Sabtu, 14 Januari 2012

TUN HASSAN PEREKA BAJU MELAYU MODEN. (Sejarah ringkas baju Melayu…)

Oleh Mansor Puteh

Dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan semua naskah lama Melayu yang terkumpul sehingga kini, samada ia mengisahkan sejarah, atau kisah-kisah hihuran semata-mata, nama seperti Tun Hassan mungkin tidak dikenali ramai. 

Para pengkaji sudah tentu tidak kenal siapakah Tun Hassan ini, samada dia seorang watak penting atau tidak dalam sejarah Melayu dan perkembangaan kebudayaan Melayu.

Tun Hassan? Siapa itu Tun Hassan?

Dia bukan tokoh terbilang, atau pahlawan yang telah tercatit dalam sejarah Melayu, dan dia juga bukan juga seorang pemimpin terbilang seperti Tun Perak, Tun Fatimah, atau Hang Tuah dan rakan-rakannya, dan lain-lain tokok yang bergelar Tun seperti dia.

Tetapi, sebenarnya, Tun Hassan ini merupakan seorang yang agak penting juga dalam sejarah Melayu dan perkembangan budaya Melayu, yang sehingga kini tidak disebut-sebut atau diiktiraf.

Saya juga terserempak dengan nama Tun Hassan ini ketika saya membuat penyelidikan tentang skrip siri televisyen berjudul, “Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu dan Bugis’ sepanjang 52 episod yang telah saya tulis dalam tahun 1997 dulu untuk Shuhaimi Baba, yang mahu menerbitnya untuk tatapan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang mana tertengguh akan penerbitannya untuk memaparkan ke layar televisyen satu epik sejarah Melayu dan Bugis.

Kisah seperti sebelum ini tidak pernah dilakukan supaya masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya tahu akan kegemilangan bangsa Melayu yang telah mempunyai peradaban tinggi sejak dulu-kala lagi, yang mampu bertahan walaupun tertekan dengan kehadiran bangsa asing, iaitu Inggeris yang membawa niat jahat mereka untuk memecah belahkan bangsa Melayu mengikut suku-sakat dengan membawa masuk pendatang asing dari negeri Cina dan India.

Sememangnya kisah yang telah dibentangkan dan dicatitkan oleh pemimpin utama Bugis, Raja Haji dan disiapkan oleh anaknya Raja Ali Haji setelah kematiannya bapanya di tangan Portugis di Melaka begitu penting dalam sejarah Melayu amnya.

Sudah pasti sekiranya siri ini diterbitkan, ia boleh menjadi hiburan yang penuh makna kepada bukan sahaja orang Melayu tetapi masyarakat dunia amnya, yang orang Melayu sebenarnya tokoh, dan bijak laksana dan ada peradabannya sehingga ia dihancurkan oleh pendatang Inggeris yang membawa niat jahat mereka, sehingga berjaya memecahkan Nusantara atau dunia Melayu dan mencipta sebuah negara asing iaitu Singapura secara cendekel atau jahat!

Bagaimanapun, pengajian saya terhadap naskah ‘Tuhfat al-Nafis’ atau ‘The Precious Gift’ dalam bahasa Inggeris ini bersama dengan naskah-naskah lama lain membuka mata. Dan salah sebuah fakta yang telah berjaya saya perolehi ialah mengenai watak dengan nama Tun Hassan.

Alangkah hairannya apabila saya mendapati bahawa fesyen baju Melayu yang seperti yang kita pakai sekarang ini, secara tidak rasmi atau rasmi dipakai oleh pembesar negara, pada dasarnya dicipta oleh Tun Hassan ini!  Dan fakta ini harus diiktiraf sebab ia memberi gambaran tentang sejarah perkembangan baju Melayu yang telah banyak berubah sejak dulu hingga sekarang, yang mana Tun Hassanlah orangnya yang telah membuat perubahan yang paling ketara sehingga kesannya dirasa sehingga kini.

Ya, benar, dalam naskah yang telah saya baca, disebutkan bahawa Tun Hassan ini merupakan seorang anak pembesar di negeri Melaka, di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. 

Dan sebelum Tun Hassan, orang Melayu, khususnya kaum lelaki memakai pakaian baju Melayu dengan corak dari yang lain dan cara tersediri yang direka atau diubahnya.

Tun Hassan sebenarnya, disebutkan sebagai seorang lelaki yang segak, tampan lagi bergaya, atau pendek kata, gantang.  Dia mempunyai ramai peminat di kalangan gadis-gadis zamannya yang terpikat dengan gayanya memakai baju Melayu; tambahan pula dia anak seorang pembesar negeri.

Dan dia juga gemar memakai pakaian yang indah, lain dari yang dipakai oleh pemuda ketika itu, termasuk pembesar negeri.

Jadi, disebutkan juga dalam naskah tua itu bahawa Tun Hassan telah membuat perubahan kepada baju Melayu yang menyebabkan tercetusnya satu revolusi fesyen orang Melayu yang berlaku sehingga kini.  Kesan perubahan yang telah dibuat oleh Tun Hassan itu terasa sehingga sekarang.

Sebelum Tun Hassan mereka semula fesyen baju Melayu, kita tahu bahawa pakaian orang Melayu, tidak kira perempuan atau lelaki adalah jenis yang ketat dan senteng. Dengan lain-lain perkataan, pakaian orang Melayu itu tidak longgar, dan baju yang dipakai agak sempit dengan lengan bajunya cuma ke paras lengan sahaja, dan seluar atau celana yang juga ketat jatuh hingga ke paras betis.

Dan di kelilling pinggang diikat dengan sehelai kain secara ketat, dan di kepala pula digetangkan dengan sehelai kain. 

Tujuan kain digetangkan di kepala bertujuan untuk menjadikannya tuala muka untuk mengeringkan keringat pada muka dan kain di pinggang itu boleh dijadikan selimut waktu malam, atau tuala mandi apabila anak muda Melayu mahu menyuci tubuh badan di kolam, tasik sungai; juga untuk menghalang dari dibaham oleh nyamuk.

Dan pakaian orang prempuan Melayu ketika itu pula hampir serupa dengan kaum lelaki.  Kaum perempuan pula memakai kain yang agak ketat dan sentang hingga ke betis kaki, dan baju mereka tidak berapa longgar dengan lengan tangan jatuh ke separuh tangan, sama panjangnya dengan lengan baju lelaki ketika itu.

Ia tidak berbeza dengan pakaian lelaki ketika itu, cuma bahan yang diguna adalah diperbuat dari batik untuk kain, sementara untuk kaum lelaki jenis kain biasanya adalah satu warna dan tidak mempunyai rekaan.

Cara pakaian orang Melayu lelaki atau perempuan dibuat sedemikian rupa tanpa memerlukan banyak teknik jahitan yang canggih.  Ia direka untuk memenuhi fungsi iaitu sejenis pakaian yang kena dan sesuai untuk semua jenis pekerjaan dan suasana, tidak kira rasmi atau tidak rasmi.  Dan ia boleh dijahit dengan tangan secara kasar, sebab ketika itu mesin penjahit baju belum dicipta dan orang menjahit dengan tangan sahaja.  Ini membuat jahitan kelihatan kasar.

Dan kaum perempuan juga mempunyai lilitan kain di kepala untuk digunakan sebagai penahan pancaran matahari dan tuala untuk mengering keringat dan menutup rambut dari debu dan pancaran cahaya terik matahari. Ia juga digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan boleh juga dijadikan kain penentang untuk diletakkan ke atas rumput sebagai tikar untuk mereka berihat setelah penat bekerja atau tuala mandi, sebab kaum perempuan ketika itu tidak seperti lelaki mempunyai kain sampin yang boleh diguna untuk tujuan yang sama.

Ternyata, cara pakaian orang Melayu lelaki dan perempuan ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dan di negeri-negeri Melayu lain seluruh Tanah Melayu sebelum zaman ini, telah berlaku akibat kegiatan pertanian dan sosial ketika itu.

Orang Melayu yang bercucuk tanam memakai pakaian seperti itu sebab ia mudah, dan tidak menghalang pergerakan untuk membajak. Sementara untuk kaum lelaki pula, ia membolehkan mereka untuk bergiat giat, sambil bekerja, mereka boleh juga bermain sepak raga atau bersilat dan bergotong-royong yang menjadi satu aktiviti penting dalam kehidupan masyarakat Melayu lama, dengan memakai pakaian yang sama yang tidak menunjukkan kasta atau tahab sosial mereka.

Mungkin jenis kain yang diguna oleh rakyat Melayu ketika itu jenis yang biasa seperti kain benang yang kuat dan boleh dicuci dengan mudah dan didijemur untuk dipakai setiap hari, berbanding dengan jenis kain yang digunakan oleh kaum bangsawan yang lebih indah, seperti sutera yang berwarna-warni yang dibawa oleh pedagang luar negeri, seperti dari Negeri Cina dan India.

Pendek kata apa yang dipentingkan ialah fungsi dari estetika atau fesyen. Ini juga terangkan kenapa pakaian kaum lelaki dan perempuan Melayu zaman itu kelihatan seperti sama sahaja, tanpa menunjukkan keunikan peribadi.

Tetapi, Tun Hassan merubah segala-galanya. Dengan caranya yang tersendiri dia telah membuat pakaian untuknya yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki zamannya.  Akibatnya ialah fesyen pakaian orang lelaki dan perempuan Melayu dan masyarakat Melayu amnya serta kaum bangsaan telah berubah oehsebab tindakan Tun Hassan itu.

Ini mungkin disebabkan bahawa Tun Hassan bukan seorang petani atau dari keluarga biasa; dia adalah anak seorang pembesar negeri, dan tidak ada sebab mahu membajak di sawah-bendang, atau bertani. 

Oleh yang demikian, dia boleh kelihatan lebih segak dan tampan dari mereka semua.  Kalau adapun kegiatan yang mahu dilakukan secara fizikal, ia mungkin untuk bermain sepak raga bulatan bersama rakan-rakan dari kalangan bangsawan sahaja di perkarangan rumah.

Juga jenis kain yang mampu diguna sudah pasti jenis yang diimport dari luar negeri seperti Cina dan India yang lebih halus dan berwarna-warni dan mahal.

Apa yang telah dilakukan oleh Tun Hassan adalah untuk melonggarkan pakaian baju Melayu, seperti baju dan lengan tangan yang diturunkan sehingga ke pergelangan tangan.  Sementara itu, dia telah juga melonggarkan seluar atau celana, dan menjatuhkannya hingga ke tumit.

Untuk kain yang diikat di pinggang, Tun Hassan telah memakai kain yang lebih menarik dengan memakai songket.  Dan kain yang dililit itu kini kelihatan seperti kain sampin dan tidak cuma sebagai kain untuk dijadikan tuala mandi atau selimut untuk menutup tubuhbadan pemuda Melayu tatkala malam tiba, atau mengelakkan diri mereka dari dibaham nyamuk dalam hutan atau pada waktu malam.

Selain dari itu Tun Hassan telah juga mereka semula kain yang dililit pada dahi kepala, dengan memberi corak tersendiri, sehinggakan ia kelihatan seperti tengolok atau setanjak yang kita ketahuinya sekarang. Ia tidak lagi jadi cuma kain yang dililit di kepala seperti yang diguna oleh anak muda Melayu untuk mengeringkan keringat, atau untuk diguna menahan kesakitan bila menanduk bola sepak raga yang keras bagai kayu sebab pembuatannya kasar dan tidak sehalus seperti bola sepak raga yang boleh didapati sekarang yang diperbuat dari rotan yang telah diperlembutkan.

Pakaian yang direka oleh Tun Hassan itu menarik perhatian ramai anak muda Melayu zamannya, dan mereka mulai menirunya, sehingga akhirnya pakaian baju Melayu itu menjadi pakaian rasmi dalam kesutanan Melayu Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Kaum perempuan juga terikut-ikut melonggarkan pakaian mereka supaya ia kelihatan lebih ayu sambil menutup aurat.

Dengan cara ini juga setiap lelaki dan perempuan ketika itu boleh membuat perubahan kepada pakaian mereka dan mencari identiti dan citarasa sendiri; juga mengikut kemampuan masing-masing, samada mahu membuat pakaian yang lebih berseri atau biasa.

Lama-kelamaan fesyen pakaian orang Melayu berubah dari berfungsi untuk menutup aurat dan bekerja, kepada satu simbol status yang boleh membezakan orang Melayu sesama sendiri, mengikut tahab kedudukan dan harta mereka.

Ini sebenarnya berlaku dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah yang dikatakan sebagai zaman yang paling utama sepanjang zaman kesultanan Melayu Melaka itu.

Boleh juga dikatakan di sini bahawa perubahan fesyen orang Melayu ketika itu berlaku apabila masyarakat Melayu sedang menunjukkan kematangan berfikir dan kecanggihan dalam bidang kesenian dan kebudayaan dan peningkatan tahab ekonomi akibat kemajuan yang berlaku kepada negeri Melaka dengan pertembungan perniaga dari seluruh pelusuk dunia yang membawa barangan yang unik untuk diperdagangkan.

Jadi inilah sebenarnya Tun Hassan, pereka fesyen baju Melayu yang tidak diketahui umum. 

Sekiranya dia tidak melakukan perubahan kepada pakaian orang Melayu saya yakin kita sehingga sekarang akan memakai baju Melayu yang lebih ketat dan senteng, sama sepeti yang diguna oleh
anak muda dulu tidak kira samada kita rakyat biasa atau pembesar negeri.

Fesyen pakaian Melayu, sebenarnya telah melalui perubahan yang lebih drastik selepas itu, sehinggakan ia kini menjadi pakaian yang lebih menarik, berbanding dengan pakaian-pakaian masyarakat lain seperti Cina atau India yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik.

Malah kalau hendak dilihat tidak ramai orang Cina sendiri yang kini memakai pakaian tradisional mereka.

Pakaian Melayu kini boleh dianggap sebagai diantara pakaian yang paling menarik seluruh dunia. Dan ia boleh diadaptasikan untuk musim sejuk (winter) walaupun di dunia Melayu kita tidak mengalami musim seperti itu.

Kalau kita bandingkan dengan pakaian tradisional kaum lain, fesyen pakaian orang Melayu masih diterima umum, dan boleh dipakai sehingga sekarang, walaupun terdapat perubahan sedikit-seanyak yang dilakukan oleh anak muda yang mahu menunjukkan identiti masing-masing dan menaikkan tarafnya di kalangan pereka fesyen.

Malah, kalau kita lihat dalam dunia fesyen sekarang, kita akan mendapati bahawa banyak pereka fesyen dunia mengguna fesyen pakaian wanita Melayu sarong untuk dijadikan pakaian rasmi atau untuk acara malam (evening dress).

Pakaian rasmi asal masyarakat di Barat adalah gaun malam (evening gown) yang kelihatan sarat dan tidak sesuai untuk banyak wanita Barat yang mahukan pakaian serba ringkas.

Lain pula dengan fesyen pakaian tradisonal kaum Cina, misalnya, yang boleh dikatakan sudah pupus ditelan zaman. Tidak ada pemuda dan pemudi Cina yang mahu memakai pakaian tradisional mereka seperti ‘cheong sam’. 

Berbeza dengan fesyen pakaian orang India, yang masih memakai pakaian ‘sari’ dan ‘dhoti’ atau ‘kurta’ mereka yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik. Apa yang mereka pakai sekarang tidak berbeza dengan apa yang dipakai oleh nenek mereka.

Pakaian tradisional orang Melayu, sebaliknya telah berubah mengikut zaman. Dan kebanyakan perubahan ini telah berlaku oleh sebab anak muda Melayu gemar membuat perubahan ke atasnya, walaupun pada asasnya pakaian mereka itu tetap bersifat tradisional.

Cuba lihat siapakah tokoh utama dalam perubahan fesyen pakaian tradisional Melayu, dan kita boleh katakan buat masa yang tidak jauh ke belakang ini, kita boleh namakan mereka sebagai Sultan Johor, Sultan Iskandar dan penghibur Sudirman Haji Arshad.

Sebelum itu kita boleh namakan pelakun Melayu yang terkenal di studio Jalan Ampas dan East Coast Road di Singapura yang mengayakan baju Melayu dan kurung dengan segaknya. 

P Ramlee memakai songkok secara senget, dan kain sampin yang longgar dan besar. Ini menjadi ikutan-ikutan ramai pemuda dan pemudi.

Sultan Iskandar boleh dianggap sebagai pencetus trend atau ‘trendsetter’ dengan sengaja memakai baju Melayu yang lain dari orang Melayu lain. Sultan Iskandar lebih gemar memakai baju Melayu yang tidak mempunyai corak atau warna yang sama, seperti seluar yang berwarna hitam sedangkan baju berwarna terang.

Ini mungkin pertama kali pakaian baju Melayu telah diguna seperti itu, sebab sebelum ini anak muda Melayu takut untuk memakai baju Melayu kalau warna seluarnya tidak sama dengan warna baju.

Tentu ketika itu orang Melayu amnya akan rasa malu kalau mereka memakai baju Melayu seperti itu. Tetapi, lama-kelamaan fesyen pakaian seperti ini sudah diterima oleh umum, dan kini terdapat ramai orang Melayu yang memakainya seperti ini.

Tokoh lain yang telah merubah fesyen pakaian baju Melayu ialah penghibur Sudirman Haji Arshad, yang mempunyai perwatakan yang lain dari biasa. Oleh yang demikian apabila dia memakai baju Melayu, ia juga kelihatan lain dari apa orang lain pakai.

Sudirman gemar memakai baju Melayu yang berwarna terang dengan kain sampin yang begitu labur sehingga jatuh ke bawah lutut dan longgar. Dan kain sampinnya diperbuat dari jenis kain yang sama. Songkoknya juga berwarna seperti bajunya.

Sekarang ini ramai anak muda Melayu sudah meniru gaya pakaian Sultan Iskandar dan Sudirman. Dan mereka telah berani menambahkan corak dan cara baju Melayu mereka mahu dipakai.

Terdapat sekarang bermacam-macam jenis baju Melayu untuk lelaki atau baju kurung untuk perempuan Melayu dalam bermacam-macam bentuk dan rupa, walaupun secara amnya ia kelihatan seperti baju tradisional orang Melayu seperti dulu.

Hari Raya Puasa yang baru berlalu itu telah mempamirkan pelbagai jenis baju Melayu dan kurung yang telah diguna oleh artis-artis kita, dan kesemuanya menunjukkan keunikan sendiri, mengikut citarasa dan identiti peribadi.

Berbeza dengan pakaian tradisional kaum India dan Cina, yang mana tidak menampakkan sebarang perubahan.  Malah boleh dikatakan pakaian tradisional orang Melayu lebih unik, sebab ia mengikuti zaman dan selera peribadi. Ia tidak beku dan berubah mengikut kehendak masa dan sendiri.

Lebih lagi kalau kita lihat pakaian tradisi wanita Melayu yang berwarna-warni dan mempunyai corak yang telah dipadankan dari pengelaman budaya asing, seperti Cina, India, Barat, Arab dan lain-lain.      

Rabu, 11 Januari 2012

PENAPISAN FILEM: DIANTARA KENYATAAN DAN BAYANGAN.

Oleh Mansor Puteh

Secara kasar, semua orang tahu apa itu ‘penapisan filem’ atau ‘film censorship’, seperti diamalkan di Malaysia atau di mana-­mana negara pun. Tetapi, apa yang ramai pihak yang tidak mahu sedar ialah tugas penapisan filem itu ‘straight forward’ atau nyata.    

Dan tidak sepatutnya ada perbalahan di antara penapisan filem atau ahli-ahli yang terlibat mengenainya dan pihak pengkarya filem tempatan, pengimport filem asing dan wartawan hiburan akhbar tempatan maupun segelintir masyarakat yang gemar menentang keputusan yang dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem.

Keadaan seperti ini berlaku oleh sebab terdapat peraturan-­peraturan dan undang-undang negara yang telah diluluskan oleh Parlimen, yang mana telah menjadi asas untuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk membuat tindakan. 

Sedang di pihak luar, mereka sering boleh dianggap sebagai kurang arif dengan undang-undang atau peraturan ini dan terus membuat andaian untuk bertanyakan kenapakah sesebuah babak atau filem itu ditapis.

Perbalahan seperti ini yang sering diapi-apikan oleh beberapa pihak tertentu khususnya dalam akhbar mempunyai niat dan fahaman yang agak menggelirukan.

Sudah tentu mereka cuma memcermninkan apa yang dianggap oleh masyarakat, dan kalau boleh mereka tahu supaya semua filem lucah terbitan luar negeri diluluskan bersih tanpa sebarang penapisan.         

Dan mahu menggalakan pengarah filem tempatan pula mencontohinya. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku, mereka ini yang mewakili pendapat dan pandangan segelintir masyarakat Malaysia yang terlalu liberal dan terbuka, akan merasakan negara kita telah maju dan bebas dari penapisan.

Tidakkah ini sesutu keadaan yang keterlaluan, dan tidak mungkin berlaku di mana-mana negara pun termasuk Amerika atau Eropah?

Saya sebenarnya amat menyokong dengan adanya penapisan ke atas filem-filem dan ini disebabkan filem-filem yang dianggap kotor itu tidak sesuai untuk ditayang secara umum di mana­-mana negarapun, termasuk Amerika dan Eropah.

Cuma segelintir masyarakat di negara kita dan di negara Barat tersebut yang mendesak supaya kelonggaran dibuat oleh kerajaan untuk membenar filem-filem lucah untuk ditayangkan kepada umum.

Hampir semua pendapat menentang penapisan filem secara ketat beberapa buah filem asing termasuk tempatan segelintir orang yang dianggap sebagai keterlaluan. Mereka mempunyai sikap mahu menentang tanpa undang-undang dan peraturan-peraturan yang dilulus oleh parlimen.

Mereka juga bersikap pro­-Barat dari segi psikologi dan enggan menerima hakikat negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini sudah pasti terdapat nilai-nilai yang harus dijaga agar ia tidak terkeluar dari batas.

Sebenarnya mereka bukan pengkarya filem yang berkemampuan. Kalau ada diantara mereka yang menentang penapisan filem di kalangan pengarah filem muda kita, saya berani berkata mereka konsep penerbitan tidak mempunyai bahan sebenar serta semangat kekitaan.

Malah, kalau dinilai akan filem-filem dari Dunia Ketiga atau Dunia Selatan, seperti yang telah diiktiraf oleh pesta filem di Eropah dan Amerika, kita akan terkejut dengan cara pemilihan mereka.

Cuba bayangkan dari semua jenis atau genre filem yang telah diiktiraf oleh mereka, cuma terdapat lima kategori sahaja. Dan kesemua kelima kategori itu adalah yang menekankan aspek negative.

Jenis-jenisnya ialah: Pertama, filem yang menunjukkan masyarakat miskin dan papa serta buta huruf. Kedua, filem yang menekankan kegiatan atau masyarakat homoseksual yang mempunyai babak-babak seks. Ketiga, filem yang mempunyai unsur politik kiri iaitu mengenai watak-watak yang menentang kerajaan atau budaya dan ugama. Keempat, filem anti-kolonialisme atau penjajahan di mana tokoh-tokoh dari sejarah kepahlawanan kita digambarkan sebagai tolol yang berani menentang kuasa Barat, tidak kira Inggeris atau Belanda dan sebagainya.

Mana Kelima, ialah filem jenis sejarah atau epik kostium di mana mereka akan rasa bangga melihat suatu ketika dulu negara kita gemilang dengan sejarah silam yang cantik, tetapi mereka sedar akan suasana feudal yang dianggap sebagai terkebelang atau "backward."

Fahaman kebanyakan pengarah fi1em generasi baru kita termasuk segelintir wartawan        hiburan dan penulis pojok atau “columnists” di akhbar tempatan serta segolongan pembaca akhhar yang memberi pendapat boleh dikatakan termasuk dalam golongan mereka yang tersilap dengan falsafah mereka maupun aspek sejarah perfileman tempatan yang berkait arl perfileman antarabangsa.

Sudah tentu mereka cuma mahu menonton filem-filem yang dianggap menghiburkan dan mengasyikkan, tanpa mengambil kira akan sensitiviti masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi nilai Islam dan ugama amnya yang menjadi tunggak  kepada pembentukan undang-undang di bawah Akta Penapisan Film, yang mana menjadi rujukan buat ahli Lembaga Penapisan Filem kita, maupun di mana-mana.

Segelintir masyarakat kita keliru itu tidak sedar kenapa di Amerika juga kini terdapat ura-ura untuk mengurangkan bahan lucah dalam filem, termasuk babak-babak dan adegan ganas dan tahyul. Kesemuanya ini berlaku sebab kini terdapat kesedaran universal di mana pihak-pihak yang menontan mahu mempersoalkan cara persembahan sesebuah filem untuk menentukan samada ianva sesuai untuk mereka atau tidak. Keadaan seperti ini berlaku oleh sebab masyarakat di mana-­mana negara kini sedar betapa pentingnya kalau filem-filem yang diterbit itu tidak memberi kesan negatif kepada mereka dan anak-anak mereka.

Sementara itu pihak yang menerbit filem walaupun di Hollywood dan Hong Kong serta India juga sudah mulai sedar akan tanggung jawab sosial yang harus ditekankan
dalam karya mereka.   

Generasi pengarah filem yang berkarya untuk herkarya dari mendapat pendapatan lumayan tanpa mengambil kira aspek ­kesucian nilai kehidupan dan ugama serta budaya, wujud sebab dalam pengajian mereka dalam bidang perfilem tidak terdapat aspek moraliti, ugama        atau mata pelajaran berbentuk kemasyarakatan.

Kebanyakan mereku terpengaruh dengan media filem itu di mana segala apa boleh diwujudkan sebab bahan ini membolehkan segala kemungkinan. Ini membuatkan mereka bereksperimen dengan filem untuk menghasilkan filem-filem yang fantasi bercampur dengan imaginasi menghasilkan filem-filem yang mahu sesuatu yang baru demi menghasilkan sesuatu yang baru, memberi mereka.

Oleh yang demikian kini wujud suatu terdapat putaran kejam atau pengarah menerhit filem yang bukan-bukan, pengiktirafan dan penonton tertarik Ini semuanya berlaku di Barat dalam sehingga awal 1980an lalu.

Dan segelintir masyarkat kita yang mengikuti perkembangan di Barat itu terpengaruh dengan konsep ini. Jadi, kalau filem-filem yang berbentuk ‘lain’ atau ‘unusual’ itu diterbitkan di luar negeri dan di negara diharam mereka okan terpelenting; intelek mereka ditekan oleh kerajaan dan filem.  

Mereka mendesak dan mengecam menjalankan tugas mengikut undang-undang Mereka percaya dan yakin bahawa ahli masyarakat apa yang buruk dan baik…

Masakan mereka tahu apa masyarakat umum an majmuk kita fakir. Dan masakan juga mereka boleh mewakilli semua penonton dan masyarakat di negara ini.

Saya percaya mereka cuma melafazkan pemikiran dan pendapat segelintir rakyat Malaysia.

Kebetulan pula mereka bekerja di akhbar diruang hiburan, atau mempunyai pojok-pojok tertentu, dan pengarang ruang hiburan melepaskan pendapat dari surat­-surat pembaca yang sependapat dengan mereka. Sudah tentu pihak akhbar ada agenda sendiri.

Dan untuk masyarakat umum, mereka tidak ada suara, dan pendapat mereka untuk bersetuju dengan pengharaman maupun penapisan filem disenyapkan. Jadi, apa yang berlaku dalam akhbar beriktutan dengan isu penapisan filem tidak memberi gambaran yang nyata dan jelas mengenai pendapat umum. Ia cuma mencerminkan terdapat segelintir masyarakat yang terlalu liberal, bahkan yang pro-Barat dan ‘anti-establishment’ atau anti-kuasa. Sebenarnya mereka tidak liberal tetapi keliru.

Kesedaran harus diadakan oleh kerajaan dan pihak Lembaga Penapisan Filem supaya pihak-pihak yang menentang ini sedar akan tanggung jawab mereka dan tanggung jawab pihak lain yang berkuasa.

Ini boleh dilakukan dengan diadakan seminar anjuran Kementerian Dalam Negeri khusus untuk wakil ruang hiburan akhbar, sebab mereka kini boleh dianggap sebagai ‘media gate­keepers’ atau penentu kepada bahan-bahan yang boleh disiarkan dalam akhbar mereka atau tidak.

Dan mereka boleh mempunyai agenda yang serupa dengan kerajaan untuk mempercayai akan perlunya aktiviti penapisan. Dengan cara ini masyarakat umum akan rasa mereka boleh percaya dengan laporan yang disiarkan, dan mereka yang menentang itu lambat-laun boleh didedahkan kepada kepentingan umum dan tidak cuma kepentingan mereka.

Di Iran, misalnya kerja penapisan filem dilakukan semasa skrip ditulis. Dan pengarah filem kelulusan skrip sebelum penggambaran demikian, di negara Iran ini, tidak terdapat seperti yang lazimnya dibuat di Amerika sendiri! Ini dapat musyawarah di antara ahli pengarah filem. 

Mungkin cara ini boleh dibuat jumlah filem yang diterbitkan begitu kecil dan sebelum ia diterbitkan. Iran menerbit enam-puluh buah filem setahun dan tidak sebuah ditapis atau diharamkan oleh mereka.

Ini juga bermakna tugas serta pengelibatan Ahli Lembaga Penapisan Filem kita harus bertukar dari pihak yang lain kepada pihak yang sama. Lama-kelamaan pengarah filem tempatan boleh wujud dalam keadaan yang lebih tenteram dan tidak menentang kuasa.

Dengan pertumbuhan perusahaan perfileman di negara kita, lebih-­lebih lagi dengan penswastaan Finas dan Filem Negara, dan dengan harapan jumlah filem tempatan diperbanyakkan, sudah tentu suatu sistem yang baik boleh diwujudkan demi kepentingan bersama.

Mungkin di Iran masalah pengimportan filem asing tidak wujud. Ini disebabkan mereka tidak mengimport filem-filem walaupun filem-filem ini mendapat sambutan hangat di Amerika atau seluruh dunia. Ini disebabkan penayangan filem dan semua jenis hiburan harus berlandaskan nilai Islam.

Jadi, dengan kebanyakan masyarakat di negara itu berugama Islam, maka masalah percanggahan hasrat dan minat tidak timbul. Lain pula di negara kita di mana golongan-golongan tertentu dari kaum dan ugama lain yang terasakan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem itu tidak adil.

Mungkin mereka benar, tetapi selalunya ini cuma merupakan suatu andaian semata-mata yang digunakam oleh segelintir ‘aktivis’ yang mahu menentang khusus untuk menentang!

Sebab pada asasnya, semua jenis filem dan bahan hiburan itu harus dilihat dari aspek nilai universal, yang merangkumi nilai semua ugama. Jadi, isu kurang sensitivity oleh pihak kerajaan terhadap filem-filem yang ditapis atau diharamkam itu tidak timbul.

Saya percaya penekanan terhadap perlunya penapisan belum lagi dibuat oleh kerajaan. Dan ini yang menyebabkan segelintir masyarakat berkenaan rasa seperti mereka itu diketepikan.

Saya juga seorang yang berpendidikan dalam bidang perfileman, dan saya yakin bahawa dengan diketatkan lagi undang-undang penapisan filem, masyarakat kita serta perusahaan filem kita boleh maju, dari segi pemikiran dan falsafah.

Penapisan filem yang baik boleh mengajak penonton, pengarah filem dan masyarakat kita untuk menghayati filem-filem bermutu dan tidak jenis lucah atau ganas yang kurang nilai keseniannya.

Kalau pihak media dapat memberi sokongan, dengan menyiarkan rencana-rencana yang baik tanpa menekankan isu-isu tidak relevan sudah tentu juga sesuatu sistem penghayatan filem dari penerbitan filem serta pengimportan filem boleh diwujudkan.

Yang menjadi masalah utama sekarang ialah ‘sistem’ yang ada ini banyak dipenganuhi uleh kekurangan arif di kalangan mereka yang berkuasa di akhbar, di syarikat pengimportan otan pengedaran filem serta pengarah filem.     

Aktiviti-aktiviti kita yang mahukan supaya filem yang diterbitkan oleh pengarah filem tempatan lebih mementingkan budaya dan masyarakat majmuk belum wujud.      

Yang ada cuma aktivis-aktivis yang mengangkat diri mereka sebagai wakil bagi pihak asing dengan menekankan fahaman, falsafah serta nilai asing mereka yang di pengaruhi dari Barat.

Mungkin dalam waktu pendek ini forum-forum boleh dengan menjemput pihak-pihak tertentu termasuk para aktivis dan tokoh keugamaan dari semua ugama boleh menerangkan apa sebenarnya penapisan dan perlu diadakan.

Forum seperti ini boleh diadakan secara terbuka atau di televisyen bagai menerangkan isu-isu berkaitan dengan aspek penapisan.

Sekira ini dapat diadakan saya percaya mereka yang mahu menentang demi untuk menentang keputusan Lembaga Penapisan Filem dan kerajaan boleh diberi maklumat dan pemahaman tentang falsafah baru mengenai penerbitan, penayangan dan pengedaran filem dari aspek tempatan maupun antarabangsa.

Dengan ini masyarakat serta media boleh didedahkan kepada isu ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang menulis di pojok sempit mereka.

Penukaran sikap harus berlaku di semua peringkat, bukan sahaja kerajaan atau Lembaga Penahisan Filem bahkan di akhbar dan masyarakat supaya mereka sedar akan pentingnya penapisan. Mungkin wartawan hibuaran boleh didik mengenai bidang perfileman dan penapisan filem sebab kebanyakan mereka kurang arif dalam bidang ini dan terikut-ikut untuk mengecam tanpa memberi alasan yang konkrik.

Mereka tidak sedar bahawa kebanyakan filem dari luar negeri mempunyai mesej dan maksud tersirat yang mrereka tidak dapat baca, Mereka terikut-ikut dengan publisiti yang dikeluarkan oleh studio berkenaan dan kritikan yang memuji filem-filem itu oleh pengkritik dan sarjana di Barat.

Sudah tentu kesemua mereka wujud untuk membesar-besarkan imej Barat di samping memperkecilkan bangsa lain filem-filem Barat yang menengahkan watak Yahudi. Dan dia boleh ke mana-mana di Dunia Ketiga mempersendakan sejarah, keraudayaaan penonton am, serta media tidak sedar ada baik berlaku. Mereka akan tertarik yang dilakukan dengan komputer.

Dan sekiranya filem seperti ini ditapis atau diharamkan, mereka akan turut melenting. Jadi, kalau penonton dan pihak media dapat didikkan tentang aspek yang tersirat dalam sesebuah filem, sudah tentu mereka akan bersetuju dengan tindakan untuk mengharamkan filem-filem seperti ini.

Masakan orang berkulit gelap dan bukan Orang Putih sahaja harus dijadikan ‘crook’ atau watak jahat dalam filem Hollywood?

Masa Dr Indiana Jones yang boleh pergi ke mana-mana negara Dunia Ketiga sambil mempersendakan kita sudah berlalu. Sebab ketara benar untuk saya watak filem Steven Spielberg ini seorang agen CIA yang dihantar ke negara-negara membangun atau mundur untuk mencuri, khazanah sejarah mereka untuk dibawa ke Amerika.   

Dan sejarah negara Dunia Ketiga ini diputar-belitkan untuk menunjukkan ia mundur.

Seperti contoh, utama berbamgsa sambil ugama kita yang tidak kesan khas seperti ini serta sesuatu dengan teknik sekira filem isu penapisan filem belum difaham oleh banyak orang, terutama sekali mereka dalam akhbar yang sering menanjolkan isu-isu tidak relevan kepada isu sebenamya.

Keadaan seperti ini boleh diubah kalau pihak Kementerian Dalam Negeri mengadakan peraturan-peraturan tertentu bagai menghadkan pihak akhbar dari mengempar-gempurkan isu berkaitan dengan penapisan sebab ia sering tidak jelas dan mempunyai niat tertentu.

Lebih-­lebih lagi kalau pengkritiknya cuma anak muda yang masih mentah dengan pengalaman hidup dan tidak mempunyai latar belakang bidang perfileman, maupun tahu apa itu penapisan sebenarnya.

Ahad, 8 Januari 2012

‘BAHASA MALAYSIA’ – ‘BAHASA INDONESIA’

– SISA PENINGGALAM ZAMAN KONFRONTASI DIANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA?
Oleh Mansor Puteh

Semasa saya menyertai pesta filem antarabangsa Fajr di Tehran, Iran dalam bulan Februari, 1994 dulu saya telah duduk semeja dengan pengarah dari Indonesia bernama Eros Djarot bersama beberapa rakan dari Iran. Kedua kami telah dijemput untuk menayang filem kami iaitu ‘Seman’ dan ‘Tji Nya Dhoen’ serta membentang kertas kerja dalam Persidangan Pengarah Filem Muslim Pertama yang diadakan sempena pesta filem itu.

Eros bertanya saya berasal dari mana? Dia tidak tahu yang saya berasal dari Malaysia berketurunan Melayu dan saya sengaja bertutur dengannya dalam bahasa Inggeris seketika.

Kemudian saya beritau dia saya dari Malaysia. Dia agak hairan, seperti peserta lain dari banyak negara yang turut menghadiri pesta dan persidangan itu.

Dan sayapun mula bercakap dalam Bahasa Melayu dengan Eros. Saya ingin melihat tindakan dari orang lain. Ternyata sekali ini memeranjatkan rakan kami dari Iran yang rasa agak pelik kenapa orang dari Malaysia dan Indonesia boleh bertutur dalam satu bahasa yang sama, walhal kami berasal dari dua buah negara berlainan.

Apa yang mereka tidak tahu ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sebenarnya sama – Bahasa Melayu.

Mereka juga tidak tahu bahawa Dunia Melayu meliputi beberapa negara di Tenggara Asia. Dan mereka bukan orang di Barat seperti di Eropah atau Amerika, tetapi di Dunia Islam sendiri. Pada saya, ini mencerminkan betapa kurang pengetahuannya umat Islam tentang Dunia Islam kita sendiri.

Malah, tidak ramai orang Arab sendiri tahu bahawa Melaka merupakan pusat perkembangan Islam yang paling penting di Nusantara Melayu atau Tenggara Asia pada satu ketika dahulu. Sejarah ini langsung tidak diketahui oleh mereka. Mungkin juga ramai orang Arab dan Iran tidak sedar orang Melayu di Malaysia dan Indonesia berugama Islam.

Tapi saya percaya ramai mereka tahu siapakah pereka fesyen, penyanyi dan pelakon utama di Hollywood, walaupun mereka tidak dapat menonton filem-filem mereka di pawagam tempatan.

Malaysia dan Indonesia tidak mengguna nama Bahasa Melayu, tapi panggilnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia mengikut tuntutan kebangsaan tesendiri mereka tanpa menghiraukan akan tuntutan bahasa dan sejarah serga bangsa, dan ia dilakukan oleh pemimpin kanan kedua buah negara untuk menghasilkan kesan tertentu iaitu merapatkan rakyat negara masing-masing.

Malangnya, tindakan ini telah mengakibatkan perpecahan dalam Bangsa Melayu itu sendiri sehinggakan orang di Barat khususnya, tidak kenal siapa atau apakah Bangsa Melayu itu. Mereka tidak tahu tentang Rumpun Melayu dan Nusantara Melayu.

Ini juga sudah pasti amat mengelirukan orang lain yang tidak tahu kenapa perkara seperti ini berlaku.

Tentu sekali orang Melayu di Singapura dan Brunei pula sudah pasti tidak akan berkata mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia tetapi Bahasa Melayu sahaja.

Apa yang dikatakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia itu adalah terminology politik; ia diperkenalkan oleh kedua buah negara semata-mata untuk membezakan bahasa tersebut seperti merekalah yang melahirkannya, walhal ia adalah satu perbalahan yang songsang.

Indonesia memperkenalkan Bahasa Indonesia mereka dalam tahun 1947 semasa negara itu mencapai kemerdekaan dari Belanda sementara Malaysia memperkenalkan Bahasa Malaysia dalam tahun 1963 bila negara baru bernama Malaysia ditubuh dengan menerima kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Tetapi perkara ini kurang mendapat penerimaan dengan begitu tegar lagi sehinggalah tercetusnya perbalahan politik dan fahaman atau ideologi diantara Malaysia dan Indonesia yang dikenali dengan singkatan ‘Konfrontasi’ atau ‘confrontation’.

Penggunaan sebutan atau terminologi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia ini menjadi lebih tegar oleh sebab kedua buah negara mahu membezakan kedudukan mereka sesama sendiri. 

Dan sekarang pakar boleh terima hakikat dengan berkata bahawa pengunaan sebutan ini sudah lapuk. Ia tidak lain merupakan sisa peninggalan zaman konfrontasi diantara Malaysia dan Indonesia dahulu. Dan sisa ini harus dibuang.

Ia adalah punca ‘perbalahan’ atau ‘konfrontasi’ baru yang telah lama wujud diantara kedua buah negara dan rakyat.

Bangsa Melayu tidak boleh dikatakan bersatu kalau perkara tentang Bahasa Melayu ini tidak dapat diselaraskan, supaya Orang Melayu itu sendiri tahu dan sedar bahawa mereka Orang Melayu sebenarnya dan bukan yang lain, walaupun mereka mempunyai kerakyatan berbeza; dan bahasa yang diguna itu adalah satu, iaitu Bahasa Melayu.

Dengan cara ini baru boleh kita mulakan usaha untuk merapatkan perhubungan seluruh Rumpun Melayu dan galak seluruh dunia mengiktiraf bangsa ini sebagai salah sebuah bangsa ulung di dunia.

Sekarang ini Bangsa Melayu tidak wujud dikalangan masyarakat dunia. Orang di Barat tidak kenal dengan Bangsa Melayu maupun Bahasa Melayu.

Oleh itu kita perlu dan harus teruskan ‘perbalahan’ bersifat bahasa atau linguistik ini sehingga sekarang?

Konfrontasi diantara Malaysia dan Indonesia telah lama berlalu dan masalah dulu yang dialami oleh rakyat dan pemimpin kedua buah sudah lama dapat dilupakan diatas dasar persefahaman.

Untuk ramai anak muda sekarang, mereka sudah pasti tidak sedar bahawa kedua buah negara kita, Malaysia dan Indonesia pernah berbalah satu ketika dahulu dan ini telah mengakibatkan kematian ramai askar di kedua pihak.

Secara tidak sedar rakyat di Malaysia dan Indonesia, khususnya tahu kita ‘berbalah’. Orang di Indonesia mahu percaya Bahasa Indonesia mereka lebih unggul dan utama serta maju berbanding dengan Bahasa Malaysia.

Oleh itu perkembangan bahasa ini terganggu oleh sebab kedua buah negara dan rakyat mempunyai cara tersendiri untuk memajukannya, dengan orang di Indonesia menggunanya mengikut cara sendiri dan orang Melayu di Malaysia pula guna cara yang lain.

Setelah lama kedua-dua buah negara mencapai kemerdekaan dan ‘konfrontasi’ itu lenyap, tapi kita masih belum setuju untuk sama-sama memajukan Bahasa Melayu.

Kita kena ikut contoh orang Amerika dan Inggeris yang mengguna bahasa Inggeris yang sama walaupun loghat mereka berbeza; tapi mereka bersama-sama bangun dan kembangkan bahasa itu sehingga kedua-dua rakyat dapat terimanya.

Saya masih ingat ramai askar Indonesia yang telah ditangkap setelah berjaya menceroboh masuk ke Melaka. Dan ramai orang Malaysia suka beranggapan bahawa orang di Indonesia yang begitu miskin sehingga ramai rakyat mereka ‘terpaksa makan tikus’ walaupun anggapan seperti ini tidak benar, dan hanya merupakan propaganda sahaja.

Tetapi yang benarnya ialah Malaysia dan Indonesia berbalah satu ketika dahulu sebelum masalah itu diatasi.

Sorakan ‘Ganyang Malaysia!’ dan ‘Ganyang Indonesia!’ atau ‘Ganyang Tunku!’ dan ‘Ganyang Sukarno!’ sudah lama dilenyapkan dari ingatan sejarah kita.

Tapi kenapa Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia mesti diteruskan? Tidakkah ini bermakna walaupun kita sudah bersatu hati dalam semua hal, tetapi kita masih ‘berbalah’ tentang perkara bahasa atau isiu linguistik?

Perkara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia ini sebenarnya boleh dianggap sebagai satu halangan kepada perhubungan erat yang sepatutnya telah lama terjalin sejak konfrontasi berakhir.

Ia telah mula diperkenalkan oleh kedua negara bila sebagai alat untuk menyatukan umat di negara masing-masing.

Sebenarnya tindakan yang diambil oleh pemimpin kanan kedua buah negara itu langsung tidak kena-mengena dengan tindakan atau tuntutan bahasa dan perbahasaan, tetapi politik.

Indonesia tidak mahu guna Bahasa Melayu sebab ia adalah bahasa yang berasal dari sebahagian daerah di Pulau Sumatera sahaja, sedangkan orang bukan Melayu di Malaysia pula tidak mahu dikatakan ‘dipaksa’ belajar bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka sendiri. Namun, mereka dengan rela hatinya belajar bahasa Inggeris tanpa segan-silu sehingga ramai mereka yang bermimpi dalam bahasa itu.

Usaha kerajaan untuk menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu, yang mahu dianggap sebagai Bahasa Malaysia supaya ia lebih sedap didengar dan diterima oleh bukan Melayu masih dapat tentangan dari mereka.

Lebih-lebih lagi sekarang, dalam zaman baru ini, bila orang menganggap pengunaan bahasa Inggeris itu penting. Ya, ia penting, tetapi buat saya ia hanya penting untuk timba ilmu dan bukan untuk perhubungan seharian yang masih memerlukan Bahasa Melayu.

Lihat sahaja pemuda-pemudi dari Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Vietnam, Nepal dan lain-lain yang datang untuk bekerja di kilang-kilang di seluruh negara, mereka lebih gemar bertutur dalam Bahasa Melayu dengan pekerja dari negara lain dan orang tempatan. Jadi tidak hairan kalau dalam masa dua tahun, mereka sudah boleh bertutur dengan baik dalam bahasa ini.

Ini berbanding dengan ramai orang bukan Melayu lain yang telah dilahirkan di Malaysia dan kini sudah lanjut usia, tetapi masih sukar bertutur dalam Bahasa Melayu. Ramai pemimpin bukan Melayu yang masih bercakap dalam bahasa ini dengan loghat yang pekat sehingga kebanyakan apa yang mereka mahu katakana itu sukar difaham.

Dan mereka tidak rasa malu kerana masih bertutur dalam Bahasa Melayu dengan ‘teruk’ berbanding dengan anak-anak bukan Melayu yang lebih faseh bertutur dalam bahasa ini.

Saya percaya sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia pilih untuk mengguna Bahasa Melayu sahaja dan lupakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Sebab ia adalah punca ‘perbalahan’ baru yang wujud diantara rakyat kedua buah negara.

Tidakkah boleh Indonesia, misalnya, cuba menggunakan sistem pengejaan huruf Inggeris dan tidak Belanda?

Dan tidak bolehkah juga drama dan filem terbitan mereka mengguna Bahasa Melayu sahaja dan tidak dalam loghat Jakarta dan Jawa yang begitu pekat sehinggakan bila drama televisyen mereka mahu ditayang oleh stesen televisyen Malaysia, ia harus ditulis dengan sarikata?

Tetapi kenapa bila penyanyi Indonesia menyanyi, mereka guna Bahasa Melayu yang diterima atau standard, tanpa mengguna ayat, perkataan dan loghat Jawa atau Jakarta, kecuali untuk laju-laju jenaka?

Dalam tahun awal 1970an dahulu, Indonesia telah bersetuju untuk menukar sistem pengejaan yang mereka telah guna sejak zaman pemerintahan Belanda dahulu bila Jakarta dieja seperti Djakarta; Jogjakarta seperti Djogjakarta; Cilacap seperti Tjlacap dan sebagainya.

Rakyat Indonesia mudah terima perubahan ini. Tetapi kenapa mereka tidak juga boleh disuruh untuk bertutur dalam Bahasa Melayu yang sama supaya rakyat di Malaysia dan Indonesia, khususnya boleh sama-sama membangunkan dan memperkembangkan bahasa ini bersama?

Tetapi ini tidak berlaku. Kita masih rasa orang di Indonesia anggap mereka lebih hebat dalam segi bahasa dan kita pula rasa kitalah jaguh Bahasa Melayu.

Akhirnya, rakyat atau Bangsa Melayu di kedua buah negara utama Dunia Melayu berpecah dan Bangsa Melayu itu sendiri dianggap ‘berpecah’ dan tidak bersatu.

Tidak hairan juga sehingga sekarang orang asing di luar Nusantara Melayu dan ramai di negara di Tenggara Asia tidak sedar bahawa Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sama; cuma yang berbeza ialah loghat dan pengaruh tempatan yang telah membuat perhubungan diantara rakyat biasa di kedua buah negara agak renggang.

Saya mahu lihat orang di Malaysia dan Indonesia mengguna Bahasa Melayu yang sama termasuk loghatnya sekali, dan semua rancangan televisyen, radio dan filem mengguna bahasa ini dan bukan dalam loghat tempatan yang begitu pekat.

Kita yang rugi, sebab kita tidak dapat munafaatkan penghasilan sastera, bahasa dan ini juga boleh menjejaskan perkembangan Bangsa Melayu dan bahasanya di masa-masa depan. 

Rabu, 4 Januari 2012

‘BAHASA MALAYSIA’ – ‘BAHASA INDONESIA’ – SISA PENINGGALAM ZAMAN KONFRONTASI DIANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA?

Ahad, 1 Januari 2012

DARI HANTU KE HANTU – PERKEMBANGAN YANG MENAKUTKAN.

Oleh Mansor Puteh

Sejak kebelakangan ini ramai pengarah filem asyik membuat filem hantu, dan ia adalah hantu yang bermacam jenis.

Adakah ini yang mahu digalakkan oleh kerajaan, maksudnya kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan (Kekkwa), Finas dan penonton filem Melayu semua?             Tidakkah salah kalau pengarah filem  ‘guna’ dan ‘minta’ hantu untuk menjayakan kerjaya mereka?

Salahkah kalau ada orang kata, seseorang pengarah filem itu berjaya dan mendapat kekayaan dengan atas ‘bantuan hantu’?

Ini tidak salah sebab inilah yang berlaku.

Sebenarnya perkembangan perusahaan filem Melayu masuk ke dalam ‘era hantu’ ini menghantui fikiran ramai orang di dalam dan di luar perusahaan filem itu sendiri, khususnya mereka yang lebih matang pemikiran dan tinggi pendidikan mereka.

Adakah ini sahaja yang dapat disajikan oleh pengarah filem tempatan?

Dimanakah peranan Kekkwa, yang sepatutnya mengalakkan filem-filem dan karya seni yang berasaskan kebudayan, kesenian dan nilai warisan – sebab inilah nama kementerian tersebut dan bukan ‘kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan hantu’ atau Kekkwah.

Sepatutnya Kekkwa dan Finas tidak galak sesiapa untuk membuat filem jenis hantu sebab ia bukan fungsi mereka.

Fungsi Kekkwa dan Finas adalah untuk menggalakkan filem-filem yang bermutu yang mempunyai nilai kebudayaan, kesenian dan warisan. Dan warisan di sini tidak termasuk warisan ‘hantu’ kita, yang sepatutnya dipinggirkan dan kalau ada sesiapa yang masih berminat untuk menerbit filem jenis hantu, mereka mesti cari sumber pinjaman kewangan dari pihak lain.

Tugas Kekkwa lebih murni dan mulai dari itu; ia adalah kementerian yang telah dibentukkan untuk memain peranan yang lebih tinggi.

Saya harap filem-filem hantu tidak dapat diterima bertanding dalam pesta filem Malaysia akan datang. Dan walaupun ia menang anugerah di pesta filem luar negeri, ia boleh dianggap sebagai kejayaan sampingan yang tidak penting untuk kita. Ia hanya penting untuk pengarah filem itu sahaja.

Dan kalau ada filem-filem tempatan yang memaparkan kebudayaan picisan, ia juga tidak mesti dihebohkan. Filem-filem yang dimasukkan ialah jenis yang mencemar budaya dan yang telah diharamkan atau disuruh tapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), sebab ia tidak boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang harus dibanggakan.

Kejayaan seperti itu boleh disamakan dengan kejayaan mana-mana gadis Malaysia yang telah menang pertandingan Ratu Bogel Dunia. Mahukah kita rasa bangga dengan ‘kejayaan’ mereka itu, walaupun gadis itu telah menang anugerah di peringkat dunia dan mungkin mendapat ganjaran dalam bentuk kewangan yang besar?

Ada beberapa buah filem tempatan yang rata-rata tidak disenangi di Malaysia telah mendapat pengiktirafan murah di luar negeri dan ia telah juga digempar-gempur dan dihebohkan oleh Finas dan Kekkwa, seperti filem-filem yang memaparkan adengan separa lucah dan sebagainya.

Saya rasa ini tidak sesuai dilakukan sebab ia seperti membelakangkan kehendak masyarakat awam dan keputusan yang telah dibuat oleh LPF.

Kekkwa dan Finas cuma harus mengheboh dan rasa bangga dengan filem Melayu yang bermutu tinggi yang disanjung oleh masyarkat tempatan kalau ia turut mendapat pengiktirafan di luar negeri.

Berbalik kepada filem hantu yang sekarang ini dibuat dan ditayang dengan begitu kerap. Perlu diingatkan di sini bahawa ia bukanlah satu perkembangan yang sihat. Ia tidak menguntungkan perusahaan filem tempatan atau meluaskan pemikiran penonton. Jadi, adalah salah untuk Finas dan Kekkwa sokong pembuatan filem seperti ini.

Malah pengedarannya harus diberi keutamaan yang ke belakang berbanding dengan filem-filem lain dan masa tayangannnya pula diberi untuk masa-masa tertentu dan filem-filem seperti ini tidak boleh ditayangkan pada waktu siang hari.

Lebih dari itu semua filem hantu mesti mendapat sijil 18L, iaitu untuk penonton berumur lapan-belas tahun ke atas, sebab ia tidak baik untuk kanak-kanak.