Sabtu, 12 Oktober 2013

PERASAAN DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG AMERIKA, TETAPI TAK KENA TEMPAT.

…ORANG MELAYU KHUSUSNYA YANG TIDAK PERNAH BELAJAR DAN MENETAP DI AMERIKA SAHAJA YANG MAHU MAKAN DI RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA!
Oleh Mansor Puteh




Apa sebenarnnya yang mendorong orang Melayu pergi berduyun-duyun ke restoran makanan segera Amerika?

Apa sebenarnya yang mengalak orang Melayu dikalangan anak muda yang ghairah dengan muzik dan filem serta rancangan televisyen dari Amerika?

Tentu ada sebabnya.

Bagaimana perkara ini atau masalah ini boleh berlaku, dan siapa yang menyebabkannya berlaku?

Dulu orang Melayu tidak begitu. Tetapi sekarang ramai orang Melayu yang gemar makanan Amerika, menonton rancangan hiburan dari Amerika serta berlagak seperti orang Amerika.

Mereka yang terpengaruh dengan dakyah Amerika tidak sedar apa yang mereka lakukan, sebab mereka tidak ada pertahanan diri dan kesedaran,

Ia adalah satu pemandangan yang amat menyedihkan; terdapat lebih ramai orang Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika, berbanding dengan kaum lain.

Dan apa yang saya dapat perhatikan ialah mereka yang pergi ke sana, tidak kira Melayu atau bukan-Melayu hampir semuanya terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar dan menetap di Amerika.

Sebaliknya, semua rakan-rakan saya yang belajar dan menetap di Amerika beberapa tahun tidak berminat langsung untuk pergi ke restoran seperti itu.

Malah mereka yang gemar guna perkataan Inggeris dalam perbualan dalam Bahasa Melayu, terdiri dari mereka yang juga tidak faseh berbahasa Inggeris atau yang pernah belajar dan menetap di Amerika.

Mereka rasakan kalau mereka mahu menunjuk seperti mereka faseh berbahasa Inggeris, mereka harus guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian yang biasanya dilakukan dalam Bahasa Melayu itu sendiri.

Ini yang menyedihkan.

Orang Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika dan yang mahu atau suka guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian mereka, sebenarnya mempunyai masalah jati-diri.

Maksudnya, mereka tidak ada jati-diri Melayu yang sebenarnya.

Mereka mahu berlagak seperti orang Amerika Palsu atau Tiruan atau Fake Americans atau Pseudo-Americans.

Kalau mereka pernah ke Amerika, walau satu haripun, sudah pasti mereka tidak akan beria-ia mahu berlagak seperti orang di sana.

Mereka yang tidak pernah ke Amerika dan menetap lama di situ, termasuk menetap di England dan negara-negara Kulit Putih lainpun tidak akan mahu berlagak seperti orang di sana.

Malah, orang Melayu yang menetap di negara-negara Barat itu, semuanya lebih Melayu dan tidak mahu berlagak seperti Mat Salleh Celop.

Dan wanita Melayu khususnya yang suka mengguna mekap dan pakaian yang kononnya mempunyai fesyen terkini boleh dikatakan semuanya terdiri dari mereka yang terikut-ikut dengan gaya Amerika yang mereka dapat lihat dalam televisyen atau media cetak.

Malahan semua kumpulan rap dan heavy metal atau rock yang ada di Malaysia terdiri dari anak-anak Melayu yang rata-rata tidak faseh berbahasa Inggeris atau yang pernah belajar dan menetap di luar negeri.

Merekalah yang gemar bercakap dalam bahasa Inggeris dalam loghat Amerika, yang mereka tiru dari menonton filem atau rancangan televisyen lain.

Dan merekalah juga yang berduyun-duyun pergi ke persembahan oleh penghibur dan penyanyi dari Amerika dan barat.

Sedangkan mereka yang pernah menetap di Amerika dan di luar negara tidak berminat untuk buang ratusan ringgit untuk beli tiket menonton persembahan seperti itu.

Ia adalah persembahan yang jelek, hodoh dan yang dipersembahkan oleh penghibur Amerika yang teridiri dari mereka yang tidak berpendidikan.

Boleh dikatakan hampir semua penghibur Amerika dan di England terdiri dari mereka yang gagal di sekolah; jadi mereka terpaksa guna suara mereka untuk menyanyi dengan yang lain masuk dalam bidang hiburan dan senilakon untuk cari nafkah hidup.

Dan kalau mereka sering dapat publisiti meluas dalam akhbar ia adalah disebabkan kebanyakan wartawan dan penyunting ruang hiburan juga terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar dan menetap di Amerika.

Jadi mereka, seperti orang Melayu lain yang gemar makan di restoran makanan segera Amerika, juga rasa malu kalau mereka tidak sokong penghibur dari Barat, dengan menyiarkan segala apa berita tentang mereka, walaupun berita itu adalah tentang mereka yang kurang terkenal di Malaysia.

Jadi, mereka sama seperti yang bekerja di stesen televisyen yang gemar ke pesta dan pemasaran filem dan televisyen di Eropah dan Amerika dengan membeli rancangan dari Amerika khususnya untuk disiar oleh stesen mereka.

Ini juga disebabkan bahawa dengan cara ini mereka dapat melantong pergi ke luar negara makan angina, sambil beli rancangan televisyen dan jadikan stesen televisyen mereka stesen propaganda Amerika.

Televisyen di Malaysia telah mula diadakan dalam tahun 1963, tetapi sehingga kini, lebih lima-puluh tahun, ia masih bergantung kepada negara Amerika dan juga Hong Kong serta India untuk mendapat rancangan.

Masalah ini menjadi-jadi dengan adanya Astro yang lebih menyiarkan rancangan dari Amerika dan negara asing dari negara sendiri.

Mereka ada beberapa stesen yang menyiar rancangan tempatan, tetapi ia tidak seberapa.

Mereka juga tidak berusaha untuk menyiar rancangan dari negara Arab dan Islam lain termasuk dari Afrika dan Amerika Selatan dan sebagainya.

Mujur saya ada pendidikan formal dalam bidang pengiklanan, jadi saya tahu untuk tidak jadi mangsa propaganda yang diguna oleh pihak asing khususnya dari Amerika yang mahu mengubah pemikiran dan tindakan orang Melayu untuk lebih gemar dengan cara hidup dan makanan mereka dari cara hidup dan makanan sendiri.

Tetapi tidak ramai orang Melayu yang mempunyai sikap dan pandangan seperti itu.

Itulah yang menyebabkan ramai diantara mereka yang jadi mangsa propaganda pengiklanan yang mahukan mereka benci dengan diri sendiri dan lebih gemar cara hidup termasuk makanan Amerika.








Selasa, 8 Oktober 2013

PERSIDANGAN TENTANG PALESTIN BODOH ANJURAN YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA.

…IA TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT PALESTIN DAN KEAMANAN DUNIA, JAUH LAGI MAHU GUGAT KEDUDUKAN ZIONIS DI TIMUR TENGAH.
Oleh Mansor Puteh


Yayasan Kepimpinan Global Perdana atau Perdana Global Peace Foundation (PGPF) telah mula menganjurkan sebuah persidangan tentang Palestin pada tahun 2004, tapi masalah di Palestin tidak juga selesai.

Dan Yayasan ini telah menganjur persidangan yang sama beberapa kali sehingga tahun ini dan juga sebuah Tribunal Jenayah Peperangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International War Crimes Tribunal untuk membicara jenayah yang dilakukan oleh Presiden George W Bush dan Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Dan mereka menjemput puluhan orang yang kononnya tokoh dalam pelbagai bidang untuk bercakap, tetapi ramai yang berceloteh dan menceceh sahaja.

Sedangkan masalah di Palestin tidak juga selesai.

Dan George W Bush dan Tony Blair juga tidak menerima sebarang tamparan; dan mereka terus hidup aman dan bahagia selepas bersara dari jawatan masing-masing.

Amerika terus mengganas dan negara Arab terus berpecah dan hancur, dengan Mesir menjadi negara Arab yang paling teruk diikut dengan Syria.

Iran juga menerima kecaman dan menjadi sasaran. Mujur Iran bukan seperti negara-negara Arab yang lain, jadi kecaman dari Zionis dan Amerika tidak dapat dilanjutkan kepada serangan seperti Afghanistan dan Iraq dulu, yang sehingga kini terus musnah.

Apa sebenarnya yang mahu dicapai oleh Yayasan ini?

Mereka belanjakan puluhan juta ringgit untuk menganjur persidangan tersebut dan satu hapahpun mereka tidak dapat capai.

Dan sudah pasti mereka akan menganjur persidangan yang sama atau yang hampir sama dimasa depan, dan keputusannya atau kesannya juga tidak seberapa, seperti dulu.

Dan mereka akan jemput tokoh dari Amerika dan Kanada yang sama, yang akan bercakap tentang perkara yang sama.

Ada seorang profesor undang-undang dari Kanada yang kecam CIA.

Tetapi apa yang dia tidak tahu ialah CIA adalah CIA, dan sebarang apa kecaman yang dilemparkan kepadanya, tidak akan merubah sikap dan tindakan yang mereka telah lakukan selama ini.

Dr Mahathir, selaku presiden atau pengerusi Yayasan ini akan terus bercakap tentang perkara yang sama, dan dia akan mendapat tepukan gemuruh dari para pembentang kertaskerja atau ahli panel dan orang awam.

Tetapi orang di Palestin akan terus diserang oleh Zionis dan ada yang akan mati dalam serangan ini.

Dr Mahathir juga akan dilihat sebagai penyokong kuat Palestin.

Tetapi kesannya seluruhnya adalah tidak seberapa.

Jutaan ringgityang telah dibelanjakan untuk menganjur persidangan yang telah diadakan itu sepatutnya diguna untuk membantu rakyat Palestin, dari digunakan untuk penganjuran persidangan tersebut.

Dan ramai orang yang telah dijemput bercakap dalam persidangan yang telah diadakan, sepatutnya tidak dijemput.

Sebabnya ialah mereka tidak pernah bercakap tentang perkara yang bijak atau penting. Mereka cuma tahu meluahkan perasaan marah sahaja.

Ada juga ahli panel yang dijemput dari Israel, dan mereka juga tidak bercakap tentang perkara yang bijak yang orang lain tidak tahu tentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhaap rakyat Palestin.

Apa yang Yayasan ini boleh dan mesti lakukan ialah untuk membuat penyelidikan secara bersungguh-sungguh untuk memastikan bagaimana Zionis dapat mempengaruhi Amerika sehinggakan mereka boleh lakukan segala apa yang bertentangan dengan pegangan negara itu sendiri dan Perlembagaan Amerika.

Kalau ini telah dilakukan dan dengan senyap-senyap, sudah pasti mereka akan dapat tahu apakah masalah sebenarnya di Timur Tengah sekarang dan bagaimana mereka boleh mengatasi masalah itu, dengan membabitkan pemimpin Arab di negara-negara di sekelilling Israel sekarang.

Tidak ada guna untuk Yayasan atau sesiapa bercakap tentang Zionis dan Israel tanpa tahu apa faktor yang menyebabkan pemimpin Zionis terus bermaharaja-lela dan terlepas dari kecaman rakyat Amerika yang kini menderita sebab negara mereka menghabiskan belasan bilion dolar Amerika setahun untuk beri dana khas kepada negara Zionis itu.

Ia adalah pembaziran wang yang boleh digunakan untuk kebaikan rakyat Amerika sendiri dan bukan untuk terus mengkuhuhkan kedudukan negara Zionis yang mengguna dana tersebut untuk menguatkan kuasa tenteran mereka dan membuka kawasan penempatan haran di tanah Palestin secara berterusan seperti apa yang berlaku sekarang.

Sehinggakan pemimpin Palestin tidak dapat peluang untuk berbincang dengan pihak Zionis di meja perundingan, sebab tanah mereka sudah banyak dirampas dalam masa Zionis dan Amerika mahu tuntut pemimpin Palestin kembali ke meja tersebut.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan Zionis dan Amerika boleh terus bermaharaja-lela.

Dan faktor-faktor inilah yang seharusnya ahli panel yang dijemput oleh Yayasan ini bincangkan dan bukan perkara-perkara lain yang sudah diketahui oleh umum.

Dan kenapa Bush dan Blair mesti diheret ke dalam sebuah mahkamah atau tribunal seperti itu?

Sedangkan mereka tidak akan dikecam dan dihukum?

Dan kalau mereka enggan terlibat dengan tribunal itu untuk menjawap segala tuduhuan yang dilemparkah dalam tribunal, maka tribunal sudah boleh dan lama dulu buat keputusan dan hukum mereka tampa membuang masa dengan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam yang mewakili mereka yang menuduh dan peguam yang dilantik bagi mempertahan mereka yang dituduh.

Akhirnya Yayasan akan dituduh untuk mempermain-mainkan isiu sebenar, sementara rakyat Palestin terus menderita.

Ada yang telah mati diserang oleh tentera Zionis bila mereka mahu pergi ke Gaza hantar barang-barang seperti makanan.

Apa lagi yang Yayasan ini mahu capai dengan hanya bercakap, berceloteh dan menceceh tentang masalah di Palestin yang ahli panel setia mereka telah lakukan sejak 2004 sehingga sekarang?

Dan bila lagi Yayasan akan anjur persidangan seperti ini?

Tahun 2014 adalah masa yang paling sesuai, sebab ia adalah genap sepuluh tahun Yayasan ini mula anjur persidangan tentang Palestin.






Sabtu, 5 Oktober 2013

PERJUANGAN CHIN PENG BELUM SELESAI – SIAPA YANG MAHU PERJUANGKAN RANCANGAN DIA?

Oleh Mansor Puteh



Walaupun Parti Komunis Malaya atau KPM atau Communist Party of Malaya (CPM) sudah terkubur, bila Chin Peng dan rakan-rakannya berjanji untuk letak senjata, dan Chin Peng atau Ong Boon Hua sendiri telah meninggal dunia pada 16 September – pada Hari Malaysia ke-50 yang juga kebetulan ulangtahun kelahiran Lee Kuan Yew yang kesembilan-puluh, tetapi perjuangan komunis dan Chin Peng belum selesai.

Siapa yang beria-ia mahu perjuangkan rancangan mereka?

Chin Peng tidak dibenar balik atau datang atau melawat Malaysia semasa dia masih hidup sebab dia kata dia dilahirkan di Setiawan, Perak di mana dia masih mempunyai anak dan saudara dekat lain yang menetap di situ.

Dan hasratnya untuk abunya dibawa ke Malaysia sekarang selepas dia meninggal dunia dan mayatnya dibakar di sebuah kuil Buddhis di Bangkok minggu depan, juga tidak kesampaian.

Kerajaan dan ramai orang tidak benarkan Chin Peng laksanakan hasratnya, yang orang semua boleh teka dan agak apa sebabnya maka dia mahu abu badannya dibawa ke Malaysia sekarang.

Ia tidak lain untuk dijadikan satu tokong baru atau pusat mendewanya.

Ya, sekarangpun ada sekelompok manusia yang terang-terang mendewakannya seperti dia seorang pejuang.

Memang Chin Peng dan KPM pernah dijemput berarak di London selepas Perang Dunia Kedua sebab mereka telah juga membantu penjajah Inggeris tumpaskan kuasa Jepun yang telah menjajah Tanah Melayu.

Tetapi perjuangan KPM bukan untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun tetapi untuk selematkan ramai orang Cina yang diburu oleh Jepun, yang sebelum ini mempunyai angkara dengan Negeri Cina, dalam mana mereka telah menguasa sebahagian negeri itu.

Dan Jepun merampok dan membunuh ratusan ribu orang Cina di negeri itu dan apabila mereka berjaya tawan Tanah Melayu, orang Cina di sini turut jadi sasaran mereka.

Itulah sebabnya KPM beria-ia mahu bantu Inggeris untuk tumpaskan Jepun.

Namun, Inggeris dan KPM masih gagal sebab Jepun lebih berkuasa.

Jepun hanya terpaksa mengaku kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dimusnahkan dengan bom atom oleh Amerika pada 6 dan 8 Ogos, 1945 dulu, yang menyebabkan Jepun lumpuh dan dengan ini kuasa mereka di Tanah Melayu dan negara-negara di Asia turut terlepas dari penjajahan mereka.

Komunis adalah anarkis.

Malangnya mereka yang menggangap diri mereka western-liberal atau liberal-barat boleh juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini, sebab tindak-tanduk mereka adalah seperti anarkis; sebab mereka tidak takut dengan kuasa dan suara keramat majoriti.

Mereka ambil bahagian dalam pilihanraya sebab ia untuk membuat mereka diterima oleh orang awam dibawah Perlembagaan untuk mendapat tempat dalam aliran politik tanah air.

Namun, mereka masih tidak terima keputusan dimana mereka kalah. Mereka hanya terima keputusan pilihanraya bila mereka menang kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dimana mereka bertanding.

Kaum anarkis di Malaysia sekarang mungkin tidak mengaku mereka anarkis, jauh sekali komunis.

Tetapi apa bezanya seorang anarkis dan komunis?

Anarkis adalah perkataan yang longgar; yang meliputi fahaman kebaratan dan keparatan, dan mereka yang boleh digelar sebagai anarkis itu terlepas dari dikecam sebagai komunis.

Sebenarnya, mereka adalah ‘komunis baru’ yang takut guna nama ini tetapi bertindak seperti liberal kononnya.

Dalam zaman yang baru ini, mereka tidak guna senjata seperti kadre KPM, tetapi mereka guna senjata IT, dan wujud di alam maya, dan sekali-sekala hentak tumit mereka di atas jalan dengan menempek slogan kosong yang mempunyai kata-kata yang sudah lama basi.


Selasa, 1 Oktober 2013

RAMAI SUDAH BACA SYAHADAH DAN MASUK ISLAM, TETAPI RAMAI BELUM BERSEDIA JADI UMAT ISLAM.

…KAUM KAFIR LEBIH DAPAT FAEDAH DARI ISLAM.
Oleh Mansor Puteh


Ramai orang Melayu sudah baca Syahadah dan mengaku sudah jadi Orang Islam. Tetapi yang malangnya, ramai diantara mereka itu belum lagi bersedia jadi Orang Islam sebenarnya.

Dari segi perwatakan dan juga pakaian, kita nampak mereka itu orang Islam.

Tetapi dari segi tingkah-laku dan tabiat, mereka tidak menampakkan yang mereka itu orang Islam sebenarnya.

Ramai orang lelaki pakai ketayap, jubah dan ada jangut kambing, serta kaum wanita yang berpakaian menutup aurat dengan tudung menutup rambut.

Tetapi ada yang hisap rokok.

Lebih teruk dari itu, ramai mereka yang mengaku Islam itu tidak patuh isyarat jalan raya.

Mereka fikir isyarat jalan raya bukan hukum ugama, jadi mereka tidak sepatutnya patuh padanya.

Ramai orang Islam juga tidak pandai jaga kebersihan dan mereka mencuri harta orang awam.

Berapa ramai orang Islam yang tidak curi tanah di hadapan rumah mereka? Mereka simenkan kawasan untuk pejalan kaki dan tumbang pokok yang ditanam oleh pihak pemaju dan tanam pokok bunga atau buah-buahan yang mereka suka.

Tetapi tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan seorang pencuri?

Mereka mencuri tanah di hadapan atau di tepi rumah mereka yang dimilikki oleh orang awam.

Orang bukan-Islam khususnya Cina juga ada yang buat seperti itu, tetapi mereka boleh dimaafkan sebab mereka jahil, bukan Islam dan tidak pernah membaca syahadah.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam juga buat seperti itu seperti mereka tidak takut dengan perbuatan mereka sendiri, mencuri harta awam dengan terang-terang.

Memang penceramah ugama atau pendakwah tidak pernah bincangkan tentang perkara-perkara seperti ini tetapi ini tidak bermakna mereka terlepas dari dosa.

Hukum mencuri barang adalah berdosa.

Amat menyedihkan sekali bahawa terdapat ramai orang Islam di Malaysia yang mengakut Islam tetapi tidak menampakkan sedikitpun yang mereka itu amal ajaran Islam.

Mereka adalah orang yang cuma tahu mengaku diri mereka itu Islam dan telah baca syahadah beberapa kali sehari dan juga tahu membaca Koran serta buat ibadah.

Tetapi lebih dari itu, mereka tidak tahu.

Penceramah ugama juga tidak berusaha untuk mendidik mereka tentang hukum Islam yang lain.

Mungkin juga ada penceramah ugama yang turut buat perkara seperti itu, iaitu mencuri harta awam dan tidak patuh kepada isyarat jaanraya.

Orang Islam di Malaysia juga tidak pandai atau tahu jaga kebersihan yang dituntut oleh Islam.

Itu sebabnya terdapat ramai diantara mereka yang suka bakar sampah dan keluarkan asap berkepal-kepal, di hadapan rumah mereka dan juga di hadapan rumah orang lain.

Dan banyak orang Melayu tidak tahu bahawa mencemar alam sekitar adalah berdosa, selain melanggar undang-undang negara.

Keluar sahaja dai mesjid dan kita akan mendapati ada orang Islam yang berlagak benggang, berang dan marah.

Jadi, apa guna untuk mereka pergi ke masjid bersembahyang, kalau mereka tidak dapat tenangkan perasaan mereka sendiri?

Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab lain kebanyakannya adalah negara diantara yang paling kotor di seluruh dunia.

Dan Malaysia juga adalah sebuah negara yang boleh dianggap sebagai sebuah negara kotor.

Sampah dibuang dimerata tempat, dan longkang tersekat dengan sampah sehinggakan air tidak dapat mengalir.

Longkang dan sungai kecil di Bali serta di Tehran dan seluruh Iran bersih.

Dan walaupun orang di Bali bukan Islam tetapi mereka amal ajaran Islam.

Malah negara-negara di Barat ternyata lebih bersih dan teratur. Mereka juga mengamalkan ajaran Islam.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam dan negara mereka adalah juga negara Islam tetapi ia kotor.

Jadi siapa yang sebenarnya dapat faedah dari Islam? Orang bukan-Islam.

Dan siapa yang tidak dapat faedah dari Islam? Orang yang hanya tahu baca syahadah dan berpakaian seperti orang Islam, tetapi tidak endahkan hukum Islam, dan cara hidup Islam sebenarnya.

Sebenarnya ramai orang Islam di Malaysia adalah Islam secara ala kadar. Mereka bukan Islam sebenarnya.

Orang Islam sebenarnya adalah mereka yang patuh kepada ajaran Islam dan cara hidup Islam.

Dan ini dapat dilihat bukan dari segi pakaian mereka, tetapi dari segi tindak-tanduk mereka serta sikap mereka yang pandai jaga kebersihan.

Saya rasa amat sedih bila saya lihat ramai orang Islam kaum wanita dan lelaki memandu kereta mereka dan lalu dijalan yang tidak dibenarkan.

Mereka tidak rasa bersalah.

Mereka juga tidak rasa bersalah atau jauh sekali rasa berdosa sebab telah melanggar isyarat jalan raya.

Ramai orang Islam juga tidak peduli cara mereka meletak kereta atau motosikal mereka.

Ada seorang lelaki Melayu yang berketayap memandu motosikal kecilnya dan dia letakkannya di celah-celah kereta di tepi jalan sehingga tuanpunya kereta berkenaan tidak dapat keluarkan keretanya.

Dimana letaknya otak orang yang pakai ketayap itu? Dia tidak pedulikan hak orang awam yang meletakkan keretanya secara betul.

Dia tidak peduli. Dia lebih pentingkan ketayapnya sahaja.

Buat apa memakai ketayap kalau dia tidak dapat jaga penonjolannnya sebagai orang Islam?

Mereka hanya pandai baca syahadah, pakai ketayap tetapi masih tidak tahu jadi orang Islam yang sebenarnya.







Khamis, 12 September 2013

NEGARA ATHEIS DAN KAFIR YANG TERATUR DAN NEGARA ARAB DAN ISLAM YANG HANCUR DAN KOTOR.

… JADI SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMAL AJARAN ISLAM DAN SIAPA YANG MENGAKU ISLAM TETAPI TIDAK AMALKAN AJARAN ISLAM?
Oleh Mansor Puteh



Dan yang lebih teruk sekali ialah pemimpin dan penceramah Islam tidak amal sepenuhnya apa yang mereka mahu orang lain amalkan.

Jadi pertelagahan yang berterusan berlaku dalam negara Arab dan Islam lain semuanya boleh dikatakan berpunca dari kelemahan mereka menterjemahkan apa yang disuruh oleh ugama ke dalam kehidupan seharian.

Ada penceramah ugama yang gemuk. Ini bukan penonjolan yang baik. Dan ada pemimpin negara Islam yang bongkak dengan isteri dan anak-anak mereka berlagak penting.

Pemimpin dan penceramah ugama akhirnya hidup mewah, tetapi rakyat-jelata hidup dalam segala kedaifan dan cuma dapat dengar kelohan dan celoteh dari mereka saban hari.

Oleh sebab itu mereka tidak terlihat betapa buruknya negara mereka sendiri yang kotor, tidak teratur dan penuh dengan kedaifan, sebab mereka hidup selesa dan gembira berceramah pada setiap malam di hadapan khalayak yang sudah dewasa tetapi masih jahil tentang Islam, sehinggakan mereka tidak lagi kenal apa itu haram dan halal.

Mereka lebih seperti mualaf yang baru mahu kenal Islam.

Negara barat rata-rata bukan Islam; dan mereka juga buka bukan-Katolik atau Kristen tetapi sekular.

Negara-negara Arab rata-rata Islam. Dan terdapat negara lain mempunyai banyak penganut Islam dan negara mereka boleh dianggap sebagai republic Islam atau negara Islam.

Tetapi perbezaannya jelas dan nyata; negara-negara sekular itu lebih Islamik, sedangkan negara Islam itu lebih tidak Islamik; malah boleh dikatakan banyak atau hampir semua negara Islam termasuk negara Arab tidak menampakkan cirri-ciri Islamnya.

Yang menjadi ironinya ialah negara-negara bukan-Islam mengamalkan nilai dan ajaran Islam, berbeza dengan negara Arab dan Islam lain yang tidak.

Kebanyakan negara Arab dan Islam mundur. Yang maju tidak fikirkan tentang negara Islam yang mundur.

Dan hampir semua negara barat boleh dikatakan maju.

Lebih dari itu hampir semua negara Arab dan Islam hancur-lodoh; dengan kemushanah dan rakyat bertelagah, termasuk di Malaysia dimana ada puak-puak yang mengaku dia lebih Islamik dari yang lain.

Tapi mereka takut berdakwah kepada yang bukan-Islam dan hanya mahu salahkan yang Islam dengan mencari pasal.

Amat menyedihkan rata-rata semua negara Islam kotor. Dan negara di barat teratur dan bersih.

Umat Islam atau mereka yang mengaju Islam tidak jaga kebersihan seperti yang dituntut oleh Islam.

Ramai umat Islam tidak juga pandai jaga makan dan ramai kelihatan gemuk terutama sekali kaum perempuan.

Ramai juga umat Islam yang kelihatan hodoh dengan muka tidak berseri dan gigi rongak.

Umat Islam yang sebenarnya mempunyai penampilan yang baik, muka dan pakaian yang kemas dengan gigi tersusun.

Sebab setiap umat Islam itu mesti menonjolkan dirinya sebagai orang yang benar-benar menganut ugama Islam dan amal nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Sedih sekali bila menjelajah di Indonesia dimana hampir semua tempat termasuk di bandar berada didalam keadaan yang kurang sempurna, dengan sampah-sarap dibuang merata tempat.

Keadaannya sama dengan banyak tempat di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur dimana longkang tersumbat dengan sampah dibuang ke dalamnya.

Ke mana perginya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang gemar beri ceramah di dalam televisyen dan di padang?

Mereka tidak sentuh tentuh cara hidup orang Islam yang sebenarnya.

Yang menyedihkan sekali ialah ramai ustaz gemar bercakap tentang syahwat semata-mata; dan ini menghiburkaan mereka yang berduyun-duyun mahu dengar ceramah mereka.

Malah imam di masjid-masjid juga tidak pernah bercakap tentang amalan seharian yang harus dilakuka oleh setiap umat Islam yang boleh memberikan faedah kepada mereka, dari segi penonjolan mereka dan cara mereka bercakap dan bergaul sesama sendiri.

Apa sahaja yang negara Arab dan Islam boleh banggakan? Mereka tidak boleh berkata Islam itu beri faedah kepada mereka, sebab orang semua boleh lihat betapa hancurnya banyak negara Arab dan Islam lain dengan mata sendiri.

Apa yang berlaku di Mesir, Syria, Afghanistan dan Iraq serta Pakistan sekarang amat menyedihkan; negara-negara ini seharusnya malu beritau orang yang mereka adalah negara Islam.

Mungkin mereka tidak mendapat faedah dari Islam; dan Islam juga tidak dapat faedah dari mereka.

Mungkin Islam telah lama tinggalkan negara-negara ini sebab mereka juga telah lebih awal lagi tinggalkan Islam dan hanya mengaku berugama Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya.

Jadi yang mendapat faedah dari Islam sebenarnya adalah mereka yang tidak berugama atau atheis dan kafir yang tolak Islam tetapi terima ajarannya.

Negara-negara maju di dunia sekarang semuanya adalah negara bukan-Islam.

Dan kalau adapun beberapa negara Arab yang boleh dianggap sebagai maju, ini adalah ihsan dari Tuhan yang telah beri mereka minyak dengan banyak yang mana telah berjaya membenarkan negara-negara tersebut jadi kaya-raya.

Tetapi malangnya, tidak ada sebuah negara Arab yang mempunyai banyak minyak itu telah gunakan kekayakannya untuk memajukan negara Arab dan Islam lain.

Malah negara-negara Arab dan Islam lain yang paling mundur seluruh dunia terletak bersebelahan dengan negara-negara Arab yang maju.

Lihat sahaja keadaan di Yemen dan Somalia yang berjiran dengan Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu.

Dan tidak jauh dari mereka terletak Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Iraq dan negara-negara Arab lain.









Jumaat, 6 September 2013

NIK AZIZ NIK MAT, GAGAL SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN, SEBAGAI ULAMAK.

…BERAPA MAJU KELANTAN DAN BERAPA RAMAI ORANG DIA SUDAH MASUKKAN KE ISLAM?
Oleh Mansor Puteh



Nik Aziz Nik Mat, mantan menteri besar Kelantan dan ulamak yang kononnya hebat telah bersara sebagai menteri besar negerinya.

Tapi dia masih menjadi mursyidul am parti PAS.

Dia boleh mendapat sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records kerana menjadi menteri besar sebuah negeri paling lama.

Tetapi penghargaan ini kalau diberi kepada tentu akan tidak diterima olehnya oleh sebab ia boleh dipandang serong.

Ia bukan satu penghargaan atau pengiktirafan tetapi satu cemuhan.

Sebabnya ialah Nik Aziz tidak mendatangkan faedah kepada Kelantan. Kelantan sehingga kini dan selama dia menjadi menteri besar, mundur.

Ranai anak-anak Kelantan terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur atau Lembah Kelang untuk mencari pekerjaan dengan kebanyakan mereka membuka gerai di mana yang mereka dapat.

Kalau Kuala Lumpur halang mereka buka gerai oleh sebab Kuala Lumpur sudah mempunyai banyak gerai, maka anak-anak negeri Kelantan itu tidak akan dapat pekerjaan dengan kaum wanita mereka terpaksa jadi pengasuh kanak-kanak atau pembantu rumah dengan kaum lelaki mereka terpaksa berhijrah ke luar negeri untuk bekerja sebagai buruh kasar.

Kelantan sebuah negeri Melayu dan Islam yang boleh dianggap contoh baik suasana Malaysia dimasa akan datang dengan kaum bukan-Melayu terletak diparas yang sepatutnya.

Tetapi Kelantan adalah negeri yang paling mundur di Malaysia.

Orang Kelantan mahukan kemunduran dan oleh sebab itu mereka sokong PAS dan Nik Aziz yang tidak berbuat apa-apa untuk mempertingkatkan tahab ekonomi negerinya.

Dia bangga tinggal di rumah sendiri dan tidak di rumah rasmi.

Tetapi apakah dia juga bangga dengan keadaan ekonomi di Kelantan?

Dia tinggalkan Kelantan sebagai menteri besar dan rakyat Kelantan juga seperti tidak peduli samada dia menteri besar atau tidak; keadaannya sama dengan menteri besar yang baru, yang terpingga-pingga tidak tahu apa dia boleh buat atau dari mana dia boleh mula untuk majukan Kelantan supaya Kelantan boleh menjadi negeri contoh sebuah negeri Melayu yang hebat.

Lebih dari itu, sebagai seorang ulamak, berapa ramaikah Nik Aziz telah masukkan ke Islam?

Kalau ugama Islam seperti yang dia katakan itu baik, jadi kenapa sehingga kini tidak seorangpun yang mahu masuk Islam di hadapan Nik Aziz?

Ternyata Nik Aziz bukan sahaja gagal sebagai menteri besar atau ahli politik dan pemimpin sebuah parti politik yang mengaku berlandaskan ugama Islam, tetapi dia juga gagal sebagai seorang ulamak.

Malahan, semua pemimpin PAS dan partinya juga gagal memperjuangkan syiah Islam; mereka tidak ada usaha untuk berdakwah kepada mereka yang tolak Islam dan yang masih belum Islam.

Mereka hanya sanggup mengkritik orang yang sudah lama Islam, dan cemuh mereka kerana dikatakan tidak ikut landasan Islam seperti mereka di PAS.

Malah PAS guna nama ‘parti Islam’ sedangkan amalannya tidak begitu Islamik.

Sehingga kini juga Nik Aziz dan mana-mana pemimpin PAS yang mengaku lebih Islam, tidak pernah dijemput beri kuliah subuh atau ceramah ugama di luar Malaysia seperti di Singapura, Indonesia dan Brunei, jauh sekali di Arab Saudi atau di negara-negara Arab lain.

Kalau ini berlaku, sudah pasti akhbar Harakah mereka yang dijual secara haram di gerai-gerai suratkhabar akan menghebohkannya di muka depan berkali-kali.

Jadi apa sebenarnya perjuangan Nik Aziz dan mereka dalam PAS dan parti itu sendiri?

Ternyata tidak ada kecuali untuk menjadi musuh kepada Umno, sebuah parti Melayu yang telah memperjuangkan Melayu dan Islam yang mana telah juga membawa kemerdekaan kepada negara.

Dengan adanya PAS dan sikap buruk pemimpinnya, maka rakyat Melayu dan Islam di Malaysia telah berpecah, dengan dipecah lagi oleh kewujudkan parti terdiri dari pemimpin Umno, iaitu PKR.

PKR adalah parti picisan Umno, dengan hampir semua pemimpin dan pengasasnya terdiri dari mereka yang dulunya dalam Umno.

Dan sejak PAS bertelagah dengan Umno, kedudukan Melayu di Malaysia tergugat.

PAS dan Nik Aziz tidak kisah tentang hal ini, sebab mereka taksub dengan perjuangan sia-sia mereka yang mahu tuntut Malaysia menjadi lebih Islamik.

Walhal, PAS yang lebih sanggup bersekongkol dengan parti bukan-Melayu yang berselindung di bawah perjuangan sama-rata dan eka-kaum, yang rata-rata tidak sokong perjuangan PAS yang mahu sebar syiah Islam.

Ini yang pelik sekali, sedangkan PAS tidak mahu bermesyuarah dengan mereka dalam Umno untuk cari jalan. Mereka cuma mahu paksa Umno ikut telunjuk mereka, sedangkan PAS adalah parti minoriti untuk Melayu di Malaysia.

Mungkin ada baiknya Nik Aziz sudah tinggalkan jawatan sebagai menteri besar Kelantan, dan dengan ini dia tidak ada satu landasan untuk berceloteh.

Dan adalah juga lebih baik kalau dia tinggalkan PAS sebagai mursyidul am parti ini sebab peranannya sebenarnya kabur sebagai mursyidul am yang sepatutnya beri faedah kepada PAS dan Islam serta Melayu.

Tetapi ini dia tidak lakukan.

Dan adalah lebih baik juga kalau Nik Aziz buka sekolah ugama dan tengok berapa ramai orang Melayu dan Islam yang mahu hantar anak mereka belajar Islam darinya.

Dalam usia yang agak lanjut dan kekuatan fizikal yang kini boleh dikatakan terhad, maka adalah diharapkan Nik Aziz bertaubat dan guna masa yang ada untuk lihat ke belakang untuk melihat apakah usaha yang dia telah lakukan untuk memecah-belahkan Melayu di Malaysia dengan tindakan dan kenyataannya.

Nik Aziz gagal sebagai ahli politik. Dia gagal sebagai ulamak.

Dan kalau dia masih sayangkan ugama dan bangsanya, dia harus bertaubat dan cari jalan untuk berdamai dengan mereka dalam Umno dan tuntut PAS bergabung dengan Umno supaya Melayu dan Umat Islam di Malaysia dapat bersatu.

Dan biarkan ahli-ahli parti ini pilih siapa yang mereka mahu menjadi pemimpin mereka.

Kalau mereka setuju dengan Nik Aziz, atau Hadi Awang dan mereka dalam PAS, maka biarlah mereka dapat apa yang mereka mahukan selamanya.

Tetapi kalau Nik Aziz, Hadi Awang dan mereka dalam PAS sekarang kalah dan tidak dipilih oleh ahli parti Melayu ini, maka mereka terpaksa akur dengan pilihan mereka semua.

PAS sebenarnya tidak ada perjuangan; mereka hanya mahu dan boleh jadi pengkritik Umno dan negara.

Mereka guna landasan politik untuk kekalkan kedudukan.

Kalau mereka sebuah NGO, sudah lama pertubuhan ini diharamkan sama seperti Pertubuhan Al-Arqam bila mana pemimpin mereka menjadi taksub dan keluarkan fatwa dan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa.

PAS boleh memperjuangkan Islam dan Melayu, tetapi ini hanya boleh dilakukan bila ia dibubarkan.

Selagi ia masih hidup, selagi itu Melayu akan berpecah dan Orang Melayu akan dicemuh dengan bukan-Melayu yang segelintir itu menjadi tuan atau ‘king-makers’ yang tentukan hala-tuju perkembangan ekonomi di Malaysia, seperti yang telah berlaku selama ini.

Kalau Melayu bersatu, hampir semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dikuasai oleh Melayu tanpa ada perlu sebarang percanggahan dan berpolitik atau berceramah.


Parti Cina dan India akan dengan sendirinya terkubur dan ia boleh jadi persatuan sosial dengan pemimpin mereka main mahjong atau selombong setiap hari, dengan Melayu menguasai ekonomi di Malaysia mencapai lebih dari 80% ekuitia.

Sabtu, 31 Ogos 2013

NIK AZIZ BERSARA SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN DAN BERDIAM.

…DAN BAGAIMANA ORANG MELAYU DI MALAYSIA MULA RASA AMAN. TERNYATA NIK AZIZ SUDAH LAMA KETINGGALAN ZAMAN.
Oleh Mansor Puteh



Biasanya bila orang ada banyak pengelaman, dia akan rasa lebih yakin dan mulia. Tetapi ada orang yang kononnya mengaku mempunyai banyak pengelaman dalam bidang politik dan ugama, tetapi dia jadi lebih angkoh dan bongkak serta keliru sehinggakan muka dia jadi tebal dan dia rasa tidak malu bercakap apa walaupun dia dicemuh dan dikecam.

Dan dia tidak peduli dengan itu semua dan dia tidak takut diambil tindakan mahkamah atau diugut disaman oleh sesiapa. Dia rasa diri dia kebal disokong oleh orang lain dan partinya sendiri.

Oleh sebab itu adalah baik untuk mana-mana parti politik tidak benarkan orang kekal dalam sebuah jawatan sepanjang hayat, sebab dia tidak akan beri sebarang kebaikan kepada parti dan perjuangan mereka sendiri.

Nik Aziz Nik Mat, mantan menteri besar Kelantan dan ‘mursyidul am’ PAS bersara sebagai menteri besar, dan berhenti bercakap atau tampil dikhalayak ramai, dan Orang Melayu di Malaysia rasa sesuatu ‘kehilangan’.

Ia adalah satu kehilangan yang agak besar, tidak mendengar dia bercakap, mengeluarkan pendapat dan beri komen, ikut cara dia sendiri.

Secara tidak sengaja pengundi di kawasan parlimen Kota Bharu telah pilih anaknya, Nik Abduh dari Ibrahim Ali, calon bebas yang dulu menang di kawasan ini.

Dan seperti yang tidak diduga, Nik Abduh telah membuktikan dirinya lebih layak dari Ibrahim dan Nik Aziz sendiri.

Dalam beberapa kenyataan yang dia telah buat, nampaknya tidak salah pengundi tolak Ibrahim dan pilih Nik Abduh, yang tidak takut beri pendapat yang tidak ikut perasaan atau untuk hibur rakan di DAP dan PKR seperti yang gemar dilakukan oleh bapanya.

Nik Abduh, kalau mengepalai PAS, boleh membawa Orang Melayu bersatu dengan Melayu dalam parti lain khususnya dalam Umno walaupun usaha ini akan mengambil masa.

Dan kalau ini berlaku, Nik Abduh akan dianggap sebagai seorang pemimpin Islam dan Melayu yang jauh lebih hebat dari bapanya dan semua mereka dalam kepinpinan lama PAS sendiri.

Dibawah Nik Aziz, kemungkinan ini langsung tidak akan berlaku.

Dan Malaysia juga telah berubah sedikit-sebanyak dengan tiadanya Nik Aziz dalam bidang politik kebangsaan sebagai menteri besar dimana dia boleh alih pandangan orang awam dan media dengan caranya yang agak pelik dengan memberi komen dalam ayat-ayat yang kontot.

Dia sudah tua; oleh itu dia rasa tiba masanya untuk dia bersara sebagai menteri besar Kelantan.

Dan menteri besar Kelantan sekarang Ahmad Yaakob pula tidak mahu ikut cara Nik Aziz. Dia pemimpin generasi baru PAS sama seperti Nik Abduh.

Tetapi ada lagi mereka dalam golongan lama PAS seperti Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan juga Husam Musa dan Sallehuddin Ayub yang terikut-ikut dengan cara Nik Aziz; tetapi mereka juga akan rasa terpinggir dengan kehadiran Nik Abduh yang lebih berkompromi, lebih pentingkan perpaduan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Nik Abduh boleh pergi jauh, lebih jauh dari bapanya, yang walaupun telah terlibat dalam parti PAS hampir semur hidupnya tetapi masih tidak dapat beri Melayu sebarang faedah atau kelebihan.

Konsep Malaysia-Malaysia yang kononnya dia mahu sokong ternyata tidak terbawa olehnya atau PAS, yang rata-rata adalah parti politik Melayu, yang lebih terpencil dari Umno yang masih ada golongan kecil terdiri mereka yang bukan berugama Islam, iaitu dikalangan Bumiputera lain.

Apa yang paling jelas sekarang ialah Orang Melayu hidup lebih aman sekarang, tidak dengar komen dan celoteh Nik Aziz yang membuatnya ikut cara sendiri, iaitu cara kolot, yang tidak diguna oleh sesiapa lain didalam negara atau di luar.

Malah pemimpin seangkatan dengannya dalam PAS juga tidak terikut dengan caranya, termasuk Hadi Awang walaupun kedua mereka boleh dikatakan seangkatan dan sealiran.

Sekarang dengan tiadanya Nik Aziz, Hadi Awang mula rasa terpencil, bersendirian dalam partinya.

Ini sudah pasti akan memaksanya untuk juga bersara dan ikut tindakan Nik Aziz, walaupun Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu tetapi untuk satu penggal sebelum PAS dipenggal oleh pengundi di seluruh Terengganu yang humbannya ke dalam laut.

Hadi tidak dapat membuktikan ketokohannya sebagai menteri besar Terengganu. Tetapi dia hanya dapat satu penggal, berbanding dengan Nik Aziz yang pernah menjadi menteri besar Kelantan lebih tiga-puluh tahun, tetapi negerinya masih mundur dengan ramai anak muda Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk bekerja di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Bagaimanapun, terdapat ramai dikalangan anak muda Kelantan hanya dapat buka restoran atau warung, dengan sejumlah kecil yang bekerja dengan lebih sempurna, sebab mereka ada pendidikan.

Malangnya, ini terpaksa dilakukan oleh mereka itu oleh sebab Kelantan tidak maju untuk beri mereka peluang pekerjaan seperti yang mereka boleh dapat di Lembah Kelang termasuk Selangor yang kini ditadbir oleh PKR.

Dan hampir semua mereka itu bekerja dalam agensi kerajaan atau syarikat swasta yang pada asalnya ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan tidak PKR.

Nik Aziz memang ada pengikutnya, tetapi ia adalah dikalangan Melayu yang rasa taksub dengan pendiriannya tidak mahu menunjuk atau bersikap hidup secara sederhana.

Malangnya, dikalangan penyokongnya, ramai juga yang hidup mewah di atas sokongan Umno dan Barisan dan bukan PAS.

Mereka belot sokong Nik Aziz dan PAS sebab mereka tidak tahu berterima kasih kepada Umno dan Barisan yang telah beri mereka pendidikan dan pekerjaan.

Malah sehingga sekarang anak-anak mereka masih terus dapat sokongan dari Umno dan Barisan untuk membenarkan mereka mendapat pendidikan di universiti di luar negeri.

Namun, mereka masih tetap sokong Nik Aziz dan PAS yang mereka tahu tidak beri mereka apa-apa kecuali harapan yang mereka itu lebih Islam dari yang bukan sokong PAS.

PAS sebenarnya tidak boleh hidup lama tanpa kehadiran Nik Aziz. Orang seperti ini dan bukan Hadi Awanglah yang telah menyebabkan PAS mendapat sokongan.

Jadi tanpa ada Nik Aziz sudah pasti PAS akan terkubur.

Pilihanraya umum ke-14 atau PRU-14 bakal menunjukkan bahawa sokongan terhadap PAS akan merosot. Dan dengan ini sokongan terhadap DAP dan PKR juga akan merosot, sebab kememangan oleh DAP dan PKR hanya boleh berlaku dengan adanya sokongan dari PAS.

Pengiraannya mudah: Tanpa PAS, DAP dan PKR juga akan turut terkubur. Dan tanpa Nik Aziz, PAS akan terkubur.

Lebih-lebih lagi kalau Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh di DAP dan Anwar Ibrahim di PKR, kedua-dua parti pembangkang di Malaysia akan terkangkang; sebab merekalah sebenarnya DAP dan PKR.

Tanpa mereka, DAP dan PKR tidak akan wujud.

DAP dan PKR serta PAS tidak ada pemimpin sokongan atau lapisan yang setar dengan Nik Aziz, Kit Siang, Karpal atau Anwar. Yang lain-lain hanya pengikut totok, yang tidak ada pendirian sendiri; mereka hanya sokong pemimpin mereka.

Sepuluh tahun akan datang akan menunjukkan betapa berbezanya scenario politik di Malaysia apabila kesemua pemimpin parti pembangkan seperti yang disebutkan itu akan menjangkau usia lebih sepuluh tahun, iaitu semasa mereka dalam usia yang boleh dianggap sebagai lanjut.

Dan mereka juga akan bawa bersama pertubuhan Cina seperti Dong Zong yang akan hilang arah apabila jumlah penduduk Cina terus mengecil dengan kaum Cina hidup dalam kelompok dan dikelillingi oleh Melayu. 

Merekalah yang menyebabkan Malaysia masih berada di tahab pemikiran dan tindakan politik pra-Merdeka dengan segala perbalahan dulu yang dibawa hingga ke sekarang.

Ironinya, merekalah juga yang menyebabkan Melayu bersemangat dan boleh bersatu, sebab mereka sedar meeka ada ‘musuh dalam selimut’ dalam negara sendiri yang harus ditentang habis-habisan.