…DAN
BAGAIMANA ORANG MELAYU DI MALAYSIA
MULA RASA AMAN. TERNYATA NIK AZIZ SUDAH LAMA KETINGGALAN ZAMAN.
Oleh
Mansor Puteh
Biasanya
bila orang ada banyak pengelaman, dia akan rasa lebih yakin dan mulia. Tetapi
ada orang yang kononnya mengaku mempunyai banyak pengelaman dalam bidang
politik dan ugama, tetapi dia jadi lebih angkoh dan bongkak serta keliru
sehinggakan muka dia jadi tebal dan dia rasa tidak malu bercakap apa walaupun
dia dicemuh dan dikecam.
Dan dia
tidak peduli dengan itu semua dan dia tidak takut diambil tindakan mahkamah
atau diugut disaman oleh sesiapa. Dia rasa diri dia kebal disokong oleh orang
lain dan partinya sendiri.
Oleh
sebab itu adalah baik untuk mana-mana parti politik tidak benarkan orang kekal
dalam sebuah jawatan sepanjang hayat, sebab dia tidak akan beri sebarang
kebaikan kepada parti dan perjuangan mereka sendiri.
Nik Aziz
Nik Mat, mantan menteri besar Kelantan dan ‘mursyidul am’ PAS bersara sebagai
menteri besar, dan berhenti bercakap atau tampil dikhalayak ramai, dan Orang
Melayu di Malaysia
rasa sesuatu ‘kehilangan’.
Ia
adalah satu kehilangan yang agak besar, tidak mendengar dia bercakap,
mengeluarkan pendapat dan beri komen, ikut cara dia sendiri.
Secara
tidak sengaja pengundi di kawasan parlimen Kota Bharu telah pilih anaknya, Nik
Abduh dari Ibrahim Ali, calon bebas yang dulu menang di kawasan ini.
Dan
seperti yang tidak diduga, Nik Abduh telah membuktikan dirinya lebih layak dari
Ibrahim dan Nik Aziz sendiri.
Dalam
beberapa kenyataan yang dia telah buat, nampaknya tidak salah pengundi tolak
Ibrahim dan pilih Nik Abduh, yang tidak takut beri pendapat yang tidak ikut
perasaan atau untuk hibur rakan di DAP dan PKR seperti yang gemar dilakukan
oleh bapanya.
Nik
Abduh, kalau mengepalai PAS, boleh membawa Orang Melayu bersatu dengan Melayu
dalam parti lain khususnya dalam Umno walaupun usaha ini akan mengambil masa.
Dan kalau ini berlaku, Nik Abduh akan dianggap sebagai seorang pemimpin Islam dan Melayu yang jauh lebih hebat dari bapanya dan semua mereka dalam kepinpinan lama PAS sendiri.
Dibawah
Nik Aziz, kemungkinan ini langsung tidak akan berlaku.
Dan
Malaysia juga telah berubah sedikit-sebanyak dengan tiadanya Nik Aziz dalam
bidang politik kebangsaan sebagai menteri besar dimana dia boleh alih pandangan
orang awam dan media dengan caranya yang agak pelik dengan memberi komen dalam
ayat-ayat yang kontot.
Dia
sudah tua; oleh itu dia rasa tiba masanya untuk dia bersara sebagai menteri
besar Kelantan.
Dan menteri besar Kelantan sekarang Ahmad Yaakob pula tidak mahu ikut cara Nik Aziz. Dia pemimpin generasi baru PAS sama seperti Nik Abduh.
Dan menteri besar Kelantan sekarang Ahmad Yaakob pula tidak mahu ikut cara Nik Aziz. Dia pemimpin generasi baru PAS sama seperti Nik Abduh.
Tetapi
ada lagi mereka dalam golongan lama PAS seperti Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan
juga Husam Musa dan Sallehuddin Ayub yang terikut-ikut dengan cara Nik Aziz;
tetapi mereka juga akan rasa terpinggir dengan kehadiran Nik Abduh yang lebih
berkompromi, lebih pentingkan perpaduan Umat Islam dan Bangsa Melayu di
Malaysia.
Nik
Abduh boleh pergi jauh, lebih jauh dari bapanya, yang walaupun telah terlibat
dalam parti PAS hampir semur hidupnya tetapi masih tidak dapat beri Melayu
sebarang faedah atau kelebihan.
Konsep
Malaysia-Malaysia yang kononnya dia mahu sokong ternyata tidak terbawa olehnya
atau PAS, yang rata-rata adalah parti politik Melayu, yang lebih terpencil dari
Umno yang masih ada golongan kecil terdiri mereka yang bukan berugama Islam,
iaitu dikalangan Bumiputera lain.
Apa yang
paling jelas sekarang ialah Orang Melayu hidup lebih aman sekarang, tidak
dengar komen dan celoteh Nik Aziz yang membuatnya ikut cara sendiri, iaitu cara
kolot, yang tidak diguna oleh sesiapa lain didalam negara atau di luar.
Malah
pemimpin seangkatan dengannya dalam PAS juga tidak terikut dengan caranya,
termasuk Hadi Awang walaupun kedua mereka boleh dikatakan seangkatan dan
sealiran.
Sekarang
dengan tiadanya Nik Aziz, Hadi Awang mula rasa terpencil, bersendirian dalam
partinya.
Ini
sudah pasti akan memaksanya untuk juga bersara dan ikut tindakan Nik Aziz,
walaupun Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu tetapi untuk satu penggal
sebelum PAS dipenggal oleh pengundi di seluruh Terengganu yang humbannya ke
dalam laut.
Hadi
tidak dapat membuktikan ketokohannya sebagai menteri besar Terengganu. Tetapi
dia hanya dapat satu penggal, berbanding dengan Nik Aziz yang pernah menjadi
menteri besar Kelantan lebih tiga-puluh tahun, tetapi negerinya masih mundur
dengan ramai anak muda Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk bekerja di
Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Bagaimanapun,
terdapat ramai dikalangan anak muda Kelantan hanya dapat buka restoran atau
warung, dengan sejumlah kecil yang bekerja dengan lebih sempurna, sebab mereka
ada pendidikan.
Malangnya,
ini terpaksa dilakukan oleh mereka itu oleh sebab Kelantan tidak maju untuk
beri mereka peluang pekerjaan seperti yang mereka boleh dapat di Lembah Kelang
termasuk Selangor yang kini ditadbir oleh PKR.
Dan hampir semua mereka itu bekerja dalam agensi kerajaan atau syarikat swasta yang pada asalnya ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan tidak PKR.
Nik Aziz
memang ada pengikutnya, tetapi ia adalah dikalangan Melayu yang rasa taksub
dengan pendiriannya tidak mahu menunjuk atau bersikap hidup secara sederhana.
Malangnya,
dikalangan penyokongnya, ramai juga yang hidup mewah di atas sokongan Umno dan
Barisan dan bukan PAS.
Mereka
belot sokong Nik Aziz dan PAS sebab mereka tidak tahu berterima kasih kepada
Umno dan Barisan yang telah beri mereka pendidikan dan pekerjaan.
Malah
sehingga sekarang anak-anak mereka masih terus dapat sokongan dari Umno dan
Barisan untuk membenarkan mereka mendapat pendidikan di universiti di luar
negeri.
Namun,
mereka masih tetap sokong Nik Aziz dan PAS yang mereka tahu tidak beri mereka
apa-apa kecuali harapan yang mereka itu lebih Islam dari yang bukan sokong PAS.
PAS
sebenarnya tidak boleh hidup lama tanpa kehadiran Nik Aziz. Orang seperti ini
dan bukan Hadi Awanglah yang telah menyebabkan PAS mendapat sokongan.
Jadi tanpa ada Nik Aziz sudah pasti PAS akan terkubur.
Pilihanraya
umum ke-14 atau PRU-14 bakal menunjukkan bahawa sokongan terhadap PAS akan
merosot. Dan dengan ini sokongan terhadap DAP dan PKR juga akan merosot, sebab
kememangan oleh DAP dan PKR hanya boleh berlaku dengan adanya sokongan dari
PAS.
Pengiraannya
mudah: Tanpa PAS, DAP dan PKR juga akan turut terkubur. Dan tanpa Nik Aziz, PAS
akan terkubur.
Lebih-lebih
lagi kalau Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh di DAP dan Anwar Ibrahim di PKR,
kedua-dua parti pembangkang di Malaysia akan terkangkang; sebab merekalah
sebenarnya DAP dan PKR.
Tanpa
mereka, DAP dan PKR tidak akan wujud.
DAP dan
PKR serta PAS tidak ada pemimpin sokongan atau lapisan yang setar dengan Nik
Aziz, Kit Siang, Karpal atau Anwar. Yang lain-lain hanya pengikut totok, yang
tidak ada pendirian sendiri; mereka hanya sokong pemimpin mereka.
Sepuluh
tahun akan datang akan menunjukkan betapa berbezanya scenario politik di Malaysia
apabila kesemua pemimpin parti pembangkan seperti yang disebutkan itu akan
menjangkau usia lebih sepuluh tahun, iaitu semasa mereka dalam usia yang boleh
dianggap sebagai lanjut.
Dan
mereka juga akan bawa bersama pertubuhan Cina seperti Dong Zong yang akan
hilang arah apabila jumlah penduduk Cina terus mengecil dengan kaum Cina hidup
dalam kelompok dan dikelillingi oleh Melayu.
Merekalah
yang menyebabkan Malaysia
masih berada di tahab pemikiran dan tindakan politik pra-Merdeka dengan segala
perbalahan dulu yang dibawa hingga ke sekarang.
Ironinya,
merekalah juga yang menyebabkan Melayu bersemangat dan boleh bersatu, sebab
mereka sedar meeka ada ‘musuh dalam selimut’ dalam negara sendiri yang harus
ditentang habis-habisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan