Ahad, 26 Oktober 2014

BANDARAYA NEW YORK DULU DAN SEKARANG ... DAN SINAR CAHAYA BULAN SABIT DI ATAS BANDARAYA NEW YORK DAN AMERIKA. – BAHAGIAN I.

Oleh Mansor Puteh yang kembali ke Bandaraya New York dan Amerika selepas sembilan-belas tahun tidak ke sana.


1. Qatar Airways, penerbangan ke Lapangan Terbang Kennedy, 1 April 2014:

Penerbangan yang saya ambil dari Doha, Qatar untuk ke Bandaraya New York dengan Qatar Airways, membuat saya merasa seperti saya tidak akan ke Bandaraya New York, tetapi ke New Delhi di India. Mengapa?

Sebahagian besar penumpang terdiri mereka dari India, Pakistan, Arab dan Nepal, dengan saya seorang dari Malaysia.

Beberapa orang bukan dari Malaysia yang kemungkinan besar terdiri dari mereka yang kini sudah menjadi rakyat Amerika atau yang bertaraf penduduk tetap, sebab mereka kelihatan seperti mereka telah tinggal lama di kotaraya ini dan Amerika sehingga mereka tidak kelihatan cemas bila mahu mendarat di Lapangan Terbang Kennedy berbanding dengan orang asing lain yang pertama kali mahu ke sana yang kelihatan seperti lembu masuk kampong lagaknya.

Saya juga menjadi sedikit cemas bukan sebab ia adalah penerbangan pertama saya ke bandaraya ini dan saya tidak pernah ke Amerika sebelum ini, tetapi sebab saya tidak sabar untuk melihat bagaimana bandaraya ini akan kelihatan sebab semua orang tahu ia telah menjalani pelbagai perubahan khususnya selepas peristiwa 911 dulu.

Kali terakhir saya berada di bandar itu adalah pada bulan April, 1999. Saya telah menetap di bandaraya ini lebih daripada dua tahun dan telah menjadi biasa dengannya dan tahu ke-mana dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan dari orang tempatan dan boleh juga berlagak seperti orang di sini, lebih-lebih lagi bila mereka anggap saya sebagai orang Jepun.

Tetapi bandar telah banyak berubah, bukan sahaja selepas 911. Ia telah banyak berubah dalam semua segi yang saya telahpun dapat merasakan dan melihatnya sebaik sahaja tinggalkan bangunan Lapangan Terbang Kennedy, dan di dalam pesawat itu lagi.

Terdapat beberapa orang kulit putih dalam penerbangan ini berbanding dengan orang bukan kulit putih. Mereka kelihatan seperti orang bukan kulit putih yang menaiki pesawat ke Bandaraya New York dari Brussels, Belgium yang saya telah ambil dalam bulan Ogos, 1978, dulu apabila saya pergi ke New York buat kali pertama untuk mendaftar dan belajar di Universiti Columbia dulu.

2. Kennedy lapangan terbang:

Saya masih ingat berjalan keluar dari bangunan terminal setelah mendarat pertama kali di New York dan Amerika dan disambut oleh seorang wakil dari sebuah NGO Amerika yang memberi bantuan kepada mana-mana pelajar yang datang ke negara ini, pada tahun 1978.

Ia adalah di tengah-tengah musim panas bila saya pertama kali tiba di New York, tetapi dalam bulan April, 1999 dulu ia adalah pada akhir musim bunga atau semi tetapi cuaca dingin.

Saya rasa nyaman sebab sering berada dalam bangunan. Cuaca sejuk hanya boleh dirasai kalau berada di luar dan terdedah dengan angin sejuk.

Kali ini saya tidak meminta bantuan mereka sebab saya tahu bagaimana untuk mencari jalan dengan sendiri. Saya hanya ingin tahu bagaimana saya boleh pergi ke bandaraya dari lapangan terbang ini kalau saya boleh ambil bas atau keretapi bawah tanah untuk pergi ke Port Authority Terminal (PTA). Adakah mereka mempunyai perkhidmatan keretapi bawah ini seperti ini?

Di kaunter imigresen, saya menyedari bahawa orang berkulit putih begitu sedikit yang berbaris untuk memasukki ke negara ini. Kebanyakan penumpang adalah yang bukan berkulit putih sama seperti dalam penerbangan dari Doha ke sini iaitu, orang-orang bukan berkulit putih dengan beberapa wanita yang memakai chador dan nijab.

3. Times Square.:

Saya berada kembali di Times Square, terletak di PTA dan ditengah-tengah Pulau Manhattan. Inilah New York yang dikenali oleh orang di luar Amerika seperti yang sering digambarkan dalam filem-filem Hollywood.

Saya berjalan keluar dari PTA untuk mencari kedai untuk membeli barang-barang dan juga kad SIM tempatan dengan nombor tempatan.

Saya juga mahu cari makanan – makanan halal, kalau ada. Dan apa yang mengejutkan saya adalah apabila saya masuk ke dalam salah sebuah kedai makan, saya mendapat makanan yang dijual adalah jenis yang halal; dan yang mengejutkan sekali ialah pemiliknya terdiri dari orang Islam tempatan.

Saya beli sekeping pizza dan setin soda - makanan halal, dari pekerja berugama Islam di kedai itu yang tidak tahu saya juga berugama sama seperti dia, sebab dia fikir saya orang Jepun. Di Amerika atau Barat orang fikir saya Jepun.

Selepas makan, saya berjalan ke kedai sebelah untuk beli kad SIM, dan saya disambut oleh seorang lelaki keturunan Pakistan yang begitu mesra sekali apabila dia diberitau saya berasal dari Malaysia yang sudah tentunya berugama Islam.

Tidak ada kedai-kedai yang dimilikki oleh orang dari Bangladesh atau Pakistan di Times Square dalam tahun 1978 dulu bila saya datang ke sini buat pertama kali, tetapi kini mereka ada di mana-mana terutama di pintu masuk stesen kereta bawah tanah di mana mereka menjual suratkhabar atau memberiknya secara percuma kepada orang awam.

4. Bandaraya New York Sekarang.:

Ini adalah Bandaraya New York sekarang, bandaraya yang saya tidak begitu kenal dengan rapat dulu, tetapi yang saya mulai rasa rapat sekarang dan mahu kenalnya dengan lebih rapat khusus untuk melihat berapa ia telah berubah berbanding dengan dulu.

Saya tidak dapat tinggalkan beg saya dalam loker di PTA sebab kemudahan ini telah ditarik setelah 911 untuk mengelak ia diguna oleh pengganas yang mahu simpan bom di dalamnya, jadi saya terpaksa menarik beg ke mana-mana.


Tiada ulasan: