Selasa, 8 Mei 2012

KEMBALI KE UNIVERSITI COLUMBIA DI BANDARAYA NEW YORK. – BAHAGIAN III.

Oleh Mansor Puteh




Ini sebenarnya kali kedua saya pulang ke kampus. Yang pertama dulu ialah dalam tahun 1990 setelah lapan tahun saya tinggalkanya dan kali terakhir ialah dalam bulan April lalu, semasa saya pergi ke Amerika untuk menyertai pesta filem di St Paul/Minneapolis di Mennesota dan Taos, di New Mexico untuk menayang filem saya di situ dengan menaiki bas Greyhound supaya dapat melihat negara ini dengan lebih dekat dan jelas.
          Bas Greyhound melalui jalanraya yang membawa penumpang ke seluruh pelusuk Amerika dan berhenti di stesyen-stesyen di pekan dan bandar penting. Inilah cara yang paling baik sekali untuk seseorang itu melihat Amerika dengan dekat dan jelas.
          Dan saya juga ambil kesempatan untuk membuat lawatan sampingan ke tempat-tempat yang pernah saya tinggal dahulu seperti di Astoria, Queens dan seluruh New York, termasuk Boston di utara bandaraya ini.
          Tempat pertama yang saya sering kunjung apabila saya sampai ke kampus lama saya ialah di Dodge Hall, di mana terletaknya ‘School of the Arts’ (Sekolah Kesenian Halus) di mana terdapat enam jenis sekolah yang bersangkut-paut dengan kesenian termasuk perfileman, penulisan, senitari, seni muzik, senilukis dan sebagainya.
          Di sinilah di mana saya dan rakan-rakan lain datang awal pagi hingga lewat malam untuk menuntut selama saya berada di kampus.
Untuk menukar selera saya ambil kursus piano untuk tiga semester di jabatan muzik, walaupun pada asalnya saya mahu ambil kursus psikologi di jabatan psikologi. Tetapi, oleh sebab keperluan masa untuk membuat pengajian dan kertas kerja yang banyak, saya terpaksa lupakan hasrat untuk mengambil kursus ‘elektif’ di jabatan psikologi.
          Seberang jalan dari sekolah ini ialah Sekolah Kewartawanan (School of Journalism). Sekolah inilah yang memberi Anugerh Pulitzer atau Pulitzer’s Prize untuk bidang kewartawanan pada setiap tahun.
          Tempat kedua yang saya selalu pergi ialah Earl Hall yang terletak tidak jauh dari Dodge Hall. Di sini ditempatkan pejabat persatuan penuntut universiti untuk semua ugama. Bersebelahan pejabat Persatuan Penuntut Islam di universiti ini ialah persatuan penuntut Yahudi. 
          Di sini kita sering dapat melihat tupai berlari-lari di atas rumput. Walaupun kampus ini terletak di tengah-tengah Bandaraya New York, tetapi masih terdapat binatang seperti itu hidup dengan selamat.
          Penuntut berugama Islam akan datang ke Earl Hall untuk bersembahyang Jumaat secara berjemaah atau berbincang dengan ahli persatuan lain. Imam untuk sembahyang jumaat sering bertukar-tukar. 
          Acara keugamaan lain seperti menyambut Hari Raya Puasa dan Haji juga diadakan di sini.
          Semasa saya menuntut dulu, Internet belum lagi digunakan; malah ia tidak disebut oleh sesiapa lagi. Di kampus saya tidak pernah melihat sebuah komputer digunakan.
          Tetapi, sekarang ini kita boleh lihat komputer diletakkan di mana-mana. Dan yang lebih menarik sekali ialah penuntut boleh mengguna komputer untuk melayar Internet secara percuma.
          Saya juga sempat membuka e-mel saya di Earl Hall dan membalas e-mel yang datang dari seluruh dunia setelah lama tidak dapat melayar Internet sambil membaca berita dari negara.
          Yang menghairankan ialah di Amerika ini sukar sekali untuk seseorang itu mencari kedai-siber atau ‘cybercafe’ seperti yang banyak didapati di bandar-bandar di negara kita. 
          Ini mungkin disebabkan hampir semua rumah mempunyai komputer dan mereka tidak perlu untuk menyewanya di kedai-kedai seperti itu.  Jadi pengusaha tidak rasa ada permintaan terhadapnya.  Puas saya mencari kedai-kedai seperti itu, sebab sudah lebih seminggu saya tidak membaca e-mel.
          Setiap kali saya berada di kampus lama saya terkenang peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang dialami selama saya menuntut di situ.
          Entah kenapa; tapi saya akan senantiasa pergi ke semua kedai dan tempat-tempat yang pernah saya kunjungi dahulu, dan duduk di situ sambil mengenang peristiwa lama. 
          Yang menghairankan ialah apabila berada di situ, saya terasa seperti masih menuntut, dan masa langsung tidak bergerak.
          Kadang-kadangkala saya rasa seperti mahu pulang semula ke zaman silam dan cuba sekali menuntut di situ. Kalaulah ini boleh dilakukan, saya percaya banyak perkara akan berubah. Sudah pasti saya akan menghabiskan masa dengan lebih cermat dan bergaul dengan lebih rapat dengan rakan-rakan yang saya tidak kenal secara dekat ketika itu.
          Sayang sekali, masa tidak boleh diputar kembali; ia telah berlaku.  Dan yang tinggal cuma kenangan sahaja.
          Setiap kali saya ke kampus lama saya, saya terkenang dengan Hilary yang telah menjaga saya sewaktu saya terlantar di hospital. Gadis Yahudi-Amerika ini berhati mulia; hampir setiap hari datang menjenggok saya di Hospital Sloan-Kettering dan St. Luke dan membawa berita dan maklumat untuk menghihurkan saya.  Dia adalah penuntut di sekolah filem yang mempunyai pengkhususan penulisan skrip. 
          Saya tidak tahu apa dah berlaku kepada skrip tesisnya berjudul, ‘Fern’ samada ia sudah diterbitkan atau tidak.  Mungkin dia sudah tukar nama dan guna nama pena, atau judul itu ditukarkan mengikut selera pengarah dan penerbit.
          Saya juga terkenang pensyarah-pensyarah dan penuntut-penuntut satu darjah lain, yang ini sudah hilang entah ke mana.
          Dan saya teringat peristiwa saya dan rakan-rakan Melayu lain semasa di Boston pergi ke kebun buah epal. Seseorang dikenakan bayaran US$5 dan dia boleh bawa pulang satu bakul buah epal. Ini tidak termasuk epal yang dia boleh makan di situ.
          Saya tidak tahu beberapa rakan saya yang sudah berjaya sebagai pengkarya filem di Hollywood. Dan yang lain-lain itu, mungkin menjadi pensyarah atau eksekutif di studio dan syarikat perfileman di Amerika.
          Sebenarnya jumlah penuntut di sekolah filem saya tidak begitu besar; ramai pula terdiri dari penuntut dari luar Amerika seperti saya.
          Mungkin satu hari nanti, saya harap akan dapat bertemu mereka.
          Siapa sangka bekas presiden Amerika Dwight Eisenhower pernah menjadi presiden universiti ini dalam dekad 1940an dahulu, sebelum dia bersara dan bertanding sebagai presiden dalam tahun 1952.
          Pengarah filem seram terkenal, Alfred Hitchcock juga pernah mendapat ijazah kedoktoran kehormat bidang kesenian dari universiti ini awal dekad 1970an dulu.
          Atau dalam dekad 1940an dulu pakar sains atau saintis nuklear dari universiti ini telah berjaya membuat penyelidikan tentang kuasa nuklear sehingga Amerika berjaya meletupkan bom Atomnya yang pertama.
          Dalam tahun 1968 penuntut-penuntut berdemonstrasi dan rampas pejabat pentadbiran.  Mereka bertindak demikian untuk menentang penglibatan Amerika dalam peperangan di Vietnam.
          Inilah pertama kali penuntut-penuntut dan orang awam telah berbuat demikian. Selepas itu gerakan menentang peperangan Vietnam tercetus di banyak kampus yang akhir telah menyebabkan kerajaan Amerika menukar sikap mereka terhadap peperangan di Vietnam yang telah mengakibatkan kematian berpuluh ribu anak muda Amerika.

Sabtu, 5 Mei 2012

KEMBALI KE UNIVERSITI COLUMBIA DI BANDARAYA NEW YORK.

Oleh Mansor Puteh – Bahagian II



Sebab di universiti ini tidak ada ‘ragging’ atau penderaan seperti yang diadakan pada dulu-kala.  Cuma kalau kita mahu menjadi ahli kumpulan tertent seperti ‘fraternity’ baru kita dikenakan ‘penderaan’ untuk lekaskan proses pengenalan dengan ahli yang lebih senior dari kita.
          Saya merupakan penuntut dari Malaysia yang ulung pada sessi itu. Oleh sebab pegawai berkenaan tidak kenal latar belakang saya, dia suruh saya masuk ke dalam satu kumpulan penuntut-penuntut Jepun yang kebanyakannya terdiri dari perempuan yang rasa agak hairan kenapa saya berpilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan mereka.  Mereka sangkakan saya juga satu bangsa dengan mereka.
          Memang dalam cuaca yang agak dingin lewat musim panas, yang dalam beberapa hari lagi akan masuk ke dalam musim gugur atau ‘autumn’ wajah menjadi pucat dan mata bertambah sepet, dan rambut bertambah panjang. Tidak hairan kalau penuntut dari Jepun menganggap saya atau penuntut Melayu lain sama sebangsa dengan mereka.
          Agak lama juga saya mendapati terdapat beberapa penuntut dari Malaysia yang turut menuntut di situ.  Itupun secara tidak formal, bila bertemu dengan penuntut dari Indonesia semasa sembahyang Jumaat.
          Universiti Columbia terletak di utara Pulau Manhattan di Morningside Heights diantara 110 hingga 120 Street, dan Broadway dan Amsterdam, yang tidak begitu jauh dengan kawasan Harlem iaitu satu kawasan kaum Afro-Amerika yang terkenal seluruh dunia. Cuma Morningside Park sahaja yang membezakan kedua buah kawasan.
          Di sebalahnya pula terletak Riverside Park dengan Sungai Timur atau ‘East River’ yang agak luas yang menjadi sempadan dengan New Jersey. Jambatan George Wasliington melintasinya, dan kita boleh lihatnya dari taman ini.
          Sebenarnya universiti ini telah ditubuhkan dalam tahun 1754 lagi. Ini bermakna ia sudah berusia 245 tahun. Ia merupakan satu usia yang agak lama juga.
Pada asalnya universiti ini cuma dikenali sebagai King’s College. 
          Ia ditubuhkan oleh pengistirahan diRaja yang dikeluarkan oleh King George Kedua, raja England ketika itu yang menjadi raja kepada tanah jajahan mereka iaitu Amerika.
          Universiti ini bermula dengan cuma lapan penuntut sahaja, yang diajar oleh Samuel Johnson.  Tempatnya berhampiran dengan sebuah gereja yang telah didirikan oleh orang Inggeris.
          Ianya merupakan universiti kelima yang telah ditubuhkan di Amerika oleh orang Inggeris dan yang paling tua di negeri New York.  Yang keempat sebelum ini terletak di negeri Massachusetts, Connecticut seperti Harvard, Yale, Cornell dan Princeton.
          Dalam tahun 1767 ia merupakan universiti yang pertama yang memberi ijazah kedoktoran walaupun ketika ini ia masih dikenali sebagai sebuah kolej sahaja.
          Kolej ini telah dihentikan selama lapan tahun akibat Revolusi Amerika yang bermula dari tahun 1776.
Diantara penuntut-penuntut awal termasuk mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan negara ini di peringkat awal termasuk, John Jay yang menjadi setiausaha kerajaan Amerika yang pertama, Alexander Hamilton yang menjadi bendahari Amerika yang pertama, Gouverneur Morris yang menjadi penulis deraf akhir perlembagaan Amerika Robert R. Livingston yang menjadi salah seorang dari lima penulis Deklarasi Kemerdekaan Amerika.
          Kolej ini dibuka semula selepas itu dengan nama baru iaitu Columbia.
          Dalam tahun 1849 ia telah berpindah ke
Park Place
di persimpangan
49st Street
dan Madison Avenue di Pulau Manhattan di mana ia kekal selama 50 tahun.  Dalam masa ini banyak fakulti telah ditubuhkan dan universiti ini berkembang dengan begitu pesat sekali.
          Dan dalam tahun 1896 pula ia mula dikenal dengan rasminya dengan nama ‘Columbia University in the City of New York’ atau Universiti Columbia di Bandaraya New York.
          Presiden universiti tersebut ketika itu, Seth Low, mahukan sebuah kampus yang mempunyai kawasan luas dan lebih sesuai untuk pengajian supaya ia dapat terus berkambang dan menampung lebih ramai lagi penuntut.
          Dia menjadi presiden atau naib-chanselor universiti dalam tahun 1890, dan dia rasakan kolej asalnya harus digabungkan untuk dinaikkan tarafnya ke sebuah universiti utama. Dan untuk mencapainya mereka perlu sebuah kampus induk yang besar dan megah.
          Nama Columbia University atau Universiti Columbia akhirnya diguna secara rasmi dalam tahun 1896. Dan kampus berpindah dari Jalan 49 ke Morningside Heights. Kampus baru ini direka oleh syariakt senireka yang paling terkenal di perhujung abad kesembilan-belas iaitu McKim, Mead dan White oleh arkitek utama mereka iaitu Challes Follen.
          Dan kampus baru ini dibina bangunan-bangunan yang mempunyai rekabentuk Kebangkitan Itali (Italian Rennaissance) dengan tiang-tiang dan dinding seperti yang banyak terdapat dalam bangunan kelasi di Rom.
          Di tengah-tengahnya terletak sebuah kawasan lapang yang menjadi lambang kampus ini. Walaupun ia terletak di tengah-tengah sebuah bandaraya utama dunia yang sesak dengan bangunan pencakar langit dan kenderaan serta manusia, tetapi apabila seseorang itu tiba di sini dia akan rasa seperti berada di sebuah kawasan yang begitu jauh dari bandar.
          Bangunan utama dalam kampus ini semestinya Low Memorial Library yang mempunyai rekabentuk Yunani Kelasik dengan tiang-tiang besar dan tinggi di hadapannya.
          Ia terletak berhampiran dengan tugu ‘alma mater’ dalam bentuk seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi dengan memegang tumbing yang diperbuat dari gangsa. Ia sempena nama bapa Seth Low.
          Sekarang ini ia adalah pejabat pentadbiran universiti ini. Sebelum ini ia adalah bangunan perpustakaan, yang kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah bangunan lain di hadapannya, iaitu Bangunan Perpustakaan Butler yang dipisahkan dengan College Walk dan padang di mana acara konvokasi atau ‘commencement’ diadakan setiap pertengahan bulan Mei dalam musim bunga di mana cuaca begitu nyaman sekali untuk acara luar.
          Bangunan Low Memorial Library dan Pupin Hall adalah diantara bangunan-bangunan dalam universiti ini yang telah disenaraikan sebagai bangunan bersejarah di Amerika.
          Pertama kali saya tiba di sana pihak universiti telah mengalihkan tugu atau arca ini untuk dibersih dan dipolishkan. 
          Dalam gambar dan poskad yang sempat saya tengok sebelum datang ke sini, saya dapati warnanya hijau muda. Ini disebabkan karatan yang telah berlaku sepanjang ia diletakkan di situ yang serupa dengan warna pada arca Statue of Liberty di Pulau Liberty yang juga diperbuat dari gangsa.
Tetapi apabila ia diletakkan semula di tempat itu, warnanya kini kelihatan lebih berkilat dan nampak bahan gangsa yang digunakan.  Warnya telah berubah menjadi cokelat gelap.
          Pemandangan di kawasan ini dan seluruh kampus bertukar wajah dalam musim sejuk atau ‘winter’ apabila salji turun dengan lebat pada malam hari. Dan keesokan hari pagi, seluruh kawasan disaluti salji putih.  Pada waktu malam dengan pantolan sinar bulan, suasana di sini kelihatan terang.
          Penuntut-penuntut akan bermain dengan salji sesama sendiri. Hari malam kelihatan seperti siang.
          Saya suka duduk di atas anak tangga di bangunan Low Library sambil melihat penuntut lain berjalan-jalan melintasi padang, atau untuk menenangkan fikiran.
          Ketika musim panas atau bunga, ramai penuntut akan duduk di atas rumput hijau yang segar sambil membaca buku atau berihat. Ada yang sengaja mahu duduk di bawah pancaran matahari untuk memanaskan badan dan menggelapkan kulit mereka supaya tidak kelihatan pucat.
          Kampus ini boleh dianggap sebagai kampus di kawasan bandar yang paling cantik di Amerika.  Sebab berbanding dengan kampus dalam bandaraya ini, kesemuanya tidak mempunyai kawasan lapang dan taman seperti Universiti Columbia.
          Di sekelilling taman ini terdapat bangunan-bangunan yang telah kekal sejak mereka dibina dahulu. Pihak universiti telah menjaminkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian mesti mengikut rekabentuk asal supaya ia tidak kelihatan janggal. 
          Kalau pihak pentadbir universiti tidak berbuat demikian sudah pasti penuntut dan masyarakat di bandaraya ini akan melenting dan protes.
          Dalam kunjungan terakhir April lalu, saya mendapat banyak kerja pengubahsuaian dilakukan untuk meninggikan lagi beberapa bangunan. Ianya bertujuan untuk membuka ruang yang lebih untuk penambahan jumlah penuntut dan keperluan fakulti.
          Di sinilah tempatnya lebih 25,000 penuntut menuntut. Walaupun kawasannya dikatakan kecil berbanding dengan kampus lain, tetapi oleh sebab rekabentuk ia dapat menampung jumlah yang dianggap besar juga disamping memberi ruang untuk mereka beriadah.
          Sebenarnya kerja untuk mengubahsuai kampus ini cuma berakhir dalam dekad 1980 setelah US$145 juta dibelanjakan untuk membina semua bangunan dan stadium untuk kegunaan penuntut.

Rabu, 2 Mei 2012

KEMBALI KE UNIVERSITI COLUMBIA DI BANDARAYA NEW YORK.

Oleh Mansor Puteh – Bahagian I.




Saya masih lagi teringat pertama kali tiba di kampus Universiti Columbia di Bandaraya New York dalam musim panas 1978 dulu untuk memulakan pengajian perfileman di sana. Ianya di perhujungan musim panas, dan tidak lama lagi musim luruh atau ‘fall’ atau ‘autumn’ akan tiba.  Namun demikian pada waktu malam kita sudah dapat merasa kesejukan yang begitu berbeza dengan cuaca siang hari walaupun pada siang hari cuaca di sini sama dengan cuaca di Malaysia.
          Saya menaikki keretapi bawah tanah atau ‘subway’ dari Stesyen Pennyslvani di mana saya telah menetap di Sloane House setibanya dari Lapangan Terbang John F Kennedy sebelum itu dari Brussels, Belgium, setelah bersinggah di London dua minggu.  Ketika itu sudah separuh bulan puasa yang jatuh pada bulan Ogos.
          Stesyen Pennsylvannia juga dikenali dengan nama stesyen 32 street terletak di selatan Pulau Manhattan di Jalan ke-32.  Hampir semua jalan melintang di bandaraya ini mempunya nama jalan mengikut angka, sementara yang menghala dari selatan ke utara mengguna nama ‘avenue’ kecuali Jalan Broadway yang mereng.  Ia merupakan jalan asal yang telah wujud sejak pulau ini didudukki oleh kaum India-Amerika dari puak bernama Manhattan.  Jadi pulau ini sekarang mengambil nama mereka.
          Penjajah Inggeris yang kejam telah membeli seluruh pulau ini dari penghulu puak India-Amerika ini dengan harga cuma beberapa ribu paun sahaja.
          Keretapi Nombor 1 yang saya ambil melunsur di dalam perut bandaraya beberapa ratus kaki di dalam tanah dan berhenti di beberapa stesyen dalam perjaanan untuk memungah dan mengambil penumpang sebelum tiba di stesyen 116 Street, iaitu di pertengahan kampus di bawah Jalan Broadway. 
          Ianya adalah keretapi ‘local’ atau tempatan, yang bermaksud keretapi ini berhenti di semua perhentian.  Berbanding dengan keretapi ekspres Nombor 2 dan 3 yang berhenti di beberapa tempat sahaja.  Sekiranya saya mahu cepat tiba ke destinasi, saya akan ambil keretapi ini dan berhenti di stesyen 96 street untuk berpindah ke sebelah platfom untuk keretapi Nombor 1 dan teruskan perjalanan ke stesyen 116 street pula.
          Saya rasa begitu yakin sekali dapat ke sana dengan mengguna ‘subway’ walaupun ini kali pertama saya menaikkinya. Saya tidak kuatir teguran orang awam yang suruh saya berwaspada sebab di bandaraya ini terdapat banyak perompak dan penyamun. 
          Saya yakin sebab saya tidak berlagak seperti pelancong, tetapi penghuni yang mahu menetap di sini lama, dan tahu bagaimana untuk bercakap dengan orang tempatan. Jadi, mereka sudah pasti tidak dapat meneka yang saya ini baru satu hari tiba di sini walaupun saya sentiasa memegang kamera.
          Dan yang penting sekali ialah, jangan pergi ke tempat-tempat yang dianggap sebagai merbahaya seperti di Central Park seorang diri, atau pada malam hari.
          Yang pentingnya, kita jangan berlagak seperti seekor ‘rusa masuk kampung’ dan berlagak terlalu hairan dengan apa yang kita lihat. 
          Watak-watak di kaki-lima atau ‘sidewalks’ di sini semuanya berbeza dengan apa yang pernah kita lihat. Dan kita tidak perlu pula rasa begitu hairan kalau ada orang yang menari seorang diri tanpa muzik.  Ini cara mereka di sini walaupun pada kita gayanya seperti orang sakit jiwa.
          Dalam tahun 1978 pemuda-pemudi di sini gembar membawa radio bimbit yang besar dan mereka akan memasangkan kaset dengan lagu rock yang dimain dengan kuat sekali.  Ketika ini zaman disko, dan filem ‘Saturday Night Fever’ merupakan filem utama musim itu.
          Sebelum ke stesyen Pennsylannia saya telah duduk agak lama juga di atas anak tangga bangunan Pejabat Pos di 34 Street, sambil mengambil gambar Madison Square Garden yang telah menyaksikan banyak konsert oleh penghibur terkenal seluruh dunia dan acara tinju diantara Muhammad Ali dan ahli tinju lain yang tumbang olehnya.
          Ini rupanya Madison Square Garden, fikir saya. Dan di hadapan sana kelihatan bangunan pencakar langit yang pada suatu ketika itu tertinggi seluruh dunia, iaitu Empire State Building. 
          Boleh kelihatan dari sini juga, bangunan berkembar World Trade Center. Saya mahu dakinya hingga ke mahkota arca Statue of Liberty di Pulau Liberty, dengan menaikki feri di selatan Pulau Manhattan.
          Saya mahu bersiar-siar sepuas hati, sebab apabila sekolah bermula, waktu sudah pasti menjadi singkat, dan ketika itu masa luang akan terhad.  Inilah masa yang paling baik sekali untuk berlagak seperti pelancong.
          Esok atau lusa, saya mahu memanjat kedua bangunan ini untuk melihat seluruh kawasan Bandaraya New York. 
          Ketika musim panas seperti ini suasana sekelilling bersih dan kita boleh lihat sehingga New Jersey.  Pada musim sejuk pemandangan kita akan terhad kepada beberapa puluh kaki sahaja, oleh sebab seluruh bandaraya ini diselubungi oleh kabus tebal. Dan yang penting sekali ialah matahari membenam pada waktu yang agak lambat, sehingga pukul lapan setengah atau sembilan.
          Umat Islam di sini membuka puasa ketika itu juga.
          Dan saya mahu melawat ke tempat-tempat ini sebab ianya terkenal seluruh dunia. Saya sendiri sering melihat gambar-gambar mengenainya, dan baca tentangnya. 
          Saya keluar dari stesyen ‘subway’ dan terus pergi ke perhentian bas berhampiran untuk bertedur di bawah sebuah perhentian bas, oleh sebab hujan telah turun renyai-renyai. Juga saya kurang pasti ke mana arah yang saya mahu ambil untuk ke bangunan Lewisohn Hall.  Saya sudah tiba di pintu depan universiti.
          Kampus ketika itu lenggang. Sebab ketika itu cuti musim panas selama tiga bulan. Dan tidak berapa minggu atau hari lagi penuntut-penuntut akan datang semula untuk menyambung pengajian.
          Setelah mendapat maklumat sayapun berlari masuk ke dalam kampus dan terus terserempak dengan bangunan-bangunan seperti Low Memorial Library dan Butler’s Library dan yang lain-lain yang mana saya sudah sering melihat dari dalam buku-buku dan katelog yang telah saya terima dari univesiti ini sebelum datang ke sini.
          Saya rasa gembira dapat tiba di sini akhirnya untuk meneruskan pelajaran di peringkat sarjana kesenian halus dalam bidang pengarahan filem. Saya penuntut dari Malaysia yang pertama menuntut dalam bidang itu di sini.
          Saya terus pergi ke pejabat antarabangsa di Lewisohn Hall di mana penuntut-penuntut dari luar Amerika berkumpul untuk mendapat penerangan tentang cara mendaftar dan membuat pembayaran yuran sekolah dan mencari tempat penginapan dan sebagainya. Ia terletak berhampiran dengan Dodge Hall dan Earl Hall.
          Saya diberitau bahawa semua bilik asrama sudah habis diambil oleh penuntut-penuntut, dan nama saya dimasukkan dalam senarai giliran.
          Selang dua hari, saya diberitau bahawa saya sudah mendapat bilik asrama di Harmony Hall yang terletak di 110 Street. Di persimpangan jalan ini dan Broadway terdapat sebuah kedai kopi yang dipunyai oleh lelaki Yunani atau Greek. Dia sering sangkakan yang saya orang India-Amerika dan mempelawa saya bekerja sampingan di kedainya untuk menampung yuran sekolah dan kehidupan di kampus.
          Dia mungkin fikir demikian sebab rambut saya ketia itu begitu panjang sehingga ke bahu dan lebat dan seperti banyak orang Melayu, mempunyai wajah sama dengan orang India-Amerika pula.
Tambahan pula saya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Amerika yang tidak sukar diperolehi kalau kita merupakan satu-satunya penuntut Malaysia di kalangan penuntut Amerika.  Jadi mahu tidak mahu, kita kena mengguna loghat yang mereka faham.
          Keesokan harinya kami dibawa ke seluruh kampus untuk mengenalinya oleh pegawai dari jabatan antarabangsa untuk sessi suaikenal.   

Ahad, 29 April 2012

TEATER BAHASA INGGERIS RELIK ZAMAN PENJAJAHAN?

Oleh Mansor Puteh




Kegiatan persembahan teater atau sebarang jenis persembahan pentas dengan menggunakan Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan di mana-mana bandar utama negara kita, sebenarnya bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dulu. 
          Di Kuala Lumpur, misalnya, ia dimulakan oleh pegawai penjajahan Inggeris yang membawa keluarga mereka, termasuk sekumpulan masyarakat Inggeris yang bergiat dalam bidang pentadbiran dan perniagaan.
          Mereka menganjorkan persembahan teater di dewan khas di Bangunan Sultan Abdul Samad yang tidak lama dulu dimusnahkan dalam satu kebakaran.
          Dan kegiatan teater Bahasa Inggeris lain juga dipersembahkan sebagai matapelajaran di Sultan Idris Training College (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan bertempat di Tanjong Malim.  Sementara itu maktab terkenal ketika zaman penjajahan inggeris seperti Malay College Kuala Kangsar (MCKK) atau kini dikenali dengan nama Maktab Melayu Kuala Kangsar turut menggalakkkan penuntut-penuntut bergiat dalam bidang teater Bahasa Inggeris.
          Malah sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh pihak penjajah Inggeris seperti Victoria Institute, St. John’s Institution, St. Francis’ Institution juga mempunyai aktiviti seperti itu.
          Penuntut-penuntut SITC misalnya sering membuat persembahan teater Shakespeare dalam Bahasa Inggeris.
          Tujuannya ialah untuk menggalakkan mereka untuk menyukai hikayat karya Shakespeare, disamping bertutur dalam Bahasa Inggeris seharian, untuk lama-kelamaan menjadikan bahasa Inggeris ini seperti bahasa ibunda sendiri.
          Dan apabila Universiti Malaya ditubuhkan, penuntut-penuntut jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris terpaksa mengambil kursus teater di mana mereka mempersembahkan teater dalam bahasa.
          Kelab-kelab teater khusus untuk persembahan teater Bahasa Inggeris ditubuhkan oleh penuntut-penuntut di Universiti Malaya sehinggakan ia menjadi kegemaran mereka. Dan apabila penuntut-penuntut jurusan bahasa itu lulus dari pengajian, merekalah yang teruskan perjuangan mereka untuk mementaskan teater Inggeris di Kuala Lumpr.
          Di bandar-bandar lain, kegiatan teater Bahasa Inggeris ini tidak begitu giat, sebab tidak terdapat pemimpin yang gemar dengan teater Inggeris, maupun teater Bahasa Melayu, walaupun berbanding dengan teater Inggeris, teater Melayu nampaknya lebih giat.
          Tetapi, apa yang harus diingatkan di sini ialah, pihak penjajah Inggeris sedar sejak awal lagi bahawa usaha mereka untuk menggalakkan anak tempatan, yakni anak Melayu, Cina dan India untuk mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa harian tidak akan berkesan sekiranya mereka tidak ‘dipaksa’ menggunakan bahasa itu setiap hari.
          Jadi, cara yang diguna oleh pihak penjajah ini ialah dengan memupukkan semangat cintakan teater Bahasa Inggeris dengan harapan mereka akan mengguna bahasa asing itu sebagai bahasa sendiri. Dan dengan cara ini juga, mereka akan terikut-ikut meniru carahidup dan serapkan nilai budaya Inggeris, dan secara tidak langsung, menolak carahidup dan nilai budaya sendiri.
          Sebenarnya usaha pihak penjajah Inggeris ini boleh dikatakan berjaya, kalau kita lihat betapa giat dan gah sekumpulan masyarakat bangsa Malaysia dari keturunan Melayu, Cina dan India bergiat membuat persembahan teater dan persembahan pentas lain dengan mengguna Bahasa Inggeris.
          Ini menakjubkan sebab Bahasa Inggeris itu adalah bahasa penjajah dan bahasa asing bagi kita, tetapi ia telah berjaya diserapkan ke dalam jiwa sekumpulan masyarakat negara kita, sehingga mereka tidak rasa segan dan silu membuat persembahan teater atau permentasan dalam Bahasa Inggeris yang asing itu, bagaikan bahasa ini adalah bahasa ibunda (mother tongue) mereka sendiri.
          Dan tabiat mengguna Bahasa Inggeris ini telah terbawa-bawa sehingga mereka cuma bertutur dalam bahasa asing saban hari, dan menolak Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan.  Malah ada masyarakat Melayu, Cina dan India rasa kekok bertutur dalam Bahasa Melayu, maupun bahasa ibunda lain seperti Mandarin, Kantonis, Hokkien atau Tamil.
          Ada sekumpulan orang Melayu yang langsung tidak gemar Bahasa Melayu, dan yang membuat mereka itu ganjil pada pandangan masyarakat Melayu umumnya ialah apabila mereka tidak tahu berbahasa Melayu, dan meniru carahidup, gaya dan nilai budaya Inggeris atau Barat.
          Tidak hairan juga kalau mereka sengaja mahu merasa ‘tinggi diri’ atau mempunyai komplek megah dengan loghat British atau Amerika dan nama Inggeris atau cara mereka memakai pakaian Barat yang terdedah, dan mencelupkan rambut untuk kelihatan seperti ‘blonde’.
          Pengunaan Bahasa Inggeris ini di kalangan sekumpulan kecil masyarakat Malaysia ini, telah menwujdukan satu kumpulan ‘sub-culture’ yang anih di dalam masyarakat kita.
          Kegiatan teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur yang ada sekarang, sebenarnya merupakan satu relik peninggalan zaman penjajahan Inggeris. Ia tidak berbeza dengan peninggalan bangunan lama sepeti ‘A Famosa’ dan bangunan-bangunan lama serta nama-nama jalanraya di seluruh Kuala Lumpur dan negara yang mempunyai nama tokoh penjajah Inggeris seperti Jalan Maxwell, Jalan Campbell, Jalan Mountbatten dan Georgetown dan lain-lain.
Mujur pihak kerajaan kita telah berjaya menukar kebanyakan nama-nama Inggeris ini kepada nama Melayu, untuk menunjukkan bahawa kita sudah merdeka dan nama-nama yang diagongkan oleh pihak penjajah Inggeris juga mesti dikikis sebab mereka tidak sesuai diberikan kepada nama jalanraya, bandar dan tempat-tempat penting di seluruh negara kita.
          Dan saya anggap bahawa kegiatan teater Bahasa Inggeris ini sebagai satu kejanggalan.
          Kita sudah merdeka selama empat-puluh-satu tahun, dan kehadiran teater bahasa Inggeris, dan penggunaan bahasa asing atau penjajah ini secara terang-terang cuma boleh memberi andaian bahawa ada kelompok kecil dalam masyrakat kita yang masih belum merdeka dari kuasa Inggeris.
          Sebab kenapa mesti diagong-agongkan bahasa Inggeris atau bahasa penjajah itu sehingga sekarang? Tidakkah kita mempunyai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri iaitu Bahasa Melayu yang kita boleh guna dalam semua hal perhubungan, termasuk dalam bidang teater?
          Dan yang menganehkan lagi ialah, mereka yang beria-ia mahu membuat persembahan dalam bahasa Inggeris bukannya orang Inggeris yang menetap di negara kita, tetapi orang Melayu, Cina dan India yang telah menjadikan bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda mereka sendiri.
          Sedangkan apa yang mereka persembahkan itu memang boleh dipersembahkan dalam Bahasa Melayu, walaupun ia drama pentas karya Shakespeare.
          Tetapi, pengunaan Bahasa Inggeris ini tidak lain disebabkan mereka rasa begitu selesa bertutur dalam bahasa ini disamping, mereka boleh rasa seperti mereka ini adalah ‘orang putih’ (Inggeris), walaupun bukan orang Inggeris tulen tetapi celup!
          Yang menggelikan hati ialah walaupun mereka giat bergiat dalam bidang teater bahasa Inggeris tetapi kehadiran mereka cuma sekadar di sekitar Kuala Lumpur atau di beberapa tempat di negara kita. Mereka tidak berani membuat persembahan di luar negeri. Atau apakah orang Inggeris di Britain dan Amerika akan senang dengan kehadiran mereka?
          Sudah pasti masyarakat di Britain dan Amerika atau Australia akan rasa janggal melihat persembahan teater oleh rakyat Malaysia yang dipersembahkan dalam bahasa Inggeris, dan tidak dalam bahasa ibunda mereka sendiri ialah Bahasa Melayu.
          Mungkin, mereka yang beria-ia bergiat dalam persembahan teater bahasa Inggeris itu ‘perasan’ dan rasa diri mereka itu lebih hebat dan lebih segala-galanya, sebab mereka faseh berbahasa Inggeris dan di samping itu mereka rasa bangga sebab kurang faseh berbahasa Melayu.
          Walaupun saya menuntut dalam aliran Inggeris sejak Darjah Satu, hingga ke peringkat sarjana di Amerika, tetapi saya tidak teringin untuk bergiat dalam teater Inggeris di Kuala Lumpur. 
          Sebabnya ialah bahasa ini tetap asing bagi saya. Dan kalau saya menulis skrip teater dalam Bahasa Inggeris, tujuannya ialah untuk mempersembahkannya di England atau Amerika.
          Mungkin orang teater lain mahu membuat persembahan teater dalam Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, khususnya semata-mata mereka mahu berlagak, lebih dari mahu menunjukkan yang mereka berbakat untuk menulis sebuah skrip yang baik, dan membuat persembahan yang bermutu tinggi.
          Berbanding dengan teater Bahasa Inggeris, saya beranggapan bahawa teater Bahasa Melayu di Kuala Lumpur jauh lebih bermutu.
          Cuma yang membuat kita rasa ragu akan tahab persembahannya ialah oleh sebab kita sendiri tidak mahu mengangkat tahab pencapaian kita ke suatu tahab yang sempurna, dan sering menganggap bahawa tahabnya tidak setinggi mana.
          Lain pula dengan teater Bahasa Inggeris, yang mana pada umumnya tidak bermutu tinggi, tetapi oleh sebab ia diadakan dalam bahasa asing itu, mereka sendiri rasa berpuas hati, dan menganggapnya berjaya dan berbanding dengan teater Bahasa Melayu, persembahan mereka lebih bermutu.
          Ini semua adalah tidak benar, sebab teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur tidaklah sebaik mana. Sebab kalau tidak kenapa sehingga kini tidak terdapat seorang pelakon, penulis skrip atau pengarah dari kumpulan mereka yang diiktiraf dari pengiat teater di Britain atau Amerika dan Australia.
          Malah kalau hendak diperkatakan lebih banyak pengiat teater Bahasa Melayu dari negara kita yang sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan di luar negeri, termasuk persembahan tradisional seperti Mak Yong, Gamelan dan Ghazal dan lain-lain.
          Sudah tiba masanya untuk media Bahasa Melayu dan pengiat teater bahasa ibunda kita menaikkan imej teater Bahasa Melayu ke tahab pencapaian yang sewajarnya agar ia tidak akan terus dibebankan dengan perasaan ‘rendah diri’.
          Kalau kegiatan teater Bahasa Melayu dikatakan mundur berbanding dengan teater Bahasa Inggeris, ini cuma memberi makna bahawa kerajaan atau kementerian berkenaan gagal untuk berbuat sesuatu untuk memajukan kegiatan teater Bahasa Melayu agar ia diterima oleh penonton Melayu dan bukan Melayu.
          Tentu ada caranya untuk kerajaan memajukan kegiatan teater Melayu supaya ia dijadikan satu perusahaan dan tidak sahaja satu kegiatan seni yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam bidang ini secara sampingan atau suka-suka.
          Zaman berteater secara suka-suka atau sampingan sudah berlaku, dan kerajaan harus berfikir panjang dan cara jalan tentang bagaimana mahu dimajukan perusahaan teater Melayu atau nasional.

Rabu, 25 April 2012

SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI? – BAHAGIAN II.

…SIAPA YANG MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA DAN SIAPA YANG TIDAK PEDULIKANNYA?
Oleh Mansor Puteh



Di Sumatera dan Pulau Jawa kebanyakan sultan dan raja-raja mereka telah dihapuskan sebaik sahaja Indonesia mencapai kemerdekaan mereka dalam tahun 1948 dahulu bila mereka berjaya menumpaskan kuasa Belanda yang telah mengecam mereka sekian lama.

Dan kebanyakan sultan dan raja-raja di sana telah berpihak kepada Belanda, jadi apabila rakyat Indonesia mengalahkan mereka, sultan dan raja-raja yang dikatakan telah belot itu turut dihapuskan.

Kesultanan yang ada di Indonesia ialah Kesultanan Jogjakarta dengan Sultan Hamengkubuwono III yang bertakhta. Istana atau Kraton Sultan Jogjakarta masih tersergam dan pada waktu-waktu tertentu pengunjung ke bandaraya ini boleh menyaksinya, yang sering dijalankan dengan penuh adat Jawa.

Selain dari itu kerajaan di Pulau Bali masih ada tetapi pengaruhnya sudah menjadi kurang. Mereka menetap di Puri atau Istana Ubud yang kini dijadikan sebuah pusat kebudayaan dengan acara tertentu untuk pelancong diadakan pada sebelah malam.

Dan kedudukan orang Cina di Indonesia juga menjadi lebih teruk sebab mereka rata-rata menyebelahi pihak Belanda, dengan mengharapkan agar Belanda akan terus menguasai seluruh Indonesia.

Oleh sebab itu kedudukan orang Cina di Indonesia tidak stabil dan mereka sering dicemuh sehinggakan bahasa dan kebudayaan mereka mahu dihapuskan dan mereka dilarang untuk menubuhkan sebarang persatuan Cina mereka. Mereka juga tidak dibenar mengguna bahasa Cina dan nama sendiri sehinggakan kuil mereka itu tidak ada tulisan Cina.

Hanya sekarang sahaja, bila masyarakat Cina di Indonesia boleh mula mengguna bahasa sendiri dan mereka ada rancangan-rancangan ugama dan hiburan dan kebudayaan dalam bahasa sendiri.

Namun demikian, kebanyakan orang Cina yang sering muncul dalam rancangan-rancangan seperti ini masih mengguna Bahasa Melayu sebab mereka telah lama dididik dalam bahasa lain.

Dan yang menjadi mangsa pertama di Singapura bila penduduk bukan Melayu bertambah ramai ialah bila Sultan Singapura yang pertama, Sultan Hussain Shah disingkirkan sehinggakan dia terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaikki kapal bernama ‘Julia’ yang dipunyai oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun, 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. 

Sultan Hussain Shah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka khususnya, walaupun penduduk bukan Melayu tidak endahkan kehadirannya.

Bagaimanapun, kehidupannya di Melaka tidak seperti di Singapura, dimana dia mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ini ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kematiannya lima-belas bulan kemudian pada 5 September, 1835.

Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali Iskandar ditabal dalam sebuah acara yang sederhana dan dia langsung tidak bertakhta maupun berdaulat. Dan kehidupannya melarat sebab dia tidak diberi wang dari pihak Inggeris yang telah menyekatnya bila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles diganti oleh John Crawfurd, yang ternyata sekali mempunyai sikap anti- atau benci-Melayu. Dan dialah orangnya yang telah membuat Sultan Hussain Shah menderita dan merajuk.

Inilah sebenarnya apa yang diniatkan oleh Inggeris bila

Beliau tidak dipilih menjadi Sultan Riau selepas kemangkatan bapanya, sebab emaknya orang biasa bernama Encik Makoh binti Daing Maturang. Dan ketika itu pula Raja Hussain berada di Pahang dan tidak sempat menghadiri upacara pengebumian bapanya dalam tahun 1812 walaupun dia telah dilantik sebagai Tengku Mahkota sebaik sahaja dijadikan anak angkat Raja Hamidah tiga tahun sebelumnya, iaitu isteri Sultan Mahmud dengan tujuan dia menggantinya kelak. Bagaimanapun ini tidak berlaku dan adiknya, Raja Abdul Rahman Shah pula yang menjadi Sultan Abdul Rahman.  

Dan dia membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat di Riau untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sedarhana sahaja sehinggalah dia dipelawa oleh Inggeris dengan diketuai oleh Farquhar untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama.

Tentu sekali Raja Hussain ketika itu rasa berwas-was mahu menerima tawaran seperti itu dan jadi seorang sebuah negara baru. Tetapi, malangnya, tidak berapa lama kemudian, setelah ditabalkan sebagai Sultan Singapura, dia mula dihina dan diendahkan. Kedudukannya sebagai sultan diperlekehkan sehinggalah dia ambil keputusan untuk melarikan diri ke Singapura.

Sultan Hussain Shah menanggis pada waktu malam bila dia sedar yang dia telah disalahguna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya. Malah orang Cina di Singapuralah yang telah menyebabkan Kesultanan Singapura terkubur.

Walaupun kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan sehinggalah akhirnya Istana Kampung Gelam diambil alih oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu.

Jadi apa yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa perit yang dialami oleh Sultan Hussain Shah ini? Banyak.

Diantaranya ialah Orang Melayu dan Umat Islam mesti bersatu dan jadikan Nusantara Melayu dan Dunia Islam sebagai satu daerah khusus dan khas dan penting untuk perkembangan ekonomi dan penyebaran ugama dan budaya kita.

Kita mesti wujudkan satu pasaran bersama dengan menjual-membeli barangan sendiri yang kita buat. Wujudkan sebuah Sinema Nusantara dan Sinema Islam dan terbit filem-filem yang mengisahkan tentang kepahlawanan dan kehabatan kita sendiri dan edarnya ke seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam, supaya akhirnya kita dapat ketepikan filem asing khususnya dari Barat atau Hong Kong dan India.

Mempertingkatkan pengunaan Bahasa Melayu dan ajarnya kepada pelajar di sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti, dengan menyebutkan perkataan dan membentuk ayat secara sama, dan tidak mengguna pengaruh Inggeris atau Belanda.

Banyak lagi cara yang boleh kita guna untuk menyatukan Bangsa Meayu dan Umat Islam seluruh dunia dan kita ada pakar dalam semua bidang yang mesti dijana kebijaksanaan mereka, dan wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi dan perusahaan penting supaya akhirnya Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh berdikari.

Caranya bukan dengan mengadakan kongres, berpantun dan berjenaka lagi. Sudah ramai orang berbuat demikian dan semuanya berakhir dengan kehampaan sebab ia hanya menonjolkan perseorang dan orang yang tidak ada cadangan maupun pendapat yang penting atau hebat yang boleh dilaksanakan.

Jadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shahalam sebagai pusat perkembangan kebudayaan dan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang paling penting di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam. Kita tidak boleh mengharapkan ilmu yang boleh ditimba dari universiti terulung di seluruh dunia – mengikut mereka – termasuk yang ke-200 terpenting sebab mereka tidak ajar macam mana Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh bersatu dan terus maju. 

Jumaat, 20 April 2012

SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI? – BAHAGIAN I.

…JASAD BAGINDA TERLANTAR DI MAKAM DI PERKARANGAN MASJID TRANGKERAH DI MELAKA.
Oleh Mansor Puteh


Inilah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.

Ia adalah sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk Bangsa Melayu di Nusantara Melayu…bukan sahaja tentang bagaimana seorang Sultan Melayu boleh disingkir bila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.

Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk Orang Melayu di Malaysia dan diseluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang. 

Ia adalah juga tentang bagaimana Inggeris dan Belanda yang mahu pecahkan Nusantara Melayu atau Dunia Melayu di Tenggara Asia sejak berzaman-zaman dahulu. Mereka gagal untuk melakukannya.

Kedua kuasa Barat menyebar ugama mereka, tetapi gagal untuk menguasainya kecuali Filipina yang dulunya sebuah kesultanan Melayu dan Islam tetapi kini sebuah republik dengan kebanyak penduduk berugama katholik, dengan segelintir Islam-Melayu terhumban di sebuah daerah kecil di selatan negara dan terbiar tanpa sebarang pembangunan yang ketara. 

Sebelum ini, mereka telah memecah-belahkan Dunia Arab dengan menuduh mereka bermazhab Sunni dan Syiah. Maka, orang Arabpun bergaduhlah sehingga sekarang. Yang rugi mereka. Dan yang untuk adalah Barat dan Yahudi.

Jadi cara ‘bahagi dan pecah’ atau ‘divide and rule’ ini diguna sebaik mungkin untuk melagakan Umar Islam dan Orang Melayu sesame sendiri, dengan membawa kaum asing sebagai penyendal bagi menwujudkan perbalahan yang tidak berakhir sehingga kini.

Jadi, al-kisah Sultan Singapura itu tidaklah sia-sia. Ia memberi banyak pengajaran yang harus disedar oleh semua Orang Melayu sekarang.

Tetapi, mujur Bangsa Melayu khususnya di Malaysia dan Indonesia tidak terikut-ikut dengan apa yang mahu dilakukan oleh Inggeris dan Belanda bila mereka menandakan perjanjian pelik bernama Perjanjian Inggeris-Belanda atau ‘Anglo-Dutch Treaty’ dalam tahun 1824 bila mereka dengan sendiri memilih negara mana yang mereka mahu taklukki.

Inilah satu perbuatan kejam yang telah hampir memusnahkan Bangsa Melayu dan Dunia Melayu yang sehingga mereka datang, menyaksikan perhubungan erat dengan perdagangan yang dilakukan yang menguntungkan semua pihak. Malangnya, kerakusan Inggeris dan Belanda itu telah memporak-perandakan Dunia Melayu. 

Kemuncak usaha kuasa penjajah Barat itu ialah Konfrantasi yang dialami oleh Malaysia dan Indonesia dalam tahun 1960an. Mujur kita mempunyai tokoh seperti Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri Malaysia dan Mohammed Sukarno sebagai presiden Republik Indonesia yang telah dapat mententeramkan keadaan sehingga dapat membawa keamanan di antara kedua buah negara. Maka oleh itu kuasa penjajah Barat itu gagal.

Tetapi kesan mereka masih dapat dirasakan sehinggakan sekarang apabila kaum pendatang yang mereka telah bawa dari negara-negara luar dari Nusantara seperti tidak serik dan masih mahu mencari pasal. Ini berikutan dengan kenaikan tahab ekonomi mereka dan kuasa politik yang diberi kepada mereka oleh kita yang telah membuat mereka terlupa asal-usul mereka.

Usaha Inggeris dan Belanda pasti akan gagal juga walaupun mereka tidak memainkan peranan langsung, tetapi oleh sisa-sisa peninggalan mereka itu.

Itulah maka perlunya untuk Bangsa Melayu di seluruh Nusanatara Melayu bersatu dan menwujudkan persefahaman dalam semua bidang dan tidak sahaja untuk meraikan ketua pemimpin mereka sahaja. Ia harus dilakukan dalam semua peringkat dan melibatkan kegiatan sosial, kebudayaan dan ekonomi serta ugama.

Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 January, 1819.

Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatit untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung bekerja dengannya, juga sebagai pencatit. Oleh sebab itu Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara yang berlangsung di Padang pada 31 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalannya yang telah menyaksinya. Munshi Abdullah juga tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh bukan Melayu.

Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengistiran yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, ‘Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.’

Jenazah beliau sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.

Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami oleh kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002 ia telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center.

Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina mengusir seorang Sultan Melayu dengan begitu mudah.

Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan Negeri Cina sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.

Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera maupun dari Malaya, sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura.

Kisah seperti ini bunyi seperti sebuah dongeng. Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh dihapuskan dengan begitu mudah?! Tetapi ia benar. 

Selasa, 17 April 2012

SEKATAN KE ATAS IRAN, SATU USAHA YANG GAGAL DAN YANG BOLEH MEMALUKAN AMERIKA DAN SEKUTUNYA

– KUASA VETO DAN NUKLEAR MEREKA TIDAK BERKESAN BILA NEGARA ARAB DAN ISLAM LIHAT IRAN SEBAGAI BENTENG PENTING UNTUK MENAHAN KESEMARAKAN PENGARUH ZIONIS DAN ISRAEL DI DUNIA.
Oleh Mansor Puteh


Ancaman sekatan atau ‘sanction’ ke atas mana-mana negara oleh Amerika sebenarnya bukan sesuatu yang baru; ia adalah satu usaha terdesak, yang melampaui kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diplomasi antarabangsa.

Lebih dari itu, ia adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal dan primitif.

Tujuannya ialah untuk Amerika memaksa sesebuah negara tunduk kepada kehendaknya.

Dalam usahanya yang telah lalu-lalu sekatan yang dianjurkan dan dikenakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya ternyata tidak berkesan.

Yang berkesan hanyalah sekatan yang telah dilakukan oleh negara-negara di dunia ke atas kerajaan apartheid Afrika Selatan yang akhirnya telah menyebabkan negara minority kulit putih itu tunduk kepada tindakan negara-negara majoriti sehinggakan Afrika Selatan bebas dan menjadi negara kulit hitam seperti sekarang.

Sekatan lain yang turut berkesan tetapi yang belum mendatangkan hasil sepenuhnya ialah sekatan terhadap negara Zionis Israel yang dikenakan oleh banyak negara-negara Islam.

Ia telah menyebabkan Israel hidup dalam dunia yang amat sempit tanpa mempunyai rakan-rakan yang mahu berhubung dengan mereka.

Ini juga menyebabkan ramai rakyat mereka tidak dapat bergerak dengan mudah dimana-mana termasuk di Amerika sendiri bila mereka tidak dapat mengaku mereka dari Israel.

Sebaliknya sekatan terhadap Iran yang dikenakan sekarang, tidak pula menyebabkan rakyat Iran dari bergerak dari satu negara ke negara lain; mereka boleh menjalankan kehidupan seharian seperti biasa dan ini yang mencemaskan apabila ramai diantara mereka kini berada di Amerika sendiri, dan ramai lagi pergi ke negara-negara Islam lain termasuk Malaysia yang mana akan menghasilkan satu pertembungan yang sihat.

Kemenangan filem Iran iaitu ‘A Seperation’ dalam Malam Anugerah Akademi Februari lalu juga menunjukkan sekatan ke atas Iran hanya berlaku di Washington DC dan tidak di Hollywood dimana mereka senang menerima filem-filem dan pengkarya filem dari Iran.

Dan banyak filem dan pengkarya filem Iran juga disenangi dan sering disanjung oleh pesta filem di Eropa dan Barat termasuk di Amerika.

Ini semuanya menunjukkan kesan terhadap sekatan terhadap Iran yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya ke atas Iran tidak berkesan.

Dan ini telah juga membuat Amerika dan sekutunya terdesak mahu ambil tindakan lebih drastik dari itu iaitu dengan mengenakan sekatan terhadap penjualan minyak ke negara-negara Barat dan sekutunya.

Ini adalah diatas dakwaan Amerika bahawa Iran kini giat berusaha membuat bom nuklear yang boleh mengancam Timur Tengah khususnya kewujudan Israel, dan juga negara-negara di Eropah kalau Iran mempunyai peluru berpandu jarak jauh yang boleh sampai ke sana.

Ini sebenarnya bukan soalannya. Soalannya ialah, apakah Iran juga tidak ada cita-cita murni untuk membangunkan negara mereka dengan mengguna cara dan tindakan yang sekutunya, Israel telah lama ada, yang mana mereka telah menggunanya untuk mengugat ketenteraman dan keselamatan negara-negara yang berjiran dengannya?

Malah tanpa memilikki kuasa nuklear, Israel sudah lama dapat dihapuskan. Dan mereka sendiri sedar tanpa kuasa nuklear yang mereka tidak berani mengaku memilikki, mereka juga tidak berani untuk menjadi angkuh.

Kuasa nuklear atau ‘nuclear option’ ini adalah satu-satunya sebab kenapa Israel berani bersikap angkuh dan terus merampas tanah Palestin dan membunuh pemimpin mereka dengan sewenang-wenangnya.

Ini ditambah pula dengan sokongan padu dari Amerika yang tidak akan ambil tindakan ke atas Israel selain dari beri nasihat sahaja.

Amerika ada kuasa veto yang telah mereka guna untuk mematikan sebarang ketetapan yang diluluskan oleh PBB ke atas Israel.

Oleh sebab veto dan kuasa nuklear inilah maka Israel dapat berkembang dan menjadi lebih angkuh.

Kalau tidak bagaimanakah sebuah negara yang dianggap sebagai pariah dapat bertahan seningga kini?

Israel telah ‘ditubuhkan’ dalam tahun 1948, bila Dunia Islam bergolak dengan pergerakan kemerdekaan masing-masing.

Negara-negara Islam tidak bersepakat dan keadaaan seperti ini telah membenarkan Israel wujud.

Dan negara-negara Arab dan Islam ketika itu pada dasarnya tidak pentingkan sangat untuk memilikki kuasa tentera, jauh sekali mahu fikirkan untuk memilikki kuasa nuklear, maka mereka tertindas dengan tindakan dari negara-negara kuasa besar lain yang pada awal lagi tahu bahawa kewujudan mereka di dunia ini hanyalah bergantung kepada kuasa nuklear.

Oleh sebab itu Israel juga beria-ia mahu memilikki kuasa nuklear sebaik sahaja mereka berjaya mengukir sebuah negara dari tanah Palestin dalam tahun 1948 supaya ia dapat menjamin keselamatan mereka.

Tetapi berapa lamakah Israel dan penyokong kuatnya, Amerika dan sekutu-sekutu pro-Zionis di Barat dapat mempertahankan kedudukan ini?

Sebab lambat-laun Iran atau negara-negara Arab dan Islam lain akan turut mahu dan sudahpun memilikki kuasa nuklear yang mereka guna untuk menjaminkan kemakmuran negara masing-masing, yang boleh menjana peningkatan ekonomi mereka.

Ia adalah bukan kuasa nuklear seperti yang diguna oleh Amerika dan Israel dan sekutu-sekutunya yang lebih cenderung mengguna kuasa ini sebagai senjata, sedangkan negara Arab dan Islam lain termasuk Iran hanya mahu menggunanya untuk menjaminkan bahawa mereka boleh membangunkan negara masing-masing bagi mengharungi masa depan yang penuh cabaran apabila kuasa fosil atau minyak petrol kering dari negara mereka.

Dan dengan mahu mengenakan sekatan terhadap Iran sekarang, Amerika dan sekutunya mahu memastikan Iran tidak menjadi sebuah negara maju di Timur Tengah dan Teluk; mereka mahu jaminkan Iran jadi seperti Afghanistan dan Iraq yang boleh diperkotak-katikkan.

Malah dengan kegagalan Amerika dan sekutunya yang berusaha untuk Israel, tindakan mereka terhadap Afghanistan dan Iraq ternyata gagal.

Kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab mulai tahun 2011 membuktikan bahawa kuasa sorakan dan tempekan di jalan itu kadang-kala lebih berkesan dari kuasa veto di PBB sendiri.

Dan rakyat Amerika dan di negara-negara sekutunya juga sedar tentang perkara ini dan sudahpun bangkit dari lena, bila mereka menganjurkan protes yang dipanggil ‘Occupy Wall Street’ di Bandaraya New York yang merebak ke banyak bandaraya dan pekan seluruh Amerika.

Malah ia telah juga merebak ke hampir semua negara di Eropah dan Latin Amerika.

Kesannya sudahpun dirasaikan. Sebabnya juga sudah jelas sekarang, bahawa rakyat Amerika dan negara-negara sekutunya juga tidak senang dengan tindakan pihak pemimpin politik negara masing-masing khususnya di Washington DC yang ternyata dipengaruhi oleh pelobi Zionis.

Dan ini tidak menyenangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka sedar bahawa semua perusahaan penting di Amerika khususnya didominasi oleh mereka yang menyokong Zionis dan Israel sedangkan rakyat biasa Amerika melarat.

Amerika dan sekutunya mahu melumpuhkan Iran, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah sebaliknya; Iran yang bakal melumpuhkan Amerika dan sekutunya, tanpa ia perlu mengguna sebarang kuasa ketentaraan, dengan hanya membenarkan Amerika dan sekutu-sekutunya guna kuasa veto dan sekatan mereka, selagai boleh.