Khamis, 18 Julai 2013

SARJANA FILEM DISINGIR DALAM INDUSTRI FILEM YANG TANDUS.

...FILEM MELAYU TIDAK KE MANA, DAN NAMA NEGARA TIDAK DISANJUNG DALAM FILEM DUNIA.
Oleh Mansor Puteh



Memang sukar untuk sesebuah negara melahirkan seorang seniman terbilang, yang dapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Kita tidak ada sistem yang boleh beri pengiktirafan seperti itu.

Jadi pokok pangkalnya; filem Malaysia atau filem Melayu mesti dapat pengiktirafan dari pesta filem antarabangsa dulu sebelum ia boleh disanjung oleh penonton tempatan, dan tidak sebaliknya.

Mungkin prosesnya akan mengambil masa sebab ramai penonton tempatan beranggapan filem yang berjaya di pesta filem antarabangsa itu sukar untuk mereka faham dan terima, tetapi lama-kelamaan mereka akan gunanya sebagai kayu ukur untuk menerima filem-filem tersebut sebagai filem bermutu.

Jadi walaupun ‘Bunohan’ dikatakan telah mendapat pengiktirafan di beberapa buah pesta filem, namun, ia tidak melonjakkan filem ini dari segi penerimaan oleh penonton tempatan.

Sebabnya ialah penonton masih mempunyai pemikiran lama.

Mereka mesti tukar sikap dan guna kayu ukur penerimaan oleh pesta filem antarabangsa itu sebagai yang lebih mutlak, berbanding dengan penilaian mereka sendiri.

Soalannya ialah kenapa ramai penonton dan orang awam sekarang yang masih menganggap filem-filem lama keluaran oleh studio di Singapura sebagai yang bermutu?

Tidakkah ini disebabkan ia telah menerima pengiktirafan dari beberapa buah pesta filem antarabangsa khusunya oleh Asia Film Film atau Pan-Pacific Film Festival?

Malah P. Ramlee sehingga kini dianggap sebagai seniman penting Melayu disebabkan itu, iaitu penerimaan olehnya beberapa anugerah dalam tahun 1960an dahulu.

Oleh sebab itu mereka masih tidak malu-malu menganggap karya filem terbitan lama dulu seperti masih berguna.

Ia adalah mewakilli zaman dulu; dan ia boleh dikenang. Tetapi ia tidak boleh menggerakkan industri filem kini. Dan ia boleh beri perangsang kepada golongan pengkarya filem baru mendapat tenaga untuk terus majukan industri.

Yang boleh majukan industri sekarang tergantung dengan berapa ramai sarjana dalam bidang perfileman yang negara dapat lahirkan, yang mana mendapat pendidikan dari sekolah filem dan universiti terkemuka diseluruh dunia.

Yang sedihnya jumlahnya begitu kecil. Tetapi hampir semua mereka telah dipinggirkan.

Mereka dianggap sepi dan pendapat mereka tidak mahu diambil kira seperti mereka bercakap dalam bahasa asing dalam bidang yang mereka tidak pakar.

Jadi apa guna kerajaan mahu gesa anak bangsa berusaha dan maju dalam bidang pendidikan dalam semua bidang. Dan ini sudah pasti tidak mengecualikan bidang perfileman.

Malah sehingga kini tidak terdapat seorangpun yang telah mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang perfileman.

Yang ada hanyalah Anuar Arai kelulusan bidang perfileman dan teater dari University of Southern California (USA) dan beberapa orang lagi. Dan semua mereka dihumban ke universiti mengajar anak-anak muda, termasuk Dr Anuar yang menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa menjawat Rektor di Aswara.

Sedangkan minatnya adalah dalam bidang pengarahan filem.

Adman Salleh, kelulusan sekolah filem di London juga dihumban ke Aswara, sedangkan dia dulu menang anugerah pengarah filem terbaik untuk 'Paloh'.

Ada beberapa lagi yang berminat mengarah filem dengan mempunyai kelayakan tertentu, tetapi mereka dipandang sepi. Mereka hanya layak diberi jawatan sebagai pensyarah di Aswara atau UiTM.

Adalah malang untuk negara yang mahu maju dalam semua bidang tidak beri pengiktirafan kepada mereka yang berkelayakan, tanpa mengenakan syarat-syarat yang bukan-bukan.

Apa lagi yang mahu disuruh mereka perolehi - pendidikan dan pengelaman sudah mereka ada.

Adakah mereka juga perlu untuk mencari dana sendiri untuk buat filem dan kalau mereka menang anugerah Oscar, baru kita anggap mereka itu penting dan Oscar itu milik negara?

Berapa juta sudah negara labur dalam perkembangan ahli sokan kita, dan berapa pingat Olimpik sudah mereka milikki? Mereka diberi latihan secukupnya, bertanding dalam semua pertandingan di luar negara dengan semua kos dibiayai oleh persatuan sokan dan kerajaan dan pihak swasta.

Tetapi hasilnya tidak berapa.

Malah Malaysia boleh merangkul anugerah dalam bidang perfileman termasuk Oscar kalau kerajaan beri tumpuan dan bawa bersama mereka yang ada kelayakan dan pengelaman untuk beri saranan dan pendapat.

Malah ada yang sering beri pandangan tetapi pandangan mereka dianggap sepi yang mahu memperkecilkan pihak tertentu.

Pandangan serong oleh pihak yang berkuasa seperti ini tidak baik untuk pembangunan industri filem atau negara. Ia adalah pemikiran anti-kemajuan.

Jadi tidak hairanlah kalau kedudukan Malaysia dalam filem dunia lebih rendah berbanding dengan Myanmar, Nepal, TIbet, Mali dan negara-negara mundur dalam bidang ekonomi di Afrika dan Amerika Selatan lain.

Dan sehingga kini hanya sebuah filem dari Malaysia sahaja iaitu 'Bunohan' yang telah dijemput ke beberapa buah pesta filem antarabangsa.

Sebuah lagi ialah dokumentari berjudul, 'Writing in the Sand...' arahan saya yang dijemput ke sebuah pesta filem di Iran Februari lalu.





Tiada ulasan: