Jumaat, 12 April 2013

DIANTARA IRAN DAN MALAYSIA DAN PAYKAN DAN PROTON – YANG HEBOH DAN YANG BUAT KERJA DENGAN SENYAP-SENYAP.


IRAN MAHU HANTAR ANGKASAWAN DALAM KAPAL ANGKASA SENDIRI; MALAYSIA TUMPANG KAPAL ANGKASA RUSIA.
Oleh Mansor Puteh


Saya sudah ke Iran dua kali dalam bulan Februari, 1992 dan Februari, 1994, menghadiri pesta filem fajr dan menyertai persidangan pertama pembuat filem Muslim.

Pertama kali ke Iran, terasa seperti berada di sebuah negara ideal; sama seperti berada di arab saudi yang saya lawat pertama kali dalam tahun 1981 dulu.

Lawatan saya ke sana atas jemputan Yayasan Sinema Farabi selaku penganjur kedua-dua acara ini membuka mata saya tentang bagaimana iran yang tidak lama dulu berada dibawah pemerintahan Shah Reza Pahlavi telah dapat menjadi sebuah negara bebas tanpa mengharapkan bantuan dan sokongan dari negara barat

Iran adalah sebuah negara yang lain dari yang lain; ia terlalu Islam yang diamal. Ia bukan hanya teori sahaja.

Kedudukannya di Teluk berhampiran dengan kawasan panas dunia sekarang dan tidak jauh pula dari negara Zionis membuat ia lebih cemas.

Dan dalam kecemasan itu, mereka berusaha untuk kukuh dan majukan negara mereka dalam semua bidang khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Iran dan Malaysia, dua negara Islam – satu di Teluk dan satu di Nusantara Melayu.

Sejarah perkembangan kebudayaan Melayu mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan Iran atau Farsi sejak dulu-kala lagi

Banyak kurun telah berlalu tetapi malangnya perhubungan sejarah dan ugama yang telah dijalin sejak dulu lagi tidak membuat kedua buah negara kelihatan lebih mesra dan akrab.

Kedua-dua buah negara mempunyai sikap dan cirri-ciri yang berbeza.

Tetapi kedua-dua ada hasrat untuk menjadi negara Islam mithali atau contoh kepada seluruh dunia dengan Malaysia mahu menunjukkan kepada barat ia boleh menunduk dan terima kehebatan mereka, berbanding dengan Iran yang mahu menunjukkan belang barat khususnya
Amerika dan tidak mahu menunduk kepada mereka.

Malaysia wujudkan perusahaan otomobil dan memperkenalkan kereta bernama Proton.

Iran telah lebih awal lagi memperkenalkan kereta mereka sendiri yang mereka panggil Paykan tanpa menghebohkan tentang pencapaiannya.

Malaysia hantar seorang angkasawan Melayu ke angkasa lepas. Ia adalah satu usaha yang digempar-gempurkan. Ia begitu riuh sekali seperti ia satu pencapaian yang hebat, walhal si angkasawan itu hanya menumpang kapal angksa Solyuz. Dia tidak ke angkasa lepas dalam kapal angkasa lepas buatan Malaysia yang diterbangkan oleh roket Malaysia.

Sebaliknya Iran mahu hantar angkasawan mereka sendiri tidak lama lagi dan mereka akan melakukannya dengan senyap sehinggalah ia berlaku.

Dan mereka tidak mahu menumpang kapal angkasa dan roket buatan Rusia. Mereka melakukannya dengan keupayaan sendiri.

Ternyata, Iran mempunyai pencapaian dalam bidang sains, teknologi, kreativiti dan innovasi yang lebih tinggit. Tapi mereka tidak mengheboh-hebohkannya.

Malaysia, hanya pandai mengeluarkan slogan yang kosong sahaja untuk menaikkan semangat dengan menyanyi dan menari tetapi tidak tahu buat apa lebih dari itu. 

Ini yang amat menyedihkan.

Tidakkah pakar sains di Malaysia sedar apa yang telah dicapai oleh Iran dalam bidang sains angkasa lepas?

Tidakkah mereka mahu berganding dengan Iran dalam usaha menghantar lebih banyak angkasawan dengan kapal angkasa dan roket buatan mereka?

Malaysia masih mahu mendapatkan kerjasama dengan Rusia.

Dan tidakkah Malaysia mahu merapatkan perhubungan persaudaraan dan perdagangan dengan Iran dengan berganding memajukan perusahaan otomobil supaya Proton dan Paykan dapat berkerjasama mengeluarkan kenderaan-kenderaan baru yang lebih canggih yang boleh dijual di kedua buah negara dan kemudiannya ke seluruh Dunia Islam, serentak?

Strategi yang diguna oleh pakar ekonomi Malaysia yang berpaksikan helah yang mereka pelajari dari universiti terkemuka di Amerika dan England ternyata tidak berguna untuk pertumbuhan ekonomi dan menaikkan semangat rakyat Islam di Malaysia.

Iran tidak perlukan ilmu dari universiti terkemuka di Amerika dan England dalam bidang ekonomi. Mereka hantar ramai pakar mereka belajar di MIT tetapi mereka tidak guna model mereka. Mereka cipta model sendiri.

Pakar di Malaysia hanya pandai untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi parasit yang bergantung dari ekonomi Amerika dan barat.

Iran mahu wujudkan satu sistem ekonomi baharu mereka. Tetapi mereka mahu melakukannya dengan senyap. Mereka buat tindakan tampa mengguna slogan kosong atau dengan pemimpin mereka memberi ucapan kosong di seluruh dunia.

Ini berbanding dengan di Malaysia dimana menterinya akan beri ucapan kosong di merata dunia dan menarik perhatian kepada mereka.

Inilah sahaja yang mampu dilakukan oleh menteri di Malaysia yang gila publisiti. Mereka mahu media beri tumpuan kepada mereka.

Di Iran ini tidak berlaku. Menteri kanan juga tidak ada acara harian yang khusus menarik perhatian terhadap mereka. Mereka tidak melambai bendera atau menyanyi dan membuat lawatan ke tempat-tempat khusus untuk mendari perhatian media.

Oleh sebab itu perusahaan filem mereka maju. Pesta filem Fajr atau Fajar mereka bertaraf dunia. Filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah filem mereka dipuji di barat.

Di Malaysia, menteri berkenaan dan juga pegawai kanan kementerian beria-ia mahu publisiti. Mereka tidak peduli dengan tindakan mereka yang mengenepikan perusahaan filem.

Dan kalau ada pesta filem antarabangsa, Iran hanya hantar pengarah filem mereka. Di Malaysia yang pergi adalah menteri, pegawai kanan kementerian dan pegawai Finas sahaja.

Mereka pergi untuk makan angin. Oleh sebab itu perusahaan filem di Malaysia lesu. Di Iran perusahaan mereka telah berjaya mencipta karya-karya ulung dan merapatkan rakyat serta menaikkan semangat.

Di Malaysia filem-filem yang diterbit adalah jenis yang mencemuh budaya, bangsa dan ugama sendiri.

Cuma yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa Iran tidak berupaya untuk mengeksport kenderaan nasional berjenama Paykan mereka ke seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga?

Saya percaya kalau mereka mengusahakannya, sudah pasti perusahaan otomobil mereka boleh berembang. Tentu ada banyak negara Islam dan Dunia Ketiga yang mahu sokong usaha mereka demi untuk mengurangkan penerimaan kenderaan buatan dari negara-negara yang kini sudah maju.

Iran kian maju. Ia maju dengan senyap tanpa slogan dan kata-kata kosong. Setiap tahun Iran memperkenalkan keupayaan dan penciptaan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Mereka mampu untuk menjadi negara Islam terulung dan memimpin Dunia Islam dimasa depan.

Dan mereka akan terus melakukannya dengan diam tanpa membuat bising dengan menyorak slogan kosong. Mereka tidak ada konsep 1Iran atau Wawasan 2020 mereka. Mereka tidak perlu membuat slogan seperti itu. Mereka bertindak dengan senyap.

Malaysia, sebaliknya cuma boleh berangan-angan kosong sahaja mahu melahirkan pakar dalam semua bidang sedang sejumlah pakar yang ada disabotaj dengan sewenang-wenangnya.

Semua yang dilakukan adalah dilihat dari segi apa keuntungan dan faedah yang boleh diperolehi oleh menteri dan pemimpin yang hanya akan sokong apa-apa usaha yang menguntungkan mereka.

Dan tidak cukup dengan ini, mereka juga mahu heret isteri masing-masing ke acara rasmi seperti mereka itu ada jawatan rasmi.

Di Iran, isteri presiden dan menteri tidak muncul dikhalayak ramai. 
Di Malaysia, Rais Yatim bawa isterinya, Maznah ke semua acara rasmi yang boleh membuat ramai orang bosan dengan kehadirannya.

Iran dan Malaysia mempunyai banyak persamaan dan lebih banyak perbezaan. Kedua-dua buah negara Islam mahu maju, tetapi cara yang digunakan oleh setiap negara berbeza.

Lihat sahaja negara mana yang akan muncul sebagai negara Islam mithali. Tentu sekali Iran yang boleh berkembang maju tanpa menyorak sebarang slogan kosong atau wawasan yang tidak mungkin boleh tercapai, sebab ia adalah slogan kosong sahaja yang dicipta khas untuk media dan gimik kosong.

Selasa, 9 April 2013

PERJUANGAN PAS YANG SIA-SIA.…


TAKUT BERMESYUARAH DAN SETUJU UNTUK DIADAKAN REFERENDUM DAN PUNGUT SUARA ATAU ‘NATIONAL CONSENSUS’ UNTUK MELAYU PILIH MEREKA ATAU UMNO.
Oleh Mansor Puteh




Parti Islam SeMalaysia atau PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik; ia hanya sebuah kelab sosial yang guna politik untuk mengelakkan diri mereka dari dituduh dan ditahan serta dihukum kerana mempunyai pandangan tentang Islam yang lain dari yang dipegang oleh ramai khususnya dari pihak berkuasa.

Tidak salah Mahyuddin Yassin kata PAS – adalah Parti Ajaran Sesat; sebab sejak kebelakangan ini Nik Aziz mereka telah menjadi-jadi sehinggakan pandai berkata bahawa ahli Umno yang bersembahyang tidak akan dapat pahala. Dia tidak katakan tentang pemimpin Umno yang bersembahyang.

Dalam masa yang sama ramai ahli PAS telah ambil tindakan keluar parti dan cemuh pemimpin parti secara terang-terang tanpa PAS berani ambil tindakan.

Ada ahli PAS yang juga berkata mereka tidak akan undi PAS dan sebaliknya undi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang bakal berlangsung.

Tetapi Nik Aziz sahaja yang berada dalam PAS yang mempunyai mulut celupar yang sanggup beri pandangan yang serong tentang Islam.

Dia hanya ‘mursyidul am’ PAS sahaja tetapi mahu berlagak sebertp mursyidul am seluruh Umat Islam di Malaysia.

Malangnya dia hanya berani kecam Umno tetapi tidak Zionis dan Yahudi yang terus-terang hancur bumi Palestin dan bunuh orang Palestin.

Ini yang menghairankan sebab PAS tidak kecam Zionis tetapi gemar kecam Umno, sebabnya ialah Umno tentang PAS di dalam negara, dan PAS tahu mereka tidak akan dapat sokogan padu dari Orang Melayu dan Umat Islam.

Malah PAS sekian hari sekian terpinggir di Malaysia.

Sebabnya ialah orang Melayu tahu perjuangan PAS adalah sia-sia.

Yang berani bercakap karut dalam PAS hanyalah Nik Aziz, sedangkan Hadi Awang dan lain-lain pemimpin PAS tidak berani bercakap seperti Nik Aziz, yang berusia lanjut, jadi dia sedar dia tidak akan diambil tindakan, seperti tindakan yang telah diambil ke atas Al-Arqam dulu dan mana-mana individu lain yang berani keluar fatwa songsang dan mengelirukan orang Islam dengan ajaran Islam mereka yang terkeluar dari landasan ugama.

Itulah sebabnya kenapa Nik Aziz berani beri pandangan yang serong tanpa diambil tindakan terhadapnya.

Itulah sebabnya kenapa PAS menjadi sebuah parti politik yang terpinggir di Malaysia.

Pertubuhan Al-Arqam telah diharamkan dan pemimpin utama mereka ditahan dan dihukum. Ia sebenarnya berjaya sebagai pertubuhan perniagaan. Tetapi entah kenapa, pemimpin utamanya menjadi riak dan mempunyai pandangan yang berlainan tentang ugama dari kebanyakan.

Dan Kerajaan Langit yang mempunyai pusat dalam kawasan pertanian dengan binaan-binaan pelik dengan pemimpin mereka mempunyai pandangan yang turut sama pelik tentang Islam, juga telah diharamkan. Tetapi sehingga kini pemimpin utamanya yang dikenali sebagai Ayah Pin masih belum diberkas; dia hidup berkeliaran dan dikatakan bersembunyi di Selatan Siam.

Ada beberapa orang yang mengaku dia itu ‘nabi’ atau pemimpin besar Islam, tetapi mereka telah ditahan dan dihukum.

Olehsebab mereka tidak tubuhkan parti politik, maka mereka telah mendapat tindakan seperti yang telah dilakukan. Kalau mereka tubuhkan parti politik sudah tentu mereka akan terselamat dari tindakan kerajaan.

Dan di sini PAS melebihi kumpulan dan pertubuhan ini, sebab ia adalah sebuah parti politik. Kalau mereka hanya pertubuhan atau syarikat, sudah lama dulu mereka telah diharamkan dengan pemimpin mereka ditahan dan dihukum.

Olehsebab PAS sebuah parti politik maka pemimpin utama mereka boleh mengeluarkan pandangan tentang ugama dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

Mereka tahu kalau tindakan diambil oleh kerajaan, maka mereka boleh guna tindakan ini untuk meraih faedah dari kesedihan sekelompok masyarakat Melayu yang akan berpihak kepada mereka.


Sabtu, 6 April 2013

MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MENGGEMBARA.


Oleh Mansor Puteh









Saya berminat untuk mengambil gambar semasa menggembara di rantau orang. Saya boleh merakamkan detik-detik dan pemandangan yang cantik serta menawan, but kenangan dan ingatan.
      Begitu juga pelancong-pelancong dan penggembara lain. Mereka juga mempunyai kamera dan tahu bagaimana hendak mengambil gambar. Dan mereka juga mahu merakamkan detik-detik mereka berada di luar negeri sambil bergeluman dengan salji atau bersiar-siar di pusat pelancongan terkenal seluruh dunia. Mereka juga mahu merakamkan dalam gambar kenangan manis mereka.
      Tetapi, kia tidak semestinya mengambil gambar dari sudut luas yang menunjukkan pemanndangan, seperti yang kita boleh dapati dalam poskad atay menonton dalam filem. Lebih baik kita beli sahaja poskad dan ‘slide’ dari kedai cenderamata dan ini lebih mudah dari mengambil gambar itu sendiri.
      Jadi, saya lebih berminat untuk mengambil gambar-gambar yang lain dari gambar mereka. Gambar-gambar saya lebih menunjukkan masyarakat dan suasana di luar negeri yang agak berlainan. Ianya jarang mendapat perhatian umum. Dan inilah yang saya sering cari.
      Di Bangkok, misalnya, saya ambil sekeping gambar lampu pada pintu masuk sebuah kuil yang telah pecah. Dan di Kathmadu saya ambil sekeping gambar dari luar hotel murah menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan. Dan di Bombay saya rakam gambar kkaki sendiri semasa saya duduk di sebuah bangku di Marine Drive. Dan di lapangan terbang Orly luar Paris, saya terlihat sepasang adik-beradik perempuan sedang berjalan seiring. Mereka memakai pakaian serupa pula. Saya guna kelajuan ‘shutter’ yang pelahan untuk merakamkan pergerakan mereka.
      Gambar-gambar seperti semuanya menujukkan kelainan dari gambar-gambar yang diambil oleh pelancong biasa. Dan saya tidak perlu membuat sesuatu yang gannjil untuk mendapatnya. Saya cuma pilih bahan dan bahagian darinya untuk dirakamkan. Lebih unik adalah lebih baik pada saya.
      Sebab kalau saya cuma mengambil gambar-gambar baisa yang menunjkkan bangunan terkenal seperti Menara Eiffel, Bangunan Empire State dan Arca Liberty di Bandaraya New York, orang lain juga mungkin sudah mengambilnya. Dan ada gambar-gambar seperti itu yang lebih cantik yang tidak mungkin saya sendiri dapat mengambilnya.
      Tetapi kalau saya ambil gambar yang unik, mungkin oranglain tidak sempat mengambilnnya seperti gambar sepasang adik-beradik perempuan di lapangan terbang Orly itu.
      Yang pentingnya untuk diingat ialah perlukah kita mengambil gambar seperti yang kita boleh dapati dalam majalah dan poskad?
      Kalau kita berbuat demikian, kita cuma akan menjadi jurugambar walaupun bertaraf amator tetapi yang unik dan kreatif. Dan kumpulan gambar-gambar kita adalahs ama seperti gambar-gambar seperti yang diambil oleh orang lain.
      Saya lebih suka untuk mengambil gambar yang dapat merakamkan sesuatu peristiwa atau benda yang unik. Ini boleh mengingatkan kita tentang sesebuah tempat lebih dari gambar-gambar biasa.
      Dan biasanya saya juga akkan mengambil gambar mengenai benda-benda biasa tetapi bermakna, walaupun ianya sebiji botol di atas meja di sebuah kafe luar di Paris atau sepohon bunga dalam pasu di luar lapangan terbang Frankfurt.
      Yang penting di sini ialah terdapat faktor atau elemen menarik dari segi susunan, warna, bentuk dan keadaan. Sebab benda-benda seperti ini boleh memberi personality kepada sesebuah tempat dan juga dalam ingatan kita yang mengambil gambar-gambar itu.






Rabu, 3 April 2013

TARIAN PENDET: RAKYAT MELAYU-ISLAM TIDAK MUNGKIN AKAN TERTARIK DENGAN TARIAN INI.


…IA TARIAN PURA HINDU-BALI YANG MENDEDAHKAN AURAT WANITA.
Oleh Mansor Puteh

Perbalahan seperti ini ini sudah pasti menguntungkan pihak yang mahu orang Melayu dan Islam berbalah. Atau apakah ini yang mereka merancangkan dari belakang?

Tidak banyak orang di Malaysia yang pernah dengar dengan nama tarian ini. Pendet. Ia tidak mungkin akan dapat dilakukan oleh orang bukan Indonesia, sekarang ini dengan sikap kedekut sebilangan mereka yang sudah pasti akan membuat orang lain rasa jemu dengan kebudayaan dan kesenian Indonesia, dan tidak akan tertarik dengannya dan untuk tidak melawat ke Pulau Bali lagi.

Sekumpulan kecil masyarakat di Jakarta yang menempek dan mengugut mahu mencederakan rakyat Malaysia di Jakarta yang mereka mahu ganyang, sudah pasti member tamparan kepada kepimpinan politik, intelektual dan ugama di Indonesia yang langsung tidak menyanggah tindakan dan kenyataan anak buah mereka yang rata-rata mempunyai rasa perasaan amat benci dan keliru dengan perbalahan yang dicetus mereka yang tidak ada asas langsung.
Jadi tidak salah kalau ada orang lain atau pihak ketiga yang fikir seperti kepimpinan Indonesia seperti setuju dengan tindakan puak kecil ini.

Sebab masakan mereka yang membawa buluh rencong di khalayak ramai tidak diberkas oleh polis sebelum mereka mencederakan sesiapa?

Undang-undang di Indonesia juga boleh dipersalahkan sebab tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal perasaan yang sedemikian rupa.

Jadi, tidak hairanlah pengeboman berlaku di hotel terkemuka di Jakarta dan di kelab hiburan di Kuta, Bali.

Perlu diingat, tarian seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan tari di Malaysia. Ia nyata sekali khusus dari Bali dan hanya dilakukan oleh kumpulan kesenian di sana, dan tidak lain.
Malah apabila kumpulan tarian dari Bali datang ke Malaysia untuk membuat persembahan ini, mereka selalunya akan menukar jenis pakaian mereka supaya ia tidak mendedahkan tubuh badan penari wanita yang sering mendedahkan bahu dan lengan.

Jadi mustahil untuk mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang akan tertarik dengan persembahan ini yang hanya biasa dilakukan sebagai acara keugamaan Hindu-Bali dan di Bali sahaja.

Oleh sebab itu, kenapa agaknya ada sekumpulan kecil rakyat di Indonesia yang berang dan anggap Malaysia mahu curi jenis kesenian mereka.

Tindakan ini langsung tidak masuk akal, walhal, tidak ada mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang membuat persembahan ini secara terbuka dan tidak pula sesiapa di Malaysia yang pernah mengaku ia adalah tarian Malaysia.

Jadi apa yang berlaku di Jakarta bila ada sekumpulan rakyat Indonesia yang menjadi marah dan mahu cederakan rakyat Malaysia di sana, ia amat menggelikan hati. Ya, ia menggelikan hati, sebab ternyata tangapan dan pandangan orang di Indonesia sebenarnya tidak berasaskan akal dan fikiran yang waras, dari kumpulan pemikir dan cendiakawan mereka, tetapi dari sekumpulan kecil anak-anak yang mahu berpesta di jalan dengan membawa tombak dalam bentuk buluh rencong.

Mereka kononnya mahu jaga kesenian mereka supaya ia tidak dicuri. Siapa yang mahu mencurinya? Malaysia ada kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri.

Ia tidak perlu mencuri bahan kesenian dari negara asing.

Malah Indonesia yang telah sering mencuri bahan kesenian dan kebudayaan dari negara lain.

Contohnya ialah lagu dangdut, nyata bukan berasal dari Indonesia; ia adalah dari India!
Dan ugama Hindu-Bali berasal dari India juga.

Malay ugama Islam yang dianuti oleh ramai orang di Indonesia juga tidak berasal dari Indonesia tetapi dari negara Arab.

Malah pakaian yang diguna oleh penunjuk perasaan di Jakarta adalah pakaian barat. Mereka tidak memakai kain batik dan blakon.

Mereka guna perkataan Inggeris, ‘Sweeping’ dan bukan ‘menyapu’.
 

Dan mereka tidak cuba untuk menahan pelancong ke Bali dan seluruh Indonesia dari membeli baju batik dan barang-barang pertukangan yang dijual di kedai cenderamata di Kuta dan seluruh Indonesia.

Mereka rasa bangga orang asing memakai baju batik. Mereka juga rasa bangga mahu ajar mereka membuat lukisan batik.

Jadi kenapa mesti rasa berang kalaupun ada orang bukan Indonesia yang berminat untuk membuat tarian ‘pendet’?

Sepatutnya Indonesia rasa bangga ada orang bukan Indonesia yang berminat dengan kebudayaan dan kesenian mereka?

Orang Jepun tidak melarang orang lain bermain judo, karate dan membuat origami dan bermain sudoko.

Orang barat tidak marah dan berang kalau ada orang lain memain lagu rentak jazz dan rock.

Orang di Jerman tidak marah orang di Amerika mengambil makanan berger mereka dan jadikan makanan harian orang Amerika sehinggakan mereka dapat membuka serangkaian restoran di seluruh dunia yang menjual makanan ini yang ternyata sekali berasal dari Hamburg.

Masyarakat Cina dan India di Malaysia mengadakan persembahan kesenian mereka, dan Negara Cina dan India tidak melarangnya.

Sepatutnya, rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia juga masih boleh membuat persembahan tarian Jawa sebab mereka boleh melakukannya dimana-mana mereka berada.
Tidakkah bagus kalau tarian pendet itu, sebagai contoh menjadi sebuah tarian yang diamal oleh orang yang bukan dari Indonesia juga supaya ia menjadi sebuah jenis kesenian sejagat atau unviersal?

Dan ini akan bererti bahawa kesenian dan kebudayaan Indonesia juga sejagat dan tidak terpencil.

Rokok kretek berasal dari Indonesia. Dan ia dieksport ke seluruh dunia. Kenapa tidak sekat penjualannya di negara luar?

Pendatang tanpa izin dari Indonesia yang dengan rela datang ke Malaysia dan kebanyakannya secara seludup, juga perlu disekat untuk menjaga mereka dari membawa kebudayaan dari Indonesia ke Malaysia.Sebab kalau sebilangan kecil mereka mendapat kerakyatan Malaysia dimasa akan datang, sudah pasti mereka juga ada hak untuk mempamir dan mengamalkan kebudayaan dan kesenian mereka.

Malah, kalau ada puak dari Bali yang menetap di Malaysia juga boleh mengadakan persembahan pendet, dan akhirnya ia akan diserapkan ke dalam kebudayaan umum Malaysia juga.
Sama seperti tarian naga yang diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia yang didatangkan dari negara asal.
Dan orang India di Malaysia juga mengamal kebudayaan dan kesenian mereka, tanpa kedua buah negara asal mereka menempek.

Malah, negara asal mereka harus rasa bangga kebudayaan dan kesenian mereka disebarkan ke seluruh dunia.
Sama juga orang Indonesia harus rasa bangga kalau ada orang asing yang mahu memakai baju batik mereka dan menubuhan kumpulan untuk membuat persembahan tarian pendet, kecak dan lain-lain.

Dan tarian ini akan senantiasa dianggap sebagai warisan dunia yang berasal dari Indonesia. Ia tidak dianggap seperti dicuri. Ini perkataan kasar dan kesat – maling – dalam bahasa Jawa yang seharusnya tidak diguna oleh mereka yang berfikiran waras; ia hanya diguna dijalan dan tidak di dalam kabinet atau dewan perundangan.

Indonesia, seperti semua negara lain ‘maling’ bahan kebudayaan dan kesenian dari Barat seperti senilukisnya; seperti tarian moden, muzik rock atau batu dan lain-lain, tanpa segan-silu.

Malah banyak perkataan Belanda dan Inggeris diserap ke dalam bahasa Indonesia, termasuk ‘sweeping’ yang diguna oleh puak jalan itu.

Akhir sekali saya fikir dan agak bahawa mereka yang menepek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta itu kemungkinan terdiri dari mereka yang tidak pernah datang ke Malaysia sebagai pelancong atau pekerja, secara sah maupun haram.
Dan kemungkinan besar juga, mereka rasa iri hati dengan rakan dan saudara mereka yang pernah dan sedang berada di Malaysia yang berjaya menikmati kehidupan yang mewah berbanding dengan mereka.

Ini adalah perspektif psikologi yang ada asas, sebab tidak mungkin mereka yang pernah bekerja di Malaysia mahu menempek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kalau mereka pernah mendapat faedah dari Malaysia.
Dan masalah ini juga bertolak dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang tidak berbuat sebarang apa untuk mencari jalan bagi merapatkan perhubungan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Masalah yang sama juga harus disalahkan kepada pihak Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur yang turut tidak mengambil sebarang tindakan untuk berbuat demikian.

Kedutaan Besar Malaysia dan Indonesia di Jakarta dan Kuala Lumpur, gagal menjalankan tanggung jawab mereka.
Dan walaupun Duta Besar Indonesia di Malaysia diberi anugerah ‘Tan Sri’, apa sangat jasanya kepada usaha merapatkan perhubungan diantara dua negara?

Akhir sekali, perbalahan kecil ini telah sudah pasti berjaya memberi kesenangan kepada pihak Cina dan Barat di Indonesia yang sebelum ini menjadi tumpuan puak kecil jalanan ini.


Ahad, 31 Mac 2013

PENIAGA ATAU PENGKARYA FILEM?


Oleh Mansor Puteh









Filem sebagai bahan dagangan atau kesenian?
      Penerbit-penerbit tempatan masih menganggap bahawa filem adalah bahan dagangan. Dan mereka cuma mementingkan keuntungan sahaja. Semuanya bertolak dari untung-rugi sesebuah penerbitan filem. Ini yang menghambat kemajuan dalam perusahaan filem tempatan.
      Sebenarnya filem mesti dilihat bukan sebagai bahan dagangan tetapi kesenian. Dan masyarakat akan menonton filem-filem tempatan sebagai hasil kesenian dan melihat sesebuah filem itu dari aspek kebudayaan dan kesenian filem.
      Telah berjaya membuat penonton kita turut keliru dengan tujuan seseorang penerbit itu membuat filem.
      Kalau mereka ingin mengaut keuntungan yang banyak, kenapa buat filem? Mereka sudah tentu beruntung lagi kalau membuka restoran dengan perbelnjaan yang lebih murah.
      Atau mereka boleh membuka butik dan lain-lain dan mendapat keuntungan setimpal dengan perbelanjaan.
      Ini yang membuat perusahaan filem kita terbelakang. Oleh sebab penerbit filem tidak mempunyai tujuan tertentu untuk membuat filem.
      Sebenarnya faktor tujuan dan hasrat ini penting untuk memajukan perusahaan filem. Sebab sekiranya penerbit sendiri dan Finas tidak tahu dengan tujuan sebenamye. sesebuah perusahaan filem itu ditubuhkan, maka mereka tidak boleh mengharapkan sebarang perkembangan berlaku.
      Filem sebenamya merupakan sebuah bidang kesenian halus. Dan ini harus ditekankan kepada penonton supaya mereka akan menonton filem semata-mata untuk menonton filem berdasarkan keseniannya, dan bukan ?ceraja siap’ah pelakun dan apakah ada penyanyi yang berlakun di dalamnya,
      Tetapi yang-sedihnya ialah penekanan tentang segi kesenian dan kebudayaan ini cuma dibuat semasa Pesta Filem Malaysia dan forum atau diskusi tentang filem sahaja. Sedangkan pada masa-masa lain segi perniagaan ditekankan pula. Akhimya, yang tertekan ialah kesenian filem.
      Penerbit filem tempatan harus menjadi pengkarya filem lebih dari peniaga filem. Sekiranya mereka mempunyai sikap positif seperti ini perusahaan filem kita boleh maju.
      Sekarang ini terdapat beberapa orang penerbit filem tempatan yang lebih pentingkan aspek kesenian dan kebudayaan filem dan tidak hanya perniagaan filem. Penerbit-penerbit generasi baru dan yang mempunyai pendidikan telah berjaya mengemukahan beberapa buah filem baik walaugun mereka menerima perhatian dan mencapai kejayaan yang berbeza-beza.
      Filem seperti ‘Bintang Malam’. ‘Selubung’, ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ dan beberapa buah lagi berusaha untuk meningkatkan aspek kesenian. Dan mereka telah mencapai kutipan yang agak baik.
      Dan cuba kita lihat filen-filen lain seperti ‘XX-Ray’, ‘Bayangan Maut’, dan ‘Pemburu Bayang’ yang berjaya di pawagam tetapi mempunyai nilai kesenian yang rendah. Filem-filem seperti ini tidak memajukan perusahaan filem kita, tetapi menguntungkan penerbit sahaja secara peribadi.
      Sepatutnya filem-filem kommersil seperti ‘Pemburu Bayang’ dan ‘Hanny’ tidak diberi kemudahan di bawah Skim Kemudahan Produksi Finas dan pulangan 25% cukai hiburan yang sepatutnya cuma diberi kepada penerbit filem-filem berunsurkan kesenian filem.
      Tujuannya ialah untuk menggalakkan penerbit untuk menghasilkan lebih banyak filem bermutu dan berbudaya, dan tidak cuma filem komersil yang mengenepikan budaya dan kesenian.
      Perusahaan filem kita kecil dan jumlah filem yang dikeluarkan setahun tidak seberapa, tentu pihak tertentu boleh mengarah pertumbuhan dan perkembangan agar ianya positif dan tidak menghancurkan perusahaan filem itu sendiri.
      Selagi penerbit filem kita tidak sama-sama berfikir sebagai pengkarya filem dan melihat filem itu sebagai bahan kesenian, selagi perusahaan filem kita tidak akan maju.






Isnin, 25 Mac 2013

KENAPA ENGGAN MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN SEMASA KECIL, TAPI BERIA-IA MAHU MASUK KE UNIVERSITI ALIRAN KEBANGSAAN SAMPAI MAHU KECAM KERAJAAN?


…KENAPA TIDAK TUNTUT DIBUKA UNIVERSITI (IPTA) UNTUK PELAJAR ALIRAN MANDARIN DAN TAMIL UNTUK HAK BELAJAR DALAM ALIRAN BAHASA IBUNDA SENDIRI SEPANJANG HAYAT?
Oleh Mansor Puteh.




MAHUKAH PEMIMPIN CINA DAN TAMIL TUNTUT KERAJAAN MEMBENARAN MEREKA TUBUH UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA (UMM atau UniManma) DAN UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA (UniTam)?

Ini tidak mungkin berlaku sebab pemimpin Cina dan Tamil tahu bahawa bahasa ini tidak boleh membawa anak-anak mereka ke mana, ia hanya baik untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah dan tidak di universiti.
 

Dan mereka juga tahu bahawa bahasa Mandarin dan Tamil cuma berguna untuk perhubungan seharian dan tidak untuk acara rasmi di Malaysia.

Mungkin bahasa Mandarin dan Tamil berguna dan boleh diguna dalam acara terpencil dikalangan masyarakat sendiri dan bukan diperingkat kebangsaan, termasuk dalam perhimpunan agung parti bukan Melayu.

Sebenarnya pemimpin Cina dan Tamil tidak pentingkan masa depan anak-anak muda kaum mereka, dan galak ibubapa mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular walaupun perangkaan membuktikan bahawa kebanyakan mereka yang gagal di sekolah seperti ini tidak mempunyai masa depan dalam hidup dan terpaksa buat kerja biasa, termasuk kerja haram.

Jadi pemimpin Cina dan Tamil di Malaysia, kalau boleh tidak mahu galak dan benar orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan – maksudnya sekolah Melayu yang mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Mereka memberi bermacam-macam alasan untuk menyokong keputusan mereka untuk tidak belajar di sekolah kebangsaan.

Kata mereka sekolah seperti ini tidak baik untuk anak-anak mereka maju dalam pendidikan.

Mereka kecam sekolah kebangsaan sebagai terlalu Melayu dan terlalu Islam; dan mereka takut anak-anak mereka akan didakwah dan diperdaya untuk masuk Islam.

Adakah ini benar?
 

Mustahil kanak-kanak mahu dan boleh masuk Islam dengan sendiri dalam usia yang begitu kecil?

Tetapi mereka tidak sedar kebanyakan orang Cina yang masuk Islam bukan terdiri dari mereka yang belajar di sekolah kebangsaan.

Sebaliknya, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam adalah terdiri dari mereka yang belajar di sekolah Cina.

Tidak percaya? Tanya Jakim dan Perkim. Dan lihat rancangan ugama Islam yang disiar di televisyen setiap hari Jumaat tentang saudara baru dari kaum Cina. Ia diadakan dalam bahasa Mandarin tentang orang Cina yang belajar di sekolah Cina.

Pemimpin kaum Cina tuntut lebih banyak sekolah aliran Mandarin dan Tamil dibuka dan mahu kerajaan pula memberi dana dan tanah.

(Saya tidak guna perkataan Cina atau India sebab sekolah tersebut tidak mengguna bahasa Cina dan India kecuali Mandarin dan Tamil sahaja. Cina dan India cuma diguna sebagai bangsa)

Oleh sebab itu terdapat ramai ibubapa Cina dan Tamil menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Mandarin dan Tamil sebab mereka telah belajar di sekolah seperti itu, jadi mereka mahu anak-anak mereka ikut cara mereka, walaupun kebanyakan mereka tidak mendapat pendidikan tinggi dan gagal selepas darjah enam atau tingkatan tiga sahaja.

Oleh sebab itu juga terdapat ramai orang Cina yang bekerja sebagai peniaga kecil di pasar malam dan menjalankan pekerjaan sendiri.

Ramai dikalangan mereka juga terjebak dengan perbuatan jenayah.

Boleh dikatakan semua ‘ahlong’ di Malaysia terdiri dari orang Cina yang mempunyai latarbelakang sekolah cina.

Jarang kita dengar orang Cina ataupun India yang terlibat dengan jenayah yang belajar di sekolah kebangsaan.

Tak percaya? Tanya Bukit Aman. Dapatkan maklumat dari mereka.

Walaupun demikian masih ada diantara mereka yang lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan.

Mereka juga Cina dan India. Tetapi mereka tidak angggap sekolah kebangsaan boleh merosakkan anak-anak mereka. Mereka pandang jauh. Dan mereka tidak kurang Cina dan India dari mereka yang belajar di sekolah Cina dan Tamil.
 

Tetapi yang peliknya ialah kenapa pemimpin Cina dan Tamil beria-ia mahu dapatkan tempat untuk pelajar-pelajar Cina dan Tamil untuk masuk ke universiti dalam aliran kebangsaan dimana bahasa pengantarnya ialah Melayu?

Kenapa mereka tidak halang mereka dari masuk ke universiti seperti itu dan hantar mereka ke universiti di Hong Kong, Taiwan atau Negeri Cina dan di India?

Atau kenapa pemimpin Cina dan Tamil tidak gesa kerajaan membenarkan mereka membuka universiti khas yang mempunyai bahasa pengantar Mandarin dan Tamil?

UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA atau UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA!

Saya hairan kenapa pemimpiin Melayu tidak juga cadangkan agar pelajar-pelajar aliran Mandarin dan Tamil mempunyai universiti khas untuk mereka supaya mereka tidak beria-ia mahu mendapatkan tempat di universiti kerajaan atau di IPTA lain?

Adakah ini disebabkan bahawa pengajian bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat universiti tidak penting. Ia tidak masuk akal?

Kenapa pula?

Kalau bahasa Mandarin dan Tamil dikatakan penting untuk kaum Cina dan Tamil, dan ibubapa Cina dan Tamil serta pemimpin mereka beria-ia mahu sebanyak anak-anak Cina dan Tamil belajar di sekolah seperti itu, jadi kenapa bila mereka meningkat dewasa, mereka mahu berebut-rebut belajar di IPTA?

Adakah ini bermakna bahawa bahasa Mandarin dan Tamil sebenarnya bukan bahasa penting untuk pelajar di peringkat universiti sehinggakan pelajar-pelajar Cina dan Tamil yang mempunyai pendidikan dalam aliran ini tidak berminat untuk menyambung pelajaran mereka di universiti yang mempunyai bahasa pengantar dalam bahasa ibunda mereka sendiri?

Kalau ramai orang Cina dan Tamil gemar berkata bahawa Bahasa Melayu tidak penting sebagai bahasa ilmu, jadi kenapa pelajar-pelajar mereka mahu belajar di IPTA pula?

Dan kenapa mereka sanggup menuntut hak seperti ini di Malaysia sahaja? Adakah orang Melayu di Malaysia boleh dipermain-mainkan?

Kenapa tidak buat tuntutan yang sama di Indonesia? Sebab Melayu di sana lebih besar jumlahnya, jadi orang Cina dan India tidak berani membuat sebarang tuntutan seperti itu?

Jadi, apakah kalau jumlah Melayu di Malaysia bertambah setahun ke setahun sehingga peratusannya meningkat ke tujuh-puluh peratus, maka orang Cina dan India akan menjadi takut untuk menuntut?

Sekarang Melayu masih lagi kecil jumlahnya, belum sampai tujuh-puluh peratus. Tetapi ia akan meningkat dalam sepuluh tahu lagi.

Dan Melayu juga berpecah diantara Umno dan Pas. Tapi kalau Melayu sudah bersatu, apakah suara bukan Melayu boleh jadi kendur seperti di Indonesia atau Brunei?

Malah Cina dan India di Siam juga tidak berani menuntut hak mereka, jauh sekali untuk menempek. Mereka terpaksa akur bahawa jumlah kaum tempatan begitu besar sehingga mereka tidak boleh buka sekolah dalam bahasa sendiri dan mempunyai nama tempatan.


Jumaat, 22 Mac 2013

JELAJAH PESTA FILEM MALAYSIA (JPFM-2013) KE PULAU PINANG DAPAT SAMBUTAN OLEH KHALAYAK BUKAN MELAYU.


…DAN SAYA TERSUNGKUR DI RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE.
Oleh Mansor Puteh



Persatuan Pengarah Filem Malaysia atau Fdam buat tahun kedua menganjur acara Jelajah Pesta Filem Malaysia, yang membawa satu bas peserta terdiri dari pengarah, pelakon dan penyanyi ke Kuantan, Ipoh dan Pulau Pinang dengan lawatan ke Perlis masih dalam perancangan.

Sebuah bas dua tingkat telah diguna untuk acara lawatan ketiga iaitu untuk ke Pulau Pinang selama dua hari.

Faizal Hussein yang baru menang anugerah pelakon lelaki terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-25 turut hadir bersama Normah Damanhuri, yang menang anugerah pelakon wanita terbaik, dan Aznah Hamid, Sharifah Aminah, Yem Sofi Jikan, Hayati Tasrip dan peserta dari rancangan ‘Mentor’ dan lain-lain yang turut memberi persembahan kepada peminat masing-masing di Padang Kota Lama atau Esplanade, Restoran Bahtera Santai, Uptown Bayan Mutiara, Mydin di Bukit Jambul, disamping diraikan di Muzium Negeri dan Restoran butik Love Lane.

Acara akhir ialah lawatan ke Rumah Kelahiran P. Ramlee. Dan satu perkara yang saya tidak dapat lupakan dalam lawatan pertama saya ke sini ialah apabila saya pitam dan tersungkur ke atas jalan depan bangunan utama komplek ini yang menyebabkan saya cedera ringgan dengan kamera digital saya rosak.

Saya sangkakan simen di situ licin oleh sebab hujan renyai yang telah berlaku sebelum itu, tetapi saya dapat tahu kemudian yang saya telah pitam seketika.

Ini pertama kali saya dipelawa untuk menyertai acara ini yang saya mendapati dapat diguna untuk mengukur tahab penerimaan khalayak terhadap insan yang bergelar seniman dalam semua bidang.

Dan maklumat yang paling utama saya dapati ialah semasa acara di Padang Kota Lama atau Esplanade di Pulau Pinang yang berlaku pada malam 8 Mac lalu, yang menampakkan hampir 95% penonton terdiri dari orang Cina tempatan.

Memang mereka telah berada di padang itu untuk acara awal iaitu untuk menyambut Hari Wanita Sedunia, dan kemudiannya acara rasmi oleh kerajaan DAP, tetapi mereka tetap tunggu untuk persembahan dari rombongan JPFM dan tontonnya sehingga selesai, dengan bangun dari duduk dan pergi berdiri di hadapan pentas.

Kebanyakan orang Cina di Pulau Pinang faseh berbahasa Melayu berbanding dengan masyarakat Cina di negeri-negeri lain dan perhubungan mereka dengan masyarakat Melayu boleh dikatakan lebih akrab, seperti masyarakat Cina dan Melayu di Melaka.

Ternyata persembahan lawak-jenaka dan nyanyian serta tarian yang dilakukan oleh peserta JPFM menarik perhatian khalayak di situ yang telah sedia menunggu.

Ini semua memberi erti bahawa penonton filem, drama televisyen dan pendengar untuk filem dan muzik Melayu dikalangan bukan Melayu sebenarnya ada.

Tetapi yang malang atau sedihnya ialah, media Cina dan India tidak memberi mereka maklumat tentang kegiatan dalam perusahaan filem dan muzik tanahair.

Malah Pesta Filem Malaysia ke-25 yang berlaku pada 2 Mac lalu juga tidak diberi liputan oleh media bukan Melayu, kecuali akhbar Inggeris.

Mungkin ada sebabnya kenapa media Cina dan India enggan beri liputan kepada filem dan muzik Melayu.

Mereka begitu asyik dan ghairah sekali untuk memberi liputan luas kepada kegiatan seni dari Hong Kong, Taiwan dan Negara Cina dan India, termasuk dari Amerika dan barat.

Tetapi mereka sedikitpun tidak mahu beri liputan terhadap kegiatan seni tempatan, iaitu Melayu.

Malah sastera Melayu juga tidak diberi liputan bukan sahaja oleh media Cina dan India tetapi Inggeris.

Ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ada akhbar bahasa Inggeris beri liputan luas kepada sastera Inggeris.

Tetapi yang malangnya, pengkritik sastera mereka tidak peka, dan mereka hanya dapat beri pandangan dan pendapat tentang sastera Inggeris dan buku serta novel yang dinilai dengan mengikut kacamata Inggeris juga.

Malah, pengkritik filem mereka juga melihat filem-filem dari barat khususnya dari Hollywood dari kacamata orang Inggeris juga sehinggakan filem-filem yang mempunyai nilai anti-Islam yang mendapat sanjungan di barat, mereka tetap sanjung.

Akhbar bahasa Inggeris seperti tidak sedar bahawa pengaruh Hollywood diseluruh dunia termasuk Dunia Islam telah lama merundum, iaitu akibat dari tindakan pemimpin politik dan tentera mereka menghancurkan beberapa negara Arab dan Islam lain.

Jadi, apa sebabnya mesti media bahasa Inggeris dan bukan Melayu lain beria-ia mahu bantu selamatkan Hollywood dan sastera Inggeris di Malaysia, sedangkan penerimaannya dikalangan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu sudah berkurangan sekarang?

Dan tidak salah kalau kita dapatkan media bukan Melayu beri lebih tumpuan kepada perkembangan dalam bidang kesenian, kesusasteraan, filem dan muzik Melayu atau tempatan lain termasuk yang dibuat dalam bahasa Cina dan India, supaya sebuah perusahaan hiburan dan sastera baharu Malaysia dapat diperkembangkan.

Tujuannya ialah untuk lama-kelamaan, perusahaan hiburan dan sastera barat atau asing termasuk yang dari Hong Kong, Taiwan, Negara Cina dan India dapat dilenyapkan samasekali di Malaysia.

Cuma yang tidak ada dalam acara JPFM ialah sebuah forum yang sepatutnya boleh diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) atau mana-mana kampus dan akademi di Pulau Pinang atau dimana-mana tempat acara ini diadakan.

Jadi adalah diharapkan kalau JPFM diadakan di Perlis dalam masa terdekat, acara forum untuk membincangkan tentang perkara ini dapat diadakan.