Khamis, 27 Oktober 2011

BERMULA DARI FILEM HANTU - UGAMA ISLAM DICEMUH OLEH MEREKA YANG TIDAK PEKA DENGAN UGAMA.

…MEREKA  YANG HANYA MAHU MERAIH KEUNTUNGAN DARI KEBENAKAN PENONTON DAN MEDIA YANG MENYOKONG USAHA MEREKA WALAUPUN IA MENGONGKONG NILAI UGAMA ITU SENDIRI.
oleh Mansor Puteh


 …Kenapa pegawai Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan jabatan ugama ‘takut’ kepada pengkarya filem?

Apa yang berlaku dalam industri filem di Malaysia sebenarnya telah berlaku di Amerika dalam tahun 1960an dahulu apabila pengkarya berani mencemuh pegawai lembaga penapisan dan tokoh ugama mereka.

Nilai kesenian dan peranan  pengkarya itu dikatakan oleh mereka di Amerika sebagai lebih diutamakan berbanding dengan nilai ugama.

Oleh sebab itu tokoh ugama di Amerika mengalah dan lama-kelamaan, masyarakat umum juga turut menolak nilai ugama dan akhirnya ugama mereka.

Itulah sebabnya kenapa terdapat banyak gereja lama kini terbiat dengan banyak lain dijuual untuk dijadikan masjid, restoran dan hotel.

Di Malaysia, tidak mungkin masjid akan mengalami masalah yang sama dan ia tidak akan dijadikan restoran atau hotel.

Tetapi yang jelas ialah terdapat banyak masjid yang lenggang pada waktu sembahyang. Ini yang nyata sekali.

Jadi dengan bertambah banyaknya penerbitan filem hantu, keadaan ini akan bertambah teruk lagi; sebab ia akan memupuk pemikiran tolak ugama bila pengkarya filem fikir mereka lebih penting dari tokoh ugama.

Dan yang menyedihkan sekali ialah tokoh ugama sudah mula mengalah. Dan pegawai LPF juga sudah mengaku kalah; mereka takut untuk mengharamkan filem-filem hantu sebab mereka takut mereka akan dicemuh oleh pengkarya filem dan masyarakat yang mahu menontonnya.

Jadi saya hairan kenapa perkara seperti ini berlaku walhal apa yang dibuat oleh pengkarya filem yang ghairah menerbit filem-filem jenis hantu tidak lain untuk meraih keuntungan dengan cara yang mudah.

Dan cara ini sebenarnya adalah cara yang tidak baik. Pembuatan filem-filem hantu tidak sepatutnya digalakkan dan filem seperti ini tidak ditayang di pawagam. Ia harus diharamkan.

Kenapa pegawai Lembaga Pengarah Filem (LPF) dan jabatan ugama takut dengan pengkarya filem?

Berdosakah mereka kalau mereka herdik dan hukum pengkarya filem yang menerbit filem seperti itu?

Kenapa LPF dan jabatan ugama takut dengan mereka?

Ini adalah tanda untuk menunjukkan ugama Islam dicemuh oleh orang Islam sendiri dan pihak berkuasa berpeluk tubuh dan biarkan mereka bermaharaja-lela.

Sebenarnya, bukan sahaja sebab dan tujuan orang Islam buat filem berbeza dengan yang bukan Islam, tetapi cara penghayatannya juga berbeza.

Ia tidak berbeza dengan cara kita makan dengan mereka.

Ada hukum halal dan haram yang harus diambil kira.

Dalam konteks ini, penapisan filem untuk penonton Islam mesti dibahagikan kepada dua sahaja iaitu yang haram dan yang halal.

Di barat ada filem dalam beberapa kategori semuanya akhirnya membenarkan pengarah filem mencemuh budaya dan juga ugama mereka sendiri.

Di Malaysia kini Lembaga Penapisan Filem (LPF) terikut-ikut dengan cara ini dan juga mempunyai kategori atau sijil yang tidak kurang memberi kesan yang sama dengan yang berlaku di barat, khususnya di Amerika.

Pengkarya filem di barat khususny di Amerika cemuh pegawai penapisan filem mereka, termasuk pemimpin ugama dan nilai ugama. Maka oleh sebab itu, mereka membenarkan filem-filem yang mencemuh nilai dan budaya mereka sendiri sehinggakan barat boleh dikatakan tidak dikuasai oleh pemimpin ugama tetapi pemimpin masyarakat yang rata-rata tidak pedulikan nilai dan ugama mereka sendiri.

Itulah sebabnya ugama dikalangan mereka di barat tidak dipentingkan.

Malangnya, Malaysia mendahului negara Islam lain yang mahu ikut cara yang dilakukan di barat dengan membenarkan pengkarya filem untuk mencemuh pemimpin masyarakat dan ugama yang seperti takut dengan mereka.

Dan tidak terkejut pula kalaiu pegawai LPF juga terikut-ikut dengan cara penapisan yang diamalkan di Amerika yang membenarkan semua filem ditayang di pawagam.

Tidak hairanlah kalau di Malaysia kini terdapat banyak pengkarya filem yang tertarik membuat filem hantu yang rata-rata menyanjung 'tokoh-tokoh' yang ditegah oleh ugama.

Tidakkah ini mempengaruhi kepercayaan penonton Melayu terhadap pegangan ugama mereka juga?

Lambat-laun penganut Islam di Malaysia akan didedahkan dengan pelbagai unsur anti-ugama seperti yang dapat dilihat dalam filem seperti itu dan ini hanyalah permulaannya.

Tentu untuk pengarah filem mencemuh ugama secara terang-terang adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Jadi mereka melakukannya dengan pelahan-lahan.

Mereka tidak akan berhenti dengan membuat filem hantu. Mereka akan meningkatkan tahab mereka dengan menunjukan babak anak muda Melayu minum arak, berpoya-poya dalam kelab malam (Seperti yang dilihat dalam filem 'KLIP 3G ' dan lain-lain termasuk siri drama televisyen siaran Ntv7, iaitu 'The Kitchen Musical' dimana watak-watak bekerja dalam sebuah restoran mewah. Mereka hidangkan masakan tidak halal dengan asyik berbincang tentang wain dan minuman keras.

Dan tidak hairanlah kalau Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang membenarkan pengarahnya membuat filem hantu, berbanding dengan negara-negara Islam lain yang mencegahnya.

Tidaklah hairan kalau Malaysia dicemuh oleh pengkarya fllem dan negara Islam lain kerana takut dengan kerenah pengarah filem mereka yang boleh menguasai pegawai penapisan filem dan jabatan ugama Islam sendiri.

Isnin, 24 Oktober 2011

TUNJUK PERASAAN DI DEPAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA: MANA KESAN ISWAMI DAN DMDI?

…PEMIMPIN MALAYSIA DAN INDONESIA MASIH BENGGANG TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.
Oleh Mansor Puteh


(NOTA: Tiap kali anak gampang Laskar Merah-Putih (LMP) atau mana-mana kumpulan anak gampang buat kecoh di hadapan bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta, ada sahaja malapetaka berlaku di Indonesia dalam bentuk gempa bumi atau banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta-benda dan nyawa.

Kali ini ia berlaku dengan gempa bumi berlaku di Bali pada hari LMP buat kecoh lagi di Jakarta pada 13 Oktober, 2011.

Tidakkah mereka semua sedar bahawa bencana boleh berlaku dengan serta-merta kalau mereka ambil tindakan bodoh?

Tidakkah mereka juga tahu tanpa Malaysia, ramai rakyat Indonesia tidak akan dapat peluang bekerja dengan mendapat gaji lumayan sehinggakan mereka boleh membeli harta di kampung mereka sendiri?

Tidakah LMP juga tahu betapa ramainya rakyat Indonesia yang mahu terus menetap di Malaysia dn ramai lagi yang hanya boleh bermimpi untuk dapat peluang datang ke Malaysia bekerja dan tinggal?

Jadi kenyataan seorang pegawai di kedutaan besar di Malaysia yang berkata rakyat Indonesia kini tidak berminat untuk datang dan bekerja di Malaysia adalah satu penipuan sahaja.)

Kenapa mentaliti anak-anak gampang LMP begitu rendah sekali? Mereka bertindak tidak ikut akal maupun perasaan. Sebab mereka tidak ada akal dan perasaan.

Sebenarnya apa yang berlaku di depan kedutaan besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini adalah satu tamparan kepada mereka dan seluruh rakyat Indonesia.

Ia adalah juga tamparan kepada pemerintah mereka, khususnya presiden mereka.

Dan ia adalah juga tamparan besar kepada Iswami dan Dunia Melayu/Dunia Islam (DMDI) dan pemimpin di kedua buah negara – Malaysia dan Indonesia.

Sebenarnya apa yang berlaku baru-baru ini adalah lanjutan dari apa yang pernah berlaku, yang tidak diselesaikan oleh kedua buah pihak.

Sebenarnya, ia adalah kuasa sebenarnya di Indonesia – puak penyangak yang menguasai pemerintah Indonesia yang menyingkirkan presiden dan kuasa yang ada padanya.

Laskar Merah-Putih lebih berkuasa; mereka lebih pakar; mereka serba tahu tentang undang-undang dan segalannya.

Presiden Indonesia dan kabinetnya hanyalah boneka.

Seperti Indonesia tidak ada pemimpin; yang ada hanya LMP sahaja, yang begitu berani bertindak luar undang-undang.

Di Indonesia sebenarnya tidak ada kebebasan; yang ada hanya kekecohan.

Indonesia tidak ada peraturan; tidak ada undang-undang. Orang awam atau sesiapapun boleh ambil tindakan sesuka hati, seperti yang ditunjukkan oleh LMP.

Polis di Jakarta hanya ada kuasa untuk memerhati sahaja. Presidennya hanya boleh toleh ke arah lain. Dia tidak tahu apa yang dia boleh lakukan.

Tetapi yang lebih sedihanya ialah Iswami yang mengaku mewakilli syarikat akhbar di Malaysia dan Indonesia. Ia ditubuhkan dengan niat yang baik.

Tetapi dengan ada niat sahaja tetapi tidak ada otakpun tak guna.

Ternyata sekali hasrat dan niat Iswami tidak berjaya mengelak perbalahan daripada berlaku di Indonesia.

Sebabnya ialah perbalahan dan tunjuk perasaan seperti ini tidak mungkin berlaku di luar keduataan besar Indonesia di Jalan Ampang.

Orang Malaysia tidak akan berbuat seperti orang LMP.

Di Malaysia juga ada dua juta pekerja dari Indonesia yang mencari makan. Mereka juga berdiam.

Yang membuat bising adalah orang LMP yang mungkin tidak dapat datang ke Malaysia untuk bekerja. Dan mereka rasa iri terdapat ramai rakan mereka yang berada di Malaysia hidup mewah dan mereka balik ke kampung dengan membawa kekayaan yang mereka memperolehi dari Malaysia.

DMDI juga amat mengeciwakan. Ia adalah satu pertubuhan yang bear dengan hasrat yang tidak kurang besar.

Tetapi malangnya, apa sahaja yang telah mereka lakukan?

DMDI ada terlalu penting diri atau ‘self-centered’ sama seperti Iswami yang percaya dan yakin dengan kewujudan mereka, perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia akan tenang.

Tetapi ini tidak berlaku.

Sebabnya ialah Iswami dan DMDI hanya sibuk dengan acara kecil yang melibatkan usahawan dan pemimpin di tahab kebangsaan.

Mereka tidak kenal dengan rakyat di Indonesia yang boleh mencetuskan perbalahan. Mereka tidak menjemput wakil dari LMP dan pihak pelampau lain di Indonesia untuk bersemuka dengan mereka.

Iswami dan DMDI adakan acara besar-besaran di hotel. Pegawainya menginap di hotel mewah. Mereka bergaul sesama sendiri dan dapat liputan meluas.

LMP tidak kenal dan pedulikan mereka. Mereka ada agenda sendiri. Dan sekali-sekala mereka ambil tindakan.

Tempat yang palin mereka suka sekali ialah di luar keduataan besar Malaysia di Jakarta.

Dan yang memberi liputan meluas adalah ahli dalam persatuan Iswami.

Tidakkah boleh akhbar biarkan mereka menempek dan jangan siar sebarang beirita dalam akhbar dan di televisyen?

Kalau ini boleh dilakukan, sudah pasti LMP akan hilang taringnya, sebab mereka hanya mahu menempek kalau ia dilapor dalam media.

Jumaat, 21 Oktober 2011

MEDIA CINA DAN INDIA BOIKOT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU

Oleh Mansor Puteh


Saya rasa terkilan dan juga terkejut melihat akhbar Cina dan India di Malaysia tidak pernah membuat liputan tentang kegiatan seni dan kebudayaan Melayu seperti filem, muzik, drama pentas dan televisyen.

Adakah ini sengaja diadakan atau tidak?

Dan tidakkah ini juga boleh mencetuskan perbalahan diantara kaum Melayu dan bukan Melayu, kalau pembaca dan masyarakat Cina dan India tidak didedahkan kepada kebudayaan dan kesenian Melayu yang menjadi teras kepada pembentukan kebudayaan dan Bangsa Malaysia seperti yang sering dilaung-laungkan oleh ramai pemimpin bukan Melayu sendiri.

Yang anehnya ialah akhbar bukan Melayu ini lebih cenderung untuk mempromosi kebudayaan dan kesenian dari Hong Kong, Taiwan, Neger Cina dan India sahaja.

Tidakkah ini akan menyebabkan jurang pemikiran dan kebudayaan diantara orang Melayu dan bukan Melayu?

Ini mungkin salah satu punca berlakunya polarisasi kaum di negara sekarang.

Dan perhatikan Malam Seri Angkasa yang bakal diadakan hujung minggu ini; saya tidak yakin akhbar Cina dan India akan membuat liputan.

Mereka lebih cenderung untuk mempromosi apa yang berlaku dalam perusahaan filem dan televisyen dan muzik di negara Cina dan India sahaja.

Sudah tiba masanya Kementerian Dalam Negeri memberi arahan supaya mereka kurang mempromosi budaya asing dan mula mempromosi kebudayaan sendiri.

Dalam konteks ini saya ingin menyeru akhbar dan majalah Melayu tidak mempromosi kebudayaan dan kesenian dari Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina dan India sebab ia tidak menguntungan pemikiran pembaca dan masyarakat Melayu.

Isnin, 17 Oktober 2011

SEJARAH ISLAM DAN MELAYU MASIH TENGGELAM DI MELAKA.

Oleh Mansor Puteh


Sudahkah Melaka ‘merdeka’ dari penjajahan Portugis dan Belanda?

Tentu soalan seperti ini tidak tergerak ditanya oleh kita, lebih-lebih lagi untuk orang dari Melaka. Tetapi ia harus ditanya.

Ada beberapa petanda yang membuktikan bahawa Melaka masih terus ‘dijajah’ oleh Portugis dan Belanda.

Walaupun Melaka sudah lama mengusir Portugis dan Belanda tetapi kita masih lagi ‘bertunduk’ dan ‘berbanga’ dengan mereka.

Cuba lihat penekanan yang dibuat oleh kerajaan negeri Melaka yang seperti bersikap sedemikian. Semua sejarah silam Melaka seperti bermula dari Portugis dan Belanda.

Ini tidak benar sama-sekali.

Melaka telah lama wujud sebelum Portugis dan Belanda datang. Melaka telah dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 Mesihi atau 802 Hijiriah bersamaan dengan ‘tahun naga’ dalam kalendar Cina.

Itulah sebabnya kenapa maharajah Cina gerun dengan Parameswara dan Melaka sebab mereka kuatir Melaka boleh halang jongkong mereka dari mengguna Selat Melaka.

Melaka hebat - itulah sebabnya kenapa seluruh selat di hadapannya di panggil Selat Melaka dan tidak Selat Sumatera atau Selat Kedah yang dikatakan mempunyai kerajaan bukan Islam yang lebih lama.

Sebagai seorang yang berasal dari Melaka yang pernah membuat kajian menyeluruh tentang sejarah silam Melaka saya terkilan dengan sikap kerajaan Melaka yang telah mengenepikan tentang peranan Islam dan Melayu dalam sejarahnya sendiri dan tonjolkan sejarah Portugis dan Belanda.

Malah tanpa Portugis dan Belanda Melaka masih mempunyai sistem kerajaan Melayu-Islamnya sehingga sekarang.

Oleh itu saya harap kerajaan Melaka akan cuba untuk membuat sesuatu untuk menggembalikan kegemilangan sejarah Islam dan Melayu di Melaka seperti yang telah dilakukan oleh bekas ketua menteri Melaka dahulu iaitu Datuk Abdul Rahim Thambychik (kini Tan Sri) yang telah membina replika istana Sultan Mahmud Shah di kaki Bukit St Paul.

Tanpa replika istana ini seluruh kawasan atau daerah sejarah di Melaka di Jalan Parameswara akan dikuasai oleh pengaruh Portugis dan Belanda.

Kerajaan Melaka mesti bina sebuah replika istana Sultan Mahmud Shah pula disamping replika mesjid pertama yang telah didirikan oleh Parameswara sebaik sahaja dia masuk Islam dengan mengambil nama Megat Iskandar Shah dalam tahun 1414 dahulu.

Mesjid ini telah dibakar oleh Portugis dalam tahun 1511. Mereka telah juga membakar istana Parameswara yang terletak di puncak Bukit Melaka - yang dipanggi mereka Bukit St Paul.

Nama Bukit St Paul dan Bukit St John juga mesti ditukar ke nama Melayu iaitu Bukit Pahang dan Bukit Perak sempena nama negeri di mana waris Sultan Mahmud Shah yang juga dikenali dengan nama Almarhum Kampar telah dihantar untuk menjadi rajanya.

Dan replika mesjid itu amat diperlukan supaya ia boleh dijadikan tempat beribadah pelancong berugama Islam yang sedikitpun tidak mempunyai tempat untuk bersembahyang.

Ramai peniaga Melayu yang membuka gerai di kawasan itu mengeluh sebab mereka tidak mempunyi surau di situ.

Tetapi yang lebih pentingnya ialah seluruh daerah sejarah di Jalan Parameswara itu harus ditukar dari mempunyai pengaruh penjajah Portugis dan Belanda kepada pengaruh Islam dan Melayu. Sebab tanpa Islam dan Melayu, maka Melaka tidak wujud.

Dan inilah sebenarnya bagaimana sejarah Melaka harus diceritakan kepada umum dan pelancong dari luar negeri - Melaka sebagai benteng yang telah berjaya menahan perkembangan dan pengaruh Portugis ke seluruh Nusantara Melayu.

Tanpa kejaguhan perwira Melayu di Melaka Portugis sudah lama dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara Melayu.

Melaka boleh dianggap sebagai Palestin yang telah berjaya menahan penyebaran pengaruh Zionis di Timur Tengah sehingga kini. Tanpa ketahanan Palestin, seluruh Timur Tengah sudah lama diambil alih oleh kuasa Zionis.

Melaka telah menahan Portugis dan Palestin telah berjaya menahan Zionis.

Dan adalah juga penting untuk kerajaan Melaka membina sebuah replika istana asal Parameswara dimana dia menetap secara rasmi iaitu di Hulu Bertam.

Ramai tidak sedar bahawa Parameswara tidak tinggal di istananya di Bukit Melaka tetapi di Hulu Bertam. Sebabnya ialah dia rasa lebih selamat tinggal di kawasan pendalaman supaya musuhnya tidak dapat menyerangnya di situ.

Sudah tiba masanya sejarah Melaka yang gemilang itu diceritakan dari sudut yang baru dan ia bukan oleh sebab pengaruh Portugis dan Belanda yang rata-rata penjajah.

Sejarah silam Melaka ialah tentang kehebatan orang Melaka menahan kesemarakan dan pengaruh penjajah Portugis yang mahu melenyapkan ugama Islam dan musnahkan Bangsa Melayu di Nusantara Melayu. Mereka gagal.Dan berkiatan dengan hasrat kerajaan Melaka untuk membina menara di muar Sungai Melaka, saya amat mengalu-alukanya. 

Jumaat, 14 Oktober 2011

PAK KUNTOWIJOYO – BUDAYAWAN DAN INTELEKTUAL TERKENAL DI

Oleh Mansor Puteh


Berita tentang kematian budayawan ulung di Indonesia, Kuntowijoyo 22 Februari, 2006 dulu
amat mengejutkan saya. Ia telah disampaikan dengan emel oleh seorang rakan baik saya di
Bandaraya New York, Saudara Achyar, teman kami di sana yang telah terus menetap di Pulau
Roosevelt di bandaraya itu sehingga sekarang.

Saya terkenang kunjungan saya ke rumah Pak Kunto dalam bulan Jun lalu dimana saya sempat bersua dengan beliau dan isteri dan anak sulung lelaki dan isterinya.

Ini kali kedua saya bertemu dengan beliau di rumah sendiri. Kali pertama ialah tujuh tahun sebelumnya dalam tahun 1997 bila saya menjelajah seluruh Pulau Jawa dari Jakarta ke Bali. Saya berkunjung ke rumah beliau dalam tahun 2004 lalu bila saya membuat lawatan darat dari Medan ke Bali dan balik ke Pekan Baru.

Keadaan Pak Kunto dalam lawatan kedua saya menunjukkan tubuh badan beliau sudah agak gempal dan beliau kelihatan sihat. Saya tidak sangka sama sekali lapan bulan kemudian, beliau sudah tiada. Dan hasrat saya untuk bertemu beliau di Jogjakarta buat kali ketiga di masa terdekat ini juga tidak kesampaian.

Saya cuma dapat rasa gembira menerima dua naskah novel beliau berjudul, ‘Mantara Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’yang belum sempat saya baca semuanya sebab saya sibuk dengan kerja penulisan dan vidio sendiri.

Malah karangan ini yang telah saya mulakan Julai lalu juga belum siap sehingga sekarang, bila saya rasa lebih tergerak untuk menyiapkannya.

Saya juga buka komputer dan lihat gambar-gambar beliau sekeluarga semasa mereka mahu berangkat tinggalkan Bandaraya New York setelah beliau tamat pengajiannya dalam musim panas 1980 dulu.

Ketika itu saya tidak sedar orang yang saya kenali semasa saya menuntut di Universiti Columbia itu bakal menjadi seorang penulis novel terkenal di Indonesia. Dia pendiam dan tidak pernah bercakap; langsung tidak tentang novel maupun bidang yang dia kaji semasa dia menuntut di Universitas Gajah Mada (UGM) atau di Universiti Connecticut di America dan sekarang untuk ijazah kedoktorannya.

Memang penuntut yang sedang belajar dan membuat kajian peribadi jarang mahu bercakap atau berbicang tentangnya dengan sesiapa termasuk rakan-rakan satu jabatan dan universiti, kecuali dengan pensyarah yang mengawasi kerjanya.

Kami bertemu pertama kali dalam musim panas tahun 1978 dahulu di Earl Hall. Di sinilah di mana pelajar dan pensyarah dan orang ramai berugama Islam dari seluruh dunia adakan upcara ugama termasuk sembahyang Jumaat.

Di sini juga terletaknya pejabat Persatuan Penuntut Muslim atau Muslims Students Association (MSA). Ia bersebelahan dengan pejabat  Persatuan Penuntut Yahudi di universiti ini.

Namun demikian kami tidak pernah berbalah walaupun beberapa kali kami bersembahyang di koridor di luar pejabat dan seorang rakan melaungkan azan dengan kuat. Mereka keluar dari bilik untuk melihat kalau-kalau orang yang melaungkan azan itu berada dalam kecemasan. 

Kuntojoyo datang bersama beberapa orang Indonesia lain termasuk Achyar yang berasal dari Medan di Sumatera untuk bersembahyang. Dan di Earl Hall inilah dimana kami bertemu.

Earl Hall terletak di hadapan sekolah saya di Dodge Hall di mana saya belajar ketika itu.

Sehingga Kuntojoyo pulang ke Indonesia dalam tahun 1980 saya jarang bercakap dengannya. Dia pendiam dan saya juga pendiam.

Mujur isterinya yang bernama Susilaningsih seorang yang amat peramah. Maklumlah dia seorang pakar bidang psikologi dan bukan suri rumah tangga biasa.

Kuntojoyo ketika itu mengambil ijazah kedoktorannya di Teacher’s College sementara isterinya mengambil kursus sarjana bidang psikologi di sebuah universiti lain iaitu Hunter College di City University di selatan Pulau Manhattan.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Punang ketika itu. Dia tidak bersekolah sehingga dia sekeluarga pulang.

Sekali-sekala saya berkunjung ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari kampus untuk makan masakan Jawa seperti gudeg.

Dalam tahun 1997 saya kembali ke Indonesia dalam perjalanan dari Jakarta ke Bali dan sempat bertemu dengan Kuntojoyo sekeluarga. Sudah tujuh-belas tahun kami tidak bertemu.

Mujur pemandu teksi di stesen keretapi di Jogjakarta kenal dengan nama Pak Kunto. Ini adalah satu petanda yang baik; ramai orang kenal dengan dia. Tetapi saya syak ia bukan disebab dia seorang profesor di Universitas Gajah Madah, sebab tentu ada ramai profesor yang mengajar di situ yang mereka tidak kenal.

Syak saya akhirnya terjawab apabila seorang beritau dia adalah seorang penulis novel atau novelis terkenal di Jogjakarta dan di Indonesia. Karyanya telah menang banyak hadiah.

Ya, dia memang seorang yang terkenal. Cuma saya sahaja yang belum sedar tentang kehebatanny ketika itu. Semasa di Amerika kami langsung tidak bercakap tentang bidang penulisan novel. Saya cuma fikir dia seorang pakar sejarah dan langsung tidak sangka dia juga novelis. Ketika itu saya terkial-kial belajar menulis skrip dalam semester pertama dan belum kenal dengan pembentukan cerita, watak maupun tema.

Walhal Pak Kunto sudah menghasilkan banyak buku dalam bentuk novel dan ilmiah lain.

Seorang pemandu teksi di stesen keretapi Jogjakarta dapatkan untuk saya nombor talipon dan alamat Kuntojoyo dari buku panduan dan saya terus menghubunginya. Punang yang jawab panggilan. Dia masih kenal dengan saya sebaik sahaja saya sebut nama saya, walhal semasa di Bandaraya New York dulu, dia masih kecil. Saya tidak pernah bercakap dengannya. Dia juga seperti bapanya, seorang pendiam.

Saya tidak sedar yang dia kini mempunyai seorang adik lelaki bernama Alun berusia sebelas tahun.

Mungkin ketika itu Punang masih kecil. Dia lebih bergaul dengan kanak-kanak sebaya dengannya di Earl Hall dan di mana-mana kami bertemu termasuk di pejabat Konsul-Jeneral Indonesia.

‘Dari Columbia?’ Tanya Punang bila saya beritau nama saya walaupun setelah tujuh-belas tahun dia tidak mendengar suara saya atau bertemu dengan saya.

Dulu dia berusia tidak lebih enam tahun dan sekarang dia sudah berusia dua-puluh-tiga tahun. Inilah kali pertama saya mendengar suaranya, tetapi ia bukan suara seorang kanak-kanak enam tahun tetapi pemuda berusia dua-puluh-tiga tahun.

Punang beritau emaknyanya yang saya menalipon dan berikan ganggang. Kami bercakap. Susilaningsih atau Ibu Kunto beritau bahawa suaminya mengidap penyahit yang tidak membenarkan dia bercakap lama. Dan biasanya dia tidak menjawab panggilan talipon.

Tetapi oleh sebab saya yang menalipon dia ambil ganggang dan bercakap dengan saya.

Keesokan hari, saya dapatkan teksi dari Jalan Malioboro dekat hotel saya dan pergi ke rumahnya di daerah Slamen. Perjalanan mengambil dua-puluh minit.

Memang benar, Pak Kunto kini agak uzur tetapi dia masih sedar dan boleh berfikir dengan baik. Menurut isterinya, mujur dia sempat mendapat rawatan rapi dengan segera, kalau tidak keadaannya pasti akan menjadi parah lagi.

Saya tidak duduk lama di sini dan Punang bawa saya dalam keretanya balik ke hotel. Dia sudah besar sekarang dan lebih tinggi dan lampai dari bapanya. Dan dia seorang yang bijak; masih menuntut.

2004. Saya datang ke Jogjakarta sekali lagi. Ini kali ketiga saya berada di sini. Saya terus dapatkan nombor talipon dan alamat Pak Kunto dari buku panduan di hotel dan terus menaliponnya. Mereka tidak ada di rumah, kata pembantu rumah, seorang wanita tempatan.

Mereka akan pulang lewat malam, katanya lagi.

Tepat pukul lapan, saya menalipon dan berjaya bercakap dengan Ibu Kunto. Saya beritaunya yang saya mahu datang keesokan hari sebab hari itu sudah lewat. Saya mahu ke Borobudur untuk buat rakaman vidio di situ pada pagi hari. Saya mahu ke rumah mereka di Slamen lewat petang bila dia sudah balik dari kampus.

Teksi bawa saya dari Jalan Malioboro selepas saya makan di sebuah rumah makan Padang di situ. Perjalanan mengambil dua-puluh minit juga. Tetapi kali ini pemandunya sesat. Dia bawa saya ke rumah Amien Rais yang terletak di kawasan itu. Dari situ dia bertanya dari beberapa orang di mana rumah Pak Kunto dan bawa saya ke sana.

Saya tidak sedar bahawa rumah Pak Kunto terletak tidak jauh dari rumah Calon Presiden atau dipanggil dengan singkatan’capres’ Amien Rais. Patutlah terdapat ramai anggota keselamatan berkawal di rumah itu. Tidak jauh dari rumah ini ialah sekolah ugama yang dijalankan oleh emaknya.

Singkatan untuk calon wakil presiden ialah ‘cawapres’.

Ibu Kunto jemput saya masuk ke dalam rumah dan sebentar kemudian anaknya, Punang keluar dan salam tangan. Dia sudah bernikah dengan seorang gadis tempatan bernama Retani. Punang baru pulang dari melanjutkan pelajarannya dalam bidang teknologi maklumat di Australia.

Dia enggan pergi ke Amerika seperti bapanya sebab keadaan di negara itu sudah banyak berubah; ia tidak seperti dahulu semasa dia menetap selama tiga tahun di sana bersama keluarganya.

Sebentar lagi Pak Kunto berjalan masuk ke ruang tamu.

Kami duduk lebih setengah jam untuk bercakap tentang perkara biasa. Isterinya beri saya hadiah dua buah novel karya Pak Kunto berjudul, ‘Mantra Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’. Novel yang awal itu telah memenangi anugerah Mastera dan beliau telah datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil hadiahnya.

Semuanya, beliau telah menghasilkan tiga-puluh-dua karya termasuk buku ilmiah, anthologi dan novel dengan memenangi sebanyak sembilan anugerah dan sembilan penghargaan dari Indonesia dan di luar negeri.

Dan dalam masa itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah tamu di beberapa buah universiti di Amerika dan Filipina disamping dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam forum di universiti lain.

Walaupun dalam keadaan uzur akibat serangan virus semasa beliau berada di Australia, Pak Kunto masih menulis dan memegang jawatan di Universitas Gajah Mada. Dia menulis dengan mengguna satu jari sahaja.

Pendidikan:

1950-1956 SRN, Ngawonggo, Klaten
1956-1956 Madrassah, Ngawonggo, Klaten
1956-1959 SMP 1, Klaten
1959-1962 SMA II, Solo 1962-1969 Jurusan Sejarah, UGM 1973-1974 The Univerity of Connecticut, USA (M.A., American History)
1975-1980 Columbia University, USA (Ph.D., IImu Sejarah)
Pekerjaan:

1965-1970, asisten Jurusan Sejarah UGM 1970-sekarang, dosen Jurusan sejarah UGM
1973-1980, tugas belajar.
1984 (September-Desember), dosen tamu Universitas Filipina Juni-Agustus 1985, dosen tamu Universitas Michigan

Penerbitan non-fiksi:
1. Dinamika Sejarah Umat Islam, 1985
2. Budaya dan Masyarakat, 1987
3. Paradigma Islam: Interpretasi untuk Aksi, 1991.
4. Radikalisasi Petani, 1993
5. Metodologi Sejarah, 1994
6. Demokrasi & Budaya Birokrasi, 1994
7. Pengantar Ilmu Sejarah, 1995
8. Identitas Politik Umat Islam, 1997
9. Muslim Tanpa Masjid: Esai-Esai Agama, Budaya, dan Politik dalam
    Bingkai Strukturalisme Transendental, 2001

Penerbitan Puisi:

1. Suluk Awang-Uwung, 1975
2. Isyarat, 1976
3. Makrifat Daun, Daun Makrifat, 1995

Penerbitan Fiksi:

1. Kereta Api yang Berangkat Pagi Hari, novel, 1966
2. Khotbah di Atas Bukit, novel, 1976.
3. Dilarang Mencintai Bunga-Bunga, cerpen, 1992.
4. Pasar, novel, 1994
5. Impian Amerika, novel, 1998
6. Hampir sebuah Subversi, cerpen, 1999
7. Mengusir Matahari, fabel, 1999
8. Mantra Pejinak Ular, novel, 2000
9. Topeng Kayu, drama, 2001
10. Wasirin & Satinah, 2002

Hadiah:

1. BPTNI (Badan Pembina Teater Nasional Indonesia), naskah drama "Rumput-Rumput Danau Bento", 1968
2. Majalah Sastra, cecpen "Dilarang Mencintai Bunga-Bunga", 1968
3. Dewan Kesenian Jakarta, naskah drama "Tidak Ada Waktu bagi 
    Nyonya Fatmah, Barda, dan Cartas", 1972
4. Panitia Hari Buku Internasional, novel," Pasar", 1972
5. Dewan Kesenian Jakarta, drama, "Topeng Kayu", 1973
6. Harian KOMPAS, cerpen "Laki-Laki yang Kawin dengan Peri" 1995
7. Harian KOMPAS, cerpen, "Pistol Perdamaian", 1996
8. Harian KOMPAS, cerpen, "Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan",
    1997

Penghargaan:

1.   Penghargaan Sastra Indonesia dari Pemda DIY, 1986
2.   Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
      Pengem­bangan Bahasa untuk kumpulan cerpen Dilarang Mencintai
Bunga-Bunga, 1994
3.   Penghargaan Kebudayaan ICMI, 1995
4.   Asean Award on Culture, 1997
5.   Satya Lancana Kebudayaan RI,  1997
6.   Mizan Award, 1998
7.   Kalyanakretya Utama untuk Teknologi Sastra dari Menristek, 1999
8.   S.E.A. Write Award dari Pemerintah Thailand, 1999
9.  Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
     Pengem­bangan Bahasa, 1999.
10. 2002, Anugerah Mastera, Kuala Lumpur untuk novel ‘Mantra
      Pejinak Ular’.

Selasa, 11 Oktober 2011

KALAMAZOO, MICHIGAN:

Oleh Mansor Puteh



Kalamazoo merupakan mukim atau ‘county’ kelima terbesar di negeri Michigan di Amerika Syarikat dengan  seramai suku juta orang penduduk. Pekan terbesar dalam daerah ini pula ialah Kalamazoo. Ia mempunyai lapan-puluh ribu penduduk.

Dan di sini juga terletak sebuah universiti terbesar di situ iaitu Western Michigan University (Universiti Michigan Barat) atau dengan singkatan ‘WKU’ yang juga mempunyai kampus cawangan di beberapa buah pekan lain di seluruh daerah ini. Ia mengambil nama kaum India Amerika atau Potawatomi yang rata-rata menduduki kawasan ini zaman lama dulu.

Nama Potawatomi yang pada asalnya disebut dengan nama ‘KiKalamazoo’ ini bermakna ‘air panas dalam teko’ atau ‘tempat di mana terdapat air panas dalam teko.’

Nama yang agak panjang itu telah disingkatkan oleh orang putih Amerika dengan memanggilnya Kalamazoo sahaja.

Ia terletak empat-puluh-lima minit dari Tasik Michigan, dan dihubungi dengan tasik itu oleh Sungai Kalamazoo. Ia mula dibuka dalam tahun 1830 oleh pendatang keturunan Belanda dari Bandaraya yang mahu mencari kawasan luas yang belum diterokai untuk memulakan penghidupan baru mereka disamping untuk mencari tempat kediaman yang baru berbanding dengan Bandaraya York Baru yang sudah menunjukkan kesesakan.
           
Kalamazoo mengambil nama dari air dalam Sungai Kalamazoo yang mempunyi batu-batu, yang mana telah membuat air yang mengalir seperti mendidih. Sungai ini mengalir melalui pekan ini. Sementara pekan yang kedua penting di dalam daerah Kalamazoo ini ialah Battle Creek.

Ia diberi nama sedemikian oleh sebab terdapat perbalahan diantara kaum Potawatomi dengan dua orang jurukur tanah orang putih yang berlaku di tebing sungai ini. Sementara pekan Portage terletak di persimpangan jalanraya dan sungai yang menghubungi Sungai St. Joseph.

Kawasan ini yang terdapat banyak sungai, tasik dan paya telah menarik ramai orang dari Pantai Timur untuk datang ke sini untuk menerokanya, yang mana sebelum ini tidak disukai oleh mereka oleh sebab ia kawasan yang tidak sempurna untuk dijadikan tanah pertanian.

Peneroka balak dan kulit haiwan merupakan peneroka pertama yang berani datang ke sini untuk mengaup keuntungan. Kemudian itu, mereka diikuti pula dengan masyarakat Belanda yang menjadi kaya-raya dengan menanam sayur-sayuran dengan mengeringkan tanah paya di Kalamazoo dan Portage untuk bercucuk tanam.

Kaum Potawatomi yang tinggal di sini telah meninggalkan kilang tanah liat mereka yang kini disimpan di Taman Bronson di Kalamazoo. Selain dari kaum Potawatomi, terdapat juga kaum India Amerika lain seperti Sioux, Mascoutin dan Miami yang telah membuka perkampungan mereka di kawasan yang kini terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kalamazoo/Battle Creek. Mereka telah menyerahkan tanah itu kepada kerajaan Amerika dalam tahun 1827.

Apabila Terusan Suez di Mesir telah dibuka dalam tahun 1825 lalu, perjalanan ke Michigan menjadi lebih mudah untuk kaum peneroka di Kalamazoo.

Dan tidak lama kemudian ramai orang dari luar kawasan ini terdengar dengan kehebatan Kalamazoo dan mereka berduyun-duyun datang ke sini untuk mencari sara hidup disamping kehidupan yang selesa.

Kalamazoo dan Battle Creek telah mula didiami oleh orang dalam tahun 1830, tetapi Portage kebelakangan sedikit dan tidak didatangi oleh orang putih, oleh sebab di sini masih terdapat kaum India Amerika, sementara tanah di sini berpaya dan terdapat nyamuk malaria yang merbahaya kepada kesihatan orang. Cuma mereka yang benar-benar gagah sahaja yang berani pergi ke Portage untuk membuka kilang papan di persisiran Portage Creek, disamping mendirikan rumah dan gedung untuk menyimpan kambing biri-biri untuk mendapatkan kulit yang boleh diguna untuk membuat pakaian musim sejuk. Mereka juga menanam jagung, gandum, kentang dan barli sementara peneroka di Battle Creek dan Kalamazoo membangunkan pekan masing-masing dengan gigih.

Orang yang telah membangunkan Kalamazoo ialah Titus Bronson. Dan nama asal pekan ini ialah Bronson sempena mengambil namanya. Tetapi nama asal Kalamazoo telah diguna semula setelah Titus Bronson tidak lagi digemari oleh penduduk di situ. Nama Kalamazoo mengambil nama lembah Kalamazoo.

Tidak dinafikan bahawa kaum peneroka di Kalamazoo mengambil berat tentang pendidikan. Dan dalam tahun 1833 mereka membuka Kalamazoo College, yang menjadi kolej pertama di negeri Michigan. Dalam tahun 1903 pula Western State Normal School telah didirikan, yang kemudian itu diberi nama Western Michigan University.          

Abraham Lincoln telah membuat perhentian di Taman Bronson di Kalamazoo untuk berkempen tentang penghapusan hamba kulit hitam ketika isiu ini begitu sensitif ketika itu. Dia telah berkempen untuk calon presiden Amerika ketika itu, William Freemont. Ucapan Abraham Lincoln yang terkenal itu telah menjadi kata permulaan terhadap penubuhan Parti Republikan (Republican Party) di Jackson, iaitu sebuah pekan dalam negeri Michigan di timur Battle Creek. Penonton Abraham Lincoln di Taman Bronson ketika itu rasa simpati dengan kedudukan orang kulit hitam. 

Landasan keretapi yang pertama di Kalamazoo telah dibina dalam tahun 1946, dan ini telah menggalakkan penjualan sayur-sayuran ke Pantai Timur Amerika. Menjelang tahun 1900, lebih tiga ribu ekar tanah telah ditanam dengan sayur seleri secara komersil di kawasan Kalamazoo dan Portage, oleh petani Belanda.

Oleh yang demikian Kalamazoo mendapat nama samaran iaitu ‘Bandar Seleri’ sementara sebuah masyarakat kecil di utara diberi nama Parchment oleh sebab pulpa dari seleri telah diguna untuk membuat kertas di sini.

Sementara itu perusahaan pembuatan kertas dan pulpa telah juga memberi nama samaran kepada kawasan ini iaitu Paper City. Di perhujungan kurun kelapan-belas Kalamazoo menjadi kawasan penting dalam bidang pembuatan kertas, dan ini berlaku oleh sebab pembinaan Kalamazoo Paper Company dalam tahun 1866 dengan diikuti oleh beberapa kilang seperti itu yang mana telah menjadikan tempat ini penting sebagai pusat pembuatan kertas.

Dalam tahun 1886 pula, syarikat perubatan gergasi Pharmacia and Upjohn Inc., yang dipunyai oleh usahawan W. E. Upjohn menjadi syarikat perubatan kesembilan terbesar seluruh dunia. Tetapi, mujur pekan ini tidak diberi gelaran ‘Pekan Dadah’ yang mempunyai konotasi yang negatif sekarang ini. 

Apabila negeri California mengatasi Michigan sebagai negeri paling produktif dalam bidang penanaman sayur seleri, Kalamazoo tukar haluan dan mula menanam bunga-bunga sehinggakan mereka dikenali sebagai ‘Pusat penanaman bunga seluruh dunia.’

Pusat ini kini terletak di Comstock, barat Kalamazoo, sementara kawasan penanaman celeri di Portage dulunya, kini menjadi South Westnedge Avenue, iaitu satu koridor pusat membeli-belah yang terkenal.

Dalam tahun 1900, seorang usahawan Dr. John Harvey Kellogg telah memperkenalkan makanan kesihatan sehinggakan Kalamazoo dikenali sebagai ‘Bandar Kesihatan’. Ramai orang ramai dari luar Kalamazoo berpusu-pusu ke Battle Creek Sanitarium yang dibuka oleh Kellogg untuk mendapat makanan kesihatan.

Semasa ‘Zaman Kemelesetan’ atau Great Depression, Kellogg mendapat kejayaan dari luar dugaan, dengan mengeluarkan makanan secara murah sehinggakan Battle Creek dikenali sebagai ‘Bandar Cereal’. Pada suatu ketika terdapat lebih seratus syarikat menjual makanan cereal di sini.

Disamping itu, terdapat juga banyak jenis perniagaan berkaitan dengan pembuatan peralatan muzik seperti biola dan gitar termasuk jenama gitar Gibson yang terkenal seluruh dunia, yang dibuat di Athens, walaupun sekarang ini jenama Gibson kini dibuat di Kentucky dan tidak lagi di Kalamazoo. Selain itu, terdapat barangan seperti curut, pakian dalam wanita, alat melunsur salji, dan jenama kereta seperti Michigan, Cannon Flyer, Barley dan Roamer. Kebanyakan usahawan penting Kalamazoo ketika itu terletak di Stuart Avenue dan South Street, yang mana kini dipulih semula.

Fort Custer yang terletak di sempadan Kalamazoo dan daerah-daerah Calhoun pernah giat sebagai pusat latihan ketika Peperangan Dunia Pertama dan Kedua, disamping menjadi kem tawanan perang. Dan sekarang ini terdapat kubur tentera Jerman di sebahagian Fort Custer National Cemetery (Tanah Perkuburan Kebangsaan Kota Custer.)

Bandar Kalamazoo ini sebenarnya tidak begitu besar, dan tidak juga kecil. Ia boleh dianggap sebagai sebuah bandar yang sederhana tetapi lengkap dengan segala kemudahan dengan sejarah yang menarik dan berwarna seperti bandar-banar besar lain di negara ini.

Dan kesederhanaan besarnya yang membuat pekan ini unik dan begitu selesa dan nyaman untuk tinggal. Kalau dibanding dengan bandaraya utama lain seperti York Baru, Los Angeles, Chicago, Detroit dan lain-lain, kehidupan di Athens ini begitu menyenangkan sekali terutama sekali pada musim bunga, panas dan luruh bila kita boleh bersiar-siar dalam taman yang luas. Dalam musim sejuk, suhunya turun ke paras bawah beku dan salji dan ais meliputi alam untuk beberapa bulan. Sudah tentu dalam keadaan sepeti ini, aktiviti seharian akan berubah dan suasana menjadi sepi.

Tetapi pada musim-musim selain ini, terdapat aktiviti riadah, kesenian dan kebudayaan yang giat. Taraf kehidupan yang tidak begitu tinggi berbanding dengan bandar-bandar besar lain;  disamping itu dengan jarak ke Chicago dan Detroit yang tidak begitu jauh, orang boleh pergi ke sana untuk tujuan-tujuan tertentu. 

Kalamazoo mempunyai sejarah yang agak gemilang, yang kurang diketahui umum, lebih-lebih lagi oleh orang Malaysia, sejak daerah ini didatangi oleh kaum pendatang dari York Baru dalam tahun 1830 sehingga ke perang dunia kedua. Dan banyak pula telah diperkatakan oleh penulis novel, puisi dan muzik yang mengisahkan tentang keindahan dan kemakmuran Kalamazoo. 

Kalamazoo sebenarnya adalah sebuah bandar universiti. Dan di sini terletak Western Michigan University (WKU) yang terbesar sekali di negeri Michigan, dengan sejumlah dua-puluh-lima ribu penuntut, yang mengkaji dalam sebuah kampus seluas empar ratus lima-puluh-satu ekar.

Penduduk di Kalamazoo ternyata sekali beruntung dengan adanya universiti seperti ini sebab ia menambahkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi kesan berjumlah empat ratus-empat-belas dolar juta, disamping memberi kemudahan seperti dewan kesenian atau oditorium yang mempunyai tiga ribu kerusi yang mana telah berjaya menarik persembahan terkenal dari Broadway untuk penonton tempatan yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih dua ribu-lima ratus orang.

Disamping WMU terdapat juga banyak kolej dan institut pengajian tinggi yang terletak di dalam bandar dan di kawasan persekitarannya, seperti Kalamazoo College yang mempunyai sebuah kampus yang indah di mana terdapat kursus-kursus kesenian kepada penuntut dan aktiviti permentasan untuk orang awam, dan permainan sokan.

Selain dari kemudahan kesenian yang dapat diperolehi dari universiti dan kolej di sini, terdapat juga banyak dewan persembahan dan syarikat teater yang memberi pesembahan sepanjang tahun dan balai kesenian halus di mana pameran kesenian diadakan.

Di kampus WMU inilah di mana terdapat jumlah penuntut dari Malaysia yang terbanyak di seluruh Amerika Syarikat. Jumlah penuntut Malaysia dan ahli keluarga mereka dianggar sekitar enam ratus orang. Dan di sinilah di mana berlakunya kisah dalam filem ‘Kampung Serkam, USA’.