Khamis, 17 Januari 2013

MEDIA CINA DAN INDIA TIDAK GALAK MUHIBBAH – PUNYAI SIKAP PERKAUMAN.


Oleh Mansor Puteh




Sejak kebelakangan ini isiu perkauman dan perbezaan kaum tonjol lagi. Tapi apa yang dibincangkan oleh pihak tertentu dan orang awam sebenarnya bukan isiu baru; ia adalah isiu lama yang sudah basi tetapi belum lagi diatasi.
          Kenapa menjelang kita menyambut hari Kemerdekaan ke45 kita dihadapi dengan masalah seperti ini? Sepatutnya sekarang ini masalah perkauman dan perpisahan kaum tidak wujud lagi.
          Kenapa agaknya berlaku masalah seperti ini?
          Ada banyak sebab, tetapi salah satu dari masalah utama ialah media Cina dan India.
          Apakah yang telah dilakukan oleh akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia yang boleh dianggap sebagai tidak menggalakkan perpaduan dan semangat muhibbah?
          Sebabnya ialah isikandungnya seratus-peratus mengenai Hong Kong dan India. Semua bahan hiburan dan sosial yang dimuatkan dalam akhbar dan majalah Cina adalah tentang Hong Kong sedangkan akhbar dan majalah India tempatan pula adalah mengenai dunia hiburan di Mumbai dan Chennai.
          Sebenarnya ini tidak salah, tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa mesti akhbar dan majalah Cina dan India ini sering menaik-naik dan mengempar-gempurkan bahan hiburan dari negara asing?
          Dan kenapa pula sehingga sekarang tidak ada sebuah akhbar dan majalah Cina dan India yang telah menyiarkan berita tentang dunia hiburan dan kesenian Melayu.
          Malah penolakan kesenian dan kebudayaan Melayu oleh media Cina ini boleh dianggapkan sebagai salah satu sebabnya masyarakat Cina dan India di Malaysia tidak terdedah dengan kehadiran kesenian dan kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan dan kesenian Malaysia.
          Adalah tidak munasabah kalau akhbar dan majalah Cina dan India ini memboikot filem, teater, muzik dan kesenian Melayu dan tidak dedahkan pembaca dan masyarakat mereka untuk mengenalinya.
          Ini juga dapat dilihat dalam penerbitan siri drama Cina dan India tempatan di mana watak-watak Melayu tidak wujud langsung.
          Tidakkah ini juga boleh dijadikan alasan kenapa masyarakat atau penonton Cina dan India rasa masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat asing?
          Sepatutnya stesen televisyen tempatan sudah lama tidak menggalakkan penyiaran siri drama dari Hong Kong atau India. Apa yang harus dilakukan ialah semua drama televisyen tempatan dalam bahasa Cina dan ndia mesti dikeluarkan oleh penerbit tempatan.
          Sudah tiba masanya drama dari Hong Kong dan India tidak disiar oleh televiysen tempatan.
          Dan semua siri drama mesti mempunyai watak-watak berbilang kaum supaya penonton dari kecil lagi dapat melihat masyarakat Malaysia dalam siri-siri drama.
          Ini boleh mencorakkan pemikiran mereka untuk berfikir sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak sahaja sebagai orang Cina atau India.
          Drama-drama dan filem Melayu sering menampilkan watak-watak Cina dan India dan ini telah sedikit-sebanyak menggalakkan perpaduan kaum.
          Dalam awal dekad 1980an dulu saya pernah melihat anak-anak Cina dan India menonton filem-filem Melayu di pawagam tetapi oleh sebab mereka telah tidak digalakkan oleh media yang dikuasai oleh Cina dan India yang mengempar-gempurkan bahan hiburan dari Hong Kong dan India tanpa memberi publisiti kepada filem-filem Melayu, maka minat orang Cina dan India terhadap filem tempatan sudah berkurangan.
          Saya berani berkata di sini bahawa media bukan Melayulah yang merupakan salah satu faktor kenapa terdapat masalah perpecahan kaum di Malaysia sekarang.
          Jadi saya syorkan kepada kerajaan supaya memaksa akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia supaya tidak memberi publisiti meluas kepada bahan hiburan dari Hong Kong dan India, dan beri ruang lebih banyak kepada filem-filem tempatan khususnya filem Melayu.
          Dalam konteks ini saya syorkan semua suratkhabar dan majalah mempunyai ruang khas untuk membincangkan kebudayaan dan kesenian, muzik dan filem tempatan supaya pembaca dan masyarakat Cina dan India terdedah dengan kegiatan seni dan kebudaay kita.
          Ini dapat dilihat dalam akhbar dan majalah Melayu yang sering menyiarkan berita tentang kebudayaan dan kesenian Cina dan India. Tetapi sebaliknya tidak berlaku.
          Cuma dengan memahani tentang kebudayaan dan kesenian tempatan kita boleh wujudkan satu masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat muhibbah.






















Isnin, 14 Januari 2013

DAERAH TEATER DI KUALA LUMPUR.


Oleh Mansor Puteh







Sudah tiba masanya untuk ibu negara kita memikirkan tentang perlunya untuk mewujudkan sebuah kawasan atau daerah khas untuk teater di Bandaraya Kuala Lumpur, dimana semua kegiatan teater   Bahasa Melayu iaitu Bahasa Malaysia khasnya dan bahasa asing diadakan.
Sebab kalau Kuala Lumpur boleh mempunyai daerah perbankan, hotel, perniagaan, saya pasti  daerah teater juga harus diadakan untuk membuatkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya dan ibu kota yang lengkap. Sekarang ini kita rasa seperti Bandaraya Kuala Lumpur tidak lengkap.
Kekurangan mempunyai sebuah daerah teater ini telah membuatkan Kuala Lumpur ‘mati’ dan tapna mempunyai jiwa, sebagai sebuah bandaraya yang paling utama di Malaysia, sekaligus menjadi ibu kota kita.
Tentu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan pusat sedar bahawa fakfor utama yang membuai sesebuah ibu kota itu terkenal bukan sekadar ia sebuah bandaraya paling utama di sesebuah negara.
Atau, apakah dengan adanya kegiatan perniagaan dari hotel bermutu tinggi dengan banyaknya cukup untuk membuat Kuala Lumpur sebuah ibu kota yang menarik?
Jawabnya tidak.
Saya rasa Kuala Lumpur kurang lengkap kalau sebuah daerah teater tidak dapat diwujudkan di tengah-tengah pusat bandar sama seperti daerah Water terkenal di seluruh dunia seperti Broadway dan West End.
Kalau kita perhatikan bahawa daerah teater Broadway di New York dan West End di Londonlah yang membuat kedua buah bandaraya ini terkenal seluruh dunia.
Malah orang di sana menganggap bahawa kalau seseorang pelancong itu tidak lagi sempat menonton pesembahan teater di Broadway, ia dianggapkan sebagai ‘belum lagi tiba di Bandaraya New York City’.
Daerah teater di Kuala Lumpur boleb nlenjadi pusat penarikan pelancong tempatan maupun luar negara dari boleh menghidupkan ibu kota kita dengan mengadakan persembahan teater secara besar-besaran maupun kecil sesuai untuk semua jenis pengiat tidak kita samada mereka baru ‘merangkak’ dalam bidang teater atau sudah ‘berlari dengan teater’ dari cekap dalam bidang ini.
Penonton untuk teater di Broadway dan West End, misalnya tergolong dalam beberapa jenis. Ia adalah penonton dalam bandaraya berkenaan ini sendiri; kedua, seluruh negara, ketiga, seluruh benua dan keemat, seluruh dunia.
Teater di Kuala Lumpur boleh menarik penonton dalam beberapa kelompok; satu, sekitar Lembah Kelang kedua, seluruh Malaysia; ketiga, seluruh benua Asean, dan keempat, seluruh dunia.
Saya bayangkan kalau sebuah daerah teater dapat dtwujudkan di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, sebagai satu projek kebangsaan sama taraf dan kesungguhannya dengan projek nasional yang lebih besar lain seperti kereta nasional, MSC, LIMA, perlumbaan kereta jenis Formula Satu dan lain-lain, kita boleh melihat beberapa jenis persembahan dijalankan serentak di beberapa buah panggung kecil dan besar yang terletak dalam daerah teater ini.
Dan kita bolen wujudkan satu ndrna untuk daerah teater ini yang mana boleh menjadi terkenal seperti Broadway atau West End.
Tempat yang paling sesuai pada pengiraan saya ialah di kawasan sekitar Bangunan Bangkok Bank, berhampiran dengan Pasar Seni (Central Market). Di sini aliran masyarakat Kuala Lumpur bercantum, lebih-lebih lagi apabila sistem LRT di Kuala Lumpur akan menumpahkan penumpang ke kawasan ini.
Keadaan seperti ini berlaku di Broadway dan West End, di mana di bawah tanah terdapat stesen keretapi bawah tanah ‘subway’ atau ‘tube’ terbesar di New York dan London.
Sebab Broadway dan West End tidak wujud tanpa fasarana pengangkutan seperti itu. Dan tempat yang begitu sesuai itu yang menjadi faktor utama kepada kedua daerah teater ini dapat berkembang dan terkenal sebagai daerah teater ulung di seluruh dunia.
Kawasan di sekitar Pasar Seni dan Bangkok Bank itu sememang paling sesuai untuk didirikan sebuah daerah teater di Kuala Lumpur.
Di situ terletak banyak bangunan lama yang didirikan sebelum perang (pre-war buildings) yang mana telah usang dan boleh dihidupkan semula sebagai bangunan-bangunan I1gUIla11 yang mendapatkan panggung-panggung besar, sedarhana dan kecil dengan kawasan di hadapan Bangkok Bank ditutup untuk dijadikan satu medan perjalanan.
Seluruh kawasan ini akan mempunyai gaya dan kehidupan tersendiri sekitar teater dari kebudayaan dan kesenian. Dan disaniping panggung-panggung, boleh juga diletakkan kesenian dan kebudayaan termasuk muzik.
Dalam keadaan seperti kampus ini, kita akan bertemu dengan penuntut semua bidang kesenian dan kebudayaan di satu pusat.
Dan kedai-kedai sampingan boleh menjuai buku, cenderamata dan bahan-bahan kesenian. Kafe dan warung-warung juga boleh dibuka untuk membuat pengunjung serta penonton teater selesa sementara menunggu masa mula persembahan pada malam hari.
Bangunan Bangkok Bank itu boleh diambil-alih sebab ia tidak lagi sesuai terletak dalam kawasan yang dikhtususkan untuk teater, dari bangunan ini boleh diubah-suai untuk menjadi hotel dan asrama disamping pejabat untuk senma kelab teater dan studio-studio latihan, dan sekolah kebudayaan dan kesenian.
Akhirnya, daerah teater ini boleh menjadi satu pemangkin yang baik untuk menggerakkan kegiatan teater supaya ia jadi sebuah perusahaan dan tidak lagi kegiatan kesenian dan kebudayaan sampingan yang digerakkan oleh penggiat kecilan dan sambilan seperti apa yang berlaku sekarang.
Untuk Panggung Negara pula, ia boleh ditempatkan persembahan-persembahan berbentuk elitis  yang lebih khusus untuk masyarakat ‘atasan’.
Panggung Negara sebenarnya menggunakankan konsep Sydney Opera House di Sydney, National Teater di London, Lincoln Center for Performing Arts di New York City atau Kennedy Center for Performing Arts di Washington DC yang mana memberi persembahan berbentuk ‘ballet’ dan teater untuk masyarakat atasan di bandar-bandar tersebut dengan mengenakan kadar tiket yang tinggi.
Biasanya persembahan di pusat-­pusat kebudayaan di sini singkat, berbanding dengan persembahan di Broadway atau West End yang boleh berlangsung sehingga beberapa tahun berturut-turut.
Panggung Negara pada pengiraan saya tidak begitu relevan kepada pertumbuhan teater di Kuala Lumpur atau Malaysia. Sebabnya ialah ia mengguna konsep elitis dan mungkin akan gagal menarik perhatian penonton teater dari kalangan masyarakat biasa.
Ia terlalu besar dan berpristij dari mungkin akan menolak penglibatan kelab teater Bahasa Melayu yang sedia ada, sebab mereka sering dianggap sebagai tidak mempunyai pengelaman dan penonjolan yang tinggi dikalangan masyarakat atasan di Kuala Lumpur, yang lebih gemar mennonton apa-apa persembahan permentasan dan teater yang berbentuk antarabangsa lebih-lebih lagi kalau ia didatangkan dari Moskow, London atau Barat.
Daerah Teater di Kuala Lumpur seperti yang saya cadangkan itu tidak mustahil untuk diwujudkan, sebabnya kita mempunyai sebuah kawasan di pusat bandar seperti yang dikatakan tadi, dan kebanyakan bangunan-bangunan kedai lama itu sudah usang dan boleh diubah-suai untuk dijadikan panggung-panggung dan bangunan berkaitan dengan kegiatan yang dicadangkan.
Mungkin juga bangunan-bangunan lama itu boleh disesuaikan sama seperti bangunan-bangunan lama terletak di Jalan Bandar yang kini dijadikan Plaza Warisan atau Pasaraya UDA-Ocean di Jalan H S Lee.
Dengan perancangan yang baik, saya yakin daerah teater yang dicadangkan itu boleh mewujudkann satu fasarana yang kekal sebagai teras pembanggunan. Panggung Negara sahaja tidak menjanjikan apa-apa kemajuan dalam bidang teater di Kuala Lumpur, jauh sekali untuk Malaysia.
Manalah tahu, kalau daerah teater di Kuala Lumpur itu berjaya, semua negeri-negeri di Malaysia akan tergerak untuk mewujudkann daerah teater masing-masing di pusat ibu negeri, supaya akhirnya terwujud satu rangkaian panggung-panggung khusus untuk teater.
Dengan adanya rangkaian panggung-panggung ini, maka mudahlah persembahan yang adadakan di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain berpindah tempat lukasi untuk memudahkan penonton di seluruh negara menikmati hidangan teater yang sama, tampa perlu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk ntenikmati persembahan berkenaan.
Adalah salah kalau pihak berkuasa dan Bandaraya Kuala Lunipur beranggapan dengan adanya Panggung Negara itu akan pasti membuat kegiatan teater di Kuala Lumpur rancak.
Sekarang inipun kita kurang tahu siapakah yang akhirnya membuat persembahan di pentas canggih di situ. Samada mereka akan didatangkan dari luar negeri atau dari kalangan penggiat teater tempatan.
Mungkin juga Panggung Negara akan menjadi ‘gajah putih’ dari gagal berfungsi sebagai sebuah ‘panggunjg negara’ yang mementingkan persembahan tempatan, tetapi luar negeri. Kalau ini berlaku, alangkah sedihnya sebab satu kemudahan seperti itu akhirnya jatuh ke tangan penggiat teater asing, dan pembudayaan masyarakat tempatan akhirnya dikuasai oleh orang asing juga.
Pertumbuhan teater di Kuala Lumpur dan Malaysia, harus berlaku secara menyeluruh dan tidak secara projek demi projek, yang mana tidak akan mendatangkan kesan yang menggalakkan.
Pertumbuhan fasarana harus dilaksanakan. Dan kegigihan memajukan perusahaan teater ini harus dilihat dari semua segi. Dan kegigihan ini hatus sama seperti kegigihan untuk mewujudkann industri motokar yang mana telah dilaksanakan dengan cara menyeluruh.
Bayangkan kalau kerajaan cuma fikir untuk membuat bahan demi bahau kereta dahulu, sebelum tahu apakah konsep akhirnya untuk menjayakan perusahaan motokar kita. Sudah tentu usaha kebangsaan ini akan gagal.
Untuk memajukan perusahaan teater, kerajaan mesti njetigangkatkau tahabnya ke tahan rancangan kebangsaan dan mewujdukan fasarana dan membawa masuk tenaga pakar serta pelabuhan yang sesuai supaya disamping mengubal peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu dari memberi taraf printis serta hebat supaya dapat menarik pelabur untuk berminat dalam bidang teater.
Kalau ini tidak dapat dilakukan, saya percaya usaha murni untuk menaikkan bidang teater di Kuala Lumpur atau Malaysia akan terbengkalai.
Dan orang teater yang ada sekarang akan terus berselisih faham dan bercakap tentang teater seperti ia tidak wujud, dan asyik bercakap tentang perlunya diberi dana atau sokongan kewangan dan barangan.
Sebenarnya sebagai sebuah negara yang telah lama maju, disokong oleh pembangunan di bidang ekonomi dan politik seperti yang tercapai sehingga sekarang, negara kita sudah mampu untuk mempunyai sebuah perusahaan teater yang rancak dan berkesan.
Dan Setiap persembahan itu boleh berlangsung sehingga satu hingga tiga bulan di daerah teater di Kuala Lumpur, mana satu hingga dua minggu di setiap negeri.
Tetapi, sayangnya ini tidak berlaku oleh sebab kerajaan tidak meletakkan tempat teater yang sewajarnya dalam hati penduduk, sehingga apa yang harus dijadlkan perusahaan yang bertumbuh dengan pesat setiap tahun, dari segi struktur, fasarana, bakat, tenaga kepakaran dalam semua bidang, akhirnya tidak menjadi apa-apa.
Dan sehingga sekarang orang cuma bergiat dalam bidang teater secara suka-suka, tidak lebih dari itu.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan memikirkan masam-masak akan perlunya diwujudkan sebuah daerah teater di Kuala Lumpur, di tempat yang saya cadangkan tadi supaya maruah bangsa dapat dinaikkan.
Teater tidak boleh lagi dianggap sebagai satu perkara enteng lagi. Ia sebuah perusahan yang boleh sebuah perusahaan yang boleh  menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan tahab social, disamping membantu meninggikan tahab budaya dan penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia untuk semua kaum dan bukan sahaja untuk orang Melayu, khususnya di kalangan anak muda Melayu dan bukan Melayu sekarang.
Anak bukan Melayu boleh tertarik dengan bidang teater kalau ia boleh dijadikan kerjaya yang menguntungkan, seperti bidang penerbitan drama televisyen, yang telah mewujudkann ramai usahawan yang kaya-raya.
Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara bermaruah tinggi dan berbudaya kalau kita tidak mempunyai satu perusahaan teater yang kuat dan rancak serta ‘self-sustaining’ atau berdikar, tanpa mengharapkan sebarang dana atau habuan kewangan dari mana-mana pihak. Dan teater di Malaysia boleh wujud sebagai sebuah kegiatan kesenian yang menguntungkan.

Jumaat, 11 Januari 2013

KENAPA KRISTEN DI MALAYSIA TIDAK DIBENAR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ DALAM KITAB BIBLE MEREKA.


…DAN BAGAIMANA KALIMAH ALLAH DIGUNA DALAM KITAB BIBLE DI INDONESIA.
Oleh Mansor Puteh



Orang Kristen bersembahyang dengan mula mengungkapkan kata-kata ini sambil mencorakkan bentuk salib pada diri mereka dengan berkata, ‘In the name of the Father, the Son and the Holy Ghost. Amen.’ Atau ‘Di atas nama Bapa, Si Anak dan Roh Kudus. Amen’.

Mereka tidak sebut nama tuhan atau membuka tapak tangan seperti orang Islam membaca doa; mereka biarkan tangan mereka jatuh longlai di tepi tubuh mereka.

Orang Kristen tidak bersembahyang kepada tuhan, tetapi menyembah Jesus Christ dan bapanya, yang tidak mempunyai nama; mereka hanya sebut nama tuhan dengan mengguna perkataan ‘Lord’ dan ‘God’ tetapi kalau mengeluh dan terkejut, seperti, ‘Oh, Lord!’ dan ‘Oh, my god!’ dan kadang-kadang mereka kata ‘Jesus Christ!’ .

Mereka ada nama-nama lain selain nama ini seperti ‘El-Shaddai’ dan ‘Jehovah’, ‘Theos’, ‘Kyrios’ dan ‘Pateras’ dan ‘Elohim’, tetapi tidak pernah dipanggil Allah.

Sementara kaum Yahudi Orthodok pula mengeja G_d sahaja.

Penganut Kristen juga tidak pernah mengguna kalimah Allah secara seharian dan terbuka, jauh sekali untuk mengungkap kata ‘Allahuakhbar’, ‘Insyallah’ dan apa-apa ungkapan lain yang mengandungi nama Allah.

Jadi amat pelik kalau ada diantara mereka di Malaysia yang mahu mula menggunanya dalam Bible mereka. Untuk apa?

Kalau Allah dibenar untuk mereka pakai, mahukah dimasa akan datang, mereka akan tuntut mengguna nama masjid dan imam untuk menggantikan perkataan ‘church’ atau gereja dan ‘pastor’ atau padri?

Dan harus diambil kira bahawa Kitab Bible yang diguna oleh penganut Kristen bukan Kitab Injil seperti yang telah diperturunkan dulu. Bible jauh berbeza berbandingan dengan Injil.

Bible yang ada sekarang boleh ditukar ikut sesuka penganutnya. Dan Kitab Injil yang asal telah dikatakan hilang.

Dan Kalimah Allah juga tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya oleh penganut Kristen di Malaysia.

Agak pelik kalau mereka tuntut hak untuk menggunanya. Apa sebabnya mereka mahu guna nama ini?

Dan yang mengejutkan sekali ialah ada orang Melayu yang kata orang Kristen berhak untuk menggunanya.

Cuba bayangkan apa kesan dari tindakan itu, sekiranya Kristen di Malaysia dibenar mengguna Kalimah Allah ini.

Tetapi sebelum itu biar kita tanya Kristen di Eropah, England dan Amerika dimana jumlah penganut Kristen lebih berbanding di Malaysia dan Indonesia tidak pernah tuntut untuk diberi kebenaran guna Kalimah Allah.

Mereka boleh guna kalimah ini kalau mereka mahu. Dan setahu kita, mereka tidak berminat untuk menggunanya. Tidak seorang penganut Kristen di sana telah menggunanya dalam Bible mereka maupun dalam kehidupan seharian mereka dan di dalam gereja.

Malah, ada penganut Kristen di barat yang mahu cemuh nama ‘Allah’.

Mengikut ugama Kristen, pemimpin mereka iaitu Jesus Christ telah dilahirkan oleh seorang wanita yang tidak bersuami yang bernama Mary.

Jadi Jesus Christ yang tidak sama dengan Nabi Isa, a.s. adalah anak kepada Mary yang tidak sama dengan Maryam, a.s.

Dan Jesus Christ ini pula dikatakan ‘anak tuhan’ atau ‘The Son of God’.

Jadi kalau Kristen di Malaysia mahu guna kalimah Allah, maka mereka mahu menjadikan Allah itu sebagai seorang manusia yang beristerikan Mary dan mereka mempunyai anak yang bernama Jesus Christ.

Sedangkan dalam Islam, Allah bukan manusia, jauh sekali mempunyai isteri dan seorang anak lelaki.

Jadi amat janggal dan jahil kalau ada orang Melayu yang mengaku mereka berugama Islam yang sepatutnya sedar dan tahu tentang perkara ini tetapi masih mahu berkata bahawa kalimah Allah itu boleh diguna oleh penganut Kristen.

Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan mereka itu hanya membuktikan yang mereka sebenarya jahil dalam ugama Islam?  

Sebenarnya, penyebar ugama Kristen di Indonesia serta di Sabah dan Sarawak telah mengguna kalimah Allah untuk menarik perhatian masyarakat tempatan yang kuatir dengan dakyah mereka.

Oleh sebab itu mereka mengguna kalimah ini untuk memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk terima ugama mereka yang mereka sendiri tidak kenal ketika itu.

Tetapi mereka rasa lega apabila bahawa mereka juga akan menyembah Allah, seperti nenek-moyang mereka, jadi ada segelintir mereka yang terpedaya dengan hujah penyebar ugama Kristen itu.

Namun demikian kebanyakan orang Kristen di Indonesia, Sabah dan Sarawak tidak mengguna kalimah ini dalam kehidupan seharian mereka.

Ia juga tidak diguna secara meluas dalam Bible mereka sehinggalah kini bila penyebar dan padri mereka mahu tuntut dibenar untuk menggunanya dalam Bible edisi baru, yang sudah tentu tidak sama dengan Bible seperti yang terdapat di negara-negara di barat termasuk di Vatican.

Malah Pope ugama Katholik atau Paus di Vatican juga tidak pernah menyebut kalimah Allah dalam syarahan terbuka mereka.

Sebab mereka tahu kesan atau implikasinya sekiranya Paus Katholik Rom di Vatican mengguna kalimah Allah, maka dia dengan secara langsungnya menerima hakikat bahawa Jesus Christ tidak wujud, dan emaknya iaitu Mary pula tidak boleh dikatakan telah melahirkan anaknya, tanpa suami. Sebab nyata sekali bahawa Mary mempunyai suami.

Dan Allah yang mereka anggap itu bukan lagi ‘tuhan’ tetapi manusia sahaja, walaupun wajahnya tidak digambarkan seperti gambar Jesus Christ dan Mary yang dipaparkan dalam gereka Katholik Rom atau Roman Catholic dengan penganutnya menyembah dihadapannya.

Jadi kalau ya orang Kristen di Malaysia mahu dibenar mengguna kalimah Allah, maka persoalan yang timbul ialah: Apakah mereka bakal membuat lakaran atau mencipta gambar ‘Allah’ mereka, seperti gambar Jesus Christ dan Mary yang penganut ugama ini telah dulu cipta?

Dan sehingga kini gambar Jesus Christ dan Mary seperti yang dipaparkan itu tidak dibuktikan sebagai tulen atau ia rekaan penganut Kristen awal dulu, yang menjadi ikutan oleh penganut ugama ini sehingga sekarang.

Sama juga dengan gambaran Santa Claus yang telah dicipta yang mana telah menjadi wajah seorang lelaki tua berjambang dan bermisai putih yang kini sudah hampir menjadi seperti dewa untuk penganut ugama Kristen.  

Kalau perbalahan ini tidak tercetus dikalangan penganut Kristen di barat khususnya di Amerika, jadi kenapa mesti ia tercetus di Malaysia pula?

Ini yang peliknya. Ini yang menghairankan samasekali.

Atau apakah padri Kristen di Malaysia sudah tahu bagaimana wajah ‘Allah’ yang mereka mahu anggap sebagai tuhan mereka?

Mengguna kalimah Allah oleh mereka hanya boleh membuat penganut Kristen di Malaysia bertambah keliru, sebab mereka kini diberitau perkara yang bercanggah dengan apa yang terkandung dalam Bible mereka sendiri.

Kalau ada orang Melayu berugama Islam yang kata dia benarkan orang Kristen mengguna kalimah Allah, maka mereka juga mesti menerima hakikat bahawa mereka terpaksa terima ‘Allah’ ini sebagai manusia, dan menerima hakikat bahawa ‘Allah’ ini mempunyai anak bernama Jesus Christ dan seorang isteri bernama Mary.

Dan kalau dimasa depan orang Kristen keluarkan gambar ‘Allah’ orang Melayu-Islam ini mesti turut terimanya sebagai sah.  

Selasa, 8 Januari 2013

SEHARI DALAM SETAHUN ADA ORANG MELAYU BERLAGAK SEPERTI MEREKA ENGAKU JADI KRISTEN.


…BILA MEREKA SAMBUT DENGAN PENUH BERSEMANGAT TAHUN BARU KRISTEN.
Oleh Mansor Puteh



Ramai orang Melayu di Malaysia tidak sedar bahawa tindakan mereka untuk merayi hari tahun baru Masehi atau Kalendar Gregorian sebenarnya membawa erti yang buruk, bahawa mereka percaya kepada ajaran Kristen.

Jadi apabila mereka keluar beramai-ramai sambut hari tahun baru pada hujung hari terakhir tahun lama, 31 Disember, mereka sebenarnya mengakui bahawa pada hari itu, mereka adalah insan yang berugama Kristen.

Ini mereka tidak terfikir.

Jadi adalah menjadi tanggung jawab orang yang sedar untuk beritahu mereka. Dan kalau mereka mahu teruskan perbuatan mereka dengan menyambut hari pertama tahun baru akan datang, itu satu masalah yang mereka sendiri harus tangani.

Mungkin kebanyakan mereka itu terdiri dari anak muda. Dan mungkin apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan dapat kesedaran.

Tetapi ada juga mereka yang terdiri dari golongan yang dewasa yang turut bergembira dengan kedatangan tahun baru Mesihi itu. Tidakkah ini ganjal dan memalukan?

Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah menyalahi Ugama Islam.

Tidak masuk akal untuk orang Islam sambut kedatangan tahun baru ini, walhal tahun baru yang satu sahaja yang mereka harus sambut dengan penuh gembira dan bertaqwa ialah tahun baru Hijrah.

Malangnya, ramai orang Melayu tidak endahkan dengan tahun baru Hijrah; mereka lebih asyik menyambut tahun baru Mesihi sebab ia lebih meriah dengan adanya persembahan oleh kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berpakaian senteng dan mendedahkan aurat.

Dan pada hari ini pula orang awam lain boleh melakukan sesuatu yang mereka tidak boleh lakukan sebelum ini.

Yang lebih teruk sekali ialah apabila akhbar Melayu juga beria-ia tanya orang Melayu lain apakah hasrat mereka untuk capai dalam tahun baru ini dan apakah hasrat atau cita-cita yang mereka mahu capai tahun lalu itu telah terlaksana.

‘New Year’s resolution’ yang bermakna ‘resolusi tahun baru’ sering diungkap oleh mereka. Dan ada orang Melayu yang beria-ia mahu menulis resolusi mereka untuk dicapai.

Mereka tidak berlagak seperti orang Islam. Mereka hanya Melayu yang pada hari itu percaya dengan ugama Kristen.

Yang nyata sekali ialah mereka tidak ada sebarang hasrat, niat atau resolusi untuk tidak menyambut tahun baru Mesihi dimasa-masa akan datang.

Jadi, mereka akan terus menyambutnya pada tahun hadapan dan seterusnya dengan mengeluarkan senarai perkara yang mereka mahu laksana dan capai dalam tahun baru ini.

Samada mereka akan dapat kesedaran dan berhenti dari melakukan perbuatan terkutuk ini, mereka sendiri yang tahun.

Dan pemimpin serta media juga harus dipersalahkan dalam hal ini sebab mereka yang menggalakkan orang Melayu turut sambut hari tahun baru ini, seperti mereka tidak tahu hukum Islam yang menghalang perbuatan ini dari dilakukan.

Mereka tidak jadikan ia satu isiu untuk didebatkan, supaya anak-anak muda dan yang masih jahil walaupun mereka sudah meningkat usia, sedar bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi ugama.

Kalau pemimpin Melayu dan media lakukan tanggung jawab mereka, sudah pasti orang Melayu seluruhnya tidak akan sambut hari tahun baru, dan biarkan mereka yang berugama Kristen dan yang lain sambutnya ikut cara mereka sementara orang Melayu hanya perhatikan gelagat mereka untuk melihat betapa buruknya perbuatan mereka itu, minum minuman keras dan berpakaian separuh bogel dikhalayak ramai.

Tetapi yang sedihnya ialah pada setiap hari tahun baru yang lebih ramai keluar ke padang untuk menyambut pertukaran tahun lama ke yang baru, terdiri dari orang Melayu sendiri.

Sedangkan bangsa lain yang berugama Kristen tidak melakukannya. Ini yang amat pelik sekali.

Tidak pula kita tahu samada orang Kristen mengadakan acara sembahyang dalam gereja mereka.

Di negara Arab termasuk Iran mereka tidak menyambut perayaan tahun baru, sebab mereka tahu ia bukan sesuatu amalam yang baik untuk umat Islam.

Olehsebab itu hari tahun baru di negara-negara Arab berlalu begitu sahaja, tanpa sesiapa menunggu kedatangannya.

Tetapi di Malaysia ia lain; ramai Melayu turut bergembira dengan kedatangan tahun baru.

Di Brunei dan Indonesia acara seperti ini tidak diamalkan samasekali.

Jadi kenapa di Malaysia ia berlaku? Mungkin sebab pada masa dulu pemimpin Melayu turut bergembira dengan kedatangan tahun baru sehingga ia menjadi amalan yang harus dilakukan.

Tapi tentu ia bukan satu amalan yang baik sebab jumlah penganut ugama Kristen di Malaysia begitu kecil, jadi masakan hari ini besar untuk seluruh negara dan untuk Melayu?



Sabtu, 5 Januari 2013

BAGAIMANA ORANG MELAYU BOLEH GALAK PENGUNAAN BAHASA MELAYU DIPERINGKAT SWASTA DAN AWAM.


Oleh Mansor Puteh.





Pengunaan Bahasa Melayu di peringkat swasta masih belum meluas. Ini tidak boleh disangkalkan oleh sesiapa. Mujur terdapat teguran oleh akhbar bahasa Inggeris mengenai isiu ini, dan sekarang kita boleh lihat banyak papan-tanda perniagaan dan iklan dalam Bahasa Melayu termasuk nama-nama taman perumahan.
Dulu, keadaan ini membimbangkan, sebab pengunaan bahasa Inggeris dan Cina dalam papan iklan berleluasa. Tetapi kini ia sudah berubah.
Sayangnya negeri Pulau Pinang nampaknya terkebelakang dalam hal ini; dan hampir semua papan-tanda iklan dan perniagaan tidak mennguna Bahasa Melayu. Dan kalau kita ke hotel kita rasa seperti berada di Hawaii.
Mungkin kerajaan negeri Pulau Pinang anggap perkara ini enteng, tetapi ia harus sedar bahawa ini boleh bererti bahawa kerajaan Pulau Pinang ‘menolak’ dasar kebangsaan menegnai bahasa kebangsaan.
Satu perkara yang saya ingin sentuh di sini ialah betapa berkesannya kalau setiap orang Melayu mengguna bahasa Melayu dalam urusan persendirian dan syarikat, khusus kepada syarikat atau individu bukan Melayu.
Saya percaya lambat-laun orang bukan Melayu akan bertinduk dan bertutur dalam bahasa kita.
Pengelaman peribadi saya sendiri telah memunjukkan bahawa cara ini amat berkesan. Kalau ada orang talipon saya, atau saya perlu bercakap dengan pihiak disektor swasta dalam bahasa Inggeris, saya akan bercakap dalam Bahasa Melayu, dan biasanya pihak bukan Melayu itu akan tukar dari bahasa Irggeris ke Bahasa Melayu.
Kalau dia enggan mengguna Bahasa Melayu, saya akan beritau dia bahawa saya tidak mahu bercakap dengan dia dalam bahasa Inggeris.
Keadaan sama berlalu bila saya membuat perhubungan dengan pekerja di kedai atau kaunter perniagaan dan saya akan bercakap Bahasa Melayu. Ramai dikalangan orang bukan Mclavu akan bertindak dan guna bahasa ini.
Ini semuanya menunjukkan bahawa kurang pengunaan Bahasa Melayu di sektor swasta dan awam sebenarnya salah orang Melayu sendiri yang tidak mengalakkan orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa kita.
Saya mendapati dalam bancian rambang dan pengelaman peribadi bahawa orang bukan Melayu faseh dalam bahasa kita; Cuma kita sahaja yang beriaia bertutur dalam bahasa Inggeris sebab seperti adat, kita mengalah.
Sudah tiba masanya orang Melayu secara persendirian mengguna Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi atau peribadi terutama sekali dengan sektor swasta dan syarikat bukan Melayu dan orang Melayu.
Dengan cara ini kita akan mengalakkan orang Melayu untuk menyuruh orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa kita.                
Saya yakin dengan menjadi penduduk terbanyak di negara ini, kita boleh jadi kuasa yang kuat untuk mempengaruhi orang bukan Melayu untuk guna bahasa keangsaan, iaitu Bahasa Melayu.
Dan saya juga ingin mengesyorkan kepada menteri-menteri dan pemimpin Melayu dan bukan Melayu supaya mengguna Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi lebih-lebih lagi di khalayak ramai dan siding akhbar khususnya dengan wartawan tempatan.
Dengan cara ini mereka boleh menggalakkan orang Melayu umum untuk berasa bangga dan megah dengan bahasa kita. Kalau menteri Melayu memilih bahasa Inggeris untuk memberi kenyataan atau pandangan, ini cuma bererti bahawa bahawa Bahasa Melayu tidak baik.
Tidak salahnya untuk menteri-menteri dan pemimpin persatuan dan kesatuan dan tokoh-tokoh semua bidang perniagaan, kesenian, kebudayaan, ugama dan lain-lain untuk mengguna Bahasa Melayu supaya mereka boleh menjadi contoh yang baik bagi perusahaan hiburan, persuratkhabaran dan kanak-kanak sekolah contohi.
Pengunaan Bahasa Melayu tidak bererti kita mengenepikan bahasa Inggeris. Tetapi, kita berada di negara sendiri yang mempunyai bahasa kebangsaannya dan kita bukanbertutru di peringkat antarabangsa.
Dan kalau ada segelintir orang asing yang tidak faseh bertutur dalam Bahasa Melayu mereka boleh disediakan dengan alat ‘earphone’ seperti yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bahasa Melayu hendak dijadikan bahasa antarabangsa atau bahasa dunia. Tetapi alangkah aneh kalau di negara sendiri bahasa dunia ini tidak sepenuh-penuhnya digunakan oleh kita sendiri?
Pengarah filem Hollywood terkenal seluruh dunia Steven Spielberg kini juga telah mengiktiraf Bahasa Melayu. Buktinya ialah treler filem atau iklan untuk filem terbarunya berjudul, ‘The Lost World’ yang bakal ditayangkan seluruh dunia dibuat dahm Bahasa Melayu.
Saya terkejut melihat treler satu minit itu di pawagam Rex baru-baru ini, bila ia, mengumumkan filem baru Spielberg dalam Bahasa Melayu. Ini sudah pasti bererti bahawa bahasa kita diiktiraf oleh Hollywood.
Tetapi, Spielberg mungkin terkejut kalau dia datang ke Kuala Lumpur dan lihiat banyak pergunaan bahasa Inggeris. Lebih-lebih Lagi bila stesen radio menyiarkan banyak lagu-lagu Inggeris dengan juruhebah yang tidak segan-silu membuat celoteh dan pergumuman dalam bahasa Inggeris.
Kenapa agaknya setiap stesen radio yang baru perlu mengutamakan lagu Inggeris, atau mengadakan siaran dalam bahasa ini? Sedangkan apa yang ingin diberitaukan itu, atau diumumkan boleh dibuat dalam Bahasa Melayu? Sebab kenyataan yang dibuat boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu dan bukan Inggeris.
Kenapa tidak semua stesen radio mengguna Bahasa Melayu, sedangkan penonton dan pendengar faseh dalam Bahasa Melayu dan bukan Inggeris.
Atau apakah terdapat begitu banyak pendesak yang menulis tentang radio dan televisyen dalam akhbar Inggeris yang membuat kita rasa pendengar radio adalah mereka yang boleh faham siaran dalam bahasa Inggeris?
Dan kenapa iklan televisyen dan pawagam dibuat dalam bahasa Inggeris dan tidak Melayu seluruhnya?
Kalau semua papan-tanda iklan dan perniagaan kini dalam Bahasa Melayu dan tidak lagi Inggeris, kenapa tidak semua iklan di televisyen, radio dan pawagam dibuat dalam Bahasa Melayu, sebab lojiknya sama dengan pengunaan Bahasa Melayu untuk semua .papan-tanda dan iklan luar?
Amat janggal kalau pelancong melihat iklan televisyen, radio dan pawagam dalam bahasa Inggeris, sedangkan bahasa kebangsaan kita adalah Melayu.
Amat janggal juga kalau kita hitungkan bahawa pergunaan Bahasa Melayu kini masih belum meluas sebab kerajaan kita sendiri yang tidak memberi petunjuk maupun gesaan untuk pihak swasta menguna Bahasa Melayu.
Dari kerajaan jika tidak peka dengan isiu bahasa kebangsaan yang, boleh diperluaskan pengunaannya secara berperingkat mengikut peningkatan tahab pemahaman Bahasa Melayu dikalangan bukan Melayu.
Tetapi faktor yang paling penting diambil kira ialah pengunaan bahasa kebangsaan secara meluas boleh memberi gambaran negara majmuk dan kita bersatu dari segi hasrat dan jiwa sebab ‘jiwa itu bangsa’.
Tidak ada gunanya bagi kita melaungkan pergunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kalau iklan dalam bahasa asing masih meluas.
Pengunaan bahasa Inggeris kini kelihatan sebagai ‘meluas’ oleh sebab ia digunakan dalam iklan televisyen, radio, dan pawagam. Kalau ini dapat diMelayukan, saya percaya alam persekitaran kita akan berubah dun mirip kebangsaan dan ini boleh menjadi pendorong kepada bukan Melayu dan sektor swasta mengguna bahasa kita.
Malah kalau kita kaji, kita akan mendapati bahawa pengunaan Bahasa Melayu kini lebih meluas di tahab awam termasuk sektor swasta, tetapi oleh sebab aspek pengiklanan, radio, televisyen dan media cetak dalam bahasa lnggeris, pengunaan di pusat membeli-belah, kita rasa Bahasa Melayu terketepi.
Akhir sekali saya percaya Bahasa Melayu dan bukan bahasa-bahasa dalam terminologi politiknya seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, dan Bahasa Bruneinya boleh menjadi bahasa antarabangsa. Cuma kalau kita boleh buktikan yang ianya unik, lengkab dan praktikal serta boleh digunakan secara meluas oleh semua rakyat berbilang kaum di negara sendiri sebagai bukti.
Sebab kalau negara kita sendiri tidak boleh mengunanya, masakan kita boleh memberi keyakinan kepada orang asing untuk menerimanya. Mereka sudah pasti guna bahasa Inggeris, iaitu kalau radio kita, dan televisyen, pusat membeli-belah dan pasaraya, pawagam dan sektor swasta terus mengagungkan bahasa Inggeris.
Faktor penting yang harus diambil kira tentang kurang pengunaan Bahasa Melayu di sektor swasta ialah sektor ini dikuasai oleh mereka yang bukan Melayu. Kurang pengunaan Bahasa Melayu boleh membawa erti bahawa mereka tolak bahasa kebangsaan.
Atau apakah mereka fikir Bahasa dan Bangsa Melayu itu bertaraf rendah? Atau mungkinkah ini menunjukkan mereka tidak mahu menyahut seruan dan aspirasi kebangsaan?
Mungkinkah jiwa mereka amat terpengaruh dengan kuasa penjajah Inggeris yang hampi empat-puluh tahun disingkir oleh kita dulu?
Sektor swasta boleh digalak untuk mengg;una Bahasa Melayu kalau ada arahan dari pihak kerajaan, sebagai syarat mualak. Saya yakin mereka akan patuh arahan ini sama seperti pegawai tinggi atau atas kerajaan yang berpendidikan dalam aliran Inggeris termasuk bukan Melayu yang suka mengguna Inggeris dalam perhubungan. Tetapi oleh sebab arahan dari kerajaan kelaziman ini telah bertukar.
Sekarang ini sector kerajaan mengguna Bahasa Melayu dan cuma swasta sahaja yang mesti diMelayukan. Dan buat permulaan pegawai dan tuan punya syarikat besar dan korporat Melayu mesti menjadi pemimpin dan galak pengunaan Bahasa Melayu.
Dengan cara ini yang diturunkan dari atas, saya percaya semua kakitangan syarikat swasta berkenaan akan mergguna Bahasa Melayu dalam kerja seharian termasuk mengisi pengisian dalam Internet, perhubungan langsung atau secara surat dan forum atau sidang akhbar dan seminar.
Dalam konteks yang sama, kenapa tidak stesen radio kerajaan bahasa asing adakan rancangan khas dalam Bahasa Melayu untuk pendengar bukan Melayu bagi menggalakkan mereka mengguna bahasa kebbangsaan, dan siarkan lagu-lagu Melayu untuk hiburan mereka?
Banyak anak muda bukan Melayu meminati lagu Melayu, tetapi mereka tidak digalak untuk mendengarnya.
Lagipun, banyak ibu bapa bukan Melayu dari golongan lama enggan membenarkan anak-anak mereka dari menonton siaran hiburan maupun drama Melayu, sebab mereka mempunyai fahaman berbeza dengan kerajaan mengenai pengunaan bahasa kebangsaan itu.
Jadi, anak mereka cuma bertutur dalam Bahasa Melayu di sekolah dan tidak dikalangan mereka. Ini yang menyebabkan pertuturan mereka tidak begitu sempurna walaupun mereka dapat markah yang baik dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Golongan lama bukan Melayu agak keberatan untuk mendedakkan anak-anak mereka kepada siaran dan hiburan maupun drama Melayu di televisyen dan radio atau pentas, oleh yang demikian pengibatan anak bukan blelayu dalam dunia perfileman juga terhad.
Kita rasa dengan pengunaan Bahasa Melayu di semua peringkat persekolahan, anak bukan Melayu akan menjadi lebih faseh dalam bahasa ini, tetapi ini tidak jelas.
Media bukan Melayu juga boleh dipersalahkan sebab mereka enggan menyiarkan berita hiburan dan perfileman maupun teater Melayu. Mereka lebih mahu dedahkan pembaca bukan Melayu dengan kebudayaan Hong Kong atau India.
Tentu akhbar bukan Melayu ini mempunyai perancangan atau agenda tersendiri untuk menghalang orang bukan Melayu dari didedahkan kepada filem, teater dan muzik Melayu.     
Malah akhbar Melayu dan Inggeris yang beria-ia memberi publisiti kepada penghibur dari Hong Kong dan India, sedangkan akhbar bukan Melayu termasuk majalah yang, enggan memberi publisiti kepada dunia hiburan Melayu tempatan sendiri. 
Kerajaan boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani masalah ini. Dan kementerian dalam negeri yang mengeluarkan lesen percetakan boleh mengenakan syarat kepada pemilik akhbar dan media, untuk memuatkan ruang tentang dunia hiburun dan kesenian Melayu tempatan.
Atau kementerian penerangan boleh mengenakan syarat yang sama kepada stesen-stesen madio swasta untuk mengadakan rancangan Melayu khas untuk bukan Melayu. Malah, stesen radio bukan Melayu kerajaan sendiri boleh menjadi petunjuk kepada stesen radio lain. Malangnya ini tidak berlaku.
Pengunaan Bahasa Melayu oleh semua lapisan masyarakat majmuk di Malaysia boleh perlekaskan, kalau kerajaan dan kementerian-kementerian berkenaan tahu siapa.hah yang menghalang pengunaannya dan ambil jalan mengatasinya. Dan sebaliknya pula selidik siapakah yang boleh membantu melekaskan pergunaan bahasa kebangsaan ini dan adakan rancangan tertentu untuk menjayakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sebenarnya, dan lantas itu menjadi bahasa antarabangsa.
Kalau Steven Spielberg boleh mengiktiraf Bahasa Melayu dan menggunanya dalam treler filem terbarunya, kenapa orang bukan Melayu masih lagi keberatan menggunanya? Atau apakah kita mesti tunggu Spielberg untuk datang ke Kuala Lumpur. 
















Rabu, 2 Januari 2013

PUNCA MASALAH ANTI-SOSIAL DI MALAYSIA.


Oleh Mansor Puteh




Sesungguhnya masalah ‘punk’’ yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia yang mana telah dapat perhatian perdana menteri, Dr Mahathir Mohammed merupakan salah satu gelagat atau sikap dan tabiat anti-sosial yang terdapat di kalangan anak muda, termasuk melepak dan gejala bohsia.
Dan punca sebenarnya adalah disebabkan proses ‘socialization’ dan ‘’acculturation’ atau pemasyarakatan atau sosialisasi dan pembudayaan yang mana telah membuat anak muda kita terjebak ke dalam kancah sosial ini.
Proses pemasyarakatan dan pembudayaan, dalam bidang psikologi melibatkan penerimaan pengaruh dan nilai oleh ahli masyarakat akibat ditekankan aspek-aspek tertentu secara langsung atau tidak langsung.
Dan pengaruh ini boleh datang dari dalam maupun luar negeri, dalam pelbagai bentuk, rupa, bunyi, imejan serta tangapan.
Buat masa ini aspek media hiburan cetak dan elektroniklah yang boleh dianggap sebagai petualang yang kuat untuk mernpengaruhi jiwa anak muda sehinggakan mereka sanggup menukar cara hidup mereka serta meneria nilai-­nilai barat atau bukan Melayu sebagai pegangan hidup.
Media cetak menampilkan isiu sosial seperti lazim berlaku di barat, khususnya di Amerika atau England, dan fesyen pakaian yang digunakan oleh model dan tokoh dunia perfileman dan muzik antarabangsa membuat anak muda kita terikut-­ikut.
Ini ditambah pula dengan keghairahan untuk mendendangkan lagu-lagu barat di televisyen serta radio tempatan yang mana juruhebahnya beria-ia menghebohkan keunikan nyanyian dan rentak terkini di barat mempengaruhi jiwa insan muda.
Jadi, tidak salahlah kalau anak muda kita terikut-ikut intuk mengayakan fesyen ala ‘punk’ walaupun ia cuma merupakan ‘punk celup’ dan bukannya ‘punk tulen’.
‘Punk’ di negera kita bukan tulen sebab mereka tidak menganuti fahaman ‘punk’ yang sebenarnya yang mana mengagungkan sikap anarkis, anti-sosial, penderaan sendiri dan gemar untuk menyiksa diri sendiri sebagai mendapat kenikmatan darinya.
Ini disamping jenis pakaian yang keterlaluan yang mana rata-rata bercanggah dengan norma kehidupan biasa.
Di Ametika dan England, kumpulan ini berkelompok dan mereka bergiat secara tersendiri. Mereka melepaskan geram dalam muzik yang bising dan bingit. Kebanyakan lirik mereka menentang ugama, kerajaan dan institusi keluarga.
Jenis ‘punk’ ini tidak wujud di Malaysia sebab kegiatan kumpulan ini terhad dan terbatas.
Di luar negeri mereka bergerak dengan menaikki keretapi bawah tanah, seperti yang lazim terdapat dalam filem-filem. Di negara kita, mereka, sukar untuk ke sana-sini.
Ramai anak ‘punk’ mengayakan rambut ala ‘punk’ bila ada majlis keramaian atau parti dan mereka Cuma menjadi ‘punk’ bila berkelompok.
Kenapa anak muda kita, khususnya orang Melayu tertarik denga gaya ‘punk’ ini yang rata-rata bertentangan dengan nilai orang Melayu dan ugama Islam?
Ini disebabkan mereka telah melalui proses pemasyarakatan dan pembudayaan yang digangu oleh pengaruh asing menerusi media cetak dan elektronik.
Pihak pemerintah seperti tidak sedar gejala, anti-sosial ini telah meresapi sistem media cetak dan elektronih secara senyap-senyap sebagai satu trend yang tidak merbahaya.
Dan tidak hairan kalau ada rancangan tempatan seperti ‘Pop Kuiz’ terbitan TV3 yang menampilkan hos lelaki Yang mengayakan fesyen ‘punk celop’, juga dengan lagaknya.
Disamping itu rancangan ‘Asia Bagus’ yang diterbitkan dihos lelaki yang berlagak ‘punk celop’.
Mereka dibenar untuk muncul dalam rancangan televisyen, dan penonton mereka terdiri dari anak muda yang anggap ia fesyen biasa yang boleh diikut-ikut.
Selain dari itu, majalah-majalah hiburan Melayu dan Inggeris sengaja menonjolkan kumpulan ‘punk’ ini atau menghebohkan kisah-kisah gosip sekitar kumpulan muzik barat yang mempunyai sikap dan nilai anti-sosial jika dipandang dari perspektif kita.
Oleh yang demikian, satu generasi anak muda Malaysia terikut-ikut. Ini disebabkan mereka tidak dapat dipengaruhi oleh satu proses pembudayaan dan pemasyarakatan seperti yang dilalui dan dialami oleh golongan ibu-bapa mereka.
Jadi, sekira kerajaan mahu menangkis gejala anti-sosial ini adalah baik untuk kita mengkaji jenis rancangan televisyen dan radio serta bahan yang terkandung dalam media cetak, sebab kebanyakan pengaruh anak muda kita terdapat dari sini, dan tidak lain.
Cara hidup dan nilai yang ditekankan adalah jenis yang diimpot melalui media cetak dan elektronik.
Rancangan-rancangan yang menggalakkan anak muda meniru gaya ‘punk’ seperti ‘Pop Kuiz’ dan ‘Asia Bagus’ mesti diharamkan serta-merta atau ia cuma boleh diteruskan kalau penerbitnya merubah konsep dan kurangkan lagak ala ‘punk celop’ hos lelaki mereka.
Hairan, kenpa teman hos perempuan mereka tidak mergayakan lagak ‘punk celop’ sedangkan mereka muncul dalam rancangan yang sama?
Kementerian berkenaan harus juga memikirkan untuk mengkaji proses pembudayaan dan pemasyarakatan yang terdapat untuk menentukan samada ia telah dicemar dan sekiranya ini berlaku langkah-langkah boleh diambil untuk membetulkannya.
Pengaruh dari barat meresap ke dalam jiwa anak muda kita secara dijemput oleh media cetak dan elektronik yang ghairah menonjolkan isiu-isiu hiburan tanpa mengambil kira akan kesan sampingannya terhadap jiwa anak muda kita.
Perlu juga rancangan radio mengurangkan penekanan untuk menyiarkan lagu­ lagu barat. Apa kurangnya dengan lagu tempatan? Dan sampai bila mesti kita siarkan lagu-lagu barat, Hong Kong dan India?
Tidakkah kita boleh mulakan proses pembersihan ruang udara radio kita dengan menekankan bahan tempatan seperti apa yang sedang berlaku dengan televisyen dimana rancangan tempatan kian mendapat sambutan di kalangan penonton.
Trend untuk menyiarkan lagu-lagu barat dalam radio mesti diubah sebab ia menwujudkun satu putaran kejam dimana bila lagu diminati, anak ruda akan beria-ia berminat dengan penyanyi atau kumpulan dari barat itu, dan secara tidak langsung, majalah tempatan Melayu dan Inggeris menyiarkan berita dan gambar mengenainya.
Ada juga baikrya kalau penerbit majalah dan akhbar tidak menyiarkan berita, temuramah dengan penyanyi atau kumpulan barat.
Sekarang ini mereka bangga kalau dapat menyiarkan berita-berita mengenai mereka, termasuk yang datang dari Hong Kong dan India.
Anak-anak muda kita terikut-ikut sebab media menghebohkan lagu dan peribadi mereka. Kadang-kala saya hairan membaca hampir semua berita dalam ruang hiburan maupun majalah mingguan yang mengenengahkan isiu-isiu sosek-sosek sekitar mereka.
Apakah kita sudah terperangkap ke dalam putaran kejam ini dan tidak boleh keluar darinya?
Sudah pasti kalau kerajaan mernbuat kajian terhadap punca sebenar gejala ‘punk’ atau anti-sosial lain ia akan mendapati gejala ini berpunca dari kelalaian kerajaan sendiri atau khususrya komenterian dalam negeri untuh menangani kemasukan pengaruh asing secara terang-terang dan berleluasa melalui media.
Kemasukan pengaruh asing secara halus ini sama juga merbahaya seperti kemasukan pendatang tanpa izin yang membawa dengan gejala social yang buruk.
Dan pengaruh asing ini mengugat jiwa dan semangat serta merubah proses asimilasi kaum sebab ia merengangkan perhubungan diantara kaum dinegara kita yang sengaja disuruh meminati filem-filem atau muzik barat, Melayu, Hong, Kong dan India.
Mungkin pihak media berkenaan sengaja mahu memecah-belahkan masyarak kita supaya Malaysia kurang bersatu minat, hati dan perasaan serta selera. Mungkin mereka mempunyai agenda peribadi dan mahu gejala anti-sosial ini meresapi ke jiwa anak muda kita sebab gejala anti-sosial itu boleh mendatangkan keuntungan dari segi penjualan barangan dan pakaian serta sepatu yang mahal tetapi bergaya atau ‘trendy’.
Adalah tidak mustahil untuk Malaysia menentang gejala anti-soaial ini sebab kalau puncanya boleh ditentukan, ia juga boleh diawasi dan dihancurkan.
Tidak ada perlu untuk radio dan televisyen memainkan lagu barat, Hong Kong atau India sebab ia membawa kesan buruk yang boleh mewujudkann gejala anti-­sosial, termasuk kegilaan mereka terhadap penyanyi Michael Jackson dan lain­-lain.
Tanpa sokongan media kita sendiri, mungkin anak muda kita tidak akan kenal dengan penyanyi ini, dan mungkin akan merasakan lagunya bodoh sama-sekali.