Jumaat, 8 Februari 2013

PARAMESWARA, SUKARNO DAN SINEMA NUSANTARA:


MALAYSIA-INDONESIA SERUMPUN, TETAPI TIDAK ADA KESERAGAMAN DAN KEMESRAAN.
Oleh Mansor Puteh



…Ini punca segala perbalahan bila pemimpin kedua buah negara dalam semua bidang tidak ada buat perancangan untuk merapatkan perhubungan.

Parameswara buka Negeri Melaka dalam tahun 1400. Dengan pembukaan Melaka dari sebuah kampun nelayan kecil yang tidak dikenali ia menjadi besar dengan Kesultanan Negeri Melaka menjadi gagah dan hebat serta berpengaruh di seluruh dunia.

Dan waris kemudian Parameswara telah mengembangkan pengaruh Melaka termasuk Bahasa dan Bangsa Melayu sehinggakan rantau Tenggara Asia dikenali sebagai Nusantara Melayu.

Ia bukan disengajakan; tetapi berlaku dengan pertumbuhan perdagangan dan perhubungan diantara penduduk di kepulauan di rantau ini termasuk di utara, dibahagian Benua Asia.

Jadi tidak hairan kalau Bahasa Melayu telah diguna oleh pedagang dan kaum bangsawan, sehinggakan ia merebak di Tanah Melayu.

Sementara di Indonesia pula, pengunaan Bahasa Melayu ala Indonesia yang dikenali dengan sebutan ‘Bahasa Indonesia’ telah diguna semasa Mohammad Sukarno menjadi presiden Republik Indonesia.

Sukarno pilih Bahasa Melayu sebagai bahasa umum bagi tujuan menyatukan rakyat Indonesia.

Tetapi di Malaysia, Bahasa Melayu telah lama diguna oleh orang Melayu sendiri dengan orang dari suku lain turut menggunanya untuk berhubung walaupun kaum yang datang dari Indonesia masih mengguna bahasa Jawa, Minang dan sebagainya.

Tetapi lama-kelamaan, Bahasa Melayu diguna secara meluas di Malaysia, termasuk oleh orang bukan-Melayu sendiri.

Sehinggakan Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa utama untuk Orang Melayu.

Dan kejayaan ini boleh dikatakan berlaku oleh tindakan yang diambil oleh Sukarno atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Bung Karno’.

Bung Karnolah orangnya yang telah menjadikan Bahasa Melayu luas pengunaannya meliputi seluruh Indonesia yang dulu berpuak-puak dengan setiap kaum mengguna bahasa sendiri, seperti Jawa, Sunda, Minang, Aceh dan sebgainya.

Tetapi kini semua mereka di Indonesia faseh berbahasa Indonesia walaupun mereka masih faham dan mengguna bahasa daerah.

Usaha Sukarno untuk menyatukan rakyat Indonesia boleh dikatakan berjaya sebab dia mengguna cara bahasa.

Tetapi usahanya untuk menyatukan Bangsa Melayu diseluruh Nusantara Melayu khususnya diantara Melayu di Malaysia dan di Indonesia tidak berjaya. Sebabnya ialah dia mahu guna kekerasan.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, telah membantutkan hasrat Sukarno dan Malaysia dan Indonesia kini menjadi dua buah Negara utama Melayu yang sering menghadapi masalah yang boleh dianggap sebagai remeh-temeh yang mahu diperbesarkan oleh pihak media di Indonesia.

Mungkin ini caranya untuk Zionis dan CIA untuk wujudkan perbalahan diantara kedua buah negara setelah mereka berjaya mengguna cara ini untuk memecah-belahkan rakyat berugama Islam di Pakistan, Bangladesh, Iraq, Afghanistan, Mesir dan negara-negara di Dunia Arab lain yang kini berkecai.

Tindakan ini penting untuk Zionis dan CIA bagi tidak menggalakkan orang Arab dan Islam menumpukan perhatian mereka terhadap Zionis dan Amerika.

Malangnya, di Malaysia dan Indonesia, cara ini tidak berkesan; ia hanya boleh membuat sekumpulan kecil anak-anak gampang di Jakarta dan di bandaraya kecil lain di Jawa dan juga di Sumatera termasuk Aceh sendiri untuk menganjurkan tunjuk perasaan.

Namun demikian usaha ini gagal menjadi agenda kebangsaan dengan pemimpin kedua buah negara tidak mengendahkan tindakan mereka, sehinggakan ia hampir lenyap sekarang.

Tetapi ini tidak bererti bahawa Malaysia dan Indonesia harus berpeluk tubuh, sehingga perbalahan besar berlaku bila Zionis dan CIA berfikir tindakan apa yang mereka mahu lakukan dan melakukannya dengan menyalahkan Malaysia dan Indonesia.

Tetapi apakah Malaysia dan Indonesia harus berdiam diri dan biarkan anasir luar terus cari jalan lain untuk merosakkan keamanan yang dicapai sehingga kini tanpa membuat sesuatu untuk mengatasi segala perbalahan yang boleh muncul dengan tiba-tiba di masa depan?

Tidakkah perlu Malaysia dan Indonesia cari jalan yang paling berkesan untuk mewujudkan perpaduan diantara Melayu di kedua buah negara dan dengan negara-negara Melayu lain di Nusantara Melayu dan kelompok Melayu di seluruh dunia dengan melimpahkan pengaruh ke seluruh Dunia Islam?

Apakah caranya yang boleh diguna untuk mewujudkan keadaan seperti ini?

Ternyata pemimpin kedua buah negara buntu dalam hal ini; mereka tidak tahu cara yang paling baik yang boleh diguna untuk mewujudkan perpaduan ini, sebab kalau mereka tahu, sudah lama mereka sudah lakukannya.

Caranya tidak lain ialah dengan mewujud dan kembangkan Sinema Nusantara Melayu.

Ini sahaja caranya dan tidak lain.

Selagai tidak ada Sinema Nusanara, selagi itu perpaduan Melayu tidak akan wujud dan Bangsa Melayu itu sendiri tidak akan dikenali di seluruh dunia dengan rakyat setiap negara di Nusantara melihat diri mereka sebagai rakyat negara masing-masing dan tidak akan dikenali sebagai orang Melayu tetapi rakyat Malaysia, rakyat Indonesia, rakyat Brunei dan sebagainya.

Namun demikian kaum lain di negara-negara ini akan tetap dikenali dengan bangsa asal mereka tetapi tidak dengan orang Melayu yang hanya dikenali dengan kerakyatan yang dipegang.

Olehsebab itu, Bangsa Melayu dan Orang Melayu yang berjumlah lebih tiga ratus juga orang di seluruh dunia masih tidak dikenali sebagai sebuah bangsa, berbanding dengan bangsa Yahudi yang berjumlah lebihkurang dua-belas juta di seluruh dunia tetapi dikenali oleh semua.

Malah bangsa yang lebih kecil dan terkebelakang dalam bidang ekonomi seperti yang terdapat di kepulauan Pasifik dan di Benua Afrika juga dikenali sebab mereka telah lama dijadikan kajian oleh sarjana di Amerika khususnya.

Tetapi tidak dengan Bangsa Melayu.

Jangan sia-siakan gesaan Yang diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang baru-baru ini buat lawatan rasmi empat hari ke Indonesia, bila baginda mahu perhubungan diantara kedua buah negara dirapatkan.

Ia satu ingatan untuk pihak pemimpin politik dan semua bidang ambil sebagai tunjuk ajar; ia bukan kenyataan yang dibuat untuk mendapat liputan di media kedua buah negara sahaja.

Ia adalah satu arahan; satu titah.

Soalannnya sekarang ialah: Siapa di Malaysia khususnya yang akan patut kepada titah itu? Apakah titah itu akan dilupa dan dibiarkan begitu sahaja?

Selasa, 5 Februari 2013

SINEMA ISLAM UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM: BANGUNKAN BANDAR FILEM MELAKA SEBAGAI ‘HOLLYWOOD’ DUNIA ISLAM.


Oleh Mansor Puteh





Rencana ini ditulis berdasarkan kertas cadangan berjudul, ‘Muslim cinema as an anti-thesis to Hollyood’ atau ‘Sinema Muslim sebagai pencabar Hollywood’ yang saya bentangkan semasa Persidangan Pertama Pengarah Filem Muslim (First International Muslim Filmmakers’ Conference) yang diadakan sempena Pesta Filem Fajr dalam bulan Februari, 1994 dulu yang telah menayang filem saya berjudul, ‘Seman’ buat kali kedua dalam pesta filem tersebut.
          Cadangan ini mengambil kira banyak faktor, bukan sahaja ugama, tetapi ekonomi dan lain-lain.
          Pertamanya tentang kenapa kita, sebagai Dunia Islam masih lagi tidak tergerak untuk mengguna sinema (dan ini termasuk televisyen), untuk mendatangkan kebaikan. Ini bermakna untuk menjadikannya bahan perhubungan diantara umat Islam di seluruh Dunia Islam dan di luarnya, khususnya di negara-negara yang mempunyai kumpulan orang Islam yang besar dan kian bertambah.
          Saya telah sempat melawat ke 33 buah negara seluruh dunia, dan banyak darinya adalah negara Islam di Timur Tengah dan Kawasan Teluk. Saya mendapati bahawa Umat Islam tidak mempunyai satupun sebab untuk bersatu. Mereka hanya hidup dengan dipengaruhi oleh pengaruh kesenian dan kebudayaan tempatan.
          Dan yan lebih buruk sekali kalau kita lihat anak-anak muda di negara Islam yang hidup terumbang-ambing mula berlagak seperti orang bukan Islam, dengan gaya dan cara mereka yang seratus peratus dipengaruh oleh filem dan drama televisyen yang mereka tonton setiap hari di televisyen. Jadi tidak hairan kalau mereka tahu siapa pelakon Hollywood zaman lampau bernama Merilyn Monroe yang telah meninggal dunia lebih empat-puluh tahun lalu, dari Khalifah dan Nabi kita sendiri.
          Salah siapa? Saya tidak mahu salahkan mereka, sebab mereka dipengaruhi oleh filem dan televisyen. Saya salahkan pemimpin yang tidak sedar dengan apa yang telah berlaku dan akan terus berlaku. Merekalah yang tidak sedar bahawa pengaruh filem dan televisyen itu penting dan ia boleh mengugat keimanan seseorang anak berugama Islam.
          Ada pula pemimpin negara Islam yang terang-terang rasa bangga dengan menjemput penyanyi dari barat untuk membuat persembahan di negara mereka sendiri dan di dalam kediaman rasmi mereka dimana minuman keras dihidang.
          Mereka ini lebih gemar untuk menjadi penonton dan secara tidak langsung, menyokong perkembangan sinema dari Hollywood atau Amerika dan barat. Dan tidak puas dengan itu, kita juga rasa bangga menyokong perkembangan sinema di India, Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina.
Dan tidak cukup dengan ini, kita juga rasa bangga kalau kita dapat membawa filem dan drama televisyen dari negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara di Amerika Selatan, yang saban hari kita dapat tonton di televisyen kita.
          Adakah ini sahaja yang kita mampu untuk melakukan – iaitu menjadi  penonton untuk bahan hiburan asing, khususnya Amerika sahaja? Tidakkah kita terfikir buat pertama kali bahawa, adalah lebih baik kalau kita sendiri yang membuat filem-filem dan rancangan televisyen kita sendiri dan siarnya di stesen televisyen kita dan di seluruh Dunia Islam, supaya kita dapat menggalakkan pembuatan filem dan drama televisyen tentang kita untuk penonton kita?
          Kalau ini tidak berlaku, semua kisah menarik tentang kita tidak akan dijadikan bahan hiburan untuk umat Islam lain kongsi bersama.
Dan fikirkan: Kegiatan membuatan filem dan rancangan televisyen ini merupakan satu perusahaan yang bernilai beberapa billion dolar Amerika setiap tahun. Ia boleh juga memberi peluang pekerjaan kepada pengkarya seni kita untuk terus berkarya, disamping mendapat faedah darinya, iaitu dari segi mengelakkan bahan hiburan yang diserapkan dengan nilai anti-Islam dari terus disebar ke seluruh Dunia Islam.
          Malangnya, pemimpin Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak sedar tentang pentingnya filem dan televisyen dan mereka tidak pernah menjadikannya satu isu penting untuk dibawa ke persidangan mereka yang diadakan setiap dua tahun. Akhirnya mereka tidak dapat menyelesaikan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh Umat Islam – iaitu, kita ketandusan bahan filem dan bahan hiburan untuk televisyen yang boleh disebarkan ke seluruh Dunia Islam.
Dan lebih buruk dari itu kita akan terus menjadi hamba kepada kuasa barat yang sememangnya mahu memupuk nilai bukan Islam dan anti-Islam secara halus dan pelahan, sehingga kita kini dapat melihat gelatat anak muda Islam bertabiat seperti mereka bukan berugama Islam.
          Itulah sebabnya kenapa saya tergerak untuk menulis sebuah kertas cadangan untuk dibincangkan dalam persidangan itu. Malangnya, cadangan itu tidak dinilai dan diteliti oleh pihak penganjur. Kalau ia dapat dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil, maka saya yakin, Dunia Islam akan berubah dengan mendesak, dan Umat Islam seluruhnya akan rasa lebih bangga menjadi orang Islam dari sekarang.
          Banyak orang, termasuk pemimpin Dunia Islam, para intelek, pakar sejarah, saikologi, sosiologi, politik dan ekonomi tidak sedar bahawa bidang pembuatan filem ini bukan sebuah bidang untuk mereka yang lemah tahab inteleknya.
          Pengkarya filem boleh diangkat tarafnya untuk menjadi pemimpin masyarakat setempat supaya akhirnya mereka boleh jadi contoh yang baik, untuk mengangkatkan taraf Umat Islam seluruhnya.
          Ini dilakukan oleh mereka di barat yang telah mengangkat taraf bintang filem dan pengkarya filem mereka ke suatu taraf, sehinggakan mereka dipuji dan dipuja, walaupun ini bukan hasrat kita untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim, yang sepatutnya melahirkan seniman yang berwibawa dan bertanggung jawab untuk menyebar syiar Islam menerusi karya mereka.
Jadi apa yang diperlukan ialah untuk kita sama-sama bangunkan sebuah bandar filem yang saya harap dapat dipanggil Bandar Filem Melaka atau ‘Melaka Film City’. Ya, ia baik kalau dapat ditempatkan di Melaka.
          Melaka ada keajibannya dan ia boleh menjadi nama tersohor seluruh dunia dan bukan sahaja di Dunia Islam, sebab ia adalah pusat perkembangan Islam di Tenggara Islam atau Nusantara Melayu dalam abad ke-lima-belas dahulu.
          Bayangkan: Sebuah bandaraya baru, dengan mesjid besar lagi indah di tengah-tengahnya. Dan ia pula dikelillingi dengan studio, bangunan pejabat dan kediaman bintang filem dan pengkarya filem lain. Dan ada lebuhraya menyambungnya terus ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), atau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam di Melaka.
          Bayangkan lagi: Setiap tahun kita boleh menerbit ratusan filem dan ribuan bahan hiburan dan maklumat untuk siaran di semua stesen televisyen di Dunia Islam, yang akhirnya boleh melenyapkan filem dan bahan televisyen dari Amerika dan negara lain. Biar ia disiar di negara sendiri dan tidak di Dunia Islam.
          Dan setiap tahun kita akan menganjur pesta filem khas bernama, Pesta Filem Dunia Islam untuk memberi anugerah bernama Anugerah Nur Islam, kepada pengkarya, pelakon,  penulis skrip dan mereka yang terlibat dengan penerbitan filem, supaya akhirnya Pesta Filem Academy Awards dan anugerah ‘Oscar’ mereka tidak akan disanjungi oleh kita.
          Kenapa mesti kita mengagungkan filem dan rancangan televisyen mereka, dan anggapnya penting? Cerita dan watak dalamnya semuanya bukan tentang Orang Islam dan Dunia Islam. Dan kalau mereka kata filem mereka itu hebat, maka, ia hanya hebat untuk mereka dan bukan untuk kita.
          Saya terkilan bila pengkritik dan sarjana filem kita sendiri mempunyai fikiran yang sama dengan mereka di Amerika dan terima bulat-bulat apa yang didakwa mereka sebagai filem terbaik seluruh dunia. Ia tidak termasuk Dunia Islam sebab kita mempunyai cara menilai filem dan bahan seni dan hiburan yang lain.
Kebanyakan filem-filem dan bahan hiburan terbitan di Amerika dan barat yang dikatakan baik atau hebat itu, sememangnya mempunyai bahan yang anti-Islam seperti adegan ranjang dan watak-watak dalam keadaan menjijikkan iaitu dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Mahukah kita anggap ia juga sesuai dengan nilai ugama dan budaya kita?
          Mahu tidak mahu, sudah sampai masanya untuk kita sama-sama merangkakan satu pendekatan untuk mulakan satu amalan pembuatan filem dan penghayatannya supaya kita dapat menghasilkan ratusan, malahan ribuan jenis filem, drama televisyen dan bahan hiburan lain yang mengangkat nilai ugama kita.
Sudah tiba masanya untuk Dunia Islam, yang sebegitu luas menjangkau seluruh dunia, dengan jumlah umat berjumlah 1.7 billion orang di semua negara di dunia ini dengan 57 buah negara yang dianggap sebagai negara Islam, untuk memikir dengan masak untuk menwujudkan sebuah sinema, iaitu Sinema Muslim atau ‘Islamic Cinema’. Ia bukan untuk melekakan umat Islam, tetapi untuk mencelekkannya. Ia bukan untuk mendewakan pelakon ke tahab ‘bintang’ atau ‘idola’ untuk disembah sebagai keramat, tetapi untuk menjadikan mereka pemimpin baru dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Yang sedihnya: Ia satu tindakan yang tidak lain untuk membawa umat balik ke zaman jahilyah. Sayangnya, mungkin ada sekelompok anak muda Muslim yang sudahpun tiba di zaman ini tanpa disedarinya dan pihak berkuasa.
          Sudah tiba masanya untuk semua pemimpin Dunia Islam untuk tidak memandang serong tentang bidang perfileman dan televisyen, dan segera menggunanya untuk kebaikan bersama, iaitu untuk menyatukan Umat Islam dan menepikan pengaruh anti-Islam yang sering disebarkan melalui filem dan bahan hiburan lain keluaran barat.
          Pawagam, stesen, akhbar dan penonton kita adalah untuk kegunaan kita, dan ia bukan untuk kegunaan negara lain, khususnya Amerika, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Argentina untuk meluaskan pengaruh kebudayaan, kesenian dan ugama mereka yang rata-rata bukan sama dengan nilai kesenian, kebudayaan dan ugama kita.
          Kalau ini tidak dapat dilakukan maka kita akan dapat melihat bagaimana kemajuan semua negara Islam itu menjadi keliru; dalam bidang lain, termasuk perkembangan bandaraya, fasarana, bangunan, kita nampakkan kemajuan, tetapi dari segi keugamaan dan kerohanian kita akan menampakkan kemerosotan.
          Ini jelas dapat dilihat di negara kita sekarang bila kita lihat anak-anak muda berugama Islam meraikan upacara bukan ugama Islam termasuk Hari Padri Besar Valentine, secara terbuka walaupun mereka memakai tudung.
          Mereka akan melenting-lenting menonton persembahan muzik di padang terbuka dengan rasa ghairah dan taksub dengan ‘kehebatan’ bakat nyanyian beberapa watak.
          Dan yang amat menyedihkan lagi ialah apabila kita dapat lihat jauh dihadapan padang itu puncak menara mesjid dan kedengaran dengan pelahan azan dilaungkan oleh muezin yang jerih mahu tarik umat bersembahyang. Mereka ternyata telah dipesongkan oleh iklan stesen televisyen yang tidak galak mereka bersembahyang tetapi untuk sama-sama menjayakan acara hiburan anjuran mereka.
          Ini semua menggelirukan. Ia seperti ‘Islam di dalam; di luar bukan Islam’.
          Akhir sekali saya harap akan dapat sokongan dari kerajaan pusat dan negeri Melaka untuk melaksanakan cadangan ini untuk membina Bandar Filem Melaka dan memperkenalkan Sinema Muslim, khusus untuk menyatukan Umat Islam seluruh dunia dan Bangsa Melayu di Malaysia dan Nusantara Melayu.
          Kalau barat ada Hollywood mereka yang telah menyatukan mereka; dan Bangsa Cina dan India mempunyai pusat pembuatan filem mereka di Hong Kong dan Mumbai, tentu Dunia Islam yang mempunyai lebih banyak umatnya turut harus mempunyai pusat pembuatan filemnya iaitu di Melaka.
          Selagi ini tidak dapat dilakukan, maka Umat Islam dan Bangsa Melayu akan terus berpecah, dan Dunia Islam dianggap tidak wujud.















Sabtu, 2 Februari 2013

KENAPA NIK AZIZ, HADI AWANG DAN PAS BERSEKONGKOLAN DENGAN PARTI BUKAN-MELAYU DAN TAKUT BERGABUNG DENGAN UMNO?


…NIK AZIZ DAN HADI AWANG DAN PEMIMPIN LAIN PAS TAKUT MEREKA TIDAK DIPILIH OLEH PARTI GABUNGAN UMNO-PAS. ITU SAJA.
Oleh Mansor Puteh



Apa lagi yang mahu dipertikaikan? Jadi ia bukan perkara mengenai ugama atau politik, tetapi hanya psikologi sahaja. Apa yang berlaku ialah PAS tahu mereka tidak dapat menarik sokongan dari kebanyakan orang Melayu, jadi mereka sanggup jadi petualang kepada bangsa sendiri dengan bersekongkolan dengan orang yang menentang mereka dengan terang-terang.

Dan seandainya PAS menang pilihanraya umum, ia hanya boleh berlaku dengan mendapat sokongan dari parti politik bukan-Melayu yang akan tentang mereka seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan.

Jadi tidak hairan kalau ramai Melayu anggap Nik Aziz dan Hadi Awang bukan pemimpin Melayu atau Islam yang penting di Malaysia atau dunia, sebab mereka tidak ada perjuangan yang baik dan betul; mereka lebih mahu jaga kepentingan diri sendiri, dan tidak lenyap dari ingatan orang umum.

Sebenarnya kedua mereka tidak juga dianggap sebagai pemimpin ugama atau ulamak penting di Malaysia; mereka tidak dilantik jadi ahli Majlis Fatwa Negara atau dipilih menjadi ahli kumpulan penting ugama Islam di mana-mana negara Arab dan Islam lain.

Mereka hanya wujud sekiranya PAS terus wujud. Tanpa PAS mereka hilang dari ingatan. Tapi PAS masih tetap boleh wujud, sebab PAS telah wujud lebih awal dari mereka.

Dan kedua mereka juga bukan pendakwah Islam yang berpengaruh.

Sebab kalau mahu dinilai dan dilihat pengaruh pendakwaan mereka, satu soalan yang harus ditanya ialah berapa ramai orang bukan-Islam yang mereka telah bawa masuk ke Islam?

Setahu saya tidak seorangpun.

Jadi apa jenis pendakwah mereka berdua ini? Dan apa pendakwaan yang PAS sendiri telah lakukan sedangkan tidak seorang ahli atau pemimpin DAP yang mereka telah pengaruh untuk masuk Islam.

Sebaliknya, usaha mereka untuk menyebar syiar Islam di Kelantan dan juga Kedah telah mendapat tentangan keras dari DAP sendiri.

Jadi, apa guna PAS bersekongkolan dengan DAP yang akan tentang hasrat PAS untuk mengIslamkan Malaysia?

Ironinya, yang boleh berserta dengan PAS untuk menyebar syiar Islam di Malaysia hanyalah Umno.

Tetapi Nik Aziz dan Hadi Awang dan PAS tidak berminat untuk bergabung dengan Umno dalam hal ini. Ini amat menakjubkan samasekali.

Yang lebih menakjubkan juga ialah terdapat sekumpulan orang Melayu dan Islam yang terus sokong kedua mereka dan PAS.

Nik Aziz dan Hadi Awang juga tidak menunjukkan contoh baik kepada Orang Melayu dan Umat Islam Malaysia dan Umat Melayu di seluruh dunia, dengan pandangan dan tafsiran mereka tentang ugama diiktiraf oleh negara Arab dan Islam lain. Kenapa?

Dan kenapa juga Nik Aziz dan Hadi Awang, dua pemimpin utama PAS dan pemimpin barisan kedua lain dalam parti ini gemar bersekongkolan dengan parti bukan-Melayu lain sekarang dalam Pakatan Rakyat walaupun mereka tahu bahawa pemimpin parti bukan-Melayu ini – DAP khususnya, tidak akan sokong usaha mereka mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam?

Namun demikian terdapat sekumpulan orang Melayu yang akan terus sokong Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS, sebab mereka tidak dapat menilai prestasi mereka berdua; mereka akan terus sokong  mereka dan PAS walaupun PAS tidak baik untuk Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia dan di dunia.

Tetapi jumlah mereka terlalu kecil. Dan PAS tidak boleh berdikari sebagai sebuah parti politik yang berpengaruh untuk menang besar dalam pilihanraya umum dan tawan seluruh negara.

Pemimpin PAS tahu mereka tidak akan mendapat sokongan padu dari kebanyakan Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia, yang rata-rata tolak cara mereka, mendewa-dewakan Nik Aziz dan Hadi Awang yang mempunyai sifat angkuh, seperti merekalah yang lebih tahu tentang Islam dan orang lain tidak.

Walaupun ketokohan mereka dalam bidang ugama boleh dikatakan amat cetek dan mereka tidak pula diiktiraf sebagai ulama yang penting di negara Arab dan Dunia Islam. 

Oleh sebab itu, mereka terpaksa bersekongkolan dengan bukan-Melayu dalam DAP dan dari kalangan sesiapa jua yang mereka boleh dapat.

Walaupun Umno berkali-kali jemput dan melamar PAS untuk bermesyuarah dan bergabung untuk menjadikan sebuah parti gabungan Melayu, namun Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin lain PAS enggan.

Ini amat menghairankan ramai orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Apa sebenarnya yang membuat mereka enggan ataupun takut untuk bergabung dengan Umno?

Dan apa gunanya untuk Nik Aziz dan Hadi Awang dan PAS lebih cenderung bersekongkolan dengan DAP? Tidakkah mereka tahu apa itu parti DAP? Atau siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang telah dengan jelas dan nyata tentang penubuhan Malaysia sebagai negara Islam?

Namun Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin lain PAS rasakan bahawa masa depan PAS dan negara Islam bayangan mereka akan menjadi kenyataan dengan PAS terus bergabung dengan DAP.

Sedangkan mereka tahu DAP tidak akan sokong hasrat PAS.

Yang sokong hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam ialah Umno. Tetapi Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS enggan bergabung dengan Umno atau setidak-tidaknya, bermesyuarah dengan Umno dan ulamak Umno dalam perkara yang mana semua orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia ada kepentingan bersama.

Namun, ini tidak mungkin boleh berlaku selagi Nik Aziz dan Hadi Awang masih kekal dalam tapuk kepimpinan PAS.

Jadi apa sebenarnya yang mendorong kedua-dua mereka untuk tidak mahu PAS bergabung dengan Umno untuk diwujudkan sebuah parti gabungan Melayu?

Jawabnya ialah Nik Aziz dan Hadi Awang tahu dan sedar bahawa kedua mereka tidak akan dipilih oleh ahli parti umum, dalam pilihanraya parti gabungan.

Mereka sedar bahawa pengaruh mereka tidak menyeluruh dikalangan Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka hanya boleh mempertahankan kedudukan mereka ditapuk kepimpinan sebuah parti politik seperti PAS sahaja, dimana ahli dan sokongan yang mereka boleh dapat adalah dari kalangan mereka yang telah lama dengan PAS dan dikalangan mereka yang baru mahu cuba untuk berkecimpung dalam bidang politik aliran kiri sebab ini sahaja harapan yang mereka ada sebab mereka langsung tidak terfikir untuk masuk dalam parti eka-kaum seperti DAP dan Parti KeAdilan Rakyat atau PKR dan lain-lain yang mengakut mereka adalah parti eka-kaum atau ‘multiracial’ walaupun hakikatnya ialah parti-parti ini adalah parti satu kaum sahaja.

Jadi hasrat Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya adalah untuk menjaga kedudukan mereka dalam bidang politik kebangsaan di  Malaysia dan bukan untuk menjaga kepentingan Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Sebab kalau mereka fikirkan tentang perkara ini, mereka tentu sudah lama dulu masuk Umno dan bubarkan PAS; lebih-lebih lagi kalau mereka yakin dengan diri sendiri dan boleh dapat sokongan terbanyak dari ahli parti gabungan Melayu Malaysia.

Orang Melayu di Malaysia pada amnya melihat Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai penghalang kepada penyatuan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, dan mereka guna PAS untuk melakukan perbuatan ini.

Mereka rasakan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia hanya boleh dipimpin oleh orang seperti mereka yang mempunyai pendidikan ugama dan tidak melanjutkan pelajaran dalam aliran Inggeris, atau yang pergi ke England dan Amerika untuk melanjutkan pelajaran; mereka bangga dengan latarbelakang akademik dan ugama mereka dari universiti tempatan atau di India dan di Timur Tengah.

  

Rabu, 30 Januari 2013

P. RAMLEE, ACEH…DAN SINEMA NUSANTARA. – BAHAGIAN II.


 (Kertas kerja/cadangan yang dibentangkan sempena forum ‘P. Ramlee, Aceh…dan Sinema Nusantara’ di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh dalam bulan Januari, 2013.)
oleh Mansor Puteh.




Pada awalnya, oleh sebab Malaysia atau Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, maka filem-filem dan muzik dari England yang telah dibawa masuk khusus untuk pegawai dan rakyat Inggeris. Dan sejumlah mereka yang faseh berbahasa Inggeris juga tertarik dengan bahan hiburan ini.

Oleh sebab perusahaan filem Melayu ketika itu kuat, maka kebanyakan rakyat dan Orang Melayu teguh menyokong penerbitan filem Melayu keluaran oleh studio-studio di Singapura yang menjadi pusat penerbitan filem Melayu di Tanah Melayu, dengan Indonesia juga turut mempunyai pusat penerbitan filemnya di Jakarta yang menerbit filem bagi menampung kehendak khalayak tempatan.

Tetapi dengan berundurnya Inggeris dari Malaysia pada 31 Ogos, 1957, dan dengan tertutupnya studio filem Melayu di Singapura dalam tahun 1963, dengan Singapura disingkir dari Persekutuan Malaysia atau ‘Federation of Malaysia’, maka towkay filem di Singapura yang terdiri dari orang Cina, rasa ia bukan sesuatu usaha yang mereka mahu terus lakukan, dan mereka berpindah ke Hong Kong untuk memajukan perusahaan filem di sana, dan Singapura bukan lagi sebuah negeri Melayu tetapi akan menjadi dan mahu dijadikan negeri Cina.

Oleh sebab tidak ada perancangan dikalangan pemikir dan pemimpin politik dan ekonomi Melayu di Malaysia, maka perusahaan filem di Malaysia menjadi lesu dan mati tanpa bernesan.

Sebab mereka itu tidak rasakan filem penting untuk pertumbuhan ekonomi dan kehendak sosial.

Dalam keadaan ini pengedar filem dari Amerika menubuh syarikat pengedaran mereka di Malaysia dan juga Singapura yang membawa masuk filem-filem Hollywood yang lama-kelamaan mendapat sokongan padu dari khalayak di Malaysia dan juga Singapura.

Kesan darinya ialah pihak di Amerika kini tidak perlu lagi menempatkan syarikat pengedaran mereka, dan usaha untuk mengedar filem-filem Hollywood dilakukan sendiri oleh orang tempatan, khususnya orang keturunan Cina dan juga Melayu yang dengan rela hati membuka syarikat pengedaran, stesen televisyen dan juga radio serta akhbar dan majalah khusus untuk membantu Amerika edar bahan hiburan mereka seperti filem, rancangan televisyen dan muzik.

Dan terdapat pula beberapa buah pesta filem dan pasaran filem yang telah diwujudkan di Amerika, Eropah dan tempat lain termasuk di Jepun dan Korea Selatan yang khusus berusaha untuk terus memberi anugerah dan penghargaan kepada karya yang mereka rasa baik dan penting.

Tetapi apa yang mereka tidak jelas dan nyatakan di sini ialah filem yang baik dan penting itu semuanya adalah yang jenis menyokong menyebarkan dakyah dan nilai mereka, termasuk nilai sokong Zionis dan nilai bukan Islam dan anti-Islam.

4.       JANGAN SALAHKAN MEREKA; SALAHKAN DIRI SENDIRI.

Sebenarnya tidak perlu menyalahkan mereka atau sesiapa. Yang harus dipersalahkan ialah kita sendiri, sebabnya ialah kita telah selama ini membenarkan diri kita dibelai dengan hujah dan gesaan mereka, untuk menerima karya mereka sebagai yang paling utama dan penting.

Oleh sebab itu kita hidup dalam dunia penuh khayal, dan terus biarkan Hollywood dan filem dari negara bukan Islam lain membanjiri pawagam kita sehingga kita terlupa bahawa kita selama ini mendewa-dewakan tokoh mereka dan turut bantu sebarkan dakyah mereka.

Bagaimana Sinema Nusantara boleh diwujudkan? Mudah. Ada caranya. Bagaimana?

Ini kita bincang di hari lain; buat setakat ini biar kita renungkan bagaimana Bangsa Melayu yang berjumlah begitu besar, tetapi masih tidak dikenali sebagai sebuah bangsa dunia, dengan jumlah penduduk lebih 300 juta.

Berbanding dengan bangsa Yahudi yang hanya berjumlah 12 juta sahaja tetapi mereka dikenali di seluruh dunia.

5.       FILEM DARI HONG KONG DAN INDIA – DAN TERCETUSNYA TRAGEDI PERKAUMAN 13 MEI, 1969 DI MALAYSIS.
.
Dengan runtuhnya perusahaan filem di Singapura atau Tanah Melayu dalam tahun 1963, Melayu dan rakyat bukan Melayu di Malaysia mula menerima pengaruh dari Barat dan buat pertama kali dari Hong Kong dan juga India.

Jadi tidak hairan atau terkejut, maka perbalahan kaum di Malaysia yang dipanggil Tragedi 13 Mei, 1969 berlaku dengan pertumpahan darah yang mengakibatkan kematian ratusan orang. Ini berlaku tidak lebih enam tahun studio-studio filem di Singapura runtuh.

Dulu apabila perusahaan filem Melayu di Singapura dan Tanah Melayu rancak, perhubungan kaum di Malaysia ketika itu rapat, sebab mereka ketika itu menerima pengaruh budaya dari sumber yang sama, dan pengunaan Bahasa Melayu rancak dikalangan bukan Melayu dan Melayu.

Tetapi apabila setiap kaum mula menerima pengaruh budaya dari perushaan filem masing-masing, maka pemikiran dan impian mereka turut berubah.

Jadi bolehkah kita andaikan bahawa kalau perusahaan filem Melayu di Singapura dulu tidak runtuh, dan Singapura tidak disingkir dari Perseketuan Malaysia tidak berlaku, maka Tragedi 13 Mei itu tidak akan berlaku? Mungkin.

6.       BAGAIMANA AMERIKA, EROPAH DAN BARAT LIHAT DUNIA
ISLAM.

Ini pendapat saya tentang filem-filem dari Asia dan juga Arab dan lain-lain yang digemari oleh pesta filem dan juga khalayak di Amerika dan Barat, yang disiar oleh Majalah Time, pada 17 Julai, 1997 dulu.

* * * * * * *
ASIAN FILMS AT CANNES.
Why are the same filmmakers from Asia getting recognition in Cannes? The answer is that they are making the types of films which are liked in Cannes. Basically there only five types of films; those that deal with, 1) poverty or illiteracy, 2) homosexuality or incest, 3) anti-government sentiments, 4) anti-colonialism and 5) historical or costume epics. Asian film-makers must make one of those types in order to win recognition at Cannes. Abbas Kiarostami, Zhang Yimou, Chen Kaige etc., are making only the type of film which deals with homosexual characters or which demeans their religion or society. China and Iran, which are rich in history and tradition, must surely have other interesting stories that could be put on the screen. Cannes has destroyed the very essence of cinema and made the medium one for forcing film makers to scream propaganda for them. MANSOR BIN PUTEH Kuala Lumpur, Malaysia.
(TERJEMAHAN: FILEM ASIA DI CANNES.
Kenapakah pengarah filem yang sama dari Asia yang sering mendapat sanjungan di Cannes? Jawapannya ialah olehsebab mereka sering membuat jenis filem yang digemari oleh Cannes. Pada dasarnya, terdapat lima jenis filem sahaja; jenis filem tentang 1) kemiskinan dan kejahilan, 2) homoseksual dan sumbang mahram, 3) sentiment yang menentang kerajaan, 4) penentangan terhadap penajajah dan 5) filem epik sejarah atau kostium. Pengarah filem dari Asia mesti buat filem dalam salah sebuah jenis ini untuk mereka mendapat sanjungan di Cannes. Abbas Kiarostami, Zhang Yimou, Chen Kaige dan sebagainya, hanya membuat filem-filem tentang watak homoseksual atau yang mempersenda ugama dan masyarakat mereka sendiri. Negara Cina dan Iran, negara yang kaya dengan sejarah dan tradisi, tentu sekali mempunyai kisah menarik yang boleh dibawa ke layar perak. Cannes sudah menghancurkan intipati sinema dan telah membuat bidang perfileman untuk memaksa pengarah filem untuk menyorak propaganda bagi pihak mereka.)
* * * * * * *

7.       RUMUSAN SINGKAS.: PENUBUHAN SINEMA NUSANTARA BOLEH BANTU STRUKTUR DUNIA MELAYU DAN JUGA DUNIA ISLAM SAMA SEPERTI HOLLYWOOD TELAH MENSTRUKTUR AMERIKA DAN MENGKUKUHKAN KUASA ZIONIS YANG MENGGUNA AMERIKA SEBAGAI KUDA TUNGANGAN MEREKA.

Parameswara, seorang anak raja dari Kerajaan Sivijaya di Palembang, dalam Kurun ke-14 dulu telah datang ke Melaka untuk membuka negeri. Dia kemudian datang ke Pasai di Aceh untuk masuk Islam dengan mengambil nama Megat Iskandar Shah dan berkahwin dengan seorang anak raja Pasai.

Kalau Parameswara tidak berkunjung di Aceh ketika itu, kemungkinan besar banyak orang di Melaka dan Malaysia masih belum menganut ugama Islam sehingga kini.

Jadi, inilah yang membuat perhubungan diantara Malaysia dan Aceh penting walaupun pentingnya perhubungan dan sejarah ini tidak pernah diangkat sebagai satu isyarat atau tanda yang penuh bermakna.

Sekarang ini dengan meluasnya wilayah Nusantara Melayu dengan pembebasan Mindanao di Selatan Filipina dengan diambil kira Pattani di Selatan Siam, maka Dunia Melayu dengan tidak sengaja telah diperluaskan dan dengan ini diharapkan agar pengaruh Melayu di Rantau Tenggara Asia juga boleh meningkat supaya Bangsa Melayu boleh dikenali sebagai sebuah bangsa dunia yang ulung, dan orang Melayu di setiap negara hanya boleh mengaku dia dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Pattani, Aceh dan sebagainya, tetapi sebagai Orang Melayu.

Dan dengan perubahan yang telah berlaku, maka amatlah perlu untuk Dunia Melayu distruktur semula untuk menwujudkan jaringan, sistem, institusi dan kegiatan yang boleh menghasilkan perkembangan dalam Dunia Melayu itu sendiri, dan sekaligus menjadi teladan kepada Dunia Islam untuk turut distruktur semula, supaya Orang Melayu dan Umat Islam di dunia boleh lebih berdikari.

Ia adalah juga bagi menonjolokan aspek kesejagatan dan kesefaham Bangsa Melayu dan Umat Islam, supaya Dunia Barat tahu bagaimana mereka boleh berganding dengan kita, sebagai manusia setaraf dan tidak siapa yang rendah dari mereka.

Untuk ini berlaku, satu perkara harus diwujudkan, iaitu Sinema Nusantara atau Sinema Melayu, sebab selagi ini tidak dapat dilakukan, selagi itu Bangsa Melayu tidak akan bersatu, dan Bangsa Melayu tidak akan diiktiraf sebagai sebuah bangsa utama dan penting di dunia, sebab bidang ini boleh mengubah semua aspek kehidupan yang tidak terdapat dalam bidang lain, jadi walaupun bidang ekonomi sesebuah negara itu meningkat, ini tidak memberi jaminan bahawa mutu pemikiran dan pegangan ugama masyarakatnya turut meningkat. Malah sebaliknya boleh berlaku.

Kalau kita ada pakar sejarah yang hebat, sudah pasti dia akan katakan bahawa perusahaan filemlah yang telah membuat Amerika hebat, dan untuk Bangsa Melayu turut menjadi hebat, kita perlu mempunyai sebuah sinema sendiri, iaitu Sinema Nusantara.

Kalau kita ada pakar ekonomi yang hebat, dia juga akan kata kita perlu mempunyai sebuah sinema sendiri, supaya perusahaan filem ini boleh menjadi sebuah perusahaan besar, sama besar seperti perusahaan filem di Amerika yang dikenali sebagai Hollywood yang terletak ditingkat atas dalam ekonomi Amerika.

Kalau kita mempunyai pakar saikologi dan sosioloji, dia juga akan katakan bahawa perusahaan filemlah yang boleh memberi ketenteraman dan kehebatan kepada Bangsa Melayu dengan penerbitan filem-filem dan rancangan televisyen yang memaparkan kehebatan Bangsa Melayu, supaya anak-anak muda tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing.

Mana dia kumpulan pemikir atau ‘think tank’ di Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam hal ini?

Bagaimanapun usaha ini masih boleh dilakukan; ia tidak terlambat. Dan masa untuk melakukannya ialah sekarang.

Dan selagi tidak ada Sinema Islam, selagi itu juga tidak akan ada perpaduan Umat Islam, dan semua masalah yang membelenggu orang Arab dan Umat Islam lain termasuk kemerosotan dalam bidang sosial, kebudayaan, intelektual dan ekonomi, tidak akan selesai.

Ini disebabkan kegiatan penerbitan filem melibatkan banyak aspek; ugama, bahasa, budaya, sejarah, saikologi, falsafah, ekonomi dan sebagainya.

Jadi, kalau sinema serumpun tidak dapat diwujud dan dikembangkan bersama, perhubungan diantara Bangsa Melayu tidak boleh wujud, seperti yang berlaku sekarang, dan Bangsa Melayu itu juga tidak akan dikenali di dunia, dengan orang Melayu di Malaysia, Indonesia dan Brunei dikenali sebagai rakyat negara masing-masing. 

Sama juga tanpa Hollywood, Amerika tidak akan wujud di seluruh dunia. Amerika hanya wujud di seluruh dunia dengan adanya Hollywood, rancangan televisyen muzik, makanan segera mereka.

Tidakkah bagus kalau filem-filem Melayu terbitan bersama Malaysia dan Indonesia dapat dipasar di kedua buah negara dan ke negara-negara dimana ada Orang Melayu lain?

Dan semua stesen televisyen di Malaysia dan Indonesia juga boleh siar rancangan yang kita sendiri terbit untuk hentikan samasekali rancangan dari Amerika dan Barat?

Ia boleh mewujudkan sebuah perusahaan filem yang boleh menampung keperluan kita dengan kesan sampingan iaitu mewujudkan peluang pekerjaan baru dan banyak kepada pengkarya seni kita sendiri, disamping mengangkatkan tokoh sejarah dan kini untuk dijadikan bahan filem dan rancangan televisyen.

Tidakkah ini bagus, kalau karya bersama kita boleh dikongsi bersama Umat Islam seluruh dunia dan kita tentukan nilai filem yang baik dan murni yang tidak mengangkat nilai songsang dan pemikiran sesat dan bukan-Islam dan anti-Islam?

Dan lanjutan dari penubuhan Sinema Nusantara, boleh diperluas dan diperkembangkan untuk menubuhkan pula Sinema Islam. Inilah caranya untuk Bangsa Melayu dan Umat Islam mengusai dunia.

Bagaimanapun, di sini kita tidak mahu berbincang tentang cara dan bagaimana hasrat ini iaitu penubuhan Sinema Nusantara dan juga Sinema Islam boleh dihasilkan, sebab ia perlu sesi lain untuk diperjelaskan.

Akhir sekali, sebagai penutup bicara, saya harus dedahkan di sini bahawa semasa Zaman Filem Bisu di Amerika dulu, watak jaguh atau wira yang terkenal ketika itu adalah peranan yang dimainkan oleh pelakon keturunan Itali-Amerika bernama Rudolf Valentino. Watak apa yang dia terkenal? Dia memain watak seorang sheikh Arab, dalam filem seperti, ‘The Sheik’ dan ‘The Son of Sheik’. Jadi apabila dia meninggal dunia dalam usia muda, ramai wanita Amerika rasa pilu dan menanggis.

Tetapi selepas itu, apabila Hollywood dikuasai oleh Zionis, watak-watak Arab sebagai wira, ditukar.

Perkara ini dan Pelakon Rudolf Valentino memain watak seorang Arab, tidak pernah menjadi bahan perbincangan dan penyelidikan oleh sesiapa di Amerika. Tentu ada sebabnya kenapa ini berlaku.

* * * * * * *








LATARBELAKANG RINGKAS MANSOR BIN PUTEH:

Mansor mendapat pendidikan dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima di St. Francis’ Institution di Melaka. Beliau kemudian belajar untuk Tingktan Enam di Malaysian Tutorial College di Petaling Jaya sebelum belajar di Kajian Sebaran Am, Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shahalam dengan memperolehi ijazah sebaran am, dengan pengkhususan bidang pengiklanan.
Beliau mendapat tempat melanjutkan pelajaran di peringkat Masters of Fine Art dalam bidang Pengarahan Filem di Universiti Columbia di Bandaraya New York, yang merupakan sebuah universiti terulung di Amerika dan dunia, tetapi Mara tolak permohanan beliau untuk biasiswa atau pinjaman pelajaran.
          Oleh sebab itu beliau terpaksa bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu sebelum Mara beri pinjaman pelajaran.
          Mansor kini berhasrat untuk menerbit sebuah filem berjudul, ‘Malaysian Snow’ yang juga merupakan tesis untuk ijazah MFA di Columbia; dan kalau berhasil beliau bakal mencipta sejarah akademik paling unik di Amerika dengan menghantar filem Melayu sebagai tesis dan lebih 30 tahun sejak mula belajar di universiti itu.
Dalam masa yang sama Mansor juga bakal mencipta rekod dunia dengan menjadi penulis yang menerbit jumlah buku paling banyak serentak, iaitu 60 judul, dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Buku beliau adalah dalam pelbagai genre dengan kebanyakannya novel yang bertempat di 35 buah negara-negara yang beliau telah lawati. Lima buah novel bertempat di Indonesia. 


Sekian:

Ahad, 27 Januari 2013

P. RAMLEE, ACEH…DAN SINEMA NUSANTARA. – BAHAGIAN I.


 (Kertas kerja/cadangan yang dibentangkan sempena forum ‘P. Ramlee, Aceh…dan Sinema Nusantara’ di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh dalam bulan Januari, 2013.)
oleh Mansor Puteh.


1.       MUKADIMMAH.:

Saya sudah lama berminat untuk mencari jalan bagi mewujudkan perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia dengan mengguna sinema, bermula dengan cuba mengenali Indonesia dengan lebih dekat.

Saya pernah menjelajah seluruh Sumatera, Jawa ke Bali, dengan mengikut jalan darat, disamping membuat lawatan ke beberapa tempat menarik di Sumatera, Jawa dan Bali, dan mungkin menjadi satu-satunya rakyat dari Malaysia yang pernah menjelajah ikut jalan darat dari Bandar Aceh ke Bali.

Dan saya percaya usaha untuk merapatkan perhubungan erat diantara Melayu di Malaysia dan Indonesia tidak boleh dilakukan dengan mengagak dan meneka. Usaha yang lebih gigih harus dlilakukan supaya usaha ini membabitkan seberamai masyarakat kedua buah negara.

Memang ada ribuan rakyat Malaysia yang pernah belajar di Indonesia dan menetap di Indonesia, dan rakyat Indonesia yang belajar di Malaysia yang menetap di Malaysia lama, tetapi apa sumbangan mereka terhadap pemupukan perhubungan diantara kedua buah negara?

Dalam masa yang sama, apakah peranan dan sumbangan bekas atau mantan pelajar Malaysia di Amerika, England dan negara-negara lain untuk bantu merapatkan perhubungan diantara Malaysia dan negara berkenaan?

Sehingga kini masih tidak ada sebuah novel, drama television maupun filem yang telah diterbitkan untuk mengisahkan pengelaman mereka di negara tersebut.

Jadi tidak hairan kalau perbalanan diantara puak kecil di Jakarta dengan Malaysia dan diantara rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri, tercetus oleh sebab kedua-dua buah negara tidak mempunyai kegiatan kebudayaan, kesenian dan sosial secara seharian.

Bayangkan Amerika kalau mereka tidak ada Hollywood; sudah pasti rakyat Amerika akan berbalah dan setiap malam ada ceramah atau rapat politik atau pseudo-politik yang bermaksud politik-temberang, setiap hari seperti yang berlaku di Malaysia sekarang. Dan perbalahan juga akan wujud diantara Amerika dan penjajah dulunya, England. Tetapi ini tidak berlaku.

Jadi, jangan sesiapa terkejut kalau diberitau bahawa kebangkitan dan kerusuhan di beberapa negara Arab juga tercetus oleh sebab mereka juga tidak ada Sinema Arab.

Jadi, jangan sesiapa anggap perkara tentang sinema ini sesuatu yang kecil atau enteng. Kesan dengan tiadanya, jelas telah terbukti berlaku dengan kekecohan dalam negara berkenaan, dengan insan yang berjiwa kosong, yang memberontak atas desakan nafsu dan bukan akal, yang dilakukan bukan berlandaskan ugama, tetapi dipengaruhi oleh syaitan, dan mungkin juga CIA dan Zionis yang telah meresap ke dalam masyarakat kita dengan begitu halus sehinggakan kita tidak dapat merasanya.

Cara CIA dan Zionis meresap ke dalam masyarakat Melayu dan Islam adalah dengan membuat orang Melayu dan Islam rasa ghairah dengan kebudayaan dan sinema dan juga persembahan sokan mereka supaya tokoh-tokoh dalam bidang ini disanjung sehinggakan ramai anak muda Melayu dan Islam tolak tokoh ugama, sehinggakan di Malaysia apabila seorang anak muda yang mengidap penyakit tenat, dia cuma mempunyai satu hasrat sahaja, iaitu untuk dibawa ke Bandaraya Manchester di England untuk dia tonton perlawanan bola pasukan kegemarannya, iaitu Manchester United. Budak ini tidak tergerak dalam hati kecilnya untuk pergi ke Mekkah, sebelum ajal menemuinya.

Malah acara perkahwinan masyarakat Melayu khususnya dikalangan artis atau karyawan filem di Malaysia sekarang, lebih mirip seperti acara perkahwinan Kristen, dengan pasangan berarak dengan pelbagai cara, menaikki keretapi, jentolak dan juga di bawah laut!

Malangnya, setelah begitu lama Era Konfrantasi dulu berakhir diantara Indonesia dan Malaysia, kini mahu pula dicetuskan Era Konfrantasi, Bahagian Kedua pula, yang mungkin mahu dicetuskan oleh pihak ketiga, kuasa ghaib yang mahu Melayu di kedua buah negara berpecah dan bergaduh sesama sendiri seperti apa yang mereka telah lakukan dengan Orang Arab yang tidak sedar yang mereka semuanya telah dipermain-mainkan oleh kuasa ghaib Zionis itu yang boleh wujud dalam pelbagai macam bentuk dan rupa. 

Dan rumusan yang saya dapat ialah selagi kita tidak dapat mewujudkan sebuah sinema bersama, iaitu Sinema Nusantara atau Sinema Melayu, maka tidak ada usaha macam manapun yang boleh mendatangkan kesan seperti yang diinginkan.

Pembentukan Sinema Nusantara ini boleh mencetuskan perkembangan dalam banyak bidang yang boleh akhirnya membawa suatu suasana dan kewujudan baru untuk Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia, khususnya yang boleh menggerakkan pertumbuhan dalam bidang sosial, kebudayaan, ekonomi dan politik, serta ugama, agar satu hari nanti tahab Bangsa Melayu dapat dinaikkan untuk menjadi sebuah bangsa dunia yang berpengaruh.

Ia boleh mempromosi persefahaman dengan penerbitan karya filem dan rancangan televisyen untuk ditonton bersama, yang juga boleh dikongsi bersama orang Melayu di Singapura, Pattani dan kini, Mindanao disamping mereka yang berada luar dari Nusantara Melayu di ‘perkampungan’ yang kini terdapat dihampir semua bandaraya utama di dunia.

Dan bidang penerbitan filem dan rancangan televisyen juga boleh mempromosi barangan sendiri untuk khalayak sendiri, tanpa berasa bangga dengan barangan yang dibuat oleh orang lain, supaya sikap ini boleh diguna untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi yang sekaligus menwujudkan peluang pekerjaan.

Bayangkan: Tikar sembahyang atau sejadah, jubah dan tasbih yang boleh dibeli di Arab Saudi, dibuat di Vietnam, Negeri Cina dan Hong Kong atau Taiwan! Tidakkah perusahaan kecil seperti ini boleh disuruh orang Islam sendiri membuatnya, seperti yang ada di Bangladesh, Pakistan ataupun Aceh supaya ia boleh memberi peluang untuk ramai orang Islam mendapat pekerjaan.

Dalam tahun 1974 dulu Malaysia dan Indonesia bersepakat dan guna sistem ejaan yang sama. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam cara perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu digunakan di Indonesia dan Malaysia.

Tetapi malangnya, usaha ini tidak dikembangkan untuk terus seragamkan pengunaan, pengajaran dan perkembangan Bahasa Melayu dikedua buah negara supaya ia sama. Sebab persamaan dalam pengunaan Bahasa Melayu boleh membawa kepada persamaan dalam perkembangan sastera, kebudayaan, sejarah dan juga sinema, dan yang lebih penting lagi, juga pemikiran.

Sebab tidak ada gunanya untuk pemimpin politik awal kewujudan Republik Indonesia dan Persekutuan Malaysia, mahu guna bahasa seharian yang sama iaitu Bahasa Melayu, kalau ia tidak disusuli dengan usaha-usaha dan cara lain yang berkesan, seperti sinema, yang sehingga kini berkembang mengikut kehendak setiap negara, walhal ia boleh bergerak, berkembang dan maju bersama, seiring dan senada, kalaulah persefahaman dan persamaan yang wujud dapat dimanfaatkan.

Mereka tidak sedar pengaruh barat mula masuk ke dalam negara kita dan dalam pemikiran masyarakat dari filem barat atau Hollywood, yang nyata memupuk nilai anti-Islam, iaitu apabila sinema atau perusahaan kedua buah negara kita tidak dimajukan dulu, sehinggakan ramai rakyat di Malaysia dan Indonesia khususnya orang Melayu yang berugama Islam, tidak kenal dengan diri mereka termasuk ugama sendiri.

Mereka lebih kenal dengan pelakon penting di Hollywood dari tokoh ugama. Mereka lebih selesa mengungkapkan kata-kata dari pelakon penting di Amerika dari surah dalam Al-Koran.

Malah ada juga stesen radio di Malaysia yang gembira memberitau pendengar tarikh lahir pelakon terkenal di Amerika, tetapi mereka tidak pedulikan dengan tarikh lahir Nabi Muhammad, s.a.w.

Itulah sebabnya kenapa sehingga kini tercetus perbalahan sia-sia sering berlaku di Malaysia dan Indonesia dan diantara kedua buah negara.

Ini sebenarnya sedikit dari rasional yang boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam forum ini, yang malangnya, tidak dapat dicetuskan lama dulu apabila Malaysia dan Indonesia mula menubuhkan perusahaan filem masing-masing, tanpa melibatkan kerjasama diantara kedua buah pihak, sehingga kini rakyat Malaysia masih tidak kenal dengan sejarah perusahaan filem Indonesia dan siapa tokohnya dan sebaliknya. Dan filem-filem yang diarah atau dibintangi oleh Teuku Zakariah Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali dengan nama P. Ramlee, yang keturunan Aceh dan filem-filem Melayu dari Malaysia lain juga tidak pernah ditayang di Indonesia, jauh sekali di barat.

2.       PERUSAHAAN FILEM MELAYU DI SINGAPURA.:

Perusahaan filem Melayu dikatakan di Malaysia sebagai telah bermula di Jalan Ampas di Singapura dalam tahun 1933 dulu. Benarkah anggapan ini?

Sebenarnya, filem Malaysia hanya dibuat di Singapura, manakala Sinema Melayu atau Sinema Nusantara, belum pernah wujudpun sehingga kini. Malah inilah kali pertama ia disebut secara awam, walaupun saya sudah beberapa kali menyebut dan menyaran agar ia dapat diwujudkan.

Indonesia turut terbit filem dengan jumlah yang lebih besar dari Singapura yang mempunya pasaran di Tanah Melayu, tetapi gagal masuk ke pasaran Indonesia, walaupun pihak studio Malay Films Production atau Shaw Brothers’ Studios di Singapura telah cuba mengusaha menarik perhatian penonton di Indonesia.

Cara yang mereka telah cuba untuk menggunakan ialah dengan menyuruh watak-watak dalam semua filem Melayu terbitan di Jalan Ampas bercakap dalam Bahasa Melayu baku, atau dengan loghat atau sebutan cara Indonesia atau lebih tepat lagi, dalam Bahasa Melayu gaya Jawa.

Tetapi ini tidak berhasil, dan filem-filem Melayu terbitan di Jalan Ampas di Singapura, mahu pun oleh sebuah studio lain di negara ini iaitu Cathay-Keris, turut gagal memasukki pasaran di Indonesia, walaupun secara terhad di beberapa buah ‘pawagam’. Pawagam atau bioskop seperti yang disebut di Indonesia adalah singkatan untuk ‘panggung wayang gambar’, yang telah direka oleh P. Ramlee yang mana telah mendapat tempat dalam Bahasa Melayu di Malaysia.

Jadi sehingga kini, usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan lama di studio filem di Singapura yang kini mahu dikatakan dikepalai oleh Seniman P. Ramlee, tidak dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan perusahaan filem Melayu di Singapura hanya khusus untuk penonton di negara ini dan di Tanah Melayu atau Persekutuan Malaysia.

Soalan yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa di Malaysia dan Indonesia ialah: Mungkinkah kalau perusahaan filem di Malaysia dan Indonesia telah bersatu sejak tahun 1940an dahulu, maka Konfrantasi Pertama tidak akan berlaku?

Kalau ketika itu filem-filem di Malaysia dan juga di Indonesia diterima oleh penonton dikedua buah negara, lebih-lebih lagi jenis yang mempunyai kisah diantara masyarakat kedua buah negara dan perushaan filem kita juga dapat dikembangkan serentak untuk menghasilkan karya-karya filem yang boleh diterima di kedua atau ketiga buah negara, maka perbalahan diperingkat politik yang mencetuskan Konfrantasi itu tidak mungkin boleh berlaku, walaupun ia diusulkan oleh pemimpin utama, tetapi ia akan ditentang oleh rakyat kedua buah negara.  

Sehingga kini tidak lagi dikatakan ada apa yang dikatakan Sinema Melayu atau Sinema Nusantara, sebab pihak pemimpin politik, budaya dan kesarjanaan di Malaysia dan Indonesia tidak mengerti apa sebenarnya kebaikan dan keuntungan yang boleh diperolehi dengan adanya sebuah Sinema Nusantara ini.

Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membangkitkan perkara ini agar usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah dulu yang tidak diselesaikan sehingga sekarang supaya pihak berkenaan di peringkat politik yang dulu suka anggap kegiatan pembuatan filem hanya untuk mereka yang tidak berkelayakan; mereka yang hanya pentingkan hidup dalam dunia khayalan dapat ditukar.

Dan jangan lupa pula filem awal dari Filipina yang dibuat dalam zaman yang sama filem Melayu lama di Singapura dan Indonesia dibuat dulu, boleh dianggap sebagai filem Melayu, sebab ketika itu orang Filipina boleh dianggap sebagai orang Melayu.

Malah mereka sendiri anggap diri mereka orang Melayu, dengan pemimpin kebebasan Filipina, iaitu Jose Rizal dianggap sehingga sekarang sebagai ‘wira Melayu’ dan Filipina sebagai republik Melayu pertama.

Lama-kelamaan Filipina terkeluar dari gugusan Melayu dan mereka tidak lagi kini dianggap dianggap dan diterima sebagai Melayu, lebih-lebih lagi bila mereka bertukar ugama dan tidak lagi rapat dengan negara Melayu lain di Nusantara Melayu.

Dan rakyat di Filipina kini hanya boleh berkata mereka Bangsa Filipina, seperti orang Yahudi dulu, yang akhirnya dianggap sebagai orang Arab yang berugama Kristen, sebab nenek-moyang mereka telah tinggalkan ugama lama dan menganut ugama Kristen. Dan mereka juga berhenti dari mengguna bahasa Ibrani atau Hebrew, dan mengguna bahasa Arab, sehinggakan mereka ini dianggap sebagai orang Arab yang berugama Kristen.

Sebenarnya, tidak ada orang Arab yang berugama Kristen. Orang Arab yang berugama Kristen seperti terdapat dengan banyak di Lubnan, Syria dan Mesir sebenarnya adalah orang Yahudi, pada asalnya.

Dan kalau adapun orang yang masih Melayu di Filipina, mereka adalah orang Bangsa Moro di wilayah Mindanao di Selatan Filipina yang tidak berjaya ditakluk oleh penjajah Sepanyol yang telah memaksa orang Melayu di utara Filipina masuk ugama mereka. 

Jadi kalau Bangsa Melayu mahu disatukan, mahu dirapatkan untuk menjadi sebuah bangsa mulia dan berjaya, maka, usaha politik sahaja tidak mencukupi.

Lihat apa yang sedang berlaku diantara Indonesia dan Malaysia sekarang? Perbalahan terus berlaku. Ini semuanya berpunca dari ketidak sefahaman dan tindakan yang tidak diambil oleh puak politik, yang mempunyai fikiran sempit.

Rakyat di Amerika bersatu bersama orang Inggeris di benua lain sebab mereka ada Hollywood. Mereka ada kegiatan kesenian dan kebudayaan yang merapatkan rakyat biasa yang berlangsung setiap hari.

3.       BILA AMERIKA MULA TAWAN PERHATIAN KHALAYAK DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA, DAN MEMPENGARUHI ANAK-ANAK MELAYU SEKARANG?:

Sejarah pengedaran filem dari Amerika atau Hollywood sebenarnya panjang. Ia tidak wujud dengan tiba-tiba. Ia dilakukan secara terancang dan teratur sehinggakan kita tidak sedar kita sudahpun dikuasai oleh mereka.

Filem-filem dari Hollywood membawa banyak perkara; dan yang penting sekali ialah ia adalah propaganda bukan Islam dan anti-Islam dan Pro-Zionis. Ia diguna untuk tujuan tertentu, dan bukan sekadar hiburan, dan penonton di Nusantara Melayu khususnya seharusnya tidak dijadikan ruang untuk mereka terus kembangkan usaha mereka untuk melemahkan perhubungan diantara Bangsa Melayu.

Ada iktibar yang boleh dipelajari dari semua yang telah dilakukan oleh mereka dan yang sedang terus dilakukan sekarang.

Rabu, 23 Januari 2013

PAK KUNTOWIJOYO – BUDAYAWAN DAN INTELEKTUAL TERKENAL DI INDONESIA DALAM KENANGAN ABADI.


Oleh Mansor Puteh







Berita tentang kematian budayawan ulung di Indonesia, Kuntowijoyo 22 Februari lalu amat mengejutkan saya. Ia telah disampaikan dengan emel oleh seorang rakan baik saya di Bandaraya New York, Saudara Achyar, teman kami di sana yang telah terus menetap di Pulau Roosevelt di bandaraya itu sehingga sekarang.
          Saya terkenang kunjungan saya ke rumah Pak Kunto dalam bulan Jun lalu dimana saya sempat bersua dengan beliau dan isteri dan anak sulung lelaki dan isterinya.
          Ini kali kedua saya bertemu dengan beliau di rumah sendiri. Kali pertama ialah tujuh tahun sebelumnya dalam tahun 1997 bila saya menjelajah seluruh Pulau Jawa dari Jakarta ke Bali. Saya berkunjung ke rumah beliau dalam tahun 2004 lalu bila saya membuat lawatan darat dari Medan ke Bali dan balik ke Pekan Baru.
          Keadaan Pak Kunto dalam lawatan kedua saya menunjukkan tubuh badan beliau sudah agak gempal dan beliau kelihatan sihat. Saya tidak sangka sama sekali lapan bulan kemudian, beliau sudah tiada. Dan hasrat saya untuk bertemu beliau di Jogjakarta buat kali ketiga di masa terdekat ini juga tidak kesampaian.
          Saya cuma dapat rasa gembira menerima dua naskah novel beliau berjudul, ‘Mantara Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’yang belum sempat saya baca semuanya sebab saya sibuk dengan kerja penulisan dan vidio sendiri.
          Malah karangan ini yang telah saya mulakan Julai lalu juga belum siap sehingga sekarang, bila saya rasa lebih tergerak untuk menyiapkannya.
          Saya juga buka komputer dan lihat gambar-gambar beliau sekeluarga semasa mereka mahu berangkat tinggalkan Bandaraya New York setelah beliau tamat pengajiannya dalam musim panas 1980 dulu.
          Ketika itu saya tidak sedar orang yang saya kenali semasa saya menuntut di Universiti Columbia itu bakal menjadi seorang penulis novel terkenal di Indonesia. Dia pendiam dan tidak pernah bercakap; langsung tidak tentang novel maupun bidang yang dia kaji semasa dia menuntut di Universitas Gajah Mada (UGM) atau di Universiti Connecticut di America dan sekarang untuk ijazah kedoktorannya.
          Memang penuntut yang sedang belajar dan membuat kajian peribadi jarang mahu bercakap atau berbicang tentangnya dengan sesiapa termasuk rakan-rakan satu jabatan dan universiti, kecuali dengan pensyarah yang mengawasi kerjanya.
          Kami bertemu pertama kali dalam musim panas tahun 1978 dahulu di Earl Hall. Di sinilah di mana pelajar dan pensyarah dan orang ramai berugama Islam dari seluruh dunia adakan upcara ugama termasuk sembahyang Jumaat.
          Di sini juga terletaknya pejabat Persatuan Penuntut Muslim atau Muslims Students Association (MSA). Ia bersebelahan dengan pejabat  Persatuan Penuntut Yahudi di universiti ini.
          Namun demikian kami tidak pernah berbalah walaupun beberapa kali kami bersembahyang di koridor di luar pejabat dan seorang rakan melaungkan azan dengan kuat. Mereka keluar dari bilik untuk melihat kalau-kalau orang yang melaungkan azan itu berada dalam kecemasan. 
          Kuntojoyo datang bersama beberapa orang Indonesia lain termasuk Achyar yang berasal dari Medan di Sumatera untuk bersembahyang. Dan di Earl Hall inilah dimana kami bertemu.
          Earl Hall terletak di hadapan sekolah saya di Dodge Hall di mana saya belajar ketika itu.
          Sehingga Kuntojoyo pulang ke Indonesia dalam tahun 1980 saya jarang bercakap dengannya. Dia pendiam dan saya juga pendiam.
          Mujur isterinya yang bernama Susilaningsih seorang yang amat peramah. Maklumlah dia seorang pakar bidang psikologi dan bukan suri rumah tangga biasa.
          Kuntojoyo ketika itu mengambil ijazah kedoktorannya di Teacher’s College sementara isterinya mengambil kursus sarjana bidang psikologi di sebuah universiti lain iaitu Hunter College di City University di selatan Pulau Manhattan.
          Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Punang ketika itu. Dia tidak bersekolah sehingga dia sekeluarga pulang.
          Sekali-sekala saya berkunjung ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari kampus untuk makan masakan Jawa seperti gudeg.
          Dalam tahun 1997 saya kembali ke Indonesia dalam perjalanan dari Jakarta ke Bali dan sempat bertemu dengan Kuntojoyo sekeluarga. Sudah tujuh-belas tahun kami tidak bertemu.
          Mujur pemandu teksi di stesen keretapi di Jogjakarta kenal dengan nama Pak Kunto. Ini adalah satu petanda yang baik; ramai orang kenal dengan dia. Tetapi saya syak ia bukan disebab dia seorang profesor di Universitas Gajah Madah, sebab tentu ada ramai profesor yang mengajar di situ yang mereka tidak kenal.
          Syak saya akhirnya terjawab apabila seorang beritau dia adalah seorang penulis novel atau novelis terkenal di Jogjakarta dan di Indonesia. Karyanya telah menang banyak hadiah.
          Ya, dia memang seorang yang terkenal. Cuma saya sahaja yang belum sedar tentang kehebatanny ketika itu. Semasa di Amerika kami langsung tidak bercakap tentang bidang penulisan novel. Saya cuma fikir dia seorang pakar sejarah dan langsung tidak sangka dia juga novelis. Ketika itu saya terkial-kial belajar menulis skrip dalam semester pertama dan belum kenal dengan pembentukan cerita, watak maupun tema.
          Walhal Pak Kunto sudah menghasilkan banyak buku dalam bentuk novel dan ilmiah lain.
          Seorang pemandu teksi di stesen keretapi Jogjakarta dapatkan untuk saya nombor talipon dan alamat Kuntojoyo dari buku panduan dan saya terus menghubunginya. Punang yang jawab panggilan. Dia masih kenal dengan saya sebaik sahaja saya sebut nama saya, walhal semasa di Bandaraya New York dulu, dia masih kecil. Saya tidak pernah bercakap dengannya. Dia juga seperti bapanya, seorang pendiam.
          Saya tidak sedar yang dia kini mempunyai seorang adik lelaki bernama Alun berusia sebelas tahun.
          Mungkin ketika itu Punang masih kecil. Dia lebih bergaul dengan kanak-kanak sebaya dengannya di Earl Hall dan di mana-mana kami bertemu termasuk di pejabat Konsul-Jeneral Indonesia.
          ‘Dari Columbia?’ Tanya Punang bila saya beritau nama saya walaupun setelah tujuh-belas tahun dia tidak mendengar suara saya atau bertemu dengan saya.
          Dulu dia berusia tidak lebih enam tahun dan sekarang dia sudah berusia dua-puluh-tiga tahun. Inilah kali pertama saya mendengar suaranya, tetapi ia bukan suara seorang kanak-kanak enam tahun tetapi pemuda berusia dua-puluh-tiga tahun.
          Punang beritau emaknyanya yang saya menalipon dan berikan ganggang. Kami bercakap. Susilaningsih atau Ibu Kunto beritau bahawa suaminya mengidap penyahit yang tidak membenarkan dia bercakap lama. Dan biasanya dia tidak menjawab panggilan talipon.
          Tetapi oleh sebab saya yang menalipon dia ambil ganggang dan bercakap dengan saya.
          Keesokan hari, saya dapatkan teksi dari Jalan Malioboro dekat hotel saya dan pergi ke rumahnya di daerah Slamen. Perjalanan mengambil dua-puluh minit.
          Memang benar, Pak Kunto kini agak uzur tetapi dia masih sedar dan boleh berfikir dengan baik. Menurut isterinya, mujur dia sempat mendapat rawatan rapi dengan segera, kalau tidak keadaannya pasti akan menjadi parah lagi.
          Saya tidak duduk lama di sini dan Punang bawa saya dalam keretanya balik ke hotel. Dia sudah besar sekarang dan lebih tinggi dan lampai dari bapanya. Dan dia seorang yang bijak; masih menuntut.
          2004. Saya datang ke Jogjakarta sekali lagi. Ini kali ketiga saya berada di sini. Saya terus dapatkan nombor talipon dan alamat Pak Kunto dari buku panduan di hotel dan terus menaliponnya. Mereka tidak ada di rumah, kata pembantu rumah, seorang wanita tempatan.
          Mereka akan pulang lewat malam, katanya lagi.
          Tepat pukul lapan, saya menalipon dan berjaya bercakap dengan Ibu Kunto. Saya beritaunya yang saya mahu datang keesokan hari sebab hari itu sudah lewat. Saya mahu ke Borobudur untuk buat rakaman vidio di situ pada pagi hari. Saya mahu ke rumah mereka di Slamen lewat petang bila dia sudah balik dari kampus.
          Teksi bawa saya dari Jalan Malioboro selepas saya makan di sebuah rumah makan Padang di situ. Perjalanan mengambil dua-puluh minit juga. Tetapi kali ini pemandunya sesat. Dia bawa saya ke rumah Amien Rais yang terletak di kawasan itu. Dari situ dia bertanya dari beberapa orang di mana rumah Pak Kunto dan bawa saya ke sana.
          Saya tidak sedar bahawa rumah Pak Kunto terletak tidak jauh dari rumah Calon Presiden atau dipanggil dengan singkatan’capres’ Amien Rais. Patutlah terdapat ramai anggota keselamatan berkawal di rumah itu. Tidak jauh dari rumah ini ialah sekolah ugama yang dijalankan oleh emaknya.
          Singkatan untuk calon wakil presiden ialah ‘cawapres’.
          Ibu Kunto jemput saya masuk ke dalam rumah dan sebentar kemudian anaknya, Punang keluar dan salam tangan. Dia sudah bernikah dengan seorang gadis tempatan bernama Retani. Punang baru pulang dari melanjutkan pelajarannya dalam bidang teknologi maklumat di Australia.
          Dia enggan pergi ke Amerika seperti bapanya sebab keadaan di negara itu sudah banyak berubah; ia tidak seperti dahulu semasa dia menetap selama tiga tahun di sana bersama keluarganya.
          Sebentar lagi Pak Kunto berjalan masuk ke ruang tamu.
          Kami duduk lebih setengah jam untuk bercakap tentang perkara biasa. Isterinya beri saya hadiah dua buah novel karya Pak Kunto berjudul, ‘Mantra Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’. Novel yang awal itu telah memenangi anugerah Mastera dan beliau telah datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil hadiahnya.
          Semuanya, beliau telah menghasilkan tiga-puluh-dua karya termasuk buku ilmiah, anthologi dan novel dengan memenangi sebanyak sembilan anugerah dan sembilan penghargaan dari Indonesia dan di luar negeri.
          Dan dalam masa itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah tamu di beberapa buah universiti di Amerika dan Filipina disamping dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam forum di universiti lain.
          Walaupun dalam keadaan uzur akibat serangan virus semasa beliau berada di Australia, Pak Kunto masih menulis dan memegang jawatan di Universitas Gajah Mada. Dia menulis dengan mengguna satu jari sahaja.

Pendidikan:

1950-1956 SRN, Ngawonggo, Klaten
1956-1956 Madrassah, Ngawonggo, Klaten
1956-1959 SMP 1, Klaten
1959-1962 SMA II, Solo 1962-1969 Jurusan Sejarah, UGM 1973-1974 The Univerity of Connecticut, USA (M.A., American History)
1975-1980 Columbia University, USA (Ph.D., IImu Sejarah)
Pekerjaan:

1965-1970, asisten Jurusan Sejarah UGM 1970-sekarang, dosen Jurusan sejarah UGM
1973-1980, tugas belajar.
1984 (September-Desember), dosen tamu Universitas Filipina Juni-Agustus 1985, dosen tamu Universitas Michigan

Penerbitan non-fiksi:
1. Dinamika Sejarah Umat Islam, 1985
2. Budaya dan Masyarakat, 1987
3. Paradigma Islam: Interpretasi untuk Aksi, 1991.
4. Radikalisasi Petani, 1993
5. Metodologi Sejarah, 1994
6. Demokrasi & Budaya Birokrasi, 1994
7. Pengantar Ilmu Sejarah, 1995
8. Identitas Politik Umat Islam, 1997
9. Muslim Tanpa Masjid: Esai-Esai Agama, Budaya, dan Politik dalam
    Bingkai Strukturalisme Transendental, 2001

Penerbitan Puisi:

1. Suluk Awang-Uwung, 1975
2. Isyarat, 1976
3. Makrifat Daun, Daun Makrifat, 1995

Penerbitan Fiksi:

1. Kereta Api yang Berangkat Pagi Hari, novel, 1966
2. Khotbah di Atas Bukit, novel, 1976.
3. Dilarang Mencintai Bunga-Bunga, cerpen, 1992.
4. Pasar, novel, 1994
5. Impian Amerika, novel, 1998
6. Hampir sebuah Subversi, cerpen, 1999
7. Mengusir Matahari, fabel, 1999
8. Mantra Pejinak Ular, novel, 2000
9. Topeng Kayu, drama, 2001
10. Wasirin & Satinah, 2002

Hadiah:

1. BPTNI (Badan Pembina Teater Nasional Indonesia), naskah drama "Rumput-Rumput Danau Bento", 1968
2. Majalah Sastra, cecpen "Dilarang Mencintai Bunga-Bunga", 1968
3. Dewan Kesenian Jakarta, naskah drama "Tidak Ada Waktu bagi 
    Nyonya Fatmah, Barda, dan Cartas", 1972
4. Panitia Hari Buku Internasional, novel," Pasar", 1972
5. Dewan Kesenian Jakarta, drama, "Topeng Kayu", 1973
6. Harian KOMPAS, cerpen "Laki-Laki yang Kawin dengan Peri" 1995
7. Harian KOMPAS, cerpen, "Pistol Perdamaian", 1996
8. Harian KOMPAS, cerpen, "Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan",
    1997

Penghargaan:

1.   Penghargaan Sastra Indonesia dari Pemda DIY, 1986
2.   Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
      Pengem­bangan Bahasa untuk kumpulan cerpen Dilarang Mencintai
Bunga-Bunga, 1994
3.   Penghargaan Kebudayaan ICMI, 1995
4.   Asean Award on Culture, 1997
5.   Satya Lancana Kebudayaan RI,  1997
6.   Mizan Award, 1998
7.   Kalyanakretya Utama untuk Teknologi Sastra dari Menristek, 1999
8.   S.E.A. Write Award dari Pemerintah Thailand, 1999
9.  Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
     Pengem­bangan Bahasa, 1999.
10. 2002, Anugerah Mastera, Kuala Lumpur untuk novel ‘Mantra
      Pejinak Ular’.