Isnin, 26 September 2011

USAHA MENGHARGAI SULTAN PERAK, ALMARHUM TUANKU JAAFAR DAN

Oleh Mansor Puteh



Kenapa usaha saya mahu memberi penghargaan kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Almarhum Tuanku Jaafar dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disokong oleh kementerian, Finas dan SME Bank – malah mereka kini bertindak mahu saman saya di mahkamah melarang saya menerbit filem ‘Malaysian Snow’?
           
Saya rasa amat hairan dan hampa dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan menterinya, Datuk Rais Yatim yang menyokong usaha saya menerbit filem ‘Malaysian Snow’.

Tidakkah menteri dan KPKK memberi saya dana khas dalam bentuk biasiswa untuk membolehkan saya mendaftarkan filem saya sebagai tesis untuk Universiti Columbia di Bandaraya New York?

Tidakkah mereka tahu apa sebenarnya kebaikan yang bakal diperolehi oleh perusahaan filem dan Bangsa Melayu dan negara dengan penerbitan filem ini?

Yang saya mahu buktikan kepada penerbit filem lain ialah saya akan mengguna jumlah penerbitan atau kos yang sama, dan masih dapat menghasilkan sebuah filem lain dari yang lain yang ada peluang untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan di luar negara dan di pesta filem antarabangsa.

Ia adalah batu loncatan saya untuk membuat filem lebih penting dan besar untuk pasaran dunia.

Ia adalah filem Melayu dan Malaysia pertama mempunyai penggambaran hampir lapan-puluh peratus di Nottingham dan England.

Ia adalah sebuah penghargaan kepada mereka yang telah belajar di Universiti Nottingham khususnya Sultan Perak, Almarhun Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai mereka yang telah belajar di universiti ini termasuk di seluruh England.

Jadi tidak hairan kalau sebuah tayangan perdana khas untuk mereka dapat dianjurkan sebelum filem ini ditayang di pawagam.

Lebih dari itu, ia boleh dianggap serbagai satu usaha peribadi untuk menggalakkan perhubungan diantara kedua buah negara – Malaysia dan England.

Tidak hairan kalau filem ini mendapat sokongan di England dan mungkin ditayang di negara tersebut.

Filem ini adalah juga filem tesis untuk ijazah sarjana bidang pengarahan filem saya untuk Universiti Columbia di Bandaraya New York.

Dan pihak universiti beria-ia mahu galak saya terbit dan arah filem ini mahu dijadikan usaha utama dan unik oleh pelajar dalam jurusan perfileman.

Lebih-lebih lagi ia sebuah filem Melayu dari Malaysia yang mereka tidak pernah tonton sebelum ini.

Saya yakin filem ini boleh menarik perhatian banyak pesta filem, sebab ini dan juga oleh sebab tema segajagatnya, yang mengambil kira suasana politik, social dan kebudayaan di Malaysia yang berbilang kaum dan di dalam perspektif Islam dan seluruh dunia.

Saya telah ke Nottingham dua kali dalam bulan Julai tahun lalu da Mac lalu untuk mencari lokasi dan mendapatkan sokongan dari pihak-pihak di sana.

Dan pihak Universiti Nottingham beria-ia mahu sokong usaha ini dan beri bantuan. Dan Persatuan Malaysia di Nottingham juga mahu bantu.

Saya berharap filem ini boleh dibuat dalam bulan September depan bila pelajar balik dari cuti musim panas dan siapkan filem ini akhir tahun untuk saya hantar satu salinan ke Universiti Columbia untuk menamatkan pengajian di sana dengan menjadi orang pertama dan mungkin terakhir mendapat ijazah sarjana bidang pengarahan.

Manalah tahu kalau saya dapat menarik perhatian pihak studio di Hollywood yang saya boleh bergabung untuk mengarah filem-filem dengan mereka yang mengguna latar belakang Melayu dan Malaysia untuk siaran seluruh dunia.

Dan saya boleh menghadiri acara konvokesyen Mei tahun depan sebelum filem saya diedar dipawagam.

Tetapi malangnya, penerbitan filem saya kini tersangkut di peringkat SME Bank yang dengan tidak semena-mena boleh menolak hasrat menteri, KPKK dan Finas, walaupun saya sudah menandatangani perjanjian dengan mereka.

Agak terkejut bila ketua pengarah Finas beritau saya pihak bank beritau mereka saya tidak menandatangani perjanjian. Ini adalah salah.

Perjanjian telah dibuat lama dulu. Tetapi pinjaman masih tersekat.

Dan setelah sekian lama, pihak bank mahu ambil tindakan mahkamah pula.

Mana ada negara di dunia yang mahu menyaman pengarah filem mereka dan larang dia dari mengarah filem?

Hanya di Malaysia.

Dan di Malaysia juga negara dimana terdapat banyak pemimpin Melayu khususnya yang mahu galak anak Melayu menimba ilmu dan belajar di universiti terulung seluruh dunia, tetapi pengelaman saya sendiri membuktikan bahawa apa yang dihasratkan oleh mereka, tidak disokong oleh menteri dan kementerian berkenaan jauh sekali bank.

Atau mungkinkah mereka rasa dengki dan iri hati, takut-takut kalau filem saya boleh menarik perhatian penonton di Malaysia supaya anggapan mereka tentang filem saya musnah?

Dan lebih teruk lagi kalau mereka mahu menghalang saya mendapat ijazah dari universiti berprestij supaya mereka akan terkilan dengan kebenakan diri sendiri di masa depan?

Mungkin juga mereka tidak mahu filem saya diterima di luar negara khususnya di Amerika dan di Hollywood dan ditayang dalam banyak pesta filem.

Munkin, mungkun…mereka tidak pakar dalam bidang perfileman khususnya bidang pengurusan filem untuk tahu bagaimana mereka harus mentadbir dana kerajaan sebanyak RM50 juta.

Soalannya sekarang ialah dari sejumlah filem yang mereka telah sokong, tidak satupun yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Filem mana yang pegawai SME Bank rasa bangga? Tidak ada. Sebab mereka sendiri tidak sanggup guna mana-mana filem sebagai contoh baik.

Mereka terpinga-pinga.

Akhirnya pegawai bank akan bersara atau dihantar ke jabatan lain dan mereka tidak akan bercakap tentang filem.

Yang menjadi mangsa ialah pengarah filem berkebolehan dan berkelayakan yang mendapat sabotaj dari mereka.

Sebab sehingga kini tidak ramai pengarah seperti ini yang diberi kemudahan dari dana tersebut.

Yang mendapatnya tidak menunjukkan prestasi tinggi.

Selasa, 20 September 2011

TALKIN UNTUK PARTI PAS. …PAS HAMPIR NAZAK.

Oleh Mansor Puteh


Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Parti PAS? Mereka mengaku mereka menyanjung Ugama Islam, macam orang Islam lain tidak.

Tidakkah ini sikap bongkak atau riak? Siapa yang beri pemimpin mereka hak untuk buat kenyataan seperti itu?

Tidakka ia juga sama ertinya dengan mereka menghukum tanpa memberi sebarang alasan?

Pemimpin PAS khususnya Nik Aziz, tidak perlu beri alasan atau penghuraian, dia cuma beri beri keputusan dan penghukuman seperti ‘fatwa’.

Jadi sikapnya itupun tidak kena.

Mujur, dan juga tidak hairan segala apa yang Nik Aziz katakana itu, tidak disusuli dengan penerimaan oleh pihak lebih atas.

Jadi, cuma dia sahaja seorang yang berfikiran begitu.

Walaupun demikian dia tidak rasa tersinggung walaupun pendapatnya itu hanya sesuai untuk dia bercakap dan tidak disokong oleh pihak lain kecuali dari mereka dalam partinya sendiri.

Ini yang malangnya. Nik Aziz termasuk Hadi Awang dan ulama lain dalam PAS sememangnya  tidak pernah diberi pengiktirafan dari negara Islam berjiran dengan Malaysia untuk beri ceramah politik.

Ini hanya membuktikan bahawa pendapat mereka tentang Islam tidak dihargai, walaupun mereka telah hidup begitu lama dan dikatakan mempunyai pendidikan dalam dalam bidang ugama.

Mana ada universiti yang mahu beri mereka ijazah kedoktoran kehormat?

Dan mana buku dan tulisan mereka yang dikatakan bermutu dan boleh diterjemah ke dalam Bahasa Arab untuk dijual di negara-negara Arab?

Kalau ini telah berlaku lama dulu, saya yakin kedua-dua mereka sudah lama tinggalkan PAS dan bidang politik untuk terlibat dalam bidang ilmuan.

Oleh sebab itu mereka akan terus berada di tampuk kepimpinan PAS sebab mereka tidak boleh pergi ke mana-mana.

Mereka juga tidak mahu ubah sikap sebab sikap yang mereka telah tunjuk itulah yang telah membuat ahli parti PAS sokong mereka.

Tetapi sikap dan lagak mereka serta tindak-tanduk mereka sedikitpun tidak menunjukkan yang mereka itu benar-benar patuh kepada ajaran Islam.

Kalau benar mereka patuh kepada ajaran Islam, kenapa mereka enggan bergabung dengan parti Melayu lain khususnya Umno?

Yang anihnya, PAS lebih selesa dan gembira bergabung dengan parti bukan Melayu lain yang telah terang-terang berkata mereka menentang pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, seperti Malaysia bukan lagi sebuah negara Islam.

Malaysia sudah lama jadi negara Islam.

Tetapi ia bukan negara Islam seperti yang PAS bayangkan.

Malah Kelantanpun bukan sebuah negeri Islam, dengan jalanrayanya yang kotor. Dengan negerinya tidak maju. Ramai anak negeri Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk ke Kuala Lumpur bekerja dengan membuka gerai makan.

Inilah sahaja bidang pekerjaan yang mereka mampu lakukan sebab mereka tidak ada kelayakan akademik yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih dari itu.

Tetapi malangnya, bila pilihanraya umum berlaku, mereka akan balik ke Kelantan dan undi PAS juga walaupun PASlah yang telah menyebabkan mereka terpaksa tinggalkan Kelantan.

Memang ramai rakyat negeri Kelantan tidak dipupuk dengan sikap yang tidak tahu kenang budi.

Oleh sebab itu PAS boleh terus menguasai Kelantan.

Tetapi kedudukan PAS searang goyah. Talkin boleh dibacakan untuknya sebab PAS sudah hampir nazak.

Pemimpin PAS tidak ada apa lagi sebab untuk wujud kecuali untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Islam.

Sudah 54 tahun Merdeka dan PAS masih lagi tidak berjaya menguasai pemikiran kebanyakan orang Melayu.

Yang mereka boleh lakukan ialah untuk memecah-belahkan Melayu di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri dan dengan ini menguntungkan parti lain yang menentang penubuhan negara Islam.

PAS akan menjadi lebih parah kalau Nik Aziz tidak berdaya lagi untuk mengetuai parti ini.

Dia sudah 80 tahun tetapi enggan bersara.

Dia tahu kalau dia bersara, PAS akan hancur. Sebab PAS bukan PAS tanpa Nik Aziz.

Orangpun tidak tahu tahab kepimpinan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, samada dia benar-benar mentadbir Kelantan atau hanya berlagak seperti tunggul.

Sabtu, 17 September 2011

FILEM MELAYU KINI DAN SAUDAGAR MIMPI.

…YANG MELALAIKAN KAUM DAN MENCEMUH UGAMA ISLAM – SATU USAHA YANG AMAT MENGUNTUNGKAN DARI SEGI KEWANGAN.
Oleh Mansor Puteh


Memang tidak dapat dinafikan ada hukum yang berkata, segala apa yang tidak baik itu, sedap dan boleh menguntungkan. Ini tentunya termasuk filem.

Filem-filem Melayu kini yang amat berjaya dipasaran adalah jenis yang tidak baik – seperti filem gangster atau samseng, hantu dan remaja kurang sopan dan tidak bertamaddun yang menolak nilai sosial dan ugama.

Filem-filem seperti ini melalaikan. Ia mencemuh nilai bangsa dan ugama.

Olehsebab itu, ia mengkhayalkan; ia juga menguntungkan penerbitnya.

Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam perusahaan filem tempatan sekarang, filem yang diterbitkan yang amat menguntungkan penerbitnya sahaja, walhal, ia merugikan kaum sendiri dan ugama sendiri.

Peduli apa penerbit seperti ini mahu risaukan tentang kaum dan ugama. Mereka hanya pentingkan keuntungan dan faedah yang mereka boleh memperolehi dari filem-filem mereka yang merosakkan kaum dan mencemuh ugama.

Namun demikian walaupun mereka sudah menerbit dan mengarah begitu banyak filem, tetapi mereka masih terkial-kial tidak tahu bagaimana mereka boleh melangkah ke tahab yang lebih tinggi dan terbit filem yang boleh menarik perhatian mereka di luar negara, khususnya dari pesta filem antarabangsa.

Kesemua mereka akan kecundang. Kerjaya mereka sebagai pengarah filem adalah semata-mata untuk menerbit filem tempatan untuk penonton yang sama.

Dan kalau mereka bernasib baik, mereka boleh menang anugerah itu dan ini dalam Pesta Filem Malaysia sahaja.

Siapa mereka? Mereka adalah saudagar mimpi yang paling kejam.

Malangnya, mereka disanjung oleh kaum dan tidak diendah oleh pemimpin ugama yang tutup dua belah mata dan terus biarkan saudagar mimpi ini bermaharaja-lela terus hidup dalam bayang-bayang kemewahan mereka, semuanya berlaku atas tidak kesedaran tentang ugama dan nilai hidup.

Ini juga disokong oleh kekurangan dalam bidang akademik dan pendidikan formal dalam bidang perfileman yang telah menyebabkan mereka lihat filem itu dari satu sudut sempit, iaitu bagaimana mereka boleh meraih keuntungan dari filem mereka walaupun mereka tahu filem mereka itu memburukkan imej bangsa dan ugama.

Olehsebab itu juga, mereka hanya dapat menghasilkan dua-tiga jenis filem seperti filem hantu, samseng dan remeja songsang.

Mereka juga tidak boleh dapat pengiktirafan dari sarjana filem. Mereka tidak peduli dengan ini.

Mereka juga yang telah menerbit beberapa puluh filem, tetapi tidak satu yang mendapat jemputan ke pesta filem antarabangsa.

Ini juga mereka tidak peduli.

Mereka juga tidak peduli yang mereka akan terus kekal di takuk yang sama dan filem-filem mereka akan terus mencemuh bangsa dan ugama.

Inilah pemikiran dan hasrat si saudagar mimpi yang tidak berhati perut, yang tidak pedulikan kaum dan ugama.

Pandangan orang terhadap bangsa Melayu rendah olehsebab jenis filem yang mereka keluarkan.

Pandangan orang juga rendah kalau ya, orang Melayu itu bangga dengan ugama Islamnya.

Sebabnya ialah filem-filem yang diterbit oleh pengarah filem mereka sebenarnya tidak mencerminkan pegangan mereka yang dikatakan kuat terhadap filem; ada yang boleh dikatakan mengalakkan amalan syrik dan tabiat bukan Islam.

Mana mereka di Jakim dalam hal ini? Mana penceramah ugama yang dikatakan pandai berceramah tentang ugama dalam hal ini? Mana mufti negeri? Mana Majlis Fatwa Negara?

Kenapa mereka semua senyap dan biaran pengarah-pengarah filem terus terbit filem yang mencemuh ugama Islam dengan terang?

Adakah nilai filem yang mereka semua itu mahu tonjolkan mengatasi dari nilai ugama, sama seperti nilai sokan yang dianggap ‘lebih tinggi’ dari nilai ugama sehinggakan mereka itu tidak menentang penglibatan gadis dan wanita Melayu dari terlibat dalam sokan yang mendedah aurat, sehingga mereka kelihatan berbogel?

Mana mereka semua dalam hal ini? 

Rabu, 14 September 2011

TIDAK MUNGKIN PAS BERGABUNG DENGAN UMNO UNTUK PERPADUAN ORANG MELAYU.

…SEBAB PEMIMPIN MEREKA – NIK AZIZ, HADI AWANG DAN MAT SABU DAN YANG LAIN-LAIN AKAN KALAH DALAM PILIHAN PARTI MELAYU BERSATU.
Oleh Mansor Puteh



Kalau Nik Aziz, Hadi Awang dan Mat Sabu khususnya tahu mereka boleh menang dalam pilihan parti Melayu Bersatu kalau PAS dan UMNO bergabung, mereka sudah lama setuju untuk kedua parti itu bergabung.

Masalahnya ialah, mereka tahu yang mereka tidak mungkin boleh menang dalam pilihanraya parti.

Olehsebab itu mereka dan pegawai PAS lain tidak akan setuju untuk bergabung dengan UMNO.

Dan tidak mungkin ahli UMNO yang ada yang mahu pilih mereka sebagai pemimpin parti sebab mereka orang yang tidak ada semangat Melayu dan Islam sebenarnya.

Mereka juga tidak percaya dengan amalan demokrasi. Mereka mahu kekal dalam jawatan yang sedia ada.

Mereka tidak pentingkan perpaduan Melayu; mereka pentingkan kedudukan yang mereka boleh terus dapat selagi ada PAS.

Nik Aziz juga enggan letak jawatan sebagai menteri besar Kelantan walaupun dia sudah uzur dan tidak larat jadi menteri besar, dalam usia 80 tahun. Mungkin dia mahu mati sebagai menteri besar.

Kalau inilah niatnya, maka orang boleh anggap dia tidak pentingkan Kelantan atau PAS atau Melayu dan Islam, tetapi dirinya sendiri.

Dia dan orang lain tidak perlu berdolak-daleh dan anggap orang lain tidak dapat baca fikiran mereka; ia begitu jelas. Mereka hanya pentingkan jawatan dan bukan Islam dan Melayu.

Kalau mereka pentingkan Islam dan Melayu, mereka sudah lama bubarkan PAS dan biar semua ahlinya masuk UMNO dan berganding dengan orang Melayu lain untuk menwujudkan sebuah parti Melayu bersatu.

Dengan cara ini agenda Melayu dan Islam dapat dilaksanakan tanpa sebarang ganguan dari mana-mana pihak bukan Islam dan bukan Melayu.

Tengok sahaja muka dan lagak Mat Sabu, Hadi dan Nik Aziz: Adakah ini wajah orang Melayu yang boleh bawa kaum ke tahab yang membanggakan dalam semua bidang?

Merekapun tidak lagi mendapat pengiktirafan dalam bidang ugama di peringkat antarabangsa. Dan mereka juga tidak memajukan diri sendiri dalam bidang ugama.

Jadi mereka tidak mungkin boleh membantu Melayu dan Islam maju.

Malah, mereka juga tidak sedar bahawa PAS telah ditolak oleh orang Melayu. Sudah 54 tahun Merdeka, PAS masih gagal untuk menyakinkan orang Melayu untuk sokong mereka.

Akhirnya PAS hanya boleh menjadi agen perpecahan orang Melayu dan yang mengelirukan Islam. Mereka lebih sesuai jadi baruah kepada parti bukan-Melayu di Malaysia yang boleh menang kerusi parlimen dan dewan undang negeri.

Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan menunjukkan bahawa PAS akan kalah teruk, dan kemungkinan besar ia akan kalah juga di Kelantan.

Orang di Kelantan harus sedar apa itu PAS dan siapa pemimpin mereka yang tidak lain terdiri dari orang yang telah lama bertenggek pada PAS. Mereka tidak boleh ke mana-mana.

Orang yang gemar menyokong PAS kebanyakannya orang yang telah pencen dan dikalangan mereka yang bekerja sendiri.

Dan cara PAS tarik perhatian mereka ialah dengan mengadakan ceramah setiap hari di seluruh pelusuk rantau negara dengan membincang tentang perkara ditahab yang cetek, sebagai hiburan.

Tidak hairan kalau Mat Sabu boleh tarik perhatian mereka walaupun dia bukan orang yang bijak berpidato, yang tidak pernah dijemput berpidato di luar negara termasuk Indonesia dan Brunei.

Jadi, apa hebatnya dia? Apa hebatnya Hadi? Apa hebatnya Nik Aziz?

Kelantan, dan Kedah adalah negeri-negeri yang teruk. Kelantan negeri kotor. Kelantan negeri mundur.

Kedah pula negeri yang tidak bersemangat. Ia negeri kelahiran Tunku Abdul Rahman. Ia masih belum merdeka dari kejahilan dalam segi pentadbiran negeri oleh PAS.

Menteri Besarnya orang tua yang tidak tahu mentadbir negeri untuk membawa Kedah maju lebih dari apa yang telah Barisan Nasional cuba dulu.

Kedah akan jatuh balik ke Barisan dalam PRU-13.

Ahad, 11 September 2011

MENARA BERKEMBAR WORLD TRADE CENTER DULU – SIMBOL KEHEBATAN AMERIKA YANG AKHIRNYA RUNTUH DALAM SEKELIP MATA.

…APA PELAJARAN YANG BOLEH AMERIKA BELAJAR DARI PERISTIWA INI?
Oleh Mansor Puteh


Bangunan Menara Berkembar World Trade Center di Bandaraya New York dibina dengan mengguna teknik pembinaan yang terkini ketika itu.

Dan kemusnahannya juga telah dilakukan dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa; dengan ia dirempuh oleh dua buah pesawat perdagangan, yang langsung tidak terfikir oleh sesiapa sebelum ini termasuk penulis skrip dan pengarah filem dari Hollywood yang sebelum ini sering menerbit filem dimana bangunan dimusnahkan dengan pelbagai cara.

Pertama kali tiba di Bandaraya New York, orang sudah pasti dapat melihat Menara Berkembar World Trade Center dari semua sudut. Ia tercegat dengan begitu megah dan tinggi di Taman Battery di selatan Pulau Manhattan.

Dan dari sini juga pelawat boleh menaikki feri atau bot untuk ke Pulau Liberty dimana Arca Liberty atau Statue of Liberty terletak.

Dari pulau ini pelawat boleh melihat ke seluruh Pulau Manhattan dengan Menara Berkembar tercacak di selatan pulau itu.

Di bahagian tengah pulau ini pula terletak Empire State Building yang mempunyai reka bentuk yang dianggap kelasik, yang dibina lebih awal dengan ketinggian 82 tingkat, sementara World Trade Center mempunyai 110 tingkat.

Di bahagian bawah Empire State Building ada museum yang menceritakan bagaimana bangunan ini dibina dan serangan atau hempasan pesawat kecil yang telah melanggarnya.

Oleh seba ia kecil pesawat ringan ini tercacak pada tingkap bangunan ini.

Dan ada sebiji batu bata yang juga dipamirkan; dan ia dikatakan batu bata yang tidak sempat diguna untuk membina bangunan ini yang semuanya mempunyai 9,999,999 batu bata semuanya.

Rekabentuk World Trade Center, menara berkembar yang telah mengalih pandangan pelawat ke bandaraya ini kelihatan seperti kotak. Ia tidak ada cirri-ciri yang menarik seperti dua tiang yang tercacak meluru ke langit.  

Yang membuatnya menarik ialah ia 110 tingkat, yang merupakan bangunan paling tinggi di dunia ketika itu.

Dalam tahun 1976 ia telah dibuka setelah lebih lima tahun dalam pembinaan.

Dan saya sempat melihatnya buat pertama kali dalam bulan Ogos, 1978 dulu, dua tahun selepas ia siap dibina.

Saya tidak begitu berminat untuk melawatnya sebab saya ada banyak masa untuk ke sana sebab belajar dua-tiga tahun.

Saya juga percaya ramai penghuni di bandaraya ini yang tidak sempat melawatnya sebab mereka anggap ia akan terus kekal dan mereka yang menetap di situ ada masa untuk melawatnya.

Jadi tidak hairan kalau ramai pelawat ke sana adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandaraya lain di Amerika atau pelancong luar negeri.

Akhirnya, mereka kecundang; menara berkembar ini musnah dan mereka tidak dapat menjejak kaki ke puncak bangunan tersebut.

Tentu semua penghuni bandaraya ini terkejut melihat bagaimana ia boleh runtuh dan musnah dalam abuk di hadapan mata mereka sendiri.

Ia kelihatan seperti dalam filem Hollywood yang gemar memusnahkan bangunan-bangunan penting di Amerika termasuk rumah kediaman rasmi presiden mereka iaitu White House di Washington DC seperti yang dapat dilihat dalam filem ‘Independence Day’.

Ketika itu, pemandangan seperti ini amat melucukan sehinggakan presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton yang menonton filem ini boleh berjenaka tentangnya.

Padanya White House yang dikawal rapi tidak mungkin boleh ranap dengan sedemikian rupa.

Mujur ini tidak berlaku pada 11 September, 2011 dulu, tetapi Menara Berkembar di Bandaraya New York telah ranap, dan ibupejabat Pentagon di Washington DC telah dirempuh dan hampir musnah.

Presiden Amerika ketika itu, George W Bush terpaksa dilarikan dalam pesawat khas, Air Force One menjelajah ke Amerika dengan perjalanannya dilakukan dengan membuat beberapa lencongan untuk mengelak ia dari diserang.

Kesempatan itu akhirnya dimunafaatkan apabila rakan-rakan pelajar Malaysia dari Boston yang mahu melawatnya dalam tahun 1979 dan 1981 bila saya terpaksa menemani mereka.

Ini adalah gambar-gambar di luar dan dalam bangunan ini yang kini sudah tidak ada lagi apabila ia telah musnah ranap pada 11 September, 2001 dulu.

Sesiapapun tidak dapat bayangkan bangunan yang begitu teguh dapat runtuh dan musnah sehingga hilang dari pandangan dalam beberapa saat sahaja.

Saya masih ingat ketika menaikki lif dari tingkat bawah hingga ke tingkat tinjau pada pertama kali ke sana dalam bulan Mac, 1980.

Cuaca sejuk tidak membenarkan pelawat untuk ke puncak bangunan di bumbung. Kesempatan ini saya dapat dalam bulan Ogos, 1981, dalam musim panas bila bahagian bumbung ini dibuka kepada pelawat.

Dan dari sudut tinggi ini saya dapat melihat pemandangan sekelilling Bandaraya New York sehingga ke New Jersey.

Ia kini sudah menjadi suatu pemandangan yang hilang dari pandangan.

Yang tinggal hanya perasaan pihak berkuasa Amerika yang masih berdendam kepada mereka yang dikatakan dalang kepada kemusnahan yang telah mereka lakukan di negara Amerika, yang mana mereka sering anggap sebagai benteng keamanan dan kesejahteraan buat rakyatnya.

Amerika tidak teragak-agak musnahkan negara lain khususnya negara Arab dan Islam demi menjaga kepentingan mereka.

Tetapi Amerika tidak sedar bahawa orang lain juga ada pilihan seperti itu, dan mereka juga ada keupayaan sama untuk menghancurkan kepentingan Amerika di seluruh dunia dan juga di Amerika sendiri

Amerika bukan negara terpencil; ia ada kepentingan di seluruh dunia. Dan dikalangan rakyatnya ada masyarakat Arab dan Islam lain.

Ini yang membuat kerja untuk menjaga keamanan untuk rakyat Amerika sukar, selagi mereka tidak jaga mulut dan kawal sikap pemimpin mereka khususnya dikalangan pihak pelampau dalam kerajaan dan dikalangan kelompok-kelompok tertentu.

Kalau Menara Berkembar itu boleh hancur dan musnah dengan begitu mudah, masakan Amerika juga tidak boleh mengalami kejadian yang sama?

Apa pilihan Amerika? Adakah mereka mahu hidup dalam keadaan aman dengan semua khususnya dengan kaum Arab dan Islam, atau mereka mahu berdegil dan cuba menawan mereka? 

Khamis, 8 September 2011

FILEM NAMEWEE ‘NASI LEMAK 2.0’ – BILA MELAYU JADI KAUM MINORITI DAN BAHASA MANDARI BAHASA RASMI DAN ORANG MELAYU IKUT RENTAK KAUM CINA DAN BAGAIMANA MAT SABU BOLEH HANCURKAN PARTI PAS.

Oleh Mansor Puteh


Saya hanya perlu untuk melihat klip filem Namewee ‘Nasi Lemak 2.0’ untuk dapat baca apa yang mahu diperkatakan oleh pengarahnya.

Filem ini ditayang di pawagam mulai hari ini.

Kononnya ia adalah sebuah filem berbilang kaum yang mahu memupuk perhubungan kaum.

Memang benar, ini yang dapat dilihat dari kacamata kasar.

Orang yang tidak peka akan setuju dengan hasrat pengarahnya dan ia dapat dilihat dengan begitu jelas sekali.

Tetapi kalau seseorang itu lebih peka dan dia boleh kaji apa yang dipersembahkan dalam filem ini, dengan gelagat pelakon berbilang kaum dan bahasa utama yang digunakan, maka orang boleh berfikir dan lihat maksud tersirat dalamnya.

Filem ‘Nasi Lemak 2.0’ sudah semestinya ‘tidak halal’ untuk dimakan oleh orang Melayu khususnya.

Ia memaparkan bayangan seorang pengarah filem yang mendapat pendidikan di Taiwan, bagaimana dimasa depan Malaysia akan didominasi oleh kaum Cina. Dan bahasa Cina akan menjadi bahasa rasmi.

Dan kaum Melayu akan menjadi kaum minoriti dan watak-watak Melayu dalam filem ini yang hanya segelintir, menari ikut rentak pengarahnya.

Ini yang tidak dinyatakan oleh pengarah dalam dialog atau babak, tetapi dapat dibaca oleh pakar filem yang dapat mengkajinya dari sudut lain.

Sebenarnya filem ‘Nasi Lemak 2.0’ beri pengajaran kepada kaum Melayu juga, iaitu kalau Melayu terus berpecah, maka kaum minoriti boleh ambil kesempatan, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti kaum minoriti.

Sebenarnya ini telah lama berlaku di Malaysia dan kaum Melayu yang kononnya kaum majoriti kini lebih bersifat seperti kaum minoriti.

Yang bagusnya, filem ini boleh dilihat dari perspektif sekarang dengan kontroversi dan perbalahan yang dicetus oleh timbalan presiden PAS, Mat Sabu yang sudah mula mengabur mata orang Melayu sendiri.

Mungkin niat dia baik, untuk mencetuskan perbalahan, untuk membantu UMNO dan kaum Melayu bersuara.

Mungkin Mat Sabu lebih baik tinggalkan PAS dan masuk UMNO sahaja sebab tindakannya walaupun pelik tetapi menguntungkan UMNO sebenarnya.

Sebab kalau Mat Sabu mahu ‘hancurkan PAS’ lebih baik dia lakukanny dari luar PAS dan bukan dari dalam PAS itu sendiri dengan bertindak sebagai timbalan presidennya.

Dan orang Melayu nampaknya yang menyangkal dan mengecam sikap Mat Sabu dalam hal ini; sedangkan kebanyakan orang Cina dan India berdiam, kecuali beberapa orang bukan Melayu.

Jadi nampaknya, bukan Melayu di Malaysia setuju dengan pandangan Mat Sabu, walaupun Karpal Singh dan Tunku Abdul Aziz dari Parti DAP tidak setuju dengannya.

Dan filem ‘Nasi Lemak 2.0’ juga beri kesan yang sama, walaupun pemaparannya terhadap watak Melayu boleh dianggap seperti tidak bersemangat, tetapi ia adalah diharapkan dapat membuka mata orang Melayu sendiri.

Iaitu, kalau Melayu terus berpecah, Melayu akan hancur di Tanah Melayu sendiri.

Dan ini boleb berlaku selagi ada Mat Sabu dan PAS dan Melayu tidak menguasai bidang media khususnya filem dan biarkan saudagar mimpi kaum Cina bermaharaja-lela buat filem cemuhkan imej orang Melayu dan Islam dengan menerbit filem hantu, ganster atau samseng dan remaja songsang. 

Sabtu, 3 September 2011

ROCK DAN HEAVY METAL DI MALAYSIA; GAMELAN DI ENGLAND: BUNYI

Oleh Mansor Puteh

Ia pasti sesuatu yang amat pelik, melihat pemuda-pemudi Inggeris di England begitu asyik
bermain muzik gamelan dalam sebuah kumpulan, untuk khalayak tempatan yang rata-rata orang
tempatan keturunan Inggeris.

Mereka berminat untuk memain lagu dan buat persembahan gamelan dan menontonnya.

Dan anak-anak kecil mereka juga dihantar oleh emak dan bapa mereka untuk belajar jenis muzik ini yang telah dibawa datang ke negara mereka, dari jauh – sebuah negara di daerah yang mereka tidak pernah dengarpun sebelum ini, jauh sekali pernah melawatinya.

Mungkin sehingga kini ada diantara mereka yang masih tidak kenal dengan nama ibukota Malaysia. Namun, mereka masih tetap mengalunkan lagu-lagu gamelan yang begitu nyata sekali mempunyai cara yang lain dari muzik barat yang mereka lebih kenal dan serasi.

Lihat sahaja pakaian baju kurung dan Melayu dari kain songket, dengan pemuda Inggeris yang memakai songkok beldu hitam.

Dan teringat saya dengan gelagat anak-anak muda Melayu yang begitu asyik dengan muzik barat seperti ‘heavy metal’, ‘rock’ serta ‘pop’ dan lain-lain.

Kenapa ada persimpangan diantara tabiat dan sikap kumpulan di England dan Malaysia dalam hal ini? Ia sebuah persoalan sejarah, saikologi, maupun sosiologi yang amat menarik kalau ia dapat dijadikan bahan kajian oleh sarjana.

Tetapi buat sementara waktu, biarlah kita terhibur dengan adanya sebuah kumpulan gamelan di tengah-tengah negara England yang terdiri dari sebuah kumpulan pemuda-pemuda Inggeris.

Setakat ini kita cuma hanya dapat lihat gambar-gambar mereka giat bermain muzik dan membuat persembahan gamelan di England.

Tetapi, tidakkah kita mahu bayangkan satu hari kelak kumpulan ini dijemput untuk mengadaan persembahan di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat awam lain seluruh negara.

Kalau ini boleh berlaku, tidakkah ‘tersinggung’ orang Melayu sendiri yang kini asyik dengan jenis muzik barat? Tentu sekali.

Ia satu pengelaman yang pelik yang saya alami semasa dalam lawatan ke Nottingham tidak lama dulu.

Kumpulan gamelan Nusantara di Bandaraya Nottingham telah ditubuhkan lama dulu. Tetapi sehingga ini nama ini tidak dikenali oleh peminat seni tradisional di Malaysia.

Di England, kumpulan ini telah membuat persembahan di merata tempat di bandaraya besar termasuk Kotaraya London sekali.

Dan kumpulan ini unik; ia mempunyai ahli muzik hampir semuanya terdiri dari anak tempatan keturunan Inggeris.

Ketua kumpulan ini ialah Maziah Omar dan suaminya, Alan, seorang pemuda Inggeris. Dia pernah berkhidmat di Balai Senilukis Negara semasa ia terletak di Jalan Hishamuddin dulu selama enam tahun. Dan Maziah pula ketika itu seorang penari kumpulan Komplek Budaya Negara (KBN) yang sering membuat persembahan di seluruh negara dan di luar negara.

Mereka berkahwin dan kini menetap lebih 13 tahun di Nottingham, sebuah bandaraya dua-setengah jam dari London.

Ia bukan sebuah  bandaraya yang terkenal dengan kegiatan seni dan kebudayaan tetapi di sini kedua mereka pilih untuk menubuhkan Kumpulan Nusantara mereka.

Selain dari membuat persembahan gamelan dan tarian tradisional Melayu lain, Maziah juga memberi latihan kepada orang dewasa dan kanak-kanak Inggeris, yang rata-ratanya melihat persembahan gamelan ini sebagai seuatu yang unik dan baru.

Ada diantara pemain muzik dalam kumpulan ini mempunyai latar belakang muzik kelasik Inggeris, jadi tidak hairanlah kalau mereka menyatukan irama kelasik barat dengan gamelan dan beri sebuah persembahan yang memikat.

Sayangnya, kumpulan Nusantara dan jurutarinya, Maziah ini yang sudah bergiat di England sekian lama dan sering dijemput bergabung dengan Pejabat Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia (TM) untuk kempen penggalakan pelancongan Malaysia di England dan Eropah, tetapi mereka tidak pernah diberi peluang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Tentu persembahan oleh sebuah kumpulan gamelan Inggeris seperti Nusantara ini boleh menarik perhatian kepada penonton dan penggemar muzik tradisional di Malaysia.

Lebih dari itu, mereka boleh beri sedikit tunjuk-ajar kepada masyarakat kita yang nampaknya sudah mahu melupakannya.

Mereka boleh beri kesedaran kepada kita tentang apa itu gamelan kepada kita. Dan mereka juga boleh beri sebuah persembahan yang lain dari yang lain.