Sabtu, 19 Oktober 2013

FILEM KL GANGSTER 2, SEPATUTNYA DIHARAMKAN. IA BUKAN FILEM PENTING, TIDAK ADA ASPEK SATIRA, MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster dan KL Gangster 2 boleh menjadi filem penting, kalau ia ada aspek satira yang menunjukkan Melayu lawan Melayu tanpa sebab, atau untuk menawan kawasan, seperti dalam pertandingan parti politik dimana ramai orang mahu kerusi atau kawasan, tujuan mereka ialah untuk mendapat faedah darinya, dan lebih penting dari itu, kekayaan untuk diri sendiri.

KL Gangster 2 seperti yang ada dan filem KL Gangster dulu hambar; ia tidak ada sebarang makna, sekadar filem hiburan ringan yang mempermain-mainkan Melayu.

Mana ada kumpulan gangster Melayu seperti yang dipaparkan dalam filem-filem ini?

KL Gangster dikatakan telah mengutip lebih dua-belas juta ringgit di pawagam sementara filem ikutan atau sambungannya tidak mendapat kutipan seperti itu.

Malah filem ini telah diedar secara haram dalam internet dan juga dalam bentuk DVD di pasar malam, sebelum ia ditayang di pawagam lagi.

Oleh sebab itu, dan mungkin kutipan untuk filem ini tidak membanggakan.

Mungkin sebabnya ialah ramai telah menontonnya sebelum ini, atau mungkinkah penonton Melayu rata-rata sudah jadi bosan dengan filem seperti ini?

Mungkin, mungkin…ada sebab-sebab lain.

Tapi yang jelasnya ialah kutipan untik filem tempatan sejak kebelakangan ini telah jatuh.

Ada yang dibuka di pawagam dengan senyap, dan ditarik balik dari pawagam dengan senyap juga.

Tidak tahu pula bagaimana sambutan terhadap filem ala barat iaitu Vikingdom.

Ia mungkin boleh menarik perhatian penonton Melayu dan bukan-Melayu sebab ia adalah filem ala barat atau ala Hollywood.

Tetapi nampaknya ramai penonton tempatan tidak kagum dengannya.

Oleh sebab itu tidak tahu pula berapa kutipan untuk filem ini, yang telah dibuka awal bulan ini dan ia tidak nampak telah menarik perhatian penonton dan orang awam.

Amat menghairankan kenapa orang Melayu yang sibuk mahu terbit filem tentang sejarah Viking di Norway dulu.

Dan perbelanjaan yang telah digunakan dikatakan sebanyak RM20 juta. Dan filem ini telah dibuka di Amerika dan United Kingdom dan dibeberapa buah negara lain dengan penjualan hak DVD dilakukan.

Tetapi apa kesannya kepada filem ini?

Ternyata sekali Viking tidak berjaya melonjakkan nama pengarah filem ini maupun syarikatnya.

Berbalik kepada KL Gangster 2, nampaknya filem ini juga lesu.

Yang mahu bincangnya hanyalah penerbitnya sahaja yang merungut sebab karya syarikatnya telah diedar secara haram oleh pihak lain. Siapa mereka?

Siapa yang ada peluang untuk edar filem ini di internet dan juga dalam bentuk DVD?

Bukan mudah untuk orang lain yang boleh dapat salinan filem ini?

Tetapi apa yang harus dipelajari ialah kenapa sistem pengedaran filem Melayu mesti lagi dibiarkan oleh bukan-Melayu laksanakan?

Sampai bila mesti pengedaran filem Melayu mesti dibiarkan berada di dalam keadaan ini?

Kementerian dan pemimpin Melayu tidak peka. Mereka tidak lihat perusahaan pembuatan filem sebagai sebuah kegiatan penting.

Oleh sebab itu mereka dan pakar ekonomi, psikologi, sosiologi dan sejarah juga tidak mahu bincang mengenainya.

Mereka adalah pakar berat sebelah dan pakar dalam kelambu.

Dan tidak ada sebuah parti politik Melayu yang telah bincang tentang perfileman dalam mana-mana persidangan dan mesyuarat yang mereka anjurkan saban tahun.

Pemimpin mereka yang tidak berkelayakan tinggi hanya boleh beri ucapan berdekah-dekah tentang perkara yang kabur dan tidak terperinci.

Oleh sebab itu mereka telah gagal beri sebarang nasihat atau cadangan kepada pucuk kepimpinan untuk majukan tahab ekonomi Melayu di negara sendiri.

Itulah sebabnya kenapad bukan-Melayu khususnya Cina masih mengatasi dalam semua bidang termasuk pembuatan filem.

Dan KL Gangster 2 sepatutnya boleh dilonjakkan tahab pencapaiannya kalau pengarahnya telah membuatnya dalam bentuk dan niat lain, iaitu untuk menunjukkan bahawa Melayu suka bergaduh sesama sendiri.

Kalau tema ini dapat diselitkan dalam filem ini, sudah pasti ia boleh menjadi sebuah filem yang dianggap penting, sebuah filem yang direka oleh pengkarya filem yang berjiwa Melayu.

Tetapi malangnya, pengarahnya tidak berbuat demikian. Dia tidak mampu melihat plot filemnya dari segi ini.

Kalau dia peka dan kalau dia bijak, dia boleh selitkan tema ini untuk mengangkatkan filemnya ke tahab yang lebih tinggi, dan bukan sekadar filem hiburan tetapi filem yang berwawasan.

Malahan pula tidak ada sebuah filem Melayu yang mempunya elemen satira. Semua filem yang telah diterbitkan adalah untuk hiburan semata-mata.

Sebaliknya pula KL Gangster 2 seharusnya telah diharamkan dari ditayangkan diseluruh negara, sebabnya ialah ia memberi gambaran buruk terhadap Melayu yang dipaparkan sebagai orang yang tidak patuh kepada undang-undang.

Melayu dalam KL Gangster 2 adalah Melayu yang tidak berpedoman dan tidak berugama.

Ia hanya sebuah babak yang dipanggil ‘denouement’ atau penyesalan. Tetapi ia tidak berkesan sebab penonton tidak akan percaya dengan penyesalan yang diutarakan oleh watak jahat dalam filem ini; mereka akan tertarik dengan gelagat mereka jadi gangster dan ambil tindakan luar batas undang-undang.

Orang tidak perlu menonton seluruh filem ini untuk membolehkannya bincang tentangnya.

Orang boleh lihat sahaja klip yang diulang beberapa kali di televisyen untuk menentukan jenis apa filem ini dan sejauh mana ia boleh bawa penonton menghayatinya.


Bolehkah penonton disajikan dengan filem sambungan iaitu KL Gangster 3 dimasa depan?

Harap tidak. Cukuplah tu, wahai pengarah, wahai penerbit filem ini. 

Tiada ulasan: