PELANCARAN
GAH TAPI TAK LAMA KEMUDIAN IA TERKUBUR…
Oleh Mansor
Puteh
Bekas
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang kini telah dilancar
dengan begitu gah dan meriah sekali sehinggakan ramai orang awam
tertunggu-tunggu apakah akhirnya seorang P. Ramlee baru akan muncul bagi
mengatasi desakan mereka untuk mencari ‘penggantinya’.
Dan
pelbagai rancangan telah disusun dengan katelog yang dicetak yang membariskan
segala jenis kegiatan seni yang KPKK mahu galak diperkembang dan dimajukan.
Tentu sekali para karayawan semua bidang tiba-tiba menjadi bersemangat, dengan ramai mereka memerahkan otak mereka untuk menghasilkan cadangan yang boleh dikemukakan kepada KPKK untuk ditimbang diberi dana dan geran.
Tetapi
malangnya sejak November tahun lalu, ad aura-ura berkata bahawa DIKN telah
terkubur.
Mereka
yang telah dijemput untuk beri cadangan dalam sesi ‘pitching’ di sebuah hotel
lima-bintang akhirnya pening; mereka terlihat bintang bertaburan di sekelilling
kepala.
Apa sudah jadi dengan DIKN yang sudah tentunya telah dirancang oleh pegawai dan pakar di KPKK dengan terperinci dengan mendapat suntikan sebanyak RM200 juta dari kerajaan pusat?
Dan apa sudah jadinya dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kempen pilihanraya ke-tiga-belas dulu yang berlangsung di Sri Perdana bila sekumpulan pengkarya seni dijemput mendengar pengumuman tersebut.
Mereka
senyum riang. Senyuman mereka bertambah lebar apabila Najib mengumumkan bahawa
KPKK sudah ada RM112 juta untuk diagihkan dalam DIKN dengan wang tambahan boleh
diberi oleh kerajaan sekiranya jumlah yang ada itu tidak mencukupi.
Tetapi
sekarang kita dapat tahu bahawa DIKN sudah dibatalkan; ia mati tak berkubur.
Dan kecelaruan ini ditambah lagi apabila KPKK telah dibahagikan ke dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang diketuai oleh Datuk Shabbery Cheek dan Datuk Nazri Abdul Aziz.
Kedua-dua
mereka masih lagi tidak membuat pengumuman tentang hala tuju yang mereka mahu
adakan, samada DIKN masih dikekalkan dibawah kementerian mana.
Dan apa
yang akan terjadi dengan mereka yang telah membuat permohonan dana dan geran
untuk terbit pelbagai jenis karya seni termasuk filem dan dokumentari?
Jadi
akhirnya ke mana hala tuju industri kreatif negara itu sendiri, apakah ia akan
dibiarkan seperti dulu, dengan pihaik swasta mendominasinya untuk membuat
segala apa yang mereka suka?
Atau apakah satu perancangan baru yang boleh dan harus dilakukan untuk meneruskan DIKN tetapi dengan cara yang baru dengan kegigihan baru oleh menteri berkenaan.
Kemungkinan
besar DIKN terletak dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Jadi adalah menjadi tanggung jawab Menteri Datuk Shabbery buat sedikit pengumuman mengenainya sebab kegiatan DIKN ini boleh dianggap sebgai kegiatan induk kepada perkembangan industri kreatif itu sendiri.
Tanpa DIKN kegiatan dan industry kreatif negara akan menjadi lesu, dan kalau ia dibiarkan, lambat-laun atau lama-lamaan ia akan pudar.
Sebenarnya
DIKN mempunyai konsep yang baik; dan ia boleh menggerakkan industri kreatif
kalau perancangan asalnya dapat dilaksanakan dan pemohon yang bijak dan kreatif
sahaja yang boleh diberi manfaat darinya dan bukan mereka yang hanya mahu
berkecimpung dalam bidang seni dan kreatif oleh sebab mereka fikir mereka boleh
dapat dana dan geran.
Malangnya pinjaman dana yang diberi kepada beberapa penerbit filem oleh KPKK dulu yang ditadbirkan oleh Bank SME dan BSN telah ternyata gagal.
Tidak
sebuah filem yang mendapat dana dari KPKK boleh dianggap sebagai telah
mengharumkan nama negara, kecuali filem ‘Bunohan’ yang mendapat pinjaman dari
BSN, walaupun kutipannya di pawagam tempatan tidak mengkagumkan.
Tetapi filem-filem lain yang mendapat sokongan dari SME dan BSN ternyata gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan