Oleh Mansor Puteh
Isiu lepak nampaknya lebih melibatkan
anak-anak Melayu berbandingkan dengan anak kaum lain, khususnya Cina, walaupun
masalah ini kurang ketara di kalangan anak India .
Tentu kita
kini sudah mempunyai bukti jelas kenapa jumlah yang besar mereka yang melepak
itu adalah anak Melayu. Ini dapat dilihat kalau kita bersiar di Pasar Seni dan
pusat membeli-belah utama seluruh bandaraya.
Dan biasanya
para psikologi serta komentar masyarakat akan menyatakan bahawa masalah lepak
serta kegiatan bohsia ini adalah berpunca dari masalah sosial dan seperti itu.
Tetapi, saya
kurang yakin bahawa masalah sosial rupakan masalah utama yang membuat anak
Melayu khususnya menghadapi masalah itu. Kalau tidak kenapa anak kaum Cina dan India juga
tidak menghadapi masalah seperti ini?
Jadi, apa
yang jelas ialah masalah ini bukan semata-mata isiu sosial' tetapi
ekonomik.
Masalah yang
dihadapi oleh anak-anak Melayu jelas betlaku di kalangan kaluarga dimana ibu
dan bapa atau bapanya sahaja yang makan gaji di pejabat atau di kilang, dan
keluarga bergantung dari pendapatan bapa mereka.
Ini
berbanding dengan kelarga Cina di mana kebanyakan mereka membuka kedai dan
menjalankan perniagaan kecil.
Ini bererti
bahawa anak-anak Cina yang gagal di sekolah atau tidak berjaya mencari
pekerjaan di pejabat awam atau kerajaan, akan diresap ke dalam perniagaan
keluarga sendiri.
Oleh yang
demikian, anak-anak Cina jarang melepak sebab mereka telah didik untuk mengguna
masa yang luang walaupun semasa bersekolah untuk membantu di kedai keluarga
sendiri.
Berbanding pula
dengan anak-anak Melayu yang tidak dapat mengharapkan sebarang jenis pekerjaan
dari keluarga sebab bapa mareka sahaja yang bekerja makan gaji.
Dalam musim
cuti sekolah lagi mereka sudah belajar untuk melepak dan kerja ini disambung
kalau mereka gagal selepas tingkatan tiga atau lima . Dan mereka mereka melepak sambil
menunggu dapat sebarang jenis pekerjaan yang layak didapati seperti peon.
Ini juga,
menerangkan bahawa terdapat begitu ramai anak Melayu yang menunggang motosikal
pada waktu malam sebab jenis pekerjaan mereka ialah untuk menghantar surat sebagai peon.
Dan peringkat
umur mereka yang melepak juga dapat dikaji; mereka dalam lingkungan belasan
tahun. Ini menerangkan bahawa mereka belum lagi mempunyai tanggung jawab
sendiri dan boleh membuang masa sehingga lewat malam.
Bila mereka
meningkat lebih dewasa mereka akan berkahwin dan tinggalkan kegaitan melepak.
Dan untuk gadis pula, mereka akan juga bertukar corak bila meningkat dewasa dan
mendapat pasangan hidup.
Jadi masalah
melepak dan kegiatan bohsia dikalangan kaum Melayu sebenarnya berpunca dari
kegagalan kerajaan untuk mengalakkan perkembangan dan pertumbuhan kalangan
peniaga kecil atau kelas ‘trading’ di kalangan masyarakat Melayu.
Jelas peniaga
kecil di kalangan Cina telah kian berkembang sejak Kuala Lumpur wujud lagi sehingga sekarang.
Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat Cina lebih menjalankan pekerjaan
sendiri dari makan gaji di pejabat. Oleh yang demikian masyarakat Cina boleh
maju dalam bidang ekonomi dan sekaligus mengatasi masalah pengganguran di
kalangan golongan muda mereka.
Masyarakat
Melayu boleh mengatasi masalah lepak dan bohsia kalau kerajaan mengalakkan
orang Melayu untuk menceburkan diri dalam lapangan perniagaan kecil.
Dengan cara
ini bukan sahaja pekedai itu sendiri yang boleh mendapat ganjaran bahkan isteri
dan anak-anaknya sekali.
Dan kalau
anaknya gagal dalam peperiksaan dia juga boleh diserap ke dalam kedai untuk
lakukan apa jenis pekerjaan dan akhirnya membantu memperkembangkan kedai itu
sendiri.
Ini jelas dilihat
dalam perniagaan yang dijalankan oleh masyarakat Cina yang bermula secara
kecil-kecilan tetapi kian membesar bi la mereka mendapat modal yang lebih dan
bila ahli keluarga mereka bertambah.
Mereka boleh
beri pekerjaan kepada anak-anak dan serta saudara-mara sendiri, termasuk anak
Cinu keluarga lain.
Satu bancian
boleh membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya mempunyai sistem ekonomi
mikro yang berjaya memberi peluang pekerjaan untuk sesiapa sahaja, di kalangan
mereka, dan pekerjaan kian berkembang dan jenis perkerjaan juga berubah menjadi
lebih canggih.
Ini juga
menerangkan kenapa hampir semua kedai dalam mana-mana pasaraya dan pusat
membeli-belah dimilikki oleh kaum Cina.
Dan kalau
kita kaji kedai-kedai yang dijalankan oleh orang Melayu sendiri samada mereka
telah menjalankan perniagaan secara sendiri atau dengan mendapat dorongan dari
Mara atau UDA, apa yang jelas ialah anak-anak mereka tidak menghadapi masalah
lepak dan bohsia.
Cuma yang
menghadapi masalah ini adalah yang
terdiri dari ibu atau bapa yang tidak menjalankan perniagaan kecil
sendiri, atau yang bekerja di pejabat dengan mendapat gaji tetap.
Ini
sebenarnya yang membuat masalah ini wujud dikalangan masyarakat Melayu, iaitu
masyarakat itu sendiri secara amnya dan keluarga Melayu secara khususnya telah
gagal untuk menwujudkan pelbagai jenis perniagaan untuk anak-anak mereka
lebih-lebih lagi untuk mereka yang gagal peperiksaan.
Ini juga
menerangkan kenapa anak Melayu yang tidak gagal di sekolah dan berjaya
melanjutkan pendidikan di institusi pengajian tinggi tidak lepak atau terlibat
dengan gejala bohsia.
Ini
disebabkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian. Kalau
mereka gagal, sudah tentu mereka juga akan bersama anak Melayu di Pasar Seni
dan pusat membeli-belah lain.
Kalau
kerajaan dan pihak berkenaan ingin mengatasi masalah lepak dan bohsia ini,
mereka harus lihat isiu ini selain dari menganggapnya sebagai masalah sosial.
Masalah utama
yang meyebabkan masalah ini ialah ekonomi. Lebih-lebih lagi dengan penghijrahan
orarg Melayu ke kota ,
untuk mencari nafkah, anak-anak mereka akan berkeliaran dan terima pengaruh
dari hiburan dan mencari pelbagai jenis kegiatan sosial untuk luangkan masa.
Oleh yang
demikian kegiatan Rakan Muda yang membelanja berpuluh-puluh juta ringgit serta
pembinaan pusat masyarakat (Communty centers) di seluruh negara sudah pasti
tidak akan berjaya, sebab peranan dan keberkesannnya tidak relevan.
Anak-anak
muda disuruh meluangkan masa mengikuti rancangan Rakan Muda secara tertip
tetapi mereka akan tetap tidak akan dapat pekerjaan bila rancangan atau kursus
itu selesai.
Jadi, untuk
mengatasi masalah ini, adalah penting bagi kerajaan dan agensi lain seperti
Mara dan UDA untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan kecil supaya satu sistem ekonomi mikro dapat
diwujudkan dalam masyarakat Melayu itu sendiri dan mereka akan berdikari.
Disamping itu
masyarakat itu akan menwujudkan pelbagai jenis pekerjaan untuk kaumnya
sama seperti apa yang berlaku di kalangan masyarakat Cina.
Masalah lepak
dan kejadian bohsia sebenarnya mencerminkan betapa mundurnya masyarakat Melayu
dalam perniagaan kecil. Dan betapa bergantungnya orang Melayu kepada
kerja-kerja tetap di pejabat awam dan swasta.
Keaduan ini
tidak serupa dengan masyarakat Cina yang lebih pentingkan menjalankan
perniagaan kecil secara sendiri, dan yang menguntungkan dirinya serta keluarga
dan perniagaan mereka boleh diwarisi oleh anak-anak yang boleh mengembangkan
serta majukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan