…BERAPA
MAJU KELANTAN DAN BERAPA RAMAI ORANG DIA SUDAH MASUKKAN KE ISLAM?
Oleh
Mansor Puteh
Nik Aziz
Nik Mat, mantan menteri besar Kelantan dan ulamak yang kononnya hebat telah
bersara sebagai menteri besar negerinya.
Tapi dia
masih menjadi mursyidul am parti PAS.
Dia
boleh mendapat sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records kerana menjadi
menteri besar sebuah negeri paling lama.
Tetapi
penghargaan ini kalau diberi kepada tentu akan tidak diterima olehnya oleh
sebab ia boleh dipandang serong.
Ia bukan
satu penghargaan atau pengiktirafan tetapi satu cemuhan.
Sebabnya
ialah Nik Aziz tidak mendatangkan faedah kepada Kelantan. Kelantan sehingga
kini dan selama dia menjadi menteri besar, mundur.
Ranai
anak-anak Kelantan terpaksa berhijrah ke Kuala
Lumpur atau Lembah Kelang untuk mencari pekerjaan
dengan kebanyakan mereka membuka gerai di mana yang mereka dapat.
Kalau
Kuala Lumpur halang mereka buka gerai oleh sebab Kuala Lumpur sudah mempunyai
banyak gerai, maka anak-anak negeri Kelantan itu tidak akan dapat pekerjaan
dengan kaum wanita mereka terpaksa jadi pengasuh kanak-kanak atau pembantu
rumah dengan kaum lelaki mereka terpaksa berhijrah ke luar negeri untuk bekerja
sebagai buruh kasar.
Kelantan
sebuah negeri Melayu dan Islam yang boleh dianggap contoh baik suasana Malaysia dimasa
akan datang dengan kaum bukan-Melayu terletak diparas yang sepatutnya.
Tetapi
Kelantan adalah negeri yang paling mundur di Malaysia .
Orang
Kelantan mahukan kemunduran dan oleh sebab itu mereka sokong PAS dan Nik Aziz
yang tidak berbuat apa-apa untuk mempertingkatkan tahab ekonomi negerinya.
Dia bangga tinggal di rumah sendiri dan tidak di rumah rasmi.
Tetapi
apakah dia juga bangga dengan keadaan ekonomi di Kelantan?
Dia tinggalkan Kelantan sebagai menteri besar dan rakyat Kelantan juga seperti tidak peduli samada dia menteri besar atau tidak; keadaannya sama dengan menteri besar yang baru, yang terpingga-pingga tidak tahu apa dia boleh buat atau dari mana dia boleh mula untuk majukan Kelantan supaya Kelantan boleh menjadi negeri contoh sebuah negeri Melayu yang hebat.
Lebih
dari itu, sebagai seorang ulamak, berapa ramaikah Nik Aziz telah masukkan ke
Islam?
Kalau
ugama Islam seperti yang dia katakan itu baik, jadi kenapa sehingga kini tidak
seorangpun yang mahu masuk Islam di hadapan Nik Aziz?
Ternyata
Nik Aziz bukan sahaja gagal sebagai menteri besar atau ahli politik dan
pemimpin sebuah parti politik yang mengaku berlandaskan ugama Islam, tetapi dia
juga gagal sebagai seorang ulamak.
Malahan,
semua pemimpin PAS dan partinya juga gagal memperjuangkan syiah Islam; mereka
tidak ada usaha untuk berdakwah kepada mereka yang tolak Islam dan yang masih
belum Islam.
Mereka
hanya sanggup mengkritik orang yang sudah lama Islam, dan cemuh mereka kerana
dikatakan tidak ikut landasan Islam seperti mereka di PAS.
Malah
PAS guna nama ‘parti Islam’ sedangkan amalannya tidak begitu Islamik.
Sehingga
kini juga Nik Aziz dan mana-mana pemimpin PAS yang mengaku lebih Islam, tidak
pernah dijemput beri kuliah subuh atau ceramah ugama di luar Malaysia seperti
di Singapura, Indonesia dan Brunei, jauh sekali di Arab Saudi atau di
negara-negara Arab lain.
Kalau
ini berlaku, sudah pasti akhbar Harakah mereka yang dijual secara haram di
gerai-gerai suratkhabar akan menghebohkannya di muka depan berkali-kali.
Jadi apa
sebenarnya perjuangan Nik Aziz dan mereka dalam PAS dan parti itu sendiri?
Ternyata tidak ada kecuali untuk menjadi musuh kepada Umno, sebuah parti Melayu yang telah memperjuangkan Melayu dan Islam yang mana telah juga membawa kemerdekaan kepada negara.
Dengan
adanya PAS dan sikap buruk pemimpinnya, maka rakyat Melayu dan Islam di
Malaysia telah berpecah, dengan dipecah lagi oleh kewujudkan parti terdiri dari
pemimpin Umno, iaitu PKR.
PKR
adalah parti picisan Umno, dengan hampir semua pemimpin dan pengasasnya terdiri
dari mereka yang dulunya dalam Umno.
Dan
sejak PAS bertelagah dengan Umno, kedudukan Melayu di Malaysia tergugat.
PAS dan
Nik Aziz tidak kisah tentang hal ini, sebab mereka taksub dengan perjuangan
sia-sia mereka yang mahu tuntut Malaysia
menjadi lebih Islamik.
Walhal, PAS yang lebih sanggup bersekongkol dengan parti bukan-Melayu yang berselindung di bawah perjuangan sama-rata dan eka-kaum, yang rata-rata tidak sokong perjuangan PAS yang mahu sebar syiah Islam.
Ini yang
pelik sekali, sedangkan PAS tidak mahu bermesyuarah dengan mereka dalam Umno
untuk cari jalan. Mereka cuma mahu paksa Umno ikut telunjuk mereka, sedangkan
PAS adalah parti minoriti untuk Melayu di Malaysia.
Mungkin
ada baiknya Nik Aziz sudah tinggalkan jawatan sebagai menteri besar Kelantan,
dan dengan ini dia tidak ada satu landasan untuk berceloteh.
Dan
adalah juga lebih baik kalau dia tinggalkan PAS sebagai mursyidul am parti ini
sebab peranannya sebenarnya kabur sebagai mursyidul am yang sepatutnya beri
faedah kepada PAS dan Islam serta Melayu.
Tetapi
ini dia tidak lakukan.
Dan adalah lebih baik juga kalau Nik Aziz buka sekolah ugama dan tengok berapa ramai orang Melayu dan Islam yang mahu hantar anak mereka belajar Islam darinya.
Dan adalah lebih baik juga kalau Nik Aziz buka sekolah ugama dan tengok berapa ramai orang Melayu dan Islam yang mahu hantar anak mereka belajar Islam darinya.
Dalam
usia yang agak lanjut dan kekuatan fizikal yang kini boleh dikatakan terhad,
maka adalah diharapkan Nik Aziz bertaubat dan guna masa yang ada untuk lihat ke
belakang untuk melihat apakah usaha yang dia telah lakukan untuk
memecah-belahkan Melayu di Malaysia dengan tindakan dan kenyataannya.
Nik Aziz
gagal sebagai ahli politik. Dia gagal sebagai ulamak.
Dan
kalau dia masih sayangkan ugama dan bangsanya, dia harus bertaubat dan cari jalan
untuk berdamai dengan mereka dalam Umno dan tuntut PAS bergabung dengan Umno
supaya Melayu dan Umat Islam di Malaysia dapat bersatu.
Dan
biarkan ahli-ahli parti ini pilih siapa yang mereka mahu menjadi pemimpin
mereka.
Kalau
mereka setuju dengan Nik Aziz, atau Hadi Awang dan mereka dalam PAS, maka
biarlah mereka dapat apa yang mereka mahukan selamanya.
Tetapi kalau Nik Aziz, Hadi Awang dan mereka dalam PAS sekarang kalah dan tidak dipilih oleh ahli parti Melayu ini, maka mereka terpaksa akur dengan pilihan mereka semua.
PAS
sebenarnya tidak ada perjuangan; mereka hanya mahu dan boleh jadi pengkritik
Umno dan negara.
Mereka
guna landasan politik untuk kekalkan kedudukan.
Kalau
mereka sebuah NGO, sudah lama pertubuhan ini diharamkan sama seperti Pertubuhan
Al-Arqam bila mana pemimpin mereka menjadi taksub dan keluarkan fatwa dan
kenyataan yang bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa.
PAS
boleh memperjuangkan Islam dan Melayu, tetapi ini hanya boleh dilakukan bila ia
dibubarkan.
Selagi ia masih hidup, selagi itu Melayu akan berpecah dan Orang Melayu akan dicemuh dengan bukan-Melayu yang segelintir itu menjadi tuan atau ‘king-makers’ yang tentukan hala-tuju perkembangan ekonomi di Malaysia, seperti yang telah berlaku selama ini.
Kalau
Melayu bersatu, hampir semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dikuasai
oleh Melayu tanpa ada perlu sebarang percanggahan dan berpolitik atau
berceramah.
Parti
Cina dan India akan dengan
sendirinya terkubur dan ia boleh jadi persatuan sosial dengan pemimpin mereka
main mahjong atau selombong setiap hari, dengan Melayu menguasai ekonomi di Malaysia
mencapai lebih dari 80% ekuitia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan