Selasa, 29 Oktober 2013

PERGI KE MEKAH UNTUK BERHIBUR SEPERTI BERADA DI DISNEYLAND DAN BELAJAR MENIPU!

…RAKAM VIDIO SECARA HARAM DAN CURI AIR ZAM-ZAM DARI KUMPULAN MENGERJAKAN UMRAH DAN JUAL BALIK KEPADA MEREKA, DAN JUAL KAIN TUTUP KAABAH TIRUAN DENGAN HARGA TINGGI.
Oleh Mansor Puteh




Biasanya orang Islam pergi ke Mekkah untuk buat ibadah, atau dia sudah lama tinggalkan ugama, dan mahu bertaubat supaya bila dia tiba di sana mengerjakan Umrah atau Haji, dia akan menjadi insan yang lebih soleh dan baik.

Dan biasanya bila dia kembali ke Tanah Air, dia akan menjadi orang yang lebih baik dari dulu.

Ini kebaisaannya berlaku.

Tetapi ada juga orang yang mengaku dirinya Islam yang pergi ke Mekkah bukan untuk membuat ibadah, tetapi belajar untuk menipu.

Ada bermacam-macam peluang yang dia dapat untuk menipu orang lain yang semestinya orang Islam lain.

Ia adalah dalam bentuk mencuri air zam-zam, menjual tasbih dan sebagainya.

Tetapi ada yang menipu dengan mengaku mempunyai kain tutub Kaabah, sedangkan kain yang dijual itu bukan kain tutup Kaabah yang asal tetapi kain yang mempunyai tulisan khat yang dibeli di bazar di Arab Saudi.

Malah kain seperti itu yang diguna oleh ramai umat Islam sebagai perhiasan rumah boleh dibeli dimana-mana bazaar di Iran dan negara Islam lain.

Yang sedihnya, orang yang menipu itu adalah orang yang sudah lama tinggal di Mekkah, jadi dia tahu dimana dia boleh cari barang untuk dijual dengan harga yang tinggi dengan membelinya dengan harga yang murah.

Yang mereka tipu itu adalah orang Islam lain yang beria-ia fikir yang kain tutup Kaabah itu adalah kain yang tulen.

Mereka tidak sedar mereka ditipu sebab percayakan orang Islam lain yang kononnya sudah lama tinggal di Mekkah dan sudah pastinya sudah menjadi warak.

Tetapi mereka tidak sedar diantara ramai orang Islam dari Malaysia yang telah lama menetap di Mekkah ada segelintir pergi ke sana bukan untuk buat ibadah.

Mereka ke sana khas untuk menyiaga.

Ada yang pergi ke sana untuk belajar menipu.

Tetapi yang peliknya ialah mereka yang menetap di Mekkah lama ini, tidak mempunyai wajah yang manis, seperti ramai orang Islam yang baru sahaja pulang dari mengerjakan Haji yang mempunyai perwatakan yang baik dan paras yang bersih.

Paras mereka tidak menunjukkan mereka orang warak. Mereka tetap mempunyai waras yang biasa, seperti orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di Mekkah atau mengerjakan Haji yang sebenarnya atau Haji yang Mabrur.

Sekarang ini mengerjakan fardu Haji tidak susah seperti dulu; orang boleh pergi ke Mekkah dengan menaik pesawat dan boleh berhubung dengan sanak-saudara dengan talipon setiap masa dan dengan secara Skype.

Dan masa untuk terbang dari Malaysia ke Mekkah juga tidak lama, sekadar lapan jam, berbanding dengan beberapa minggu dengan menaikki kapal laut dari Perlabuhan Kelang.

Dulu orang menghabiskan tiga-empat bulan hingga enam bulan untuk mengerjakan Haji. Sekarang orang boleh melakukannya dalam masa satu minggu hingga dua bulan.

Jadi, kerja menunaukn fardu Haji sekarang tidak seterik seperti dahulu dan orang juga boleh balik ke Mekkah untuk mengerjakan Umrah setiap bulan.

Tetapi ini tidak bermakna orang yang telah beberapa kali mengerjakan Haji atau Umrah atau telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang Islam yang lebih baik dari mereka yang belum mengerjakannya.

Ramai orang yang tidak berpeluang untuk mengerjakan Umrah atau Haji adalah orang Islam yang lebih mulia berbanding dengan mereka yang telah menetap lama di Mekkah, yang pergi ke sana untuk tujuan perniagaan dan juga menipu!

Dan walaupun mereka akan terus menetap di Mekkah mereka akan terus mencari jalan untuk menipu orang lain yang sudah semestinya orang Islam lain yang percayakan mereka sebab mereka fikir orang yang telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang lebih warak dari mereka sendiri.

Sebab mustahil orang Islam yang telah menetap lama di Mekkah itu akan buat perkara-perkara yang tidak baik yang boleh mendatangkan dosa.

Ada. Ada orang yang pergi ke Mekkah dan menetap lama di situ yang terus menipu. Dan mereka akan terus menipu selagi mereka mahu menipu.

Mekkah bukan sahaja untuk orang warak dan beriman, tetapi ia adalah juga tempat untuk orang menipu dan belajar menipu.

Dan ada orang yang pergi ke Mekkah menunaikan fardhu Haji tetapi menipu syarikat penerbangan dengan menyorokkan barang-barang yang mereka bawa ke dalam pesawat supaya ia tidak melebih had barang yang diberi.

Jadi, sebab apa mereka mahu ke Mekkah?

Saya menunaikan Umrah tidak berapa lama dulu, dan bila saya diberitau mengambil gambar di Masjidil Haram adalah melanggar peraturan, saya langsung tidak mengambil sekeping gambarpun.

Oleh sebab itu saya tidak mempunyai sebarang gambar di dalam masjid ini atau di Masjid Nabawi di Madinnah.

Gambar-gambar yang saya ada adalah gambar-gambar yang diambil di tempat lain.

Tetapi sekarang ini saya dapat lihat orang yang menunaikan Umrah dan juga Haji mempunyai gambar-gambar dan juga vidio yang dirakam di dalam Majidil Haram dan Masjid Nabawi seperti mereka membuat rakaman untuk YouTube atau klip vidio.

Mereka mengguna kamera tangan sebab mereka dilarang membawa alat elektronik rakaman ke dalam kawasan masjid itu.

Dan mereka lebih ghairah menghabiskan masa buat rakaman ini dari mengerjakan Umrah atau Haji, sama seperti mereka lakukan semasa pergi ke Disneyland dan pusat hiburan lain.











Jumaat, 25 Oktober 2013

KL GANGSTER 2 DAN PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU, KEDAH – MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster 2 telah ditayangkan di pawagam, dan sehingga kini kutipannya tidak seberapa berbanding dengan filem asalnya yang berjaya mengutip sedozen juta ringgit.

Mantan menteri besar Kedah kerajaan PAS, Azizan Abdul Razak yang meninggal dan memberi peluang untuk pengundi di kawasan Sungai Limau balik ke peti undi untuk pilih calon pilihan mereka.

Sehingga kini orang Melayu khususnya tidak tahu apa sebenarnya ‘perjuangan’ Azizan yang ramai orang dari parti PAS kata dia telah berjuang sehingga ke penghujung nyawanya.

Dia tidak membawa kemajuan pada Kedah, tetapi telah menyebabkan negeri ini jatuh balik ke Umno dan Barisan Nasional, setelah PAS pegangnya satu penggal sahaja.

Dia mengakhiri riwayat hidupnya dengan kedua belah kakinya dipotong dan kemudian diberi anugerah Tan Sri, untuk menjadi pemimpin PAS yang pertama mendapat gelaran seperti itu, walaupun jasanya kepada negara dan Melayu khususnya tidak tahu apa.

Bagus kalau PAS dapat mengisahkan apakah sebenarnya perjuangan hidupnya yang telah menjangkau begitu lama sehingga berjaya menjadi menteri besar Kedah dari parti ini, yang pertama.

Yang menarik sekali ialah beliau mungkin pemimpin PAS yang pertama dan juga terakhir menjadi menteri besar Kedah.

Nik Aziz yang telah menjadi menteri besar Kelantan lebih lama, hingga lebih tiga-puluh tahun tidak pula difikir layak diberi anugerah Tan Sri, lebih-lebih lagi sekarang beliau sudah meletakkan jawatan untuk membuka peluang kepada muka baru ambil alih jawatan itu.

Penerbit dan pengarah filem tidak pula beritau apa sebenarnya tema filem KL Gangster dan KL Gangster 2. Mungkin mereka tidak ada tema sebenarnya atau sebab utama kenapa mereka mahu buat filem seperti itu.

Dan penonton yang telah menyokong filem pertama mereka juga tidak tahu kenapa mereka suka filem ini dengan membuatnya filem yang paling berjaya di negara dengan mengutip sedozen juta ringgit di pawatam.

Kita boleh teka: KL Gangster 2 adalah sebuah filem tentang Melayu lawan Melayu. Mereka ada kumpulan gangster yang mahu rebut kawasan yang sama.

Dan di sini ada persamaan diantara filem ini dengan PRK Sungai Limau di Kedah. Ia adalah tentang adalah tentang Melayu mahu lawan Melayu.

Dan lagaknya tidak berbeza dengan lagak gangster dengan ada pihak-pihak yang mahu bertekak dan maki-hamum semasa berkempen, untuk membuktikan pihak lawan tidak baik berbanding dengan mereka, dengan pihak PAS mengguna pembesar suara atau ‘loud hailer’ yang tidak dibenarkan semasa penamaan calon beberapa hari lalu.

Dan walaupun sesiapa yang mahu adakan ceramah mesti mendapat kebenaran atau permit dari polis, tentu ada pihak tertentu yang tidak akan endahkan peraturan ini. Mereka bersikap seperti gangster atau ahli kumpulan haram atau gelap yang terang-terang berani langgar peraturan dan undang-undang negara yang mereka beria-ia mahu tadbir. 

Inilah tahab politik di Malaysia apabila orang yang bertanding mahu buktikan kepada pengundi pihak lawan adalah tidak baik; mereka tidak mahu tunjukkan yang mereka itu baik.

Mungkin pihak lawan tidak ada yang baik untuk dibincangkan, jadi mereka kecam pihak lain iaitu kerajaan.

Dalam banyak ceramah politik inilah sahaja cara yang digunakan oleh ahli politik pembangkang.

Jadi isiu sebenarnya tentang PRK Sungai Limau ialah mengenai Melayu lawan Melayu yang mahu rebut kawasan yang dikuasai oleh Melayu.

Orang Islam berlawan dengan Orang Islam lain untuk membuktikan bahawa pemahaman mereka tentang ugama Islam itu sendiri begitu cetek, sehinggakan mereka sanggup ketepikan ugama demi mahu tonjolkan diri sendiri yang kononnya mempunyai primsip yang boleh beri kebaikan dan kemajuan kepada pengundi di Sungai Limau, yang telah sekian lama tidak dapat mengecapi kemajuan, maupun dari Umno atau PAS.


Jangan sampai perpaduan umat Islam di Malaysia akan hanyut dalam Sungai Limau, yang sepatutnya dibiarkan airnya mengalir dengan tenang.

Sabtu, 19 Oktober 2013

FILEM KL GANGSTER 2, SEPATUTNYA DIHARAMKAN. IA BUKAN FILEM PENTING, TIDAK ADA ASPEK SATIRA, MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster dan KL Gangster 2 boleh menjadi filem penting, kalau ia ada aspek satira yang menunjukkan Melayu lawan Melayu tanpa sebab, atau untuk menawan kawasan, seperti dalam pertandingan parti politik dimana ramai orang mahu kerusi atau kawasan, tujuan mereka ialah untuk mendapat faedah darinya, dan lebih penting dari itu, kekayaan untuk diri sendiri.

KL Gangster 2 seperti yang ada dan filem KL Gangster dulu hambar; ia tidak ada sebarang makna, sekadar filem hiburan ringan yang mempermain-mainkan Melayu.

Mana ada kumpulan gangster Melayu seperti yang dipaparkan dalam filem-filem ini?

KL Gangster dikatakan telah mengutip lebih dua-belas juta ringgit di pawagam sementara filem ikutan atau sambungannya tidak mendapat kutipan seperti itu.

Malah filem ini telah diedar secara haram dalam internet dan juga dalam bentuk DVD di pasar malam, sebelum ia ditayang di pawagam lagi.

Oleh sebab itu, dan mungkin kutipan untuk filem ini tidak membanggakan.

Mungkin sebabnya ialah ramai telah menontonnya sebelum ini, atau mungkinkah penonton Melayu rata-rata sudah jadi bosan dengan filem seperti ini?

Mungkin, mungkin…ada sebab-sebab lain.

Tapi yang jelasnya ialah kutipan untik filem tempatan sejak kebelakangan ini telah jatuh.

Ada yang dibuka di pawagam dengan senyap, dan ditarik balik dari pawagam dengan senyap juga.

Tidak tahu pula bagaimana sambutan terhadap filem ala barat iaitu Vikingdom.

Ia mungkin boleh menarik perhatian penonton Melayu dan bukan-Melayu sebab ia adalah filem ala barat atau ala Hollywood.

Tetapi nampaknya ramai penonton tempatan tidak kagum dengannya.

Oleh sebab itu tidak tahu pula berapa kutipan untuk filem ini, yang telah dibuka awal bulan ini dan ia tidak nampak telah menarik perhatian penonton dan orang awam.

Amat menghairankan kenapa orang Melayu yang sibuk mahu terbit filem tentang sejarah Viking di Norway dulu.

Dan perbelanjaan yang telah digunakan dikatakan sebanyak RM20 juta. Dan filem ini telah dibuka di Amerika dan United Kingdom dan dibeberapa buah negara lain dengan penjualan hak DVD dilakukan.

Tetapi apa kesannya kepada filem ini?

Ternyata sekali Viking tidak berjaya melonjakkan nama pengarah filem ini maupun syarikatnya.

Berbalik kepada KL Gangster 2, nampaknya filem ini juga lesu.

Yang mahu bincangnya hanyalah penerbitnya sahaja yang merungut sebab karya syarikatnya telah diedar secara haram oleh pihak lain. Siapa mereka?

Siapa yang ada peluang untuk edar filem ini di internet dan juga dalam bentuk DVD?

Bukan mudah untuk orang lain yang boleh dapat salinan filem ini?

Tetapi apa yang harus dipelajari ialah kenapa sistem pengedaran filem Melayu mesti lagi dibiarkan oleh bukan-Melayu laksanakan?

Sampai bila mesti pengedaran filem Melayu mesti dibiarkan berada di dalam keadaan ini?

Kementerian dan pemimpin Melayu tidak peka. Mereka tidak lihat perusahaan pembuatan filem sebagai sebuah kegiatan penting.

Oleh sebab itu mereka dan pakar ekonomi, psikologi, sosiologi dan sejarah juga tidak mahu bincang mengenainya.

Mereka adalah pakar berat sebelah dan pakar dalam kelambu.

Dan tidak ada sebuah parti politik Melayu yang telah bincang tentang perfileman dalam mana-mana persidangan dan mesyuarat yang mereka anjurkan saban tahun.

Pemimpin mereka yang tidak berkelayakan tinggi hanya boleh beri ucapan berdekah-dekah tentang perkara yang kabur dan tidak terperinci.

Oleh sebab itu mereka telah gagal beri sebarang nasihat atau cadangan kepada pucuk kepimpinan untuk majukan tahab ekonomi Melayu di negara sendiri.

Itulah sebabnya kenapad bukan-Melayu khususnya Cina masih mengatasi dalam semua bidang termasuk pembuatan filem.

Dan KL Gangster 2 sepatutnya boleh dilonjakkan tahab pencapaiannya kalau pengarahnya telah membuatnya dalam bentuk dan niat lain, iaitu untuk menunjukkan bahawa Melayu suka bergaduh sesama sendiri.

Kalau tema ini dapat diselitkan dalam filem ini, sudah pasti ia boleh menjadi sebuah filem yang dianggap penting, sebuah filem yang direka oleh pengkarya filem yang berjiwa Melayu.

Tetapi malangnya, pengarahnya tidak berbuat demikian. Dia tidak mampu melihat plot filemnya dari segi ini.

Kalau dia peka dan kalau dia bijak, dia boleh selitkan tema ini untuk mengangkatkan filemnya ke tahab yang lebih tinggi, dan bukan sekadar filem hiburan tetapi filem yang berwawasan.

Malahan pula tidak ada sebuah filem Melayu yang mempunya elemen satira. Semua filem yang telah diterbitkan adalah untuk hiburan semata-mata.

Sebaliknya pula KL Gangster 2 seharusnya telah diharamkan dari ditayangkan diseluruh negara, sebabnya ialah ia memberi gambaran buruk terhadap Melayu yang dipaparkan sebagai orang yang tidak patuh kepada undang-undang.

Melayu dalam KL Gangster 2 adalah Melayu yang tidak berpedoman dan tidak berugama.

Ia hanya sebuah babak yang dipanggil ‘denouement’ atau penyesalan. Tetapi ia tidak berkesan sebab penonton tidak akan percaya dengan penyesalan yang diutarakan oleh watak jahat dalam filem ini; mereka akan tertarik dengan gelagat mereka jadi gangster dan ambil tindakan luar batas undang-undang.

Orang tidak perlu menonton seluruh filem ini untuk membolehkannya bincang tentangnya.

Orang boleh lihat sahaja klip yang diulang beberapa kali di televisyen untuk menentukan jenis apa filem ini dan sejauh mana ia boleh bawa penonton menghayatinya.


Bolehkah penonton disajikan dengan filem sambungan iaitu KL Gangster 3 dimasa depan?

Harap tidak. Cukuplah tu, wahai pengarah, wahai penerbit filem ini. 

Selasa, 15 Oktober 2013

HAMPIR SEMUA ORANG MELAYU ADA SAUDARA DEKAT ATAU JAUH YANG MENJADI ANGGOTA PASUKAN BERSENJATA ATAU BERPAKAIAN SERAGAM SEPERTI POLIS, TENTERA DAN BOMBA DAN SEBGAINYA.

…DAN PUSAT HIBURAN DAN HARAM DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Faktanya memang jelas: Setiap orang Melayu ada saudara dekat atau jauh yang menjadi anggota berpakaian seragam seperti polis, tentera dan bomba.

Ada yang mempunyai lebih dari seorang yang kini berkhidmat dalam pasukan bersenjata, yang bekerja untuk menjaga keamanan dan ketenteraman negara, tidak kira diperingkat apa, dari prebet sehingga ke pegawai.

Tetapi setiap orang Cina dan India, pula, tidak.

Malahan kebanyakan orang Iban dan Kandazan di Sabah dan Sarawak juga boleh berkata mereka ada saudara dekat atau jauh yang berkhidmat dalam pasukan bersenjata atau berpakaian seragam.

Mungkin ada sebabnya kenapa ramai anak muda dari Sarawak dan Sabah berminat untuk masuk pasukan bersenjata, dan ia adalah tidak lain untuk menjaga keselamatan negeri-negeri mereka dan juga negara Malaysia yang mereka sudah setuju untuk bergabung dengan tertubuhnan Malaysia pada 16 September, 1963 dulu.

Jadi, mereka ada perasaan cintakan negara.

Dan berapa peratusan orang Cina yang boleh dikatakan yang mempunyai saudara jauh dan dekat yang pernah menjadi anggota pasukan bersenjata?

Mungkin ramai yang mempunyai saudara lama yang pernah terlibat dengan pergerakan komunis atau kongsi gelap, atau mereka yang telah beri sokongan secara senyap-senyap kepada pergerakan haram ini?

Peratusannya sudah pasti tinggi. Ini disebabkan ramai orang Cina pada masa dulu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap yang pada suatu ketika itu adalah suatu kegiatan yang diamalkan oleh ramai pemuda keturunan Cina, khususnya mereka yang menetap di bandar dan pekan besar di seluruh negara, sehinggakan pusat-pusat dimana mereka ‘mengusasi’ menjadi kawasan larangan kepada anak muda Melayu.

Dan pusat-pusat yang dikuasai oleh mereka itu biasanya adalah pusat hiburan dimana terdapat juga kegiatan haram.

Di Bandar Melaka dulu terdapat sebuah kawasan seperti itu iaitu yang dikenali dengan nama City Park di Jalan Bunga Raya.

Dan di sini terdapat pusat hiburan yang hidup pada waktu malam, yang mana ramai anak muda Melayu di bandar ini takut untuk pergi pada waktu malam, bila ramai ahli kumpulan gelap Cina berkeliaran.

Mereka mempunyai gaya dan lagak tersendiri dengan tatu berbentuk singa, harimau atau naga dan juga ular.

Oleh sebab kebanyakan mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi, jadi mereka tidak dapat bekerja di jabatan awam.

Dan ramai mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dan ikut kegiatan haram, akan mendapat pekerjaan di majlis perbandaran angkat sampah dan juga tahi manusia.

Cuma mereka yang enggan bekeraja dengan majlis perbandaran sahaja yang masuk kumpulan haram, sebab ia memberi pendapatan lebih lumayan walaupun ia adalah haram.

Melaka dulu tidak seperti sekarang. Dan Jalan Bunga Raya dimana terletaknya City Park sudah berubah.

Malah City Park juga sudah lama tutup.

Pawagam-pawagam Federal, Rex dan sebuah pawagam kecil di bahagian dalam taman hiburan ini iaitu Sun sudah lama ditutup.

Sun memainkan filem-filem lama dengan mengenakan tiket sekadar empat-puluh hingga enam-puluh-lima sen, mengikut kelas.

Federal dijadikan kedai tetapi tidak lama ia juga ditutup.

Malahan, seluruh kawasan di sini kini kelihatan sepi.

Tentu keadaan seperti ini sama dengan di Bukit Bintang di Kuala Lumpur dimana ada Bukit Bintang Park atau BBP, yang juga merupakan pusat hiburan dimana terdapat kegiatan hiburan dan haram berlaku.

Tetapi kini kawasan Bukit Bintang sudah berubah menjadi pusat pelancongan dan membeli-belah yang penting, yang akhirnya sudah hilang pengaruh Cinanya dengan bertambah ramainya pelancong dari luar negara termasuk dari negara Arab sehinggakan kini terdapat apa yang dipanggilkan Little Arabia.

Di bandar dan pekan besar lain seluruh negara juga terdapat pusat-pusat seperti itu dimana kegiatan haram dilakukan terang-terang pada suatu ketika dahulu.

Melayu sudah berpindah dari kampong ke kawasan bandar, jadi tidak hairanlah kalau semua pusat hiburan dan haram dulu yang dikuasai oleh kumpulan Cina kini sudah berubah.

Dan mana ada sebarang penulis Cina dan India di Malaysia yang telah menghasilkan sebarang buku, novel atau cerpen termasuk sajak tentang keberanian orang Cina dan India mempertahankan negara?

Mana ada lagu patriotic dalam bahasa Mandarin dan Tamil?

Mana ruang tentang ketenteraan dalam akhbar dan majalah Mandarin dan Tamil?

Malah di negara lainpun kecuali Singapura, tidak ada seorang tokoh negara tersebut yang telah berjuang mempertahankan negara dimana mereka berada sekarang.

Di Amerika, tidak ada seorang askar keturunan Cina atau India yang telah dihantar ke luar negara, jauh sekali mempunyai seorang wira negara tersebut dari kalangan kaum-kaum pendatang ini.

Malah yang menjagakan ketenteraman dan keamanan di Malaysia, terletak di atas bahu orang Melayu.

Malangnya, yang mendapat ganjaran besar ialah kaum Cina yang boleh menjalankan perniagaan mereka dengan mudah, sehinggakan mereka dibenar untuk menjalankan perniagaan halal, walaupun mereka bukan berugama Islam.

Kenapa mereka mahu terlibat dengan perniagaan halal? Sebab mereka boleh dapat keuntungan.

Dan kenapa mereka mahu terlibat dengan perbankan Islam? Sebab mereka boleh dapat keuntungan.

Tetapi kenapa mereka tentang hukum Hudud? Sebab ia adalah hukum untuk orang Islam sahaja, kata mereka.

Tetapi tidakkah perniagaan halal dan perbankan Islam itu mematuhi hukum Islam?

Mereka hanya mahu guna hukum Islam kalau mereka boleh mendapat keuntungan dalam bentuk kewangan.

Tetapi mereka tidak tahu yang mengawal hukum halal dan perbankan Islam adalah hukum Hudud.

Tanpa ada hukum Hudud, sistem perniagaan dan pemakanan serta kewangan Islam tidak boleh wujud dengan sempurna.

Dan berapa ramai orang Cina dan juga India yang terlibat dengan perniagaan halal dan perbankan Islam di Malaysia?

Jumlahnya besar.

Tetapi berapa ramai orang Cina dan India yang mempunyai saudara-mara jauh atau dekat yang terlibat mempertahankan negara dengan menyertai pasukan bersenjata? Jumlahnya tidak seberapa.





Sabtu, 12 Oktober 2013

PERASAAN DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG AMERIKA, TETAPI TAK KENA TEMPAT.

…ORANG MELAYU KHUSUSNYA YANG TIDAK PERNAH BELAJAR DAN MENETAP DI AMERIKA SAHAJA YANG MAHU MAKAN DI RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA!
Oleh Mansor Puteh




Apa sebenarnnya yang mendorong orang Melayu pergi berduyun-duyun ke restoran makanan segera Amerika?

Apa sebenarnya yang mengalak orang Melayu dikalangan anak muda yang ghairah dengan muzik dan filem serta rancangan televisyen dari Amerika?

Tentu ada sebabnya.

Bagaimana perkara ini atau masalah ini boleh berlaku, dan siapa yang menyebabkannya berlaku?

Dulu orang Melayu tidak begitu. Tetapi sekarang ramai orang Melayu yang gemar makanan Amerika, menonton rancangan hiburan dari Amerika serta berlagak seperti orang Amerika.

Mereka yang terpengaruh dengan dakyah Amerika tidak sedar apa yang mereka lakukan, sebab mereka tidak ada pertahanan diri dan kesedaran,

Ia adalah satu pemandangan yang amat menyedihkan; terdapat lebih ramai orang Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika, berbanding dengan kaum lain.

Dan apa yang saya dapat perhatikan ialah mereka yang pergi ke sana, tidak kira Melayu atau bukan-Melayu hampir semuanya terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar dan menetap di Amerika.

Sebaliknya, semua rakan-rakan saya yang belajar dan menetap di Amerika beberapa tahun tidak berminat langsung untuk pergi ke restoran seperti itu.

Malah mereka yang gemar guna perkataan Inggeris dalam perbualan dalam Bahasa Melayu, terdiri dari mereka yang juga tidak faseh berbahasa Inggeris atau yang pernah belajar dan menetap di Amerika.

Mereka rasakan kalau mereka mahu menunjuk seperti mereka faseh berbahasa Inggeris, mereka harus guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian yang biasanya dilakukan dalam Bahasa Melayu itu sendiri.

Ini yang menyedihkan.

Orang Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika dan yang mahu atau suka guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian mereka, sebenarnya mempunyai masalah jati-diri.

Maksudnya, mereka tidak ada jati-diri Melayu yang sebenarnya.

Mereka mahu berlagak seperti orang Amerika Palsu atau Tiruan atau Fake Americans atau Pseudo-Americans.

Kalau mereka pernah ke Amerika, walau satu haripun, sudah pasti mereka tidak akan beria-ia mahu berlagak seperti orang di sana.

Mereka yang tidak pernah ke Amerika dan menetap lama di situ, termasuk menetap di England dan negara-negara Kulit Putih lainpun tidak akan mahu berlagak seperti orang di sana.

Malah, orang Melayu yang menetap di negara-negara Barat itu, semuanya lebih Melayu dan tidak mahu berlagak seperti Mat Salleh Celop.

Dan wanita Melayu khususnya yang suka mengguna mekap dan pakaian yang kononnya mempunyai fesyen terkini boleh dikatakan semuanya terdiri dari mereka yang terikut-ikut dengan gaya Amerika yang mereka dapat lihat dalam televisyen atau media cetak.

Malahan semua kumpulan rap dan heavy metal atau rock yang ada di Malaysia terdiri dari anak-anak Melayu yang rata-rata tidak faseh berbahasa Inggeris atau yang pernah belajar dan menetap di luar negeri.

Merekalah yang gemar bercakap dalam bahasa Inggeris dalam loghat Amerika, yang mereka tiru dari menonton filem atau rancangan televisyen lain.

Dan merekalah juga yang berduyun-duyun pergi ke persembahan oleh penghibur dan penyanyi dari Amerika dan barat.

Sedangkan mereka yang pernah menetap di Amerika dan di luar negara tidak berminat untuk buang ratusan ringgit untuk beli tiket menonton persembahan seperti itu.

Ia adalah persembahan yang jelek, hodoh dan yang dipersembahkan oleh penghibur Amerika yang teridiri dari mereka yang tidak berpendidikan.

Boleh dikatakan hampir semua penghibur Amerika dan di England terdiri dari mereka yang gagal di sekolah; jadi mereka terpaksa guna suara mereka untuk menyanyi dengan yang lain masuk dalam bidang hiburan dan senilakon untuk cari nafkah hidup.

Dan kalau mereka sering dapat publisiti meluas dalam akhbar ia adalah disebabkan kebanyakan wartawan dan penyunting ruang hiburan juga terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar dan menetap di Amerika.

Jadi mereka, seperti orang Melayu lain yang gemar makan di restoran makanan segera Amerika, juga rasa malu kalau mereka tidak sokong penghibur dari Barat, dengan menyiarkan segala apa berita tentang mereka, walaupun berita itu adalah tentang mereka yang kurang terkenal di Malaysia.

Jadi, mereka sama seperti yang bekerja di stesen televisyen yang gemar ke pesta dan pemasaran filem dan televisyen di Eropah dan Amerika dengan membeli rancangan dari Amerika khususnya untuk disiar oleh stesen mereka.

Ini juga disebabkan bahawa dengan cara ini mereka dapat melantong pergi ke luar negara makan angina, sambil beli rancangan televisyen dan jadikan stesen televisyen mereka stesen propaganda Amerika.

Televisyen di Malaysia telah mula diadakan dalam tahun 1963, tetapi sehingga kini, lebih lima-puluh tahun, ia masih bergantung kepada negara Amerika dan juga Hong Kong serta India untuk mendapat rancangan.

Masalah ini menjadi-jadi dengan adanya Astro yang lebih menyiarkan rancangan dari Amerika dan negara asing dari negara sendiri.

Mereka ada beberapa stesen yang menyiar rancangan tempatan, tetapi ia tidak seberapa.

Mereka juga tidak berusaha untuk menyiar rancangan dari negara Arab dan Islam lain termasuk dari Afrika dan Amerika Selatan dan sebagainya.

Mujur saya ada pendidikan formal dalam bidang pengiklanan, jadi saya tahu untuk tidak jadi mangsa propaganda yang diguna oleh pihak asing khususnya dari Amerika yang mahu mengubah pemikiran dan tindakan orang Melayu untuk lebih gemar dengan cara hidup dan makanan mereka dari cara hidup dan makanan sendiri.

Tetapi tidak ramai orang Melayu yang mempunyai sikap dan pandangan seperti itu.

Itulah yang menyebabkan ramai diantara mereka yang jadi mangsa propaganda pengiklanan yang mahukan mereka benci dengan diri sendiri dan lebih gemar cara hidup termasuk makanan Amerika.








Selasa, 8 Oktober 2013

PERSIDANGAN TENTANG PALESTIN BODOH ANJURAN YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA.

…IA TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT PALESTIN DAN KEAMANAN DUNIA, JAUH LAGI MAHU GUGAT KEDUDUKAN ZIONIS DI TIMUR TENGAH.
Oleh Mansor Puteh


Yayasan Kepimpinan Global Perdana atau Perdana Global Peace Foundation (PGPF) telah mula menganjurkan sebuah persidangan tentang Palestin pada tahun 2004, tapi masalah di Palestin tidak juga selesai.

Dan Yayasan ini telah menganjur persidangan yang sama beberapa kali sehingga tahun ini dan juga sebuah Tribunal Jenayah Peperangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International War Crimes Tribunal untuk membicara jenayah yang dilakukan oleh Presiden George W Bush dan Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Dan mereka menjemput puluhan orang yang kononnya tokoh dalam pelbagai bidang untuk bercakap, tetapi ramai yang berceloteh dan menceceh sahaja.

Sedangkan masalah di Palestin tidak juga selesai.

Dan George W Bush dan Tony Blair juga tidak menerima sebarang tamparan; dan mereka terus hidup aman dan bahagia selepas bersara dari jawatan masing-masing.

Amerika terus mengganas dan negara Arab terus berpecah dan hancur, dengan Mesir menjadi negara Arab yang paling teruk diikut dengan Syria.

Iran juga menerima kecaman dan menjadi sasaran. Mujur Iran bukan seperti negara-negara Arab yang lain, jadi kecaman dari Zionis dan Amerika tidak dapat dilanjutkan kepada serangan seperti Afghanistan dan Iraq dulu, yang sehingga kini terus musnah.

Apa sebenarnya yang mahu dicapai oleh Yayasan ini?

Mereka belanjakan puluhan juta ringgit untuk menganjur persidangan tersebut dan satu hapahpun mereka tidak dapat capai.

Dan sudah pasti mereka akan menganjur persidangan yang sama atau yang hampir sama dimasa depan, dan keputusannya atau kesannya juga tidak seberapa, seperti dulu.

Dan mereka akan jemput tokoh dari Amerika dan Kanada yang sama, yang akan bercakap tentang perkara yang sama.

Ada seorang profesor undang-undang dari Kanada yang kecam CIA.

Tetapi apa yang dia tidak tahu ialah CIA adalah CIA, dan sebarang apa kecaman yang dilemparkan kepadanya, tidak akan merubah sikap dan tindakan yang mereka telah lakukan selama ini.

Dr Mahathir, selaku presiden atau pengerusi Yayasan ini akan terus bercakap tentang perkara yang sama, dan dia akan mendapat tepukan gemuruh dari para pembentang kertaskerja atau ahli panel dan orang awam.

Tetapi orang di Palestin akan terus diserang oleh Zionis dan ada yang akan mati dalam serangan ini.

Dr Mahathir juga akan dilihat sebagai penyokong kuat Palestin.

Tetapi kesannya seluruhnya adalah tidak seberapa.

Jutaan ringgityang telah dibelanjakan untuk menganjur persidangan yang telah diadakan itu sepatutnya diguna untuk membantu rakyat Palestin, dari digunakan untuk penganjuran persidangan tersebut.

Dan ramai orang yang telah dijemput bercakap dalam persidangan yang telah diadakan, sepatutnya tidak dijemput.

Sebabnya ialah mereka tidak pernah bercakap tentang perkara yang bijak atau penting. Mereka cuma tahu meluahkan perasaan marah sahaja.

Ada juga ahli panel yang dijemput dari Israel, dan mereka juga tidak bercakap tentang perkara yang bijak yang orang lain tidak tahu tentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhaap rakyat Palestin.

Apa yang Yayasan ini boleh dan mesti lakukan ialah untuk membuat penyelidikan secara bersungguh-sungguh untuk memastikan bagaimana Zionis dapat mempengaruhi Amerika sehinggakan mereka boleh lakukan segala apa yang bertentangan dengan pegangan negara itu sendiri dan Perlembagaan Amerika.

Kalau ini telah dilakukan dan dengan senyap-senyap, sudah pasti mereka akan dapat tahu apakah masalah sebenarnya di Timur Tengah sekarang dan bagaimana mereka boleh mengatasi masalah itu, dengan membabitkan pemimpin Arab di negara-negara di sekelilling Israel sekarang.

Tidak ada guna untuk Yayasan atau sesiapa bercakap tentang Zionis dan Israel tanpa tahu apa faktor yang menyebabkan pemimpin Zionis terus bermaharaja-lela dan terlepas dari kecaman rakyat Amerika yang kini menderita sebab negara mereka menghabiskan belasan bilion dolar Amerika setahun untuk beri dana khas kepada negara Zionis itu.

Ia adalah pembaziran wang yang boleh digunakan untuk kebaikan rakyat Amerika sendiri dan bukan untuk terus mengkuhuhkan kedudukan negara Zionis yang mengguna dana tersebut untuk menguatkan kuasa tenteran mereka dan membuka kawasan penempatan haran di tanah Palestin secara berterusan seperti apa yang berlaku sekarang.

Sehinggakan pemimpin Palestin tidak dapat peluang untuk berbincang dengan pihak Zionis di meja perundingan, sebab tanah mereka sudah banyak dirampas dalam masa Zionis dan Amerika mahu tuntut pemimpin Palestin kembali ke meja tersebut.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan Zionis dan Amerika boleh terus bermaharaja-lela.

Dan faktor-faktor inilah yang seharusnya ahli panel yang dijemput oleh Yayasan ini bincangkan dan bukan perkara-perkara lain yang sudah diketahui oleh umum.

Dan kenapa Bush dan Blair mesti diheret ke dalam sebuah mahkamah atau tribunal seperti itu?

Sedangkan mereka tidak akan dikecam dan dihukum?

Dan kalau mereka enggan terlibat dengan tribunal itu untuk menjawap segala tuduhuan yang dilemparkah dalam tribunal, maka tribunal sudah boleh dan lama dulu buat keputusan dan hukum mereka tampa membuang masa dengan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam yang mewakili mereka yang menuduh dan peguam yang dilantik bagi mempertahan mereka yang dituduh.

Akhirnya Yayasan akan dituduh untuk mempermain-mainkan isiu sebenar, sementara rakyat Palestin terus menderita.

Ada yang telah mati diserang oleh tentera Zionis bila mereka mahu pergi ke Gaza hantar barang-barang seperti makanan.

Apa lagi yang Yayasan ini mahu capai dengan hanya bercakap, berceloteh dan menceceh tentang masalah di Palestin yang ahli panel setia mereka telah lakukan sejak 2004 sehingga sekarang?

Dan bila lagi Yayasan akan anjur persidangan seperti ini?

Tahun 2014 adalah masa yang paling sesuai, sebab ia adalah genap sepuluh tahun Yayasan ini mula anjur persidangan tentang Palestin.






Sabtu, 5 Oktober 2013

PERJUANGAN CHIN PENG BELUM SELESAI – SIAPA YANG MAHU PERJUANGKAN RANCANGAN DIA?

Oleh Mansor Puteh



Walaupun Parti Komunis Malaya atau KPM atau Communist Party of Malaya (CPM) sudah terkubur, bila Chin Peng dan rakan-rakannya berjanji untuk letak senjata, dan Chin Peng atau Ong Boon Hua sendiri telah meninggal dunia pada 16 September – pada Hari Malaysia ke-50 yang juga kebetulan ulangtahun kelahiran Lee Kuan Yew yang kesembilan-puluh, tetapi perjuangan komunis dan Chin Peng belum selesai.

Siapa yang beria-ia mahu perjuangkan rancangan mereka?

Chin Peng tidak dibenar balik atau datang atau melawat Malaysia semasa dia masih hidup sebab dia kata dia dilahirkan di Setiawan, Perak di mana dia masih mempunyai anak dan saudara dekat lain yang menetap di situ.

Dan hasratnya untuk abunya dibawa ke Malaysia sekarang selepas dia meninggal dunia dan mayatnya dibakar di sebuah kuil Buddhis di Bangkok minggu depan, juga tidak kesampaian.

Kerajaan dan ramai orang tidak benarkan Chin Peng laksanakan hasratnya, yang orang semua boleh teka dan agak apa sebabnya maka dia mahu abu badannya dibawa ke Malaysia sekarang.

Ia tidak lain untuk dijadikan satu tokong baru atau pusat mendewanya.

Ya, sekarangpun ada sekelompok manusia yang terang-terang mendewakannya seperti dia seorang pejuang.

Memang Chin Peng dan KPM pernah dijemput berarak di London selepas Perang Dunia Kedua sebab mereka telah juga membantu penjajah Inggeris tumpaskan kuasa Jepun yang telah menjajah Tanah Melayu.

Tetapi perjuangan KPM bukan untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun tetapi untuk selematkan ramai orang Cina yang diburu oleh Jepun, yang sebelum ini mempunyai angkara dengan Negeri Cina, dalam mana mereka telah menguasa sebahagian negeri itu.

Dan Jepun merampok dan membunuh ratusan ribu orang Cina di negeri itu dan apabila mereka berjaya tawan Tanah Melayu, orang Cina di sini turut jadi sasaran mereka.

Itulah sebabnya KPM beria-ia mahu bantu Inggeris untuk tumpaskan Jepun.

Namun, Inggeris dan KPM masih gagal sebab Jepun lebih berkuasa.

Jepun hanya terpaksa mengaku kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dimusnahkan dengan bom atom oleh Amerika pada 6 dan 8 Ogos, 1945 dulu, yang menyebabkan Jepun lumpuh dan dengan ini kuasa mereka di Tanah Melayu dan negara-negara di Asia turut terlepas dari penjajahan mereka.

Komunis adalah anarkis.

Malangnya mereka yang menggangap diri mereka western-liberal atau liberal-barat boleh juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini, sebab tindak-tanduk mereka adalah seperti anarkis; sebab mereka tidak takut dengan kuasa dan suara keramat majoriti.

Mereka ambil bahagian dalam pilihanraya sebab ia untuk membuat mereka diterima oleh orang awam dibawah Perlembagaan untuk mendapat tempat dalam aliran politik tanah air.

Namun, mereka masih tidak terima keputusan dimana mereka kalah. Mereka hanya terima keputusan pilihanraya bila mereka menang kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dimana mereka bertanding.

Kaum anarkis di Malaysia sekarang mungkin tidak mengaku mereka anarkis, jauh sekali komunis.

Tetapi apa bezanya seorang anarkis dan komunis?

Anarkis adalah perkataan yang longgar; yang meliputi fahaman kebaratan dan keparatan, dan mereka yang boleh digelar sebagai anarkis itu terlepas dari dikecam sebagai komunis.

Sebenarnya, mereka adalah ‘komunis baru’ yang takut guna nama ini tetapi bertindak seperti liberal kononnya.

Dalam zaman yang baru ini, mereka tidak guna senjata seperti kadre KPM, tetapi mereka guna senjata IT, dan wujud di alam maya, dan sekali-sekala hentak tumit mereka di atas jalan dengan menempek slogan kosong yang mempunyai kata-kata yang sudah lama basi.


Selasa, 1 Oktober 2013

RAMAI SUDAH BACA SYAHADAH DAN MASUK ISLAM, TETAPI RAMAI BELUM BERSEDIA JADI UMAT ISLAM.

…KAUM KAFIR LEBIH DAPAT FAEDAH DARI ISLAM.
Oleh Mansor Puteh


Ramai orang Melayu sudah baca Syahadah dan mengaku sudah jadi Orang Islam. Tetapi yang malangnya, ramai diantara mereka itu belum lagi bersedia jadi Orang Islam sebenarnya.

Dari segi perwatakan dan juga pakaian, kita nampak mereka itu orang Islam.

Tetapi dari segi tingkah-laku dan tabiat, mereka tidak menampakkan yang mereka itu orang Islam sebenarnya.

Ramai orang lelaki pakai ketayap, jubah dan ada jangut kambing, serta kaum wanita yang berpakaian menutup aurat dengan tudung menutup rambut.

Tetapi ada yang hisap rokok.

Lebih teruk dari itu, ramai mereka yang mengaku Islam itu tidak patuh isyarat jalan raya.

Mereka fikir isyarat jalan raya bukan hukum ugama, jadi mereka tidak sepatutnya patuh padanya.

Ramai orang Islam juga tidak pandai jaga kebersihan dan mereka mencuri harta orang awam.

Berapa ramai orang Islam yang tidak curi tanah di hadapan rumah mereka? Mereka simenkan kawasan untuk pejalan kaki dan tumbang pokok yang ditanam oleh pihak pemaju dan tanam pokok bunga atau buah-buahan yang mereka suka.

Tetapi tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan seorang pencuri?

Mereka mencuri tanah di hadapan atau di tepi rumah mereka yang dimilikki oleh orang awam.

Orang bukan-Islam khususnya Cina juga ada yang buat seperti itu, tetapi mereka boleh dimaafkan sebab mereka jahil, bukan Islam dan tidak pernah membaca syahadah.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam juga buat seperti itu seperti mereka tidak takut dengan perbuatan mereka sendiri, mencuri harta awam dengan terang-terang.

Memang penceramah ugama atau pendakwah tidak pernah bincangkan tentang perkara-perkara seperti ini tetapi ini tidak bermakna mereka terlepas dari dosa.

Hukum mencuri barang adalah berdosa.

Amat menyedihkan sekali bahawa terdapat ramai orang Islam di Malaysia yang mengakut Islam tetapi tidak menampakkan sedikitpun yang mereka itu amal ajaran Islam.

Mereka adalah orang yang cuma tahu mengaku diri mereka itu Islam dan telah baca syahadah beberapa kali sehari dan juga tahu membaca Koran serta buat ibadah.

Tetapi lebih dari itu, mereka tidak tahu.

Penceramah ugama juga tidak berusaha untuk mendidik mereka tentang hukum Islam yang lain.

Mungkin juga ada penceramah ugama yang turut buat perkara seperti itu, iaitu mencuri harta awam dan tidak patuh kepada isyarat jaanraya.

Orang Islam di Malaysia juga tidak pandai atau tahu jaga kebersihan yang dituntut oleh Islam.

Itu sebabnya terdapat ramai diantara mereka yang suka bakar sampah dan keluarkan asap berkepal-kepal, di hadapan rumah mereka dan juga di hadapan rumah orang lain.

Dan banyak orang Melayu tidak tahu bahawa mencemar alam sekitar adalah berdosa, selain melanggar undang-undang negara.

Keluar sahaja dai mesjid dan kita akan mendapati ada orang Islam yang berlagak benggang, berang dan marah.

Jadi, apa guna untuk mereka pergi ke masjid bersembahyang, kalau mereka tidak dapat tenangkan perasaan mereka sendiri?

Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab lain kebanyakannya adalah negara diantara yang paling kotor di seluruh dunia.

Dan Malaysia juga adalah sebuah negara yang boleh dianggap sebagai sebuah negara kotor.

Sampah dibuang dimerata tempat, dan longkang tersekat dengan sampah sehinggakan air tidak dapat mengalir.

Longkang dan sungai kecil di Bali serta di Tehran dan seluruh Iran bersih.

Dan walaupun orang di Bali bukan Islam tetapi mereka amal ajaran Islam.

Malah negara-negara di Barat ternyata lebih bersih dan teratur. Mereka juga mengamalkan ajaran Islam.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam dan negara mereka adalah juga negara Islam tetapi ia kotor.

Jadi siapa yang sebenarnya dapat faedah dari Islam? Orang bukan-Islam.

Dan siapa yang tidak dapat faedah dari Islam? Orang yang hanya tahu baca syahadah dan berpakaian seperti orang Islam, tetapi tidak endahkan hukum Islam, dan cara hidup Islam sebenarnya.

Sebenarnya ramai orang Islam di Malaysia adalah Islam secara ala kadar. Mereka bukan Islam sebenarnya.

Orang Islam sebenarnya adalah mereka yang patuh kepada ajaran Islam dan cara hidup Islam.

Dan ini dapat dilihat bukan dari segi pakaian mereka, tetapi dari segi tindak-tanduk mereka serta sikap mereka yang pandai jaga kebersihan.

Saya rasa amat sedih bila saya lihat ramai orang Islam kaum wanita dan lelaki memandu kereta mereka dan lalu dijalan yang tidak dibenarkan.

Mereka tidak rasa bersalah.

Mereka juga tidak rasa bersalah atau jauh sekali rasa berdosa sebab telah melanggar isyarat jalan raya.

Ramai orang Islam juga tidak peduli cara mereka meletak kereta atau motosikal mereka.

Ada seorang lelaki Melayu yang berketayap memandu motosikal kecilnya dan dia letakkannya di celah-celah kereta di tepi jalan sehingga tuanpunya kereta berkenaan tidak dapat keluarkan keretanya.

Dimana letaknya otak orang yang pakai ketayap itu? Dia tidak pedulikan hak orang awam yang meletakkan keretanya secara betul.

Dia tidak peduli. Dia lebih pentingkan ketayapnya sahaja.

Buat apa memakai ketayap kalau dia tidak dapat jaga penonjolannnya sebagai orang Islam?

Mereka hanya pandai baca syahadah, pakai ketayap tetapi masih tidak tahu jadi orang Islam yang sebenarnya.