Isnin, 15 Julai 2013

MELAYU MASIH BODOH DAN JAHIL TENTANG UGAMA ISLAM

– SANGGUP BERCAKARAN DALAM BULAN RAMADAN YANG MULA DEMI REBUT KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI BESUT, TERENGGANU PADA 24 JULAI, 2013, DAN ‘BATU API’ YANG MELAGA-LAGAKAN MELAYU.
Oleh Mansor Puteh


Mungkin ada sebabnya kenapa pilihanraya kecil kawasan Besut di Terengganu diadakan dalam bulan Ramadan.

Ia bukan bererti bahawa kematian ahli dewan undangan negeri Besut tidak boleh membawa iktibar yang penting untuk umat Islam. Mungkin ada.

Dan kalau adapun, ia adalah untuk menunjukkan kepada orang Islam di Malaysia betapa jahil mereka.

Dalam bulan Ramadan mereka masih mahu bercakaran rebut sebuah kerusi ADUN.

Dalam tahun 1434 Hijrah, umat Islam di Malaysia masih belum kenal dengan Islam sejati, dan di Dunia Arab masih ada orang Islam yang masih mahu bertekak sesama sendiri sehinggakan sanggup berbunuhan.

Mereka telah dilalaikan dengan masalah utama yang dihadapi oleh Umat Islam di seluruh dunia.

Orang Arab yang telah disatukan dengan Islam dengan pengunaan Bahasa Arab yang telah nenek-moyang mereka guna untuk menolak dialek atau bahasa tempatan.

Namun, dengan mempunyai bahasa sama dan ugama sama, mereka masih boleh bercakaran.

Dan di Malaysia Umat Islam masih berpecah.

Nilai ugama tidak bermakna kepada mereka. Nilai politik dan desakan peribadi untuk individu tertentu yang mahukan kerusi ADUN dan parlimen membuat Umat Islam di Malaysia turut berpecah.

Dan perpecahan di Dunia Arab menguntungkan pihak anti-Arab dan anti-Islam.

Sama juga perpecahan dikalangan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia turut menguntungkan pihak anti-Melayu dan anti-Islam di dalam dan juga di luar negara.

Musuh Islam di Dunia Arab berpeluk tubuh lihat gelagat Arab bercakaran dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Dan musuh Melayu dan Islam di Malaysia juga boleh berpeluk tubuh melihat Orang Melayu dan Umat Islam bercakaran sesama sendiri walaupun mereka belum terdesak untuk menjadi fizikal.

Pilihanraya kecil atau PRK Besut sesungguhnya beri iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Tetapi malangnya, tidak sesiapapun yang sedar akannya.

Pihak PAS bertarung dengan Umno, walhal kedua-dua pihak Orang Melayu yang menganut ugama Islam yang sama.

Tetapi persamaan ini tidak semestinya boleh menwujudkan persefahaman dikalangan Bangsa Melayu di Malaysia, sama juga dengan persamaan dikalangan masyarakat Arab yang tidak boleh menyatukan Bangsa Arab.

Tentu ada sebabnya kenapa Bangsa Melayu di Malaysia dan Nusantara Melayu tidak boleh bersatu.

Dan tentunya juga ada sebabnya kenapa Bangsa Arab di Dunia Arab tidak boleh bersatu.

Apa yang ramai tidak sedar ialah tentang adanya ‘batu api’ dikalangan pihak anti-Arab dan anti-Islam di Dunia Arab dan di Malaysia yang tidak mahu Orang Arab dan Orang Melayu bersatu.

Mereka mencocok orang Arab dan Orang Melayu dari haluan kiri dan akhirnya mereka dapat undi dan keuntungan besar dari kuasa politik yang mereka idamkan.

Selagai Orang Melayu dan Orang Arab masih jahil tentang Ugama Islam dan tidak sedar bahawa ‘batu api’ ini wujud di dunia mereka, selagi itu Orang Arab dan Orang Melayu tidak akan bersatu.

Dan selagi itu juga Dunia Arab dan Malaysia dan Nusantara Melayu akan bergolak.

Bukan tidak ada sebab kenapa Kebangkitan Arab atau Arab Spring berlaku. Dan tidak ada sebab kenapa Melayu di Malaysia terus berpecah.

Ia bukan tentang kenapa PAS bencikan Umno; tetapi lebih dari itu, pihak PAS yang tidak sedar bahawa mereka telah lama hidup bergaul dengan ‘batu api’ yang mereka yang sebenarnya tidak mahukan Melayu di Malaysia bersatu.

Dan di Dunia Arab, ada negara-negara Arab dan pemimpin mereka yang telah lama serahkan jiwa dan raga mereka untuk bersekongkolan dengan pihak yang benar-benar mempunyai niat jahat terhadap Orang Arab dan Dunia Arab.

Pihak anti-Arab dan anti-Islam ini adalah ‘batu api’ yang telah menyebabkan wujudnya Arab Spring dan kenapa PRK Besut diadakan walhal kawasan ADUN Besut adalah milik Melayu sepenuhnya.

Jadi kenapa mesti Melayu bertelagak dan bertekak sesama Melayu lain dalam PRK Besut pada 24 Julai ini semata-mata untuk satu pihak – PAS atau Umno dapat kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan mereka boleh kongsi kerusi itu dan wujudkan kuasa yang lebih kuat dan mutlak dalam DUN Terengganu.

Sama juga untuk kawasan DUN dan parlimen seluruh negara yang mempunyai majority pengundi Melayu tetapi Melayu PAS dan Melayu Umno masih bercakaran.

Pemimpin PAS jahil tidak kenal apa itu musyawarah. Mereka tahu Islam ikut cara dan fahaman sendiri.

Malah Orang Arab di Dunia Arab juga tidak kenal dengan konsep musyawarah, seperti yang dituntut oleh Islam.

Mereka lebih tahu untuk menghukum dan keluarkan fatwa, yang dengan tindakan dan pemikiran ini telah menyebabkan Dunia Arab dan Dunia Melayu di Malaysia bergolak, dengan isiu-isiu remeh-temeh yang ternyata dapat melekakan ramai pemimpin PAS dan Umno.

PAS sepatutnya sudah lama dibubarkan sebab ia adalah parti politik yang kecil yang tidak mungkin boleh tarik perhatian dan sokongan dari Melayu umumnya.

Yang jelek dan bodohnya ialah PAS lebih sanggup bersekongkolan dengan bukan-Melayu yang dengan jelas dan nyata mengaku mereka tidak sokong perlaksanaan Hukum Islam di Malaysia.

PAS lebih sanggup ikut telunjuk bukan-Islam dari cari jalan untuk bermesyawarah dengan Umat Islam dalam Umno yang telah lama melaksanakan Hukum Islam setakat mana yang mereka mampu.

PRK Besut sebenar-benarnya menunjukkan betapa jahilnya pemimpin dan penyokong PAS yang mahu bercakaran dengan Umat Islam lain dalam bulan Ramadan al-Mubarak.

PAS tidak beri sumbangan kepada penyatuan Umat Islam di Malaysia; ia hanya dapat rasa bangga halang Umno menyatukan Bangsa Melayu, dan PAS harus sedar bahawa sejak parti ini ditubuhkan prinsip mereka bertukar-tukar ikut angin pemimpin utamanya.

Mereka tidak kecam orang bukan-Islam yang mengamalkan kehidupan tidak bermoral, dan biarkan mereka terus dengan cara hidup mereka, sedangkan adalah menjadi tanggung jawab Orang Islam untuk beri faedah kepada mereka yang dianggap lebih jahil dari Umat Islam sendiri yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran,

Ini PAS tidak berani melakukan sebab mereka takut mereka akan hilang undi dari bukan-Melayu.

Pilihanraya Kecil Besut pada 24 Julai membuktikan bahawa Melayu di Malaysia masih jahil dan bodoh tentang Islam.

Kehancuran di Mesir dan negara Arab lain juga membuktikan bahawa Orang Arab juga masih bodoh dan jahil tentang Islam.


Ternyata Orang Melayu dan Arab tidak sedar siapakah ‘batu api’ yang telah melaga-lagakan mereka demi untuk melihat Dunia Arab dan Dunia Melayu dan Islam di Malaysia bergolak sebab dengan cara ini mereka boleh mendapat keuntungan dari perpecahan dikalangan masyarakat Arab dan Melayu. 

Tiada ulasan: