Selasa, 1 Oktober 2013

RAMAI SUDAH BACA SYAHADAH DAN MASUK ISLAM, TETAPI RAMAI BELUM BERSEDIA JADI UMAT ISLAM.

…KAUM KAFIR LEBIH DAPAT FAEDAH DARI ISLAM.
Oleh Mansor Puteh


Ramai orang Melayu sudah baca Syahadah dan mengaku sudah jadi Orang Islam. Tetapi yang malangnya, ramai diantara mereka itu belum lagi bersedia jadi Orang Islam sebenarnya.

Dari segi perwatakan dan juga pakaian, kita nampak mereka itu orang Islam.

Tetapi dari segi tingkah-laku dan tabiat, mereka tidak menampakkan yang mereka itu orang Islam sebenarnya.

Ramai orang lelaki pakai ketayap, jubah dan ada jangut kambing, serta kaum wanita yang berpakaian menutup aurat dengan tudung menutup rambut.

Tetapi ada yang hisap rokok.

Lebih teruk dari itu, ramai mereka yang mengaku Islam itu tidak patuh isyarat jalan raya.

Mereka fikir isyarat jalan raya bukan hukum ugama, jadi mereka tidak sepatutnya patuh padanya.

Ramai orang Islam juga tidak pandai jaga kebersihan dan mereka mencuri harta orang awam.

Berapa ramai orang Islam yang tidak curi tanah di hadapan rumah mereka? Mereka simenkan kawasan untuk pejalan kaki dan tumbang pokok yang ditanam oleh pihak pemaju dan tanam pokok bunga atau buah-buahan yang mereka suka.

Tetapi tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan seorang pencuri?

Mereka mencuri tanah di hadapan atau di tepi rumah mereka yang dimilikki oleh orang awam.

Orang bukan-Islam khususnya Cina juga ada yang buat seperti itu, tetapi mereka boleh dimaafkan sebab mereka jahil, bukan Islam dan tidak pernah membaca syahadah.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam juga buat seperti itu seperti mereka tidak takut dengan perbuatan mereka sendiri, mencuri harta awam dengan terang-terang.

Memang penceramah ugama atau pendakwah tidak pernah bincangkan tentang perkara-perkara seperti ini tetapi ini tidak bermakna mereka terlepas dari dosa.

Hukum mencuri barang adalah berdosa.

Amat menyedihkan sekali bahawa terdapat ramai orang Islam di Malaysia yang mengakut Islam tetapi tidak menampakkan sedikitpun yang mereka itu amal ajaran Islam.

Mereka adalah orang yang cuma tahu mengaku diri mereka itu Islam dan telah baca syahadah beberapa kali sehari dan juga tahu membaca Koran serta buat ibadah.

Tetapi lebih dari itu, mereka tidak tahu.

Penceramah ugama juga tidak berusaha untuk mendidik mereka tentang hukum Islam yang lain.

Mungkin juga ada penceramah ugama yang turut buat perkara seperti itu, iaitu mencuri harta awam dan tidak patuh kepada isyarat jaanraya.

Orang Islam di Malaysia juga tidak pandai atau tahu jaga kebersihan yang dituntut oleh Islam.

Itu sebabnya terdapat ramai diantara mereka yang suka bakar sampah dan keluarkan asap berkepal-kepal, di hadapan rumah mereka dan juga di hadapan rumah orang lain.

Dan banyak orang Melayu tidak tahu bahawa mencemar alam sekitar adalah berdosa, selain melanggar undang-undang negara.

Keluar sahaja dai mesjid dan kita akan mendapati ada orang Islam yang berlagak benggang, berang dan marah.

Jadi, apa guna untuk mereka pergi ke masjid bersembahyang, kalau mereka tidak dapat tenangkan perasaan mereka sendiri?

Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab lain kebanyakannya adalah negara diantara yang paling kotor di seluruh dunia.

Dan Malaysia juga adalah sebuah negara yang boleh dianggap sebagai sebuah negara kotor.

Sampah dibuang dimerata tempat, dan longkang tersekat dengan sampah sehinggakan air tidak dapat mengalir.

Longkang dan sungai kecil di Bali serta di Tehran dan seluruh Iran bersih.

Dan walaupun orang di Bali bukan Islam tetapi mereka amal ajaran Islam.

Malah negara-negara di Barat ternyata lebih bersih dan teratur. Mereka juga mengamalkan ajaran Islam.

Tetapi orang yang mengaku dirinya Islam dan negara mereka adalah juga negara Islam tetapi ia kotor.

Jadi siapa yang sebenarnya dapat faedah dari Islam? Orang bukan-Islam.

Dan siapa yang tidak dapat faedah dari Islam? Orang yang hanya tahu baca syahadah dan berpakaian seperti orang Islam, tetapi tidak endahkan hukum Islam, dan cara hidup Islam sebenarnya.

Sebenarnya ramai orang Islam di Malaysia adalah Islam secara ala kadar. Mereka bukan Islam sebenarnya.

Orang Islam sebenarnya adalah mereka yang patuh kepada ajaran Islam dan cara hidup Islam.

Dan ini dapat dilihat bukan dari segi pakaian mereka, tetapi dari segi tindak-tanduk mereka serta sikap mereka yang pandai jaga kebersihan.

Saya rasa amat sedih bila saya lihat ramai orang Islam kaum wanita dan lelaki memandu kereta mereka dan lalu dijalan yang tidak dibenarkan.

Mereka tidak rasa bersalah.

Mereka juga tidak rasa bersalah atau jauh sekali rasa berdosa sebab telah melanggar isyarat jalan raya.

Ramai orang Islam juga tidak peduli cara mereka meletak kereta atau motosikal mereka.

Ada seorang lelaki Melayu yang berketayap memandu motosikal kecilnya dan dia letakkannya di celah-celah kereta di tepi jalan sehingga tuanpunya kereta berkenaan tidak dapat keluarkan keretanya.

Dimana letaknya otak orang yang pakai ketayap itu? Dia tidak pedulikan hak orang awam yang meletakkan keretanya secara betul.

Dia tidak peduli. Dia lebih pentingkan ketayapnya sahaja.

Buat apa memakai ketayap kalau dia tidak dapat jaga penonjolannnya sebagai orang Islam?

Mereka hanya pandai baca syahadah, pakai ketayap tetapi masih tidak tahu jadi orang Islam yang sebenarnya.







Tiada ulasan: