Ahad, 21 Julai 2013

BERTEATER UNTUK MENAIKKAN TAHAB PENGUNAAN BAHASA MELAYU DIKLANGAN PENUNTUT DAN MASYARAKAT BUKAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh







Kegiatan teater baik untuk latihan mengucap, bertutur serta lakon dan bergaul. Jadi, tidak hairanlah kalau dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris di universiti dan institut pengajian tinggi bidang teater sering digalakkan sebagai salah sebuah kegiatan penting.
Pengajian bahasa Inggeris di institut pengajian tinggi tempatan telah menggalakkan penuntut untuk mengambil kegiatan dalam teater supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman dan pengunaan mereka dalam bahasa ini.
Jadi, sehingga kini, terdapat banyak penuntut, khususnya bekas penuntut yang memanjangkan kegiatan berteater dalam Bahasa Inggeris sehingga memereka keluar dari universiti.
Dan kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris ini telah berkembang sehingga ia kini menjadi satu uktiviti kebridayaan untuk kelompok tertentu atau lebih dikenali sebagai ‘elitis’:
Terdapat banyak kumpulan teater bahasa Inggeris yang telah ditubuhkan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya khususnya dan di negeri-negeri lain.
Dan tidak hairanlah kalau kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris ini telah membentukkan satu ‘sub-culture’ khusus untuk mereka yang mengagongkan bahasa asing itu.
Boleh dikatakan bahawa kegiatan berteater dalam bahasa Inggeris telah membuat  kegiatan berteater dalam Bahasa Melayu terketepi. Orang lebih menganggap bahasa teater Inggeris itu lebih hebat atau tinggi tahabnya jika dibandingkan dengan teater Melayu.
Kenapakah ini berlaku?
Tidakkah boleh pihak kenterian pendidikan, misalnya muatkan bidang teater dalam sukatan pelajaran dan pengajian Bahasa Melayu khusus dikalangan penuntut bukan Melayu, supaya mereka dapat bergiat dalam bidang ini untuk meninggikan kefahaman dan pengunaan mereka dalam bahasa kebangsaan itu?
Kalau teater Inggeris telah menyebabkan kenaikan tahab penerimaan masyarkat tempatan terhadap bahasa Inggeris, tidak sukar difikirkan kalau teater Bahasa Melayu juga boleh menyebabkan kenaikan tahab penerimaan bahasa ini dikalangan penuntut dan masyarakat bukan Melayu.
Cuba fikirkan: Penuntut bukan Melayu, khususnya, bertutur dalam bahasa kebangsaan dalam bilik darjah, dan bila mereka ke luar ke kantin atau berjalan sesama sendiri di koridor, mereka akan bertutur dalam bahasa ibunda.
Pengunaan Bahasa Melayu pada kebanyakan mereka cuma sesuai untuk mendapat markah dan lulus peperiksaan.
Jadi, satu cara untuk menggalakkan penuntut bukan Melayu untuk terus mengguna bahasa kebangsaan seterusnya di luar bangku sekolah dan di jadikannya satu kegiatan seharian ialah dengan memupukkan kegiatan berteater dikalangan penuntut.
Sehingga kini tidak terdapat satu sekolah menengah atau tinggi maupun universiti dan institut pengajian tinggi di negara kita yang mempunyai sebuah kelab teater Bahasa Melayu dengan keahlian terdiri dari penuntut bukan Melayu.
Ini berbanding dengan kelab-kelab teater bahasa Inggeris yang telah ditubuhkan oleh ramai penuntut pengajian bahasa Inggeris dalam institut pengajian maupun di luar.
Mungkin kalau kenterian pendidikan menegalakkan penubuhan kelab teater Bahasa Melayu dikalangan penuntut bukan Melayu sebagai dalam sukatan pelajaran di masa depan kita akan dapat lihat pertumbuhan yang sihat dalam pengunaan bahasa kebangsaan di peringkat swasta, disamping luaskan pengunaan bahasa kebangsaan.
Kelab-kelab teater dalam bahasa Inggeris atau Kelab Teater Inggeris telah digalak penubuhannya oleh pegawai Inggeris tatkala Malaya dibawah penjajahan mereka dulu.
Ini berlaku di kalangan orang awam yang berminat dengan seni teater dan dalam sukatan pelajaran pengajian di institut pengajian tinggi.
Tujuannya ialah untuk menggalakkan orang bukan Inggeris terus berminat dengan bahasa asing ini, sehingga ia boleh rubah corak dan cara hidup mereka.
Dan sekarang ini jelas ketara di mana kita dapat lihat pertumbuhan satu ‘sub-culture’ di kalangan sekolompo& masyarakat orang Malaysia daii semua latar belakang dan keturunan bertutur dalam bahasa Inggeris dan mempunyai corak dan cara hidup mirip orang Inggeris, kalau tidak lebih dari mereka.
Teater Inggeris di Kuala Lumpur terus berkembang sebab mendapat sokongan dari sekolompok penuntut yang terdedah dengan teater Inggeris samasa menuntut di universiti dahulu.
Dan teater Melayu pula terus dipelopori dan dimajukan oleh bekas penuntut universiti dan lain-lain yang berminat dengan teater Melayu.
Dan kini jelas ketara di mana orang bukan Melayu tidak libatkan diri dalam teater Melayu sebagai pengiat maupun penonton.     Oleh yang demikian teater Melayu kini telah hilang peranannya sukar untuk menghibur peminat teater Melayu yang terdiri dari orang Melayu sendiri.
Sesuatu yang terdesak harus dibuat untuk mengubah kedudukan anih ini.
Dan salah satu dari caranya ialah untuk mengadakan sukatan pelajaran di sekolah lagi untuk menggalakkan penuntut bukan Melayu menceburkan diri dalam teater Melayu dengan  menubuh kelab sama seperti penuntut tempatan yang digalakkan untuk bergiat dalam teater Inggeris oleh penjajah Inggeris dulu.
Lama-kelamaan kegiataan teater Melayu ini dapat dianggap sebagai suatu kegiatan biasa dikalangan masyarakat bukan Melayu untuk terus bergiat dengannya dan sebagai penonton am.
Tidak hairan juga kalau satu hari nanti, teater Bahasa Melayu boleh mendapat sokongan pengiat dan penonton dari kalangan orang bukan Melayu.
Ini dengan sekaligus menggalakkan mereka mengguna bahasa kebangsaan dan menikmati budaya tempatan dan naikkan tahab penerimaan bahasa ini dan meletakkannya ke tahab yang lebih tinggi dan murni.
Kementerian Pendidikan harus menyedari bahawa kegiatan teater ini bukan sesuatu yang enteng, khusus untuk mereka yang gila dengan teater.
Bahkan, sebaliknya teater Melayu khususnya boleh mainkan peranan penting untuk meninggi tahab penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, disamping meluaskan pengunaan bahasa ini di kalangan orang bukan Melayu.
Adalah menjadi harapan saya agar terdapat sebuah kelab yang ditubuhkan oleh orang bukan Melayu yang khususnya memberi persembahan teater dalam Bahasa Melayu, sama seperti terdapat dengan begitu banyaknya kumpulan teater bahasa Inggeris yang ditubuhkan oleh orang tempatan yang bukan Inggeris.










Tiada ulasan: