DAN
KETIKA BELIAU BELAJAR DI SATU UNIVERSITI DENGAN SAYA DI UNIVERSITI COLUMBIA …
Oleh
Mansor Puteh.
Tahun 1969 hingga 1971, Barack Hussein Obama belajar di sekolah ini yang dipanggil Sekolah Dasar Negeri Jalan Basuki, No 4, di daerah Menteng di Jakarta Pusat.
Ia
terletak dalam sebuah kawasan perumahan yang agak ekslusif di Jakarta di daerah Menteng sejak dulu dan juga
sekarang dan murid-murid yang belajar di sekolah ini ternyata dari golongan
keluarga yang agak berada.
Anak-anak
sekolah kelihatan memakai pakaian seragam yang segak dan kawasan sekolah juga
bersih dan teratur.
Jalan di
hadapan sekolah juga terlihat banyak kenderaan mewah.
Dan di
sinilah dimana Barack Obama belajar dulu, dalam satu suasana yang nyaman dekat
pula dengan dengan sebuah taman.
Saya
sempat buat lawatan singkat ke sekolah ini semasa berada di Jakarta Jun lalu.
Dan
rupa-rupanya tidak ramai orang di Jakarta
yang tahu dimana tempatnya; mereka cuma tahu kawasannya sahaja.
Oleh
sebab itu, teman saya di Jakarta, Mohammad Noer yang saya kenal sejak kami
belajar di Bandaraya New York dulu juga tidak pernah datang ke sekolah ini,
walaupun beliau sudah lama menetap di sini sejak pulang dari Amerika.
Noer
adalah anak kelahiran Sumatera dan bekerja di Universitas Indonesia
sebagai pensyarah. Beliau telah datang ke hotel dimana saya menginap iaitu di
Jalan Raden Saleh di kawasan Cikini berdekatan pula dengan Taman Ismail Marzuki
atau lebih dikenali dengan singkatan TIM.
Dan saya
tidak sangka kawasan Menteng sebenarnya terletak berhampiran dari hotel dan
TIM.
Namun,
oleh sebab Noer tidak pernah ke sekolah Barack Obama, dia dan pemandunya
terpaksa berhenti dibeberapa tempat untuk mendapat arahan untuk ke sekolah itu.
Akhir sekali kamipun tiba di
Kawasannya
padat. Dan tidak ada padang
sekolah. Tempat letak kereta juga tidak ada. Yang ada cuma sebuah bangunan
sekolah yang rendah dengan beberapa buah bangunan lain dimana terletak
kelas-kelas pelajar.
Bangunan
utama di tepi jalan ialah dewan.
Terdapat
papantanda yang dipasang pada sebuah tiang pintu masuk sekolah yang mengumumkan
bahawa inilah sekolah dimana Presiden Amerika sekarang, Barack Hussein Obama
belajar dari 1969 hingga 1971 dulu.
Dan di dalam kawasan dalam pula terdapat sebuah patung tembaga yang berkilat mirip Barack semasa kecil, ketika dia belajar di sekolah ini.
Saya dapat tahu bahawa pihak berkuasa tidak benar patung ini diletakkan dalam taman. Oleh sebab itu mereka yang mendermanya terpaksa letakkannya dalam kawasan sekolah yang lebih tepat.
Dan
orang awam atau ibu-bapa pula tidak dibenar masuk ke dalam bangunan sekolah dan
terpaksa tunggu di luar bangunan.
Saya
dapat lihat dalam dewan dimana ramai pelajar-pelajar yang kelihatan seperti
mereka bersenam atau berlatih berlakon dalam sebuah drama.
Tidak
pula tahu dikalangan mereka, siapa atau adakah diantara mereka yang bakal
menjadi presiden Republik Indonesia
dimasa akan datang.
Seorang
lelaki yang mempunyai anak yang belajar di situ tidak rasa hairan apabila saya
tanya, ‘Siapa yang bakal jadi presiden?’ Dia tahu kemungkinannya memang ada,
sebab sejarah telah membuktikan yang ada seorang dari anak murid sekolah ini
yang akhirnya jadi presiden.
Dan dia
adalah presiden Amerika.
Barack
Obama telah buat lawatan rasmi ke Indonesia
dan dia sempat buat pertemuan dengan pelajar-pelajar di Universitas Indonesia (UI),
yang turut dihadiri oleh rakan-rakan sekolah rendahnya.
Tetapi dia tidak sempat untuk berkunjung semula ke sekolah lamanya di Mentang.
Tetapi dia tidak sempat untuk berkunjung semula ke sekolah lamanya di Mentang.
Hasratnya
untuk buat lawatan kedua ke Jakarta
September 2012 lalu tidak kesmapaian.
Dalam
pertemuan Barack Obama di UI, beliau bercakap sedikit dalam Bahasa Melayu.
Beliau berkata, ‘Nasi goreng sedap. Bakso sedap.’
Ia
membuat penonton amat gembira.
Walaupun penguasaan Bahasa Melayunya kini tidak seperti dulu apabila dia begitu faseh bercakap dengan pandai menulis dalam bahasa ini, sebab masakan dia boleh terus belajar di sekolah ini selama tiga tahun, dan akhirnya dapat menyambung pelajarannya di Amerika sehingga berjaya masuk ke Universiti Columbia dan Universiti Harvard, yang merupakan diantara universiti terulung di Amerika?
Dan
secara kebetulan saya belajar di Columbia
dan apabila saya selidik, saya mendapati bahawa Barack Obama sebenarnya berada
di kampus semasa saya masih belajar di situ.
Ketika itu dia belajar diperingkat sarjana muda sementara saya belajar di peringkat sarjana. Jadi kegiatan dan pergaulan kami tidak sama.
Tetapi oleh sebab
Mungkin
saya tidak bernasib baik sebab Barack Obama tidak berusaha untuk bergaul dengan
pelajar-pelajar dari Indonesia
atau Malaysia
yang sering berkumpul di Earl Hall dimana kami adakan acara sembahyang Jumaat
dan menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Kalau
beliau berminat untuk bergaul semula dengan pelajar-pelajar dari Malaysia dan Indonesia untuk kenal semula Bahasa
Melayu, beliau sepatutnya telah datang ke Dewan Earl dan bergaul dengan kami.
Sudah pasti beliau akan dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik sekarang kalau beliau telah berbuat demikian.
Tetapi
malangnya, beliau tidak menjengok di Dewan Earl.
Barack
Obama menang dalam pilihanraya presiden buat kali kedua yang diadakan dalam
tahun 2012 dulu, dengan diisytiharkan sebagai presiden Amerika buat penggal
kedua, yang merupakan penggal akhir dia boleh jadi presiden negaranya yang
menghadkan jangka masa seseorang itu boleh jadi presiden.
Dan kemungkinan besar beliau akan dapat buat lawatan ke sekolahnya di Menteng dan
Mungkin
juga Barack Obama akan tubuhkan sebuah yayasan seperti semua mantan presiden
Amerika yang mempunyai yayasan keamanan mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan