Selasa, 21 Mei 2013

‘APA LAGI CINA MAHU?’ DAN ‘APA LAGI MELAYU DAN MALAYSIA MAHUKAN?’


Oleh Mansor Puteh



Sebenarnya apa yang ditanya oleh Utusan Malaysia dalam tajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ yang dipampangkan pada muka depan dan belakang akhbar ini pada 6 Mei lalu, sebenarnya adalah soalan biasa. Tetapi perbalahan yang tercetus darinya, bukan biasa. Ia menjadi luarbiasa bila ada orang yang buat laporan polis.

Mentang-mentang orang Cina yang buat laporan polis, maka ia harus diambil tindakan, sedangkan banyak laporan lain yang telah dibuat oleh Melayu tetapi tidak pula ada sebarang perbalahan.

Akhirnya nanti polis akan menganggap bahawa laporan yang dibuat itu tidak ada sebarang asas untuk pihak berkuasa ambil tindakan.

Apa salahnya dengan Utusan tanya soalan itu? Apa salahnya untuk sesiapa tanya, ‘Apa lagi Cina Mahu?’

Ia adalah apa yang sering ditanya oleh orang Cina sendiri. Dan orang India juga sering tanya soalan seperti itu. Dan dalam PRU-13, mereka dapat apa yang mereka mahukan, iaitu kemajuan untuk masyarakat mereka.

Ini hanya boleh berlaku apabila mereka sokong parti tertentu yang boleh beri apa yang mereka mahukan.

Orang India sedar bahawa PRU-12 dulu, dan tahun-tahun kemudiannya sehingga PRU-13, mereka telah dipinggirkan oleh pihak yang mereka rasa boleh bantu mereka.

Tetapi ini tidak berlaku.

Jadi tidak hairan kalau Hindraf juga pilih untuk berpihak kepada Barisan dengan pemimpin mereka, Withyamorthy sendiri merayu dan mengaku bahawa orang India mesti sokong Barisan.

Dan yang mengejurkan semua orang termasuk mereka dikalangan dari masyarakat India sendiri ialah apabila Withyamorthy telah dilantik masuk ke dalam Kabinet Najib II, sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan dilantik dulu sebagai senator.

MIC tidak tentang dengan keputusan oleh Perdana Menteri, tetapi pihak di Pakatan Rakyat yang cemuh keputusan itu seperti mereka tidak mahu kaum India maju dalam bidang ekonomi.

Jadi apa yang orang Cina mahu sebenarnya merupakan satu soalan yang pernah ditanya oleh Utusan lama dulu. Ia terkandung sebagai tajuk sebuah tulisan dalam sebuah ruangan mingguan di akhbar ini yang ditulis oleh Zaini Hassan dalam ruangannya, ‘Cuit’ yang disiarkan pada setiap hari Rabu.

Dan tulisan dalam ruangan ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris dan disiar seluruhnya oleh akhbar di Singapura iaitu Straits Times.

Kalau soalan ini dianggap sensitif, tentu pihak pengarang akhbar tersebut di Singapura tentu tahu, dan mereka tidak akan mahu terjemah tulisan itu dan siarkannya dalam akhbar mereka.

Cuba baca semula apa yang telah ditulis oleh Zaini dalam ruangannya itu. Ada kebenaran dalam segala apa yang dituliskan.

Saya sendiri tidak mahu ulangkan dan turunkan di sini. Biar pembaca minta Utusan siarkannya semula.

Malah, Zaini juga telah mendapat surat sokongan dari pembaca Cina dari Malaysia yang bekerja di Singapura yang memuji apa yang dia telah tuliskan itu.

Menurut tulisan itu, orang Cina di Malaysia sudah memperolehi kemajuan dalam bidang ekonomi dan ramai mereka yang terkaya di Malaysia terdiri dari kaum Cina, dengan sekerat sahaja dari kalangan Orang Melayu dan seorang dari kaum India.

Jadi, apa yang perlu dilaporkan kepada polis? Ia tidak lain satu usaha mencemuh Utusan, yang telah berani menulis dan bertanya kepada masyarakat Cina apa lagi yang mereka mahukan, sebagai reaksi Utusan pada hari pilihanraya umum diadakan, dengan masyarakat Cina hampir seratus peratus undi pembangkang.

Sekarang Cina di Malaysia sudah terkangkang dengan tindakan mereka yang akhirnya menjerat leher mereka sendiri. Inikah yang mereka mahukan?

Lihat Kabinet Najib II dan perhatikan berapa kerat ahli dari kalangan Cina dalamnya?

MCA dan Gerakan telah awal-awal lagi beri amaran kepada masyarakat dan pengundi Cina di Malaysia bahawa mereka tidak akan ada wakil dalam Kabinet Najib II seandainya parti ini tidak mendapat sokongan dari masyarakat Cina.

Pendedahan yang dilakukan oleh Gerakan khususnya bererti juga bahawa mereka adalah parti untuk kaum Cina dan kurang kepada parti berbilang kaum, sebab sudah pasti ada ramai Melayu dan India yang telah mengundi calon-calon mereka untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN), tetapi jumlahnya tidak seberapa dan kebanyakan calon mereka kalah teruk.

Dan susulan dari soalan, ‘Apa lagi Cina mahu?’, Utusan sebenarnya seharusnya keluarkan soalan kedua di muka depan akhbar mereka iaitu, ‘Apa lagi Melayu mahukan?’

Soalan ini khusus ditujukan kepada penyokong tegar PAS dan PKR yang beria-ia benar mahu wujudkan satu sistem yang mereka anggap lebih penting dan berkesan.

Ternyata sekali mereka juga salah dan Melayu hampir kebanyakannya tidak sokong mereka; mereka sokong Umno dan Barisan.

PAS dan PKR hanya dapat dua-puluh-satu dan tiga-puluh kerusi parlimen sahaja; dan itupun oleh sebab mereka dapat undi dari kaum Cina; kalau tidak mereka juga akan kalah teruk sama seperti MCA dan Gerakan.

Sebenarnya Melayu ada beberapa perkara yang mereka mahukan, sama juga orang Cina dan India.

Mustahil Cina dan India di Malaysia masih tidak ada sesuatu yang mereka mahukan. Atau apakah Cina khususnya sudah cukup dengan apa yang mereka telah ada dan telah diberikan?

British telah beri bermacam-macam kelebihan kepada orang Cina; kalau tidak ekonomi mereka tidak akan berkembang seperti sekarang.

Tetapi India tidak diendahkan oleh penjajah British yang mahu mereka terperap dalam lading getah sebagai buruh.

Melayulah yang telah membawa India keluar dari ladang-ladang getah seperti itu. Dan Barisanlah yang telah berusaha untuk memajukan kaum ini.

Dan Malaysia juga ada beberapa perkara yang ia mahukan.



Sabtu, 18 Mei 2013

SUDAH SEKIAN LAMA MALAYSIA MENCAPAI MERDEKA, BERANIKAH SEMUA KAUM ADAKAN PUNGUTAN SUARA ATAU REFERENDUM DAN TENTUKAN BAHASA MANA YANG HARUS DIJADIKAN BAHASA YANG SATU UNTUK SISTEM PENDIDIKAN?


Oleh Mansor Puteh



Ini soalan sensitif? Tidakkah ia satu perkara penting yang mesti dan boleh dibincang secara terbuka?

Malaysia sudah lama merdeka, tentu perkara seperti ini sudah boleh dibincang semula dan dapatkan rumusan baru untuk memastikan segala sistem yang ada berjalan dengan lancar dan menguntungkan negara dan semua.

Isiu pendidikan penting dan mesti dikaji semula kalau sistem lama tidak menguntungkan sebuah sistem baru harus pula digantikan.

Sehingga ini sistem dua atau tiga aliran dan mungkin empat aliran yang ada tidak lagi sesuai untuk pembangunan negara.

Contohnya dapat dilihat dimana-mana, khususnya pada perpecahan rakyat yang mujur dapat dibentung secara rasional.

Tetapi dimasa-masa akan datang, kita tidak tahu apakah perpecahan itu akan tercetus oleh pihak chauvinis yang beria-ia mahu cuba nasib mereka, dan tuntut itu dan ini, yang langsung tidak termaktub dalam Perlembagaan negara.

Keputusan PRU-13 telah membuat kumpulan Dong Zong senyap. Kenapa?

Kalau orang Cina yang ada tanya kenapa kepentingan khas untuk Orang Melayu mesti dihapuskan, dan bahasa Cina mesti diguna secara rasmi dalam urusan rasmi, dengan ada pihak yang berani dan terang-terang turunkan tanda jalan raya yang mempunyai nama dalam Bahasa Melayu, dan gantikannya dengan tanda jalan raya yang mempunyai Bahasa Melayu dan Mandarin, tak apa?

Tidakkah ini juga boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak jaga sensitivity Melayu dan Malaysia amnya?

Di Pulau Pinang ada tanda jalan raya yang mengguna bahasa Mandarin.

Malah banyak kegiatan rasmi kerajaan di negeri ini membelakangkan bahasa kebangsaan, dengan pengumuman projek me eka dibuat dalam bahasa Inggeris.

Jadi tidakkah isiu sekolah vernakular Mandarin dan Tamil mesti dijadikan satu isu perbincangan dan tidak perdebatan, untuk menentukan samada ia masih relevan atau sesuai kepada negara?

Ia boleh menguntungkan masyarakat Cina dan India juga, kalau anak-anak mereka dari golongan generasi baru dapat mengguna Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan secara lancar dan betul.

Semua orang tahu bahawa pengunaan Bahasa Melayu sekarang sudah meluas dan lambat-laun sesiapa yang tidak faseh dalam bahasa ini akan tertinggal.

Dan inilah sebabnya tercetusnya perbalahan dan perbuatan tidak senonoh sekumpulan pelajar Cina-Malaysia di Taiwan dan Singapura yang lebih mendedahkan kepincangan diri mereka sendiri dari apa yang mereka mahu tuntutkan.

Malah orangpun tidak tahu apa yang mereka mahu tuntutkan, khususnya apabila mereka dilihat memegang bendera Malaysia secara terbalik.

Adakah ini bermaksud mereka Malaysia jadi sebuah republik? Mereka sendiri tidak jelaskan apa yang mereka mahu tuntut.

Yang mungkin jelas sekali ialah kumpulan ini rasa diri mereka tersisih dari pembangunan negara dan mereka rasa mereka tidak berada di Malaysia secara rohani, walaupun pada zahirnya mereka tersisih dari Malaysia oleh sebab mereka berada di Taiwan dan Singapura.

Yang anihnya juga ialah kenapa Cina-Malaysia yang belajar di Amerika, England, Australia, Negeri Cina dan Indonesia dan di negara lain tidak ambil tindakan sama seperti pelajar Cina-Malaysia di Taiwan dan Singapura?

Apa untungnya Malaysia dengan adanya sekolah-sekolah seperti ini?

Malah sekolah mubaligh Kristen juga sepatutnya diteruskan, sebab ia adalah sebahagian dari sejarah dan warisan negara.

Sekolah mubaligh Kristenlah yang telah menyebabkan ramai orang Cina masuk ugama Kristen dengan sekolah-sekolah ini beri pelajaran tentang ugama ini kepada pelajar-pelajar tanpa mereka dapat tentangan dari ibubapa Cina dan India.

Tetapi semua sekolah mubaligh Kristen kini sudah dikebangsaankan, dan pihak pentadbirnya telah terima hakikat bahawa sistem persekolahan seperti ini tidak lagi relevan untuk Malaysia.

Malah ada juga orang Cina dan India sekarang yang juga setuju kalau satu sistem persekolahan dapat diwujudkan. Mereka adalah Cina dan India realis dan bukan jenis yang gemar berkhayal.

Jadi kenapa pula sekolah vernakular tidak boleh dijadikan bahan debat dan perbincangan?

Masyarakat Cina dan India dulu tak sama dengan masyarakat Cina dan India sekarang.

Malah, kenapa bahasa Mandarin dan Tamil sahaja yang harus dipentingkan dan tidak bahasa atau dialek lain seperti Kantonis, Hokkien, Malayam, Telugu, Panjabi dan Kandazan dan Iban dan lain-lain yang ada di Sabah dan Sarawak?

Mereka juga berhak untuk menuntut diadakan sekolah-sekolah dimana bahasa ibunda mereka diguna sebagai bahasa pengantar.

Tetapi isiu ini tidak timbul.

Kalau kaum Asli di Sabah dan Sarawaak boleh setuju hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan, kenapa tidak kaum Cina dan India di seluruh negara?

Malaysia tidak boleh mencapai tahab negara maju selagi satu bahasa tidak diguna dalam semua sistem yang ada, bermula dengan sistem pendidikan.

Apabila sistem pendidikan sesebuah negara itu diadakan dalam pelbagai bahasa khususnya, Melayu, Mandarin dan Tamil, maka, kedudukan ekonomi, sosial, kebudayaan akan terjejas, seperti yang berlaku sekarang.

Cuba lihat dan kaji apakah yang sering digalakkan oleh media bukan-Melayu di Malaysia, kalau tidak kebudayaan Mandarin dan Tamil termasuk Inggeris.

Rabu, 15 Mei 2013

PAS KALAH TERUK DAPAT 21 KERUSI PARLIMEN TAK BOLEH TUBUH KERAJAAN PUSAT SENDIRI.


…DAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN NIK AZIZ.
Oleh Mansor Puteh



PAS harus sedar bahawa mereka harus bangun dari tidur. Nik Aziz khususnya harus juga sedar bahawa pengaruhnya ke atas orang Melayu dan Islam di Malaysia tidaklah banyak; yang membuat PAS masih wujud ialah oleh sebab ada Melayu yang masih tidak sedar diri.

PAS juga harus sedar bahawa 21 buah kerusi parlimen yang mereka menang dalam PRU-13 tidak seberapa sangat; ia hanyalah satu per sepuluh dari semua 222 kerusi parlimen yang ada.

Ia satu jumlah yang kecil berbanding dengan jumlah Umno dan Barisan menang, yang melebih empat kali ganda jumlah kerusi PAS.

Kalau PAS campur dan dapat sokongan dari DAP maka PAS bukan lagi PAS. PAS hanya kuda tungangan untuk DAP dan juga PKR yang mempunyai agenda mereka sendiri dengan DAP terang-terang kata mereka tentang pembentukan negara Islam di Malaysia.

PAS dan Nik Aziz masih bebal lagi, tidak tahu apa maksud mereka?

Dan PAS dan Nik Aziz masih bebal dan mahu terima sokongan dari DAP dan juga PKR yang sememangnya ada agenda lain?

PAS disingkir oleh Melayu lama dulu; ia hanya wujud dengan sokongan dari DAP dan PKR. Ini amat memalukan.

Tetapi Nik Aziz khususnya tidak kenal dengan malu. Dia juga tidak ada prinsip. Kalau Nik Aziz ada prinsip dia sudah lama tolak DAP dan PKR yang mempunyai pemimpin sisa dari Umno dan Barisan Nasional.

PAS sanggup terima sokongan dari sisa Umno dan Barisan sebab PAS terdesak tidak dapat bertanding atas tiket sendiri dan atas prinsip sendiri sehinggakan sanggup bersekongkolan dengan mereka yang menentang prinsipnya sendiri.

Tanpa DAP dan PKR, PAS sudah lama terkubur. Dan dari 21 kerusi parlimen yang PAS telah menang dalam PRU-13, berapa sahaja yang PAS boleh menang tanpa mendapat sokongan dari DAP dan PKR. Mungkin tidak lebih lima hingga sepuluh sahaja.

Tetapi kalau PAS bergabung dengan Umno, hampir semua kawasan dimana Melayu dalam majority boleh dimenangi, tanpa perlu ada sebarang kempen atau ceramah. Hampir semua kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) mempunyai Melayu terbnyak, dengan tahun-tahun mendatang melihat semua kawasan dikuasai oleh Melayu.

Jadi Melayu tidak perlu buang masa dengar ceramah setiap malam dengan apa yang dikatakan oleh para penceramah profesional bunyi sama seperti monyet mengulang apa yang mereka telah kata dulu, sekarang depan khalayak lain setiap malam.

Pengundi Cina akan kecundang bila jumlah kawasan mereka yang dulunya kuasai sebagai pengundi terbanyak kini sudah kecil sehinggakan mereka kini jadi kaum minoriti di kawasan-kawasan tersebut.

Sekarangpun kawasan Cina sudah kurang. Dan lebih kurang lagi kawasan yang dulunya mempunyai orang India yang banyak.

Lambat laun, kawasan di Sungai Siput, Perak juga tidak akan menampakkan pengundi India yang terbanyak.

Yang buat Melayu berpecah ialah PAS, walhal Umno berusaha untuk menyatukan Melayu di Malaysia, tetapi PAS enggan bekerjasama. Mereka dirusuk oleh fahaman sempit dan tertinggal Nik Aziz dan Hadi Awang.

Entah dari mana mereka telah belajar ugama sehinggakan mereka lebih pentingkan diri sendiri dan PAS dari Islam dan Melayu.

Penyatuan Melayu di Malaysia akan menyebabkan DAP dan PKR akan hancur. Bukan itu sahaja, MCA, MIC dan Gerakan juga akan hancur, khususnya DAP dan Gerakan yang mengaku parti berbilang kaum, tetapi kenyataannya ialah DAP sudah menjadi parti Cina dengan segelintir Melayu yang ada dulu tinggalkannya.

Ia tidak boleh dianggap parti berbilang kaum.

Cara untuk melihatnya ialah apabila pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang pilih untuk bercakap dalam bahasa Mandarin dan bukan Melayu iaitu bahasa penyatuan semua bangsa.

Bila dia bercakap dalam bahasa Mandarin dia akan mengguna kata-kata kesat dan kurang manis, sebab dia tahu orang bukan Cina tidak faham apa yang mereka katakan.

MIC memangnya parti untuk kaum India. Dulu ada India-Muslim, tetapi mereka telah tinggalkan parti sehinggakan MIC jadi parti untuk orang India.

Dan Gerakan yang juga mengaku parti berbilang kaum kini sudah kehilangan ramai penyokong dikalangan Melayu. Yang membuatnya masih kelihatan seperti parti berbilang kaum ialah apabila masih terdapat segelintir orang India di dalamnya.

Akhirnya Gerakan boleh dianggap sebagai parti dwi-kaum iaitu Cina dan India.

Tapi PAS tidak mahu bergabung dengan Umno sebab pemimpin PAS khususnya Nik Aziz tidak senang dengan pemimpin Umno dan Parti Umno yang telah mencipta sejarah sebagai parti yang capai kemerdekaan untuk negara.

Ia adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal dan dibuang.

Dan Nik Aziz sanggup berusaha untuk hancurkan Umno oleh sebab dia berang tidak boleh tukar fakta sejarah, dan kenyataan bahawa Umnolah parti yang telah menaikkan syiar Islam di dalam negara.

Sedangkan PAS hanya mahu cuba tonjolkan imej mereka sebagai pejuang Islam, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian sebab usaha ini telah dilakukan oleh Umno lama dulu.

Akhirnya PAS cuma boleh jadi sebuah parti yang mahu pecah-belahkan bangsa Melayu dengan tidak berani marah Melayu; jadi PAS dan Nik Aziz hanya dapat marahkan Umno dan pemimpin Umno.

PAS kalah Kedah dalam PRU-13; ini amat memalukan sebab dulu mereka kalah Terengganu dan terus kalah negeri ini.

Akhirnya PAS terperap dengan Nik Aziz di Kelantan dan rasa bangga negeri Melayu majority penuh ini menjadi negeri paling mundur di Malaysia sehinggakan ramai rakyat Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk pergi ke Kuala Lumpur bekerja dengan membuka gerai.

Ini sahaja yang mereka boleh lakukan sebab kebanyakan mereka tidak ada pendidikan tinggi dan kepakaran selain dari tahu masak.

Ternyata rakyat Kelantan yang meniaga di Kuala Lumpur tidak berterima kasih kepada Kuala Lumpur, kepada Barisan dan terus sanjung PAS dan Nik Aziz walaupun Kelantan telah ‘halau’ mereka keluar dari negeri ini.

  

Ahad, 12 Mei 2013

APA SEBENARNYA SUMBANGAN PAS, DAP DAN PKR KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA? …DAN APA HEBATNYA NIK AZIZ, HADI AWANG DAN YANG LAIN DALAM PAS, DAP DAN PKR?


Oleh Mansor Puteh



Beberapa diantara pemimpin PAS, DAP dan PKR dan pengasas mereka yang boleh dianggap sebagai wira negara, dan yang telah mendapat pengikirafan di negara lain dan diperingkat dunia sehingga kini?

Bolehkah Nik Aziz dan Hadi Awang bercakap pasal ugama Islam dimana-mana negara Islam lain?

Berapa banyak fatwa yang mereka telah keluarkan untuk kecam Yahudi dan tabiat dan tindakan orang Arab yang tidak habis-habis bercakaran dan berperang sesama sendiri?

Kenapa mereka takut beri pandangan terhadap mereka, kalaulah ya, menjadi tanggungjawab seseorang Islam, lebih-lebih ulamak untuk tegur-menegur sesama sendiri demi kebaikan ugama Islam?

Mereka tidak pernah dijemput untuk beri kuliah tentang ugama di luar negeri termasuk di universiti dimana mereka telah belajar dulu.

Kalau mereka hebat dan baik untuk Malaysia, sudah pasti, mereka telah lama diberi pengiktirafan oleh negara Arab dan Islam lain.

Saya percaya ramai Melayu rasa pelik. Apa sebenarnya sumbangan PAS, DAP dan PKR kepada pembangunan negara?

Yang lebih pelik sekali ialah ketiga-tiga parti ini boleh duduk semeja walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Dan yang lebih pelik sekali ialah fahaman mereka bertentangan dengan DAP tidak benarkan PAS laksanakan hukum Hudud ala PAS.

Berapa ramai tokoh dari DAP misalnya yang telah diangkat menjadi wira kebangsaan, terdiri dari mereka yang telah memperjuangkan negara mencapai kemerdekaan? Tidak ada.

Siapa dalam PAS yang boleh diangkat sebagai wira negara? Tidak ada.

Dan siapa dalam PKR yang boleh juga diangkat sebagai wira negara? Tidak ada juga.

Jadi apa pentingnya PAS, DAP dan PKR dalam pembangunan negara sekarang? Juga tidak ada.

Jadi kenapa PAS, DAP dan PKR dalam pakatan tidak bersemangat mereka yang dikenali dengan gelaran Pakatan Rakyat dianggap penting dalam negara sekarang? Entah?

Mereka cuma parti politik yang bersekongkolan sahaja tanpa mempunyai persefahaman yang dipersetujui bersama.

Jadi mereka tidak mahu digelar secara rasmi dan bertanding atas nama Pakatan Rakyat, sebab mereka tahu fahaman mereka bercanggah sesama sendiri.

Mereka hanya parti pengkritik Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Mereka tubuh parti politik dan tidak NGO atau persatuan olehsebab parti politik ada ‘kekebalan’ atau ‘immunity’ yang mereka boleh guna untuk membuat kegiatan yang bertentangan dengan prinsip negara.

Kalau PAS hanya sebuah pertubuhan atau madrassah, siapalah yang mahu hantar anak mereka belajar ugama di situ?

Dan kalau pemimpin mereka keluarkan fatwa atau pendapat tentang ugama yang bercanggah dengan nilai ugama, sudah pasti mereka boleh ditahan dan dipenjara, dengan kedudukan mereka tidak berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain termasuk Kerajaan Langit yang diketuai oleh Ayah Pin, atau Al-Arqam diketuai oleh pengasas mereka iaitu Asahari Muhammad.

Sebagai parti politik, PAS dan pemimpin mereka terlepas dari kecaman dan tindakan undang-undang.

Dan kegiatan politik boleh mendatangkan faedah kalau pemimpin mereka menang dalam pilihanraya dengan mendapat kedudukan penting dalam parlimen atau dewan undangan negeri atau DUN.

Kebanyakan pemimpin PAS dan juga DAP dan PKR adalah ahli politik profesional; mereka tidak ada kerja lain. 

Sehingga kini PAS, DAP dan PKR tidak boleh menonjolkan mana-mana ahli atau pemimpin mereka yang telah dan boleh mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa dalam apa bidangpun.

Yang mereka boleh lakukan ialah untuk menjudi penceramah politik dan bercakap kepada media asing. Itu saja.

Tidak ramai diantara mereka boleh jadi seperti Al Gore, yang gagal menang dalam pilihanraya presiden di Amerika yang menjadi pensyarah di sebuah universiti di Bandaraya New York, dan mencapai kejayaan dalam bidang lain sehinggakan berjaya menang anugerah Oscar dengan menerbit sebuah dokumentari.  

Malah tidak seorang pemimpin PAS, DAP dan PKR yang telah berjaya menerbit antologi atau himpunan ucapan mereka dalam parlimen dan jadikan buku untuk juga diterjemah ke bahasa Inggeris dan menarik perhatian pembaca tempatan dan antarabangsa.

DAP dan PAS adalah parti pembangkang atau pengkritik diantara yang tua di Malaysia. Siapa sahaja pemimpin ulung mereka yang boleh dianggap sebagai wira bangsa?

Malah tidak seorangpun pemimpin PAS dan DAP yang telah diintiraf oleh negeri-negeri yang mereka kuasai sehingga sekarang dengan muzium dan nama mereka diberi kepada jalan-jalan penting.


Khamis, 9 Mei 2013

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI DI GELANG PATAH, JOHOR:


SYABAS KERANA TELAH LANTIK LIM KIT SIANG DAN DAP SEBAGAI WAKIL MEREKA. HARAP MEREKA BOLEH TERUS MAJUKAN KAWASAN INI TANPA BERGANTUNG KEPADA BARISAN NASIONAL.
Oleh Mansor Puteh



Pengundi di Gelang Patah telah buat keputusan untuk beri sokongan mereka kepada Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Rakyat atau DAP dalam Pilihanraya Umum ke-tiga-belas atau PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

Ini hak mereka. Dan mereka telah buat keputusan dalam PRU lalu yang mereka mahukan Lim Kit Siang dan DAP sebagai wakil dan pemimpin mereka.

Sebagai seorang yang dilahir dan dibesarkan luar dari kawasan ini ramai percaya beliau boleh melihat Gelang Patah dari kacamata baru untuk tahu apa yang baik untuk penduduk di dalamnya.

Beliau telah tunjukkan kepimpinan beliau yang hebat di beberapa kawasa lain dimana penduduk dan pengundi di sana telah pilih beliau, dan beliau tidak menghampakan mereka olehsebab semua kawasan dimana beliau menang, telah maju semaju-majunya.

Dan kebolehan beliau begitu teramat sehinggakan beliau tidak perlu bermastautin atau menetap dalam kawasan tersebut dan boleh mentadbir dan menjaga kepentingan penduduk di dalamnya dengan begitu cekap dan sempurna.

Penduduk di Ipoh Utara, Perak sudah pasti boleh beri kepastian tentangnya, sebab di sinilah dimana Kit Siang menguasai kawasan ini dulu.

Sekarang adalah giliran penduduk di Gelang Patah untuk mendapat peluang yang beliau telah dapat untuk membuktikan tentang ketokohannya dalam mentadbir sebuah kawasan parlimen di sebuah negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Manalah tau dalam masa yang terdekat peningkatan pendapatan purata semua penduduk di kawasan Gelang Patah boleh melonjak dan adanya banyak perusahaan bertaraf antarabangsa yang boleh beri peluang pekerjaan untuk setiap anak muda dalam kawasan ini supaya mereka tidak terdesak untuk pergi ke Singapura atau Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan di sana.

Contoh yang paling baik ialah Kelantan yang mana telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana telah memajukan negeri ini sehinggakan ramai anak negeri mampu dan mempunyai kelayakan untuk tinggalkan negeri ini untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Dan di Pulau Pinang yang mana telah dikuasai oleh DAP sejak lima tahun lalu telah juga menampakkan kemajuan bilamana ramai anak negeri khusus yang berbangsa Melayu mampu untuk tinggalkan negeri Pulau Pinang untuk bekerja di Kuala Lumpur dan juga di Singapura.

Jadi, beban Barisan Nasional kepada mereka telah habis dan mereka kini boleh mengharapkan Kit Siang dan DAP untuk memajukan kawasan ini mengikut sesuka hati mereka.

Dan adalah diharapkan penduduk di kawasan ini akan terus dapatkan Kit Siang dan DAP untuk selesaikan segala masalah yang mereka akan alami dalam masa lima tahun sehingga PRU-14.

Sama juga seperti di kawasan-kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana telah jatuh kepada parti DAP, PAS dan juga PKR.

Ternyata pengundi di kawasan-kawasan ini telah membuat keputusan yang amat bijak untuk pilih mereka, yang mereka rasa boleh beri sumbangan yang teramat besar kepada mereka dan pembangunan dalam kawasan-kawasan ini, supaya ia boleh menjadi contoh yang baik kepada kawasan-kawasan dan juga negeri dimana Barisan Nasional berkuasa.

Adalah diharapkan juga bahawa pemimpin Barisan tidak akan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan dan biarkan mereka laksanakan segala janji-janji dalam manifesto yang mereka telah beri kepada pengundi berkenaan.

Sebab tidak ada guna untuk Barisan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan dalam kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sebab pengundi di negeri-negeri ini telah buat keputusan untuk bergantung dari parti dan pemimpin mereka.

Adalah diharapkan Barisan juga tidak akan pedulikan Pulau Pinang dan biarkan negeri ini maju ikut sesuka hati penduduk dan pemimpinnya tanpa memohon sebarang dana dari mana-mana pihak, sebab kerajaan pusat harus tumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang dikuasainya sahaja.

Kalau tidak, tidak guna diadakan pilihanraya umum untuk melantik pemimpin diperingkat kebangsaan dan negeri, kalau pihak yang menang itu khususnya di peringkat negeri tidak berbuat apa-apa dan mengharapkan dana dari kerajaan pusat yang mempunyai beban untuk mentadbir negeri-negeri yang mahu kepimpinan mereka.

Ramai orang percaya Kit Siang baik untuk Gelang Patah seperti yang dimahukan oleh pengundi di sana, dan rasa yakin beliau boleh memajukan kawasan ini ikut perancangan yang telah beliau susun, yang mana boleh memberi banyak faedah kepada penduduknya supaya Gelang Patah boleh jadi contoh yang baik untuk seluruh Negeri Johor dan juga Negara.

Isnin, 6 Mei 2013

DOA NIK AZIZ TAK AKAN DIMAKBULKAN.


…ANGAN-ANGAN PAS NAK TUBUH NEGARA ISLAM ALA PAS TIDAK AKAN DIMAKBULKAN TANPA MENDAPAT SOKONGAN DARI PARTI YANG ANTI-SISTEM ISLAM.
Oleh Mansor Puteh




Umno dan Barisan Nasional mendapat kemenangan mudah atau ‘simple majority’ setelah memperolehih 112 kerusi pada 1.50 pagi semalam apabila Suruhan Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkannya, walaupun pengerusinya tidak beritau bahawa Barisan telah menang dengan mudah, seperti pegawai SPR lain yang telah mengumumkan kemenangan mudah untuk negeri-negeri sebelum ini.

Pilihanraya Umum ke-tiga-belas (PRU-13) baru berlalu. Umno dan Barisan Nasional masih kukuh walaupun jumlah kerusi parlimen yang mereka milikki kurang tujuh, tetapi mereka berjaya rampas Kedah dengan majority yang mengkagumkan.

Yang peliknya ialah apabila portal internet telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah menang PRU-13 awal-awal lagi.

PAS hanya berjaya mendapat dua-puluh-satu kerusi parlimen dan kekalkan Kelantan. Itu sahaja.

Yang PAS boleh bangga ialah parti ini telah berjaya menarik pengundi Melayu untuk sokong DAP dan PKR.

Namun demikian PAS kecundang sebab ada beberapa tokoh mereka telah kalah.

Jadi nampaknya doa Nik Aziz dan adiknya tidak akan dimakbulkan apabila mereka doakan agar Umno hancur. Yang mereka boleh hancurkan ialah perpaduan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Nampaknya dari penghayatan umum, pengundi Cina masih tetap sokong DAP.

Andaian mereka ialah lebih mereka sokong DAP atau parti pembangkang lain, mereka akan terus dapat ganjaran dari Umno dan Barisan yang akan terus beri segala kemudahan dan pembangunan di kawasan dimana mereka mempunyai majoriti.

Ini sebenarnya satu tindakan yang salah yang dilakukan oleh Barisan, yang seharusnya tidak pedulikan kawasan-kawasan ini termasuk negeri-negeri dimana DAP dan juga PKR dan PAS menang, supaya pengundi dinegeri ini akan rasa beban mereka sokong pembangkang yang tidak mungkin boleh bantu mereka.

Dan nampaknya juga pengundi yang sokong PAS, PKR dan DAP tidak pedulikan apabila kerajaan negeri Selangor dan Kelantan serta Pulau Pinang tidak beri kemudahan asas seperti pembekalan air dan sebagainya, sebab mereka tahu, kerajaan pusat Barisan akan bekalkannya, akhirnya nanti.

Pengundi Cina khususnya tahu walaupun Barisan kalah, Barisan akan tetap beri mereka segala kemudahan asas seperti itu.

Untuk Umno dan Barisan pula apa yang mereka dapat pelajari dari pengelaman PRU-13? Banyak.

Mereka tidak boleh harapkan pemimpin lama mereka yang telah lama terlibat dalam kepimpinan parti, sebab mereka tidak berjaya tarik pengundi oleh sebab nama dan imej mereka telah lama buruk.

Tetapi mereka enggan terima hakikat bahawa mereka itu tidak penting; yang penting hanyalah parti.

Itulah sebabnya terdapat beberapa pemimpin veteran Umno khususnya yang bertanding atas tiket bebas, telah kalah termasuk Kamilia yang bertanding atas tiket bebas tetapi tidak mendapat jumlah undi yang banyak sehinggakan dia hilang deposit.

Sekarang Kamilia tahu dia siapa dalam Umno dan Barisan. Tanpa Umno, dia tidak wujud.

Yang telah ‘memberi sokongan padu’ kepada PAS, DAP dan PKR ialah akhbar Melayu dan Inggeris khususnya yang telah memberi publisiti meluas untuk pemimpin mereka khususnya yang mempunyai masalah seperti yang dituduh oleh ramai.

Publisiti negatif sebenarnya ‘baik’ untuk pembangkang yang hidup bila mereka mendapat publisiti seperti itu.

Dan publisiti positif yang sering diberi kepada Pertubuhan Pribumi Malaysia atau Perkasa tidak semestinya boleh memberi faedah, seperti yang telah berlaku kepada Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang kalah di kawasan parlimen Kota Bharu dan Shahalam.

Yang amat menyedihkan samasekali ialah tentang kekalahan Raja Nong Chik kepada Nurul Izzah Anwar di kawasan parlimen Lembah Pantai. Ini amat mengejutkan olehsebab peranan Nurul Izzah tidak lain sebagai calon pembangkang dan bukan olehsebab dia telah berbuat sesuatu untuk pengundi di kawasan ini.

Raja Nong Chik orang yang telah berbakti kepada penduduk di Lembah Pantai tetapi dia tetap tidak disenangi oleh mereka. Ini yang pelik sekali, sedangkan ramai penduduk di sini terdiri dari mereka yang boleh dianggap sebagai berpendidikan seperti di Shahalam yang telah tolak Barisan dan terima Khalid Samad sekali lagi.

Anwar juga menang di Permatang Pauh walaupun segala usaha telah dilakukan oleh Umno dan Barisan dan juga kumpulan lain di kawasan ini, tetapi dia tetap dapat tambat hati pengundi di sana yang rata-rata terdiri dari pengundi Melayu.

Adakah mereka mahu ‘perangkap’ Anwar supaya tidak pergi ke luar negara seperti yang dia telah nyatakan yang dia akan lakukan sekiranya partinya kalah dalam PRU-13, supaya dia boleh berhadapan dengan tuduhan yang telah dilempar ke arahnya, yang belum berkesudahan, samada di dalam mahkamah atau di luar?

Dan sekarang Pakatan telah gagal tubuh kerajaan pusat, dan apakah Anwar akan terima pelawaan untuk mengajar di universiti di luar negara seperti yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar Melayu?

Disebalik calon bebas, semua parti kecil seperti KITA, Parti Cintakan Malaysia (PCM) dan Berjasa kalah teruk. Malah calon bebas di Sabah dan Sarawak juga kalah teruk.

Namun demikian perdana menteri Najib Tun Razak dan timbalannya telah mendapat jumlah undi bertambah di kawasan masing-masing.

Ternyata MCA kalah teruk. Pengundi Cina telah berpaling tadah dan sokong DAP yang mereka fikir lebih kuat sokong mereka. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah pengundi China tahu bahawa DAP akan lebih lantang menyuarakan hasrat mereka dari luar Barisan yang mereka boleh lihat dan dengar.

Sedangkan kalau mereka sokong MCA, Cina di Malaysia akan kelihatan seperti telah ‘dibeli’ oleh Umno dan Melayu.

Akhirnya, bolehkah Pakatan rasa bangga dengan kejayaan mereka dalam PRU-13? Apa sebenarnya kejayaan mereka yang mereka boleh rasa bangga?

Dan tidakkah Umno dan Barisan boleh meraikan ‘kejayaan’ mereka yang tidak seberapa tetapi masih signifikan?

Jumaat, 3 Mei 2013

DAP, PAS DAN PKR: PARTI PEMBANGKANG, ATAU HANYA PARTI PENGKRITIK?


Oleh Mansor Puteh



Dua hari lagi Malaysia mengundi dalam pilihanraya ke-tiga-belas atau PRU-13 pada hari Minggu, 5 Mei ini. Tiga-belas juta enam ratus ribu pengundi akan mengundi, dengan dua juta empat ratus ribu terdiri dari mereka yang pertama kali mengundi.

Dan pada malam hari, Malaysia akan mula tahu siapa menang dan siapa kalah, dengan keputusan akhir diketahui lewat malam, iaitu sekiranya persaingan sengit; kalau tidak, keputusan muktamad boleh diketahui awal lagi, iaitu apabila mana-mana parti menang mudah dengan memperolehi 112 kerusi parliamen.

Tetapi ramai rakyat dan pengundi Malaysia tidak sedar bahawa tiga parti dalam kumpulan tidak berdedikasi yang dikenali dengan nama sementara dan yang tidak berdaftar iaitu Pakatan Rakyat sebenarnya bukan parti pembangkang atau kumpulan pembangkang.

Malaysia sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai parti pembangkang.

Kalau adapun, semasa Malaysia mula mengundi pertama kali iaitu dalam tahun 1955 apabila rakyat Tanah Melayu mula mendapat peluang mengundi; ketika itu mungkin ada pembangkan dan Umno juga merupakan parti pembangkan termasuk parti-parti lain yang turut bertanding seperti Parti Cina-Malaysia atau Malayan-Chinese Association (MCA) dan Kongres India-Malaysia atau Malayan-Indian Congress (MIC).

Dan Umnolah parti yang telah berjaya mencapaikan kemerdekaan untuk Tanah Melayu ketika itu dengan mendapat sokongan dari MCA dan MIC; itupun oleh sebab penjajah Inggeris mahu lihat parti yang mewakilli ketiga kaum terbesar di Tanah Melayu bergabung untuk mencapai kemerdekaan.

Parti lain yang ada di Tanah Melayu dan Malaysia seperti PAS dan DAP hanya merupakan parti pengkritik Umno, MCA dan MIC sahaja.

Mereka tidak mungkin boleh tubuhkan kerajaan sebab mereka tidak pernah mendapat kerusi yang banyak dalam parlimen, walaupun dalam pilihanraya tahun 1969 apabila mereka mendapat jumlah kerusi yang banyak.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak bijak dengan membawa parti-parti lain khususnya di Timur Malaysia untuk sama bergabung di bawah Barisan Nasional yang akhirnya telah berjaya memperkukuhkan Umno dan parti dalam gabungan ini.

Dengan adanya Barisan, DAP dan PAS akhirnya menjadi parti pengkritik sebab mereka masih tidak berjaya bersatu, dengan setiap parti menurunkan calon masing-masing.

Akhirnya DAP dan PAS dapat bersatu dengan tercetusnya pergerakan Reformasi apabila Parti KeAdilan Rakyat atau PKR yang ditubuhkan oleh ramai pemimpin dan tokoh Umno dan Barisan serta perseorangan lain dibawah nama sambilan yang dikenali dengan nama Barisan Alternatif yang kemudian menjadi Pakatan Rakyat.

Tetapi Pakatan Rakyat masih tidak mahu dijadikan satu pakatan atau gabungan seperti Barisan sebab ketiga-tiga parti dalamnya mempunyai niat tersendiri yang sering bercanggah; mereka hanya mahu setuju untuk turunkan calon dalam mana-mana kawasan supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri yang akhirnya akan pecahkan peluang mereka untuk menang.

Dalam pilihanraya ketiga-belas pada 5 Mei ini, terdapat beberapa kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) dimana ternampak pertempuran diantara parti dalam Pakatan.

Namun demikian, Pakatan Rakyat masih tidak dapat dikatakan sebagai sebuah gabungan pembangkang sebab ketiga-tiga parti dalamnya, sebenarnya bukan parti pembangkang seperti yang diketahui ramai.

DAP, PAS dan PKR tidak lain parti pengkritik.

Sebab ini sahaja kerja pemimpin mereka yang cuma tahu mengkritik kerajaan.

Walaupun mereka telah diberi peluang oleh pengundi dalam pilihanraya 8 Mac, 2008 dulu, bilamana mereka berjaya mendapat banyak kerusi parlimen dan DUN, sehinggakan berjaya menawan empat negeri termasuk Kelantan yang telah lama dikuasai oleh PAS, tetapi mereka masih gagal untuk mentadbir negeri-negeri ini sebagai kerajaan.

Mereka rugi apabila Perak bertukar kuasa ke Barisan.

Yang sedihnya ialah pemimpin DAP yang menguasai Pulau Pinang;, PAS yang menguasai Kelantan dan Kedah dan PKR yang menguasai Selangor tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk mentadbir negeri-negeri ini.

Kelantan seperti ramai tahu telah lama berada didalam keadaan mundur dalam segala aspek, sehinggakan ramai anak Kelantan terpaksa keluar dari negeri ini untuk bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengundi yang telah beri mereka peluang untuk buktikan kesungguhan mereka menjadi kerajaan di negeri-negeri ini rasa keciwa dan hampa sehinggakan ramai dikalangan mereka berpaling tadah dan tukar sokongan kepada Barisan.

Mereka mahu tunjuk kepada Barisan dalam tahun 2008 dulu dengan menolak pemimpin lama Barisan dan beri sokongan kepada Pakatan.

Tetapi tidak lama kemudian, mereka rasa keciwa dan mengkritik DAP, PAS dan PKR dengan nada kejam.

Jadi tidak hairan kalau DAP, PAS dan PKR akan kalah teruk dalam pilihanraya 2013 ini sebab mereka telah buktikan kepada pengundi yang mereka tidak cekap mentadbir negeri dan hanya pandai mengkritik.

DAP, PAS dan PKR juga telah gagal memupuk perhubungan diantara rakyat di negeri-negeri yang mereka tawan; mereka gagal memenuhi semua janji-janji yang mereka telah buat dalam manifesto mereka dalam tahun 2008.

Yang anihnya, mereka telah juga gagal untuk mengadakan satu pakatan negeri-negeri pembangkang dengan mengadakan kegiatan kesenian, kebudayaan dan sokan khusus untuk rakyat di negeri-negeri ini sahaja, supaya perhubungan diantara mereka dapat diperkukuhkan.

Akhirnya setiap negeri bertindak ikut sesuka hati tanpa memperdulikan negeri lain.