Khamis, 30 Oktober 2014

BANDARAYA NEW YORK DULU DAN SEKARANG ... DAN SINAR CAHAYA BULAN SABIT DI ATAS BANDARAYA NEW YORK DAN AMERIKA. – BAHAGIAN II.

Oleh Mansor Puteh yang kembali ke Bandaraya New York dan Amerika selepas sembilan-belas tahun tidak ke sana.


5. Universiti Columbia atau Big C.:

Tempat pertama yang saya tujui setelah makan dan dapatkan kad SIM ialah untuk terus pergi ke Universiti Columbia. Saya naik keretapi Nombor 1 yang melalui jalan bawah tanah dan berhenti dibeberapa stesen sehingga ke stesen Universiti Columbia di Jalan 116.

Saya tidak peduli kalau perjalanan akan mengambil masa panjang, sebab saya mempunyai banyak masa sebelum saya naik bas Greyhound malam ini untuk ke Boston dan ke Salt Lake City, Los Angeles, Washington DC dan kembali ke Bandaraya New York pada 15 April untuk kemudian balik ke Malaysia pada 17 April nanti.

Saya tidak dapat melihat pandangan dalam keretapi yang mana terdapat lebih ramai orang dari luar Amerika keturunan Bangladesh, Pakistan dan Arab berbanding dengan mereka berkulit putih. Ramai juga wanita berpakaian purdah dan berhijjah dalam gerabak yang saya naikki.

Setibanya di kampus lama, saya terus pergi ke kedai buku dan beli sebuah kemeja-tee sebagai cenderamata dan untuk pakainya.

Saya kemudian pergi ke Dodge Hall dan duduk diatas bangku di luar untuk melihat bangunan. Saya tidak mahu masuk ke dewan untuk pergi ke Jabatan Filem dimana saya belajar dulu. Saya akan ke sana bila saya balik dari Los Angeles nanti.

Yang anehnya ialah kali ini terdapat ramai pelajar yang duduk ditangga bangunan Low Library yang merupakan pusat pentadbiran universiti dengan ramai yang lebih suka berjalan-jalan di College Walk, olehsebab hari itu terdapat pancaran dari sinar matahari yang membuat cuaca di luar tidak terasa begitu panas.

Selepas itu saya pergi ke hadapan bangunan Butler Library untuk duduk di sana. Di sinilah dimana saya sering datang untuk mencari dan membaca buku semasa belajar dulu.

Saya kemudian pergi ke Earl Hall. Saya masih teringat semasa saya sering duduk di dalam lobi bangunan ini dan juga pergi ke pejabat di tingkat bawah dimana terletaknya Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Columbia. Pintu biliknya kini tertutup, jadi saya tidak dapat berjumpa dengan pegawai persatuan ini.

Di tepi pejabat persatuan ini ialah pejabat Persatuan Pelajar-Pelajar Yahudi Universiti Columbia.

Saya teringat bagaimana beberapa rakan saya telah bersembahyang dilaluan di tingkat bawah bangunan Earl Hall, dengan seorang dari kami melaongkan azan. Bunyi azan yang kuat itu telah membuat beberapa pelajar tempatan rasa cemas; mereka berlari turun dari tangga untuk melihat kami bersembahyang di situ yang mereka sangkakan adalah laongan orang meminta tolong.

Tetapi sekarang, pada tahun 2014, semua pelajar di seluruh Amerika dan orang tempatan lain, kenal dengan Islam dan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh dasar luar Amerika yang tidak sempurna yang membuat ramai rakyat Amerika kenal dengan Islam berbanding dengan dulu.

Oleh itu, adalah ironik bagaimana kerajaan Amerika telah sebenarnya beri pendidikan kepada rakyat mereka sendiri tentang Islam dan bagaimana mereka boleh menghargainyai sehinggakan Islam kini merupakan ugama yang paling pesat berkembang di negara ini berbanding dengan ugama dan kepercayaan lain.  

Dan bilangan umat Islam di Amerika adalah hanya 100,000 pada tahun 1970an dulu, tetapi hari ini ia adalah antara enam hingga lapan juta.

Dan terdapat hanya beberapa masjid di Bandaraya New York dalam tahun 1970an, tetapi terdapat kira-kira lima ratus buah sekarang.

Orang Islam ada di mana-mana di Amerika sekarang, termasuk seorang yang mempunyai darah Afrika di Rumah Putih, yang merupakan anak seorang pendatang generasi pertama dari Kenya.

Malah kini terdapat lelaki dari Bangladesh yang menjual kacang di luar pintu masuk utama universiti saya dan saya beli satu paket kacang darinya dan makannya dengan setengah lain saya berikan kepada seorang wanita Amerika muda yang duduk dalam sebuah stesen di Ditmars, yang meminta sedekah.

Saya berkata kepadanya, 'Take care' atau ‘Jaga diri’, dan dia berkata, 'saya akan melakukannya.'

Saya akan mengatakan perkara yang sama juga kepada negara Amerika untuk ‘Take Care’. Tetapi saya tidak tahu sama ada Amerika akan mengatakan seperti apa yang dia telah berkata, penggemis wanita kulit putih yang lebih suka menunggu disana selama berjam-jam lamanya daripada mencari pekerjaan walaupun untuk menjual kacang atau menawarkan suratkhabar percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu mereka.

6. Chinatown .:

Saya pergi ke daerah Chinatown dengan berhenti di stesen Canal Street dan terus terlihat dengan wajah-wajah orang dari Bangladesh yang bekerja di kedai-kedai menjual cenderamata, termasuk seorang wanita Cina yang menyatakan dia adalah dari Kuala Lumpur yang bercakap dengan saya dalam bahasa Mandarin. Saya cuba untuk bercakap dalam bahasa Hokkien dan dia berkata dia memahaminya.

Dan apabila saya bertanya di mana dia adalah dari, ia berkata, 'Kuala Lumpur. "Saya kemudian bercakap dalam Melayu dan dia boleh bertutur bahasa ini dengan baik. Jadi saya percaya dia benar-benar dari Kuala Lumpur dan Malaysia seperti yang dikatakan. Dia beri saya diskaun untuk enam kemeja-tee yang saya beli untuk diberikan kepada rakan-rakan di Malaysia.

Banyak orang-orang Cina dan perempuan yang bekerja di kedai-kedai di Chinatown ini tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar sebabnya ialah kebanyakan mereka adalah dari Negeri China atau Taiwan yang baru sahaja tiba untuk bekerja di sini dengan orang Cina tempatan telah meningkat dalam pendidikan dan mendapat pekerjaan yang lebih lumayan.

7. Astoria, Queens .:

Saya tinggal di kawasan ini selama beberapa bulan di Astoria di daerah Queens, Bandaraya New York.

Saya suka kawasan ini yang terpencil dan sunyi.

Ada beberapa pelajar Malaysia lain dan keluarga mereka yang juga tinggal di sini dulu di pangsapuri di bangunan yang dimiliki oleh seorang lelaki Melayu yang sudah lama menetap dan bekerja di bandaraya ini yang mempunyai kedai perkakas rumah.

Sekarang bangunan apartmennya telah dijual kepada seorang lain dan kedainya kini merupakan sudah dijadikan kedai runcit yang dikendalikan oleh seorang warga Bangladesh yang kebetulan pernah bekerja di Pulau Pinang selama sembilan tahun.

Malangnya dia tidak faseh berbahasa Melayu olehsebab majikannya keturunan Cina yang lebih gemar bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris. Namun demikian bahasa Inggerisnya juga tidak begitu baik sebab majikannya bercakap dalam bahasa Inggeris cara Cina.

Saya kembali ke bangunan apartmen dimana saya pernah tinggal bersama beberapa rakan-rakan dari Malaysia dan berdiri di luar untuk mengambil gambar dan menghantar SMS ke rakan yang juga pernah tinggal di bangunan itu dan yang kini kembali di Malaysia. Waktu di Malaysia tiga pagi, olehsebab perbezaan masa antara Malaysia dan Bandaraya New York adalah dua-belas jam.

Banyak kedai-kedai di Astoria mana saya pernah pergi untuk membeli makanan atau alat tulis kini dimiliki oleh orang Islam dengan sebuah darinya kini dikendalikan oleh beberapa orang Bangladesh atau Pakistan sebagai pusat Islam.

Dan ada sebuah restoran Pakistan bernama ‘Rotti Dotti’ dan Pusat Islam Astoria dan Pusat Islam Bosniak (Bosnia) yang dibangunkan oleh orang dari Bosnia.

Di perhentian bas dimana saya mahu dapatkan bas, saya akan berdiri dalam kumpulan manusia yang kebanyakannya adalah orang Islam, dengan begitu sedikit orang-orang Putih yang kini mulai terlihat aneh berada di Astoria.

Saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik apartmen di jalan berhampiran tempat di mana saya dulu tinggal di 14 Place untuk melayan perasaan nostalgia.

Salji turun sedikit ketika saya berada di sini selama dua hari dengan suhu kadang-kadang mencecah sifar Celsius dan ditambah dengan faktor angin dingin ia menyebabkan jari saya menjadi beku.

8. One World Trade Center.:

Pihak berkuasa Bandaraya New York tidak memanggilnya Freedom Tower, tetapi One World Trade Center, yang dapat lihat semasa saya menaikki bas dari lapangan terbang Kennedy untuk pergi ke PTA dulu sebab ia begitu tinggi dan tersergam.

Saya melawat One World Trade Center ini dan bergaul dengan ratusan atau ribuan pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing untuk melihat apa yang telah dilakukan kepada bekas tapak Menara Utara dan Menara Selatan, Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia yang telah runtuh pada 11 September 2001 dulu.

Di tapak atau di atas asas Menara Berkembar World Trade Center terdapat dua kolam air yang sentiasa mengalir ke dalamnya, dengan nama-nama mangsa-mangsa dari dua menara tersebut tertulis pada marmar hitam.

Saya ambil banyak gambar di tempat ini dan dalam perjalanan mengelillingi Amerika dan membuat lakaran di tempat yang saya telah lawati, tetapi saya terlupa untuk membuat lakaran di One World Trade Center. Jadi ada satu lagi alasan bagi saya untuk kembali ke sini.



Ahad, 26 Oktober 2014

BANDARAYA NEW YORK DULU DAN SEKARANG ... DAN SINAR CAHAYA BULAN SABIT DI ATAS BANDARAYA NEW YORK DAN AMERIKA. – BAHAGIAN I.

Oleh Mansor Puteh yang kembali ke Bandaraya New York dan Amerika selepas sembilan-belas tahun tidak ke sana.


1. Qatar Airways, penerbangan ke Lapangan Terbang Kennedy, 1 April 2014:

Penerbangan yang saya ambil dari Doha, Qatar untuk ke Bandaraya New York dengan Qatar Airways, membuat saya merasa seperti saya tidak akan ke Bandaraya New York, tetapi ke New Delhi di India. Mengapa?

Sebahagian besar penumpang terdiri mereka dari India, Pakistan, Arab dan Nepal, dengan saya seorang dari Malaysia.

Beberapa orang bukan dari Malaysia yang kemungkinan besar terdiri dari mereka yang kini sudah menjadi rakyat Amerika atau yang bertaraf penduduk tetap, sebab mereka kelihatan seperti mereka telah tinggal lama di kotaraya ini dan Amerika sehingga mereka tidak kelihatan cemas bila mahu mendarat di Lapangan Terbang Kennedy berbanding dengan orang asing lain yang pertama kali mahu ke sana yang kelihatan seperti lembu masuk kampong lagaknya.

Saya juga menjadi sedikit cemas bukan sebab ia adalah penerbangan pertama saya ke bandaraya ini dan saya tidak pernah ke Amerika sebelum ini, tetapi sebab saya tidak sabar untuk melihat bagaimana bandaraya ini akan kelihatan sebab semua orang tahu ia telah menjalani pelbagai perubahan khususnya selepas peristiwa 911 dulu.

Kali terakhir saya berada di bandar itu adalah pada bulan April, 1999. Saya telah menetap di bandaraya ini lebih daripada dua tahun dan telah menjadi biasa dengannya dan tahu ke-mana dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan dari orang tempatan dan boleh juga berlagak seperti orang di sini, lebih-lebih lagi bila mereka anggap saya sebagai orang Jepun.

Tetapi bandar telah banyak berubah, bukan sahaja selepas 911. Ia telah banyak berubah dalam semua segi yang saya telahpun dapat merasakan dan melihatnya sebaik sahaja tinggalkan bangunan Lapangan Terbang Kennedy, dan di dalam pesawat itu lagi.

Terdapat beberapa orang kulit putih dalam penerbangan ini berbanding dengan orang bukan kulit putih. Mereka kelihatan seperti orang bukan kulit putih yang menaiki pesawat ke Bandaraya New York dari Brussels, Belgium yang saya telah ambil dalam bulan Ogos, 1978, dulu apabila saya pergi ke New York buat kali pertama untuk mendaftar dan belajar di Universiti Columbia dulu.

2. Kennedy lapangan terbang:

Saya masih ingat berjalan keluar dari bangunan terminal setelah mendarat pertama kali di New York dan Amerika dan disambut oleh seorang wakil dari sebuah NGO Amerika yang memberi bantuan kepada mana-mana pelajar yang datang ke negara ini, pada tahun 1978.

Ia adalah di tengah-tengah musim panas bila saya pertama kali tiba di New York, tetapi dalam bulan April, 1999 dulu ia adalah pada akhir musim bunga atau semi tetapi cuaca dingin.

Saya rasa nyaman sebab sering berada dalam bangunan. Cuaca sejuk hanya boleh dirasai kalau berada di luar dan terdedah dengan angin sejuk.

Kali ini saya tidak meminta bantuan mereka sebab saya tahu bagaimana untuk mencari jalan dengan sendiri. Saya hanya ingin tahu bagaimana saya boleh pergi ke bandaraya dari lapangan terbang ini kalau saya boleh ambil bas atau keretapi bawah tanah untuk pergi ke Port Authority Terminal (PTA). Adakah mereka mempunyai perkhidmatan keretapi bawah ini seperti ini?

Di kaunter imigresen, saya menyedari bahawa orang berkulit putih begitu sedikit yang berbaris untuk memasukki ke negara ini. Kebanyakan penumpang adalah yang bukan berkulit putih sama seperti dalam penerbangan dari Doha ke sini iaitu, orang-orang bukan berkulit putih dengan beberapa wanita yang memakai chador dan nijab.

3. Times Square.:

Saya berada kembali di Times Square, terletak di PTA dan ditengah-tengah Pulau Manhattan. Inilah New York yang dikenali oleh orang di luar Amerika seperti yang sering digambarkan dalam filem-filem Hollywood.

Saya berjalan keluar dari PTA untuk mencari kedai untuk membeli barang-barang dan juga kad SIM tempatan dengan nombor tempatan.

Saya juga mahu cari makanan – makanan halal, kalau ada. Dan apa yang mengejutkan saya adalah apabila saya masuk ke dalam salah sebuah kedai makan, saya mendapat makanan yang dijual adalah jenis yang halal; dan yang mengejutkan sekali ialah pemiliknya terdiri dari orang Islam tempatan.

Saya beli sekeping pizza dan setin soda - makanan halal, dari pekerja berugama Islam di kedai itu yang tidak tahu saya juga berugama sama seperti dia, sebab dia fikir saya orang Jepun. Di Amerika atau Barat orang fikir saya Jepun.

Selepas makan, saya berjalan ke kedai sebelah untuk beli kad SIM, dan saya disambut oleh seorang lelaki keturunan Pakistan yang begitu mesra sekali apabila dia diberitau saya berasal dari Malaysia yang sudah tentunya berugama Islam.

Tidak ada kedai-kedai yang dimilikki oleh orang dari Bangladesh atau Pakistan di Times Square dalam tahun 1978 dulu bila saya datang ke sini buat pertama kali, tetapi kini mereka ada di mana-mana terutama di pintu masuk stesen kereta bawah tanah di mana mereka menjual suratkhabar atau memberiknya secara percuma kepada orang awam.

4. Bandaraya New York Sekarang.:

Ini adalah Bandaraya New York sekarang, bandaraya yang saya tidak begitu kenal dengan rapat dulu, tetapi yang saya mulai rasa rapat sekarang dan mahu kenalnya dengan lebih rapat khusus untuk melihat berapa ia telah berubah berbanding dengan dulu.

Saya tidak dapat tinggalkan beg saya dalam loker di PTA sebab kemudahan ini telah ditarik setelah 911 untuk mengelak ia diguna oleh pengganas yang mahu simpan bom di dalamnya, jadi saya terpaksa menarik beg ke mana-mana.


Rabu, 22 Oktober 2014

DEMOKRASI CARA BARAT ATAU CARA AMERIKA MEMANG TIDAK SESUAI UNTUK NEGARA ARAB DAN ISLAM LAIN.

…IA MENGGALAK PERBEZAAN PENDAPAT, KEKELIRUAN DAN PEMUSNAHAN DIRI DALAM ERA KEDUA DAN WESTERN AMERICAN PENJAJAHAN MEREKA NEGARA.
Oleh Mansor Puteh


Tidak semua dari barat dan khususnya Amerika adalah baik untuk orang-orang Arab dan umat Islam di seluruh dunia.

Apa yang baik untuk orang Amerika dan barat, tidak semestinya baik untuk orang Arab dan Islam khususnya sistem demokrasi yang mereka mahu paksa negara Arab dan Islam guna.

Lebih mereka paksa negara Arab dan Islam terima sistem demokrasi seperti yang diamal oleh mereka, lebih teruk negara Arab dan Islam jadi.

Lihat apa yang telah berlaku di beberapa negara Arab dan Iran di Timur Tengah dan Teluk. Negara Arab Saudi dan Iran yang enggan terima sistem demokrasi cara Amerika atau Barat selamat dari kehancuran.

Namun, rakyat Amerika tidak tahu ini dan mahu mengenakan nilai-nilai pada orang lain, terutamanya orang-orang Arab dan umat Islam yang hidup dengan baik dan aman di dalam gua mereka tanpa penjagaan untuk dunia.

Kemudian tiba-tiba mereka terpaksa mematuhi undang-undang dan peraturan dari barat dan Amerika, yang mewujudkan banyak kekeliruan dalam mereka, lebih banyak mereka cuba untuk beruk Barat dan Amerika.

Namun, barat dan Amerika masih melakukannya dan rasa yakin bahawa sistem demokrasi mereka baik untuk negara lain, walaupun kenyataannya ialah sebaliknya.

Mereka tidak telah menyedari kebodohan mereka sendiri yang mahu memaksa demokrasi kepada mereka, tanpa mengambil kira yang 'moden' Arab dan Islam akan menjadi seperti kebebasan-pejuang lama, yang dipanggil untuk kemerdekaan negara mereka sendiri yang berada di bawah pemerintahan mereka – Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol dan kemudian Amerika, kesemua mereka terpaksa meninggalkan negara ini pada malu.

Ini adalah Ironinya semua.

Dalam tergesa-gesa mereka untuk memaksa orang-orang Arab dan umat Islam untuk menerima budaya Amerika, gaya hidup dan cara serta sistem demokrasi mereka, mereka telah gagal untuk menyedari kesan-kesan sampingan yang jelas jelas untuk semua orang untuk melihat.

Satu-satunya orang yang tidak menerima masalah yang dihadapi oleh orang-orang Arab dan umat Islam hari ini untuk mempunyai sumber dari negara-negara yang di barat yang diketuai oleh Amerika untuk menyelesaikannya dengan mengenakan beberapa orang-orang Arab dan umat Islam menjadi militan.

Mereka telah menjadi 'militan' dan 'pengganas' kerana habitat atau dunia asal mereka telah diganggu.

Sama seperti beberapa haiwan telah mula menyerang manusia apabila habitat semulajadi mereka telah diganggu, pencinta haiwan di Amerika dan barat dengan cepat menyalahkan manusia untuk kebodohan mereka dan tidak haiwan untuk bertindak balas dengan cara yang mereka lakukan.

Walau bagaimanapun, dengan orang-orang Arab dan umat Islam, orang yang sama yang menjaga haiwan dengan baik dan penuh pemahaman tidak boleh menunjukkan belas kasihan sama dengan orang-orang Arab dan umat Islam yang mana negara-negara dan dunia dan juga pemikiran mereka untuk menjadi cacat.

Sekarang era kedua penjajahan Barat dan Amerika yang berlaku, neo-penjajahan seperti yang dinyatakan oleh ramai, yang muncul dalam bentuk hiburan dan gaya hidup perubahan yang membawa kepada tindakan politik dan ketenteraan.

Dan kali ini kaedah ini dengan memaksa negara-negara yang sangat bahawa mereka mempunyai satu dijajah begitu lama untuk menerima demokrasi - atau lebih gaya Amerika betul-betul demokrasi seperti ia adalah sesuatu yang termaktub dalam Al-Quran Suci. Ia tidak.

Tidak hairanlah orang-orang Arab dan umat Islam keliru kerana mereka tidak mengikut telunjuk barat akan mengeja azab. Dan mengikuti kepada telunjuk ketat agama nenek moyang tanpa mengambil kira sederhana Islam mengajar juga telah menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang tidak baik mereka berada.

Hanya pseudo-Arab dan negara-negara pseudo-Islam seolah-olah berkembang maju, dan ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekayaan yang mereka telah berjaya mendapatkan dari minyak yang mereka mempunyai di padang pasir mereka.

Tetapi perselisihan dalaman masih wujud apabila puak dicipta di kalangan orang-orang yang berfikir mereka boleh melakukan yang lebih baik untuk membangunkan negara ini dan yang berfikir bahawa mereka tahu Islam lebih baik untuk penggunaan yang lebih baik untuk rakyat walaupun pada hakikatnya mereka telah wujud sekian lama, namun, mereka tidak membuat kemajuan melalui proses demokrasi. Sekarang mereka cuba untuk menggunakan proses-proses lain.

Sebahagian daripada mereka bernasib baik kerana mereka mampu mendapat sokongan dan pembiayaan daripada sumber-sumber luar, yang mendakwa menegakkan demokrasi tetapi yang melakukan sebaliknya.

Banyak negara yang telah dimusnahkan oleh mereka dengan cara ini. Dan mereka cenderung untuk melakukan lebih berbahaya kepada negara-negara lain sehingga terdapat 'perubahan rejim'.

Malangnya, ramai pemimpin Arab telah meninggalkan Islam untuk memeluk barat dan Amerikanisasi, pseudo-agama baru mereka.

Apa yang telah berlaku di negara-negara Arab adalah jelas bahawa demokrasi ala barat bahawa mereka telah dipaksa untuk menerima oleh kuasa-kuasa Barat tidak memberikan mereka banyak selain daripada berputus asa dan kemusnahan.

Dengan beberapa individu yang mengetuai usaha tersebut, dengan orang-orang yang menyokong mereka tanpa sebab selain daripada mahu mengamalkan demokrasi.

Di Amerika dan barat pseudo-Kristian, mereka mengamalkan proses demokrasi dengan betul; di negara-negara Islam Arab dan lain-lain mereka fikir mereka mengamalkan demokrasi tanpa mengetahui had.

Ini menjelaskan mengapa kebanyakan negara Arab dan Islam adalah kotor dan kotor dengan setiap sistem lusuh.

Tidak ada gaya barat-sebenar atau gaya Amerika demokrasi di negara-negara ini, kecuali bunyi mereka boleh membuat untuk mengganggu keamanan di mana pemimpin-pemimpin mereka boleh datang ke hadapan orang ramai yang pada dasarnya yang menganggur atau tenaga sepenuhnya untuk mengumpul dan mendengar kepada cemuhan sama kira-kira mahu menukar sistem politik dan kepimpinan yang telah dimasukkan ke dalam tempat oleh sistem politik yang sangat mereka mahu untuk memusnahkan.

Ini adalah apa yang kuasa-kuasa Barat dan intelektual mereka telah mahu melihat berlaku apabila doyen demokrasi, Amerika, cuba untuk memaksa demokrasi di negara-negara Arab dan Islam lain, dengan utama memaksa mereka untuk memusnahkan negara-negara mereka sendiri, yang telah wujud selama berabad-abad.

Demokrasi mungkin baik bagi negara-negara sekular tetapi tidak adalah sangat baik untuk negara-negara Islam.

Negara-negara Arab dan Islam perlu teokrasi lebih demokrasi kerana ia mempunyai demokrasi dan lebih bahawa demokrasi ala barat tidak mempunyai atau ingin melayan atau menghargai.

Dan yang mengatakan 'satu orang, satu undi' sistem politik demokrasi adalah baik?

Ia adalah baik untuk barat tetapi tidak bagi negara-negara Arab dan Islam yang mempunyai cara mereka sendiri yang telah diadakan bersama-sama dengan nilai-nilai agama mereka, dan terikat bersama-sama selama berabad-abad banyak.

Kini lebih banyak mereka menolak teokrasi untuk memeluk gaya barat demokrasi, mereka melihat perbezaan pendapat yang tidak perlu terhadap agama masing-masing.


Ia adalah teokrasi Iran yang telah menyebabkan negara menjadi bebas dan stabil. Jika rakyat telah memeluk gaya barat dan gaya Amerika demokrasi, seluruh negara akan runtuh lama dahulu.

Sabtu, 18 Oktober 2014

BETULKAH BANGSA PALESTIN SUDAH DILAKNAT OLEH TUHAN DAN KENAPA DENGAN BEGITU RAMAINYA PAKAR SEKARANG, MASALAH DI TIMUR TENGAH MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN?

…USAHA UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN DARI CENGKAMAN ZIONIS MASIH BELUM DILAKUKAN LAGI, WALAUPUN TUJUH-PULUH TAHUN TELAH BERLALU, ZIONIS MASIH BERMAHARAJA-LELA.
Oleh Mansor Puteh


Yang pandai dan penipu boleh berjaya di Timur Tengah; yang bodoh dan bahlol akan terus gagal.

Lebih-lebih lagi kalau begitu banyak masa telah berlalu tetapi masalah di Timur Tengah masih belum dapat diselesaikan walaupun masalahnya begitu remeh dan tidak boleh kekal sekiranya Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahu guna diplomasi dan lebih dari itu kebijaksanaan untuk selesaikannya.

Tujuh-puluh tahun dahulu masalah Timur Tengah tercetus dengan masalah remeh, dan ketika itu para intelek dunia boleh dikatakan sedikit dan tahab pemikiran mereka cetek.

Tetapi kenapa dalam dunia sekarang yang begitu canggih, dengan terdapatnya ratusan ribu, malahan puluhan jutaan para intelek dalam semua bidang tetapi masalah di Timur Tengah masih tidak diselesai secara berkelompok walaupun Amerika dan PBB enggan selesaikannya?

Dan yang bodohnya ialah orang Palestin dan Arab serta Islam sendiri. Mereka telah biarkan masalah ini berterusan dengan mereka sendiri mendapat kesan buruknya.

Sementara itu Zionis dan Israel masih kekal dan bertambah kukuh.

Masalahnya ialah Palestin, Arab dan orang Islam dan penyokong mereka di Barat dan Amerika telah mengguna cara bodoh bukan untuk membebaskan Palestin tetapi hanya untuk kecam Zionis dan kadang-kadang Amerika dan CIA.

Atay mungkinkah bangsa Palestin itu sudah lama dilaknat oleh Tuhan?

Kalau tidak kenapa semua sembahyang dan doa yang mereka telah lakuka selama tujuh-puluh tanah tahun ini tidak termakbul?

Sebaliknya, lebih banyak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam, dan banyak bidang tanah Palestin di Tebing Barat dan Terusan Gaza dirampas dengan sewenang-wenangnya, tanpa orang Palestin dan Arab dapat berbuat apa-apa.

Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya boleh cemuh tindakan Zionis setiap kali Zionis rampas tanah Palestin dan bunuh rakyat Palestin tanpa dapat berbuat apa-apa.

Negara Arab lain termasuk Malaysia hanya dapat hantar pasukan sukarela untuk beri ubat dan makanan serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang dipinggir dan dicerderakan dengan yang telah dibunuh ditanam dalam kubur tanpa nesan diserata tempat.

Inikah sahaja nasib orang Palestin, sebuah bangsa yang telah lama dilaknat oleh Tuhan?

Masa depan mereka lebih teruk sekarang berbanding dengan dulu.

Dan selama ini mereka tidak dapat cari jalan bijak untuk mengatasi kebodohan dan kekejaman Zionis tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Dan apa guna untuk mereka yang terus di disokong kuat oleh semua negara Arab lain yang bantu mereka, namun Palestin masih belum dibebaskan lagi, yang hanya boleh bantu sorak bersama mereka kecam Zionis dan beri bantuan kewangan yang diguna untuk bangunkan semula bangunan yang telah dirobohkan oleh Zionis, yang hanya akan dirobohkan semula dalam masa lima tahun akan datang?

Apa salahnya dengan orang Palestin dan Arab? Mereka tidak ada kemampuan untuk berfikir dengan bijak.

Apa salahnya dengan orang Islam lain? Mereka juga tidak tahu cari jalan yang bijak untuk menangani masalah ini, iaitu masalah Zionis yang kejam tanpa mengambil tindakan yang sama kejam atau lebih bodoh dari itu.

Mereka mengharapkan Amerika dan PBB untuk bantu mereka sedangkan Amerika dan PBBlah yang menyebelahi Zionis sekian lama ini, dan mustahil untuk Amerika dan PBB boleh bantu Palestin untuk selesaikan masalah mereka.

Tunjuk perasaan, penganjuran seminar itu dan ini, semuanya tidak mendatangkan hasil. Palestin masih dibawah cengkaman Zionis.

Inilah kerja bodoh yang diguna oleh mereka di Yayasan Kepimpinan Sejagat Perdana atau Perdana Global Peace Foundation.

Mereka membelanjakan puluhan juta ringgit untuk anjur seminar atau persidangan sejak 2004 tetapi ia tidak mendatangkan sebarang kesan.

Masalahnya ialah mereka jemput orang yang tidak hebat dalam berpidato, yang hanya boleh bersorak dan bercakap panjang-lebar tentang kekejaman Zionis yang semua orang tahu.

Mereka tidak beri pandangan yang baik yang boleh diguna untuk menentang tindakan jahat dan kejam Zionis, sehingga Zionis boleh lumpuh.

Dan setiap kali serangan Zionis, ramai orang Islam lain akan melenting. Mereka hanya boleh anjur seminar kecam Zionis.

Mereka akan keluarkan tabung minta sedekah dari orang awam, dan kumpulan-kumpulan orang prihatin akan ke Gaza atau Tebing Barat.

Sudah lebih tujuh-puluh tahun berlalu, tidak seinci tanah Palestin dapat dirampas dari Zionis.

Yang lebih teruk lagi lebih banyak kawasan Palestin dirampas oleh Zionis. Dan lebih banyak bangunan orang Palestin termasuk masjid lama diroboh dan tempatnya didirikan kawasan penempatan penyokong Zionis.

Orang Palestin sendiri mesti disalahkan; mereka belum bersedia menghadapi musuh utama mereka. Mereka masih bertelagah sesama sendiri.

Lebih buruk lagi ialah apabila orang Palestin berperang sesama sendiri. Mereka tidak tahu yang mereka itu telah dirasuk oleh Zionis dan CIA dan Mossad untuk bercakaran untuk mereka menentang diri sendiri tanpa Zionis dan CIA serta Mossad berbuat apa-apa.

Dan kalau Hamas dan Fatah mahu bergabung, Zionis akan ambil tindakan untuk menghancurkan harapan ini dengan mengguna pelbagai helah iaitu dengan membuat orang Palestin dan Arab lain bergaduh sesama sendiri, bagi menghalang Hamas dan Fatah bergabung.

Orang Palestin dan Arab tidak tahu yang mereka telah dilaga-lagakan oleh Zionis, CIA dan Mossad untuk memastikan negara mereka tidak aman dan maju.

Baghdad merupakan bandaraya paling moden dan maju di Dunia Arab, dan ini tidak baik untuk Zionis, yang ambil tindakan untuk menghancurkannya serta Iraq.

Mereka dan Amerika tidak mahu jatuhkan presiden Iraq, Saddam Hussein; mereka hanya mahu pastikan Iraq hancur.


Sebab kalau Iraq maju dan negara Arab lain turut maju, kedudukan ekonomi dan sosial negara Zionis itu akan kelihatan mundur dikacamata orang Zionis sendiri. 

Selasa, 14 Oktober 2014

DEBAT KHAS MEMBINCANGKAN TENTANG SEKOLAH CINA DI MALAYSIA DIANTARA KHOO KAY KIM DAN WONG KA SIONG TIDAK BIJAK.

…PERDEBATAAN AKHIRNYA JADI PERBINCANGAN SESAMA SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh



Saya telah membaca entah dimana tentang sebuah ‘perdebatan’ diantara Khoo Kay Kim dan Wong Ka Siong tentang isu persekolahan Cina di Malaysia.

Memang bagus perbincangan tentang perkara seperti ini dapat diadakan sebab Malaysia sudah lama Merdeka dan kenapa mesti ada dua aliran sekolah?

Kalau dulu orang Cina boleh kata mereka tidak mungkin boleh bersaing dengan Melayu dalam semua bidang, tetapi kini mereka dikalangan golongan muda boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan lebih lancar berbanding dengan golongan lama.

Dan nampaknya golongan lama sahaja yang menentang pengunaan satu aliran sekolah sementara anak-anak mereka sanggup terima belajar di sekolah Melayu atau sekolah kebangsaan.

Satu penyelidikan dan bancian tentang perkara ini boleh diadakan. Dan pihak persatuan dan masyarakat Cina harus berani berhadapan dengan kemungkinan anak-anak mereka lebih selesa belajar di sekolah Melayu, sama seperti anak-anak Cina di Thailand, Myanmar dan Filipina belajar di sekolah kebangsaan di sana supaya mereka tidak rasa terasing berada di negara sendiri.

Mungkin bapa-bapa mereka yang mahukan anak-anak mereka belajar di sekolah Cina atau Tamil, sebab mereka mempunyai pemikiran sempit dan tidak dapat terima hakikat tentang bagaimana pada masa hadapan, dan lambat-laun sekolah vernakular juga akhirnya akan terpinggir.

Ini boleh berlaku sekiranya jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera meningkat sehingga menjadi bangsa terbanyak dan perpecahan dikalangan Melayu tidak boleh berlaku.

Menjelang 2020 jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera akan meningkat ke tujuh-puluh peratus. Dan menjelang 2050 jumlah ini akan meningkat ke lapan-puluh peratus pula, berbanding dengan jumlah Cina yang akan jatuh merundum ke hanya sembilan peratus dengan kaum India hanya dua atau tiga peratus sahaja.

Yang menariknya ialah ia diadakan, dan dalam Bahasa Melayu pula dengan dianjur oleh sebuah pertubuhan Cina.

Ini pasti menarik. Tetapi tidak begitu untuk media yang tidak memberinya sebarang laporan selepas itu.

Akhbar Cina dan dalam bahasa Inggeris yang dikuasi oleh orang Cina tentu tidak akan mahu membincang tentang perkara seperti ini yang sudah pasti membawa keburukan kepada mereka dari kebaikan.

Sebabnya ia menyoal kehadiran sekolah vernakular. Tentu ada yang tidak baik tentangnya.

Apakah persatuan yang menganjor acara perdebatan atau perbincangan ini akan berakhir di sini dengan hanya satu tajuk, atau apakah mereka akan teruskan acara ini di masa-masa akan datang dengan menampilkan tokoh-tokoh lain dalam semua bidang untuk membincangkan tentang tajuk lain pula?

Bilakah mereka akan bincangkan tentang peranan media Mandarin dan Tamil untuk mengkaji yang ia adalah berpihak kepada negara-negara Cina dan India dan langsung tidak pedulikan tentang Melayu?

Bagus kalau tajuk seperti ini dibincangkan termasuk tajuk-tajuk lain yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini oleh kaum Cina sendiri.

Tetapi ia tidak menjadi menarik, dan apa yang dikatakan oleh kedua ahli panel akhirnya merupaan hujah biasa.

Ahli panel Melayu sepatutnya dijemput untuk memberi pandangan yang lain dalam hal ini, walaupun kehadirannya dan hujahnya mungkin boleh berbunyi seperti dia mengamalkan sikap perkauman.

Dan secara tidak sengaja, pada lewat malam Sabtu, 27 Februari saya terbuka rangkaian Ntv7 dan rancangan ini baru sahaja mahu dimulakan, jadi saya tidak jadi menonton berita di setesen televisyen lain dan tumpukan perhatian kepada perdebatan ini.

Ia akhirnya tidak menjadi sebuah perdebatan, tetapi sebuah perbincangan.

Kay Kim dan Ka Siong tidak memberi hujah yang menarik dan mengkagumkan. Ka Siong kata ada beberapa – tidak ramai – orang Cina di Malaysia yang telah belajar didalam aliran sekolah Cina yang telah berjaya.

Ini pada saya bukan satu hujah yang besar dan bermakna atau penting, sebab di Negeri Cina, Hong Kong dan Taiwan mereka belajar di sekolah aliran Cina dan ramai berjaya. Malah negar-negara ini boleh dikatakan diantara yang maju di dunia.

Tetapi isiu disini bukan untuk melihat tentang kejayaan beberapa orang Cina yang belajar di sekolah seperti itu, tetapi dengan hubungan kaum di Malaysia dan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Adakah sekkolah vernakular penting dan harus digalkkan? Kenapa ia diadakan?

Adakah sebab Melayu ketika itu lemah atau pelembut dan pemurah hati dan mahu mereka adakan sekolah sendiri? Adakah ini disebabkan Melayu ketika itu tidak fikir yang datang ke Malaya tidak akan hidup kekal dan mereka akan balik ke Negeri Cina mereka?

Apa agaknya akan berlaku kalau Melayu tidak benar sekolah Cina dan Tamil diadakan? Mahukah mereka terus tinggal di Malaya, dan balik ke Negeri Cina?

Kenapa negara berjiran dengan kita yang menerima kedatangan Cina dan India tidak benar sekolah khas mereka diwujudkan? Dan kenapa orang Cina di negara-negara seperti Indonesia, Filipina, Siam dan Myanmar tidak menempek dan merungut dan membantah?

Sebab jumlah mereka kecil.

Ini faktor yang membuat orang Cina di Malaysia rasa mereka penting dan besar sebab mereka berjumlah besar ketika itu.

Dan ini pula diperkuatkan dengan pegangan mereka pada ekonomi.

Jadi kalau jumlah mereka bertambah kecil dan pegangan mereka terhadap ekonomi di Malaysia bertambah kurang, tidakkah ini akan menjadi faktor untuk sekolah vernakular mereka ditutup akhirnya?

Ini mungkin boleh berlaku.

Sebabnya latarbelakang pengajian dalam aliran sekolah tidak penting untuk pengajian diperingkat tinggi. Itulah sebabnya kenapa ramai penuntut sekolah Cina menyambungkan pelajaran di sekolah kebangsaan di peringkat sekolah menengah dan di universiti.

Mereka tidak sambung pelajaran di sekolah menengah aliran Cina atau pergi ke universiti di Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina belajar dalam bahasa Mandarin.

Dan anak bukan Cina yang belajar di sekolah aliran Cina ini juga tidak berjaya. Mana dan siapa mereka yang telah berjaya?

Syarikat Cinapun tidak menerima mereka. Dan RTM juga menghadapi masalah besar untuk mendapatan seorang-dua pemuda Melayu atau India untuk membaca berita dalam bahasa Mandarin.

Yang tidak baiknya sekolah aliran Mandarin dan Tamil ini ialah ia telah membantukan pengajaran ramai anak-anak Cina dan Tamil yang akhirnya gagal di sekolah. Dan merekalah yang ramai bekerja di pasar dan di pusat membeli-belah yang tidak memerlukan pendidikan tinggi.

Ramai juga terlibat dengan kegiatan haram dengan menjalankan perniagaan haram seperti menjadi peminjam, pengedar cereka dan pelacuran dan sebagainya selain dari terlibat dengan kumpulan gangster.

Ini memang jelas dan tidak dapat dinafikan.

Dan anak-anak Cina dan India yang belajar di sekolah kebangsaan semuanya boleh dikatakan lebih maju berbanding dengan mereka yang belajar di sekolah vernakular. Mereka selesa dengan masyarakat Melayu dan lebih faseh dalam bahasa Melayu.




Jumaat, 10 Oktober 2014

BILA ORANG MELAYU TIDAK KISAH, ORANG CINA KHUSUSNYAPUN MULA TUJUK SIKAP KURANG AJAR.

…DULU WANITA CINA BERPAKAIAN BAJU KEBAYA BILA BERHADAPAN DENGAN SULTAN ATAU YANG DIPERTUAN AGONG, TETAPI KINI DENGAN MEMAKAI PAKAIAN MENDEDAH AURAT.
Oleh Mansor Puteh



Dan berapa sangat orang bukan-Melayu khususnya yang telah mendapat penghargaan dari sultan-sultan atau gabnor yang menziarahi istana untuk beri penghormatan terakhir kepada sultan-sultan dan gabnor bila mereka mangkat atau meninggal dunia?

Beberapa orang sultan telah mangkat sejak beberapa tahun lalu tetapi jumlah orang Cina khususnya yang memberi penghormatan terakhir kepada baginda boleh dikira.

Mereka berduyun-duyun pergi ke istana bila dipelawa untuk terima darjah kebesaran yang besar maupun kecil.

Tetapi apabila sultan mangkat, mereka seperti tidak pedulikannya.

Dulu kalau wanita hadir acara yang dihadiri oleh kerabat diRaja, mereka berpakaian sopan, memakai ‘baju kebayu’ dengan selendang.

Wanita Cina juga memakai pakaian seperti itu atau pakaian yang sopan yang tidak menjolok mata.

Tetapi sekarang, mereka tidak peduli. Dan nampaknya pihak istana juga tidak peduli.

Jadi tidak hairan kalau isteri Lee Chong Wei berpakaian gown nipis dengan mendedahkan tangannya, sebagai pengantin dalam acara yang dihadiri oleh Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Dan tidak hairan pula kalau Michelle Yeoh, berpakaian gown dan dedahkan lengannya, bila dia menerima anugerah ‘life achievement’ atau ‘pencapaian seumur hidup’ dari Yang diPertuan Agong.

Ini amat menyedihkan, sebab mereka seperti tidak peduli kehadiran Yang diPertuan Agong lagi, tidak seperti dahulu.

Salah siapa?

Masyarakat Cina dulu sedar siapa mereka dan siapa kerabat diRaja, dan mereka beri penghargaan dengan memakai pakaian yang sewarjarnya.

Tetapi sekarang lebih ramai wanita Cina tidak peduli; mereka memakai apa sahaja yang mereka mahu, tanpa pedulikan kehadiran Yang diPertuan Agong.

Gambar Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Badlishah yang beri anugerah kepada Michelle Yeoh kelihatan seperti tidak ceria.

Baginda toleh ke arah lain dan tidak ke arah Michelle.

Masakan lelaki berugama Islam mahu lihat seorang wanita yang berpakaian seperti Michelle Yeoh?

Salahnya pihak yang menganjur acara itu dan juga pihak Istana, yang tidak beritau tentang pakaian yang sesuai yang boleh dipakai oleh wanita Cina khususnya yang mahu acara bersama kerabat diRaja supaya mereka tahu pakaian mana yang sesuai untuk dipakai.

Dulu semasa Michelle Yeoh menerima anugerah dari Sultan Perak, dia pakai baju kebaya dengan selendang yang dililit pada belakang badan. Dia kelihatan begitu sopan sekali.

Tetapi kenapa bila berhadapan dengan Yang diPertuan Agong, dia tidak guna budi-bicara dengan memakai pakaian yang sama sopan, walaupun bukan baju kebaya?

Mungkin wanita Cina itu mempunyai fikiran sedemikian sebab mereka lihat pemimpin Melayu sendiri tidak kisah dengan keadaan wanita Cina yang berpakaian separuh bogel seperti yang sering ditunjuk oleh Nicol David dan Pandadela Rinong yang boleh dianggap sebagai ‘hampir berbogel’ dikhalayak ramai.

Pemimpin Melayu dan isterinya tidak lagi fikirkan tentang ugama Islam; mereka telah menjadi taksub dengan nilai sokan yang mereka anggap lebih utama berbanding dengan nilai ugama.

Dan kalau pemimpin Melayu sendiri tidak segan-silu dan rasa bangga beri anugerah dan penghargaan kepada ahli sokan keturunan Cina, jadi apalah sangat kalau isteri Chong Wei dan Michelle memakai pakaian yang menunjuk lengan?

Dan Michelle diberi anugerah Tan Sri. Namun dia masih tidak faham cara istana dan cara berhadapan dengan sultan dan raja.

Mungkin dia sudah lama menetap dan berkerja di luar negara; tetapi tidakkah pihak istana boleh beri dia nasihat dan tunjuk ajar tentang bagaimana dia boleh memakai pakaian yang sesuai bila berhadapan dengan raja supaya orang lain tidak tuduh dia sebagai kurang ajar?

Mungkin dia tidak salah dalam hal ini.

Mungkin pihak berkenaan sudah mulai sedar tentang perkara ini dan saya dapat lihat dalam beberapa buah acara di istana terdapat hampir semua wanita yang ikut suami mereka untuk terima darjah kebesaran pilih untuk memakai baju kurung yang sesuai dan manis.

Tidak seorangpun wanita Cina yang berpilih untuk memakai pakaian cheongsam. Wanita India pakai sari mereka.

Bagaimanapun lelaki Cina dan India tidak pernah atau berani pakai pakaian tradisional mereka, tidak seperti dahulu apabila presiden MIC, Sambanthan sering memakainya.

Saya dapat tahu bahawa pakaian cheongsam sebenarnya bukan pakaian kebangsaan atau rasmi kaum Cina keturunan Han.

Isteri Lee Kuan Yew setiap hari pakai cheongsam. Dan mungkin dia juga tidak tahu yang pakaian ini bukan pakaian tradisional orang Cina keturunan Han seperti dia.

Ramai orang Cina sekarang juga tidak tahu tentang perkara ini.

Ramai pelajar perempuan Cina dan India di sekolah Melayu gemar pakai baju kurung, tetapi tidak seorangpun pelajar Cina dan India di sekolah vernakular Mandarin dan Tamil yang memakainya.






Sabtu, 4 Oktober 2014

TERLALU RAMAI PAKAR, TOKOH TERKEMUKA DAN ULAMAK TERSOHOR DI SELURUH DUNIA ISLAM.

…TETAPI KENAPA DUNIA ISLAM KHSUSUSNYA DUNIA ARAB BERPECAH-BELAH DAN HAMPIR HANCUR?
Oleh Mansor Puteh



Ramai Umat Islam ada ilmu sedikit tetapi berlagak pandai laksana; mereka tidak sedar bahawa ilmu yang mereka itu ada hanya sedikit dari keseluruhan ilmu yang ada di muka bumi, yang seharusnya diguna secara bergabung untuk memberi keuntungan dan faedah kepada Ugama, Umat dan Bangsa, dan bukan untuk seseorang itu bergelar ustaz, ustazah dan ulamak tersohor sedangkan Dunia Islam hancur.

Dan di sinilah masalahnya dengan beberapa orang Islam yang mengaku pandai dan mereka sahaja yang tahu bagaimana untuk bangunkan Ugama dan Bangsa, walaupun tindak-tandok mereka telah terbukti berjaya melakukan sebaliknya dengan Umat Islam berpecah-belah dengan segala helah mereka berceramah dan berpolitik dengan memberi pendapat songsang dan sempit.   

Dunia Islam mempunyai lebihkurang 1.6 bilion umat. Dan dari kalangan ini terdapat ratusan ribu pakar dalam semua bidang termasuk bidang ugama atau ulamak diantaranya dianggap yang paling tersohor di seluruh dunia.

Dan dikalangan lima-puluh-tujuh ketua negara di Dunia Islam yang menjadi ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam atau OIC, berapa orang yang dianggap penting dan bijak? Tidak.

Dulu ada beberapa orang Arab yang berlagak penting; tetapi mereka – Saddam Hussein dan Muamar Ghadaffy telah dihapuskan oleh Zionis dan CIA, dengan cara licik.

Mereka bodoh sebab mereka pentingkan diri sendiri dan galak anak-anak mereka turut berlagak. Mereka tidak guna otak hanya perasaan.

Kini Dunia Islam tidak ada pemimpin tersohor dalam bidang politik. Dunia Islam tidak berani menonjolkan orang angkuh seperti Saddam dan Ghadaffy lagi sebab mereka takut akan dapat nasib sama seperti mereka.

Oleh itu Dunia Islam atau Dunia Arab lahirkan beberapa orang biasa untuk menjadi ketua gerombolan termasuk ISIL yang bertujuan untuk menyatukan Orang Arab tentang Zionis di Timur Tengah.

Mereka akan gagal sebab Zionis dan CIA akan dan sudahpun dapat sokongan dari beberapa negara Barat dan Arab lain untuk hancur mereka.

Usaha untuk merampas tanah untuk berkuasa dan tentang Zionis di Timur Tengah dengan kekerasan salah dan juga tidak berkesan.

Ada cara lain yang boleh digunakan. Tetapi oleh sebab Dunia Islam tidak ada orang yang bijak dan pandai, maka Dunia Islam atau Dunia Arab akan terus dilanda masalah.

Orang Arab yang ada yang berani hanya berbakti kepada diri sendiri dan tidak kepada Islam. Mereka yang hanya timba ilmu untuk mendapat jawatan besar dan gaji tinggi?

Jadi soalannya di sini ialah: Apakah pakar-pakar dan ulamak tersohor itu benar-benar pakar dan orang yang tersohor dan pandai-pandai tentang ugama, atau mereka hanya tahu untuk guna ugama Islam untuk tonjolkan diri mereka sendiri dengan memberi khutbah dan ceramah berjela-jela untuk mendapat hiburan dari khalayak yang rata-rata orang yang telah dilahirkan sebagai Islam tetapi masih jahil tentang hukum-hakam dan nilai Islam yang paling asas.

Jadi tidak terkejut kalau dapat dilihat di muka televisyen ada penceramah ugama bergelar ustaz yang mahukan beri hiburan kepada khalayaknya dengan dia menyanyi mengguna suara sumbang, dan beri nasihat asas.

Salah satu soalan yang saya dengar diutarakan oleh orang yang hadir dalam ceramah itu ialah tentang hukum dalam Islam ke ata sorang yang berhutang tetapi tidak menjelaskannya.

Takkan dia sendiri tidak tahu jawapan ini?

Sepatutnya ustaz itu tidak layan soalan seperti ini dan herdik orang yang bertanya soalan itu dan kecamnya sebab jahil tentang hukum asas Islam itu sendiri.

Tetapi ini ustaz itu tidak lakukan. Sebaliknya dia layan soalan itu seperti ia adalah soalan yang bagus. Ia adalah soalan yang bodoh.

Dan jawapan yang diberi oleh ustaz itu sama bodoh.

Dan berapa ramai orang yang gemar hadir acara ceramah ugama itu patuh kepada segala apa yang dikatakan oleh penceramah itu? Apa kesannya kepada kesedaran mereka terhadap Islam? Hampir tidak ada.

Mungkin pembelajaran tentang ugama Islam tidak betul atau salah sebab ia hanya menggalakkan orang menjadi takbur dengan ilmu yang mereka dapat perolehi dari hanya belajar beberapa tahun yang mereka hanya dapat guna dengan berceramah sambil menurunkan beberapa sunah, hadith dan surah dari Al-Koran untuk orang Islam lain rasa kagum.

Dan setiap negara Islam akan ada kelompok mereka yang mengaku bagus dalam ugama dan akhirnya mereka akan bertarung sesama sendiri untuk mengecam orang lain yang mereka kata kurang dengan nilai ugama.

Lebih teruk sekali bila mereka guna bidang politik untuk memastikan yang mereka terlepas dari pelbagai macam tuduhan kalau mereka didapati salah berceramah dan sebagainya.

Tidak cukup dengan sekolah pondok yang melahirkan puluhan ribu ustaz dan pakar dalam bidang ugama.

Di Indonesia pula ada pasentren yang juga tidak kurang hebat melahirkan ratusan ribu orang alim.

Dan di negara-negara Arab ada banyak universiti dan madrasah yang telah melahirkan ratusan ribu graduan, khususnya Universiti Al-Azhar yang dianggap sebagai universiti tertua di dunia.

Tidak cukup dengan ini, di Universiti Oxford ada Oxford Center of Islamic Studies (OXIS) atau Pusat Pengajian Islam Oxford.

Dan tidak kurang ramainya terdapat ramai pakar Islam yang belajar tentang Islam di universiti di Barat yang mempunyai pusat pengajian Islam mereka sendiri.

Tetapi kenapa negara-negara Islam dan khususnya negara Arab berpecah-belah? Apa sebabnya?

Tidak kurang dengan itu, kini terdapat banyak kumpulan pemikir atau ‘think tank’ dan pusat pengajian Islam di unversiti di semua negara Arab dan Islam lain termasuk dihampir semua universiti terkemuka di barat, khususnya di Amerika dan Eropah.

Jadi kenapa masalah besar berlaku di negara-negara Islam?

Tidakkah boleh pemikir-pemikir dalam kumpulan ini dan dikalangan ulamak yang dianggap tersohor dan berpengaruh dapat memberi pandangan dan cadangan untuk umat Islam elak dari berbalah sesama sendiri, dan berbunuhan sesama sendiri?

Jadi apa jadahnya ada begitu ramai pakar, para ilmuan, pemikir dan ulamak kalau mereka semua tidak dapat beri sebarang manfaat kepada Dunia Islam?

Atau apakah tahab pemikir, para ilmuan dan ulamak yang ada begitu cetek, mereka yang hanya tahu bercakap kosong dan berdekah-dekah hanya untuk mendapat tepukan gemuruh dan sorakan ‘takbir’ berkali-kali sahaja?

Sebenarnya pakar-pakar yang ada di Dunia Islam tidak mengguna ilmu dan pengelaman untuk kebaikan Umat Islam; mereka mendapat pendidikan di Barat dan juga di negara sendiri yang memberi pendidikan hanya untuk membantu memperkukuhkan kedudukan ekonomi, sosial dan kebudayaan Barat sahaja, tanpa mereka sendiri sedarnya.

Oleh sebab itu kita dapat lihat bagaimana pertumbuhan ekonomi yang dikecapi oleh Malaysia khususnya sebenarnya lebih menguntungkan Barat atau Zionis dari Malaysia sendiri.

Dan perkembangan ekonomi di negara-negara Arab lain juga memberi kesan sama dengan kerajaan di negara-negara tersebut buka peluang kepada ahli sokan dan pakar dari Barat yang diberi jawatan besar dan gaji tinggi dengan orang Arab dan Islam hanya memain peranan kecil.