Jumaat, 25 Oktober 2013

KL GANGSTER 2 DAN PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU, KEDAH – MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster 2 telah ditayangkan di pawagam, dan sehingga kini kutipannya tidak seberapa berbanding dengan filem asalnya yang berjaya mengutip sedozen juta ringgit.

Mantan menteri besar Kedah kerajaan PAS, Azizan Abdul Razak yang meninggal dan memberi peluang untuk pengundi di kawasan Sungai Limau balik ke peti undi untuk pilih calon pilihan mereka.

Sehingga kini orang Melayu khususnya tidak tahu apa sebenarnya ‘perjuangan’ Azizan yang ramai orang dari parti PAS kata dia telah berjuang sehingga ke penghujung nyawanya.

Dia tidak membawa kemajuan pada Kedah, tetapi telah menyebabkan negeri ini jatuh balik ke Umno dan Barisan Nasional, setelah PAS pegangnya satu penggal sahaja.

Dia mengakhiri riwayat hidupnya dengan kedua belah kakinya dipotong dan kemudian diberi anugerah Tan Sri, untuk menjadi pemimpin PAS yang pertama mendapat gelaran seperti itu, walaupun jasanya kepada negara dan Melayu khususnya tidak tahu apa.

Bagus kalau PAS dapat mengisahkan apakah sebenarnya perjuangan hidupnya yang telah menjangkau begitu lama sehingga berjaya menjadi menteri besar Kedah dari parti ini, yang pertama.

Yang menarik sekali ialah beliau mungkin pemimpin PAS yang pertama dan juga terakhir menjadi menteri besar Kedah.

Nik Aziz yang telah menjadi menteri besar Kelantan lebih lama, hingga lebih tiga-puluh tahun tidak pula difikir layak diberi anugerah Tan Sri, lebih-lebih lagi sekarang beliau sudah meletakkan jawatan untuk membuka peluang kepada muka baru ambil alih jawatan itu.

Penerbit dan pengarah filem tidak pula beritau apa sebenarnya tema filem KL Gangster dan KL Gangster 2. Mungkin mereka tidak ada tema sebenarnya atau sebab utama kenapa mereka mahu buat filem seperti itu.

Dan penonton yang telah menyokong filem pertama mereka juga tidak tahu kenapa mereka suka filem ini dengan membuatnya filem yang paling berjaya di negara dengan mengutip sedozen juta ringgit di pawatam.

Kita boleh teka: KL Gangster 2 adalah sebuah filem tentang Melayu lawan Melayu. Mereka ada kumpulan gangster yang mahu rebut kawasan yang sama.

Dan di sini ada persamaan diantara filem ini dengan PRK Sungai Limau di Kedah. Ia adalah tentang adalah tentang Melayu mahu lawan Melayu.

Dan lagaknya tidak berbeza dengan lagak gangster dengan ada pihak-pihak yang mahu bertekak dan maki-hamum semasa berkempen, untuk membuktikan pihak lawan tidak baik berbanding dengan mereka, dengan pihak PAS mengguna pembesar suara atau ‘loud hailer’ yang tidak dibenarkan semasa penamaan calon beberapa hari lalu.

Dan walaupun sesiapa yang mahu adakan ceramah mesti mendapat kebenaran atau permit dari polis, tentu ada pihak tertentu yang tidak akan endahkan peraturan ini. Mereka bersikap seperti gangster atau ahli kumpulan haram atau gelap yang terang-terang berani langgar peraturan dan undang-undang negara yang mereka beria-ia mahu tadbir. 

Inilah tahab politik di Malaysia apabila orang yang bertanding mahu buktikan kepada pengundi pihak lawan adalah tidak baik; mereka tidak mahu tunjukkan yang mereka itu baik.

Mungkin pihak lawan tidak ada yang baik untuk dibincangkan, jadi mereka kecam pihak lain iaitu kerajaan.

Dalam banyak ceramah politik inilah sahaja cara yang digunakan oleh ahli politik pembangkang.

Jadi isiu sebenarnya tentang PRK Sungai Limau ialah mengenai Melayu lawan Melayu yang mahu rebut kawasan yang dikuasai oleh Melayu.

Orang Islam berlawan dengan Orang Islam lain untuk membuktikan bahawa pemahaman mereka tentang ugama Islam itu sendiri begitu cetek, sehinggakan mereka sanggup ketepikan ugama demi mahu tonjolkan diri sendiri yang kononnya mempunyai primsip yang boleh beri kebaikan dan kemajuan kepada pengundi di Sungai Limau, yang telah sekian lama tidak dapat mengecapi kemajuan, maupun dari Umno atau PAS.


Jangan sampai perpaduan umat Islam di Malaysia akan hanyut dalam Sungai Limau, yang sepatutnya dibiarkan airnya mengalir dengan tenang.

Tiada ulasan: