…DENGAN
ORANG AWAM TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI MERATA TEMPAT DAN GUNA CEK UNTUK BAYAR
PEMBELIAN DI PASARAYA.
Oleh
Mansor Puteh
Ciri-ciri
sebuah negara Islam ialah ia bersih dan selamat. Malaysia selamat dibanyak tempat
dan bersih dibeberapa tempat sahaja, khususnya di kawasan awam dimana ada
pemimpin dan sultan menginap, tetapi tidak di tempat yang jauh dari kewujudan
pihak berkuasa.
Amerika
pula boleh dianggap sebagai sebuah negara kafir yang sempurna, yang anehnya
mengamalkan ajaran Islam lebih dari negara yang mengaku mereka negara Islam.
Malah
semua negara barat di Eropah dan Amerika juga adalah negara kafir atau
‘sekular’ yang mengamal ajaran Islam pada kebanyakan seginya dan nilai jahilyah
pada segi lain.
Dan
walaupun tahab moral mereka dikatakan rendah, jika dilihat dari segi pergaulan
rakyatnya, tetapi dari segi kebersihan dan pematuhan kepada undang-undang,
mereka berada ditahab yang tinggi.
Amerika bersih di banyak tempat dan juga selamat dibanyak tempat, tidak kira samada tempat itu dekat dengan kediaman pemimpin mereka atau pejabat pihak berkuasa.
Rakyat
Amerika patuh kepada undang-undang; rakyat Malaysia , kebanyakannya tidak.
Saya
rasa lega setiap kali berada di luar negara, khususnya di Eropah atau Amerika –
negara-negara kafir yang bersih dan aman dengan orang awam tahu dan
bertanggungjawab jaga diri sendiri dan patuh kepada undang-undang.
Keadaan
yang sama juga dapat dirasai semasa berada di beberapa negara Arab yang maju
seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan juga Arab Saudi.
Di
Amerika dulu dan sekarang, orang boleh beli barang-barang di pasaraya dan bayar
dengan menulis cek di kaunter untuk bayar bil.
Orang di
Amerika beli suratkhabar dengan meletakkan wang satu dolar Amerika dalam tin di
atas meja dan ambil sekeping suratkhabar dan pergi.
Di
Amerika orang tidak boleh menjaja di sebarang tempat. Oleh sebab itu kaki-lima
jalan mereka semuanya bersih.
Dan
orang tidak meletak kenderaan di sebarangan tempat, jauh sekali mahu letak
kenderaan pada petak yang dikhaskan untuk orang kurang upaya at atau OKU.
Di
Melaka ada seorang yang menjual suratkhabar cuba mendapatkan orang awam bayar
suratkhabar dengan memintanya meletakkan wang satu ringgit pada masa itu, ke
dalam tin. Dia menulis nota dengan menyatakan yang dia kini berada di masjid
untuk sembahyang.
Apabila
dia balik ke gerainya, dia mendapati suratkhabarnya habis dan tin yang mengisi wang
penjualan suratkhabar hilang.
Inilah Malaysia . Dan
itulah Amerika.
Amerika
sebuah negara kafir. Malaysia
dikatakan sebuah negara Islam.
Tetapi rakyat Amerika yang kebanyakannya kafir atau bukan-Islam mengamalkan nilai Islam yang dituntutkan oleh ugama.
Tetapi rakyat Amerika yang kebanyakannya kafir atau bukan-Islam mengamalkan nilai Islam yang dituntutkan oleh ugama.
Tetapi rakyat Malaysia, termasuk yang Melayu dan yang berugama Islam, hanya mengaku berugama Islam, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaraan Islam sebenarnya, tetapi secara ala kadar sahaja.
Di
Malaysia orang letak kenderaan di merata tempat, membuang sampah di merata
tempat, membakar sampah dimerata tempat termasuk di dalam kawasan perumahan.
Dan
hampir semua talipon awam di tepi jalan rosak.
Dan
hampir semua tempat ditampalkan oleh pelekat-pelekat haram.
Di
Amerika perbuatan jenayah seperti ini tidak atau jarang berlaku dan kemudahan
awam dijaga dengan baik, dan kalau ada talipon awam rosak, ia akan dibaikki
dalam masa tiga hari.
Di
Malaysia kemudahan awam tidak diguna dengan sebaiknya.
Di
Amerika penghuni apartmen di bangunan tinggi tahu cara untuk hidup
beramai-ramai dalam bangunan itu dan mereka jaga lif dan tidak kotorkan tangga
atau membuang sampah dari tingkap apartmen untuk jatuh ke atas tanah atau atas
kenderaan orang lain dan kadang-kadang di atas kepala orang awam.
Di
Malaysia perbuatan ini sering berlaku dengan lif kebanyakannya rosak.
Kawasan
dan bangunan rumah pangsa kos rendah semuanya kotor dengan orang yang tinggal
dalam bangunan itu tidak jaga kebersihan.
Saya
terkejut melihat orang di Amerika bayar pembelian di pasaraya dengan mengguna
cek. Mereka bawa buku cek dan muatkan jumlah dan nama pasaraya dan berinya
kepada petugas di kaunter dan bawa barangan yang dibeli.
Pihak
pasaraya tidak kuatir dengan penipuan yang mereka akan alami.
Di Malaysia banyak syarikat besar tidak mahu terima cek oleh pelanggan. Mereka tahu banyak cek ditendang.
Di
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sesiapa yang tersilap menulis cek dengan salah, dia
boleh dihukum, walaupun dia melakukan kesalahan tanpa disedari.
Di
Malaysia, orang yang menghantar cek untuk membuat pembayaran dengan cek
ditendang tidak diambil tindakan keras oleh pihak berkuasa.
Sampai
bila Malaysia dan rakyat Malaysia boleh
menjadi seperti rakyat di Amerika yang tahu jaga kebersihan dan patuh kepada
undang-undang?
Sampai kiamatpun tahab sivik rakyat
Amerika
tidak guna ugama untuk membuat rakyatnya patuh kepada undang-undang atau jaga
kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan orang awam, mereka guna
undang-undang yang keras dengan cara hukuman berat untuk memastikan rakyat
mereka patuh kepada undang-undang.
Di Malaysia undang-undang digubal tetapi ia jarang dilaksanakan dan tindakan juga jarang dibuat.
Bayangkan:
Kalau seseorang itu buat aduan tentang orang lain membuat pembakaran secara
terbuka di dalam kawasan perumahan, dia akan diberitau oleh petugas di jabatan
berkenaan bahawa tindakan akan diambil dalam masa tiga hari.
Oleh
sebab sikap seperti ini maka berlakulah semua perbuatan jenayah kecil seperti
ini dan juga penampalan bahan-bahan iklan di merata tempat dengan kemudahan
awam dirosakkan.
Sebabnya
ialah tindakan jarang sekali diambil dan kalau adapun ia adalah secara rambang
dan tidak sistematik.
Pemandu
kenderaan di Amerika tidak guna laluan kecemasan di tepi jalan kecuali pihak
berkuasa seperti ambulan dan kenderaan bomba atau polis.
Di
Malaysia, orang awam sering guna laluan kecemasan untuk potong giliran atau
‘queue’, dan pemandu ambulan, kenderaan bomba dan polis juga tidak guna laluan
ini; mereka guna jalan biasa dengan memaksa orang lain memberi laluan.
Mereka
sendiri tidak tahu undang-undang, jadi orang awam yang akhirnya guna laluan
kecemasan untuk potong giliran dengan yang lain meletakkan kenderaan mereka
atau dengan penjana meletakkan gerai mereka di atas laluan kecemasan.
Malangnya
tidak seorangpun ulamak atau ustaz dan ustazah telah dapat peluang untuk
melihat betapa bersihnya Amerika dan negara di barat lain untuk bercakap
tentangnya dan tentang kenapa negara kafir boleh menjadi sedemikian rupa
berbanding dengan negara Islam dan Arab yang kotor dan tidak sempurna, serta
kecoh dengan kelompok mengguna ugama dan politik untuk memecah-belahkan bangsa
sendiri.
Pemimpin
Islam tidak sedar bahawa mereka telah dirusuh oleh dakyah Zionis yang mahu
mereka berpecah dan bergaduh sesama sendiri sebab ia boleh membuat Zionis dan
musuh Islam berpeluk tubuh melihat gelagat pemimpin Arab dan Islam bergaduh dan
berbunuhan sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan