Oleh Mansor Puteh
Sudahkah Melaka ‘merdeka’ dari penjajahan Portugis dan Belanda?
Tentu soalan seperti ini tidak tergerak ditanya oleh kita, lebih-lebih lagi untuk orang dari Melaka. Tetapi ia harus ditanya.
Walaupun Melaka sudah lama mengusir Portugis dan Belanda tetapi kita masih lagi ‘bertunduk’ dan ‘berbanga’ dengan mereka.
Ini tidak benar sama-sekali.
Melaka telah lama wujud sebelum Portugis dan Belanda datang. Melaka telah dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 Mesihi atau 802 Hijiriah bersamaan dengan ‘tahun naga’ dalam kalendar Cina.
Itulah sebabnya kenapa maharajah Cina gerun dengan Parameswara dan Melaka sebab mereka kuatir Melaka boleh halang jongkong mereka dari mengguna Selat Melaka.
Melaka hebat - itulah sebabnya kenapa seluruh selat di hadapannya di panggil Selat Melaka dan tidak Selat Sumatera atau Selat Kedah yang dikatakan mempunyai kerajaan bukan Islam yang lebih lama.
Sebagai seorang yang berasal dari Melaka yang pernah membuat kajian menyeluruh tentang sejarah silam Melaka saya terkilan dengan sikap kerajaan Melaka yang telah mengenepikan tentang peranan Islam dan Melayu dalam sejarahnya sendiri dan tonjolkan sejarah Portugis dan Belanda.
Malah tanpa Portugis dan Belanda Melaka masih mempunyai sistem kerajaan Melayu-Islamnya sehingga sekarang.
Oleh itu saya harap kerajaan Melaka akan cuba untuk membuat sesuatu untuk menggembalikan kegemilangan sejarah Islam dan Melayu di Melaka seperti yang telah dilakukan oleh bekas ketua menteri Melaka dahulu iaitu Datuk Abdul Rahim Thambychik (kini Tan Sri) yang telah membina replika istana Sultan Mahmud Shah di kaki Bukit St Paul.
Tanpa replika istana ini seluruh kawasan atau daerah sejarah di Melaka di Jalan Parameswara akan dikuasai oleh pengaruh Portugis dan Belanda.
Kerajaan Melaka mesti bina sebuah replika istana Sultan Mahmud Shah pula disamping replika mesjid pertama yang telah didirikan oleh Parameswara sebaik sahaja dia masuk Islam dengan mengambil nama Megat Iskandar Shah dalam tahun 1414 dahulu.
Mesjid ini telah dibakar oleh Portugis dalam tahun 1511. Mereka telah juga membakar istana Parameswara yang terletak di puncak Bukit Melaka - yang dipanggi mereka Bukit St Paul.
Nama Bukit St Paul dan Bukit St John juga mesti ditukar ke nama Melayu iaitu Bukit Pahang dan Bukit Perak sempena nama negeri di mana waris Sultan Mahmud Shah yang juga dikenali dengan nama Almarhum Kampar telah dihantar untuk menjadi rajanya.
Dan replika mesjid itu amat diperlukan supaya ia boleh dijadikan tempat beribadah pelancong berugama Islam yang sedikitpun tidak mempunyai tempat untuk bersembahyang.
Ramai peniaga Melayu yang membuka gerai di kawasan itu mengeluh sebab mereka tidak mempunyi surau di situ.
Tetapi yang lebih pentingnya ialah seluruh daerah sejarah di Jalan Parameswara itu harus ditukar dari mempunyai pengaruh penjajah Portugis dan Belanda kepada pengaruh Islam dan Melayu. Sebab tanpa Islam dan Melayu, maka Melaka tidak wujud.
Dan inilah sebenarnya bagaimana sejarah Melaka harus diceritakan kepada umum dan pelancong dari luar negeri - Melaka sebagai benteng yang telah berjaya menahan perkembangan dan pengaruh Portugis ke seluruh Nusantara Melayu.
Tanpa kejaguhan perwira Melayu di Melaka Portugis sudah lama dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara Melayu.
Melaka boleh dianggap sebagai Palestin yang telah berjaya menahan penyebaran pengaruh Zionis di Timur Tengah sehingga kini. Tanpa ketahanan Palestin, seluruh Timur Tengah sudah lama diambil alih oleh kuasa Zionis.
Melaka telah menahan Portugis dan Palestin telah berjaya menahan Zionis.
Dan adalah juga penting untuk kerajaan Melaka membina sebuah replika istana asal Parameswara dimana dia menetap secara rasmi iaitu di Hulu Bertam.
Ramai tidak sedar bahawa Parameswara tidak tinggal di istananya di Bukit Melaka tetapi di Hulu Bertam. Sebabnya ialah dia rasa lebih selamat tinggal di kawasan pendalaman supaya musuhnya tidak dapat menyerangnya di situ.
Sudah tiba masanya sejarah Melaka yang gemilang itu diceritakan dari sudut yang baru dan ia bukan oleh sebab pengaruh Portugis dan Belanda yang rata-rata penjajah.
Sejarah silam Melaka ialah tentang kehebatan orang Melaka menahan kesemarakan dan pengaruh penjajah Portugis yang mahu melenyapkan ugama Islam dan musnahkan Bangsa Melayu di Nusantara Melayu. Mereka gagal.Dan berkiatan dengan hasrat kerajaan Melaka untuk membina menara di muar Sungai Melaka, saya amat mengalu-alukanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan