TETAPI
SEKARANG, ULAMAK TIDAK LAGI JADI PAKAR DALAM BIDANG-BIDANG SEPERTI INI; MEREKA
LEBIH GEMAR HUKUM ORANG ISLAM LAIN YANG TIDAK SEIIRING DENGAN MEREKA.
Oleh Mansor
Puteh
Itulah
sebabnya orang Arab dan Islam di seluruh dunia boleh dianggap sebagai
hamba-abdi kepada mereka di barat, sebab alim dan ulamak ‘tersohor’ dan ‘penting’,
hanya pentingkan diri sendiri dan tidak berusaha untuk cari jalan rapatkan
perpaduan Umat Islam dan hanya tahu cari jalan untuk berbalah sesama sendiri,
untuk cari siapa yang lebih hebat tentang ugama dan siapa jahil.
Akhirnya,
dari menguntungkan Islam, mereka merugikan Islam dan menguntungkan bukan-Islam,
dan parti bukan-Islam yang tidak sokong perlaksanaan Hukum Hudud.
Orang
yang telah menghabiskan beberapa tahun belajar tentang Islam yang diharap untuk
menjadi orang yang boleh merapatkan Umat Islam akhirnya menjadi petualang
kepada ugama; merekalah yang kini menyebabkan Umat Islam pecah-belah.
Sebabnya ialah mereka tersesat dan terlupa apa peranan yang mereka seharusnya mainkan.
Sebabnya ialah mereka tersesat dan terlupa apa peranan yang mereka seharusnya mainkan.
Mereka
tidak mainkan peranan untuk merapatkan perpaduan Umat Islam di dalam negara
sendiri dan di seluruh Dunia Islam, dengan memikirkan segala cara yang berkesan
yang boleh membawa kepada perpaduan.
Sebaliknya,
kini mereka lebih bangga untuk cara pelbagai macam cara dan jalan untuk
memecah-belahkan Umat Islam di dalam negara mereka yang menyebabkan seluruh
Dunia Islam berpecah-belah.
Masalahnya
ialah orang yang belajar ugama telah sesat jalan; mereka tidak tahu cari jalan
untuk merapatkan perpaduan Umat Islam, sebab mereka jahil.
Jadi,
mereka mahu tonjolkan diri mereka sendiri dengan mendabik dada dengan berkata
dan beritau kepada semua yang mereka itu hebat tentang ugama, tetapi caranya
ialah dengan mencari jalan untuk memecah-belahkan Umat Islam.
Ya,
mereka rasa bangga kalau mereka boleh menyebabkan perpecahan dikalangan Umat
Islam dan lebih teruk dari itu, mereka sanggup bersekongkolan dengan orang yang
terang-terang mahu biar Umat Islam pecah, dengan menyokong mereka dan
menyanjung mereka.
Ini yang
amat menyedihkan. Mereka sanggup hancurkan perpaduan Umat Islam dengan
mendapatkan sokongan dari pihak yang juga tidak sokong hasrat mereka untuk
menyanjung nilai Islam.
Yang
amat menyedihkan sekali ialah ulamak seperti ini rasa bangga dengan apa yang
mereka telah lakukan iaitu untuk memecah-belahkan Umat Islam di negara sendiri
dan menyalahguna ugama Islam yang mereka bangga tahu seluk-beluknya untuk boleh
keluarkan ‘fatwa’ mereka sendiri, walaupun mereka tidak ada sebarang tauliah
untuk berinya.
Mereka
tidak takut dengan Neraka-Jahanam; mereka pentingkan apa yang mereka dapat di
dunia sekarang dengan pujiaan dari orang satu kepala dengan mereka, orang yang
kononya lebih Islam dari yang lain.
Kalau
ada ulamak terbilang sudah pasti dia boleh mempengaruhi perkembangan Dunia Arab
dan seluruh Dunia Islam.
Tetapi sehingga kini tidak ada seorangpun yang ada pengaruh seperti itu.
Yang ada
beberapa orang yang menonjol bukan sebab mereka pandai tentang Ugama Islam,
tetapi petah bercakap mengguna ugama, dengan kesan yang buruk mereka bawa
kepada umat Islam di negara sendiri dan di Dunia Arab dan di Dunia Islam
umumnya.
Dulu
orang sukar jadi ulamak terbilang; segelintir sahaja yang akhirnya dikenang.
Mereka
dikenang sebagai pakar sains dan pakar matematik.
Mereka mempengaruh bidang ilmu dunia, sehinggakan pakar di Barat terpaksa melutut ke hadapan mereka untuk timba ilmu, yang akhirnya diguna oleh barat untuk terus maju dan maju sehinggakan Dunia Arab dan Dunia Islam melarat, tidak ada pakar setaraf dengan mereka.
Itulah
sebabnya ramai orang Islam dan sarjana kelas ketiga gemar menyebut nama pakar
sains dan pakar matematik Arab dan Islam dulu, dan minta umat Islam sekarang
ikut mereka, walhal, mereka sendiri yang bergelar ulamak dan ustaz dan ustazah
langsung tidak berusaha untuk menjejak kaki untuk timba ilmu untuk jadi pemikir
Islam yang penting sekarang.
Ini yang
sedihnya.
Itulah
sebabnya ramai yang gemar menjadi ulamak dan ustaz dan ustazah yang hanya tahu
cari pasal dengan orang Islam lain, kecam mereka yang tidak seiiring pemikiran
dengan mereka.
Mereka akhirnya tidak akan diiktiraf sebagai orang Islam yang berguna kepada Islam, yang boleh menyebabkan Umat Islam bersatu.
Mereka
gemar memecah-belahkan Umat Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa itu dan
ini untuk memastikan yang mereka didengar.
Tetapi
yang mereka tidak mahu dengar ialah bahawa merekalah yang telah menyebabkan
Umat Islam berpecah.
Tidak ada seorang ulamak yang penting diseluruh dunia sekarang; yang ada hanya beberapa orang keturunan Arab yang petah bercakap keluarkan fatwa yang langsung tidak menguntungkan Umat Islam.
Mereka
tidak mempunyai pemikiran tajam dan tahu untuk beri cadangan bernas yang boleh
dilaksanakan oleh pemimpin politik, yang hanya gemar dengar celoteh mereka yang
kosong sekosong-kosongnya.
Itulah
sebabnya semua negara Arab mundur dan hampir hancur.
Itulah
sebabnya Dunia Islam pada keseluruhannya lesu, tidak ada kemajuan yang boleh
dibanggakan; Orang Islam masih menjadi hamba-abdi kepada pakar barat yang
mengguna pelbagai jenis teknologi untuk mencipta barangan yang diguna setiap
hari.
Akhirnya
Umat Islam seluruh dunia jadi hamba-abdi kepada mereka di barat yang pada
umumnya bukan berugama Islam; mereka pula bukan berugama Kristen dan
Pseudo-Kristen, iaitu Kristen yang bercampur dengan atheisme dan paganisme.
Ulamak
yang ada bangga kalau mereka ada keupayaan untuk pecah-belahkan umat di dalam
negara sendiri.
Cara
yang mereka guna ialah untuk menubuh ‘parti Islam’, untuk membolehkan mereka
mencemuh dan mendapat sokongan dari orang yang lebihkurang sama dengan mereka
yang mahu cari pasal dengan umat Islam lain yang telah kukuhkan kedudukan
Melayu dan Islam, dengan memperkenalkan cara politik sesat.
Mereka
terlepas dari tuduhan dan tindakan mahkamah sebab mereka berselindung di
belakang bidang politk.
Masalahnya
ialah pemimpin negara-negara Islam dulu tidak sedar dengan kehadiran ‘parti
politik Islam’ yang tidak ada dalam ugama itu sendiri.
Mana ada
‘parti politik Islam’? Apa maknanya?
Dengan
mereka menubuh parti seperti ini mereka beri anggapan bahawa parti-parti lain
adalah ‘parti bukan-Islam’ atau ‘parti kafir’.
Ini
tidak benar dan sepatutnya tidak boleh dibenar berlaku.
Parti
Islam sepatutnya tidak digalakkan sebab ia boleh mendatangkan kemudaratan
kepada Ugama Islam itu sendiri.
Itulah
sebabnya di negara Arab tidak ada parti Islam. Yang ada hanya parti politik
biasa yang memperjuangkan nilai Islam. Itu sahaja. Tidak ada ‘parti politik
Islam’.
Di
Malaysia ada ‘parti Islam’. Siapa yang beri mereka kedudukan sebagai sebuah
parti Islam? Dan apakah corak dan cara yang pemimpin parti seperti ini
laksanakan hasrat mereka?
Adakah
ia dengan mencemuhkan orang lain dan tuduh orang lain tidak menyokong nilai
Islam?
Melayu
di Malaysia tidak mendapat sebarang faedah dengan adanya ‘parti Islam’. Ia
telah terbukti memberi banyak keburukan dari kebaikan.
Kebaikannya
tidak ada. Keburukannya laksana banyaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan