…IA
TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT PALESTIN DAN KEAMANAN DUNIA, JAUH LAGI MAHU GUGAT
KEDUDUKAN ZIONIS DI TIMUR TENGAH.
Oleh
Mansor Puteh
Yayasan
Kepimpinan Global Perdana atau Perdana Global Peace Foundation (PGPF) telah
mula menganjurkan sebuah persidangan tentang Palestin pada tahun 2004, tapi
masalah di Palestin tidak juga selesai.
Dan Yayasan ini telah menganjur persidangan yang sama beberapa kali sehingga tahun ini dan juga sebuah Tribunal Jenayah Peperangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International War Crimes Tribunal untuk membicara jenayah yang dilakukan oleh Presiden George W Bush dan Perdana Menteri Britain Tony Blair.
Dan
mereka menjemput puluhan orang yang kononnya tokoh dalam pelbagai bidang untuk
bercakap, tetapi ramai yang berceloteh dan menceceh sahaja.
Sedangkan masalah di Palestin tidak juga selesai.
Dan George W Bush dan Tony Blair juga tidak menerima sebarang tamparan; dan mereka terus hidup aman dan bahagia selepas bersara dari jawatan masing-masing.
Amerika
terus mengganas dan negara Arab terus berpecah dan hancur, dengan Mesir menjadi
negara Arab yang paling teruk diikut dengan Syria .
Apa
sebenarnya yang mahu dicapai oleh Yayasan ini?
Mereka
belanjakan puluhan juta ringgit untuk menganjur persidangan tersebut dan satu
hapahpun mereka tidak dapat capai.
Dan
sudah pasti mereka akan menganjur persidangan yang sama atau yang hampir sama
dimasa depan, dan keputusannya atau kesannya juga tidak seberapa, seperti dulu.
Dan
mereka akan jemput tokoh dari Amerika dan Kanada yang sama, yang akan bercakap
tentang perkara yang sama.
Ada seorang
profesor undang-undang dari Kanada yang kecam CIA.
Tetapi
apa yang dia tidak tahu ialah CIA adalah CIA, dan sebarang apa kecaman yang
dilemparkan kepadanya, tidak akan merubah sikap dan tindakan yang mereka telah
lakukan selama ini.
Dr
Mahathir, selaku presiden atau pengerusi Yayasan ini akan terus bercakap
tentang perkara yang sama, dan dia akan mendapat tepukan gemuruh dari para
pembentang kertaskerja atau ahli panel dan orang awam.
Tetapi orang di Palestin akan terus diserang oleh Zionis dan ada yang akan mati dalam serangan ini.
Tetapi orang di Palestin akan terus diserang oleh Zionis dan ada yang akan mati dalam serangan ini.
Dr
Mahathir juga akan dilihat sebagai penyokong kuat Palestin.
Tetapi
kesannya seluruhnya adalah tidak seberapa.
Jutaan
ringgityang telah dibelanjakan untuk menganjur persidangan yang telah diadakan
itu sepatutnya diguna untuk membantu rakyat Palestin, dari digunakan untuk
penganjuran persidangan tersebut.
Dan ramai orang yang telah dijemput bercakap dalam persidangan yang telah diadakan, sepatutnya tidak dijemput.
Sebabnya
ialah mereka tidak pernah bercakap tentang perkara yang bijak atau penting.
Mereka cuma tahu meluahkan perasaan marah sahaja.
Apa yang
Yayasan ini boleh dan mesti lakukan ialah untuk membuat penyelidikan secara
bersungguh-sungguh untuk memastikan bagaimana Zionis dapat mempengaruhi Amerika
sehinggakan mereka boleh lakukan segala apa yang bertentangan dengan pegangan
negara itu sendiri dan Perlembagaan Amerika.
Kalau
ini telah dilakukan dan dengan senyap-senyap, sudah pasti mereka akan dapat
tahu apakah masalah sebenarnya di Timur Tengah sekarang dan bagaimana mereka
boleh mengatasi masalah itu, dengan membabitkan pemimpin Arab di negara-negara
di sekelilling Israel sekarang.
Tidak
ada guna untuk Yayasan atau sesiapa bercakap tentang Zionis dan Israel tanpa
tahu apa faktor yang menyebabkan pemimpin Zionis terus bermaharaja-lela dan
terlepas dari kecaman rakyat Amerika yang kini menderita sebab negara mereka
menghabiskan belasan bilion dolar Amerika setahun untuk beri dana khas kepada
negara Zionis itu.
Ia
adalah pembaziran wang yang boleh digunakan untuk kebaikan rakyat Amerika
sendiri dan bukan untuk terus mengkuhuhkan kedudukan negara Zionis yang
mengguna dana tersebut untuk menguatkan kuasa tenteran mereka dan membuka
kawasan penempatan haran
di tanah Palestin secara berterusan seperti apa yang berlaku sekarang.
Sehinggakan
pemimpin Palestin tidak dapat peluang untuk berbincang dengan pihak Zionis di
meja perundingan, sebab tanah mereka sudah banyak dirampas dalam masa Zionis
dan Amerika mahu tuntut pemimpin Palestin kembali ke meja tersebut.
Dan
faktor-faktor inilah yang seharusnya ahli panel yang dijemput oleh Yayasan ini
bincangkan dan bukan perkara-perkara lain yang sudah diketahui oleh umum.
Dan
kenapa Bush dan Blair mesti diheret ke dalam sebuah mahkamah atau tribunal
seperti itu?
Sedangkan mereka tidak akan dikecam dan dihukum?
Dan kalau mereka enggan terlibat dengan tribunal itu untuk menjawap segala tuduhuan yang dilemparkah dalam tribunal, maka tribunal sudah boleh dan lama dulu buat keputusan dan hukum mereka
Akhirnya
Yayasan akan dituduh untuk mempermain-mainkan isiu sebenar, sementara rakyat
Palestin terus menderita.
Apa lagi
yang Yayasan ini mahu capai dengan hanya bercakap, berceloteh dan menceceh
tentang masalah di Palestin yang ahli panel setia mereka telah lakukan sejak
2004 sehingga sekarang?
Dan bila
lagi Yayasan akan anjur persidangan seperti ini?
Tahun
2014 adalah masa yang paling sesuai, sebab ia adalah genap sepuluh tahun
Yayasan ini mula anjur persidangan tentang Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan