Khamis, 12 September 2013

NEGARA ATHEIS DAN KAFIR YANG TERATUR DAN NEGARA ARAB DAN ISLAM YANG HANCUR DAN KOTOR.

… JADI SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMAL AJARAN ISLAM DAN SIAPA YANG MENGAKU ISLAM TETAPI TIDAK AMALKAN AJARAN ISLAM?
Oleh Mansor Puteh



Dan yang lebih teruk sekali ialah pemimpin dan penceramah Islam tidak amal sepenuhnya apa yang mereka mahu orang lain amalkan.

Jadi pertelagahan yang berterusan berlaku dalam negara Arab dan Islam lain semuanya boleh dikatakan berpunca dari kelemahan mereka menterjemahkan apa yang disuruh oleh ugama ke dalam kehidupan seharian.

Ada penceramah ugama yang gemuk. Ini bukan penonjolan yang baik. Dan ada pemimpin negara Islam yang bongkak dengan isteri dan anak-anak mereka berlagak penting.

Pemimpin dan penceramah ugama akhirnya hidup mewah, tetapi rakyat-jelata hidup dalam segala kedaifan dan cuma dapat dengar kelohan dan celoteh dari mereka saban hari.

Oleh sebab itu mereka tidak terlihat betapa buruknya negara mereka sendiri yang kotor, tidak teratur dan penuh dengan kedaifan, sebab mereka hidup selesa dan gembira berceramah pada setiap malam di hadapan khalayak yang sudah dewasa tetapi masih jahil tentang Islam, sehinggakan mereka tidak lagi kenal apa itu haram dan halal.

Mereka lebih seperti mualaf yang baru mahu kenal Islam.

Negara barat rata-rata bukan Islam; dan mereka juga buka bukan-Katolik atau Kristen tetapi sekular.

Negara-negara Arab rata-rata Islam. Dan terdapat negara lain mempunyai banyak penganut Islam dan negara mereka boleh dianggap sebagai republic Islam atau negara Islam.

Tetapi perbezaannya jelas dan nyata; negara-negara sekular itu lebih Islamik, sedangkan negara Islam itu lebih tidak Islamik; malah boleh dikatakan banyak atau hampir semua negara Islam termasuk negara Arab tidak menampakkan cirri-ciri Islamnya.

Yang menjadi ironinya ialah negara-negara bukan-Islam mengamalkan nilai dan ajaran Islam, berbeza dengan negara Arab dan Islam lain yang tidak.

Kebanyakan negara Arab dan Islam mundur. Yang maju tidak fikirkan tentang negara Islam yang mundur.

Dan hampir semua negara barat boleh dikatakan maju.

Lebih dari itu hampir semua negara Arab dan Islam hancur-lodoh; dengan kemushanah dan rakyat bertelagah, termasuk di Malaysia dimana ada puak-puak yang mengaku dia lebih Islamik dari yang lain.

Tapi mereka takut berdakwah kepada yang bukan-Islam dan hanya mahu salahkan yang Islam dengan mencari pasal.

Amat menyedihkan rata-rata semua negara Islam kotor. Dan negara di barat teratur dan bersih.

Umat Islam atau mereka yang mengaju Islam tidak jaga kebersihan seperti yang dituntut oleh Islam.

Ramai umat Islam tidak juga pandai jaga makan dan ramai kelihatan gemuk terutama sekali kaum perempuan.

Ramai juga umat Islam yang kelihatan hodoh dengan muka tidak berseri dan gigi rongak.

Umat Islam yang sebenarnya mempunyai penampilan yang baik, muka dan pakaian yang kemas dengan gigi tersusun.

Sebab setiap umat Islam itu mesti menonjolkan dirinya sebagai orang yang benar-benar menganut ugama Islam dan amal nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Sedih sekali bila menjelajah di Indonesia dimana hampir semua tempat termasuk di bandar berada didalam keadaan yang kurang sempurna, dengan sampah-sarap dibuang merata tempat.

Keadaannya sama dengan banyak tempat di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur dimana longkang tersumbat dengan sampah dibuang ke dalamnya.

Ke mana perginya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang gemar beri ceramah di dalam televisyen dan di padang?

Mereka tidak sentuh tentuh cara hidup orang Islam yang sebenarnya.

Yang menyedihkan sekali ialah ramai ustaz gemar bercakap tentang syahwat semata-mata; dan ini menghiburkaan mereka yang berduyun-duyun mahu dengar ceramah mereka.

Malah imam di masjid-masjid juga tidak pernah bercakap tentang amalan seharian yang harus dilakuka oleh setiap umat Islam yang boleh memberikan faedah kepada mereka, dari segi penonjolan mereka dan cara mereka bercakap dan bergaul sesama sendiri.

Apa sahaja yang negara Arab dan Islam boleh banggakan? Mereka tidak boleh berkata Islam itu beri faedah kepada mereka, sebab orang semua boleh lihat betapa hancurnya banyak negara Arab dan Islam lain dengan mata sendiri.

Apa yang berlaku di Mesir, Syria, Afghanistan dan Iraq serta Pakistan sekarang amat menyedihkan; negara-negara ini seharusnya malu beritau orang yang mereka adalah negara Islam.

Mungkin mereka tidak mendapat faedah dari Islam; dan Islam juga tidak dapat faedah dari mereka.

Mungkin Islam telah lama tinggalkan negara-negara ini sebab mereka juga telah lebih awal lagi tinggalkan Islam dan hanya mengaku berugama Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya.

Jadi yang mendapat faedah dari Islam sebenarnya adalah mereka yang tidak berugama atau atheis dan kafir yang tolak Islam tetapi terima ajarannya.

Negara-negara maju di dunia sekarang semuanya adalah negara bukan-Islam.

Dan kalau adapun beberapa negara Arab yang boleh dianggap sebagai maju, ini adalah ihsan dari Tuhan yang telah beri mereka minyak dengan banyak yang mana telah berjaya membenarkan negara-negara tersebut jadi kaya-raya.

Tetapi malangnya, tidak ada sebuah negara Arab yang mempunyai banyak minyak itu telah gunakan kekayakannya untuk memajukan negara Arab dan Islam lain.

Malah negara-negara Arab dan Islam lain yang paling mundur seluruh dunia terletak bersebelahan dengan negara-negara Arab yang maju.

Lihat sahaja keadaan di Yemen dan Somalia yang berjiran dengan Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu.

Dan tidak jauh dari mereka terletak Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Iraq dan negara-negara Arab lain.









Tiada ulasan: