Sabtu, 5 Oktober 2013

PERJUANGAN CHIN PENG BELUM SELESAI – SIAPA YANG MAHU PERJUANGKAN RANCANGAN DIA?

Oleh Mansor Puteh



Walaupun Parti Komunis Malaya atau KPM atau Communist Party of Malaya (CPM) sudah terkubur, bila Chin Peng dan rakan-rakannya berjanji untuk letak senjata, dan Chin Peng atau Ong Boon Hua sendiri telah meninggal dunia pada 16 September – pada Hari Malaysia ke-50 yang juga kebetulan ulangtahun kelahiran Lee Kuan Yew yang kesembilan-puluh, tetapi perjuangan komunis dan Chin Peng belum selesai.

Siapa yang beria-ia mahu perjuangkan rancangan mereka?

Chin Peng tidak dibenar balik atau datang atau melawat Malaysia semasa dia masih hidup sebab dia kata dia dilahirkan di Setiawan, Perak di mana dia masih mempunyai anak dan saudara dekat lain yang menetap di situ.

Dan hasratnya untuk abunya dibawa ke Malaysia sekarang selepas dia meninggal dunia dan mayatnya dibakar di sebuah kuil Buddhis di Bangkok minggu depan, juga tidak kesampaian.

Kerajaan dan ramai orang tidak benarkan Chin Peng laksanakan hasratnya, yang orang semua boleh teka dan agak apa sebabnya maka dia mahu abu badannya dibawa ke Malaysia sekarang.

Ia tidak lain untuk dijadikan satu tokong baru atau pusat mendewanya.

Ya, sekarangpun ada sekelompok manusia yang terang-terang mendewakannya seperti dia seorang pejuang.

Memang Chin Peng dan KPM pernah dijemput berarak di London selepas Perang Dunia Kedua sebab mereka telah juga membantu penjajah Inggeris tumpaskan kuasa Jepun yang telah menjajah Tanah Melayu.

Tetapi perjuangan KPM bukan untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun tetapi untuk selematkan ramai orang Cina yang diburu oleh Jepun, yang sebelum ini mempunyai angkara dengan Negeri Cina, dalam mana mereka telah menguasa sebahagian negeri itu.

Dan Jepun merampok dan membunuh ratusan ribu orang Cina di negeri itu dan apabila mereka berjaya tawan Tanah Melayu, orang Cina di sini turut jadi sasaran mereka.

Itulah sebabnya KPM beria-ia mahu bantu Inggeris untuk tumpaskan Jepun.

Namun, Inggeris dan KPM masih gagal sebab Jepun lebih berkuasa.

Jepun hanya terpaksa mengaku kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dimusnahkan dengan bom atom oleh Amerika pada 6 dan 8 Ogos, 1945 dulu, yang menyebabkan Jepun lumpuh dan dengan ini kuasa mereka di Tanah Melayu dan negara-negara di Asia turut terlepas dari penjajahan mereka.

Komunis adalah anarkis.

Malangnya mereka yang menggangap diri mereka western-liberal atau liberal-barat boleh juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini, sebab tindak-tanduk mereka adalah seperti anarkis; sebab mereka tidak takut dengan kuasa dan suara keramat majoriti.

Mereka ambil bahagian dalam pilihanraya sebab ia untuk membuat mereka diterima oleh orang awam dibawah Perlembagaan untuk mendapat tempat dalam aliran politik tanah air.

Namun, mereka masih tidak terima keputusan dimana mereka kalah. Mereka hanya terima keputusan pilihanraya bila mereka menang kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dimana mereka bertanding.

Kaum anarkis di Malaysia sekarang mungkin tidak mengaku mereka anarkis, jauh sekali komunis.

Tetapi apa bezanya seorang anarkis dan komunis?

Anarkis adalah perkataan yang longgar; yang meliputi fahaman kebaratan dan keparatan, dan mereka yang boleh digelar sebagai anarkis itu terlepas dari dikecam sebagai komunis.

Sebenarnya, mereka adalah ‘komunis baru’ yang takut guna nama ini tetapi bertindak seperti liberal kononnya.

Dalam zaman yang baru ini, mereka tidak guna senjata seperti kadre KPM, tetapi mereka guna senjata IT, dan wujud di alam maya, dan sekali-sekala hentak tumit mereka di atas jalan dengan menempek slogan kosong yang mempunyai kata-kata yang sudah lama basi.


Tiada ulasan: