Khamis, 22 Disember 2011

FILEM MALAYSIA: DIANTARA PATROTISME DAN LIBERALISME.
Oleh Mansor Puteh








Tajuk kertas kerja ini ialah, ‘Filem Malaysia: Diantara patriotisme dan liberalisme’.
            Sebenarnya kertas kerja ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu patriotisme dan liberalisme dalam filem dan ia boleh dibincang secara tersendiri. Tapi ianya juga boleh dijadikan satu bahan perbincangan sebab terdapat banyak filem yang mempunyai percampuran jenis atau genre, dan jenis yang mempunyai nilai patriotisme ini kadang-kadang boleh mempunyai elemen liberalisme dan sebaliknya dan kedua-dua jenis ini pula boleh dibuat sebagai sebuah kajian perbandingan – iaitu diantara patriotisme dan liberalisme seperti yang mahu dibincang sekarang. 
Dan biasanya patriotisme yang dimaksudkan ialah – kepekaan; sementara liberalisme pula boleh diertikan keterbukaan dan kebebasan. Ia biasanyamempunyai konotasi yang tidak baik atau negatif.
            Untuk saya filem yang dibuat dengan penuh kepekaan bererti sesebuah filem yang mempunyai nilai artistik yang tinggi, yang mulia, murni dan yang boleh menaikkan imej ugama, bangsa dan negara; sementara filem yang mempunyai nilai liberal secara tidak baik atau negatif pula adalah jenis yang secara kasar dianggap sebagai lucah dan anti-sosial dan anti-ugama, dan yang dibuat oleh mereka yang tidak bermaruah dan berdidikan tinggi dalam bidang perfileman.
            Bagaimanapun, kita masih boleh anggap bahawa liberalisme itu juga mempunyai maksud atau konotasi yang tidak negatif tetapi yang baik, mulia dan murni, iaitu kalau keterbukaan pemikiran yang berlaku itu adalah dari segi pemikiran si pembuat filem yang mahu menerima pengaruh dari filem-filem yang telah diterbit sebelum ini di daerah lain di seluruh dunia, yang tidak mempunyai pengaruh lucah.
            Dan mereka yang membuat filem dengan penuh kepekaan adalah mereka yang memandang tinggi bidang seni filem; berbanding dengan mereka yang membuatnya dengan kurang kepekaan atau terlalu liberal dari segi nilai ugama, moral dan kemasyarakatan atau sosial mereka.

Sebenarnya tahab keterbukaan atau liberalisme seseorang pengarah itu ada kena-mengena dengan pegangan diri dan nilai moral serta ugama dan pendidikan formal mereka dalam bidang perfileman dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya seperti sosiologi, psikologi, sejarah dan isiu semasa yang mempengaruh pengkarya menghasilkan karya mereka.
            Ini juga memberi erti bahawa orang yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang perfileman yang tinggi dan yang tidak faham tentang aspek seperti tadi, masih boleh menghasilkan filem. Tetapi filem mereka biasanya tidak lengkap dan rendah tahab pemikirannya. Dan perbalahan atau kontroversi yang mampu ia timbulkan adalah sekitar seks dan nilai moral dan ugama sahaja. Dan mereka sering terbabit dengan perbalahan dan kekecuhan dengan masyarakat umum dan Lembaga Penapisan Filem. 
            Orang yang mempunyai nilai moral yang tinggi sudah pasti tidak mahu membuat filem yang mempunyai elemen lucah di dalamnya, walaupun sedikit – dan walaupun ia kononnya bertujuan untuk mengajar dan memaparkan keadaan yang sebenar atau realiti kehidupan. 
            Pendek kata, filem yang lucah atau kotor itu hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang kotor dan dipengaruh oleh syaitan dan iblis jahanam. Mungkin ia dibuat oleh pengarah yang mewakilli syaitan dan iblis di dunia ini.
Atau secara yang lebih halus, kita boleh kata ia dibuat oleh mereka yang tidak peka dalam bidang pembuatan filem dan yang mempunyai niat yang dajal.
            Mereka tidak ada landasan yang kukuh untuk membuat filem. Maksudnya di sini ialah mereka tidak mempunyai landasan yang kukuh dan tahu cara-cara yang ada yang mereka boleh guna untuk menyampaikan sesuatu idea dalam filem. Ini berpunca dari kekurang pendedahan mereka tentang bidang filem dan latihan mereka dalam bidang sejarah dan tradisi membuat filem amatlah terhad.
Di Malaysia, mereka yang sering membuat filem yang dianggap sebagai kotor adalah mereka yang tidak pernah belajar bidang perfileman dimana-mana universiti. Mereka buatnya ikut sesuka hati dan sering fikir serong terhadap khalayak yang mereka fikir akan tertarik dengan adegan lucah dan kemungkaran yang mereka mahu paparkan dalam filem mereka. Mereka sebenarnya pandang rendah kepada masyarakat sebab mereka fikir penonton sanggup membayar lapan ringgit untuk menonton sesebuah filem dan melihat pelakon membuat kerja tidak senonoh dalam filem.
            Alasan mereka tidak lain; apa yang mereka mahu papar itu adalah kebenaran, atau realiti, dan mereka mahu kemukakan kebenaran ini dalam filem mereka sendiri, seperti ia adalah sesuatu yang hebat dan lain dari yang lain. Fahaman liberalisme secara tidak baik atau negatif ini sebenarnya dipelajari mereka dari menonton filem-filem yang serupa dibuat di barat dimana mereka mempunyai nilai sosial yang berbeza dengan kita. Dan pegangan ugama mereka juga tidak sama. Malah, kebanyakan mereka yang membuat filem seperti ini di barat tidak percayakan kepada ugama, jadi mereka tidak rasa segan-silu atau bersalah kalau mereka sengaja adakan adegan sumbang dan lucah dalam filem mereka.
            Inilah masalahnya kalau orang tidak faham dan dapat membezakan apa itu realisma sosial dan realisme seksual dan mahu anggap kedua-duanya sama, dan apa yang bagus di barat mesti bagus di sini. disini  
            Saya tidak peduli sangat tentang filem-filem yang diterbit di luar negeri sebab mereka telah mengguna liberalisme secara luas sehinggakan ia telah menyebabkan kehancuran masyarakat di sana dan filem yang diterbitkan bukan lagi filem sebenarnya tetapi filem yang terletak dalam kategori sendiri, iaitu filem lucah. Tapi, kita masih boleh belajar sedikit-sebanyak darinya – iaitu tentang bagaimana kita boleh guna filem dengan betul supaya ia tidak menjadi salah satu punca atau sebab bagaimana sesebuah masyarakat dan tamaddun itu boleh runtuh, iaitu bila nilai hidup jatuh seperti yang terdapat dalam kerajaan silam Rom dan di barat sekarang. 
            Dan dari semua negara yang menghasilkan filem, tidak banyak yang menghasilkan filem bercorak patriotik. Sebabnya ialah ia menghadkan filem tersebut kepada keperluan sesebuah negara dan bangsa sahaja. Jadi, mereka kini lebih suka untuk menganggap filem mereka sebagai filem yang memaparkan tema anti-perang supaya walaupun ia tentang pengelaman mereka, tetapi ia juga boleh diikuti dan dirasai oleh penonton di negara lain supaya kesengsaraan mereka adalah juga kesengsaraan kita. Tetapi malangnya, kesengsaraan kita bukan kesengsaraan mereka.
            Amerika juga pernah menerbit filem seperti ini selepas peperangan Vietnam, tetapi penekanan mereka bukan patriotisme seperti ‘Apocalypse Now’, ‘Deer Hunter’ dan lain-lain, tetapi kononnya filem yang memaparkan isiu kemanusiaan segajat. Tetapi saya lebih suka menganggapnya sebagai filem-filem tentang kekalutan masyarakat dan pemerintah Amerika dengan menguna tema anti-perang lebih dari filem patriotik sebab di Amerika orang jarang guna semangat patriotik dari negara lain – yang hanya dilaungkan oleh pemimpin kanan mereka sahaja dan bukan orang awam, jauh sekali dikalangan seniman mereka dalam semua bidang. Sebab jarang sekali mereka mengguna bidang kesenian untuk melaungkan slogan seperti itu. 
            Boleh dikatakan, hampir semua filem Melayu yang telah diterbitkan mempunyai elemen atau pengaruh liberalisme sebab si pembuatnya sering menerima elemen-elemen baru dari filem yang mereka telah tonton atau kaji masuk ke dalam filem mereka secara rela hati untuk mempelbagaikan nilai dalam filem mereka.
            Malah perkembangan sesebuah perusahaan filem itu, tidak kira di Malaysia atau di manapun, berlaku oleh sebab pembuatnya mempunyai  pandangan terbuka. Ini adalah proses pembelajaran yang diamalkan oleh banyak pengarah filem; lebih-lebih lagi mereka yang menganggap diri mereka sebagai tidak lengkap, dimana bidang yang mereka ceburi itu adalah baru, dan mereka hanya menjadi pengarah ‘bidan terjun’ tanpa mendapat pendidikan yang lengkap dalam bidang ini dan mereka telah dipelawa untuk mengarah filem atau menulis skripnya.
            Tetapi fahaman liberalisme yang sering kita dikelirukan oleh beberapa pengarah yang giat sekarang berlaku bila mereka tersalah anggap dan mengambil fahaman yang lain tentang libralisme yang boleh dikatakan sebagai terpesong. Pada mereka liberalisme itu bukan dari segi keterbukaan atau kerelaan mereka untuk menerima pengaruh kesenian dan kebudayaan dari luar atau dari filem-filem yang telah disanjung.
Apa yang mereka faham dengan liberalisme itu sebenarnya tidak lain iaitu – liberalisme seksual dan kebebasan hidup. Itulah sebabnya kenapa kini terdapat ada beberapa pengarah filem tempatan yang dengan tanpa segan-silu berani membuat filem yang mempunyai adegan yang kita anggap menjolok mata dengan ada yang sengaja dibuat khusus untuk mempersenda nilai ugama dengan menampilkan isiu-isiu ugama dan kemasyarakatan yang boleh dianggap remeh atau dalam bahasa Inggeris ia adalah ‘petty social and religious issues’. Tujuan sebenar orang yang mahu membuat filem yang memparkan isiu-isiu seperti ini tidak lain untuk menunjukkan adegan yang boleh dianggap sebagai kurang sopan dan lucah. Cara pembuatannya sering terus atau ‘direct’ dan ia adalah hanya dalam bentuk mendedahkan tubuh, menunjukkan adegan di ranjang dan dalam bilik dan sebagainya.
            Saya tidak tahu apakah pembincangan hari ini mahu membuat pentafsiran tentang adakah filem dalam jenis patriotisme dan liberalisme itu baik atau tidak baik. Sebenarnya yang baik itu bukan dari segi genrenya, tetapi apa yang tersirat di dalamnya.
            Tentu sekali filem yang mempunyai nilai patriotisme dan dibuat dengan semangat mahu naikkan ugama, bangsa dan negara itu adalah baik. Dan tentu sekali juga liberalisme itu kalau diguna secara salah dan bertujuan untuk mencemar budaya dan menghina mana-mana norma hidup dan nilai masyarakat serta ugama, sudah pasti tidak baik.
            Dan kalau ada sesiapa yang tidak berapa gemar mengguna perkataan patriotisme, dia boleh guna perkataan citarasa bangsa dan negara, dan ugama, sebab maksud patriotisme sekarang sudah berubah berbanding dengan dulu, bila ia hanya terhad kepada kecintaan kepada negara. Sekarang ia sudah mengambil makna yang lebih luas dan lebih murni.
            Sekarang ini terdapat ramai pengarah filem sekarang yang tidak lagi membuat filem untuk mana-mana negara atau bangsa dan mereka tidak rasa selesa mengguna perkataan patriot atau patriotisme dan mahu membuat filem yang mempunyai nilai-nilai ini. Jadi mereka lebih suka untuk bercakap tentang nilai sejagat yang murni, mulia dan sejati.
            Sebab manalah tau di masa-masa akan datang kalau ada pengarah Melayu dan Malaysia yang dapat peluang membuat filem di Hollywood, sudah pasti dia tidak boleh berfikir dengan cetek dan melihat karyanya sebagai filem Melayu atau Malaysia sahaja, tetapi filem antarabangsa. Namun demikian dia masih menyerapnya dengan nilai seperti yang disebut di atas.
            Namun kita mesti terima hakikat bahawa apa yang mereka kena buat itu sebenarnya berpunca dari semangat patriotisme yang asas tadi -  dan luhur kepada keperibadiannya dan kepatuhan kepada prinsip yang mulia.
            Nampaknya fahaman liberalisme melulu atau salah itu sebenarnya dipegang oleh sebilangan kecil pengarah filem tempatan; dan mereka terdiri dari orang yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang ini. Mereka tidak mempunyai sebab yang mulia untuk membuat filem. Mereka kata filem mereka jujur tetapi kejujuran mereka adalah hanya kepada kejujuran yang salah; mereka jujur kepada fahaman yang terpesong dan terikut-ikut dengan cara pembuatan filem di barat yang sudah lapuk.
            Dan sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buah filem yang memaparkan liberalisme yang melulu. Ia mendapat sokongan dan liputan yang meluas dari media bukan Melayu khasnya, sebab mereka memegang nilai yang tidak sama dengan orang yang pentingkan nilai ugama, budaya dan negara yang tinggi. 
            Dan kita juga rasa gembira ada penentangan terhadap pengarah yang membuat filem-filem yang boleh dianggap kurang sopan, sebab mereka mengamalkan fahaman liberalisme secara salah dan masyarakat umumnya memandang rendah terhadap filem seperti ini, walaupun ia dikatakan dapat sanjungan di luar negeri. Namun sanjungan yang diterima itu bukanlah disebabkan ia filem yang hebat, tetapi oleh sebab ia mempunyai nilai anti-Islam.
            Ada beberapa buah filem yang memaparkan nilai yang kita anggap sebagai terlalu liberal sehingga ia lucah tidak mendapat sambutan yang hangat dari penonton tempatan. Dan di luar negeri ianya juga tidak mendapat sokongan yang kuat, sekadar dijemput untuk ditayang dalam beberapa buah pesta filem antarabangsa sahaja.
            Mahu tidak mahu, kita kena ambil pendirian dan lihat pembuatan filem itu, khususnya di Malaysia sebagai satu usaha yang murni yang bertujuan untuk meluaskan pandangan masyarakat tentang isiu-isiu tertentu dan tidak sahaja dengan mengguna elemen seks sebagai daya penarik untuk filem yang dibuat.
            Malah saya mahu menganggap bahawa sesebuah filem itu baik atau tidak baik dari segi relevannya kepada masyarakat, negara dan ugama untuk sesuatu ketika. Dan tidak ramai pengarah filem tempatan yang  sedar tentang hakikat ini dan terus menghasilkan filem-filem yang langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang.
            Sebenarnya apa yang mahu dibincangkan di sini tidak lain satu pengajian tentang genre, atau jenis dan tidak lain, dan bagaimana ia telah diguna untuk mempelbagaikan penerbitan filem tempatan dari filem-filem remaja yang berkisar kepada masalah kemasyarakatan dan gelagat mereka, mengharung kehidupan yang serba moden dari kehidupan dalam kampung yang terkawal, kepada kehidupan yang bebas.
            Sebab dalam bidang filem, maupun bidang lain seperti penulisan, senilukis dan sebagainya terdapat bermacam-macam jenis atau genre, dan genre filem yang mempunyai nilai patrotisme dan liberalisme merupakan dua dari banyak yang ada.
            Dan seperti yang kita tahu bahawa kebanyakan filem-filem Melayu yang telah dibuat pada zaman dulu hampir semuanya adalah jenis drama masyarakat, tidak kira, drama moden atau purba. Dan ia adalah juga dalam bentuk drama muzikal sehinggakan terdapat beberapa genre yang dicampurkan untuk menjadi sebuah genre khas untuk filem Melayu.
            Ini sebenarnya adalah pengaruh dari filem-filem dari India yang telah diserapkan ke dalam filem Melayu oleh pengarah dari Madras yang telah didatangkan oleh pihak studio di Singapura. 
            Malah filem awal yang dibuat di Hong Kong juga mengguna cara seperti ini dan terdapat banyak adegan nanyian dan tarian dalamnya, tetapi lama-kelamaan pembuatan filem seperti ini telah diberhentikan. Ini disebabkan cara pembuatan filem seperti ini dianggap tidak sesuai untuk penonton Cina di negara tersebut, walaupun ia mendapat pengaruh dari opera kelasik Cina yang sering mempunyai adegan tarian dan nyanyian.
            Semua filem Melayu yang diterbitkan sejak dulu lagi mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh baru atau asing dalam pemikiran kita. Ini selalunya diadakan secara sengaja atau tidak sengaja. Dan kalau kita cuba untuk melihat semua filem-filem tersebut kita akan mendapati bahawa kebanyakan pengaruh atau elemen tersebut seperti yang baru dalam dunia kita. Dan ‘pembaruan’ inilah yang selalunya membuat ramai penonton mahu menonton filem.
            Malah kalau kita lihat filem Melayu yang pertama iaitu ‘Laila Majnun’ sekalipun, kita akan mendapati elemen-elemen yang boleh dianggap sebagai liberal.  Ia telah mempunyai adegan yang dulunya tidak boleh diadakan dalam persembahan pentas seperti bangsawan yang tidak menggalakkan pelakon lelaki dan wanita dalam keadaan yang tidak sopan.
            Walaubagaimanapun, bila pelakon bangsawan diterima masuk ke dalam bidang filem, kesopanan dalam bangsawan seperti itu tidak diamalkan dan masyarakat tidak memandang serong kepada filem-filem yang mempunyai adegan sepasang lelaki-perempuan dalam keadaan yang kurang sopan itu.
            Liberalisme dalam filem Melayu khsusunya berlaku oleh sebab pengarah filem yang membuatnya ketika itu tidak mengambil kira nilai sosial yang diamalkan oleh masyarakat ketika itu yang telah mempengaruhi kebudayaan Melayu amnya, yang juga memastikan pelakon perempuan memakai pakaian yang sopan juga dan tidak mendedahkan tubuh mereka.
Pengarah filem ketika itu telah terpengaruh dengan filem-filem yang mereka telah tonton dari Amerika dan menirunya bulat-bulat, dan juga.
            Malangnya, mereka tidak mendapat tentangan dari mana-mana pihak Ini disebabkan ketika itu Malaya dan Singapura dijajah oleh Inggeris dan merekalah yang telah menentukan sikap dan filem yang macam mana yang boleh ditayangkan, walaupun terdapat banyak filem Melayu yang dibuat di Singapura yang boleh dianggap sebagai tidak sopan dan terlalu liberal lebih-lebih lagi dalam filem sosial yang mengguna tema kemasyarakatan dan yang membincangkan tentang nilai masyarakat seperti yang terdapat dalam filem seperti ‘Jiran Sekampung’ arahan Hussain Hanif dan sebagainya.
            Sekarang ini filem-filem seperti yang menunjukkan lelaki dan perempuan Melayu mandi dalam sungai sebagai biasa, tetapi ia tidak dianggap biasa ketika itu; cuma yang tidak ada ketika itu ialah kawalan masyarakat ke atas pembuatan dan penayangan filem seperti yang ada sekarang. Dan ketika itu juga tidak mempunyai amalan kritikan dan analisa filem seperti yang kita ada sekarang. Ini memberi  pengarah filem di zaman dulu kebebasan untuk menghasilkan karya mereka tanpa dikawal oleh sesiapa.
            Dan sekarang fahaman liberalisme telah dihadkan dengan adanya Lembaga Penapisan Filem dan sebuah tradisi kritikan dan analisa filem dan individu-individu dan pihak lain yang memberi pentafsiran terhadap filem-filem yang dibuat, sehinggakan ada beberapa buah filem yang telah mencetuskan perbalahan bila pengarahnya dengan sengaja atau tidak, cuba untuk membuat sesuatu secara berlebih-lebihan.
            Sebenarnya liberalisme dalam filem seperti yang berlaku sekarang berpunca dari kejahilan mereka yang menghasilkan filem-filem tersebut. Mereka tidak mempunyai asas ugama yang kuat, maupun asas pembuatan filem yang kukuh. Mereka boleh dikatakan membuat filem secara suka-suka dan menerima bulat-bulat fahaman liberalisme dari barat yang menekankan liberalisme seksual sahaja. Dan yang menyedihkannya ialah beberapa buah filem-filem seperti ini yang telah dibuat oleh pengarah filem Melayu sendiri.
            Oleh itu sekiranya pengarah filem mahu menghasilkan apa-apa filem, tidak kira jenis atau genrenya, dia kena angkat fahaman patriotisme dan liberalisme secara halus dan tidak secara membuta-tuli atau melulu sehinggakan mereka terlupa daratan dan menghasilkan filem-filem yang membuka tubuh dan bukan pemikiran supaya ia luas.
            Biar terbuka atau liberal dalam pemikiran dan bukan liberal atau terbuka dari segi lagak dan pakaian. Dan patriotisme mesti juga dianggap sebagai semangat mahu majukan diri sendiri, supaya filem yang dihasilkan itu halus dan mendekati jiwa masyarakat dan ia tidak kelihatan seperti filem-filem yang ditiru bulat-bulat dari filem yang telah lama dulu diterbitkan di barat yang menunjukkan adegan sumbang dan watak-watak dengan perangai mereka yang menjolok mata.
            Jadi inilah yang bakal menentukan samada sesebuah filem itu boleh diangkat sebagai filem tempatan yang penting walaupun ia tidak diberi sebarang anugerah dalam pesta filem antarabangsa yang rata-rata mengguna kayu ukur yang berbeza dan berlainan dari kayu ukur kita sendiri.
            Dan tidak menghairankan bahawa semua filem kelasik dunia adalah jenis filem yang liberal dari segi pandangan tetapi tidak dari segi nilai yang tidak bermoral atau ‘kelucahannya’. 

Sabtu, 17 Disember 2011

FILEM: PEMBENTUKAN IMEJ KEBANGGAAN NEGARA.

Oleh Mansor Puteh





MUKKADIMAH:

Kita mesti terima hakikat bahawa kita mempunyai masalah besar yang asas. Sedihnya, kita, sebagai bangsa dan negara tidak tahu mengguna pelbagai media bukan sahaja filem dan televisyen dan akhbar sebagai seni atau untuk menaikkan imej kita sendiri. Malah senjata penting ini telah kita guna untuk menikam diri kita sendiri disamping bantu kuasa
asing untuk menawan kita secara halus. Dan yang, sedihnya, kita sudah jadi agen untuk mereka meluaskan pengaruh budaya mereka.

Dan kita tidak seharusnya rasa bangga sekiranya karya-karya filem dan televisyen yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan cuma boleh menguntungkan penerbit tersebut sahaja, walaupun imej yang direka olehnya itu sebenarnya adalah negatif dan tidak menguntungkan ugama, bangsa dan negara.
(A)         DUA ZAMAN:
1          Sebenarnya, perusahaan filem Melayu di Malaysia dan Singapura telah melalui dua era atau zaman. Zaman pertama ialah Zaman India, di mana ia telah menerima pengaruh dari sana. Ini berlaku oleh sebab pihak tuan punya studio bukan Melayu di Singapura dengan sewenang-wenangnya mengimport pengarah dari sana untuk memulakan perusahaan filem kita.
2          Sekarang ini perusahaan filem kita sedang berada di dalam zaman kedua iaitu Zaman Hong Kong. 
3          Kita dapat bezakan imej Melayu yang telah dipaparkan di dalam zaman India dan zaman Hong Kong. Dan saya pasti ramai orang Melayu, termasuk bukan Melayu dapat merasakan bahawa imej Melayu dalam filem-filem keluaran Zaman India dan Hong Kong ini mempunyai ciri-ciri tertentu, yang tidak
kena dengan budaya dan keperibadian Melayu. Ini dapat dilihat dari segi pemikiran, pembentukan watak serta kisah yang diguna dalam filem. Dan imej Melayu yang telah dicipta adalah imej stereotaip yang direka oleh bukan Melayu, iaitu orang India dan Cina ala Hong Kong.
4          Dan saya syak ramai orang Melayu ketika itu rasa berminat untuk menonton filem-filem lama keluaran studio-studio di Jalan Ampas dan East Coast Road di Singapura sehingga sekarang, oleh sebab mereka rasa hairan dengan pemaparan watak-watak dan masyarakat Melayu ketika itu dengan sedemikian rupa.
Lebih-lebih lagi untuk penonton Melayu dari kampung yang rata-rata tidak kenal dengan Singapura atau kehidupan yang luar biasa di bandar. Mereka tertarik dengan kisah sekitar masyarakat Melayu bandar yang kononnya lebih bergaya dan moden dalam Dekad 40, 50 dan 60an di Singapura.
5          Mereka juga tertarik untuk melihat insan yang dikatakan Melayu itu, bertutur dalam Bahasa Melayu tetapi pemikiran dan cara hidup mereka berbeza.
6          Filem lama yang dikatakan baik adalah jenis yang dikata boleh membuat penonton ketawa dan menanggis. Ini sebenarnya bukan cara untuk menilai sesebuah filem.
7          Sebenarnya cara untuk menilai filem Melayu yang baik ialah jenis yang boleh menaikkan imej Melayu dan menyebar nilai Islam, menguatkan iman, dan yang merapatkan perpaduan Melayu dan Ummah. Ia bukan filem yang boleh membuat orang ketawa dan menanggis.
8          Ia adalah filem yang boleh menguatkan keperibadian kita dan membuat penonton rasa bangga yang dia adalah orang Melayu dan bukan bangsa yang tidak ada jati diri seperti yang mahu digayakan oleh banyak watak dalam filem-fiJem lama, termasuk filem yang diterbit sekarang, khususnya filem remaja yang rata-rata menolak imej Melayu. Bolehkah kita kata filem remaja Melayu mempunyai nilai anti­-Melayu dan anti-Islam?

(B)       SINGAPURA DAN FILEM ALA INDIA:

9             Semua filem Melayu di dalam Zaman India dibuat mengikut cara India, walaupun bahasa yang digunakan adalah Melayu dengan adegan nyanyian dan tarian. Adegan nyanyian dan tarian ini sebenarnya adalah cara yang didapati dalam drama kuno India atau drama Sanskrit yang telah wujud di India sejak beribu-ribu tahun lalu. Ia telah mempengaruhi pengkarya filem di India sehingga sekarang, sebab inilah cara tradisional mereka untuk menceritakan kisah-kisah di atas pentas, yang dibawa ke layar perak sehingga sekarang.
10        Bahasa Melayu yang diguna dalam filem Melayu lama sebenarnya bukan Bahasa Melayu yang biasa kita ketahui tetapi Bahasa Melayu loghat Indonesia, sehingga sekarang ini kita rasa bahawa loghat tersebut adalah loghat yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Singapura ketika itu. Ini jauh dari kebenaran.
11        Masyrakat Melayu di Singapura dan Malaya ketika itu tidak bertutur dengan loghat ini. Ini membuktikan bahawa imej Melayu yang dipaparkan dalam Zaman India filem Melayu tidak tepat. Ia adalah imej Melayu yang telah direka oleh pihak studio untuk tujuan tertentu.
12        Malangnya, pihak studio tersebut telah juga mencipta imej si Melayu yang bahlol dengan watak-watak yang tolol, secara sedar atau tidak sedar. Kita tergelak dengan kata-kata lucu Ahmad Nesfu dan lain-­lain, tetapi kalau kita kaji kesan yang mereka bawa kepada pembentukan imej Melayu kita pasti akan sedar bahawa watak-watak berfikiran cetek seperti inilah yang telah membentuk imej Melayu sebagai orang yang lemah dan tidak berpendidikan, termasuk watak-watak yang kononnya dianggap sebagai lucu yang dimainkan oleh P Ramlee. Malah watak-watak Melayu bahlol dalam kebanyakan filem Melayu lama, telah mencetuskan tesis ‘Mitos Melayu Malas’ atau ‘The Myth of the Lazy and Stupid Malays’.
13        Kenapa agakya watak-watak dan filem-filem Melayu lama yang dibuat itu tidak mendapat kencaman dari masyarakat Melayu? Ketika itu masyarakat Melayu tidak mempunyai ahli psikologi dan pengkritik filem yang bertauliah, yang mana boleh mengkaji filem-filem dari perspektif pasikologi dan politik yang boleh bertanya apakah filem dan watak seperti itu yang mahu direka untuk mewakilli Bangsa Melayu? Oleh yang demikian semua filem Melayu lama terus dibuat tanpa sebarang kawalan sosial dan politik atau ‘social and polibcal control’.
14        Jadi tanpa disedari, apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh studio lama di Singapura ialah untuk menerbit filem-filem Indonesia, iaitu dengan mengguna lokasi dan pelakon Melayu di Singapura. Mereka sebenarnya tidak mahu membuat filem Melayu tulen yang memaparkan masyarakat dan imej Melayu Malaya seperti yang kita ketahui.
15        Tetapi, ia tidak juga Indonesia, tetapi masyarakat Melayu yang direka oleh studio, yang dibentuk secara stereotaip, iaitu Melayu yang lemah, emosional dan yang mempunyal pemikiran yang cetek dan ghairah dengan isiu-isiu yang tidak kompleks, sekadar dongeng sebagai hiburan ringan untuk penonton tertawa dan menanggis.
16        Perbalahan yang berlaku dalam filem-filem tidak mencerminkan kematangan pemikiran dan psikologi yang tinggi dan halus. Ia tercetus oleh perasaan dengki, khianat dan iri hati dan masalah jurang generasi dan kedudukan dari mereka yang berada dan papa. Sedangkan ketika itu, setahu saya, masyarakat Melayu sebenarnya tidak fikirkan tentang kedudukan atau taraf. Tetapi, kasta ini wujud cuma dalam filem-tilem Melayu di mana ada masyarakat kelas menengah Melayu yang amat digemari oleh pengarah filem Melayu lama itu.
17        Perbezaan yang nyata boleh kita dapati apabila kita buat kajian perbandingan dengan cerita-cerita yang dihasilkan oleh penulis novel, cerpen, puisi yang menekankan isiu dan tema lain. Ini menunjukkan betapa jauh bezanya pemikiran pengkarya filem Melayu ketika itu dengan pengkarya bidang prosa yang rata-rata tidak terpengaruh dengan kebudayaan dan pemikiran India, seperti pengarah filem kita itu.
18        Dan imej Melayu dan pemikiran Melayu yang kita dapati dari penulis juah lebih tepat dan tinggi berbanding dengan karya filem ketika itu.
19        Malah kita boleh katakan semua filem-filem yang diterbit oleh studio di Singapura adalah hakmilik Negara Singapura sebab ia memaparkan masyarakat Melayu di sana. Kita cuma mengaku yang ia adalah hakmilik kita sebab terdapat jumlah kecil pengarah dan pelakun Melayu yang berasal dari sini.
20        Pada mulanya pengaruh India dalam filem Melayu diterima bulat-bulat tetapi apabila orang Melayu mula mengarah, pengaruh India mulai disingkir satu per satu.
21        Tidak hairan kalau ramai di kalangan tokoh budaya dan bahasa, sasterawan Melayu sehingga sekarang rasa janggal dengan karya filem dan drama televisyen tempatan. Filem-filem dan drama televisyen ternpatan tidak mempunyai imej Melayu seperti yang diharapkan, jauh sekali Islam.
22        Dan drama televisyen bukan Melayu, iaitu Cina dan India adalah lebih teruk lagi. Ia langsung tidak mempunyai identiti Malaysia. Drama-drama televisyen seperti ini harus diharamkan sebab ia mendatangkan kesan negatif di dalam pemikiran penonton bukan Melayu sebab la menolak kehadiran Melayu. Saya tidak salahkan penerbitnya, tetapi stesen televisyen yang menayangnya.
23        Pembentukan imej Melayu atau mana-mana bangsa dalam karya filem dan drama televisyen biasanya bertolak dari konsep realisme sosial atau ‘sosial realism’. Tapi, malangnya, ramai di kalangan pengkarya filem dan drama televisyen tidak tahu dengan konsep ini dan ciri-cirinya. Mereka telah menyalah anggap dan mengguna konsep `realisme seksual’ atau `sexual realism’ seperti yang digemari oleh pengkarya di Hollywood dan Barat atau di Latin Amerika dan seluruh dunia termasuk di negara­-negara Cina yang asyik dengan watak-watak yang gemar berpakaian separuh bogel atau membuat perbuatan sumbang dengan pasangan mereka atau sejenis.
24        Hampir semua filem dari Asia yang diiktiraf di Barat sebagai baik adalah jenis yang menunjukkan watak-watak berpakaian separuh bogel yang melakukan perbuatan yang kita anggap sebagai sumbang. Komen saya tentang Pesta Filem Cannes mengenai lima jenis filem bukan dari Asia yang diiktiraf di pesta filem itu telah disiar dalam Times Magazine beberapa tahun lalu. Dan saya telah berkata Cannes adalah penghancur budaya filem dan perosak imej Asia, Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
(C)       RTM DAN FILEM ALA HONG KONG:
25        Pengarah Melayu generasi baru telah menolak pengaruh India dalam filem dan mulai awal dekad 70an dulu, secara sedar dan tidak sedar. Filem-filem Melayu sudah mulai cuba menunjukkan imej Melayu. Ini disebabkan pembuatan filem Melayu ketika itu tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh studio, tetapi yang ditentukan sendiri oleh produser bebas yang muncul dengan tiba-tiba. Mereka tidak mempunyai konsep pembuatan filem yang diakui secara universal dan membuat filem mengikut sesuka hati.
26        Tetapi, usaha untuk menolak pengaruh bukan Melayu dalam ini tidak kekal, oleh sebab televisyen khususnya rancangan swasta oleh RTM telah menyebabkan pengaruh Hong Kong mulai menular sehingga. Sekarang.
27        Sedihnya, imej Melayu dalam filem dan drama televisyen sekali lagi dicemar. Pelakon-pelakon dalam drama televisyen dan filem Melayu sudah mula meniru cara pelakon Hong Kong. Dan ramai penulis skrip serta pengarah juga ghairah meniru pengarah dan penulis dari sana.
28        Siapakah yang berjaya menyebabkan masalah ini berlaku? RTM telah menggalakkan ramai orang yang tidak berkelayakan untuk menjadi pengarah, penulis skrip dan penerbit dengan begitu mudah.
29        Dan lebih teruk dari itu, RTM telah juga menggalakkan bukan Melayu untuk menerbit drama televisyen, dan mereka bukanlah orangnya yang boleh kita harapkan untuk menaikkan imej Melayu dan Islam dalam filem dan drama televisyen.
30        Malah, saya boleh katakan di sini bahawa setiap kali drama Melayu yang diterbitkan oleh mereka, ia telah membuat kredibiliti RTM dan kerajaan jatuh di kaca mata penonton dan rakyat Melayu khususnya.
31        Kita harus sedar bahawa satu faktor yang menyebabkan tumbangnya kerajaan Shah di Iran ialah sinerna. Sinema Iran ketika itu mempunyai corak Barat yang menunjukkan pelakon Iran dalam keadaan yang sumbang telah menyebabkan perasaaan marah kian bersemarak dl kalangan masyarakat Iran umumnya bukan sahaja di kalangan Ulamak.
32        Sebenarnya kalau kita lihat secara umum, kita akan sedar bahawa imej Melayu seperti yang ditonjolkan dalam drama televisyen dan filem tempatan tidak tepat dengan apa yang berlaku. Kita sendiri dapat bezakannya. Dan kita tidak selesa dengan imej Melayu yang dipaparkan dalam drama televisyen dan filem lebih-lebih lag] dalam drama yang diterbitkan oleh bukan Melayu.
33        Faktor paling utama kenapa drama televisyen dan filem Melayu tidak mempunyai imej Melayu tetapi imej Hong Kong ialah oleh sebab RTM telah memberi kuasa atau kontrak hampir monopoli kepada sebuah syarikat bukan Melayu untuk menerbit drama televisyen. Dan mereka telah dengan bangganya mengimport skrip dan pengarah filem dari Hong Kong dan menolak karyawan tempatan. Kebanyakan mereka yang menerbit drama di kalangan Melayu pula tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini. Mereka cuma ahli perniagaan sahaja.
34        Sistem yang diguna oleh RTM dan kerajaan tidak sesuai untuk melahirkan karyawan di kalangan mereka yang berpendidikan dan berpengelaman, yang mana boleh kita harapkan untuk menaikkan imej Melayu dan Malaysia di kaca mata masyarakat tempatan di luar negeri.
35        Sebab sehingga kini RTM dan stesen televisyen lain telah gagal untuk melahirkan seorang pengkarya yang diiktiraf di peringkt dunia, walaupun rancangan drama swasta telah wujud hampir 20 tahun lalu. Dan saya tidak fikir keadaan ini akan berubah selagi sistem yang digunakan oleh RTM dan kerajaan itu
sendiri tidak ditukar terlebih Ia langsung tidak mementingkan kelayakan dan pengelaman.
36        Kalau dulu kita dijajah dengan pengaruh India, tetapi kini Hong Kong pula, seperti pengkarya filem Melayu bodoh sangat tidak tahu menerbit filem dan drama televisyen sehinggakan kita terpaksa mengimport skrip dan pengarah dari Hong Kong yang rata-rata tidak tahu berbahasa Melayu atau kenal dengan budaya Melayu dan siapa itu Bangsa Melayu.
37        Keadaan menjadi bertambah teruk apabila lebih banyak stesen televisyen swasta ditubuhkan di Kuala Lumpur, di mana mereka beria-ia mempromosi siri televisyen dari Amerika, Hong Kong dan India yang rata-rata mempengaruhi pembuatan drama televisyen tempatan.
38        Bolehkah kita kata di sini bahawa RTM dan stesen televisyen swasta lain serta media hiburan yang telah berjaya merosakkan imej Melayu sekarang dengan pemaparan masyarakat Melayu yang penuh dengan kepalsuan dan cara hidup ala Barat.
39        Sedihnya, di bawah penjajahan Inggeris, perusahaan filem Melayu di Singapura boleh dikatakan maju; tetapi setelah hampir 44 tahun kita mencapai Kemerdekaan, di bawah kepemimpinan Melayu, perusahaan filem kita lesu walaupun kita sekarang mempunyai ramai pakar dalam bidang ini berbanding dengan dulu.

Selasa, 13 Disember 2011

MEMBINCANG FILEM ‘PUTERI GUNUNG LEDANG’.

Oleh Mansor Puteh



Tentu ramai orang tidak ternanti-nanti untuk membincang tentang filem ‘Puteri Gunung Ledang’ yang telah selama dua-tiga tahun ini menarik perhatian orang awam, khususnya mereka yang berminat dalam bidang perfileman.

Setelah beberapa kali perbincangan ini telah ditangguhkan, akhirnya ia dapat juga dimunafaatkan di Finas. Saya percaya tentu ramai mahu tahu di manakah hebat dan salahnya filem ini.

Tentu ada banyak perkara yang boleh kita bincangkan tentang filem ini dari segi pembuatan dan penerimaanya di kalangan orang awam di dalam dan di luar negara yang mahu melihatnya dari sudut tersendiri.

Mereka yang lebih peka dalam bidang sastera, sejarah dan Bahasa Melayu sudah pasti akan mahu melihatnya dari segi ini. Sementara mereka yang cuma mahu menonton filem ini tanpa mengambil kira segi-segi tadi juga pasti boleh membuat penghuraian tersendiri.

Dan mereka yang langsung tidak tahu-menahu tentang sastera, sejarah dan Bahasa Melayu di luar negeri sudah pasti boleh terpengaruh dengan hiasan gambaran yang mereka telah disajikan dan akan buat pendapat sendiri tentangnya, samada mereka mahu menerimanya sebagai sebuah filem baik atau yang baru, yang mereka tidak pernah menonton sebelum ini.

Memang benar, filem purbawara atau epik kostium seperti ‘Puteri Gunung Ledang’ tidak pernah dipersembahkan di peringkat antarabangsa; maka tidak hairanlah kalau ia mendapat sedikit-sebanyak pandangan dan penerimaan dari kalangan luar negara, sehingga ada beberapa pesta filem yang telah menjemputnya untuk ditayang di sana.

Tetapi buat kita, cara yang paling baik untuk kita melihat filem ini sudah semestinya dari sudut-sudut saster, sejarah dan bahasa. Adakah ia menepati kenyataan atau kebenaran?

PESTA FILEM MALAYSIA KE-18:

Namun demikian tidak dapat dinafikan lagi bahawa ‘Puteri Gunung Ledang’ akan berjaya menarik perhatian para juri dalam Pesta Filem Malaysia ke-18 yang bakal diadakan bulan depan. Walaupun terdapat 28 buah filem yang dikatakan layak bertanding dalam pesta filem ini, tetapi akhirnya tiga buah filem sahaja yang akan menarik perhatian juri, iaitu ‘Puteri Gunung Ledang’, ‘Qaisy dan Laila’ dan ‘Sepet.’

Saya yakin filem ‘Puteri Gunung Ledang’ ini akan meraih hampir semua anugerah dalam pesta filem bulan depan termasuk filem terbaik, pengarah terbaik dan lain-lain. Cuma beberapa buah anugerah sahaja yang akan terjatuh ke filem ‘Qaisy dan Laila’ dan satu atau dua buah anugerah kecil diberi untuk filem ‘Sepet’ seperti anugerah pelakon harapan dan sebagainya.

‘Puteri Gunung Ledang’ memang mempunyai banyak cacat dan cela. Tetapi berbanding dengan filem-filem lain, khususnya yang dua lagi, ia mempunyai banyak elemen-elemen yang boleh menarik perhatian para juri. Dan tidak salah kalau ia mendapat anugerah paling banyak.

SASTERA, SEJARAH DAN BAHASA MELAYU:

Namun demikian kalau kita mahu lihat filem ini dari segi yang serius seperti segi sastera, sejarah dan Bahasa Melayu, kita boleh membuat penghuraian yang amat panjang dan lebar.

Mungkin ada baiknya kita mula dengan segi kebenaran dulu.

Adakah kisah yang ingin dipaparkan dalam filem ini berlandaskan kebenaran atau apakah penulis skripnya Khalid Mamat cuma membuat satu cerita rekaan sahaja?

Ternyata sekali filem ini tidak menepati sejarah. Adakah filem ini cuma mahu dijadikan sebuah filem rekaan yang mengguna fakta sejarah dengan sewenang-wenangnya seperti filem fantasi?

Contohnya: Hang Tuah sudah berusia agak lanjut semasa dia disuruh untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Dia sudah berusia dalam lingkungan enam-puluhan dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Tentu sekali M. Nasir tidak sesuai untuk main watak ini, tetapi orang seperti Kuswadinata atau Ahmad Yatim.

Dan tujuan sebenarnya Hang Tuah memberitahu kepada Sultan Mansur Shah kenapa Puteri Gunung Ledang mempunyai banyak syarat sebelum dia sanggup berkahwin dengan sultan itu ialah oleh sebab Hang Tuah tidak mampu atau larat untuk pergi ke Gunung Ledang yang terletak di utara Johor, sebab dia sudah uzur. Maka Hang Tuah yang telah memberi alasan tentang apa yang dia beritau sultan seperti yang dikehendakki oleh puteri itu. Tujuannya ialah untuk menutup kelemahannya sendiri supaya sultan tidak memaraahinya. Ini teori saya.

Hang Tuah juga tahu Puteri Gunung Ledang itu tidak wujud.

Jadi sultan di mana Hang Tuah menaung bukan Sultan Mahmud Shah seperti yang dikatakan dalam filem ini. Sultan sebenarnya ialah Sultan Mansur Shah, dan Sultan Mahmud Shah yang merupakan Sultan Melaka yang terakhir adalah cucu kepada Sultan Mansur Shah.

Dan dalam filem ini, Kerajaan Majapahit dikatakan masih berada dipengaruhi oleh ugama Hindu. Sebenarnya Betara Majapahit sudahpun masuk Islam semasa zaman Sultan Mansur Shah lagi dalam pertengahan kurun ke-lima belas.

Dan salah kalau dikatakan puteri Jawa yang telah datang ke Melaka untuk mencari Hang Tuah itu masih berugama Hindu.

MELAKA DALAM ZAMAN SULTAN MANSUR SHAH:

Jadi Melaka yang dipaparkan dalam filem ini, dari segi cerita dan sifat nyata atau fizikalnya juga tidak menepati. Saya dilahir dan dibesarkan di Melaka dan saya tahu susunan tempat atau geografi negeri itu, dan saya berani berkata bahawa Bandar Melaka yang telah digambarkan itu tidak tepat.

Kegitaan perniagaan di Melaka pada zaman silam terletak di muara Sungai Melaka di Bazar Melaka dan Kampung Jawa. Ada sebuah jambatan yang menyeberang Sungi Mlaka yang telah dibina oleh Parameswara di mana terdapat kedai-kedai untuk orang meniagaan terdapat di situ.

Sepatutnya babak Bandar Melaka boleh dibuat dengan lebih cekap dan cantik lagi, menepati keadaan sebenarnya pada masa itu.

PERWATAKAN:

Seperti dalam banyak filem epik, terdapat ramai watak penting yang setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan keperibadian mereka. Oleh itu adalah baik kalau mereka tidak diperkenalkan tanpa sebarang elemen drama. Sultan Melaka, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, bendahara, Sultan Siak, Betara Majapahit dan sebagainya sepatutnya mesti diperkenalkan satu per satu supaya penonton kenal dan sedar tentang kehadiran mereka.

Tentu ramai orang mahu bertanya apakah sebenarnya sebab kenapa beberapa pelakon penting dari Indonesia dibawa masuk ke Malaysia untuk bermain watak-watak dalam filem ini?

Saya syak hasrat penerbit filem ini tidak lain; untuk mengguna mereka sebagai daya penarik untuk tujuan pengedaran filem ini di Indonesia. Tetapi sehingga kin kita masih tidak tahu apakah filem ini akan juga ditayang di sana. Kalau ini tidak berlaku, saya rasa ia adalah sesuatu yang agak malang. Tentu filem ini boleh diterima oleh penonton di Indonesia selain di Malaysia.

FOTOGRAFI:

Fotografi mesti dilakukan untuk membezakan tempat seperti Melaka, Majapahit dan sebagainya yang mesti menunjukkan perbezaan dari segi percahayaan dan warna. Dan adalah lebih baik kalau babak-babak di Majapahit dibuat di Pulau Jawa sendiri dan tidak di Malaysia. Sudah pasti dengan kos pembuatan yang sebegitu tinggi, tentu filem ini juga boleh dibuat di sana.

PENERBITAN:

Ramai orang dalam perusahaan filem tempatan rasa agak keciwa sebab filem ini tidak mengabungkan tenaga dalam perusahaan. Dan cara yang digunakan sering kali mencetuskan perbalahan dan ia mendapat publisiti yang tidak baik, berkaitan dengan isiu alam sekitar di Cameron Highlands, penggunaan pakar-pakar dari luar negara yang sedikit-sebanyak telah menjejaskan imej filem ini di kalangan penonton.

Dan ada yang berkata bahawa pengunaan seorang pengarah keturunan Cina juga telah berjaya menjejaskan penerimaan dari kalangan penonton Melayu. Mungkin hasrat penerbit filem ini yang mahu guna pengarah filem bukan Melayu bertujuan untuk memberi perangsang kepada penonton bukan Melayu untuk menonton filem ini, tetapi saya rasa kesan yang didapati tidak seperti itu.

PROMOSI DAN PUBLISITI:

Penerbit filem ini telah membuat satu kesilapan besar dengan membuat promosi besar-besaran terlalu awal sebelum filem ditayangkan. Ini ditambah dengan publisiti yang tidak baik diterima semasa penggambaran di Cameron Highlands dan isiu pembayaran gaji dan lain-lain telah menjejaskan imej filem ini.

Saya juga rasa hairan kenapa promosi besar-besaran tidak diadakan sebelum filem ini ditayangkan di pawagam di sini, seperti menerbit sebuah majalah tentang pembuatan filem ini, atau mengadakan pameran kostium, prop dan set di pusat membeli-belah dan sebagainya untuk menarik perhatian umum. Buku-buku juga boleh diterbitkan untuk menunjukkan pakaian yang telah dibuat untuk filem ini.

Cuma yang saya rasa risau ialah kebanyakan kostium atau pakaian yang telah diguna dalam filem ini tidak menepati pakaian zaman dulu.

Contohnya, Sultan Melaka tidak memakai songket setiap hari; dia cuma pakainya dua atau tiga kali setiap tahun dalam acara rasmi.

Dan sultan di Melaka dulu tidak berjumpa dengan orang di balai rong seri, tetapi di bendul. Bendul ini terletak di hadapan rumah di mana sultan dan pegawai istana duduk untuk berbincang sambil makan sireh. Sireh sebenarnya merupakan makanan yang paling digemari oleh semua orang di Melaka dulu. Dan pokok sireh terdapat di tepi istana dan di taman. Ini tidak terdapat dalam filem ini maupun filem-filem Melayu purbawara terbitan studio di Singapura dulu.

RUMUSAN:

Filem ini sepatutnya boleh mendapat sambutan luar biasa dari penonton tempatan dan ia boleh ditayang di lebih banyak pesta filem antarabangsa dan mungkin dapat diedar di pawagam luar negeri kalau penerbitnya lebih peka dalam bidang perfileman dan guna pakar-pakar dalam bidang-bdang tertentu untuk membantu beliau.

Kesilapan terbesar ialah apabila penerbit tidak menjemput pakar-pakar sastera, sejarah dan Bahasa Melayu untuk menilai skrip dan beri pendapat. Lebih dari itu bila filem ini disiapkan mereka tidak dijemput untuk menonton dan beri pendapat. Pengiktirafan dari mereka penting untuk memberi penonton perangsang untuk menonton filem ini.

Akhir sekali saya rasa filem ini terlalu panjang untuk mengisahkan sebuah cerita percintaan yang tidak berwarna. Tidak ada banyak alasan yang telah diberi kenapa puteri Jawa teramat sukakan Hang Tuah dan sejak bila Hang Tuah juga tertarik dengannya. 

Khamis, 8 Disember 2011

PELAJAR SEKOLAH CINA TIDAK SEPATUT DAPAT BIASISWA KERAJAAN.

Oleh Mansor Puteh





Saya ingin menarik perhatian pembaca Utusan dan orang awam tentang terdapatnya beberapa pelajar keturunan Cina yang telah belajar di sekolah kebangsaan jenis Cina, yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.

Saya rasa hairan kenapa mereka merungut bila mereka gagal untuk mendapat biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) atau mana-mana agensi kerajaan.

Sepatutnya pelajar-pelajar cemerlang ini tidak layak untuk mendapat sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari JPA atau mana-mana agensi kerajaan, sebab mereka tidak percaya dengan pendidikan kebangsaan dan berpilih untuk belajar di sekolah swasta aliran Cina, kononnya mereka boleh belajar dengan bebas dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Jadi setelah mereka berjaya, mereka juga seharusnya menadapat bantuan dari sekolah aliran Cina atau mana-mana agensi Cina lain, untuk membiayai pelajaran mereka dan tidak mengharapkan dari JPA atau mana-mana agensi kerajaan.

Sekiranya kerajaan tidak ambil tindakan seperti ini, tentu satu masa nanti, lebih ramai pelajar dari aliran Cina dan India yang akan mendapat ganjaran dari JPA walhal ia adalah untuk menggalak pelajar dari sekolah kebangsaan.

Cuma dengan mengenakan syarat seperti ini kerajaan boleh galak lebih ramai ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan atau Sekolah Wawasan dan tidak ke sekolah aliran Cina dan India.

Kalau ibubapa Cina dan India mahu bebas hantar anak mereka ke sekolah Cina dan India, mereka juga sepatutnya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari JPA atau agensi kerajaan untuk mendapat biasiswa.

Jumaat, 2 Disember 2011

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PERFILEMAN PALING PENTING DI DUNIA ISLAM DAN DUNIA KETIGA dan PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL.

Oleh Mansor Puteh


PENGENALAN:

Kertas kerja ini ditulis berdasarkan kertas kerja yang saya telah bentangkan di First International Muslim Filmmakers’ Conference di Tehran, Iran dalam tahun 1994 dan di Khalil Sakakini Cultural Center di Ramallah, Palestine dalam tahun 1999 berjudul, ‘MUSLIM CINEMA AS ANTI THESIS TO HOLLYWOOD’ atau ‘SINEMA MUSLIM SEBAGAI PENCABAR KEPADA HOLLYWOOD’.

1     DUNIA ISLAM YANG TIDAK LENGKAP: MASYARAKAT ISLAM YANG TIDAK SEMPURNA.

Dunia Islam dan Dunia Ketiga tidak lengkap dari banyak segi. Oleh sebab itu umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan Barat hidup melarat dari segi kerohanian dan cara hidup serta pegangan nilai.

Jadi tidak hairanlah kalau ada wanita Melayu/Islam yang bertudung, tidak tinggal sembahyang yang sanggup benarkan anak gadis kecilnya mengambil bahagian dalam bidang sokan yang memaksa gadis kecil itu memakai pakaian separuh bogel untuk ditonton di televisyen, semata-mata untuk membolehkan dia menang pingat dalam sokan gimnastik.

Dan tidak hairanlah kalau ramai gadis Melayu/Islam yang menuntut di universiti yang beria-ia serta melenting menonton rancangan hiburan yang rata-rata tidak mendatangkan faedah, selain untuk memberi keuntungan kepada stesen televisyen swasta.

Sebabnya ialah, mereka tidak ada pilihan dan mereka seperti digalak oleh puak ulamak yang telah membenarkan rancangan seperti ini untuk terus diadakan, tanpa memberi sebarang pandangan atau kecaman. Yang menyedihkan sekali ialah rancangan-rancangan ini diterbit oleh orang Islam dan pesertanya keseluruhannya adalah orang Islam dan penontonnya juga orang Islam. 

Dan walaupun gadis Islam telah diharamkan dari mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, yang saya kata, ratu perasaan cantik, tetapi stesen televisyen dan majalah telah terus mengadakannya dengan mengguna format lain.

Dan seorang gadis India Muslim telah dipilih Miss Malaysia Indian baru-baru ini. Perbuatan beliau itu menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Yadim sendiri. Saya harap tindakan dapat diambil ke atas penganjur dan pemenangnya.

Kita sudah mempunyai banyak fasarana seperti jalanraya, bangunan diantara yang tertinggi di dunia. Dan kita juga sudah mempunyai ramai tokoh penting dalam bidang politik, kepimpinan lain dalam bidang sains, teknologi dan sebagainya.

Tetapi kita masih tidak mempunyai satu sinema yang kukuh.

Selagi kita tidak mempunyai sebuah sinema yang kukuh, kita tidak boleh dianggap sebagai sebuah daerah di dunia yang penting.

Dan daerah kita sebenarnya bukan sahaja di Malaysia ataupun di Nusantara Melayu, tetapi di
seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
Itulah sebabnya kenapa Dunia Islam masih dilihat sebagai terkebelakangan.

Dan Umat Islam juga boleh dianggap sebagai tidak pernah bersatu.

2          SINEMA MUSLIM atau NEW MUSLIM CINEMA:

Sebabnya ialah kita tidak ada alat perhubungan seharian yang mengambungkan kehendak dan perasaan umat yang hanya boleh dilakukan dengan adanya sebuah sinema, iaitu Sinema Muslim.

Sinema Muslim boleh menyatukan Umat Islam di seluruh Dunia Islam dan dengan masyarakat di Dunia Ketiga lain.

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menubuhkan Sinema Muslim ini.

Tujuannya bukan sahaja untuk menerbit filem dan rancangan televisyen untuk ditayang di pawagam dan televisyen kita, tetapi lebih dari itu ia boleh mengabungkan segala hasrat dan kehendak kita, dalam bentuk filem dan rancangan televisyen.

Skiranya ini tidak dapat dilakukan, maka kita akan terus jadi hamba kepada pengedar barangan ini dari Amerika, Hong Kong, India, Amerika Selatan dan Siam dan ngara-negara lain.

Dan seperti yang kita semua tahu, rancangan yang mereka terbitkan itu bukan tentang kita. Malah ia memupukkan nilai bukan Islam dan anti-Islam.

Jadi, apa yang telah berlaku ialah, kita buka stesen televisyen dan radio dan buka pawagam di seluruh negara semata-mata untuk menyebar dakyah anti-Islam kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan di mana-mana ada masyarakat Islam.

Kita semua berdosa sebab kita sudah menjadikan diri kita agen  kepada pihakp-pihak yang menyebar nilai dan budaya anti-Islam di televisyen, pawagam dan dalam bentuk cereka yang dijual dengan murah di pasar malam dan kedai-kedai lain.

Saya rasa hairan sebab tidak seorang pemimpin Dunia Islam terfikir tentang pentingnya bidang perfileman. Mereka juga telah terpengaruh dengan pemikiran bahawa bidang ini tidak penting; ia adalah haram dan tidak harus digalakkan.

Memang bidang ini boleh dianggap sebagai haram, kalau ia diguna dengan salah. Tetapi kalau ia boleh digunakan dengan betul, ia boleh mendatangkan kebaikan, dan sesiapa yang buat filem yang boleh menguatkan iman dan akidah serta merapatkan perpaduan Umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam, maka ganjarannya adalah besar. Dia dapat pahala dan bukan dosa.

Saya juga hairan kenapa pertubuhan Islam seperti Yadim dan lain-lain termasuk para ulama tidak pentingkan bidang perfileman dan kesenian lain dan mahu fikirnya sebagai tidak berguna untuk membentuk keperibadian Umat Islam dan menjadi bahan untuk menyebar nilai murni Islam serta mencerminkan masyarat Islam yang sebenarnya.

Tetapi tidakkah mereka dapat lihat di pawagam dan televisyen khususnya yang memaparkan masyarakat Islam di kalangan muda yang beria-ia mahu jadi seperti orang yang tidak berugama? Tidakkah para ulama ini sedar dan tahu kenapa mereka sudah jadi begini?

Tentu ada sebabnya.

Sebabnya ialah pertumbuhan di Malaysia dan di Dunia Islam khususnya tidak dibuat secara menyeluruh. Ia cuma menekankan kebendaan dan tidak dari segi kebudayaan dan kemasyarakatan serta cara hidup yang bersih.

Jadi, sekiranya seluruh Dunia Islam mahu diIslamkan secara betul, salah satu caranya ialah untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim supaya filem-filem dan rancangan drama televisyen kita dapat ditayang di semua pawagam kita di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, supaya kita tidak perlu untuk membeli filem dan rancangan televisyen dari Barat atau negara-negara bukan Islam lain.

Salah satu sebab kenapa kita tidak mempunyai pemikir dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta keilmuan ialah oleh sebab kita telah menjatuhkan tahab kita ke tahan penerima dan bukan tahab pemimpin dalam semua bidang termasuk perfileman, kebudayaan dan kesenian.

Dan dengan tidak mempunyai Sinema Muslim, kita juga telah memberi peluang pekerjaan kepada orang bukan Islam untuk membuat filem dan rancangan televisyen, walhal kita mempunyai kepakaran untuk menghasilkannya.

Akhirnya kisah kepahlawanan dan ketokohan Umat Islam tidak sampai ke layer perak dan layer televisyen; yang sering ditayangkan adalah tentang kehebatan orang bukan Islam, termasuk watak kartun mereka yang telah menjadi sanjungan anak muda Islam.

Jadi saya ingin sarankan supaya Yadim dan kerajaan Malaysia cari jalan untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim dan Malaysia boleh jadi pusat paling penting di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.

3          PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL:

Dan saya juga ingin bantu Yadim dan kerajaan untuk menganjor sebuah pesta filem khas bernama PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL untuk mengangkatkan tahab pembuatan filem kita serta pembuatnya supaya mereka dikenali di seluruh Dunia Islam.

Dengan adanya pesta filem pertama ini, ia boleh menjadi pemangkin kepada penubuhan Sinema Muslim.

Kalau kedua-dua cadangan ini tidak dapat dilaksanakan, iaitu Putrajaya World Muslim Film Festival dan Sinema Muslim or New Muslim Cinema, maka Umat Islam dan seluruh Dunia Islam sendiri
akan terus terpinggir.

Dan Umat Islam tidak akan dikatakan wujud di muka bumi ini dan peranan mereka atau kita tidak lain sebagai parasit (parasite) kepada perkembangan dakyah Barat atau anti-Islam. Dan kita cuma hidup untuk menajdi agen untuk memajukan hasrat mereka.

Itulah sebabnya kenapa kita tidak penting di dunia. Sebab kita tidak ada imej sendiri. Imej tentang kita sebenarnya dicipta oleh Barat yang mempunyai niat sendiri untuk menjadikan kita masyarakat dan dunia yang mundur.

Tidak ada guna lapangan terbang canggih dan bangunan paling tinggi di seluruh dunia, kalau imej Umat Islam tidak wujud di muka bumi, dan kalau beratus juta umat Islam lain hidup kais pagi, makan pagi, dan tidak mempunyai rumah sendiri dan terus tinggal dalam pondok usang dibuat dengan zink dikutip dari tempat buangan sampah.

Dan tidak ada gunanya untuk kita banggakan pertumbuhan ekonomi negara walhal, pertumbuhan ekonomi itu bukan ekonomi umat Islam tetapi bukan Islam.

Dunia sudah berkembang, tetapi Dunia Islam masih mundur.

Dan tidak ada salahnya kalau ada pengarah filem Melayu/Islam buat filem yang mempunyai nilai anti-Islam sebab mereka mahu dapat pengiktirafan dari pesta filem di Barat yang suka tonton filem seperti itu, sebab pengarah filem kita tidak mempunyai pesta filem khas untuk memberi penghargaan kepada filem-filem yang memupuk nilai murni Islam.

Akhir sekali, saya ingin tegaskan perpaduan Umat Islam di Malaysia, di Nusantara Melayu dan di seluruh Dunia Islam dan perkembangan Islam di seluruh dunia kini terletak di tangan pengarah filem, dan bukan pemimpin politik.

Kalau ia terletak di tangan pemimpin politik, sudah lama Umat Islam sudah bersatu, dan sudah lama pula Dunia Islam maju – lebih-lebih lagi dengan adanya Pertubuhan Dunia Islam atau OIC.

Tetapi ini tidak berlaku.

Ia tidak boleh berlaku sekiranya kita tidak mampu untuk menubuh Sinema Muslim atau the New Muslim Cinema dan anjur Putrajaya World Muslim Film Festival.

4     PENGKARYA FILEM MUSLIM SEBAGAI PENDAKWAH BUKAN PEMUSNAH NILAI ISLAM:

Pengarah filem Islam boleh dijadikan agen anti-Islam, tetapi mereka juga boleh dijadikan khalifah seni untuk menyebar dakyah Islam dan nilai murni Islam di seluruh dunia. 

Pemimpin politik dan ugama Islam boleh pilih untuk jadikan pengkarya filem Islam sebagai pendakwah Islam atau pemusnah nilai Islam.

Kalau mereka terus tidak berbuat sesuatu, iaitu untuk membantu saya menganjor Putrajaya World Muslim Film Festival dan sama-sama wujudkan Sinema Muslim atau New Muslim Cinema, jangan salahkan kalau ada pengkarya filem Melayu atau Islam yang mahu jadikan diri mereka pemusnah nilai Islam dengan membuat filem-filem yang memupuk nilai anti-Islam. 

Dan cara mendakwah bukan lagi dalam bentuk mengadakan ceramah seperti yang dianjurkan oleh RTM yang pada saya tidak bermakna dan tidak berkesan sebab ia tidak memajukan pemikiran dan mencetuskan idea baru.

Caranya ialah untuk mengguna media baru seperti filem, televisyen dan media.

Saya berharap Yadim tidak akan menolak kehadiran pengkarya filem Melayu/Islam di Malaysia dan anggap mereka sebagai sampah masyarakat. Mereka boleh dijadikan sampah, atau pejuang Islam – khalifah seni setaraf dengan ustaz lain yang mempunyai pengkhususan dalam ugama tetapi bukan dalam bidang-bidang lain termasuk filem, dan terima pandangan dan pendapat mereka. 
            Akhir sekali, sekira Dunia Islam pinggirkan bidang perfileman, selagi itu Dunia Islam akan terus berkucar-kacir dan Umat Islam tidak bersatu.
            Kuasa filem atau sinema itu kuat dan ia mesti diguna untuk kebaikan kita – untuk menyatukan Umat Islam dan memadukan segala tenaga untuk kebaikan bersama.
            Malah saya berani berkata KUASA FILEM lebih kuat dari KUASA NUKLEAR.
            Dunia Islam tidak dibenar untuk memiklikki Kuasa Nuklear sebab ia adalah senjata untuk musuh Islam, tetapi kita boleh mempunyai dan memilikki KUASA SINEMA.

Wallahuallam.