERPESTA DALAM KELAB SELEPAS ITU, DENGAN PIHAK POLIS TERPINGGA-PINGGA TIDAK DAPAT KESAN PENJENAYAH.
Oleh Mansor Puteh



Politik di Tanah Melayu dulu berbeza dengan politik di Malaysia sekarang.

Dulu ‘musuh’ orang Melayu cuma British atau Inggeris yang telah menjajah Tanah Melayu sekian lama dan orang Melayu rasakan kehadiran mereka sudah lama berlanjutan dan tindakan yang diambil hanyalah untuk mencari jalan aman untuk membuat mereka berundur atau usir mereka kalau mereka tidak berganjak.

Sekarang, cara berpolitik orang Melayu dan rakyat Malaysia sudah berbeza.

Orang Umno sendiri rasa keliru dengan peranan mereka sekarang dan ada bukan-Melayu yang rasa inilah peluang mereka untuk menunjuk belang setelah mereka telah diberi segala peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan, yang disokong oleh Melayu.


Ahad, 11 Januari 2015

TSUNAMI BESAR DI ACEH – SERAMBI MEKKAH DAN TSUNAMI KECIL DI KELANTAN, SERAMBI MEKKAH:

PENYOKONG PAS ANJUR SEMBAHYANG HAJAT UNTUK JATUHKAN UMNO TETAPI YANG JATUH BUKAN UMNO TETAPI HUJAN YANG MEMBANJIRI KELANTAN.
Oleh Mansor Puteh



Kelantan dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh ramai di negeri ini. Dan Aceh juga dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh orang di sana.

Tetapi kedua-dua ‘Serambi Mekkah’ ini dilanda dengan bencana alam dan kedua-dua negeri ini merupakan negeri Melayu diantara yang paling mundur diseluruh dunia.

Ini fakta yang tidak menyenangkan sebab masakan ‘Serambi Mekkah’ tidak dapat berkat dari Tuhan dengan Kelantan dikuasai oleh PAS sebuah parti Islam yang disokong padu oleh rakyat dan pengundi Kelantan dengan rakyat Aceh pula menyokong GAM.

Malangnya negeri-negeri di Malaysia dan di Indonesia yang tidak dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ lebih maju.

Kehadiran dan kuasa PAS ke atas Kelantan tidak membolehkan negeri ini maju.

Rabu, 7 Januari 2015

KERUSI PARAMESWARA (PARAMESWARA CHAIR) DI UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY DI BANDA ACEH?

…IA BOLEH DIGUNA UNTUK GALAK SARJANA BUAT PENGAJIAN UNTUK MERAPATKAN BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU DAN UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.
Oleh Mansor Puteh


Tentu sekali ramai orang Melayu khususnya sudah tidak berapa tahu bagaimana Orang Melayu di Melaka dan banyak wilayah di Nusantara Melayu (Tengara Asia seperti yang disebut oleh sarjana barat) yang pergi ke Samudera Pasai di Aceh dalam tahun 1414 dan masuk Islam sebelum berkahwin dengan seorang puteri kerajaan tersebut.

Parameswara mengambil nama Megat Iskandar Shah, dari nama keturunannya Iskandar Zulkarnain atau Alexander the Great seperti yang disebut oleh sarjana sejarah barat, satu lagi fakta yang tidak ramai yang tahu.

Mungkin ada orang lain mahu anggap fakta ini hanyalah mitos; tetapi ada bukti yang boleh digunakan untuk memastikan ia adalah fakta yang boleh ditentukan sekiranya kajian yang lebih terperinci dapat dilakukan oleh mana-mana sarjana.

Kalau Parameswara, anak raja dari Kerajaan Srivijaya berpusat di Palembang, Sumatera yang berugama Hindu ketika itu tidak tergerak untuk ke Pasai, sudah pasti seluruh Melaka tidak akan bertukar menjadi sebuah Kesultanan Islam-Melayu dalam kurun kelima-belas dan seterusnya.

Dan kemungkinan besar juga kebanyakan Nusantara Melayu akan tetap bukan wilayah Islam-Melayu seperti yang berlaku sekarang dengan Malaysia akan kelihatan mirip seperti negara-negara seperti Thailand, Kambodia, Laos, Vietnam dan juga Indonesia kalau Islam tidak kula bertapak di negara ini dalam kurun ke-empat-belas dulu.

Melaka dan kebanyakan daerah di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsular kata sarjana barat) akan tetap menjadi seperti Thailand atau Pulau Bali di Indonesia yang mana penghuninya terdiri dari Orang Jawa ketika itu yang enggan masuk Islam dan mereka melarikan diri ke sebuah pulau terpencil untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang berugama Hindu.

Dan kalau ada orang Melayu di Malaysia sekarang yang mahu lihat bagaimana nenek-moyang mereka menjalankan kehidupan mereka semasa belum masuk Islam dalam kurun kelima-belas, di Balilah dimana mereka boleh dapat melihatnya.

Di sini orang wanita Bali berpakaian kebaya dengan selendang dengan lelaki mengikat kepala dengan kain seperti setanjak dengan memakai kain samping atas seluar senteng, sambil mereka makan daging babi setiap hari sebagai jenis makanan yang mereka gemar.  

Dan sekali imbas, mereka kelihatan seperti orang Melayu sekarang yang berugama Islam, tetapi di Bali mereka masih berugama Hindu walaupun jenis Hindu yang dianuti oleh mereka boleh dikatakan tidak sama dengan Hindu seperti yang diamal oleh mereka di India.

Penganut Hindu-Bali tidak menyambut perayaan Thaipusam atau Deepavali; hari yang mereka paling muliakan ialah Hari Nyepi, iaitu hari apabila seluruh Bali akan berada di dalam keadaan sunyi dan sepi dalam bulan April.

Pada hari ini orang Bali dan pelawat ke pulau ini dimestikan duduk tersorok dalam rumah dan tidak dibenarkan memainkan radio atau televisyen atau menyalakan lampu rumah untuk membuat seluruh pulau ini berada didalam gelap.

Saya mengapalai rombongan lapan orang membuat lawatan sambil mengadakan forum tentang filem-filem P. Ramlee dan Sinema Nusantara di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry (dari Sheikh Nasarudin Ar-Raniry, seorang pendakwa berpengaruh yang berasal dari Farsi yang datang ke Aceh).

Acara ini dapat berlaku atas penajaan dalam bentuk pemberian dana oleh Finas melibatkan kehadiran pengarah filem Othman Hafsham, pengkritik filem Hassan Muthalib untuk bercakap tentang bagaimana satu pertemuan baru dapat dibentuk untuk merapatkan perhubungan dan silatulrahim diantara masyarakat Melayu di seluruh Nusantara Melayu dengan bertolak dari pembuatan filem yang dapat diperkembangkan dari karya P. Ramlee, anak keturunan dari Aceh sendiri dengan nama asalnya, Teuku Ramlee Nyak Puteh.

Kami dapat sokongan dari Ketua-Pengarah Finas dulu, Raja Rozaimi Raja Dalnish dan juga dari Dekan Fakulti Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Dr. Abdul Rani Usman, yang pernah belajar di Negeri Cina dan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan isterinya mengajar bahasa Mandarin di Aceh.

Dan saya telah membuat dua kali lawatan ke Aceh bersama Datuk Zaini Hassan dari Utusan Malaysia untuk teruskan perbincangan mengenai perkara yang sama dan tambahan di UIN Ar-Raniry dalam bulan Oktober tahun depan.

Saya balik ke Aceh Disember lalu khusus untuk menyaksikan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami dengan acara kemuncak dihadiri oleh naib-presiden Republik Indonesia, Yusuf Kalla. Presiden Joko Widodo terpaksa ke Papua untuk acara lain di sana.

Dan saya mendapat ilham untuk mencadangkan agar sebuah KERUSI PARAMESWARA atau PARAMESWARA CHAIR dapat ditubuhkan di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry di Banda Aceh.

Kemasukan dan penerimaan Islam oleh Parameswara adalah satu kejadian yang begitu penting sekali; namun perbincangan tentangnya dan filem atau dokumentari tentang perkara atau kejadian ini sehingga kini tidak dapat dilakukan. Ini amat menyedihkan sebab kisah pemindahan Melayu dari berugama lain ke Islam begitu penting, sebab tanpa penerimaan oleh Parameswara, Dunia Melayu diseluruh Nusantara sekarang sudah pasti tidak akan seperti yang ada sekarang; dan Melayu akan terus terperak dalam era kegelapan lama yang dialami oleh nenek-moyang mereka.

Saya tidak yakin perbelanjaan untuk menwujudkan Kerusi Parameswara begitu besar berbanding dengan faedahnya melimpah dan boleh memberi manfaat kepada perpaduan Melayu diseluruh negara dan Nusantara Melayu.

Oleh sebab itu saya harap Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Melaka dapat sambut saranan ini dan wujudkan kerusi itu dengan seberapa segera.

Ia bertujuan untuk mengalak sarjana dari Malaysia dan seluruh Nusantara Melayu buat kajian untuk merapatkan perpaduan Bangsa Melayu seluruh Nusantara Melayu.

Malangnya kerusi-kerusi kesarjanaan telah ditubuh oleh kerajaan Malaysia dibeberapa buah negara dengan perbelanjaan yang besar tetapi kesannya tidak seberapa.

Dengan ketiadaan kerusi kesarjanaan seperti Kerusi Parameswara ini telah menyebabkan Melayu di Malaysia berpecah dan Melayu di Nusantara tidak bersatu.

Ia boleh dibentukan untuk mengelak dari apa yang telah berlaku kepada kerusi kesarjanaan yang kerajaan Malaysia telah tubuhkan dibeberapa unversiti di luar negara yang kelihatan seperti tidak wujud dan tidak memberi sebarang kesan.

Saya juga bertemu dengan penyanyi asal kumpulan Raihan iaitu Saudara Mujiburrizal yang beritahu saya tentang buku sejarah kerajaan Samudera Pasai berjudul, ‘Daulah Shahiliyyah di Sumatera’ oleh pengkaji sejarah Taqiyuddin Mohammad, yang mengisahkan tentang sejarah kerajaan ini yang memuatkan banyak maklumat penting sejarah kerajaan ini yang sehingga kini tidak pernah dikaji dan dibukukan oleh mana-mana sarjana.

Dan untuk terus mencari usaha merapatkan perhubungan diantara Aceh dan Malaysia, Dr. Abdul Rani akan mengetuai sebuah rombongan seramai empat-puluh-lima orang pekerja dari universiti dan ahli keluarga lain untuk datang ke Melaysia 7 Februari selama lima hari.



Sabtu, 3 Januari 2015

RAKYAT ACEH MENYAMBUT ULANGTAHUN KESEPULUH TSUNAMI DENGAN PENUH TABAH DAN SYAHDU

…DAN TERHEMPASNYA PESAWAT AIRASIA QZ8501 DI LAUTAN JAWA – PESAWAT KETIGA DARI MALAYSIA YANG MENERIMA MALAPETAKA INI… DAN BANJIR BESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU.
Oleh Mansor Puteh


Hujan turun sepanjang hari semalam dan sawah padi di kawasan menghampiri Lapangan terbang atau Bandara Sultan Iskandar Muda terlihat ditenggelami air.

Ini pertama kali saya melihat pemandangan seperti ini dan saya akan sering minta tempat duduk ditepi tingkap untuk saya berpeluang merakam gambar dan vidio pesawat berangkat dan mendarat.

Dalam perjalanan saya rasa sedikit cemas apabila pesawat melalui apa yang dikatakan sebgai ‘saku angin’ atau ‘air pocket’ yang membuat perjalanan pesawat terasa agak kasar.

Suasana keseluruhannya membuat orang ramai rasa hiba. Besuk genap ulangtahun kesepuluh berlakunya Tsunami Aceh yang menyebabkan hampir 250,000 orang terkorban di empat-belas buah negara dengan kebanyakannya terdiri dari orang Aceh sendiri.

Jadi di sinilah menjadi tempat tumupan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami yang akan menyaksikan pelbagai acara yang telah dirancangkan oleh jawatankuasa perayaan ini bermula hari ini juga sehingga 28 Disember.

Namun dari wajah orang Aceh yang dapat dilihat dan baca mereka sedikitpun tidak terasa sedih teramat; mereka menerima hakikat bahawa Tsunami 2004 dulu sebagai kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Mereka menerimanya dengan penuh tabah dan syahdu setiap kali tarikh Tsunami itu berlaku dengan mengadakan acara tahlil dan pembacaan Surah Yassin di Makam Massal yang telah dibina oleh pihak berkuasa bagi menempatkan jenazah yang sempat dikumpulkan secara berkumpulan sebab orangnya tidak dapat dikenalpasti.

Seorang penumpang dari Aceh beritau hujan sudah mulai turun sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa tempat di dalam bandar ini tergenang dengan air.

Saya ke Masjid Baitulrahman yang terletak di tengah-tengah bandaraya untuk acara zikir pada waktu isyak pada malam, 25 Disember.

Ribuan orang Aceh telah lama datang dan mengisi setiap tempat dalam bangunan masjid dengan sekumpulan lain terpaksa duduk di kawasan luar.

Hujan gerimis tetap turun tanpa henti sehingga lewat malam.

Tentu sekali hampir semua mereka yang ikut acara zikir dan syarahan ugama di masjid itu mempunyai saudara dekat atau rakan rapat yang telah terkorban semasa Tsunami melanda di Aceh pada 26 Disember, 2004 dulu.

Ada mereka yang juga membawa anak-anak kecil mereka yang tidak terlibat dengan bencana ini sebab mereka dilahirkan selepas kejadian itu.

Suasana di seluruh masjid tenang; tidak juga terlihat orang yang sebak.

Orang Aceh berugama Islam kuat dengan pegangan mereka terhapap ugama tidak menunjukkan perasaan sedih berlebihan; dan setiap bencana dan malapetaka yang menimpa mereka akan menghadapinya dengan tenang dan penuh tabah dan syahdu dengan menerima segala apa yang telah berlaku sebagai suatu yang telah ditentukan Tuhan yang Maha Esa.

Hari ini, 26 Disember, berlaku kemuncak atau acara rasmi memperingati ulangtahun kesepuluh bencana Tsunami atau Ombak Besar.

Dan wakil atau Naib-Presiden Republik Indonesia, Yusuf Kala tiba untuk menyertainya bagi mewakilli Presiden Joko Widodo yang tidak dapat hadir sebab beliau menyertai acara lain di Papua.

Acara perhimpunan besar diadakan di Lapanga Blang Padang tidak jauh dari Muzium Tsunami Aceh dimana satu lagi acara lawatan oleh Yusuf Kala berlangsung selepas acara di Lapangan Blang Padang.

Wakil dari 35 buah negara sahabat turut hadir dengan setiap mereka diberi penghargaan dengan selendang diletak pada dada.

Di kawasan itu juga terdapat gerai-gerai yang diuruskan oleh pihak-pihak yang membantu dalam usaha penyelamatan semasa berlaku Tsunami dulu.

Pelbagai acara telah diaturkan oleh pihak berkuasa dari 25 hingga 28 Disember.

Jusof Kala, dalam temuramah dalam sebuah rancangan di televisyen beritau bahawa beliau berasa bangga dan gembira perhubungan diantara Aceh dan kerajaan atau pemerintahan pusat di Jakarta yang kini dipimpin oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi, nama timanganya, yang sebelum Tsunami 2004 dulu tidak wujud.

Dan ini juga jelas dapat dilihat dalam wajah Gabnor Aceh, Zaini Abdullah yang menemani Jusuf Kala menghadiri acara di Lapangan Blang Padang pagi tadi.

Beliau yang dulunya menjadi pemimpin utama Gerakan Aceh Merdeka atau GAM berpusat di Sweden.

Dan tanpa diduga pula sebuah lagi pesawat dari syarikat penerbangan Malaysia iaitu AirAsia QZ8501 mengalami kejadian terhampas apabila penerbanganya dari Surabaya di Indonesia ke Singapura terhempas di Lautan Jawa dan di selatan Pulau Kalimantan.

Saya bersama rakan saya seorang dekan di UIN Ar-Raniry di rumahnya pada pagi itu apabila dia buat panggilan talipon ke seorang rakan di Kuala Lumpur yang beritaunya tentang pesawat itu.

Dan apabila saya balik ke hotel saya tonton televisyen yang menyiarkan berita dan laporan sampingan mengenai kejadian ini dan ketika itu kedudukan dan keadaan penerbangan itu masih belum jelas dan pihak berkuasa bernama Basarnas atau Badan SAR Nasional sudah mulai giat untuk mencari pesawat itu.

Sanak-saudara penumpang dan awak kapal juga menjadi cemas dan mereka mengerumuni Bandara Juanda di Surabaya untuk mendapat maklumat lanjut tentang pesawat itu. Mereka berharap sanak-saudara dan pesawat itu selamat.

Angin kencang berlaku di kawasan dimana pesawat itu hilang dan perhubungan akhir dari juruterbang meminta izin untuk terbang lebih tinggi dari pasas biasa sebab untuk mengelakkan dari terbang ke dalam awan ganas itu. Kemudian perhubungannya dengan pihak berkuasa terputus.

Seramai 162 orang berada dalam pesawat itu yang rata-ratanya terdiri dari penumpang yang mahu ke Singapura untuk berlibur sempena Hari Natal.

Sebuah keluarga seramai sepuluh orang terselamat dari kejadian itu sebab mereka mendapat maklumat lambat tentang jadual penerbangan dan mereka ke Bandara Juanda setelah pesawat itu berangkat.

Pada hari-hari selepas kejadian itu akhirnya cebisan dari pesawat itu dapat dilihat dimuka perairan Lautan Jawa dan kemudiannya beberapa mayat penumpang yang diangkat oleh petugas untuk dibawa ke darat dan dikenalpasti sebelum mereka ditanam.

Sebenarnya berita terhempasnya QZ8501 mendapat liputan meluas oleh media seluruh dunia dan di Indonesia ada dua stesen televisyen yang memberi liputan hampir sepenuhnya berbanding dengan stesen lain.

Kejadian ini berlaku sebelum lagi masalah dan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 selesai dirungkai dan kenalpasti apakah yang menyebabkan kedua-dua pesawat itu hilang dan satu lagi ditembak di udara Ukraine Timur. 

Malaysia juga telah ditimpa hujan yang lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak yang menyebabkan negeri-negeri tersebut mengalami banjir yang teruk dalam masa sepuluh tahun.

Puluhan ribu orang terbabit terpaksa dipindahkan ke tempat selamat sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Ini telah menyebabkan ramai mereka terselamat.

Malangnya pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja yang sanggup dan berani turun padang untuk beri bantuan dan sokongan moral kepada mereka yang tergugat dengan keadaan yang menimpa mereka.

Mana pemimpin parti politiki dan kumpulan NGO berhaluan kiri yang beria-ia kata mereka mahu bantu rakyat dan sanggup merangkok dalam penjara untuk menjaga kepentingan mereka?

Mereka hilang entah ke mana…