Sabtu, 31 Ogos 2013

NIK AZIZ BERSARA SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN DAN BERDIAM.

…DAN BAGAIMANA ORANG MELAYU DI MALAYSIA MULA RASA AMAN. TERNYATA NIK AZIZ SUDAH LAMA KETINGGALAN ZAMAN.
Oleh Mansor Puteh



Biasanya bila orang ada banyak pengelaman, dia akan rasa lebih yakin dan mulia. Tetapi ada orang yang kononnya mengaku mempunyai banyak pengelaman dalam bidang politik dan ugama, tetapi dia jadi lebih angkoh dan bongkak serta keliru sehinggakan muka dia jadi tebal dan dia rasa tidak malu bercakap apa walaupun dia dicemuh dan dikecam.

Dan dia tidak peduli dengan itu semua dan dia tidak takut diambil tindakan mahkamah atau diugut disaman oleh sesiapa. Dia rasa diri dia kebal disokong oleh orang lain dan partinya sendiri.

Oleh sebab itu adalah baik untuk mana-mana parti politik tidak benarkan orang kekal dalam sebuah jawatan sepanjang hayat, sebab dia tidak akan beri sebarang kebaikan kepada parti dan perjuangan mereka sendiri.

Nik Aziz Nik Mat, mantan menteri besar Kelantan dan ‘mursyidul am’ PAS bersara sebagai menteri besar, dan berhenti bercakap atau tampil dikhalayak ramai, dan Orang Melayu di Malaysia rasa sesuatu ‘kehilangan’.

Ia adalah satu kehilangan yang agak besar, tidak mendengar dia bercakap, mengeluarkan pendapat dan beri komen, ikut cara dia sendiri.

Secara tidak sengaja pengundi di kawasan parlimen Kota Bharu telah pilih anaknya, Nik Abduh dari Ibrahim Ali, calon bebas yang dulu menang di kawasan ini.

Dan seperti yang tidak diduga, Nik Abduh telah membuktikan dirinya lebih layak dari Ibrahim dan Nik Aziz sendiri.

Dalam beberapa kenyataan yang dia telah buat, nampaknya tidak salah pengundi tolak Ibrahim dan pilih Nik Abduh, yang tidak takut beri pendapat yang tidak ikut perasaan atau untuk hibur rakan di DAP dan PKR seperti yang gemar dilakukan oleh bapanya.

Nik Abduh, kalau mengepalai PAS, boleh membawa Orang Melayu bersatu dengan Melayu dalam parti lain khususnya dalam Umno walaupun usaha ini akan mengambil masa.

Dan kalau ini berlaku, Nik Abduh akan dianggap sebagai seorang pemimpin Islam dan Melayu yang jauh lebih hebat dari bapanya dan semua mereka dalam kepinpinan lama PAS sendiri.

Dibawah Nik Aziz, kemungkinan ini langsung tidak akan berlaku.

Dan Malaysia juga telah berubah sedikit-sebanyak dengan tiadanya Nik Aziz dalam bidang politik kebangsaan sebagai menteri besar dimana dia boleh alih pandangan orang awam dan media dengan caranya yang agak pelik dengan memberi komen dalam ayat-ayat yang kontot.

Dia sudah tua; oleh itu dia rasa tiba masanya untuk dia bersara sebagai menteri besar Kelantan.

Dan menteri besar Kelantan sekarang Ahmad Yaakob pula tidak mahu ikut cara Nik Aziz. Dia pemimpin generasi baru PAS sama seperti Nik Abduh.

Tetapi ada lagi mereka dalam golongan lama PAS seperti Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan juga Husam Musa dan Sallehuddin Ayub yang terikut-ikut dengan cara Nik Aziz; tetapi mereka juga akan rasa terpinggir dengan kehadiran Nik Abduh yang lebih berkompromi, lebih pentingkan perpaduan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Nik Abduh boleh pergi jauh, lebih jauh dari bapanya, yang walaupun telah terlibat dalam parti PAS hampir semur hidupnya tetapi masih tidak dapat beri Melayu sebarang faedah atau kelebihan.

Konsep Malaysia-Malaysia yang kononnya dia mahu sokong ternyata tidak terbawa olehnya atau PAS, yang rata-rata adalah parti politik Melayu, yang lebih terpencil dari Umno yang masih ada golongan kecil terdiri mereka yang bukan berugama Islam, iaitu dikalangan Bumiputera lain.

Apa yang paling jelas sekarang ialah Orang Melayu hidup lebih aman sekarang, tidak dengar komen dan celoteh Nik Aziz yang membuatnya ikut cara sendiri, iaitu cara kolot, yang tidak diguna oleh sesiapa lain didalam negara atau di luar.

Malah pemimpin seangkatan dengannya dalam PAS juga tidak terikut dengan caranya, termasuk Hadi Awang walaupun kedua mereka boleh dikatakan seangkatan dan sealiran.

Sekarang dengan tiadanya Nik Aziz, Hadi Awang mula rasa terpencil, bersendirian dalam partinya.

Ini sudah pasti akan memaksanya untuk juga bersara dan ikut tindakan Nik Aziz, walaupun Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu tetapi untuk satu penggal sebelum PAS dipenggal oleh pengundi di seluruh Terengganu yang humbannya ke dalam laut.

Hadi tidak dapat membuktikan ketokohannya sebagai menteri besar Terengganu. Tetapi dia hanya dapat satu penggal, berbanding dengan Nik Aziz yang pernah menjadi menteri besar Kelantan lebih tiga-puluh tahun, tetapi negerinya masih mundur dengan ramai anak muda Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk bekerja di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Bagaimanapun, terdapat ramai dikalangan anak muda Kelantan hanya dapat buka restoran atau warung, dengan sejumlah kecil yang bekerja dengan lebih sempurna, sebab mereka ada pendidikan.

Malangnya, ini terpaksa dilakukan oleh mereka itu oleh sebab Kelantan tidak maju untuk beri mereka peluang pekerjaan seperti yang mereka boleh dapat di Lembah Kelang termasuk Selangor yang kini ditadbir oleh PKR.

Dan hampir semua mereka itu bekerja dalam agensi kerajaan atau syarikat swasta yang pada asalnya ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan tidak PKR.

Nik Aziz memang ada pengikutnya, tetapi ia adalah dikalangan Melayu yang rasa taksub dengan pendiriannya tidak mahu menunjuk atau bersikap hidup secara sederhana.

Malangnya, dikalangan penyokongnya, ramai juga yang hidup mewah di atas sokongan Umno dan Barisan dan bukan PAS.

Mereka belot sokong Nik Aziz dan PAS sebab mereka tidak tahu berterima kasih kepada Umno dan Barisan yang telah beri mereka pendidikan dan pekerjaan.

Malah sehingga sekarang anak-anak mereka masih terus dapat sokongan dari Umno dan Barisan untuk membenarkan mereka mendapat pendidikan di universiti di luar negeri.

Namun, mereka masih tetap sokong Nik Aziz dan PAS yang mereka tahu tidak beri mereka apa-apa kecuali harapan yang mereka itu lebih Islam dari yang bukan sokong PAS.

PAS sebenarnya tidak boleh hidup lama tanpa kehadiran Nik Aziz. Orang seperti ini dan bukan Hadi Awanglah yang telah menyebabkan PAS mendapat sokongan.

Jadi tanpa ada Nik Aziz sudah pasti PAS akan terkubur.

Pilihanraya umum ke-14 atau PRU-14 bakal menunjukkan bahawa sokongan terhadap PAS akan merosot. Dan dengan ini sokongan terhadap DAP dan PKR juga akan merosot, sebab kememangan oleh DAP dan PKR hanya boleh berlaku dengan adanya sokongan dari PAS.

Pengiraannya mudah: Tanpa PAS, DAP dan PKR juga akan turut terkubur. Dan tanpa Nik Aziz, PAS akan terkubur.

Lebih-lebih lagi kalau Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh di DAP dan Anwar Ibrahim di PKR, kedua-dua parti pembangkang di Malaysia akan terkangkang; sebab merekalah sebenarnya DAP dan PKR.

Tanpa mereka, DAP dan PKR tidak akan wujud.

DAP dan PKR serta PAS tidak ada pemimpin sokongan atau lapisan yang setar dengan Nik Aziz, Kit Siang, Karpal atau Anwar. Yang lain-lain hanya pengikut totok, yang tidak ada pendirian sendiri; mereka hanya sokong pemimpin mereka.

Sepuluh tahun akan datang akan menunjukkan betapa berbezanya scenario politik di Malaysia apabila kesemua pemimpin parti pembangkan seperti yang disebutkan itu akan menjangkau usia lebih sepuluh tahun, iaitu semasa mereka dalam usia yang boleh dianggap sebagai lanjut.

Dan mereka juga akan bawa bersama pertubuhan Cina seperti Dong Zong yang akan hilang arah apabila jumlah penduduk Cina terus mengecil dengan kaum Cina hidup dalam kelompok dan dikelillingi oleh Melayu. 

Merekalah yang menyebabkan Malaysia masih berada di tahab pemikiran dan tindakan politik pra-Merdeka dengan segala perbalahan dulu yang dibawa hingga ke sekarang.

Ironinya, merekalah juga yang menyebabkan Melayu bersemangat dan boleh bersatu, sebab mereka sedar meeka ada ‘musuh dalam selimut’ dalam negara sendiri yang harus ditentang habis-habisan.





Khamis, 22 Ogos 2013

GRAND MOSQUÉE DE PARIS

– MASJID TERBESAR DI PARIS DAN YANG KETIGA DI SELURUH BENUA EROPAH, KISAH SEORANG PEMUDA YAHUDI DISELAMATKAN OLEH IMAMNYA DARI ASKAR NAZI DAN MASYARAKAT ISLAM DI PARIS.

Gambar dan rencana oleh Mansor Puteh



2, Place du Puits de l’Ermite, Paris 5th,.

Inilah alamat masjid terbesar di Paris dan yang ketiga terbesar seluruh benua Eropah. Stesen keretapi bawah tanah atau Metro ialah Segur, laluan 7.

Dan di sinilah saya pergi pada hari terakhir saya berada di Paris dalam bulan Ramadan yang baru lalu.

Kebetulan pula hotel dimana saya menginap berhampiran dengan Stesen Gare de I’est, dan saya hanya terpaksa berjalan beberapa tapak untuk pergi ke stesen ini untuk menaikki kereta Nombor 7 dan berhenti di Stesen Sagur.

Saya hampir terlupa untuk melawatnya sebab begitu asyik melawat ke tempat-tempat yang lebih terkenal dan popular dikalangan pelancong yang datang ke bandaraya Paris, sehinggakan saya terikut-ikut pergi ke sana dan terlupa melawat masjid yang bersejarah ini.

Ia merupakan masjid terbesar di Paris yang dibina dalam tahun 1926 sebaik sahaja selesai Peperangan Dunia Kedua, dengan dilancar oleh presiden negara Perancis ketika itu, Gaston Doumergue pada July 15, 1926. 

Kerajaan Perancis berterima kasih kepada penganut Islam di negara-negara jajahannya di Afrika sehinggakan mereka benarkan pembinaan masjid itu, yang terletak di sebuah kawasan yang agak mewah dan megah, walaupun ia kini tersepit ditengah-tengah bangunan di kiri dan kanan; namun dari jauh lagi kita sudah dapat merasa dan melihat kehadirannya dengan terpampangnya menara setinggi 26 meter tersergam di celah-celah bangunan.

Dan di sinilah dimana bukan sahaja penganut Islam di bandaraya ini berkumpul untuk mengerjakan sembahyang Jumaat dan waktu lain atau untuk acara keramaian lain tetapi para pelancong tempatan dan luar negara.

Sejak ia dibina lebih 87 tahun lalu, masjid ini telah mencipta pelbagai sejarah, dan diantaranya ialah tentang kisah bagaimana seorang imam bernama
Si Kaddour Benghabrit telah selamatkan seorang keturunan Yahudi dari ditahan dan dibunuh oleh pasukan Nazi.

Dan kisah ini baru sahaja dijadikan bahan untuk sebuah filem berjudul, ‘Les Hommes Libre’ atau ‘Free Men’ (Orang yang bebas) arahan Ismael Faroukhi, seorang pengarah keturunan Algeria.

Sebenarnya kisah pembunuhan Yahudi oleh Nazi Jerman berleluasa semasa zaman Peperangan Dunia Kedua apabila banyak orang Yahudi ditahan dan dibunuh oleh mereka.

Dan dalam dekad 1940an di Paris pula ketika itu terdapat ramai orang Islam dari Afrika termasuk kaum Yahudi suku Sephardik dan mereka seperti orang Afrika-Muslim lain bertutur dalam bahasa Arab.

Disamping itu mereka juga amal cara hidup orang Islam dan tidak pula makan makanan khinzir dan berkhatan termasuk mempunyai nama yang sama.

Jadi lelaki Yahudi itu mempunyai nama Salim Hilali, yang kemudiannya ditukar ke Simon.

Salim diberi sijil oleh Imam Si Khadour yang mengumumkan bahawa dia adalah seorang yang berugama Islam, walaupun ia adalah satu penipuan.

Tujuannya ialah untuk menyelamatkan Salim Hilali dari ditahan oleh askar Nazi dan dibunuh bersama mangsa Yahudi dalam era Holocaust.

Pada masa itu Nazi tidak ada sengketa dengan orang Arab atau Islam, maka mereka terselamat dari kekegaman Nazi, termasuk Salim sendiri, seorang penyanyi yang terkenal ketika itu yang menyanyi lagu-lagu Arab, iaitu bahasa ibundanya yang bukan bahasa Ibrani atau Hebrew yang diguna oleh kaum Yahudi di Israel sekarang yang tidak popular dikalangan Yahudi pada masa itu.

Inilah kisah yang menyayat hati yang hanya tahun lalu dijadikan bahan untuk sebuah filem, yang telah ditayang dalam sebuah pesta filem di Israel sendiri.

Sebenarnya terdapat ramai orang Yahudi yang telah diselamatkan oleh orang Arab dan Islam lain, tetapi kisah Salim ini berlaku di Masjid Besar Paris.

Dan untuk membuktikan yang Salim adalah orang berugama Islam, Imam tersebut telah juga menulis nama keluarganya pada sebuah tiang nesan untuk membuktikan kepada tentera Nazi bahawa Salim adalah orang Islam juga apabila askar Nazi tuntut bukti yang lebih sahih yang Salim Hilali adalah seorang berugama Islam.

Sebenarnya mengikut kisah yang telah disebut-sebut terdapat ramai pemuda Yahudi yang telah mendapat perlindungan dari masyarakat Islam di masjid yang sama; mereka sembunyi dalam ruang tersorok dibawah bangunan masjid itu sehingga tamat zaman Peperangan Dunia Kedua.

Namun, kisah sekitar kehidupan Salim yang paling dramatik dan berwarna, sebab dia adalah seorang penyanyi terkenal dikalangan masyarakat Arab di Paris.

Mungkin oleh sebab itu juga dia menjadi tumpuan dan keturunannya disyak oleh Nazi.

Namun dia terlepas dari ditangkap dan dibunuh oleh mereka.

Sebenarnya sekarang terdapat ramai masyarkat Islam di Paris dan Perancis dengan anggaran meletakkan jumlahnya mencapai lima hingga lapan peratus dari seluruh jumlah penduduk negara ini.

Di Moskow sahaja terdapat lebih dua juta Umat Islam, yang kebanyakannya terdari dari mereka dari negeri-negeri Islam di Asia Tengah yang pada suatu ketika itu semasa adalah di dalam Kesatuan Soviet.

Saya mengunjungi Paris pertama kali dalam bulan Februari, 1982 dulu dan dapat bandingkan keadaannya dalam lawatan kedua yang dibuat dalam bulan Jun lalu.

Dimana-mana terdapat lelaki dan wanita Islam yang kebanyakannya dari negara-negara jajahan Perancis di Afrika seperti Algeria, Tunisia dan Maghribi atau ‘Morocco’ atau ‘Moroc’ seperti yang disebut oleh orang Perancis.

Mereka yang memakai pakaian Arab ketara dan jelas Islam, tetapi terdapat ramai lelaki Arab yang kelihatan seperti orang tempatan dengan wajah mereka yang sama.

Tetapi biasanya mereka akan bercakap dalam bahasa Arab sesama sendiri dan barulah kita dapat tahu yang mereka itu orang Arab berugama Islam.

Saya sempat bercakap dengan ramai mereka yang membuka kedai dan gerai atau bekerja dalam stesen Metro.

Dan mereka rasa gembira bila saya beritau mereka saya dari Malaysia atau ‘Malasie’ ikut cara mereka.

Seorang pemuda Arab keturunan Maghribi terus beri saya tiga biji buah untuk dimakan semasa berbuka bila saya pergi ke gerainya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kini terdapat ramai orang Islam bukan sahaja di Paris dan Perancis tetapi disemua bandaraya utama di Eropah, dengan bandaraya Brussels di Belgium yang mempunyai jumlah yang paling besar dengan peratusan paling tinggi sehinggakan mereka dianggarakan akan menjadi masyarakat terbanyak menjelang tahun 2050.

Namun demikian walaupun orang Islam di Eropah dikatakan mendapat kecaman dari pihak atau kumpulan picisan anti-Islam, namum dari apa yang dapat perhatikan ialah keadaannya tidak sama seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

Orang Islam di Paris boleh bersembahyang di atas jalan di sekelilling Masjid Besar pada hari Jumaat dan pada hari kebesaran lain seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji tanpa mendapat tentangan dari penduduk umum, kecuali dari puak picisan itu.


Dan seperti yang telah lama berlaku di England dan Amerika, banyak bangunan gereja lama yang terbiar telah dibeli oleh masyarakat Islam untuk dijadikan masjid. 

Jumaat, 16 Ogos 2013

HOLLYWOOOD DIKECAM DARI DALAM PULA.

     








Nampaknya pusat hiburan dunia (barat) iaitu Hollywood kini dikecam pula dari dalam oleh tokoh-tokoh yang bukan sebarang orang. Mereka terdiri dari Marlon Brando, Francis Ford Coppola, dan Dustin Hoffman.
        Tentu suarar-suara ini bukan ‘suara sumbang’ tapi yang mempunyai sikap ‘anti-Amerika’ atau ‘anti-barat’.
        Sebaliknya, suara ini dari mulut tokoh terkemuka Hollywood sendiri.
        Sudah tentu mereka, dan rarnai lagi suara kecil yang tidak kedengaran suaranya tahu apa yang berlaku di Hollywood.
        Ahli politik kulit uitam terkenal di Amerika, Jesse Jackson pernah menunjuk perasaan bersama beratus-ratus orang kulit hitam atau Afro-Amerika lain di luar dewan Dorothy Chandler’s Pavillion di Los Angeles semasa acara malam pemberian anugerah ‘Oscar’ diadakan April lalu.
        Mereka mengecam Hollywood, atau lebih tepat lagi studio-studio besar yang mengenepikan pelakon kulit hitam.
        Memang benar , tahun ini Hollywood tidak banyak menampilkan filem-filem dan watak-watak kulit hitam dan sehinggakan tidak seorang pelakon kaum Afro itu dicalon untuk apa-apa kategori.
        Dan pihak Akademy of motion Pictures, Arts and Sciences (AMPAS) cuba untuk memujuk mereka dengan nampilkan beberapa orang kulit putih dari perusahaan filem pada malam Oscar lalu sebagai ‘pemberi anugerah’.
        Kalau tidak gelanggang Oscar dikuasai oleh orang kulit putih sahaja.
        Ini sudah pasti akan memberi gambaran yang negatif terhadap negara Amerika atau perusahaan filem di Hollywood yang tidak bercorak pelbagai kaum.
        Fenomena Hollywood dikritik dan dikecam bukan satu fenomena baru. Ini telah berlaku sejak beberapa abad lalu.
        Tetapi, kebanyakan kecaman yang diterima datang dari kaum Arab dan Muslim sebab penonjolan negatif terhadap watak-watak bangsa dan ugama itu.
        Masyarakat Jepun dan Cina turut neerima padah yang sama. Tetapi, lama­-kelamaan apabila negara Cina menjadi kuat dengan milikki kuasa atom; dan Jepun pula mengatasi Amerika serta kesemua negara barat dari segi ekonomi, Hollywood tidak sanggup menonjolkan lagi watak-watak Jepun dalam filem keluarannya sama seperti dulu, iaitu sebagai watak Jepun yang pendek, bermata sepet dan makai katamata bulat.
        Kemudiannya pula, kaum peliwat di Amerika sendiri yang lenting, apabila watak-watak ‘gay’ dipapar secara negatif.
        Akhirnya, sebuah filam besar berjudul, ‘Philadelphia’ dibuat di mana watak utama mengidap penyakit Aids akibat perhubungan sejenisnya.
        Filem ini, sudah pasti diguna olen, AMPAS untuk membuktikan Hollywood tidak diskrismina terhadap kaum peliwat, apabila filem ini diberi anugerah filem terbaik, dan dalam kategori-kategori lain, termasuk pelakon lelaki terbaik.
        Tetapi, watak-watak dalam filem Hollywood yang tidak mungkin dapat diubah cara penonjolannya ialah watak Arab dan Muslim.
        Sehingg a tahun ini, ada filem-filem keluaran Hollywood yang masih mengguna watak Arab dan Muslim sebagai watak jahat.
        Dan tidak hairan kalau pertubuhan Arab dan Muslim melenting, disamping menunjuk perasaan menggesa agar filem tersebut ditarik dari pawagam.
        Ini sudah pasti mustahil dibuat, sabab kalau ini berlaku, ia akan membuktikan bahawa tujuan filem-filem seperti ini dibuat dianggap gagal.
        Filem-filem tersebut terus ditayang walaupun di negara-nagara Islam ia tidak diedar.
        Kebelakangan ini Hollywood dikecam oleh Marlon Brando sebagai dikuasai oleh orang Yahudi.
        Mereka, kata Marlon, pernah mengalami tekanan jiwa dan kesiksaan akibat kekejaman dari pihak Nazi, tetapi, bila mereka datang ke Amerika, mereka (orang Yahudi) sendirl gagal untuk menjadi peka terhadap perasaan kaum lain, termasuk orang Asli Amerika (Red Indians) dan kaum minoriti lain.
        Sudah tentu Marlon dikecam oleh dia yang dikuasi Yahudi di Amerika.
        Marlon ‘dipaksa’ untuk meminta maaf di atas kesilapannya memberi kenyataan itu.
        Tetapi, apa yang menakjubkan ialah orang yang tidak sebarangan seperti Marlon yang tergerak untuk mengecam Hollywood yang dikuasai oleh Yahudi. Dia bukan orang kecil; dan dia dibesarkan oleh Hollywood sehingga menjadi lagenda dunia filem Amerika.
        Sudah tentu dia layak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Hollywood.
        Kalau orang luar dari Hollywood membuat kecaman seperti ini, dia boleh ditepis begitu sahaja.
        Juga turut menakjubkan bila Dustin Hoffman dan Francis Ford Coppola turut mengecam Hollywood di Cannes.
        Francis berkata bahawa studio-studio besar di Hollywood membuat filem sama seperti menggoreng kentang goreng di restoran McDonald’s. Ia tidak mempunyai jiwa dan perasaan.
        Ini adalah benar sekali hampir kesemua filem yang dikelaarkan oleh studio besar di Hollywood mempunyai cara persembahan yang sama.
        Dan filem-filem dari Amerika yang boleh dianggap bernilai seni dibuat oleh syarikat-syarikat filem yang kecil mereka memapakkan pelakon tidak ternama dan mempunyai suasana yang benar, serta perbelanjaan yang sederhana, pada tahab Hollywodd, walaupun besar juga untuk tahab kita.
        Siapakah lagi yang akan turut mengecam Hollywood dan filem-filem yang dikeluarnya, selain dari Marlon, Dustin dan Francis?
        Sudah tentu kecaman terhadap Hollywood akan menjadi kain rancak bila oran'g di Hollywood sendiri dan seluruh Amerika, bBarat dan di Dunia Ketiga sedar apakah itu Hollywood sebenarnya.
        Setakat ini mereka cuma tahu Hollywood sebagai ‘pusat hiburan dunia’ sahaja.
        Tetapi, apakah ini benar?
        Sebenarnya, Hollywood kini sudah menjadi sebuah institusi politik, di mana filem-filem yang dihasilkan oleh studio benar mempunyai tujuan dan maksud tersirat.
        Filem bagi Hollywood dan mereka yang menkuasainya (orang Yahudi) adalah senjata untuk ‘menebak’ nilai-nilai kita, serta memperkecil-kecilkan budaya, sejarah dan bangsa kita.
        Dalam filem besar Hollywood, orang Yahudi-Amerika yang bertopeng orang Amerika, adalah wira tulen, dan orang jahat ialah orang kita dan yang berkulit gelap.
        Kita disuruh melihat orang berkulit putih (Yahudi) sebagai tuan, dan menepuk tangan setiap kali dia tembak ‘orang jahat’ yang secara tidak sedar adalah orang kita sendiri.
        Lihat filem-filem Steven Spielberg dalam siri Dr Indiana Jones, bila dia menembak orang Arab, Asli Amerika, Cina, India dan lain-lain sewenang­-wenangnya.
        Dr Indiana, seorang tokoh antropologi Yahudi-Amerika diberi perlambangan wira yang harus kita puji, dan puja.
        Pengaruh filem-filem Hollywood sebenarnya boleh dikurang atau dilesapkan kalau kita tidak disogokkan oleh dakyah mereka melalui media hiburan kita sendiri.
        Dan peronton tempatan pula dididik untuk lihat dan nilai filem-filem ini dari perspektif bukan barat, dengan kacamata yang lain.
        Sudah pasti, kalau ini boleh dilakukan, penonton tempatan dan di seluruh Dunia Ketiga tidak akan mengemari filem Hollywood lagi.
        Beberapa buah negara di Timur Tengah, serta negara Islam lain telah berjaya mendidik masyarakatnya untuk tidak menggemari filem-filem segerti ini, sehinggakan sambutannya lesu.
        Ini pula diambil-alih oleh filem-filem tempatan mereka yang menonjolkan watak, cerita, isiu tempatan yang lebih relevan kepada nilai hidup mereka.
        Negara kita boleh mengikuti apa yang telah berlaku di negara-negara tersebut dengan mempunyai rancangan mengurangkan pengaruh filem Hollywood secara tersusun iaitu dengan tidak memberi publisiti dalam akhbar maupun televisyen atau menghadkan jumlah pawagam untuk penayangan filem asing.
        Lama-kelamaan filem-filecn Hollywood akan mendapat sambutan dingin dari orang kita.
        Holly wood, sebenarnya sudah lama main-mainkan kita; dan sudah tiba masanya kita melihat Hollywood dari perspektif baru, dari kacamata kita, dan nilai filem-filem yang dihasilnya dengan sistem penilaian kita.





Selasa, 13 Ogos 2013

SEMUA IKLAN DALAM BAHASA MELAYU.










Baru-baru ini ada cadangan oleh Sekteriat Antarabangsa Melayu yang bakal ditubuhkan di Shahalam untuk minta kerajaan menyiarkan serta membenarkan semua iklan di televisyen dan radio serta bahan cetak dan papan tanda hanya dalam Bahaea Melayu.
      Ini merupakan satu cadangan yang relevan dan baik sekali. Sebab pengunaan Bahasa Melayu mesti setimpal dengan tahab pengunaan bahasa kebangsaan ini seperti yang kita mahukan.
      Dan tidak ada sebab kenapa bahasa Inggeris dan lain terus digunakan.
      Pengunaan bahasa Inggeris secara luas cuma boleh memberi erti bahawa kita masih dijajah oleh kaum Inggeris.
      Apakah ini yang kita ingin iklankwn ke seluruh dunia, termasuk kepada segelintir pelancong yang datang ke negara kita saban hari?
      Pengunaan bahasa Inggeris di iklan kini tidak relevan lagi, sebab pengetahuan Bahasa Melayu dikalangan penduduk berbilang kaum di negara kita boleh dianggap lebih luas jika dibanding dengan bahasa lain, termasuk Inggeris, Cina dan India.
      Penyelidikan oleh syarikat penyelidikan seperti Standard Research Malaysia (SRM) menunjukkan bahawa seratus peratus perduduk negara kita faseh atau boleh bertutur dan mahami Bahasa Melayu.
      Ini berbanding dengan bahasa Inggeris yang diketahui oleh peratusan yang kecil. Dan bahasa Cina dan India khusus diketahui oleh kaumnya sendiri.
      Jadi, oleh yang demikian, tidaklah wajar kalau iklan-iklan dan bahan iklan lain menggunakan bahasa lngeris, sebab sasarannya amat terhad.
      Pihak, syarikat pengiklan semestinya sudah tahu akan hakikat ini sebab mereka sering berpandukan kepada fakta-fakta penyelidikan seperti yang dikeluarkan oleh SRM untuk membuat keputusan, tetapi syarikat-syarikat ini terus menguna bahasa Inggeris.
      Pengunaannya kini boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak berasas, dan cuma memberi erti bahawa mereka tidak gemar Bahasa Melayu.
      Cuba kita lihat apakah mesej yang ingin disampaikan dalam setiap iklan di pawagam, televisyen, papan tanda dan sebagainya.
      Tidakkah apa yang ingin disampaikan itu boleh juga ditulis dlam Bahasa Melayu? Perkataan serta ideanya mudah difaham dalam Bahasa Melayu dan pengunaa bahasa lain tidak diperlukan sama-sekali.
      Malah kalau kita hendak kirakan, semua rancangan radio kecuali beberapa rancangan tertentu boleh mengguna Bahasa Melayu termasuk rancangan permintaan lagu yang sering kita dengar dari stesen seperti Radio Musik, atau Time Highway Radio.
      Juruhebah stesen ini gemar mengguna bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu sebab mereka menganggap pengunaannya boleh membuat mereka lebih sofistikated. Adakah ini benar?
      Dari apa yang mereka katakan dalam siaran mereka, ternyata pergunaan bahasa Inggeris sepetri yang digunakan bukan Inggeris sebenar, tetapi cuma. ‘slang’ atau ‘loghat’ sahaja.
      Dan kalau kita mahu belajar bahasa Inggeris dari mendengar siaran ini, kita boleh jadi keliru­.
      Pengunaan Bahasa Melayu boleh diluaskan untuk liputi semusa bidang termasuk pengiklanan, penyiaran dan lain-lain. Mana tahu negara kita akan tiba di suatu peringkat dimana orang keturunan bukan Melayu sendiri akan menegunanya dalam kegiatan dan perhubungan seharian seperti apa yang berlaku sekarang.
      Alangkah enaknya kalau negara kita, Malaysia ini dapat disatukan dengan pengunaan Bahasa Melayu oleh rakyatnya dari segenap lapisan masyarakat.
      Dan usaha menggalakkannya harus diketuai oleh kerajaan, bahkan dia Bahasa Melayu dan bidang pengiklanan.
      Satu lagi yang harus saya sentuh di sini ialah perusahaan perkhidmatan atau ‘service industry’' seperti perhotelan, penjualan makanan segera (fast-food) dan sebagainya, mesti mengutamakan pengunaan bahasa kebangsaan ini.
      Kita yang sering berkunjung ke restoran makanan segera dan hotel terkemuka akan diterima dengan ucapan ‘good morning, sir’ atau ‘'thank you, sir’ dan ‘to stay or to go’.
      Alangkah ini ganjal didengar sebab kita berada, di negara sendiri dan diucap selamat dalam bahasa asing?
      Tidakkah perusahaan perkhidmatan mengunakan Bahasa Melayu untuk memberi ucap yang begitu mudah seperti ‘selamat pagi, terima kasih’ dan sebagainya.
      Saya, sering bercakap dalam Bahasa Melayu di restoran tersebut dan menyuruh pekerja di kaunter berbuat demikian. Budak-budak di kaunter itu sebenarnya bukan pakar bahasa Inggeris dan tidak mungkin tahu mengguna bahasa asing itu dengan baik, tetapi mereka tetap gunanya, sebab itu adalah dasar syarikat.
      Sudah tiba masanya perusahaan perkhidmatan seperti restoran makan segera dan hotel gunakan Bahasa Melayu supaya, pelancong juga, boleh belajar sepatah-dua babasa kita sebagai ole-ole bila mereka pulang nanti.
      Yang hairannya juga ialah ramai pelancong asing cuba beria-ia untuk menguna perkataan-perkataan Bahasa Melayu tetapi mereka dijawab oleh pekerja hotel dalam bahasa Inggeris.
      Dengan peningkatan tahab pengunaan Bahasa Melayu di peringkat universiti, kini lebih ramai penduduk berbilang kaum kita telah didedah kepada pengunaan yang baik dalam Bahasa Melayu.   
      Dan usaha pengunaan dan perj;uturan dalam bahasa kebangsaan kita ini cuma boleh ditingkatkan kalau pengunaan bahasa ini dapat dilihat di mana-mana.
      Dengan ini adalah diharapkan agar semua papantanda, iklan dia cetak dan elektronik serta penyiaran radio serta televisyen boleh diadakan dalam Bahasa Melayu kalau apa yang ingin dikata dan dibincangkan itu mudah dan tidak melibatkan orang luar negeri.
      Ada rancangan televisyen tempatan yang mempilkan tokoh-tokoh Melayu untuk membincang isiu-isiu setempat dan semasa, tetapi bahasa yang digunakan bukar Melayu tetapi Inggeris.
      Tentu ini boleh dilihat sebagi sesuatu perbuatan yang aneh oleh orang asing sendiri.
Dan kenapa menteri kita bertutur dalum bahasa Inggeris dalam sidang akhbar? Mereka sudah seharusnya mengguna Bahasa Melayu di khalayak ramai sebab mereka pemimpin yang harus berani menunjukkan nilai kebangsaan yang baik untuk dijadikan teladan oleh masyarakat lain.
      Sama juga mereka tidak seharusnya menghisap kokok atau minum arak di khalayak ramai sebab ini boleh menjejaskan imej mereka sebagai pemimpin.
      Kalau pemimpin rakyat tidak berusaha naikkan tahab pengunaan bahasa kebangsaan mereka sendiri jangan salahkan orang lain kalau mereka gemar mengguna bahasa asing.
      Akhir sekali, negara kita sudah maju dalam banyak lapangan, dan tidaklah tepat kalau ada orang yang kata bahawa pengunaan Bahasa Melayu secara luas boleh menjejaskan pertumbuhan kebangsaan.
      Memang benar bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa, dan Bahasa Melayu belum tiba ke tahab itu.
      Tetapi, tidakkah kita terfikir bahawa peningkatan bahasa Inggeris itu ke tahab antarabangsa disebabkan orang-orang bukan Inggeris dari negara-negara luar dari England yang menggunanya?
      Dan tidakkah juga Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan itu kini sedang meningkat pengunaan dan pertuturannya di negara kita sendiri dan di rantau Asean.
      Satu hari kelak Bahasa Melayu akan menjadi bahasa antarabangsa seperti Inggeris.
      Buat masa sekarang orang yang paling layak untuk menaikkan tahab Bahasa Melayu adalah rakyat Malaysia sendiri. ]Dan kita semua boleh mainkan peranan untuk memajukan bahasa itu sebagai bahasa antarabangsa.












Selasa, 6 Ogos 2013

KENAPA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN ATAU JPJ TIDAK JADI SASARAN PIHAK PENENTANG KERAJAAN?

…DAN BAGAIMANA MENGETATKAN SYARAT DAPAT LESEN BOLEH MEMAKDA CINA DAN INDIA FASEH BERBAHASA MELAYU.
Oleh Mansor Puteh



Pihak tertentu gemar sasar beberapa agensi dan kementerian kerajaan seperti kementerian dalam negeri atau KDN. Mereka buat bermacam-macam tuduhan terhadap mereka dengan ada yang tuduh ada pihak dalam KDN beri taraf kerakyatan kepada rakyat asing khususnya dari Pakistan jadi rakyat Malaysia supaya mereka boleh jadi ‘pengundi hantu’.

Tetapi semua perbalahan dan tuduhan itu telah tidak mendatangkan faedah kepada mereka yang mengharapkan agar ada skandal yang mereka dapat rungkai.

Dan yang pelik sekali ialah kenapa pihak yang sama tidak pula mahu buat JPJ sebagai sasaran mereka?

Maknanya, kenapa mereka tidak tuduh ada pegawai JPJ yang tidak menjalankan tugas dengan baik sehinggakan terdapat ramai pemilik lesen memandu di Malaysia yang sepatutnya tidak layak mendapatnya, tetapi masih dapat.

Dan kebanyakan mereka adalah orang bukan-Melayu yang tidak faseh atau tahu bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu tetapi mereka masih tetap dapat lesen memandu.

Ini sudah tentu mencetuskan perbalahan.

Tetapi JPJ tidak pernah dituduh memberi lesen memandu kepada mereka yang tidak layak.

Sebabnya ialah kebanyakan mereka yang memilikki lesen memandu itu terdiri dari orang Cina dan India yang mempunyai latarbelakang akademik aliran sekolah Cina dan Tamil.

Mereka gagal sekolah dan tidak faseh bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tetapi mereka boleh mendapat lesen memandu dengan begitu mudah sekali.

Di negara lain, mereka langsung tidak beri muka kepada sesiapa yang tidak faseh berbahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan mereka. Dan kalau seseorang itu tidak faseh dalam bahasa ini, maka mereka tetap tidak akan diberi lesen.

Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di England dan Amerika tidak memilikki lesen memandu di sana.

Dan mereka tidak pula mahu salahkan sistem, tetapi diri sendiri.

Di Malaysia, ramai orang khususnya dikalangan bukan-Melayu akan melenting kalau syarat memilikki lesen memandu diperketatkan walaupun ia bagus untuk menghalan pemandu dari melakukan kecuaian sebab mereka tidak faham isyarat jalanraya.

Sepatutnya Malaysia sudah lama mengenakan syarat ketat untuk mereka yang mahu memilikki lesen memandu, sebab ini akan memaksa orang bukan-Melayu belajar Bahasa Melayu, sebab kalau tidak, mereka tidak boleh mendapat lesen memandu, dan ini dengan seara langsung tidak membenarkan mereka terlibat dalam banyak jenis perkerjaan termasuk perniagaan kecil.

Dan ini sudah boleh mengalak ramai dikalangan mereka untuk belajar Bahasa Melayu.

Orang Cina khususnya akan mengambil kelas tambahan untuk menguatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu mereka sebab mereka tahu tanpa penguasaan bahasa kebangsaan ini kehidupan mereka akan menjadi sukar.

Sekarang terdapat ramai pemandu teksi terdiri dari orang Cina, dan kebanyakan mereka tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan betul.

Terdapat juga orang Melayu yang tidak layak mendapat lesen memandu tetapi mereka mempunyainya, sebab mereka juga tidak faseh berbahasa Melayu secara lisan.

Tahab pemeriksaan ujian memandu juga harus ditingkatkan supaya mereka yang benar-benar faham undang-undang jalan sahaja yang layak terima lesen tersebut; dan ia tidak diberi secara sengaja kepada sesiapa yang telah layak sebab mematuhi syarat usia.

Pada masa dulu sesiapa sahaja boleh dapat lesen memandu sementara hanya dengan membelinya dari mana-mana kaunter JPJ.

Tetapi kemudian itu JPJ mengetatkan syarat dengan mengenakan mereka yang mahu dapat lesen tersebut untuk mengambil kursus khas dan lulus sebelum mereka diberi lesen sementara.

Bagaimanapun, walaupun demikian, masih terdapat ramai orang Melayu dan juga bukan-Melayu yang masih berjaya mendapat lesen sementara memandu walhal mereka tetap tidak layak.

Jadi apa gunanya untuk JPJ mengadakan syarat baru itu, yang seharusnya diguna untuk menghalang sesiapa yang tidak layak dari mendapat lesen sementara memandu, jauh sekali lesen sebenar memandu?

Ramai orang percaya kalau syarat memandu dipertingkatkan ramai orang bukan-Melayu dan juga Melayu akan tingkatkan pemahaman mereka dalam Bahasa Melayu, sebab mereka tahu betapa pentingnya bahasa kebangsaan ini dan mereka tidak akan ambil sikap buruk terhadapnya, lebih-lebih lagi dikalangan bukan-Melayu yang sehingga sekarang tidak berjaya bercakap dan menulis dalam bahasa ini.







Jumaat, 2 Ogos 2013

MELAWAT SEKOLAH PRESIDEN AMERIKA, BARACK HUSSEIN OBAMA DI MENTENG, JAKARTA:

DAN KETIKA BELIAU BELAJAR DI SATU UNIVERSITI DENGAN SAYA DI UNIVERSITI COLUMBIA
Oleh Mansor Puteh.



Tahun 1969 hingga 1971, Barack Hussein Obama belajar di sekolah ini yang dipanggil Sekolah Dasar Negeri Jalan Basuki, No 4, di daerah Menteng di Jakarta Pusat.

Ia terletak dalam sebuah kawasan perumahan yang agak ekslusif di Jakarta di daerah Menteng sejak dulu dan juga sekarang dan murid-murid yang belajar di sekolah ini ternyata dari golongan keluarga yang agak berada.

Anak-anak sekolah kelihatan memakai pakaian seragam yang segak dan kawasan sekolah juga bersih dan teratur.

Jalan di hadapan sekolah juga terlihat banyak kenderaan mewah.

Dan di sinilah dimana Barack Obama belajar dulu, dalam satu suasana yang nyaman dekat pula dengan dengan sebuah taman.

Saya sempat buat lawatan singkat ke sekolah ini semasa berada di Jakarta Jun lalu.

Dan rupa-rupanya tidak ramai orang di Jakarta yang tahu dimana tempatnya; mereka cuma tahu kawasannya sahaja.

Oleh sebab itu, teman saya di Jakarta, Mohammad Noer yang saya kenal sejak kami belajar di Bandaraya New York dulu juga tidak pernah datang ke sekolah ini, walaupun beliau sudah lama menetap di sini sejak pulang dari Amerika.

Noer adalah anak kelahiran Sumatera dan bekerja di Universitas Indonesia sebagai pensyarah. Beliau telah datang ke hotel dimana saya menginap iaitu di Jalan Raden Saleh di kawasan Cikini berdekatan pula dengan Taman Ismail Marzuki atau lebih dikenali dengan singkatan TIM.

Dan saya tidak sangka kawasan Menteng sebenarnya terletak berhampiran dari hotel dan TIM.

Namun, oleh sebab Noer tidak pernah ke sekolah Barack Obama, dia dan pemandunya terpaksa berhenti dibeberapa tempat untuk mendapat arahan untuk ke sekolah itu.

Akhir sekali kamipun tiba di sana. Dan saya rasa agak hairan atau terkejut melihat sekolah Sekolah Dasar Jalan Basuki Nombor 4 atau SD Jalan Basuki No.4 tidak kelihatan seperti sebuah sekolah seperti yang kita dapat di Malaysia.

Kawasannya padat. Dan tidak ada padang sekolah. Tempat letak kereta juga tidak ada. Yang ada cuma sebuah bangunan sekolah yang rendah dengan beberapa buah bangunan lain dimana terletak kelas-kelas pelajar.

Bangunan utama di tepi jalan ialah dewan.

Terdapat papantanda yang dipasang pada sebuah tiang pintu masuk sekolah yang mengumumkan bahawa inilah sekolah dimana Presiden Amerika sekarang, Barack Hussein Obama belajar dari 1969 hingga 1971 dulu.

Dan di dalam kawasan dalam pula terdapat sebuah patung tembaga yang berkilat mirip Barack semasa kecil, ketika dia belajar di sekolah ini.

Saya dapat tahu bahawa pihak berkuasa tidak benar patung ini diletakkan dalam taman. Oleh sebab itu mereka yang mendermanya terpaksa letakkannya dalam kawasan sekolah yang lebih tepat.

Dan orang awam atau ibu-bapa pula tidak dibenar masuk ke dalam bangunan sekolah dan terpaksa tunggu di luar bangunan.

Saya dapat lihat dalam dewan dimana ramai pelajar-pelajar yang kelihatan seperti mereka bersenam atau berlatih berlakon dalam sebuah drama.

Tidak pula tahu dikalangan mereka, siapa atau adakah diantara mereka yang bakal menjadi presiden Republik Indonesia dimasa akan datang.

Seorang lelaki yang mempunyai anak yang belajar di situ tidak rasa hairan apabila saya tanya, ‘Siapa yang bakal jadi presiden?’ Dia tahu kemungkinannya memang ada, sebab sejarah telah membuktikan yang ada seorang dari anak murid sekolah ini yang akhirnya jadi presiden.

Dan dia adalah presiden Amerika.

Barack Obama telah buat lawatan rasmi ke Indonesia dan dia sempat buat pertemuan dengan pelajar-pelajar di Universitas Indonesia (UI), yang turut dihadiri oleh rakan-rakan sekolah rendahnya.

Tetapi dia tidak sempat untuk berkunjung semula ke sekolah lamanya di Mentang.

Hasratnya untuk buat lawatan kedua ke Jakarta September 2012 lalu tidak kesmapaian.

Dalam pertemuan Barack Obama di UI, beliau bercakap sedikit dalam Bahasa Melayu. Beliau berkata, ‘Nasi goreng sedap. Bakso sedap.’

Ia membuat penonton amat gembira.

Walaupun penguasaan Bahasa Melayunya kini tidak seperti dulu apabila dia begitu faseh bercakap dengan pandai menulis dalam bahasa ini, sebab masakan dia boleh terus belajar di sekolah ini selama tiga tahun, dan akhirnya dapat menyambung pelajarannya di Amerika sehingga berjaya masuk ke Universiti Columbia dan Universiti Harvard, yang merupakan diantara universiti terulung di Amerika?

Dan secara kebetulan saya belajar di Columbia dan apabila saya selidik, saya mendapati bahawa Barack Obama sebenarnya berada di kampus semasa saya masih belajar di situ.

Ada orang yang tanya kalau-kalau saya kenal atau pernah melihatnya di Columbia. Saya sering berkata, mungin dan mungkin tidak.

Ketika itu dia belajar diperingkat sarjana muda sementara saya belajar di peringkat sarjana. Jadi kegiatan dan pergaulan kami tidak sama.

Tetapi oleh sebab Columbia mempunyai kawasan yang agak kecil, sudah pasti kami terserempak.

Columbia ketika itu tidak mempunyai ramai pelajar kulit hitam.

Mungkin saya tidak bernasib baik sebab Barack Obama tidak berusaha untuk bergaul dengan pelajar-pelajar dari Indonesia atau Malaysia yang sering berkumpul di Earl Hall dimana kami adakan acara sembahyang Jumaat dan menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Kalau beliau berminat untuk bergaul semula dengan pelajar-pelajar dari Malaysia dan Indonesia untuk kenal semula Bahasa Melayu, beliau sepatutnya telah datang ke Dewan Earl dan bergaul dengan kami.

Sudah pasti beliau akan dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik sekarang kalau beliau telah berbuat demikian.

Tetapi malangnya, beliau tidak menjengok di Dewan Earl.

Barack Obama menang dalam pilihanraya presiden buat kali kedua yang diadakan dalam tahun 2012 dulu, dengan diisytiharkan sebagai presiden Amerika buat penggal kedua, yang merupakan penggal akhir dia boleh jadi presiden negaranya yang menghadkan jangka masa seseorang itu boleh jadi presiden.

Dan kemungkinan besar beliau akan dapat buat lawatan ke sekolahnya di Menteng dan Jakarta, apabila tidak lagi jadi presiden dan jadi orang awam semula.

Mungkin juga Barack Obama akan tubuhkan sebuah yayasan seperti semua mantan presiden Amerika yang mempunyai yayasan keamanan mereka sendiri.