Khamis, 7 Julai 2011

HUKUM SUKAN MENGATASI HUKUM UGAMA ISLAM?.

…KENAPA RAMAI EMAK-BAPA MEREKA BANGGA ANAK MEREKA DAPAT PINGAT DALAM BIDANG SOKAN WALAUPUN MEREKA TERPAKSA BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL DI KHALAYAK RAMAI.
Oleh Mansor Puteh


Mana ulamaknya dalam hal seperti ini?

Sekurang-kurangnya di negara Arab lain dan di Iran wanita atau gadis berugama Islam tidak dibenar terlibat dalam bidang sokan yang memaksa mereka menolak nilai ugama mereka; nilai dan hukum sokan dianggap rendah berbanding dengan nilai dan hukum ugama.

Tetapi ada beberapa negara Arab dan juga di Malaysia, amalan ini tidak dilakukan dan gadis-gadis dan wanita berugama Islam bukan sahaja tidak dihalang dari menyertai bidang sokan seperti itu, malah, mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalamnya, walaupun ia bererti bahawa mereka menolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri.

Mana fatwa yang menghalang gadis dan wanita berugama Islam dilarang terbabit dalam bidang sokan yang menghina Islam? Tidak ada.

Kalau ada fatwa yang melarang umat Islam menghisap rokok, tetapi ia tidak dilaksanakan.

Oleh sebab itu, ramai orang Melayu menghisap rokok dan ada seterusnya terlibat dengan pengisapan dan pengunaan dadah sehinggakan ke bidang pengedarannya.

Ramai yang telah ditangkap dan dihukum sehingga dihukum gantung, tetapi ramai lain yang masih belum mempelajari dari kesilapan orang.

Ia bukan isiu ugama sebenarnya, tetapi isiu ekonomi; sebab kebanyakn merek yang terlibat dengan pengunaan dan pengedaran dadah adalah mereka yang tersepit oleh sebab mereka tidak berpendidikan dan mereka mahu cari pendapatan yang mudah dan lumayan walaupun risikonya tinggi.

Ini yang amat pelik. Dan ia adalah yang amat memalukan. Dan betapa jahilnya ulamak yang ada, yang menutup mata melihat gadis berugama Islam berpakai separuh bogel terlibat dalam bidang sokan.

Dan yang lebih pelik lagi ialah apabila akhbar dan televisyen menyiarkan acara ini dengan memaparkan gambar-gambar gadis dan wanita berugama Islam dalam pakaian separuh bogel.

Dan media juga menemuramah emak-bapa gadis kecil itu yang tidak rasa segan-silu yang anaknya berpakaian separuh bogel, sedangkan si emak bertudung.

Apalah sangat dengan pingat dalam bidang sokan untuk umat Islam sehinggakan mereka terpaksa tolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri?

Mana penceramah ugama di television yang asyik berbincang tentang perkara yang biasa, dan tidak pernah sentuh tentang bidang sokan dan bagaimana banyak gadis Islam menolak nilai ugama semata-mata mahu mendapat sanjungan menang pingat dalam bidang sokan seperti sokan lebih penting daripada ugam?

Mana mereka semua?

Tidakkah ada fatwa yang telah dikeluarkan mengharamkan gadis Islam terlibat dengan sokan yang memaksa mereka berpakai tidak sopan dan kelihatan berbogel?

Ada hukum yang menghalang gadis Islam ambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.

Tujuannya ialah untuk menjaga martabat mereka dan Islam.

Tetapi kenapa tidak ada hukum seperti ini yang menghalang gadis Islam terlibat dalam bidang sokan pula?

Tidak ada sebarang hukum yang telah dikeluarkan oleh mana-mana ustaz dan jabatan ugama tentang perkara ini, jadi tidak salah kalau ada ibubapa Melayu yang membenar dan menggalakkan anak gadis mereka terlibat dalam bidang sokan walaupun mereka terpaksa berpakaian separuh bogel.

Yang menyedihkan lagi ialah emak-bapa ahli sokan gadis ini bertudung dan berketayap sementara anak gadis mereka muncul dikhalayak ramai berpakaian tidak sopan.

Yang mahu mereka kejar ialah pingat dalam bidang sokan dan bukan pahala.

Isnin, 4 Julai 2011

DI BAWAH BAYANG-BAYANG BURJ KHALIFA DI DUBAI…MENARA PALING TINGGI DI DUNIA.

Oleh Mansor Puteh



Terlihat sebuah tasik yang luas dengan air berwarna biru, dan disebelah kanan adalah sederet kedai dan restoran dimana ramai orang sedang menjamu selera. Dan di bahagian dataran diantaranya ratusan pelawat dari luar dan dalam negara asyik mengambil gambar dari beberapa sudut.

Ia bukan di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, tetapi di Burj Khalifa, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu atau UAE. Nama asalnya ialah Burj Dubai. (Burj dalam Bahasa Melayu bererti Menara.)

Persamaannya diantara kedua buah menara ini amat ketara kecuali Menara Petronas berkembar, semengara Burj Khalifa berdiri sendiri, dan memacut ke udara setinggi 828 meter (atau 2,716.5 kaki atau hampir satu-setengah batu tinggi ke langit), mencocok ke langit. Ia mempunyai 166 tingkat.

Ketinggian menara ini sengaja tidak diumumkan kepada orang awam dan dunia sehingga ia dilancarkan.

Inilah menara paling tinggi di dunia sekarang. Ia menelan perbelanjaan sebanyak US$1.5 bilion.

Tetapi Menara Petronas masih mempunyai keajaiban dan keunikannya yang tersendiri bahawa ia adalah menara berkembar paling tinggi di dunia mengatasi bangunan Taipei 101n di Taiwan setinggi 508 meter atau 1,667 kaki – atau sebatu tinggi.

Dan tidak mungkin rekod ini boleh dipecah buat sementara waktu sementara sebuah bangunan yang lebih tinggi yang sedang dibina sekarang siap kelak yang mempunyai 200 tingkat.

Usaha mengorek kawasan tanah bermula dalam bulan Januari, 2004 dan bangunan atau menara Burj Khalifa mula dibina pada 21 September, 2004 dan siap enam tahun kemudian dalam tahun 2010 dengan pelancaran rasmi dibuat pada 4 Januari, 2010; ia sekaligus mencipta beberapa rekod dunia dari segi pembinaan dan pelancongan.

Acara pelancaran menara ini dilakukan dengan penuh gilang-gemilang yang disiarkan seluruh dunia. Ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian Bangsa Arab dan Islam yang boleh menunjukkan kepada seluruh dunia dan barat, bagaimana Dunia Islam kini boleh berasa bangga dengan kejayaan mereka, dan dalam bentuk konkrit yang boleh dilihat dari jauh dan kesannya boleh dirasa dalam segi perasaan dan keasyikkan fikiran.

Pada 28 Februari, 2008, pendaki bangunan Alain Robert atau lebih dikenali sebagai ‘Spiderman’ telah berjaya mendaki bangunan ini dari luar dengan mengambil enam jam.

Beliau telah kemudian mencuri masuk ke kawasan Menara Berkembar Petronas dan mendakinya dari luar sehingga berjaya berdiri di atas bola puncak sebuah dari dua menara walaupun bertekad mahu melanggar undang-undang di Malaysia, dan dihukum di mahkamah dan didenda RM2,000 dengan membuat janji tidak melakukan kegiatan seperti ini lagi.

Di Dubai, Alain diberi kebenaran untuk mendaki bangunan ini dengan syarat dia menggua tali keselematan.

Lebih-lebih lagi, pembinaan menara ini membabitkan banyak pakar barat yang kini dapat dilihat seperti ‘hamba’ kepada orang Arab dan Islam amnya, dan mereka boleh diberi upah untuk memajukan Dunia Arab dan Islam.

Jadi, orang Arab dan Islam tidak perlu merasa rendah diri. Dunia sudah berubah.

Dan dari jauh lagi kita sudah boleh melihatnya sebab ia terletak di tengah-tengah kawasan yang dulunya padang pasir yang kini telah dibangunkan dengan sebuah bandaraya yang begitu moden. Ia adalah juga bersih dan teratur dengan kemudahan sistem monorel dipanggil Metro yang melunsur di tengah-tengah bandaraya ini dengan bergerak dengan begitu laju.

Sebenarnya apa yang pelawat ke Burj Khalifa dapat melihat ialah persamaannya dengan reka bentuk dan susunan di Menara Berkembar Petronas; ia begitu mirip sekali, khususnya di kawasan luar dengan tasiknya terdapat taman yang dinama Taman Burj Khalifa atau Burj Khalifa Park, yang menjadi tumpuan ramai orang.

Cuma di Burj Khalifa kawasan tasik ini begitu luas sehingga 30 ekar dan di dalamnya ada sebuah pancutan air yang berharga US$217 juta. Ia boleh membuat persembahan air dengan diiringi oleh muzik Arab dan barat ikut jadual.

Saya tidak bernasib baik sebab tidak sempat melihat persembahan yang baru sahaja selesai bila saya tiba di sana pada 1 April lalu. Dan saya juga tidak kesempatan untuk menaikki ke dalam bangunan ini sebab semua tiket telah habis dijual. Yang ada untuk lawatan pada hari keesokannya yang saya tidak dapat membeli.

Sebenarnya lawatan ke dalam bangunan ini hanya boleh membawanya ke ruang atau dek tinjau di tingat 124 sahaja dan tidak dipuncak seperti di Menara Berkembar Dagagan Dunia atau World Trade Center yang telah dimusnahkan pada 11 September, 2001 dulu.

Jadi, saya dan rakan saya, Azhar menghabiskan masa bersiar-siar di kawasan luar dan dalam bangunan ini yang merupakan sebuah pasaraya atau ‘Mall’ yang mirip KLCC Suria dengan begitu banyak kedai membeli-belah dan orang asing.

Orang tempatan jarang kelihatan di tempat ini sebab ia adalah kawasan pelancongan. Malah orang Arab tempatan juga kurang kelihatan di seluruh Bandaraya Dubai yang rata-rata dipenuhi oleh pelawat luar negara atau pekerja asing yang membanjirinya sejak bandaraya ini mula pesat membangun.

Malah dalam keretap monorel Metro, hampir kesemua penumpang adalah orang asing.

Saya tinggal bersama Azhar dan rakan-rakan mereka di sebuah apartmen di tingkat 45 di Crystal Tower, yang terletak tidak jauh dari Burj Khalifa. Dan pada lewat malam dan awal pagi saya dapat melihat pemandangan menara ini yang disinar oleh cahaya dari bulan dan matahari awal pagi dengan ia diselindungi pula oleh awan terletak di sebelah kiri Crystal Tower.

Dan dari sudut tinggi tidak kelihatan orang bersiar-siar di bawah; cuma yang kelihatan adalah kenderaan yang melunsur jalan lebar di seluruh bandar.

Di sebelah kiri kelihatan sebuah masjid di tengah-tengah kawasan pusat membeli-belah dan perumahan mewah.

Siapa sangka dalam masa hanya empat dekad Bandaraya Dubai boleh berubah dengan begitu mendadak dan cepat sekali sehingga ia boleh bertukar dari sebuah padang pasir sehingga menjadi sebuah bandaraya diantara yang terkenal di seluruh dunia.

Tempatnya yang begitu strategik diantara Tenggara Asia dan Eropah menjadikannya ia tempat paling sesuai untuk pesawat dalam penerbangan jauh berhenti mendarat secara transit sebelum meneruskan perjalanannya.

Dan di sinilah pesawat yang saya naikki telah membuat pendaratan transit satu jam lebih dua-puluh kali sebelum ini, tetapi inilah kali pertama saya sempat pergi ke luar dari lapangan terbang Dubai untuk melihat di kota dan tinggal di situ selama dua hari.

Namun, lapangan terbang ini telah mengalami perubahan yang begitu drastik dengan pembinaan beberapa terminal baru dengan terminal lama dikenali dengan panggilan Terminal 1 masih diguna untuk penerbangan di daerah ini.

Yang anihnya, dari luar, bangunan Terminal 1 juga mirip reka bentuk bangunan Lapangan Terbang Subang.

Jumaat, 1 Julai 2011

PEMIMPIN MELAYU DAN ISLAM YANG BODOH, MENYUSAHKAN BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM SEMENTARA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA HIDUP MEWAH.

… KEGAGALANNYA BERERTI PEMIMPIN MELAYU DAN ISLAM BODOH, TIDAK TAHU GUNA AKAL DAN FIKIRAN DAN HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh



Susahkah untuk merapatkan perpaduan Melayu dan Islam?

Dan lebih lagi mereka tidak tahu guna nilai Islam untuk mencapainya. 

Mereka juga tidak tahu guna cara yang betul untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam; mereka cuma tahu menempek, menyalahkan barat dan yahudi.

Barat adalah barat; Yahudi adalah Yahudi. Mereka tidak boleh diubah, hanya Bangsa Melayu dan umat islam sahaja yang boleh diubah.

Pemimpin Melayu dan Islam cuma tahu meniru. Mahu ada Perlumbaan Kereta F1, Perlumbaan kapal Piala Monsun, bina bangunan pencakar langit; akhirnya, Bangsa Melayu dan Dunia Islam jadi baruah kepada barat dengan ramai orang Melayu dan Umat Islam hidup melarat, sementara pemimpin Melayu dan Islam hidup dalam penuh kemewahan.

Apa yang pemimpin melayu dan Islam bodoh sangat tidak tahu ialah, seluruh nusantara Melayu dan dunia Islam mesti dijadikan kawasan pertumbuhan ekonomi dengan diadakan pusat perkembangan dalam semua bidang.

Dan kita mesti mempunyai pusat intelektual, sains, teknologi, kewangan, pembankan, kebudayaan dan perfileman dan sebagainya, supaya kita tidak perlu guna sistem yang ada yang ditubuhkan oleh barat dan yahudi.

Ini cara untuk kita berdikari dan jadikan nusantara melayu dan dunia islam wujud dengan sendiri.

Hanya dengan cara ini baru boleh kita maju ke hadapan, bukan dengan cara menempek, menyalahkan Yahudi atau orang lain. Salahkan diri sendiri.

Hampir semua pemimpin Melayu dan Islam tidak ada cukup kelayakan ugama dan pendidikan untuk menjadi pemimpin. Mereka hanya pandai menang dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti sendiri.

Oleh sebab itu mereka sepatutnya hanya jaga parti masing-masing dan bukan negara.

Pemimpin melayu yang bodoh sahaja yang tidak tahu untuk merapatkan dan menaikkan penonjolan bangsa melayu di dunia dan mengembangkan tahab ekonomi di malaysia dan jadikan nusantara melayu wilayah rancak dengan pertumbuhan ekonomi.

Pemimpin Islam yang bodoh sahaja yang tidak tahu untuk merapatkan perpaduan umat Islam dan jadikan Dunia Islam paling ulung dan utama mengatasi barat.

Atau apakah pemimpin politik melayu dan islam takut kalau-kalau peranan mereka dalam perkembangan Dunia Melayu dan Dunia Islam akan terjejas kalau ada perpaduan bangsa Melayu dan umat islam di seluruh dunia?

Sebab yang akan berlaku kalau bangsa Melayu dan umat islam sudah bersatu ialah tahab kepimpinan mereka akan terjejas dan mereka tidak diendahkan oleh ramai.

Mereka akan terpinggir sebab itulah maka mereka tidak mahu wujudkan perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh dunia.

Lihat sahaja di Barat dimana ramai pakar dan tokoh mereka dalam semua bidang boleh maju dan pemimpin politik mereka ditukar seperti seluar dalam; mereka tidak dibenar untuk berlagak penting; dan peranan mereka untuk mewujudkan perpecahan dikalangan bangsa sendiri disekat.

Di Dunia Islam, pemimpin Islam yang satu-satunya enggan berundur; mereka akan kekal jawatan sehingga mereka meninggal dunia. Dan kalau ini berlaku sebab ia pasti berlaku, mereka akan juga pastikan anak mereka atau setidak-tidaknya rakan mereka akan mengambil alih tempat mereka.

Tujuannya ialah untuk memastikan kedudukan mereka masih terjamin walaupun sudah bersara, sebab mereka kuatir segala tembelang mereka akan pecah. Mereka akan dipinggir dan dilupakan.

Di Barat rakyat biasa tidak endahkan pemimpin yang suka menonjol dan pentingkan diri sendiri; mereka pentingkan mereka yang boleh menjaminkan ketenteraman negara dan tamaddun mereka.

Oleh sebab itu pemipin mereka sering bertukar-ganti. Mereka wujud hanya untuk menjaminkan kententeraman dan kesejahteraan rakyat dan umatnya, dan bukan untuk diri sendiri atau keluarga sendiri seperti yang berlaku di banyak negara Melayu dan di Dunia Islam.

Lihatlah bagaimana ada yang mengaku ulamak tetapi tidak berani berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin generasi baru. Apa yang mereka gentarkan?

Mereka gentar yang mereka akan terpinggir dan dibiarkan atau lebih teruk lagi, dari dikutuk oleh sebab mereka tidak berbuat apa-apa semasa menjadi pemimpin selain dari memberi syarahan berkali-kali yang merupakan retorik kosong sahaja.

Mereka tahu mereka bukan penceramah yang bijak tetapi penceloteh yang hebat yang hanya pandai bercakap kosong walaupun berjam-jam lamanya.

Amat mengejutkan yang ada yang telah guna salah-faham mereka terhadap Islam untuk memecahkan umat dan Dunia Islam! Mereka hanya pentingkan diri sendiri.

Sebab masakan jaguh kampung dan jaguh parti nak jadi jaguh bangsa dan ugama?!

Mereka dipilih untuk jaga parti bukan untuk jaga bangsa dan ugama.

Oleh itu mereka mahu kekal di tempat yang sama dalam parti dan masyarakat dan halang orang lain untuk memimpin bangsa dan umat.

Kegagalan pemimpin Melayu dan Islam untuk menyatukan bangsa melayu dan Umat Islam boleh membuktikan yang kesemua mereka bodoh dan tidak ikut ajaran Islam sebenarnya.

Mereka telah dilekakan dengan syaitan yang mahu mereka berpecah-belah, dengan mengguna politik untuk tujuan itu.

Mereka tidak sedar mereka telah dipengaruhi oleh syaitan yang tidak mahu bangsa Melayu dan Umat Islam bersatu.

Mereka dilekakan dengan projek raksaksa seperti Perlumbaan F1, Piala Monsun, menara itu dan ini, Perlumbaan lumba basikal Le Tour d’ Langkawi, dan projek yang ditiru dari barat.

Adakah dengan projek-projek raksaksa ini Bangsa Melayu dan Umat Islam kedepan? Tidak.

Bangsa Melayu dan Umat Islam jadi baruah kepada Barat dan mahu adakan gelanggang dan peluang untuk mereka bermaharaja-lela dan jadi jaguh, sementara Melayu dan Umat Islam kebelakang dan dihina.

Jadi acara-acara seperti ini adalah penghinaan untuk kita.

Kenapa tidak jadikan perlawanan sepak raga sebagai perlawaanan peringkat dunia dan kita paksa negara lain main sokan ini dan tengok kalau mereka lebih hebat dari kita?

Dengar apa yang sering dikatakan oleh ‘pemimpin Melayu dan pemimpin islam’ kalau ia tidak lain slogan kosong. Asyik-asyik mahu kata bangsa Melayu dan umat islam mesti bersatu.

Tetapi mereka tidak tahu cara mana yang boleh digunakan untuk merapatkan perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Selagi kita tidak berjaya mewujudan Sinema Nusantara dan Sinema Islam, selagi itu bangsa dan Dunia Melayu dan Dunia Islam tidak akan wujud.

Menara berkembar Petronas, Menara Burj Khalifa dan Perlumbaan F1 serta Piala Monsun tidak boleh menaikkan imej melayu dan Islam.

Ia hanya membuktikan pemimpin Melayu dan Islam pandai meniru.

Pemimpin Melayu dan Islam bodoh tidak tahu rapatkan perpaduan bangsa Melayu di seluruh Nusantara dan umat Islam seluruh dunia.

Mereka leka dengan diri sendiri, mahu rapatkan perhubungan sesama sendiri dan dapatkan gambar mereka berpeluk-peluk disiar dalam akhbar.

Mereka beri ucapan kabur dan umum. Mereka tidak ada wawasan. Mereka benak.

Itulah sebabnya sehingga kini bangsa Melayu dan dunia Islam tidak wujud. Itulah sebabnya bangsa kecil lain lebih utama dan dikenali seluruh dunia.

Masalahnya ialah semua pemimpin Melayu dan Islam telah dilekakan dengan kehendak sendiri, mahu teruskan cengkaman mereka terhadap masyarakat dan ini mereka lakukan bukan untuk kepentingan Melayu, tetapi mereka sendiri.

Itulah sebabnya Bangsa Melayu tidak wujud di dunia.

Itulah sebabnya juga Dunia Islam yang disebut-sebut hanya khayalan Pertubuhan Negara-Negara Islam atau ‘Organization of Islamic Countries’ (OIC) sahaja.

Oleh itu kita tidak ada pemimpin Melayu. Tidak ada juga pemimpin Islam. Yang kita ada cuma pemimpin puak-puak Melayu dan Islam yang hanya pandai menempek, mengadu dan merayu. Ada yang juga pandai menanggis.

Yang nyata sekali ialah mereka tidak pandai berfikir. Mereka hanya pandai meniru.

Itulah sebabnya kemajuan di Malaysia dan Nusantara Melayu dan Dunia Islam, kalau ini boleh diguna, adalah berdasarkan peniruan.

Kemajuan dan pembangunan di Malaysia juga adalah berdasarkan peniruan.

Lihat sahaja Perlumbaan F1 dan Piala Monsun dan Le Tour De’ Langkawi dan sebagainya termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, dan roda tinjau ‘Eye on Malaysia’ dan sebagainya, tidakkah ini projek tiruan?

Ia tidak penting untuk menyatukan Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Di Dubai ada menara paling tinggi seluruh dunia yang dipanggil Burj Khalifa. Ia juga satu projek tiruan.

Jadi, apakah yang asli yang dapat ‘pemimpin Melayu dan Islam’ fikirkan dan laksanakan? Tidak berapa.

Mereka cuma pandai meniru. Mereka pergi ke seluruh dunia dan lihat apa mereka ada di situ dan mereka tiru.

Mereka telah gagal untuk bangunkan universiti terpenting di Nusantara Melayu dan Dunia Islam.

Tidakkah ini penting, supaya kita boleh cipta ilmu sendiri. Kalau tidak, kita akan hanya meniru.

Buat apa ada ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi dari Harvard dan Oxford kalau mereka hanya jadi sang burung kakak tua, bercakap seperti pakar ekonomi di Barat sahaja?

Mereka bukan pakar ekonomi Melayu dan Islam; mereka hanya penilai ekonomi dan penilai bursa saham sahaja.

Selasa, 28 Jun 2011

‘MELIHAT LAUT’…‘SAUDARA’, ‘PERANTAU’, ‘PENGGEMBARA’, PELAWAT’, ‘PELANCONG’ DAN ‘PENDATANG’.

…DAN DIANTARA ‘ORANG KITA’, ‘ORANG LAIN’ DAN ‘ORANG ASING’ DALAM PEMIKIRAN BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU.
Oleh Mansor Puteh
.


Secara ringkasnya, sesiapa yang tidak berasal dari nusantara Melayu, dia adalah pendatang walaupun ada dikalangan pendatang yang mahu merungut.

Dan sesiapa yang tidak dapat terima hakikat sejarah tentang kedudukan istimewa ugama islam dan melayu masih boleh dianggap sebagai ‘orang asing’ dan ‘pendatang’.

Tidak ramai orang tahu apa yang dimaksudkan ‘melihat laut’ atau dalam bahasa inggeris sebagai ‘inspecting the sea’.

Dan tidak ramai orang Melayu juga tahu bahawa orang Cina dulu-kala menganggap orang luar dari Negeri Cina atau yang bukan Cina sebagai ‘Overseas Babarian’ atau ‘Orang Tidak Bertamaddun di luar Negeri Cina’.

Pemikiran sepertilah yang telah mempengaruhi orang Cina yang dihantar ke seluruh dunia.

Dan pemikiran seperti inilah juga yang masih mempengaruhi ramai orang Cina di Malaysia.

Sebabnya ialah jumlah mereka besar dan mereka mengusai bidang ekonomi.

Tetapi mereka tidak berfikiran seperti itu di negara-negara lain di Nusantara Melayu dimana mereka begitu kecil.

Jadi tidak hairan kalau mereka terpaksa bergaul dan melupakan jatidiri mereka sebagai Cina dan terima hakikat bahawa mereka masyarakat terpencil dan kecil di negara-negara tersebut seperti Indonesia, Filipina, Siam, Myanmar, Brunei termasuk Vietnam, Kambodia dan Laos.

Di negara-negara ini mereka tidak boleh menempek. Mereka tidak boleh merungut. Dan mereka tidak boleh mengadu dan menyalahkan orang lain khususnya kaum asal dan terbanyak di negara-negara tersebut.

Mereka terima hakikat bahawa kuasa politik mereka terhad.

Malah mereka tidak juga mempunyai parti politik dan terpaksa ikut parti yang ada.

Dan tidak ramai yang tahu apa bezanya diantara ‘orang kita’ dan ‘orang asing’ seperti yang dimaksudkan oleh orang melayu dulu dan juga sekarang.

‘Melihat laut’ adalah sebuah tingkah-laku yang telah diguna semasa zaman Melayu lama dulu.

Pada zaman dulu-kala kalau kerabat diraja Melayu belayar ke mana-mana di Nusantara Melayu di tenggara asia, mereka tidak dikatakan seperti pergi belayar. mereka dikatakan pergi ‘melihat laut’ yang tidak dimilikki oleh mana-mana raja.

Tujuannya ialah untuk bersua dengan kerabat diRaja di negeri-negeri lain atau untuk ‘merajuk’ kalau mereka terlibat dengan persengketaan di negeri sendiri dan mahu mencari ketenangan.  

Mereka tidak pergi menggembara atau bersiar-siar; mereka menjelajahi wilayah mereka sebab mereka mempunyai hak terhadapnya dalam benua Nusantara yang tanpa sempadan untuk mereka dan orang Melayu lain yang berdatang dan pergi ke mana-mana mereka suka dalam benua ini.

Mereka diterima sebagai saudara.  

Konsep daerah dan wilayah hanya diperkenalkan kepada Nusantara Melayu oleh Inggeris, Portugis, Belanda dan Sepanyol yang telah datang berduyun-duyun ke benua ini untuk merampas kuasa ke atas negeri-negeri yang ada di dalamnya.

Mereka guna pelbagai helah untuk memecah-belahkan kerajaan Melayu yang ada ketika itu dengan membawa mereka ke dalam pengaruh mereka.

Maka wujudlah perbalahan diantara Indonesia dan Malaysia, yang sebenarnya berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda yang mereka tandatangani pada 18 Mac, 1824 dulu.

Yang anihnya, kesannya masih terasa sehingga kini, atau sejak kebelakang ini dengan pelbagai isiu remeh-temeh yang dikeutarakan yang sedikitpun tidak masuk akal.

Yang jelas ialah perbalahan ini hanya berpunca mengikut fahaman Barat atau Inggeris dan Belanda yang sememangnya mahu menyebabkan Indonesia dan Malaysia berbalah sejak dulu lagi.

Perbalahan itu telah lama selesai oleh pemimpin utama kedua buah negara iaitu President Mohammed Sukarno dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Namun ada kelompok-kelompok kecil yang masih terpengaruh dengan sikap buruk lama yang mahu wujudkan perbalahan baru diantara kedua buah negara.

Namun, mereka masih gagal sebab rata-rata rakyat Indonesia dan Malaysia lebih kenal dengan diri sendiri dan bagaimana rapatnya perhubungan kedua buah negara masing-masing.

Akhirnya tindakan Bendera dan Laskar Merah-Putih (LMP) hanya dianggap sebagai hiburan untuk media aliran kiri di Jakarta dan penggoda sepi mereka.  

Dan mana-mana orang Melayu yang pergi ke negeri lain untuk berdagang atau menetap di situ, mereka tidak pula dikatakan sebagai pendatang.

Mereka tidak juga dianggap sebagai ‘pelancong’ sebab dalam zaman dulu tidak ada kegiatan seperti ini.

Konsep pelancongan hanya dimulakan sejak tahun 1960an dulu.

Sebelum ini orang dari Barat yang datang ke Nusantara Melayu dan sebaliknya tidak dianggap sebagai pelancong; mereka adalah penggembara atau pelawat. Maksudnya adalah jelas.

Malah konsep pelancong sekarang mahu juga ditukar kepada pelawat dan penggambara sebab ia lebih tepat dengan kegiatan banyak mereka yang pergi ke luar negeri atau yang datang ke negara dan benua kita.

Mereka mahu selidik dan hidup seperti orang tempatan dan tidak mahu melihatnya sebagai kegiatan hiburan.

Mereka tidak dianggap sebagai orang asing tetapi sebagai saudara sendiri. Dan mereka diberi tempat dan tidak diusir kecuali kalau mereka bawa angkara atau terlibat dengan jenayah.

Mereka adalah perantau, yang merantau.

Mereka adalah orang kita! Mereka bukan orang asing.

Malah perkataan ‘asing’ itu memang asing dalam Bahasa Melayu, sebab ia adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Cina.

Untuk Melayu perkataan ‘saudara’ sering diguna oleh mereka yang menganggap setiap orang Melayu itu sebagai saudara mereka sendiri dalam satu keluarga besar atau lebih dikenali dengan nama Rumpun Melayu.

Ini termasuk menganggap setiap wanita sebagai nenek, makcik, kakak atau adik; dan lelaki sebagai datuk, pakcik, abang dan adik juga – seperti mereka ada pertalian darah.

Dan perkataan ‘saudara’ itu sebenarnya bermakna ‘satu darah’.

Dan tidak hairanlah kalau negeri-negeri Melayu di seluruh Nusantara Melayu dipanggil dengan nama ini dan tidak ‘negara’.

Malah perkataan ‘negara’ hanya diguna untuk negara bukan Melayu.

Tetapi untuk mereka yang berasal dari benua lain luar dari Nusantara Melayu, seperti orang Cina, India dan juga Portugis dan sebagainya yang telah datang ke mana-mana negeri Melayu di benua ini, dianggap sebagai pendatang.

Pendatang ini biasanya adalah orang yang menetap buat sementara sahaja, tidak lama. Dan mereka akan pulang ke negara asal.

Ya, mereka pendatang dari negara asal, sedangkan orang Melayu merantau di negeri sendiri.

Jadi, ada perbezaan yang telah digunakan oleh orang Melayu zaman dulu, khususnya semasa zaman Kesultanan Melayu di Melaka.

Dan konsep pendatang ini sebenarnya tidak sama dengan imigran yang merupakan konsep barat.

Makna kedua perkataan ini juga tidak sama, seperti yang tertulis di atas.

Orang Melayu ketika itu tidak menganggap orang bukan Melayu yang datang dari benua lain sebagai perantau. Mereka tetap pedatang.

Dan konsep ini diubah untuk memberi makna bahawa orang asing itu yang tidak dapat hidup dengan orang Melayu di alamnya, boleh dianggap sebagai pendatang walaupun mereka telah berada di sini begitu lama.

Ini berbeza dengan mereka yang dikatakan baru sahaja datang ke Nusantara Melayu, tetapi sudah membiasakan diri dengan kehidupan cara Melayu dan menerima hakikat bahawa dunia ini adalah Dunia Melayu.

Oleh sebab itu kaum Arab dan India yang telah datang ke Tanah Melayu khususnya tidak dianggap sebagai pendatang. Mereka juga tidak dikata sebagai perantau.

Kebanyakan mereka adalah pedagang.

Tetapi kehadiran mereka diterima sebab mereka hidup bersama orang Melayu dan ikut cara mereka. Jadi mereka bukan pendatang.

Jadi untuk zaman sekarang ini, bolehlah juga untuk kita anggap sesiapa itu yang tidak terima hakikat sejarah tentang kedudukan istimewa Islam dan Melayu, maka dia boleh dianggap sebagai pendatang atau pelawat jangka panjang.  

Dan pendatang yang dimaksudkan oleh orang Melayu adalah mereka yang datang dari benua lain ke Nusantara Melayu, tidak kira berapa lama nenek-moyang mereka telah berada di sini walaupun mereka telah mendapat kerakyatan di negara-negara Melayu.

Sedangkan orang Melayu yang berasal dari Nusantara tidak dianggap sebagai pendatang walaupun mereka kini menjadi rakyat negara bukan asal mereka, sebab mereka adalah saudara serumpun, sebangsa.

Ini yang membezakan dengan apa yang dikatakan oleh orang Melayu sebagai ‘orang kita’ dengan ‘orang asing’.

Orang Melayu tidak akan menganggap mereka yang bukan Melayu sebagai ‘orang kita’. Mereka semestinya ‘orang asing’.

Sabtu, 25 Jun 2011

PERAYAAN SIAM LOY KRATONG DI TASIK TITIWANGSA:

JANGAN HAIRAN KALAU TEMPAT INI MAHU DIMILIKKI OLEH MASYARAKAT SIAM UNTUK JADI ‘LITTLE SIAM’ SAMA JUGA TEMPAT LAIN DIBENAR OLEH KAUM LAIN SEHINGGA MEREKA RASA MEREKA MEMILIKKINYA.
Oleh Mansor Puteh


Inilah kisahnya masyarakat lain yang diberi peluang letak gelas dan patung dewa mereka di merata tempat dan di bawah pokok yang akhiirnya menjadi komplek kuil besar.

Dan kalau mereka dihalau, mereka akan tuntut pampasan, sedangkan mereka telah menceroboh tanah orang lain dan awam.

Sedangkan juga mereka yang bertindak seperti pencuri, tetapi mereka diberi penghargaan dan diberi pampasan dan dibenar memfail tindakan mahkamah terhadap pemilik tanah.

Mereka tidak berterima kasih kepada tuanpunya tanah tetapi maki mereka pula.

Bolehkah kaum India dan Cina di Singapura, India, Amerika dan negara ‘maju’ di Barat lain benarkan mereka berbuat demikian?

Berapa banyak kuil baru yang telah dibangunkan di Singapura, misalnya, sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 sehingga sekarang?

Ini sebenarnya kisah bagaimana sebiji cawan atau gelas yang diletak di sebuah kawasan tanah akhirnya menjadi sebuah kuil Cina atau Hindu dan kemudian hari menjadi sebuah komplek dengan kawasan penginapan untuk sami mereka.

Kuil Hindu dan Cina hampir semuanya bermula secara ini.

Ia dibiarkan oleh masyarakat tempatan melayu sebab mereka fikir apalah sangat dengan cawan atau gelas yang dihias dengan perkakas sembahyang kaum mereka.

Tetapi apa yang orang Melayu tidak sedar ialah inilah caranya untuk mereka merampas kawasan tanah sekelilling.

Dan inilah sebenarnya yang menyebabkan kompleks kuil Hindu di Batu Caves terjadi.

Batu Caves pada dekad 1960an masih sebuah pusat pelancongan untuk semua kaum.

Dan di dalamnya hanya terdapat beberapa patung dewa Hindu.

Lama-kelamaan jumlah patung dewa Hindu itu bertambah sehinggakan semua bukit itu ‘dimilikki’ oleh mereka.

Dan tidak cukup dengan itu seluruh kawasan sekelillingnya diambilalih oleh mereka sehinggakan kini Batu Caves menjadi kompleks kuil Hindu terbesar di seluruh Malaysia.

Kerja yang sama berlaku setiap hari apabila orang Hindu dan Cina letakkan perhiasan sembahyang dan patung dewa mereka di tempat-tempat yang mereka suka, termasuk di bawah pokok besar.

Dan apabila pihak berkuasa dan masyarakat tempat biarkannya, mereka akan mula membangunkan bangunan kuil sehingga ia menjadi besar.

Dan kalau kawasan di sekelilling mahu dibangunkan, mereka akan tuntut kuil itu dibiarkan di situ.

Ini sering berlaku.

Dan mereka akan menuntut pampasan bernilai ratusan ribu dan juta ringgit.

Sedangan mereka telah mencuri kawasan tanah orang.

Kenapa mereka tidak dituntut oleh pihak berkuasa kerana telah menceroboh dan mencuri tanah orang?

Dan kenapa penjenayah mahu diberi layanan mesra dan diberi pampasan?

Malah, mereka seharusnya dipaksa bayar pampasan kepada pemilik tanah sebab mereka telah menceroboh kawasan tanah mereka?

Olehsebab kaum Cina dan India adalah kaum pendatang pada asalnya, maka mereka tidak mempunyai sebarang apa di Tanah Melayu.

Dan mereka diberi tempat untuk tinggal dalam estet atau ladang-ladang dan di rumah kongsi di lombong bijeh timah.

Mereka juga diberi tempat untuk menditikan kuil masing-masing tetapi secara sementara.

Namun, apa yang berlaku ialah mereka anggap pemberian itu sebuah pemberian kekal.

Dan tidak cukup dengan ini, mereka juga membesarkan kawasan sekelilling kuil kecil mereka sehingga mereka merampas tanah sekelilling.

Inilah sebabnya kenapa terdapat beberapa kuil mereka yang begitu besar.

Dan inilah juga kenapa terdapat beberapa bukit yang telah diambil oleh mereka sebab mereka telah pergi ke sana sebab orang Melayu tidak ada perlu untuk guna bukit dan gunung seperti mereka..

Dan mereka juga tahu bahawa orang Melayu ketika itu tidak guna bukit untuk kehidupan dan ia adalah dianggap sebagai tanah bebas yang boleh dirampas.

Mana perginya orang yang kononnya mahu jaga kepentingan awam dan masyarakat?

Mereka menempek kalau hak mereka dihakis; tetapi mereka tidak risau kalau tanah orang dan kerajaan dirampas oleh kaum mereka.

Mereka tidak pula mahu tuntut mereka yang menceroboh tanah awam mesti ditahan dan didakwa di mahkamah.

Mereka tutup kedua belah mata terhadap perbuatan jenayah seperti itu kalau ia melibatkan kaum mereka.

Malah mereka akan turut membantah kalau kawasan yang dirampas dan dicuri kaum mereka mahu diambil balik oleh pihak yang memilikki tanah itu.

Mereka tuntut diberi pampasan, seperti mereka memilikki tanah yang mahu diambil semula.

Mereka buat bermacam kecaman terhadap kerajaan dan agensi kerajaan.

Mereka dibantu oleh media yang ternyata pro-kaum lain dan anti-kerajaan.

Lihat sahaja apa akan jadi pada tasik di Taman Titiwangsa setiap tahun ia dijadikan tempat kaum Siam menjalankan perayaan Loy Kratong mereka.

Beri beberapa tahun dan mereka akan tuntut tasik ini dijadikan kawasan khas untuk kaum dan ugama mereka.

Tetapi orang Cina di luar negara tidak pula berani menuntut kawasan sebagai ekslusif untuk mereka, kecuali di beberapa bandaraya utama yang mempunyai ‘Chinatown’ mereka.

Tetapi tidak pula ada ‘Little India’. Dan Little India di Brickfields tidak pula mempunyai nama dalam Bahasa Melayu yang bermaka ‘India Kecil’. Maknanya menggerikan. Jadi mereka kekalkan nama dalam bahasa Inggeris.

Orang Inggerislah yang menyebabkan pertumbuhan Little India di Kuala Lumpur.

Dan mungkin di bandaraya lain di Malaysia akan ada pula Chinatown and Little India lain.

Sebenarnya penamaan kawasan-kawasan seperti ini memberi makna yang tidak baik untuk masyarakat Cina dan India; ia bererti mereka ada keturunan kaum pendatang.

Mereka telah gagal untuk bersepadu dengan masyarakat terbanyak dan mereka terpinggir dan mahu dipinggirkan dan dilihat sebagai masyarakat pelik, seperti Chinatown dan Little India sebagai ‘tanah jajahan’ Negeri Cina dan India di Tanah Melayu Malaysia.

Rabu, 22 Jun 2011

BERITA DAN IKLAN DALAM BAHASA CINA DAN MANDARIN: ADAKAH IA TERMASUK DALAM KONTRAK SOSIAL?

…IA HANYA MENCERMINKAN MASYARAKAT BUKAN MELAYU MASIH TIDAK FASEH BERCAKAP DAN FAHAM DALAM BAHASA MELAYU – BAHASA KEBANGSAAN.
Oleh Mansor Puteh


Tidakkah bagus kalau warta berida diadakan dalam Bahasa Melayu sahaja supaya semua kaum di Malaysia faham berita yang disiarkan sebab ia boleh mempengaruhi sikap dan pengetahuan mereka secara bersama, dan rancangan-rancangan kesenian dan kebudayaan dalam pelbagai bahasa boleh diadakan tetapi dengan penglibatan orang Melayu di dalamnya?
Adakah salah kalau sesiapa berkata bahawa berita dan iklan di televisyen dan radio yang diadakan dalam bahasa bukan Melayu khususnya Mandarin dan Tamil tidak termasuk dalam kontrak sosial? Memang ia benar.

Penyiaran berita dalam pelbagai bahasa adalah salah satu sebab kenapa ada perpecahan kaum di Malaysia.

Ini ditambah lagi dengan adanya rancangan dalam pelbagai bahasa yang biasanya didatangkan dari India, Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina, yang sedikitpun tidak membantu untuk menggalakkan perhubungan kaum.

Penyiaran rancangan oleh stesen satelit berbayar adalah juga punca utama. Sebab sejak perkhidmatan ini didakan, rakyat berbilang kaum di Malaysia telah mendapat pengaruh kebudayaan dari negara ibunda mereka sehinggakan ramai anak muda bukan Melayu tidak kenal dengan budaya dan sejarah tempatan.

Rancangan siri drama di televisyen kerajaan juga setiap hari menyiar rancangan sejarah kuno Cina yang memupukkan semangat perkauman Cina, sementara rancangan dari India pula asyik dengan kisah cinta yang tidak kesudahan.

Ini semua membuat anak-anak muda Cina dan India hidup dalam alam penuh fantasi dan khayalan; mereka rasa seperti mereka berada di negara ibuda mereka sendiri dan bukan di Malaysia.

Mereka hanya rasa sebagai rakyat Malaysia bila mereka mahu tuntut itu dan ini.

Jadi sampai bilakah siaran berita di stesen televisyen dan juga radio kerajaan mesti terus diadakan dalam bahasa Mandari dan Tamil?

Apakah masyarakat Cina dan Tamil di Malaysia masih rasa kekoh dengar dan tonton berita dalam Bahasa Melayu?

Malah, pengunaan bahasa Mandarin dan Tamil untuk berita dan iklan di televisyen dan radio sebenarnya bukan dianggap sebagai sesuatu yang dimestikan.

Ia hanya adalah satu keadaan sementara bila masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina dan India yang tidak faseh berbahasa Melayu.

Tetapi setelah hampir 54 tahun Merdeka, apakah mereka masih tidak faseh berbahasa Melayu?

Dan sampai bilakah bahasa Mandarin dan Tamil diguna untuk iklan di televisyen dan radio dan berita dalam bahasa-bahasa ini diadakan?

Tidakkah sudah tiba masanya untuk semua berita dan iklan dalam bahasa Mandarin dan Tamil dihentikan?

Sebab mustahil masyarakat Cina dan Tamil khususnya tidak faham Bahasa Melayu?

Mustahil iklan dan berita yang mengguna bahasa Melayu yang mudah tidak difahami oleh kaum ini!

Sebab selagi bahasa-bahasa ini digunakan dalam iklan dan untuk berita, ia hanya mencerminkan bahawa kaum ini menolak pengunaan bahasa kebangsaan.

Dan ia juga mencerminkan bahawa mereka juga menolak perpaduan dan asimilasi kaum di negara.

Sebab mustahil masyarakat di sebuah negara boleh bersatu kalau mereka tidak menonton berita dan iklan yang sama dalam bahasa yang sama.

Negara-negara di Tenggara Asia atau Nusantara Melayu tidak membenarkan berita dan iklan dalam bahasa asing kecuali di Singapura bila ada berita dan iklan dalam bahasa-bahasa selain dari Inggeris sebab bahasa ini bukan bahasa ibunda kebanyakan orang Cina di situ.

Singapura ada berita dan iklan dalam bahasa Mandarin dan juga Melayu tetapi tidak dalam bahasa Tamil.

Ini disebabkan kedudukan Bahasa Melayu di republic yang dulunya sebuah kesultanan Melayu-Islam dan bahasa ini adalah bahasa yang dijaga oleh negara ini.

Tetapi tidak dengan bahasa Tamil.

Malah, tidak ada sekolah dalam bahasa Tamil di Singapura.

Masyarakat Cina dan India di mana-mana negara di Nusantara Melayu hidup dalam aman dan tenteram; mereka tidak menonjolkan kaum dan bahasa mereka sendiri, dan hidup sebagai rakyat tempatan.

Malah mereka tidak juga menuntut diberi tanah dan wang untuk membina sekolah dan kuil mereka.

Mereka menerima budaya dan bahasa tempatan. Dan oleh sebab itu ada beberapa diantara mereka telah berjaya dalam bidang politik dan dilantik sebagai presiden dan perdana menteri, walaupun mereka bukan orang asal, tetapi Cina.

Di Peru jug ada orang keturunan Jepun yang pernah menjadi presiden – Alberto Fujimori. Dan di Siam, beberapa orang berdarah Cina tetapi berjiwa Siam seperti Thaksin dan Abishit telah dilantik sebagai perdana menteri sementara di Filipina Cory Aquino dan anaknya dilantik sebagai presiden dan di Argentina, seorang keturunan Arab, Carlos Menem telah dilantik sebagai presiden.

Apa pulak dengan di Amerika bila Barack Hussein Obama dilantik sebagai presiden dalam tahun 2008.

Pengundi di negara-negara ini tidak melihat mereka sebagai orang asing.

Mereka semua faseh berbahasa Sepanyol, Siam dan Filipina.

Masyarakat Cina dan Tamil di Malaysia tidak mungkin dianggap sebagai telah bersebati dengan rakyat terbanyak atau majority selagi mereka desak mahu hidup sebagai rakyat dari Negara Cina dan India.


Ahad, 19 Jun 2011

UTUSAN BERI RUANG BERLEBIHAN MEMPROMOSI SYARIKAT DAN PERNIAGAAN SYARIKAT BUKAN MELAYU.

… TETAPI MEREKA TIDAK BELI
RUANG IKLAN DALAM AKHBAR.
Oleh Mansor Puteh



Saya harian kenapa akhbar Utusan Malaysia amat bermurah hati dengan memberi publisiti dan promosi percuma kepada banyak syarikat antarabangsa dan yang bukan Melayu.

Dan Utusan juga sering dikecam oleh pemimpin pembangkang bukan Melayu dengan dikatakan sebagai mempunyai sikap chauvinis.

Tidakkah mereka sedar bahawa Utusan sering memberi ruang untuk menyiarkan berita tentang kegiatan kesenian dan perniagaan yang dijalankan oleh bukan Melayu khususnya dari kaum Cina?

Dan berapa kalikah akhbar Mandarin khususnya termasuk akhbar Tamil yang menulis tentang kebudayaan dan kesenian Melayu dan Islam?

Selama saya terlibat dalam bidang perfileman, saya tidak pernah didatangi oleh mana-mana wartawan akhbar Mandarin dan Tamil. Dan rakan-rakan dalam perusahaan sama juga tidak pernah diberi publisiti dan promosi dalam akhbar bukan Melayu.

Malah akhbar bahasa Inggeris khususnya yang dimilikki oleh bukan Melayu juga enggan mempromosi kebudayaan dan kesenian Melayu dan Islam.

Saya hairan kenapa Utusan sering mempromosi kegiatan ekonomi dan perdagangan oleh syarikat bukan Melayu?

Dan mereka semuanya sudah mendapat banyak lemak sehinggakan mereka sedikitpun tidak membeli ruang iklan dalam akhbar Utusan.

Mereka hanya mahu dapat publisiti dan promosi dari Utusan tetapi enggan memberi iklan didalamnya.
Yang lebih teruk sekali ialah syarikat-syarikat bukan Melayu ini hanya beli ruang iklan yang jauh lebih mahal di akhbar Mandarin dan Inggeris sahaja.

Oleh sebab itu, saya harap Utusan akan adakan satu dasar untuk tidak memberi promosi dan publisiti berlebih-lebihan kepada syarikat-syarikat bukan Melayu ini sehingga mereka beli ruang iklan dalam Utusan.

Satu perkara yang amat pelik ialah bila Utusan memberi promosi dan publisiti kepada acara hiburan yang dianjur oleh skhbar persaingan yang mempunyai stesen televisyen. Ini amat pelik.

Sepatutnya Utusan tidak beri sebarang publisiti dan promosi untuk kegiataan perdagangan oleh akhbar dan syarikat media persiang dan biarkan mereka sendiri melakukannya.

Penyanyi dari Kanada, Justin Beiber yang mengadakan konsert di Kuala Lumpur diberi Utusan bermuka-muka surat publisiti dan promosi, tetapi pihak penganjur sedikitpun tidak membeli ruang iklan dalam Utusan.

Itulah sebabnya kenapa terdapat ramai peminat penyanyi itu terdiri dari pemuda-pemudi Melayu.

Sebab tanpa sokongan dari Utusan, konsert oleh penyanyi itu tidak akan berjaya.

Dan tidak ada perlu juga untuk Utusan memberi ruang publisiti dan promosi kepada kegiatan biasa yang dilakukan agensi kerajaan yang sedikitpun tidak pernah memberi sebarang penghargaan kepada Utusan.

Akhbar lain tulisan beberapa ruang setahun dengan memuju agensi tersebut dan wartawan mereka mendapat hadiah wartawan hiburan terbaik.

Sedangkan Utusan beri ruang yang berlebihan kepada agensi berkenaan dan Utusan pula yang sering dikecam.

Biar agensi dan kementerian kerajaan beli ruang iklan untuk mempromosi kegiatan mereka dan Utusan hanya beri ruang untuk acara penting untuk negara dan bukan hanya untuk agensi dan kementerian tersebut.

Dan jangan pula beria-ia beri ruang begitu besar kepada syarikat bukan Melayu yang tidak pernah membeli ruang iklan dalam Utusan.