Ahad, 31 Mac 2013

PENIAGA ATAU PENGKARYA FILEM?


Oleh Mansor Puteh









Filem sebagai bahan dagangan atau kesenian?
      Penerbit-penerbit tempatan masih menganggap bahawa filem adalah bahan dagangan. Dan mereka cuma mementingkan keuntungan sahaja. Semuanya bertolak dari untung-rugi sesebuah penerbitan filem. Ini yang menghambat kemajuan dalam perusahaan filem tempatan.
      Sebenarnya filem mesti dilihat bukan sebagai bahan dagangan tetapi kesenian. Dan masyarakat akan menonton filem-filem tempatan sebagai hasil kesenian dan melihat sesebuah filem itu dari aspek kebudayaan dan kesenian filem.
      Telah berjaya membuat penonton kita turut keliru dengan tujuan seseorang penerbit itu membuat filem.
      Kalau mereka ingin mengaut keuntungan yang banyak, kenapa buat filem? Mereka sudah tentu beruntung lagi kalau membuka restoran dengan perbelnjaan yang lebih murah.
      Atau mereka boleh membuka butik dan lain-lain dan mendapat keuntungan setimpal dengan perbelanjaan.
      Ini yang membuat perusahaan filem kita terbelakang. Oleh sebab penerbit filem tidak mempunyai tujuan tertentu untuk membuat filem.
      Sebenarnya faktor tujuan dan hasrat ini penting untuk memajukan perusahaan filem. Sebab sekiranya penerbit sendiri dan Finas tidak tahu dengan tujuan sebenamye. sesebuah perusahaan filem itu ditubuhkan, maka mereka tidak boleh mengharapkan sebarang perkembangan berlaku.
      Filem sebenamya merupakan sebuah bidang kesenian halus. Dan ini harus ditekankan kepada penonton supaya mereka akan menonton filem semata-mata untuk menonton filem berdasarkan keseniannya, dan bukan ?ceraja siap’ah pelakun dan apakah ada penyanyi yang berlakun di dalamnya,
      Tetapi yang-sedihnya ialah penekanan tentang segi kesenian dan kebudayaan ini cuma dibuat semasa Pesta Filem Malaysia dan forum atau diskusi tentang filem sahaja. Sedangkan pada masa-masa lain segi perniagaan ditekankan pula. Akhimya, yang tertekan ialah kesenian filem.
      Penerbit filem tempatan harus menjadi pengkarya filem lebih dari peniaga filem. Sekiranya mereka mempunyai sikap positif seperti ini perusahaan filem kita boleh maju.
      Sekarang ini terdapat beberapa orang penerbit filem tempatan yang lebih pentingkan aspek kesenian dan kebudayaan filem dan tidak hanya perniagaan filem. Penerbit-penerbit generasi baru dan yang mempunyai pendidikan telah berjaya mengemukahan beberapa buah filem baik walaugun mereka menerima perhatian dan mencapai kejayaan yang berbeza-beza.
      Filem seperti ‘Bintang Malam’. ‘Selubung’, ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ dan beberapa buah lagi berusaha untuk meningkatkan aspek kesenian. Dan mereka telah mencapai kutipan yang agak baik.
      Dan cuba kita lihat filen-filen lain seperti ‘XX-Ray’, ‘Bayangan Maut’, dan ‘Pemburu Bayang’ yang berjaya di pawagam tetapi mempunyai nilai kesenian yang rendah. Filem-filem seperti ini tidak memajukan perusahaan filem kita, tetapi menguntungkan penerbit sahaja secara peribadi.
      Sepatutnya filem-filem kommersil seperti ‘Pemburu Bayang’ dan ‘Hanny’ tidak diberi kemudahan di bawah Skim Kemudahan Produksi Finas dan pulangan 25% cukai hiburan yang sepatutnya cuma diberi kepada penerbit filem-filem berunsurkan kesenian filem.
      Tujuannya ialah untuk menggalakkan penerbit untuk menghasilkan lebih banyak filem bermutu dan berbudaya, dan tidak cuma filem komersil yang mengenepikan budaya dan kesenian.
      Perusahaan filem kita kecil dan jumlah filem yang dikeluarkan setahun tidak seberapa, tentu pihak tertentu boleh mengarah pertumbuhan dan perkembangan agar ianya positif dan tidak menghancurkan perusahaan filem itu sendiri.
      Selagi penerbit filem kita tidak sama-sama berfikir sebagai pengkarya filem dan melihat filem itu sebagai bahan kesenian, selagi perusahaan filem kita tidak akan maju.






Isnin, 25 Mac 2013

KENAPA ENGGAN MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN SEMASA KECIL, TAPI BERIA-IA MAHU MASUK KE UNIVERSITI ALIRAN KEBANGSAAN SAMPAI MAHU KECAM KERAJAAN?


…KENAPA TIDAK TUNTUT DIBUKA UNIVERSITI (IPTA) UNTUK PELAJAR ALIRAN MANDARIN DAN TAMIL UNTUK HAK BELAJAR DALAM ALIRAN BAHASA IBUNDA SENDIRI SEPANJANG HAYAT?
Oleh Mansor Puteh.




MAHUKAH PEMIMPIN CINA DAN TAMIL TUNTUT KERAJAAN MEMBENARAN MEREKA TUBUH UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA (UMM atau UniManma) DAN UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA (UniTam)?

Ini tidak mungkin berlaku sebab pemimpin Cina dan Tamil tahu bahawa bahasa ini tidak boleh membawa anak-anak mereka ke mana, ia hanya baik untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah dan tidak di universiti.
 

Dan mereka juga tahu bahawa bahasa Mandarin dan Tamil cuma berguna untuk perhubungan seharian dan tidak untuk acara rasmi di Malaysia.

Mungkin bahasa Mandarin dan Tamil berguna dan boleh diguna dalam acara terpencil dikalangan masyarakat sendiri dan bukan diperingkat kebangsaan, termasuk dalam perhimpunan agung parti bukan Melayu.

Sebenarnya pemimpin Cina dan Tamil tidak pentingkan masa depan anak-anak muda kaum mereka, dan galak ibubapa mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular walaupun perangkaan membuktikan bahawa kebanyakan mereka yang gagal di sekolah seperti ini tidak mempunyai masa depan dalam hidup dan terpaksa buat kerja biasa, termasuk kerja haram.

Jadi pemimpin Cina dan Tamil di Malaysia, kalau boleh tidak mahu galak dan benar orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan – maksudnya sekolah Melayu yang mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Mereka memberi bermacam-macam alasan untuk menyokong keputusan mereka untuk tidak belajar di sekolah kebangsaan.

Kata mereka sekolah seperti ini tidak baik untuk anak-anak mereka maju dalam pendidikan.

Mereka kecam sekolah kebangsaan sebagai terlalu Melayu dan terlalu Islam; dan mereka takut anak-anak mereka akan didakwah dan diperdaya untuk masuk Islam.

Adakah ini benar?
 

Mustahil kanak-kanak mahu dan boleh masuk Islam dengan sendiri dalam usia yang begitu kecil?

Tetapi mereka tidak sedar kebanyakan orang Cina yang masuk Islam bukan terdiri dari mereka yang belajar di sekolah kebangsaan.

Sebaliknya, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam adalah terdiri dari mereka yang belajar di sekolah Cina.

Tidak percaya? Tanya Jakim dan Perkim. Dan lihat rancangan ugama Islam yang disiar di televisyen setiap hari Jumaat tentang saudara baru dari kaum Cina. Ia diadakan dalam bahasa Mandarin tentang orang Cina yang belajar di sekolah Cina.

Pemimpin kaum Cina tuntut lebih banyak sekolah aliran Mandarin dan Tamil dibuka dan mahu kerajaan pula memberi dana dan tanah.

(Saya tidak guna perkataan Cina atau India sebab sekolah tersebut tidak mengguna bahasa Cina dan India kecuali Mandarin dan Tamil sahaja. Cina dan India cuma diguna sebagai bangsa)

Oleh sebab itu terdapat ramai ibubapa Cina dan Tamil menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Mandarin dan Tamil sebab mereka telah belajar di sekolah seperti itu, jadi mereka mahu anak-anak mereka ikut cara mereka, walaupun kebanyakan mereka tidak mendapat pendidikan tinggi dan gagal selepas darjah enam atau tingkatan tiga sahaja.

Oleh sebab itu juga terdapat ramai orang Cina yang bekerja sebagai peniaga kecil di pasar malam dan menjalankan pekerjaan sendiri.

Ramai dikalangan mereka juga terjebak dengan perbuatan jenayah.

Boleh dikatakan semua ‘ahlong’ di Malaysia terdiri dari orang Cina yang mempunyai latarbelakang sekolah cina.

Jarang kita dengar orang Cina ataupun India yang terlibat dengan jenayah yang belajar di sekolah kebangsaan.

Tak percaya? Tanya Bukit Aman. Dapatkan maklumat dari mereka.

Walaupun demikian masih ada diantara mereka yang lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan.

Mereka juga Cina dan India. Tetapi mereka tidak angggap sekolah kebangsaan boleh merosakkan anak-anak mereka. Mereka pandang jauh. Dan mereka tidak kurang Cina dan India dari mereka yang belajar di sekolah Cina dan Tamil.
 

Tetapi yang peliknya ialah kenapa pemimpin Cina dan Tamil beria-ia mahu dapatkan tempat untuk pelajar-pelajar Cina dan Tamil untuk masuk ke universiti dalam aliran kebangsaan dimana bahasa pengantarnya ialah Melayu?

Kenapa mereka tidak halang mereka dari masuk ke universiti seperti itu dan hantar mereka ke universiti di Hong Kong, Taiwan atau Negeri Cina dan di India?

Atau kenapa pemimpin Cina dan Tamil tidak gesa kerajaan membenarkan mereka membuka universiti khas yang mempunyai bahasa pengantar Mandarin dan Tamil?

UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA atau UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA!

Saya hairan kenapa pemimpiin Melayu tidak juga cadangkan agar pelajar-pelajar aliran Mandarin dan Tamil mempunyai universiti khas untuk mereka supaya mereka tidak beria-ia mahu mendapatkan tempat di universiti kerajaan atau di IPTA lain?

Adakah ini disebabkan bahawa pengajian bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat universiti tidak penting. Ia tidak masuk akal?

Kenapa pula?

Kalau bahasa Mandarin dan Tamil dikatakan penting untuk kaum Cina dan Tamil, dan ibubapa Cina dan Tamil serta pemimpin mereka beria-ia mahu sebanyak anak-anak Cina dan Tamil belajar di sekolah seperti itu, jadi kenapa bila mereka meningkat dewasa, mereka mahu berebut-rebut belajar di IPTA?

Adakah ini bermakna bahawa bahasa Mandarin dan Tamil sebenarnya bukan bahasa penting untuk pelajar di peringkat universiti sehinggakan pelajar-pelajar Cina dan Tamil yang mempunyai pendidikan dalam aliran ini tidak berminat untuk menyambung pelajaran mereka di universiti yang mempunyai bahasa pengantar dalam bahasa ibunda mereka sendiri?

Kalau ramai orang Cina dan Tamil gemar berkata bahawa Bahasa Melayu tidak penting sebagai bahasa ilmu, jadi kenapa pelajar-pelajar mereka mahu belajar di IPTA pula?

Dan kenapa mereka sanggup menuntut hak seperti ini di Malaysia sahaja? Adakah orang Melayu di Malaysia boleh dipermain-mainkan?

Kenapa tidak buat tuntutan yang sama di Indonesia? Sebab Melayu di sana lebih besar jumlahnya, jadi orang Cina dan India tidak berani membuat sebarang tuntutan seperti itu?

Jadi, apakah kalau jumlah Melayu di Malaysia bertambah setahun ke setahun sehingga peratusannya meningkat ke tujuh-puluh peratus, maka orang Cina dan India akan menjadi takut untuk menuntut?

Sekarang Melayu masih lagi kecil jumlahnya, belum sampai tujuh-puluh peratus. Tetapi ia akan meningkat dalam sepuluh tahu lagi.

Dan Melayu juga berpecah diantara Umno dan Pas. Tapi kalau Melayu sudah bersatu, apakah suara bukan Melayu boleh jadi kendur seperti di Indonesia atau Brunei?

Malah Cina dan India di Siam juga tidak berani menuntut hak mereka, jauh sekali untuk menempek. Mereka terpaksa akur bahawa jumlah kaum tempatan begitu besar sehingga mereka tidak boleh buka sekolah dalam bahasa sendiri dan mempunyai nama tempatan.


Jumaat, 22 Mac 2013

JELAJAH PESTA FILEM MALAYSIA (JPFM-2013) KE PULAU PINANG DAPAT SAMBUTAN OLEH KHALAYAK BUKAN MELAYU.


…DAN SAYA TERSUNGKUR DI RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE.
Oleh Mansor Puteh



Persatuan Pengarah Filem Malaysia atau Fdam buat tahun kedua menganjur acara Jelajah Pesta Filem Malaysia, yang membawa satu bas peserta terdiri dari pengarah, pelakon dan penyanyi ke Kuantan, Ipoh dan Pulau Pinang dengan lawatan ke Perlis masih dalam perancangan.

Sebuah bas dua tingkat telah diguna untuk acara lawatan ketiga iaitu untuk ke Pulau Pinang selama dua hari.

Faizal Hussein yang baru menang anugerah pelakon lelaki terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-25 turut hadir bersama Normah Damanhuri, yang menang anugerah pelakon wanita terbaik, dan Aznah Hamid, Sharifah Aminah, Yem Sofi Jikan, Hayati Tasrip dan peserta dari rancangan ‘Mentor’ dan lain-lain yang turut memberi persembahan kepada peminat masing-masing di Padang Kota Lama atau Esplanade, Restoran Bahtera Santai, Uptown Bayan Mutiara, Mydin di Bukit Jambul, disamping diraikan di Muzium Negeri dan Restoran butik Love Lane.

Acara akhir ialah lawatan ke Rumah Kelahiran P. Ramlee. Dan satu perkara yang saya tidak dapat lupakan dalam lawatan pertama saya ke sini ialah apabila saya pitam dan tersungkur ke atas jalan depan bangunan utama komplek ini yang menyebabkan saya cedera ringgan dengan kamera digital saya rosak.

Saya sangkakan simen di situ licin oleh sebab hujan renyai yang telah berlaku sebelum itu, tetapi saya dapat tahu kemudian yang saya telah pitam seketika.

Ini pertama kali saya dipelawa untuk menyertai acara ini yang saya mendapati dapat diguna untuk mengukur tahab penerimaan khalayak terhadap insan yang bergelar seniman dalam semua bidang.

Dan maklumat yang paling utama saya dapati ialah semasa acara di Padang Kota Lama atau Esplanade di Pulau Pinang yang berlaku pada malam 8 Mac lalu, yang menampakkan hampir 95% penonton terdiri dari orang Cina tempatan.

Memang mereka telah berada di padang itu untuk acara awal iaitu untuk menyambut Hari Wanita Sedunia, dan kemudiannya acara rasmi oleh kerajaan DAP, tetapi mereka tetap tunggu untuk persembahan dari rombongan JPFM dan tontonnya sehingga selesai, dengan bangun dari duduk dan pergi berdiri di hadapan pentas.

Kebanyakan orang Cina di Pulau Pinang faseh berbahasa Melayu berbanding dengan masyarakat Cina di negeri-negeri lain dan perhubungan mereka dengan masyarakat Melayu boleh dikatakan lebih akrab, seperti masyarakat Cina dan Melayu di Melaka.

Ternyata persembahan lawak-jenaka dan nyanyian serta tarian yang dilakukan oleh peserta JPFM menarik perhatian khalayak di situ yang telah sedia menunggu.

Ini semua memberi erti bahawa penonton filem, drama televisyen dan pendengar untuk filem dan muzik Melayu dikalangan bukan Melayu sebenarnya ada.

Tetapi yang malang atau sedihnya ialah, media Cina dan India tidak memberi mereka maklumat tentang kegiatan dalam perusahaan filem dan muzik tanahair.

Malah Pesta Filem Malaysia ke-25 yang berlaku pada 2 Mac lalu juga tidak diberi liputan oleh media bukan Melayu, kecuali akhbar Inggeris.

Mungkin ada sebabnya kenapa media Cina dan India enggan beri liputan kepada filem dan muzik Melayu.

Mereka begitu asyik dan ghairah sekali untuk memberi liputan luas kepada kegiatan seni dari Hong Kong, Taiwan dan Negara Cina dan India, termasuk dari Amerika dan barat.

Tetapi mereka sedikitpun tidak mahu beri liputan terhadap kegiatan seni tempatan, iaitu Melayu.

Malah sastera Melayu juga tidak diberi liputan bukan sahaja oleh media Cina dan India tetapi Inggeris.

Ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ada akhbar bahasa Inggeris beri liputan luas kepada sastera Inggeris.

Tetapi yang malangnya, pengkritik sastera mereka tidak peka, dan mereka hanya dapat beri pandangan dan pendapat tentang sastera Inggeris dan buku serta novel yang dinilai dengan mengikut kacamata Inggeris juga.

Malah, pengkritik filem mereka juga melihat filem-filem dari barat khususnya dari Hollywood dari kacamata orang Inggeris juga sehinggakan filem-filem yang mempunyai nilai anti-Islam yang mendapat sanjungan di barat, mereka tetap sanjung.

Akhbar bahasa Inggeris seperti tidak sedar bahawa pengaruh Hollywood diseluruh dunia termasuk Dunia Islam telah lama merundum, iaitu akibat dari tindakan pemimpin politik dan tentera mereka menghancurkan beberapa negara Arab dan Islam lain.

Jadi, apa sebabnya mesti media bahasa Inggeris dan bukan Melayu lain beria-ia mahu bantu selamatkan Hollywood dan sastera Inggeris di Malaysia, sedangkan penerimaannya dikalangan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu sudah berkurangan sekarang?

Dan tidak salah kalau kita dapatkan media bukan Melayu beri lebih tumpuan kepada perkembangan dalam bidang kesenian, kesusasteraan, filem dan muzik Melayu atau tempatan lain termasuk yang dibuat dalam bahasa Cina dan India, supaya sebuah perusahaan hiburan dan sastera baharu Malaysia dapat diperkembangkan.

Tujuannya ialah untuk lama-kelamaan, perusahaan hiburan dan sastera barat atau asing termasuk yang dari Hong Kong, Taiwan, Negara Cina dan India dapat dilenyapkan samasekali di Malaysia.

Cuma yang tidak ada dalam acara JPFM ialah sebuah forum yang sepatutnya boleh diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) atau mana-mana kampus dan akademi di Pulau Pinang atau dimana-mana tempat acara ini diadakan.

Jadi adalah diharapkan kalau JPFM diadakan di Perlis dalam masa terdekat, acara forum untuk membincangkan tentang perkara ini dapat diadakan.









Selasa, 19 Mac 2013

SEJARAH FILEM BERMULA DARI WAYANG KULIT.


Oleh Mansor Puteh








Tentu memeranjatkan kalau dikatakan bahawa filem mempunyai asal-usul wayang kulit kita. Tetapi, ini yang telah di tentukan oleh para ilmuan dan sejarahwan filem. Oleh sebab ianya jarang dibincang dan disebut banyak orang tidak mengetahui fakta penting ini.
Kalau kita perhatikan filem dan persembahan wayang kulit seperti yang diketahui umum, tentu kita akan lihat perbezaannya. Tetapi, secara konsep dan persembahan, ianya tidak berbeza sangat.
Ini disebabkan filem seperti wayang kulit mengguna cahaya. Dan imejan yang dibuat oleh pancaran cahaya itu yang membuat kedua-dua bidang ini seruna. Cuma yang membezakan ialah wayang kulit mengguna teknologi yang agak biasa atau primitif, sementara filem mengguna teknologi termoden. Lebih-lebih lagi kalau kita ambil kira perkembangan yang telah berlaku terhadap alat-­alat seperti projektor dan sistem-sistem canggih yang digunakan di pawagam sekarang.      
Tetapi, pada dasarnya, wayang kulit masih dianggap sebagai merupai usul filem.
Tetapi, asal-usul filem sebenamya boleh dilihat kepada lukisan di dalam gua di Almahera, Sepanyol yang mana menunjukkan lembu yang mempunyai lapan kaki. Lukisan yang dibuat beribu-ribu tahun oleh masyarakat kuno memberi gambaran atau imej tentang pergerakan.
Dan yang penting dalam filem maupun wayang kulit ialah pergerakan disamping imej atau gambar yang hanya dapat dirakam dalam lakaran atau lukisan. Jadi, tidak hairanlah kalau filem juga dipaggil ‘the moving pictures’ atau singkatannya, ‘movies’ atau gambar bergerak oleh kita.
Walaupun gambar lembu itu kaku, tetapi dengan membuat lukisan yang menunjukkan lapan kaki pada setiap haiwan itu, orang kuno di Sepanyol telah melihat lukisan lembu yang ‘bergerak’.
Mereka tidak mempunyai kepakaran atau teknologi untuk membuat lukisan lembu itu bergerak seperti dalam wayang kulit atau filem sekarang, tetapi pada dinding gua mereka telah membuat lukisan yang beri gambaran pergerahan.
Lama-kelamaan apabila manusia telah berjaya membuat cahaya yang boleh dipancarkan mereka telah juga mencipta satu persembahan iaitu wayang kulit. Ini tidak berlaku di Eropah, tetapi di Asia termasuk Kambodia, Indonesia dan Malaysia dimana sehingga sekarang orang masih membuat persembahan wayang kulit sebagai persembahan tradisi mereka.
Dan kemudian itu, pereka di Barat mula mencipta projector dan kamera yang mana boleh membuat rakaman ke filem hitam-putih imej yang boleh disimpan dan kemudiannya dipancar ke layer perakk. Dan di sinilah mula apa yang kita kenal sehingga sekarang sebagai filem.       
Wayang kulit seperti yang kita tahu sekarang cuma dipinjam teknologi atau konsepnya. Dan barat sering dikatakan telah menemui bidang perfileman. Dan mereka telah juga memperkembangkan bidang ini sehingga ianya menjadi begitu canggih dengan teknologi terkini, sehingga terhilang asal-usualnya iait wayang kulit.
Namun demikian, kita tidak akan melupakan akan sejarah awal perkembangan bidang perfileman yang mempunyai asal-usul lukisan lembu berkaki lapan di gua di Sepanyol dan wayang kulit.
Jadi, kita boleh menyatakan juga bahawa filem, sebenarnya merupakan bidang yang dicipta di benua Asia dan bukan Barat.
Tapi, ada orang di negara kita yang masih berkata bahawa filem adalah kesenian yang dismport dari Barat.
Apa yang mereka sebenarnya berkata ialah bahawa teknologi perfileman sekarang datang dari Barat, tetapi medium itu sendiri serta konsepnya adalah berasal dari Timur atau Benua Asia sendiri.
Nenek-moyang kita sudah tahu dan sedar tentang pentingnya cahaya dalam sesebuah persembahan dan mereka telah mencipta kesenian yang dikenali sebagai ‘wayang kulit’ yang mempunyai ciri-ciri persembahan sebuah filem. Tetapi, oleh sebab perkembangan teknologi berlaku di Barat, maka mereka telah berjaya membaikki teknologi penggambaran dan pemancaran cahaya sehingga mereka telah berjaya untuk ‘mencipta’ kesenian baru yang dikenali sebagai ‘cinema’.
Ini juga bererti bahawa kepakaran nenek-moyang kita untuk mencipta ‘wayang kulit’ harus juga dipuji, sebab tanpanya barat tidak akan dapat memikirkan untuk mencipta kesenian filem seperti yang kita tahu sekarang.
Sama juga permainan seaerti ‘badminton’, ‘tennis’, dan ‘polo’ yang barasal dari Asia tetapi ianya telah di bawa ke barat dan dipermodenkan sehingga diterima di. seluruh dunia. Tetapi, pada dasamya, permainan itu sama saperti ‘filem’ masih diiktiraf oleh para sarjana filem sebagai bermula dari Asia. Dan ianya telah dicipta oleh nenek-moyang kita sendiri, dan bukan dipinjam atau ditiru dari barat.










Sabtu, 16 Mac 2013

KES KHALWAT DAN MEDIA HIBURAN.


Oleh Mansor Puteh









Artis ditangkap berkhalwat.
       Berita seperti ini biasa mengejutkan, dan bering dijadikan bahan berita mukadepan. Tetapi, kalau orangbiasa ditangkap kerana berkhalwat, ianya sering diendahkan dan langsung tidak dilapurkan dalam akhbar maupun majalah.
       Kalau kerani atau birokrat agensi kerajaan ditangkap berkhalwat kes seperti ini sering tidak dianggap sebagai sebuah berita menarik. Di negara kita terdapat banyak kes khalwat yang dilakukan setiap hari. Kita cuma perlu ke mahkamah Syariah uhtuk mengetahui berapa banyaknya kes-kes seperti itu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi kes yang sering diheboh-hebohkan ialah apabila seorang artis atau pelakon baru terlibat dialaminya.
       Kenapakah perkara seperti ini berlaku? Kenapa kes arkitek, jurutera, saintis dan ahli politik yang ditangkap berkhalwat tidak juga dilapurkan seluas-luasnya seperti kes yang melibat artis?
       Jawapan yang ketara ialah ini disebabkan terdapat lebih banyak akhbar dan majalah sensasi yang dahagakan berita yang sama sensasi. Jadi, dalam masyarakat Islam kes khalwat itu dianggap satu berita sensasi.
       Ini juga disebabkan setiap akhbar dan-majalah senasai itu mahu menggunakan kes-­kes sensasi seperti itu untuk menarik pelanggan atau pembaca. Jadi kes khalwat diguna oleh mereka untuk tujuan pemasaran.
       Strategi seperti ini amat bercanggah dengan tujuan berita mengenai kes khalwat yang seharusnya dihebahkan. Tujaan yang sebaik-baiknya ialah untuk ‘memalukan’ mereka yang tertuduh dan didapati bersalah itu, dan tidak lain.
       Tetapi, tujuan kes-kes khalwat kini digunakan oleh akhbar dan majalah semata-­mata untuk tujuan komersil. Ini amat bercanggah dan salah dari segi moral.
       Ini juga menerangkan kenapa cuma kes khalwat yang melibatkan artis sahaja digempar-­gempurkan oleh media hiburan, dan bukan kes yang melibatkan orang lain.
       Tetapi, apakah orang yang terlibat itu tasa ‘malu’ apabila ditangkap kerana berkhalwat? Tidak.
       Dalam zaman ini kes-kes jenayah kecil dan besar tidak memalukan sesiapa. Ini disebabkan bahawa pihak media ringan telah meringankan kes-kes itu sehingga ianya menjadi bahan hiburan semata-mata.
       Dan setiap hari kita akan dapat membaca tentang kes jenayah termasuk curi, pecah amanah, dan khalwat dalam ahkbar dan majalah. Jadi, ianya tidak dianggap ‘memalukan’ lagi tetapi cuma bahan hiburan dan pembacaan ringan sahaja.
      Ini termasuk kes-kes khalwat yang melibatkan artis. Selepas dua hari orang sudah lupakan kes itu untuk membaca tentang kes lain. Dan mereka yang bersalah itu pula boleh rasa ‘bangga’ dengan memperolehi publisiti yang berlebihan. Mungkin ini akan menaikkan imejnya sebagai ‘orang moden’ walaupun ia melibatkan moraliti.
      Pada masa dulu sekiranya seseorang itu tertangkap kerana kerkhalwat, seluruh keluarganya akan merasa malu. Dan seluruh kampung akan memandang rendah pada mereka. Dan yang tertuduh itu akan rasa malu untuk keluar rumah. Akhirnya, untuk mencari jalan keluar dari masalah ini dia berkhawin dengan pasangannya itu supaya mereka kini boleh hidup sebagai suami-isteri secara sah dan kampong; tidak lagi perhati kegiatan peribadi mereka.
      Tetapi, sekarang dalam dunia yang serba moden, kes-kes khalwat yang melibatkan ugama dan moraliti sudah jatuh tahabnya Orang jarang rasa malu kalau ditangkap berkahalwat. Mungkin dia akan rasa tersinggung kerana perbuatannya itu terdedah. Tetapi, sebaik sahaja dia menukar muka surat lain dalam majalah atau akhbar, dia sendiri akan terlupa akan kes yang melibatkannya. Dan dia akan terasa seperti membaca tentang orang lain yang tertargkap, dan bukan dia.
      Dan kenapakah pihak media hiburan fikir pembaca dan masyarakat benar-benar berminat dengan kes-kes khalwat? Apakah sensasi yang boleh didapati di dalamnya? Atau apakah sekira kes tersebut melibatkan artis, maka ia mempunyai elemen berita pentingg?
      Saya syak bahawa artis mudah digunakan oleh media hiburan murahan seperti itu oleh sebab artis pada rata-rata gilakan publisiti. Dan kes khalwat ini mungkin boleh memberinya publisiti yang luas.
      Atau pihak artis boleh dipermainkan oleh media hiburan untuk tujuan pemasaran dan menarik minat pembaca. Kes khalwat ada suatu kelainannya jika dibandingkan dengan berita artis menerimc sanjungan di luar negeri, atau membuat filem dan sebagaimana.
      Berita tentang artis berkhalwat seperti itu yang membuat masyarakat marah dengan tingkah-laku masyarakat seni, walaupun ia melibatkan satu atau dua orang sahaja. Ini disebabkan bahawa satu atau dua kes khalwat itu dilapurkan secara meluas.
      Sebaliknya terdapat ramai ahli pemiagaan yang terlibat dalam kes-kes kecurian, pecah amanah dan tipu dan sebagairya, tetapi, masyarakat tidak memandang rendah pada masyarakat pemiagaan.
       Artis sering dipersalahkan kerana kesilapan dan kesalahan seorang diantara mereka. Ini disebabkan bahawa media hiburan telah menyerongkan pemikiran rakyat dan pihak berkuasa derigan menonjolkan kes-kes sumbang yang melibatkan artis.













Rabu, 13 Mac 2013

‘FILEM REMAJA’ TIDAK KAYA BUDAYA FILEM KITA.


Oleh Mansor Puteh








Kenapa filem remaja digemari oleh penonton? Dan kenapa ia sering dibuat oleh pengarah remaja dan disenangi oleh penonton remaja?
      Jawabnya ialah filem-filem remaja ini begitu mudah sekali dibuat. Dan isiu-­isiu yang ditimbulkan itu juga mudah difaham. Ia biasanya adalah isiu remeh-temah dan tidak mendalam. Filem-filem seperti ini tidak mempunyai pemikiran yang mendalam dan falsafah hidup yang halus dan tinggi.
      Penonton senang faham filem seperti ini lebih-lebih lagi kalau ia dibintangi oleh seorang penyanyi terkenal dan ceritanya berkisar sebuah lagu yang terkenal. Pihak media hiburan gemar memberi publisiti meluas kepada filem-filem remaja sebab pelakonnya juga remaja sama seperti pengarahnya. Dengan publisiti meluas tidaklah hairan kalau filem tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Dan penontonnya adalah hampir kesemua terdiri dari kaum remaja.
      Adakah ini tahab pencapaian perusahaan filem kita dan mentaliti pennnton amnya? Adakah kita harus berasa bangga dengan penerbitan filem-filem seperti ini, walaupun ianya mendapat kutipan yang baryak di pawagam?
      Ternyatanya tidak. Ianya cuma baik untuk penerbit individu yang telah menerbitkan filem-filem tersebut yang mendatangkan keuntungan yang banyak kepada mereka. Dan ini bakal mendorong mereka untuk merghasilkan lebih banyak filem remaja seperti ini dengan mengguna format yang sama.
      Dan pengarah filem berkenaan juga beruntung sebab akan dipelawa antuk mengarah filem remaja baru. Akhirnya perusahaan filem kita akan dikenali sebagai perusahaan filem remaja. Ini tidak sihat untuk pembangunan dan kemajuan perusahaan filem kita dan imej negara.
      Ini disebabkan tahab sebenarnya filem-filem remaja seperti ini tidak lain sama seperti novel-novel remaja yang dihasilkan oleh penulis tidak terkenal. Walaupun novel seperti itu mendapa.t pasaran meluas di kalangan anak remaja, namun demikian kita tidak boleh melihatnya lebih dari itu.
      Filem-filem remaja juga harus dil.ihat seperti novel remaja, iaitu ianya dibuat bukan untuk memajukan kesenian dan kebudayaan maupun perusahaan filem kita tetapi cuma untuk menarik perhatian penonton remaja dan mengutip seberapa untung yang mampu.
      Motivasi pembuat filem remaja dan penulis novel remaja tidak berbeza, iaitu ianya bertujuan untuk menarik seberapa ramai penonton atau pembaca di kalangan masyarakat.
       Dan mereka harus juga sedar bahawa, walaupun sambutan yang dapat diperolehi dari hasil mereka, ianya tidak bererti bahawa ianya baik dari segi lain.
       Yang saya kuatir ialah oleh sebab filem-filem remaja itu popular khususnya di kalangan penonton remaja, ianya menyebabkan masyarakat am menganggap bahawa filem seperti itu penting dan bagus untuk perkembangan perusahaan filem kita.
       Saya yakin pembuatan filem-filem remaja ini cuma suatu trend yang akan berlalu. Harap ianya akan berlalu dengan segera supaya pembuat filem kita akan segera sedar akan pentingnya filem-filem bermutu tinggi yang menekankan kesenian dan kebudayaan filem.
       Sebab untuk memajukan perusahaan filem kita, filem seperti inilah yang boleh diambil kira untuk menentukan samada ianya telah maju atau tidak.
       Mungkin penonton kita amnya tidak dididik oleh media dan pengarah filem maupun pengkritik tentang apa itu filem, dan lantas itu menganggap filem-filem remaja baik dari semua segi. Populariti filem remaja ini cuma membuktikan bahawa penonton dan masyarakat kita belum tahu lagi bagaimana hendak memahami sesebuah filem. Pada mereka filem itu adalah bahan hiburan semata-mata, dan bukan lagi bahan kesenian yang halus.      
       Sebab selagi ini tidak dimengerti mereka, pengarah filem remaja akan terus membuat filem-filem remaja yang samasekali tidak berfaedah untuk pembangnnan perusahaan filem kita.
       Adalah diharapkan agar trend membuat filem-filem remaja ini akan berakhir secepat mungkin supaya trend yang lebih serius akan dicubai oleh pengkarya filem kita. Kalau tidak perusahaan filem kita akan hancur ditenggelami dengan filem remaja.
       Dan adalah baik juga kalau penonton remaja kita dididik untuk menonton filem dengan pemahaman yang lebih mendalam.
       Dengan ini menyedari bahawa filem remaja itu bukan filem yang sebenarnya tetapi sama tarafnya dengan novel remaja untuk dibaca tanpa maksud yang lebih murni dari itu.
       Saya yakin bahawa trend membuat filem remaja ini akan habis tidak lama lagi, oleh sebab cerita-cerita yang berdaaarkan lagu popular turut akan menunjukkan persamaannya.








Ahad, 10 Mac 2013

COVENT GARDEN: PASAR IKAN JADI PASAR BUDAYA.


Oleh Mansor Puteh








Dulunya ia cuma sebuah pasar ikan dan sayur-cayuran sama seperti Central Market di Kuala Lumpur. Alfred Hitchcock pernah membuat penggambaran filemnya di sini untuk filem ‘Frenzy’. Ketika itu Covent Garden belum bertukar wajah.
Tetapi kini Covent Garden telah menjadi begitu indah dan tumpuan pelancong  dan masyarakat London.
Bangunan pasar ini sebenamya telah dibina dari 1828 hirgga 1930 dan menjadi pasar sayuran dan buah-buahan selama 150 tahun. Dan kerja mengubahsuainya disiapkan dalam tahun 1980 apabila ianya dirasmikan oleh Sir Horace Cutler.
Selain berjaya mengekalkan keindahan binaan lampau, Covent Garden telah juga menjadi daya penarik orang ramai. Dan terdapat sebuah stesen keretapi bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ yang boleh membawa penunpang ke tempat ini dari mana-mana seluruh London.
Dalam musim sejuk keadaan di sini agak sunyi. Tetapi, dalam musim panas orang ramai berpusu-pusu dan terdapat banyak pertanjukan dan persembahan luar oleh kumpulan muzik dan drama lni semuanya berjaya menyerikan kegiatan di sini.
Kita tidak dapat tidak untuk membandingkan dengan Pasar Budaya di Kuala Lumpur yang juga dulu pernah menjadi sebuah pusar basah. Tetapi kini ianya diubahsuai untuk menjadi Pasar Budaya, sama dengan Covent Garden. Cuma yang berbeza ialah di Covent Garden kawasannya lebih luas dan lapang.
Dan kedai-kedai atau gerai di sini mempunyai pelbagai jenis jualan berkaitan dengan kesenian dan kerjatangan. Terdapat juga kedai-kedai antik menjualkan barang-barang lama.
Kawasan utama dalam bangunan besar Covent Garden ini bertingkat dua dengan bahagian bawah dijadikan kawasan bersiar dan duduk. Dan di sisinya pula terdapat kedai-kedai. Pada suatu ketika dahulu di sinilah di mana orang menjual buah­-buahan dan sayuran. Mungkin baunya juga lain ketika itu jika dibandingkan dengan sekarang.
Dan di bahagian tingkat atas terdapat lebih banyak kedai lain. Dan ianya terletak di paras tanah. Ini bermakna bahawa paras bawah tadi terletak dalam tanah seperti ‘basement’.
Berhampiran dengan Covent Garden terletak daerah teater dan kedai-kedai yang menjual buku-buku serta peralatan berkaitan dengan bidang kesenian dan kebudayaan. Sebuah sekolah filem juga terletak di sini. Dan tidak hairanlah kalau kita sering terlihat anak-anak sekolah berjalan dengan barang-barang sekolah mereka seperti ‘easel’ untuk membuat lukisan dan sketsa dan sebagainya.
Dari sini kita boleh rasakan kelainannya jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di London seperti Trafalgar Square atau Picadilly Circus yang juga menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.
Di Covent Garden orang lebih gemar bersiar-siar dan membeli-belah barangan murah dan mempunyai sejarah. Tetapi ui Trafalgar Square dan Picadilly Circus orang lebih gemar duduk dan bermain dengan burung merpati atau bersiar-siar untuk menonton teater.
Covent Garden terletak di tengah-tengah bandaraya London, tetapi kita tidak sedar akannya. Kita terasa seperti berada di sebuah bandar lain yang lebir tenteram. Dan kalau pada sesuatu masa tidak terdapat begitu ramai orang, kita akan berasa seperti berada di sebuah bandar lain di luar London.
Ianya terletak di sebuah kawasan terpencil dan tersendiri. Ini yang membuatnya unik dan lain. Dan jalan-jalan yang dulunya sesak dengan kereta telah ditutup dan dijadikan kawasan lintasan. Ianya juga tidak bertar tetapi diperbuat daripada batu-bata seperti yang terdapad dalam zaman lampau. Cuma yang tidak, ada ialah kereta kuda yang membawa penumpang ke sana-sini.
Lawatan singkat ke Covent Garden mempunyai erti yang mendalam kepada pelancong khususnya, oleh sebab mereka boleh dapat melihat barang-barang antik dan pakaian serta bangunan lama yang boleh memberi seribu-satu cerita. Ini sukar didapati di tempat-tempat lain di seluruh London yang telah berubah corak dan kelihatan begitu moden.