Oleh Mansor
Puteh
Dalam pada
itu, yang menjadi mangsa ialah orang Arab dan Dunia Islam sendiri.
Ini tidak dapat dinafikan sebab Israel
berperang dengan Dunia Arab dan orang, Islam di Amerika, dan barat
khususnya menjadi mangsa.
Pemikiran studio di Hollywood
serta media hiburan dan berita cetak dan elektronik bertukar dalam sekelip
mata.
Kini mereka menganggap sesiapa
berketurunan Arab itu itu sebagai ‘musuh’ dan berita mengenai Arab dan Islam
mestinya berbau negatif. Dan ditambah pula dengan tindakan pejuang-pejuang
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang ketika itu agressif menyebabkan imej
stereotaip orang Arab dan ugama Islam diketengah dan dipermain-mainkan.
Tindakan dia dan lobi Yahudi di barat
terhadap Arab dan Islam berlaku sehingga kini.
Dalam pada itu pula masyarakat Arab di
Amerika mengalami tekanan jiwa dan sebagai kelompok besar di nagara itu, mereka
terdesak untuk bergabung dan turut memberi sokongan terhadap dunia Arab dan
ugama Islam yang kini tertindas oleh dia dan masyarakat di Barat.
Ini menyebabkan lagi kerengangan diantara
masyarakat Amerika itu sendiri.
Masyarakat Arab di Amerika agak besar
tetapi ia tidak setempat, dan oleh yang demikian mereka tidak dapat bergabung
dengan mudah. Disamping itu mereka tidak mempunyai pemimpin. Tambahan pula
kebanyakan tokoh utama Arab di negara itu terdiri dari orang Arab kristen dari Lebanon .
Muncul pula pertubuhan ‘The Nation of
Islam’ dan pemimpinnya Elizah Muhammad dan tokoh penting lain seperti Malcolm X
dan Muhammad Ali.
Pertubuhan ini telah. berjaya menarik
minat orang kulit hitam atau Afro-Arican untuk menganut ugama suci ini.
Keadaan di America kini menjadi lebih
kecoh dengan munculnya sekumpulan orang Amerika berkulit hitam yang bukan Arab
tetapi kini berugama Islam. Dan mereka turut memberi sokongan kepada kaum
seugama mereka.
Media yang dikawal oleh Yahudi menjadi
lebih tegas dalam usaha mahu mempengaruh ahli politik di Amerika dan masyarakat
umum yang bukan Yahudi dan caranya ialah untuk menampilkan isiu-isiu anti-Arab
dan anti-Islam serta mengeluarkan filem-filem yang mempunyai watak ‘jahat’
berketurunan Arab dan berugama Islam.
Kesemuanya ini dapat dilihat sehingga kini
dan terbitnya beberapa buah judul filem dimana orang Arab diguna sebagai
pengganas, sentara orang putih sebagai wira.
Bagaimanapun, keadaan mulai reda bila
perjanjian damai diantara PLO dan Israel menjadi kenyataan beberapa
tahun dahulu. Ada media di Amerika dan di barat sendiri yang tidak dikawal oleh
Yahudi yang telah mula mempersoalkan peranan ‘jahat’ atau ‘pengganas’ orang
Arab dan ugama Islam seperti yang telah lazim diguna oleh media sebelum ini.
Namun demikian keadaan belum dan tidak
mungkin boleh pulih seperti sebelum tercetusnya peperangan Arab-Israel dalam
tahun 1904an dulu.
Dunia Arab dan orang Islam mesti ‘belajar’
dari orang Yahudi dengan menwujudkan perusahaan filem mereka sendiri untuk
menampung keperluan satu-setengah bilion umat Islam di Dunia Islam yang kini
mempunyai lima-puluh-lima
buah negara.
Disamping itu Dunia Islam mesti
menwujudkan satu sistem perhubungan dan media cetak dan elektronik supaya
mereka dapat menyebarkan maklumat yang tepat serta dari sudut kacamata mereka
sendiri, tanpa mengguna bahan-bahan berita dari media yang dipunyai dan
dikuasai oleh Yahudi.
Dan adalah tidak wajar kalau kita
menyalahkan orang Amerika dan di barat seluruhnya dengan sikap negatif terhadap
Arab dan Islam, sedangkan yang menjadi dalangnya ialah segelintir orang Yahudi
berfahaman Zionis dan yang berkepentingan.
Masyarakat di Amerika serta barat
sebenarnya tidak mempunyai niat jahat terhadap orang Arab dan Ugama Islam.
Mereka cuma telah dipengaruh oleh media mereka sendiri yang mengapi-apikan
isiu-isiu perkauman dan keugamaan semata-mata untuk membantu dalam proses
penerimaan negara Israel dan menguatkan kedudukan negara ini dikalangan ahli
politik di Capitol Hill, supaya Amerika terus menyokong Israel.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan
Amerika sendiri akan menolak Israel
sama seperti negara Kesatuan Soviet yang berfahaman komunis yang telah berjaya,
untuk menolak negara-negara di bawah penjagaanya pada suatu ketika dahulu.
Ini berlaku oleh sebab Kesatuan Soviet
telah muflis. Mungkin Amerika juga akan runtuh di atas segala dosa yang
terkumpul dan akhirnya mesti menganggap Israel sebagai bebas dan harus
diketepikan demi kepentingan negara Amerika.
Scenario seperti ini mungkin ketika ini
janggal; tetapi ia tidak keterlaluan.
Kalau Israel terketepi oleh Amerika dan
penyokong-penyokong setianya satu hari nanti, dunia amnya akan menjadi lebih
aman. Dan lobi Yahudi di Amerika akan hilang taring, dan Dunia Arab dan Islam
akan menjadi aman, dan orang Islam megah dan makmur.
Disamping itu Dunia Islam dan masyarakat
Islam seluruh dunia harus bersatupadu dan menjalinkan perhubungan erat yang
melampaui batasan politik, dan falsafah kemanusiaan, supaya nilai-nilai suci
Isiam diketengahkan.
Dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa
kuasa yang benar-benar besar di dunia ini akan muncul dari kesemua keruntuhan
seperti yang kita telah alami di Timur
Tengah , Bosnia
dan negara negara Islam di Afrika yang mana telah mencemar ugama Islam itu
sendiri.
Usaha-usaha memburuk-burukkan Arab
dan Islam oleh orang Yahudi berfahaman Zionis di Amerika dan barat telah tiba
ke kemuncaknya. Mereka tidak boleh beri sebarang alasan lagi untuk tetus
mengguna kuasa dan dia mereka untuk terus memburuk-burukkan orang Islam dan
Arab.
Dan kini sudah tiba detiknya untuk seluruh
dunia mengenali siapakah mereka dan apakah niat mereka sebenarnya.
Dunia Islam akan muncul sebagai Kuasa Dunia
dalam Melinium akan datang. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan