Selasa, 30 September 2014

MELAYU BODOH, BERGADUH SESAMA SENDIRI REBUT KAWASAN TANAH DI TANAH MELAYU SENDIRI!!

…PEMIMPIN PAS SEBENARNYA TIDAK TAHU APA DAN SIAPA YANG MENDORONG MEREKA UNTUK MAHU TUMBANGKAN UMNO, PARTI DISOKONG OLEH KEBANYAKAN MELAYU DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Takde pasal, cari pasal; orang yang terlibat dengan politik tidak tahu rapatkan saf dan perpaduan Bangsa Melayu di Tanah Melayu, akhirnya yang untung orang lain.

Dan Malaysia akhirnya juga menjadi negara Islam yang tidak baik, bukan contoh untuk negara Arab lain yang bercakaran yang mahukan contoh baik untuk mereka tiru.

Iran negara Islam yang paling sesuai untuk negara Arab dan Islam lain ikut, bukan Malaysia, bukan Indonesia.  

UMNO menang dengan jumlah yang lebih besar di Kawasan negeri N01 Pengkalan Kubur pada 26 September lalu. Even from the beginning PAS knew they did not have much of a chance to wrest the state seat from Umno.

PAS tumpas dengan jumlah yang besar. Ini amat memalukan sebab ia adalah di dalam negeri Kelantan yang dikatakan sebuah kubu PAS.

Memang Melayu suka bercakaran sesama sendiri dengan yang menang rasa bangga dan yang kalah rasa benggis.

PAS parti picisan. Umno lebih besar, dan sudah lama wujud dan tidak mungkin tumbang.

Malah dalam pilihanraya umum 2008 dulu, Umno menang dengan mendapat 88 kerusi. Inipun dengan kurang mendapat sokongan dari undi Cina dari MCA yang berpaling tadah sokong Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar dan bertarung diatas logo parti sendiri.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak berani daftar parti utama ini sebab mereka akan berbalah dalam masa dekat dan Pakatan Rakyat akan terkubur.

Mereka tidak rasa kukuh kalau Pakatan Rakyat didaftarkan seperti Barisan Nasional yang bangga dengan mendaftar parti utama ini.

Jadi Melayu bergaduh sesama sendiri dan yang ruginya Melayu juga.

Dan yang untung ialah DAP, parti Cina yang mengguna bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi parti dengan Bahasa Melayu diguna semasa hari pertama persidangan mereka.

Jadi ahli DAP keturunan Melayu dan India ternganga tidak faham apa yang dikatakan oleh pemimpin dan perwakilan Cina yang bercakap berdekah-dekah setiap kalai diadakan mesyuarat dan persidangan tahunan mereka.

MCA lain; mereka adalah parti Cina, jadi tidak salah mereka guna Mandarin, walaupun ada ahli mereka tidak faham bahasa ini selain dari dialek masing-masing.

PAS hanya wujud untuk hancurkan Umno dan bukan untuk bangunkan negara Islam.

Kalau PAS beria-ia mahu bangunkan negara Islam, mereka sudah lama berani bergabung dengan Umno dan tidak DAP.

Macam mana ada Melayu rasa selesa PAS bergabung dengan DAP yang terang-terang tentang hasrat PAS untuk bangunkan sebuah negara Islam?

Pemimpin dulu dan lama mereka Karpal Singh pernah dan rasa bangga berkata, ‘negara Islam atau Hukum Hudud hanya boleh diwujudkan di atas mayatnya’.

Sekarang Karpal Singh sudah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Jadi adakah DAP sekarang mahu benar PAS sambungkan hasrat mereka untuk bangunkan Malaysia sebagai negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud?

PAS masih tidak berani. Mereka masih menuggu macam buah tak jatuh.

Dalam pada itu, PAS kalah teruk di Pengkalan Kubur.

Sebenarnya apa yang berlaku baru-baru ini di Pengkalan Kubur amat memalukan Melayu dan Islam sendiri. Ia menunjukkan Melayu gemar bergaduh sesama sendiri dan ada orang sanggup guna Islam untuk melaga-lagakan Umat Islam di Malaysia.

Malaysia bukan sebuah negara Islam yang baik. Ia bukan Negara Islam Mithali. Ia beri perangsang dan semangat kepada orang Arab di Dunia Arab untuk bergaduh sesama sendiri.

Mereka ikut apa yang telah lama berlaku di Malaysia apabila politik boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memecah-belahkan umat.

Dan inilah strategi Zionis dan CIA untuk memecah-belahkan Umat Islam di negara-negara Islam, seperti yang berlaku juga di Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin, Mesir dan Libya dan sebagainya.

Zionis dan CIA tidak boleh berjaya memecah-belahkan Umat Islam dan orang Arab dengan mengguna cara luar; jadi mereka guna cara dalam mendapatkan orang Arab dan Melayu atau Islam sendiri mencari pasal dengan orang sebangsa dan seugama dengan mereka dengan Zionis dan CIA berpeluk tubuh melihat gelagat bodoh mereka semua.

Di Malaysia, orang Melayu sememangnya bodoh sebab mereka tidak dapat lihat tindakan luaran yang telah dilakukan untuk memaksa mereka bergaduh sesama sendiri.

Di Malaysia cara politik dan berpolitik dianggap cara yang paling sesuai digunakan oleh mereka. Dan mereka telah berjaya selagi PAS wujud.

Malaysia dan Tanah Melayu tanpa PAS adalah sebuah negara Islam dan negara Melayu yang hebat.

Dan lebih teruk lagi ialah pemimpin PAS tidak tahu apa dan siapa yang mendorong atau memaksa mereka untuk tentang Umno, parti yang disokong oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia, yang mana harus diberi sokong padu oleh semua Melayu.

Kalau ini tidak dilakukan kaum kurang jumlahnya khususnya Cina akan ambil kesempatan.

Yahudi-Zionis dan CIA juga akan ambil kesempatan untuk memastikan yang Malaysia berpecah dan pertumbuhan ekonomi tergencat dan tidak sehebat seperti yang diharuskan.

Oleh sebab itu sehingga ini PAS hanya telah berjaya menjalankan usaha untuk memecah-belahkan kaum Melayu di Malaysia, walaupun mereka sedar bahawa sokongan yang mereka telah dapat dikalangan Melayu berpunca dari usaha mereka untuk mengalak orang benci Umno dan tidak mahu lihat Umno main peranan yang lebih penting dan berkesan untuk bantu Melayu seluruhnya, sambil menepis segala tohmahan dan tindakan kaum Cina atau pihak chauvinis dikalangan kaum Cina yang tahu mengambil kesempatan untuk mendapat itu dan ini dari perpecahan Melayu.

Apa yang telah berlaku dikalangan Melayu sejak PAS ditubuhkan sehingga sungguh jelas; mereka tidak boleh tubuh negara Islam ala PAS atau melaksanakan Hukum Hudud tanpa mendapat sokongan kebanyakan Melayu.

Jauh sekali dengan mendapat sokongan dari DAP yang terang-terang tentang hasrat mereka, kecuali Umno yang mahu bermesyuarah dan berbincang untuk cara jalan tengah untuk akhirnya menujadikan Melayu kaum berkuasa dan berpengaruh di Malaysia.

Inilah yang amat pelik dengan pemimpin PAS yang dengan rela hati bersekongkolan dengan parti yang terang-terang dan jelas tentang pendirian PAS tetapi PAS tetap mahukan sokongan dari mereka sebab PAS tahu tanpa DAP, PAS tidak akan berjaya merampas beberapa kerusi dari Umno.

PAS dan juga PKR yang mengkukuhkan DAP yang sepatutnya boleh lumpuh tanpa sokongan dari mereka.

Ini bodohnya Melayu dalam PAS dan PKR.

Pengkalan Kubur N01 juga membuktikan Melayu sanggup bergaduh dengan Melayu hanya untuk merampas sebuah kerusi di Tanah Melayu sendiri.


Dan segala hasrat pemimpin PAS untuk memperkukuhkan kedudukan Islam, ternyata tamat di Pengkalan Kubur dan dimana-mana kawasan parlimen dan negeri yang parti ini bertanding dengan juga sanggup mengenepikan hasrat mereka untuk menubuhkan ‘negara Islam’ dengan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia. 

Jumaat, 26 September 2014

AMERIKA DAN MALAYSIA: SAMPAI BILAPUN MALAYSIA TIDAK BOLEH JADI AMERIKA.

…DENGAN ORANG AWAM TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI MERATA TEMPAT DAN GUNA CEK UNTUK BAYAR PEMBELIAN DI PASARAYA.
Oleh Mansor Puteh



Ciri-ciri sebuah negara Islam ialah ia bersih dan selamat. Malaysia selamat dibanyak tempat dan bersih dibeberapa tempat sahaja, khususnya di kawasan awam dimana ada pemimpin dan sultan menginap, tetapi tidak di tempat yang jauh dari kewujudan pihak berkuasa.

Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam yang tidak sempurna.

Amerika pula boleh dianggap sebagai sebuah negara kafir yang sempurna, yang anehnya mengamalkan ajaran Islam lebih dari negara yang mengaku mereka negara Islam.

Malah semua negara barat di Eropah dan Amerika juga adalah negara kafir atau ‘sekular’ yang mengamal ajaran Islam pada kebanyakan seginya dan nilai jahilyah pada segi lain.

Dan walaupun tahab moral mereka dikatakan rendah, jika dilihat dari segi pergaulan rakyatnya, tetapi dari segi kebersihan dan pematuhan kepada undang-undang, mereka berada ditahab yang tinggi. 

Amerika bersih di banyak tempat dan juga selamat dibanyak tempat, tidak kira samada tempat itu dekat dengan kediaman pemimpin mereka atau pejabat pihak berkuasa.

Rakyat Amerika patuh kepada undang-undang; rakyat Malaysia, kebanyakannya tidak.

Saya rasa lega setiap kali berada di luar negara, khususnya di Eropah atau Amerika – negara-negara kafir yang bersih dan aman dengan orang awam tahu dan bertanggungjawab jaga diri sendiri dan patuh kepada undang-undang.

Keadaan yang sama juga dapat dirasai semasa berada di beberapa negara Arab yang maju seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan juga Arab Saudi.

Di Amerika dulu dan sekarang, orang boleh beli barang-barang di pasaraya dan bayar dengan menulis cek di kaunter untuk bayar bil.

Orang di Amerika beli suratkhabar dengan meletakkan wang satu dolar Amerika dalam tin di atas meja dan ambil sekeping suratkhabar dan pergi.

Di Amerika orang tidak boleh menjaja di sebarang tempat. Oleh sebab itu kaki-lima jalan mereka semuanya bersih.

Dan orang tidak meletak kenderaan di sebarangan tempat, jauh sekali mahu letak kenderaan pada petak yang dikhaskan untuk orang kurang upaya at atau OKU.

Di Melaka ada seorang yang menjual suratkhabar cuba mendapatkan orang awam bayar suratkhabar dengan memintanya meletakkan wang satu ringgit pada masa itu, ke dalam tin. Dia menulis nota dengan menyatakan yang dia kini berada di masjid untuk sembahyang.

Apabila dia balik ke gerainya, dia mendapati suratkhabarnya habis dan tin yang mengisi wang penjualan suratkhabar hilang.

Inilah Malaysia. Dan itulah Amerika.

Amerika sebuah negara kafir. Malaysia dikatakan sebuah negara Islam.

Tetapi rakyat Amerika yang kebanyakannya kafir atau bukan-Islam mengamalkan nilai Islam yang dituntutkan oleh ugama.

Tetapi rakyat Malaysia, termasuk yang Melayu dan yang berugama Islam, hanya mengaku berugama Islam, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaraan Islam sebenarnya, tetapi secara ala kadar sahaja.

Di Malaysia orang letak kenderaan di merata tempat, membuang sampah di merata tempat, membakar sampah dimerata tempat termasuk di dalam kawasan perumahan.

Dan hampir semua talipon awam di tepi jalan rosak.

Dan hampir semua tempat ditampalkan oleh pelekat-pelekat haram.

Di Amerika perbuatan jenayah seperti ini tidak atau jarang berlaku dan kemudahan awam dijaga dengan baik, dan kalau ada talipon awam rosak, ia akan dibaikki dalam masa tiga hari.

Di Malaysia kemudahan awam tidak diguna dengan sebaiknya.

Di Amerika penghuni apartmen di bangunan tinggi tahu cara untuk hidup beramai-ramai dalam bangunan itu dan mereka jaga lif dan tidak kotorkan tangga atau membuang sampah dari tingkap apartmen untuk jatuh ke atas tanah atau atas kenderaan orang lain dan kadang-kadang di atas kepala orang awam.

Di Malaysia perbuatan ini sering berlaku dengan lif kebanyakannya rosak.

Kawasan dan bangunan rumah pangsa kos rendah semuanya kotor dengan orang yang tinggal dalam bangunan itu tidak jaga kebersihan.

Saya terkejut melihat orang di Amerika bayar pembelian di pasaraya dengan mengguna cek. Mereka bawa buku cek dan muatkan jumlah dan nama pasaraya dan berinya kepada petugas di kaunter dan bawa barangan yang dibeli.

Pihak pasaraya tidak kuatir dengan penipuan yang mereka akan alami.

Di Malaysia banyak syarikat besar tidak mahu terima cek oleh pelanggan. Mereka tahu banyak cek ditendang.

Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sesiapa yang tersilap menulis cek dengan salah, dia boleh dihukum, walaupun dia melakukan kesalahan tanpa disedari.

Di Malaysia, orang yang menghantar cek untuk membuat pembayaran dengan cek ditendang tidak diambil tindakan keras oleh pihak berkuasa.

Sampai bila Malaysia dan rakyat Malaysia boleh menjadi seperti rakyat di Amerika yang tahu jaga kebersihan dan patuh kepada undang-undang?

Sampai kiamatpun tahab sivik rakyat Malaysia tidak akan dapat sampai ke tahab di Amerika.

Amerika tidak guna ugama untuk membuat rakyatnya patuh kepada undang-undang atau jaga kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan orang awam, mereka guna undang-undang yang keras dengan cara hukuman berat untuk memastikan rakyat mereka patuh kepada undang-undang.

Di Malaysia undang-undang digubal tetapi ia jarang dilaksanakan dan tindakan juga jarang dibuat.

Bayangkan: Kalau seseorang itu buat aduan tentang orang lain membuat pembakaran secara terbuka di dalam kawasan perumahan, dia akan diberitau oleh petugas di jabatan berkenaan bahawa tindakan akan diambil dalam masa tiga hari.

Oleh sebab sikap seperti ini maka berlakulah semua perbuatan jenayah kecil seperti ini dan juga penampalan bahan-bahan iklan di merata tempat dengan kemudahan awam dirosakkan.

Sebabnya ialah tindakan jarang sekali diambil dan kalau adapun ia adalah secara rambang dan tidak sistematik.

Pemandu kenderaan di Amerika tidak guna laluan kecemasan di tepi jalan kecuali pihak berkuasa seperti ambulan dan kenderaan bomba atau polis.

Di Malaysia, orang awam sering guna laluan kecemasan untuk potong giliran atau ‘queue’, dan pemandu ambulan, kenderaan bomba dan polis juga tidak guna laluan ini; mereka guna jalan biasa dengan memaksa orang lain memberi laluan.

Mereka sendiri tidak tahu undang-undang, jadi orang awam yang akhirnya guna laluan kecemasan untuk potong giliran dengan yang lain meletakkan kenderaan mereka atau dengan penjana meletakkan gerai mereka di atas laluan kecemasan.

Malangnya tidak seorangpun ulamak atau ustaz dan ustazah telah dapat peluang untuk melihat betapa bersihnya Amerika dan negara di barat lain untuk bercakap tentangnya dan tentang kenapa negara kafir boleh menjadi sedemikian rupa berbanding dengan negara Islam dan Arab yang kotor dan tidak sempurna, serta kecoh dengan kelompok mengguna ugama dan politik untuk memecah-belahkan bangsa sendiri.

Pemimpin Islam tidak sedar bahawa mereka telah dirusuh oleh dakyah Zionis yang mahu mereka berpecah dan bergaduh sesama sendiri sebab ia boleh membuat Zionis dan musuh Islam berpeluk tubuh melihat gelagat pemimpin Arab dan Islam bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.



Isnin, 22 September 2014

APA SEBENANYA YANG ‘PARTI ISLAM’ PAS MAHU? IA CUMA TAHU MENGHEMPAS TAPI TIDAK TAHU BANGUNKAN KAUM DAN UGAMA.

…PAS SAMA DENGAN MAHATHIR TIDAK KENAL SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA. PAS HARUS DIBUBARKAN KALAU MEREKA BENAR-BENAR BERHASRAT UNTUK JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM.
Oleh Mansor Puteh



Muktamar demi muktamar telah dianjurkan oleh ‘Parti Islam SeMalaysia’ setiap tahun sejak parti ini ditubuh dalam tahun 1956, yang dikenali dengan nama singkatannya, PAS. Para perwakilannya beria-ia beri hujah dengan pemimpinnya pula beri ucapan berdekah-dekah.

Rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat (PR), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik atau DAP juga turut hadir beri sokongan.

Tetapi kali ini pemimpin utama utama PKR dan DAP tidak hadir. Kemelut perlantikan menteri besar Selangor membuat ketiga-tiga parti dalam PR bertelagah, dengan Sultan Selangor bakal membuat keputusan tentang siapa diantara nama yang ketiga-tiga parti ini telah sembahkan untuk menjadi menteri besar baru.

Sebenarnya nama yang unggul ialah Azmin Ali seperti yang diura-urakan oleh ramai.

Kontroversi gambar Azmin yang dikatakan tersebar menunjukkan dia bersama seorang wanita belum selasai. Jadi tidak hairan kalau ada yang mahu mempertikai kalau dia dilantik kelak.

PAS dan PKR sememangnya tidak ada calon menteri besar Selangor. Mereka hany ada nama.

Semua ahli dewan undangan negeri Selangor tidak ada kaliber untuk menjadi menteri besar; mereka juga tidak pernah menunjukkan tahab kepimpinan yang tinggi sebab mereka lebih gemar bergelut dengan kontroversi.

Pemimpin yang ulung tidak ada masa dengan kontrosersi; mereka mahu cari jalan untuk majukan negeri atau negara dan bukan sahaja berbakti untuk parti.

Kalau dia jadi menteri besar, kontroversi atau skandal ini boleh menjadi lebih besar dan boleh juga menjatuhkannya.

Tetapi buat PAS yang akhirnya sedar bahawa perkongsian mereka dengan parti lain itu hanya membawa padah apabila hasrat setiap parti lain itu berlainan dengan hasratnya sendiri.

Tetapi apa hasrat PAS sebenanya? Mahu jadikan Malaysia negara Islam??

Ini tidak mungkin berlaku sebab DAP tidak sokong hasrat ini.

Nak tumbangkan Umno? Ini juga tidak jadi.

Yang boleh dan telah berlaku ialah PAS telah berjaya untuk mengangkatkan DAP menjadi parti Cina yang lebih dominant dan berkuasa sehingga dapat mengenepikan parti Cina lain seperti DAP dan Gerakan, walaupun DAP dikatakan parti berbilang kaum, tetapi, oleh sebab bahasa utama mereka bukan Bahasa Melayu tetapi Mandarin ini membuktikan mereka bukan parti berbilang kaum tetapi parti Cina yang disokong oleh sejumlah bukan-Melayu yang tidak selesa bersama parti-parti Melayu dan India lain.

PAS telah berjaya membuat DAP lebih kukuh. Dan tanpa PAS segelintir pengundi Melayu tidak akan terpengaruh dan tertarik untuk sokongnya dalam pilihanraya untuk menguntungkan DAP.

Tanpa sokongan PAS, DAP akan tumpas. PKR juga akan tumpas.

PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik Islam, sebab dalam Islam tidak ada parti politik.

Yang PAS telah berjaya melakukan ialah untuk melemahkan Umno, untuk memberi ruang kepada DAP tawan Pulau Pinang dan banyak kerusi dewan undangan negeri dan parlimen.

PAS tidak ada rancangan untuk memajukan kaum dan Ugama Islam.

Ceramah-ceramah dan hujah-hujah serta pidato yang pemimpin mereka beri saban hari tidak sentuh tentang perlunya Umat Islam bersatu dan maju.

Ia hanya dapat memecah-belahkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Ini sahaja peranan yang boleh dan telahpun dijalankan oleh PAS selama ia ditubuhkan dalam tahun 1956 dulu.

PAS tidak akan berjaya mendapat mandat dari rakyat untuk tadbir negara.

Negeri Kelantan yang ia tadbir selama lebih tiga-puluh tahun juga tidak boleh dijadikan Negeri Mithali. Kelantan adalah negeri yang paling mundur di Malaysia.

Ramai anak muda Kelantan terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan membuka gerai makanan sebab mereka tidak ada pendidikan. Mereka masih bercakap dalam Bahasa Melayu dengan loghat pekat Kelantan.

Anak Kelantan yang berjaya dalam bidang pendidikan juga terpaksa bekerja di Kuala Lumpur sebab Kelantan tidak sediakan mereka sebarang pekerjaan.

PAS harus dibubarkan kalau pemimpin mereka fikirkan tentang Islam dan Melayu.

Sebab peranan PAS sudah tidak relevan lagi sekarang. Ia hanya wujud oleh sebab pemimpin lama PAS degil dan tidak mahu terima hakikat bahawa PAS tidak akan diterima oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia.

Malah, tidak terdapat seorangpun muallaf yang sokong parti ini dengan ada diantara mereka yang memegang jawatan dalam parti.

Kelantan yang ditadbir PAS adalah bukti PAS dan pemimpinnya hanya boleh bercakap dengan kabur tetapi tidak secara spesifik untuk majukan kaum dan ugama.

Ramai pemimpin PAS sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik dengan penampilan mereka yang tidak sempurna dengan mereka gemuk dan wajah yang tidak menampakkan nur yang terang dan kuat.

Tidak seorang pemimpin PAS juga telah diberi pengiktirafan di negara Islam lain termasuk Indonesia, Brunei dan juga di negara Arab untuk beri ceramah ugama.

Dan sehingga kini PAS tidak pernah menerbit buku sejarah perjuangan mereka untuk menunjukkan yang ia adalah parti yang berjasa kepada Melayu dan Islam.

PAS masih dianggap sebagai parti Melayu sebab tidak terdapat seorang pemimpin PAS yang terdiri dari orang Islam dari kaum Cina atau India.

Di sini juga PAS gagal untuk menunjukkan ia adalah sebuah ‘parti Islam’ dan bukan sebuah parti berasaskan perkauman.

Dan nampak sungguh pemimpin parti ini tidak mempunyai pandangan jauh, sama seperti Mahathir Mohammad yang telah menerima Anwar Ibrahim masuk ke dalam Umno sebelum dia masuk PAS.

Sebab sejarah membuktikan bahawa Anwar yang sama inilah yang telah menyebabkan perpecahan dikalangan Umno dengan segelintir dari pemimpin barisan kedua mereka tinggalkan Umno untuk turut ikut dia turub PKR.

Dan sekarang PAS sedar siapa PKR dan Anwar dan Langkah Kajang yang tempang terkandas di Shahalam tidak berjaya membuat isterinya Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar ganti Khalid Ibrahim seperti ura-ura yang menyatakan bahawa menteri besar Selangor yang baru yang diperkenankan oleh Sultan Selangor bukan seorang wanita tetapi dikalangan tiga peserta dari PKR dan PAS.      

Yang jelasnya ialah hampir semua pemimpin utama PAS, PKR dan DAP ada tokoh yang telah ketinggalan zaman, yang mengguna cara berpolitik yang kolot. Isiu yang mereka tampilkan juga adalah jenis yang sudah basi.

Itulah sebabnya sehinggakini PAS tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk mengemukanan sebarang rancangan untuk majukan kaum dan ugama dalam semua bidang.

Pemimpin mereka hanya gemar berpolitik dan mengecam parti lain khususnya Umno dan Barisan Nasional dan tidak diri sendiri.

Kelantan yang mereka telah tadbir sekian lama masih mundur dalam semua bidang.

Selangor yang ditabir oleh PKR dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP sejak beberapa tahun lalu juga tidak menampakkan sebarang perkembangan dalam semua bidang.

Jadi apa yang boleh dibanggakan oleh PAS, PKR dan DAP?




Rabu, 17 September 2014

ULAMAK DULU DAN SEKARANG: DULU ULAMAK JADI PAKAR SAINS, PAKAR EKONOMI, MAJUKAN DAN RAPATKAN UMAT ISLAM…

TETAPI SEKARANG, ULAMAK TIDAK LAGI JADI PAKAR DALAM BIDANG-BIDANG SEPERTI INI; MEREKA LEBIH GEMAR HUKUM ORANG ISLAM LAIN YANG TIDAK SEIIRING DENGAN MEREKA.
Oleh Mansor Puteh



Itulah sebabnya orang Arab dan Islam di seluruh dunia boleh dianggap sebagai hamba-abdi kepada mereka di barat, sebab alim dan ulamak ‘tersohor’ dan ‘penting’, hanya pentingkan diri sendiri dan tidak berusaha untuk cari jalan rapatkan perpaduan Umat Islam dan hanya tahu cari jalan untuk berbalah sesama sendiri, untuk cari siapa yang lebih hebat tentang ugama dan siapa jahil.

Akhirnya, dari menguntungkan Islam, mereka merugikan Islam dan menguntungkan bukan-Islam, dan parti bukan-Islam yang tidak sokong perlaksanaan Hukum Hudud.

Orang yang telah menghabiskan beberapa tahun belajar tentang Islam yang diharap untuk menjadi orang yang boleh merapatkan Umat Islam akhirnya menjadi petualang kepada ugama; merekalah yang kini menyebabkan Umat Islam pecah-belah.

Sebabnya ialah mereka tersesat dan terlupa apa peranan yang mereka seharusnya mainkan.

Mereka tidak mainkan peranan untuk merapatkan perpaduan Umat Islam di dalam negara sendiri dan di seluruh Dunia Islam, dengan memikirkan segala cara yang berkesan yang boleh membawa kepada perpaduan.

Sebaliknya, kini mereka lebih bangga untuk cara pelbagai macam cara dan jalan untuk memecah-belahkan Umat Islam di dalam negara mereka yang menyebabkan seluruh Dunia Islam berpecah-belah.

Masalahnya ialah orang yang belajar ugama telah sesat jalan; mereka tidak tahu cari jalan untuk merapatkan perpaduan Umat Islam, sebab mereka jahil.

Jadi, mereka mahu tonjolkan diri mereka sendiri dengan mendabik dada dengan berkata dan beritau kepada semua yang mereka itu hebat tentang ugama, tetapi caranya ialah dengan mencari jalan untuk memecah-belahkan Umat Islam.

Ya, mereka rasa bangga kalau mereka boleh menyebabkan perpecahan dikalangan Umat Islam dan lebih teruk dari itu, mereka sanggup bersekongkolan dengan orang yang terang-terang mahu biar Umat Islam pecah, dengan menyokong mereka dan menyanjung mereka.

Ini yang amat menyedihkan. Mereka sanggup hancurkan perpaduan Umat Islam dengan mendapatkan sokongan dari pihak yang juga tidak sokong hasrat mereka untuk menyanjung nilai Islam.

Yang amat menyedihkan sekali ialah ulamak seperti ini rasa bangga dengan apa yang mereka telah lakukan iaitu untuk memecah-belahkan Umat Islam di negara sendiri dan menyalahguna ugama Islam yang mereka bangga tahu seluk-beluknya untuk boleh keluarkan ‘fatwa’ mereka sendiri, walaupun mereka tidak ada sebarang tauliah untuk berinya.

Mereka tidak takut dengan Neraka-Jahanam; mereka pentingkan apa yang mereka dapat di dunia sekarang dengan pujiaan dari orang satu kepala dengan mereka, orang yang kononya lebih Islam dari yang lain.  

Sebenarnya, Malaysia tidak ada ulamak terbilang. Malah seluruh dunia juga tidak ada ulamak terbilang.

Ada orang yang berkata dia itu, ulamak tersohor, terbilang dan hebat. Bohong.

Kalau ada ulamak terbilang sudah pasti dia boleh mempengaruhi perkembangan Dunia Arab dan seluruh Dunia Islam.

Tetapi sehingga kini tidak ada seorangpun yang ada pengaruh seperti itu.

Yang ada beberapa orang yang menonjol bukan sebab mereka pandai tentang Ugama Islam, tetapi petah bercakap mengguna ugama, dengan kesan yang buruk mereka bawa kepada umat Islam di negara sendiri dan di Dunia Arab dan di Dunia Islam umumnya.

Dulu orang sukar jadi ulamak terbilang; segelintir sahaja yang akhirnya dikenang.

Mereka dikenang sebagai pakar sains dan pakar matematik.

Mereka mempengaruh bidang ilmu dunia, sehinggakan pakar di Barat terpaksa melutut ke hadapan mereka untuk timba ilmu, yang akhirnya diguna oleh barat untuk terus maju dan maju sehinggakan Dunia Arab dan Dunia Islam melarat, tidak ada pakar setaraf dengan mereka.

Itulah sebabnya ramai orang Islam dan sarjana kelas ketiga gemar menyebut nama pakar sains dan pakar matematik Arab dan Islam dulu, dan minta umat Islam sekarang ikut mereka, walhal, mereka sendiri yang bergelar ulamak dan ustaz dan ustazah langsung tidak berusaha untuk menjejak kaki untuk timba ilmu untuk jadi pemikir Islam yang penting sekarang.

Ini yang sedihnya.

Itulah sebabnya ramai yang gemar menjadi ulamak dan ustaz dan ustazah yang hanya tahu cari pasal dengan orang Islam lain, kecam mereka yang tidak seiiring pemikiran dengan mereka.

Mereka akhirnya tidak akan diiktiraf sebagai orang Islam yang berguna kepada Islam, yang boleh menyebabkan Umat Islam bersatu.

Mereka gemar memecah-belahkan Umat Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa itu dan ini untuk memastikan yang mereka didengar.

Tetapi yang mereka tidak mahu dengar ialah bahawa merekalah yang telah menyebabkan Umat Islam berpecah.

Tidak ada seorang ulamak yang penting diseluruh dunia sekarang; yang ada hanya beberapa orang keturunan Arab yang petah bercakap keluarkan fatwa yang langsung tidak menguntungkan Umat Islam.

Mereka tidak mempunyai pemikiran tajam dan tahu untuk beri cadangan bernas yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin politik, yang hanya gemar dengar celoteh mereka yang kosong sekosong-kosongnya.

Itulah sebabnya semua negara Arab mundur dan hampir hancur.

Itulah sebabnya Dunia Islam pada keseluruhannya lesu, tidak ada kemajuan yang boleh dibanggakan; Orang Islam masih menjadi hamba-abdi kepada pakar barat yang mengguna pelbagai jenis teknologi untuk mencipta barangan yang diguna setiap hari.

Akhirnya Umat Islam seluruh dunia jadi hamba-abdi kepada mereka di barat yang pada umumnya bukan berugama Islam; mereka pula bukan berugama Kristen dan Pseudo-Kristen, iaitu Kristen yang bercampur dengan atheisme dan paganisme.

Ulamak yang ada bangga kalau mereka ada keupayaan untuk pecah-belahkan umat di dalam negara sendiri.

Cara yang mereka guna ialah untuk menubuh ‘parti Islam’, untuk membolehkan mereka mencemuh dan mendapat sokongan dari orang yang lebihkurang sama dengan mereka yang mahu cari pasal dengan umat Islam lain yang telah kukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, dengan memperkenalkan cara politik sesat.

Mereka terlepas dari tuduhan dan tindakan mahkamah sebab mereka berselindung di belakang bidang politk.

Masalahnya ialah pemimpin negara-negara Islam dulu tidak sedar dengan kehadiran ‘parti politik Islam’ yang tidak ada dalam ugama itu sendiri.

Mana ada ‘parti politik Islam’? Apa maknanya?

Dengan mereka menubuh parti seperti ini mereka beri anggapan bahawa parti-parti lain adalah ‘parti bukan-Islam’ atau ‘parti kafir’.

Ini tidak benar dan sepatutnya tidak boleh dibenar berlaku.

Parti Islam sepatutnya tidak digalakkan sebab ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada Ugama Islam itu sendiri.

Itulah sebabnya di negara Arab tidak ada parti Islam. Yang ada hanya parti politik biasa yang memperjuangkan nilai Islam. Itu sahaja. Tidak ada ‘parti politik Islam’.

Di Malaysia ada ‘parti Islam’. Siapa yang beri mereka kedudukan sebagai sebuah parti Islam? Dan apakah corak dan cara yang pemimpin parti seperti ini laksanakan hasrat mereka?

Adakah ia dengan mencemuhkan orang lain dan tuduh orang lain tidak menyokong nilai Islam?

Melayu di Malaysia tidak mendapat sebarang faedah dengan adanya ‘parti Islam’. Ia telah terbukti memberi banyak keburukan dari kebaikan.

Kebaikannya tidak ada. Keburukannya laksana banyaknya.





Sabtu, 13 September 2014

SUDAH LIMA-PULUH-TUJUH TAHUN MEREDKA TETAPI CINA DAN INDIA DI MALAYSIA MASIH BELUM BERANI TULIS NOVEL, PUISI DAN LAGU BERTEMAKAN PATRIOTISME DAN NASIONALISME… KENAPA?

Oleh Mansor Puteh


Lima hari sahaja lagi tinggal untuk Malaysia merai ulangtahun kelima-puluh-satu Hari Penubuhan Malaysia. Dan Malaysia baharu sahaja merai ulangtahun kelima-puluh-tujuh Hari Merdeka 31 Ogos dulu.

Suasana sehingga kini masih muram, tiada sebarang acara rasmi dan khas akan diadakan untuk merai Hari Malaysia. Kemungkinan perayaan rasmi akan diadakan di Kuching atau Kota Kinabalu, seperti lazimnya, seperti Semenanjung Tanah Melayu harus beri laluan kepada Sabah dan Sarawak untuk acara ini.

Tetapi yang lebih penting dari itu ialah semangat dan jiwa rakyat Malaysia berbilang kaum, siapakah yang lebih Malaysia dari siapa?

Ternyata rakyat berbabgsa Melayu lebih menghayati perayaan Kemderdekaan dan Hari Malaysia, berbanding dengan kaum Cina dan India, kecuali kaum di Sabah dan Sarawak yang menerima kemasukan negeri-negeri mereka ke dalam Persekutuan Malaysia dengan senang hati.

Walaupun ada beberapa orang yang mengaku berasal dari Sabah atau Sarawak yang mahukan supaya negeri-negeri ini keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mereka beri alasan yang pada mereka baik dan betul. Tetapi siapa mereka yang boleh dan berani bercakap demikian?

Sedangkan mereka masih berselindung dibelakang nama samaran dan menulis dari jauh dan tidak pasti siapa mereka, dari nama yang mereka guna.

Rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia rata-ratanya mendapat semangat Kemerdekaan dan Malaysia dari peristiwa yang berlaku dan yang menimpa kepada mereka.

Dan kini hampir semua mereka yang terlibat dalam perjuangan Kemerdekaan sudah tiada; yang tinggal hanya sanak-saudara rapat atau anak-anak mereka yang kini sudah meningkat dewasa dengan cucu-cicit mereka hampir sudah terlupa dengan perjuangan yang dilakukan oleh datuk-nenek mereka.

Ramai juga yang tidak mahu tahu tentang Merdeka dan bacaimana Malaysia dapat capainya dengan begitu mudah ‘tanpa membuang setitik darah’, seperti kata Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan.

Sebabnya ialah ramai dari mereka itu mempunyai datuk-nenek yang terlibat dengan perjuangan komunis.

Mereka tahu datuk-nenek mereka tidak pernah memperjuangkan Kemerdekaan negara; mereka bersekongkolan dengan pasukan komunis untuk menghancurkan negara.

Oleh sebab itu mereka rasa malu untuk merai Kemerdekaan. Dan anak dan cucu mereka juga rasa segan melakukannya.

Jadi yang tinggal untuk meraikan Kemerdekaan hanyalah anak-anak dan orang Melayu sahaja.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Dataran Merdeka pada setiap hari Kemerdekaan atau dimana ia diadakan, dan kita dapati bahawa orang yang meraikan upacara ini hampir semuanya adalah Melayu.

Yang bukan-Melayu terdiri dari pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan, atau yang terpaksa datang sebab mereka pegawai kerajaan dan ahli kabinet.

Orang awam yang ada hampir semua adalah Melayu dengan sedikit dari kaum India. Kaum Cina boleh dikira dengan jari.

Semua lagu patriotik dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

Tidak ada lagu patriotik yang dirakam dalam bahasa Mandarin atau Tamil.

Tidak ada novel tentang perjuangan kaum Cina dan India yang telah ditulis dalam bentuk novel, cerpen dan juga sajak.

Mana ada drama pentas dalam bahasa Mandarin dan Tamil tentang perjuangan Kemerdekaan diterbit?

Tidak ramai anak keturunan Cina dan India yang kenal siapa Tunku Abdul Rahman dan yang tahu atau mahu tahu bagaimana mereka boleh berada di Malaysia, sedangkan mereka sering diingatkan bahawa keturunan mereka berasal dari Negeri Cina dan India.

Oleh sebab itu dan juga oleh sebab mereka dihantar ke sekolah Mandarin dan Tamil maka mereka tidak bergaul rapat dengan anak-anak Melayu dan kaum bukan-Cina dan bukan-India lain.

Kerajaan mungkin tersiap sebab mereka tidak jemput pelajar-pelajar dari sekolah Mandarin dan Tamil untuk meraikan perayaan Kemerdekaan dan Malaysia setiap tahun dengan setiap mereka melambai bendera kebangsaan ‘Jalur Gemilang’.

Dan kerajaan juga tersilap sebab tidak jemput perwakilan dari Dong Zong dan Hindraf untuk berarak pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia, supaya kita boleh lihat siapa dari kumpulan ini yang beria-ia mahu terlibat dengan acara ini.

Atau apakah kerajaan tersilap sebab telah ‘pinggirkan’ kumpulan-kumpulan perkauman seperti ini yang menyebabkan mereka dengan sendirinya rasa terpinggir, termasuk anak-anak dari sekolah vernakular Mandarin dan Tamil?

Ini mungkin berlaku.

Itulah mungkin sebabnya sehingga kini tidak ada lagu-lagu patriotik dalam bahasa Mandarin dan Tamil serta buku dan novel serta cerpen serta drama pentas yang menggunakan tema patriotik telah dipentaskan oleh pelajar-pelajar sekolah ini.

Ada seorang pegawai parti bukan-Melayu marah bila dia terdengar orang lain kata Melayu sahaja yang memperjuangkan Kemerdekaan.

Dia kata ramai orang Cina dan India turut terkorban semasa Zaman Penjajahan Jepun dulu.

Tetapi apa orang ini tidak tahu ialah, orang Cina dan India yang terkorban itu bukan oleh sebab mereka tentang Jepun, tetapi oleh sebab Negeri Cina dan Jepun berbalah dan apabila Jepun kawal Tanah Melayu, mereka jadikan orang Cina di sini sebagai sasaran mereka.

Tidak ramai orang India yang terkorban oleh Jepun sebab mereka tinggal di ladang getah dan jauh dari kawasan pertempuran.

Ramai yang ditangkap dihantar untuk bina Landasan Maut atau ‘Death Railway’ di Siam dan Burma dulu.

Orang Cina dan India yang terkorban bukan dari pertempuran atau perjuangan untuk mempertahankan negara, tetapi dari keadaan.

Oleh sebab itu sehingga kini tidak ada sebarang buku, novel, cerpen atau drama pentas jauh sekali filem dan juga dokumentari dan lagu patriotik yang menunjukkan ada orang Cina dan India yang terlibat dengan pembebasan negara.

Malah orang di Sabah dan Sarawak juga boleh dikatakan tidak terlibat dalam usaha mencapai Kemerdekaan sebab negara-negara ini belum lagi berserta dengan Persekutuan Tanah Melayu mahu capai Kemerdekaan dari Malaysia.

Tetapi mereka bangga dapat berserta dalam Persekutuan Malaysia sekarang sejak 16 September, 1963 dulu apabila kedua buah negara ini termasuk Singapura bersetuju untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu tubuh Persekutuan Malaysia.

Namun dalam tahun 1965, Singapura diusir oleh Tunku Abdul Rahman untuk keluar dari Malaysia yang membuat perdana atau ketua menterinya, Lee Kuan Yew menanggis bila dia buat pengumuman dalam televisyen tentang berita ini.

Mengikut Mahathir Mohammad, Kuan Yew menanggis sebab dia gagal menjadi pemimpin atau perdana menteri Malaysia, sebuah negara yang besar berbanding dengan dengan Singapura, yang ketika itu dan sehingga kini hanyalah sebuah negera yang kecil.

Alangkah malangnya kalau Singapura terus dibenar berada dalam Malaysia sebab jumlah penduduk Cina di Malaysia ketika itu besar dan ia boleh diperbesarkan untuk akhirnya menjadi kaum terbesar di Malaysia.

Singapura sejak dikeluarkan dari Malaysia telah berjaya mengekalkan peratusan penduduk Melayu di negaranya di tahab empat-belas peratus sahaja.

Pemimpin mereka tidak benarkan jumlah penduduk Melayu meningkat untuk akhirnya menjadi kaum yang lebih ramai berbanding dengan Cina.

Dan ramai orang Cina dari Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina diberi taraf kerakyatan atau penghuni tetap untuk memastikan kaum Cina kekal sebagai kaum terbanyak di Singapura.

Bayangkan apa yang boleh berlaku di Malaysia kalau Singapura masih berada di dalamnya sekarang?

Sudah pasti Kuan Yew boleh jadi perdana menteri dan sudah pasti jumlah penduduk Cina akan menjadi lebih besar dari sekarang dan Melayu akan terpinggir dalam semua bidang, seperti yang dapat dilihat di Singapura apabila sukar untuk mendapati Melayu berpendidikan dalam bidang-bidang pelajaran dan profesional.

Malah, Melayu juga tidak ada yang menjadi juruterbang.

Yang Melayu di Singapura ada hanya lagu kebangsaan, ‘Majulah Singapura’ yang terus dinyanyi dalam bahasa asal, Bahasa Melayu walaupun ramai rakyat Singapura bukan-Melayu khususnya tidak faham apa yang mereka nyanyikan.

Malaysia sudah lima-puluh-tujuh tahun Merdeka dan lima-puluh-satu tahun menjadi Malaysia, tetapi berapa ramai rakyat Malaysia khususnya yang bukan-Melayu tahu kisah sebenarnya tentang usaha pemimpin Melayu capai Kemerdekaan dan apa sebabnya Sabah, Sarawak dan Singapura mahu tubuh Malaysia dan kenapa Singapura diusir dari Malaysia?



Sabtu, 6 September 2014

PERSAHABATAN MALAYSIA-INDONESIA ALA KADAR DAN BEKU.

…PEMIMPIN KEDUA BUAH NEGARA TIDAK TAHU CARA TONJOL RAKYAT TETAPI DIRI SENDIRI SAHAJA. INDONESIA TIDAK BERI SOKONGAN DAN TIDAK MENGHARGAI MALAYSIA BERI JUTAAN PEKERJAAN KEPADA RAKYAT MEREKA.
Oleh Mansor Puteh


Selama Presiden Susilo Bambang Yudhyono menjadi Presiden Republik Indonesia tidak ada sebarang usaha untuk merapatkan perhubungan diantara Indonesia dan Malaysia.

Dan saya tidak yakin penggantinya, Presiden Joko Widodo juga akan mempunyai sebarang hasrat untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara Melayu ini.

Dan di Malaysia, selama dua-puluh-dua tahun Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Malaysia, perhubungan diantara kedua buah negara juga lesu.

Sekarang penggantinya, Najib Tun Razak juga tidak menampakkan sebarang minat untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Menteri-menteri berkenaan semasa kepimpinan Mahathir, Susilo dan kini Najib tidak mempunyai sebarang kelebihan dari segi cara dan tahab kepimpinan mereka, jadi ini menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk merapatkan perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia.

Walaupun mereka semua tahu dan sedar bahawa perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia penting. Tetapi mereka tidak tahu cara apa yang baik dan berkesan yang boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dalam perhubungan.

Malah perhubungan diantara Malaysia dan Brunei juga lesu. Perhubungan diantara Indonesia juga hambar.

Dan perhubungan diantara Melayu di Selatan Siam dan di Selatan Filipina hampir tidak wujud.

Memang nampak gah, kalau pemimpin utama kedua buah negara, Malaysia dan Indonesia bersandiwara seperti perhubungan diantara rakyat kedua buah negara turut erat.

Kenyataannya ialah, perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia hanya ala kadar.

Presiden Indonesia sekarang yang akan tamatkan jawatannya tidak lama lagi, Susilo Bambang Yudhyono dan para menterinya semuanya gagal untuk membawa sebarang usaha yang berkesan untuk membentukkan perhubungan erat perhubungan diantara kedua buah negara.

Masalahnya ialah mereka bukan pakar dalam bidang perhubungan; mereka hanya ahli politk parti yang menang undi dan dapat jawatan yang mereka langsung tidak ada kepakaran dan pengelaman untuk laksanakan apa-apa rancangan yang berkesan.

Dan pengganti Susilo, iaitu Joko Widodo juga sudah pasti akan gagal untuk merapatkan perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia.

Sebabnya ialah beliau lebih pentingkan negara sendiri, seperti Bandaraya Jakarta dimana beliau menjadi datuk bandar beberapa tahun yang langsung tidak menunjukkan sebarang usaha untuk merapatkan perhubungan diantara Jakarta dan Kuala Lumpur.

Dan rakan mereka di Malaysia juga gagal semuanya, walaupun mereka ada menunjukkan usaha kecil untuk merapatkan perhubungan tetapi mereka lebih pentingkan untuk menonjol diri sendiri.

Menteri-menteri yang berkenaan ialah penerangan dan kebudayaan serta luar negara, yang semuanya tidak dapat lihat pentingnya dieratkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Walaupun mereka sedar betapa pentingnya untuk melakukannya tetapi masalahnya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk mengusahakannya.

Apa yang akhirnya berlaku dan dilakukan hanya untuk menonjolkan diri sendiri, untuk mereka buat lawatan rasmi ke negara rakan dan beri ucapan yang tidak mempengaruhi dasar, sekadar untuk memberi media maklumat untuk disiarkan dalam suratkhabar dan di televisyen.

Masalah utama yang saya dapat lihat ialah dari segi cara diplomasi yang diguna oleh pemimpin Malaysia, Indonesia dan Brunei yang semuanya menonjolkan pemimpin, termasuk menteri-menteri berkenaan.

Mereka mahu menonjolkan diri mereka sendiri dan kadang-kadang isteri mereka, dan lebih dari itu, mereka lebih gemar buat ucapan panjang berjela dengan menghuraikan hasrat dan niat tetapi ia semuanya tidak berkesan dengan pegawai pentadbir di kementerian mereka sendiri tidak endahkan apa yang mereka katakan.

Akhirnya, menteri dan juga pegawai kementerian dapat penonjolan atau publisiti, sedangkan perhubungan diantara rakyat kedua buah negara tidak berlaku.

Namun, Malaysia senantiasa berusaha untuk rapatka perhubungan diantara negara ini dan Indonesia.

Tetapi malangnya, pihak di Indonesia yang tidak hiraukan segala tindakan yang diambil oleh Malaysia.

Malaysia sahaja yang beria-ia jemput penyanyi dan penghibur termasuk pengarah dan pelakon dari Indonesia dengan membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit.

Tetapi Indonesia tidak pernah melakukan perbuatan seperti itu dengan menjemput para artis dari Malaysia.

Media di Malaysia beri ruang kepada kegiatan seni dan segalanya di Indonesia, tetapi media di Indonesia tidak pernah berbuat demikian.

Pihak di Indonesia rasa rendah diri sebab bidang kewartawanan mereka cetek dan amator. Mereka hanya siar berita yang baik tentang rakyat mereka sendiri.

Mereka jarang atau tidak pernah menyiar laporan jelek atau buruk tentang perbuatan jenayah yang rakyat mereka lakukan di Malaysia.

Indonesia juga tidak pernah berterima kasih kepada Malaysia kerana telah beri peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat mereka yang dapat bekerja di kilang dan syarikat-syarikat lain.

Yang lebih teruk sekali ialah kumpulan rakyat Malaysia yang pernah belajar di Indonesia dan menetap di negara itu banyak tahun, juga tidak berusaha beri pandangan tentang bagaimana Malaysia dan Indonesia boleh terus dirapatkan.

Perkara yang sama juga boleh dikatakan tentang betapa ramainya rakyat Indonesia yang telah berjaya mendapat pendidikan di Malaysia, yang juga tidak mampu berbuat sedemikian.