…PAS
SAMA DENGAN MAHATHIR TIDAK KENAL SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA. PAS HARUS
DIBUBARKAN KALAU MEREKA BENAR-BENAR BERHASRAT UNTUK JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN
ISLAM.
Oleh
Mansor Puteh
Muktamar
demi muktamar telah dianjurkan oleh ‘Parti Islam SeMalaysia’ setiap tahun sejak
parti ini ditubuh dalam tahun 1956, yang dikenali dengan nama singkatannya,
PAS. Para perwakilannya beria-ia beri hujah
dengan pemimpinnya pula beri ucapan berdekah-dekah.
Rakan
kongsi dalam Pakatan Rakyat (PR), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti
Tindakan Demokratik atau DAP juga turut hadir beri sokongan.
Tetapi
kali ini pemimpin utama utama PKR dan DAP tidak hadir. Kemelut perlantikan
menteri besar Selangor membuat ketiga-tiga parti dalam PR bertelagah, dengan Sultan
Selangor bakal membuat keputusan tentang siapa diantara nama yang ketiga-tiga
parti ini telah sembahkan untuk menjadi menteri besar baru.
Sebenarnya
nama yang unggul ialah Azmin Ali seperti yang diura-urakan oleh ramai.
Kontroversi
gambar Azmin yang dikatakan tersebar menunjukkan dia bersama seorang wanita
belum selasai. Jadi tidak hairan kalau ada yang mahu mempertikai kalau dia
dilantik kelak.
PAS dan
PKR sememangnya tidak ada calon menteri besar Selangor. Mereka hany ada nama.
Semua ahli dewan undangan negeri Selangor tidak ada kaliber untuk menjadi menteri besar; mereka juga tidak pernah menunjukkan tahab kepimpinan yang tinggi sebab mereka lebih gemar bergelut dengan kontroversi.
Pemimpin
yang ulung tidak ada masa dengan kontrosersi; mereka mahu cari jalan untuk
majukan negeri atau negara dan bukan sahaja berbakti untuk parti.
Kalau
dia jadi menteri besar, kontroversi atau skandal ini boleh menjadi lebih besar
dan boleh juga menjatuhkannya.
Tetapi
buat PAS yang akhirnya sedar bahawa perkongsian mereka dengan parti lain itu
hanya membawa padah apabila hasrat setiap parti lain itu berlainan dengan
hasratnya sendiri.
Tetapi
apa hasrat PAS sebenanya? Mahu jadikan Malaysia negara Islam??
Ini
tidak mungkin berlaku sebab DAP tidak sokong hasrat ini.
Nak tumbangkan
Umno? Ini juga tidak jadi.
Yang
boleh dan telah berlaku ialah PAS telah berjaya untuk mengangkatkan DAP menjadi
parti Cina yang lebih dominant dan berkuasa sehingga dapat mengenepikan parti
Cina lain seperti DAP dan Gerakan, walaupun DAP dikatakan parti berbilang kaum,
tetapi, oleh sebab bahasa utama mereka bukan Bahasa Melayu tetapi Mandarin ini
membuktikan mereka bukan parti berbilang kaum tetapi parti Cina yang disokong
oleh sejumlah bukan-Melayu yang tidak selesa bersama parti-parti Melayu dan India
lain.
PAS
telah berjaya membuat DAP lebih kukuh. Dan tanpa PAS segelintir pengundi Melayu
tidak akan terpengaruh dan tertarik untuk sokongnya dalam pilihanraya untuk
menguntungkan DAP.
Tanpa
sokongan PAS, DAP akan tumpas. PKR juga akan tumpas.
PAS
sebenarnya bukan sebuah parti politik Islam, sebab dalam Islam tidak ada parti
politik.
Yang PAS
telah berjaya melakukan ialah untuk melemahkan Umno, untuk memberi ruang kepada
DAP tawan Pulau Pinang dan banyak kerusi dewan undangan negeri dan parlimen.
PAS
tidak ada rancangan untuk memajukan kaum dan Ugama Islam.
Ceramah-ceramah dan hujah-hujah serta pidato yang pemimpin mereka beri saban hari tidak sentuh tentang perlunya Umat Islam bersatu dan maju.
Ia hanya
dapat memecah-belahkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.
Ini
sahaja peranan yang boleh dan telahpun dijalankan oleh PAS selama ia ditubuhkan
dalam tahun 1956 dulu.
PAS
tidak akan berjaya mendapat mandat dari rakyat untuk tadbir negara.
Negeri
Kelantan yang ia tadbir selama lebih tiga-puluh tahun juga tidak boleh
dijadikan Negeri Mithali. Kelantan adalah negeri yang paling mundur di Malaysia .
Ramai
anak muda Kelantan terpaksa pergi ke Kuala
Lumpur untuk bekerja dengan membuka gerai makanan
sebab mereka tidak ada pendidikan. Mereka masih bercakap dalam Bahasa Melayu
dengan loghat pekat Kelantan.
Anak
Kelantan yang berjaya dalam bidang pendidikan juga terpaksa bekerja di Kuala Lumpur sebab
Kelantan tidak sediakan mereka sebarang pekerjaan.
PAS
harus dibubarkan kalau pemimpin mereka fikirkan tentang Islam dan Melayu.
Sebab
peranan PAS sudah tidak relevan lagi sekarang. Ia hanya wujud oleh sebab
pemimpin lama PAS degil dan tidak mahu terima hakikat bahawa PAS tidak akan
diterima oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia.
Malah,
tidak terdapat seorangpun muallaf yang sokong parti ini dengan ada diantara
mereka yang memegang jawatan dalam parti.
Kelantan
yang ditadbir PAS adalah bukti PAS dan pemimpinnya hanya boleh bercakap dengan
kabur tetapi tidak secara spesifik untuk majukan kaum dan ugama.
Ramai
pemimpin PAS sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik dengan penampilan
mereka yang tidak sempurna dengan mereka gemuk dan wajah yang tidak menampakkan
nur yang terang dan kuat.
Tidak
seorang pemimpin PAS juga telah diberi pengiktirafan di negara Islam lain
termasuk Indonesia , Brunei dan juga
di negara Arab untuk beri ceramah ugama.
Dan
sehingga kini PAS tidak pernah menerbit buku sejarah perjuangan mereka untuk
menunjukkan yang ia adalah parti yang berjasa kepada Melayu dan Islam.
PAS masih
dianggap sebagai parti Melayu sebab tidak terdapat seorang pemimpin PAS yang
terdiri dari orang Islam dari kaum Cina atau India .
Di sini
juga PAS gagal untuk menunjukkan ia adalah sebuah ‘parti Islam’ dan bukan
sebuah parti berasaskan perkauman.
Dan nampak
sungguh pemimpin parti ini tidak mempunyai pandangan jauh, sama seperti
Mahathir Mohammad yang telah menerima Anwar Ibrahim masuk ke dalam Umno sebelum
dia masuk PAS.
Sebab sejarah membuktikan bahawa Anwar yang sama inilah yang telah menyebabkan perpecahan dikalangan Umno dengan segelintir dari pemimpin barisan kedua mereka tinggalkan Umno untuk turut ikut dia turub PKR.
Dan
sekarang PAS sedar siapa PKR dan Anwar dan Langkah Kajang yang tempang
terkandas di Shahalam tidak berjaya membuat isterinya Wan Azizah dilantik
sebagai menteri besar ganti Khalid Ibrahim seperti ura-ura yang menyatakan
bahawa menteri besar Selangor yang baru yang diperkenankan oleh Sultan Selangor
bukan seorang wanita tetapi dikalangan tiga peserta dari PKR dan PAS.
Yang
jelasnya ialah hampir semua pemimpin utama PAS, PKR dan DAP ada tokoh yang
telah ketinggalan zaman, yang mengguna cara berpolitik yang kolot. Isiu yang
mereka tampilkan juga adalah jenis yang sudah basi.
Itulah
sebabnya sehinggakini PAS tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk
mengemukanan sebarang rancangan untuk majukan kaum dan ugama dalam semua
bidang.
Pemimpin
mereka hanya gemar berpolitik dan mengecam parti lain khususnya Umno dan
Barisan Nasional dan tidak diri sendiri.
Kelantan
yang mereka telah tadbir sekian lama masih mundur dalam semua bidang.
Selangor
yang ditabir oleh PKR dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP sejak beberapa
tahun lalu juga tidak menampakkan sebarang perkembangan dalam semua bidang.
Jadi apa
yang boleh dibanggakan oleh PAS, PKR dan DAP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan