Khamis, 22 Ogos 2013

GRAND MOSQUÉE DE PARIS

– MASJID TERBESAR DI PARIS DAN YANG KETIGA DI SELURUH BENUA EROPAH, KISAH SEORANG PEMUDA YAHUDI DISELAMATKAN OLEH IMAMNYA DARI ASKAR NAZI DAN MASYARAKAT ISLAM DI PARIS.

Gambar dan rencana oleh Mansor Puteh



2, Place du Puits de l’Ermite, Paris 5th,.

Inilah alamat masjid terbesar di Paris dan yang ketiga terbesar seluruh benua Eropah. Stesen keretapi bawah tanah atau Metro ialah Segur, laluan 7.

Dan di sinilah saya pergi pada hari terakhir saya berada di Paris dalam bulan Ramadan yang baru lalu.

Kebetulan pula hotel dimana saya menginap berhampiran dengan Stesen Gare de I’est, dan saya hanya terpaksa berjalan beberapa tapak untuk pergi ke stesen ini untuk menaikki kereta Nombor 7 dan berhenti di Stesen Sagur.

Saya hampir terlupa untuk melawatnya sebab begitu asyik melawat ke tempat-tempat yang lebih terkenal dan popular dikalangan pelancong yang datang ke bandaraya Paris, sehinggakan saya terikut-ikut pergi ke sana dan terlupa melawat masjid yang bersejarah ini.

Ia merupakan masjid terbesar di Paris yang dibina dalam tahun 1926 sebaik sahaja selesai Peperangan Dunia Kedua, dengan dilancar oleh presiden negara Perancis ketika itu, Gaston Doumergue pada July 15, 1926. 

Kerajaan Perancis berterima kasih kepada penganut Islam di negara-negara jajahannya di Afrika sehinggakan mereka benarkan pembinaan masjid itu, yang terletak di sebuah kawasan yang agak mewah dan megah, walaupun ia kini tersepit ditengah-tengah bangunan di kiri dan kanan; namun dari jauh lagi kita sudah dapat merasa dan melihat kehadirannya dengan terpampangnya menara setinggi 26 meter tersergam di celah-celah bangunan.

Dan di sinilah dimana bukan sahaja penganut Islam di bandaraya ini berkumpul untuk mengerjakan sembahyang Jumaat dan waktu lain atau untuk acara keramaian lain tetapi para pelancong tempatan dan luar negara.

Sejak ia dibina lebih 87 tahun lalu, masjid ini telah mencipta pelbagai sejarah, dan diantaranya ialah tentang kisah bagaimana seorang imam bernama
Si Kaddour Benghabrit telah selamatkan seorang keturunan Yahudi dari ditahan dan dibunuh oleh pasukan Nazi.

Dan kisah ini baru sahaja dijadikan bahan untuk sebuah filem berjudul, ‘Les Hommes Libre’ atau ‘Free Men’ (Orang yang bebas) arahan Ismael Faroukhi, seorang pengarah keturunan Algeria.

Sebenarnya kisah pembunuhan Yahudi oleh Nazi Jerman berleluasa semasa zaman Peperangan Dunia Kedua apabila banyak orang Yahudi ditahan dan dibunuh oleh mereka.

Dan dalam dekad 1940an di Paris pula ketika itu terdapat ramai orang Islam dari Afrika termasuk kaum Yahudi suku Sephardik dan mereka seperti orang Afrika-Muslim lain bertutur dalam bahasa Arab.

Disamping itu mereka juga amal cara hidup orang Islam dan tidak pula makan makanan khinzir dan berkhatan termasuk mempunyai nama yang sama.

Jadi lelaki Yahudi itu mempunyai nama Salim Hilali, yang kemudiannya ditukar ke Simon.

Salim diberi sijil oleh Imam Si Khadour yang mengumumkan bahawa dia adalah seorang yang berugama Islam, walaupun ia adalah satu penipuan.

Tujuannya ialah untuk menyelamatkan Salim Hilali dari ditahan oleh askar Nazi dan dibunuh bersama mangsa Yahudi dalam era Holocaust.

Pada masa itu Nazi tidak ada sengketa dengan orang Arab atau Islam, maka mereka terselamat dari kekegaman Nazi, termasuk Salim sendiri, seorang penyanyi yang terkenal ketika itu yang menyanyi lagu-lagu Arab, iaitu bahasa ibundanya yang bukan bahasa Ibrani atau Hebrew yang diguna oleh kaum Yahudi di Israel sekarang yang tidak popular dikalangan Yahudi pada masa itu.

Inilah kisah yang menyayat hati yang hanya tahun lalu dijadikan bahan untuk sebuah filem, yang telah ditayang dalam sebuah pesta filem di Israel sendiri.

Sebenarnya terdapat ramai orang Yahudi yang telah diselamatkan oleh orang Arab dan Islam lain, tetapi kisah Salim ini berlaku di Masjid Besar Paris.

Dan untuk membuktikan yang Salim adalah orang berugama Islam, Imam tersebut telah juga menulis nama keluarganya pada sebuah tiang nesan untuk membuktikan kepada tentera Nazi bahawa Salim adalah orang Islam juga apabila askar Nazi tuntut bukti yang lebih sahih yang Salim Hilali adalah seorang berugama Islam.

Sebenarnya mengikut kisah yang telah disebut-sebut terdapat ramai pemuda Yahudi yang telah mendapat perlindungan dari masyarakat Islam di masjid yang sama; mereka sembunyi dalam ruang tersorok dibawah bangunan masjid itu sehingga tamat zaman Peperangan Dunia Kedua.

Namun, kisah sekitar kehidupan Salim yang paling dramatik dan berwarna, sebab dia adalah seorang penyanyi terkenal dikalangan masyarakat Arab di Paris.

Mungkin oleh sebab itu juga dia menjadi tumpuan dan keturunannya disyak oleh Nazi.

Namun dia terlepas dari ditangkap dan dibunuh oleh mereka.

Sebenarnya sekarang terdapat ramai masyarkat Islam di Paris dan Perancis dengan anggaran meletakkan jumlahnya mencapai lima hingga lapan peratus dari seluruh jumlah penduduk negara ini.

Di Moskow sahaja terdapat lebih dua juta Umat Islam, yang kebanyakannya terdari dari mereka dari negeri-negeri Islam di Asia Tengah yang pada suatu ketika itu semasa adalah di dalam Kesatuan Soviet.

Saya mengunjungi Paris pertama kali dalam bulan Februari, 1982 dulu dan dapat bandingkan keadaannya dalam lawatan kedua yang dibuat dalam bulan Jun lalu.

Dimana-mana terdapat lelaki dan wanita Islam yang kebanyakannya dari negara-negara jajahan Perancis di Afrika seperti Algeria, Tunisia dan Maghribi atau ‘Morocco’ atau ‘Moroc’ seperti yang disebut oleh orang Perancis.

Mereka yang memakai pakaian Arab ketara dan jelas Islam, tetapi terdapat ramai lelaki Arab yang kelihatan seperti orang tempatan dengan wajah mereka yang sama.

Tetapi biasanya mereka akan bercakap dalam bahasa Arab sesama sendiri dan barulah kita dapat tahu yang mereka itu orang Arab berugama Islam.

Saya sempat bercakap dengan ramai mereka yang membuka kedai dan gerai atau bekerja dalam stesen Metro.

Dan mereka rasa gembira bila saya beritau mereka saya dari Malaysia atau ‘Malasie’ ikut cara mereka.

Seorang pemuda Arab keturunan Maghribi terus beri saya tiga biji buah untuk dimakan semasa berbuka bila saya pergi ke gerainya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kini terdapat ramai orang Islam bukan sahaja di Paris dan Perancis tetapi disemua bandaraya utama di Eropah, dengan bandaraya Brussels di Belgium yang mempunyai jumlah yang paling besar dengan peratusan paling tinggi sehinggakan mereka dianggarakan akan menjadi masyarakat terbanyak menjelang tahun 2050.

Namun demikian walaupun orang Islam di Eropah dikatakan mendapat kecaman dari pihak atau kumpulan picisan anti-Islam, namum dari apa yang dapat perhatikan ialah keadaannya tidak sama seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

Orang Islam di Paris boleh bersembahyang di atas jalan di sekelilling Masjid Besar pada hari Jumaat dan pada hari kebesaran lain seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji tanpa mendapat tentangan dari penduduk umum, kecuali dari puak picisan itu.


Dan seperti yang telah lama berlaku di England dan Amerika, banyak bangunan gereja lama yang terbiar telah dibeli oleh masyarakat Islam untuk dijadikan masjid. 

Tiada ulasan: