Isnin, 7 Jun 2021

BOLEHKAH FILEM DITOLAK OLEH PESTA FILEM MALAYSIA DITERIMA OLEH PESTA FILEM ANTARABANGSA? BOLEHKAH FILEM DIBUAT SARJANA FILEM DINILAI OLEH JURI YANG TAK ADA LATARBELAKANG FILEM?

Oleh Mansor Puteh


Ini yang amat ditakuti oleh kerajaan dan pihak tertentu; ia itu kalau sampai ada pengarah filem Melayu menang Oscar dengan senyap-senyap sedangkan mereka asyik sibuk dengan kerja sendiri dan yang tidak ada kena-mengena dengan perkembangan filem negara. 

Filem saya, ‘Seman: A Lost Hero’ diterbit dari 1985 hingga 1986 merupakan tesis untuk ijazah Sarjana Kesenian Halus untuk Pengarahan Filem untuk Universiti Columbia di Bandaraya New York, sebab saya mahu berusaha untuk buat filem yang lain.

Tetapi saya tidak hantarnya ke pensyarah bila siap walaupun ia telah dijemput ke beberapa pesta filem dan mendapat pencalonan Filem Terbaik disebuah pesta filem di Portugal dalam tahun 1990 dulu, termasuk pesta filem di Singapura, Amerika dan tayangan khas Jepun, England. Ini merupakan filem Melayu pertama dan terakhir yang mendapat pengiktirafan ini.

Malah ada beberapa buah pesta filem seperti di Moscow, Kolkata dan lain-lain yang mahu tayang filem ini tetapi ia dihalang oleh Finas ketika itu, bila pesta filem perlu surat rasmi dari agensi filem sesebuah negara, dan tidak seperti sekarang bila pesta filem berurusan secara peribadi dengan pengarah atau penerbit filem.

Dan filem ini masuk dalam Pesta Filem Malaysia tahun 1988, dan ia dipinggirkan samasekali.

Tetappi baru-baru ini filem yang sama ini telah mendapat pengiktirafan dari sebuah pesta filem di Singapura iaitu World Film Conference-Singapura (WFCS) dan dimasukkan ke dalam acara akhir pesta dengan keputusan diumumkan awal tahun depan.

Ada yang kata, WFCS sebuah pesta filem yang tidak penting atau besar; tetapi ia adalah yang diadakan disebuah negara asing yang tidak ada perasaan dengki dan irihati dan menerima filem dari seluruh dunia.

Yang anihnya ialah dari semua filem yang mendapat anugerah dari Pesta Filem Malaysia, tidak ada sebuahpun yang kemudian atau sebelum itu diberi anugerah dari pesta filem antarabangsa atau luar negara.

Soalannya ialah: Apakah Pesta Filem Malaysia (PFM) yang bakal diadakan buat kali ketiga-puluh-satu Oktober depan mempunyai kredibiliti? Sedangkan yang menganjurkannya terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar bidang filem secara formal di universiti ulung dunia; dan apa yang mereka lakukan boleh dianggap sebagai ‘acuh tak acuh’ untuk menganjur malam penyampaian anugerah dengan filem yang dinilai oleh mereka yang juga tidak ada sebarang kepakaran dalam bidang perfileman.

Ini yang sedih dan malangnya; sedangkan untuk menganjur sebuah pesta filem ia memerlukan pengelaman dan kepakaran.

Malah pada setiap pesta filem tidak ada forum atau seminar yang diadakan untuk membincang tentang trend dalam filem dunia yang menjurus mencari jalan untuk mengkaji filem yang macam mana yang telah menang Oscar untuk Filem Asing, iaitu filem yang dibuat dalam bahasa yang bukan Inggeris, yang mana ada pihak yang beria-ia mahu galak pengarah filem kita menang! 

Berbalik kepada ‘Seman’; saya tidak terkejut yang filem ini dapat diterima oleh penonton di luar negara sebab mereka mempunyai cara penilaian yang lebih tinggi dan lebih tepat kepada nilai filem, berbanding dengan juri dalam PFM yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan pengelamman dan ilmu bidang filem.

Apa agaknya yang akan jadi kalau ‘Seman’ mendapat pengiktirafan dalam pesta filem antarabangsa lain di masa-masa depan?

Ia sudah pasti akan memalukan mereka yang anjur PFM ini pada tahun 1988 dan kemudiannya sehingga ke acara ketiga-puluh-satu yang bakal diadakan bulan Oktober depan, yang mana akan menolak filem bermutu sebab para juri tidak tahu apa itu mutu dan menilainya dari sudut peribadi dan tidak ilmiah.

(‘Seman’ dilakunkan oleh Nordin Kardi – yang sekarang Tan Sri Nordin Kardi, naib-chanselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan sebelum ini naib-chanselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Shamsidar Omar, Juliana Badri, Hazali Ramli, Ahmad Bahiki Selamat, Rosnah Mat Aris dan Hisham Ahmad Tajuddin, dan lain-lain.)