…ORANG
MELAYU KHUSUSNYA YANG TIDAK PERNAH BELAJAR DAN MENETAP DI AMERIKA SAHAJA YANG
MAHU MAKAN DI RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA!
Oleh
Mansor Puteh
Apa
sebenarnnya yang mendorong orang Melayu pergi berduyun-duyun ke restoran
makanan segera Amerika?
Apa sebenarnya yang mengalak orang Melayu dikalangan anak muda yang ghairah dengan muzik dan filem serta rancangan televisyen dari Amerika?
Tentu
ada sebabnya.
Bagaimana perkara ini atau masalah ini boleh berlaku, dan siapa yang menyebabkannya berlaku?
Bagaimana perkara ini atau masalah ini boleh berlaku, dan siapa yang menyebabkannya berlaku?
Dulu orang Melayu tidak begitu. Tetapi sekarang ramai orang Melayu yang gemar makanan Amerika, menonton rancangan hiburan dari Amerika serta berlagak seperti orang Amerika.
Mereka
yang terpengaruh dengan dakyah Amerika tidak sedar apa yang mereka lakukan,
sebab mereka tidak ada pertahanan diri dan kesedaran,
Ia
adalah satu pemandangan yang amat menyedihkan; terdapat lebih ramai orang
Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika, berbanding dengan
kaum lain.
Dan apa
yang saya dapat perhatikan ialah mereka yang pergi ke sana , tidak kira Melayu atau bukan-Melayu
hampir semuanya terdiri dari mereka yang tidak pernah belajar dan menetap di
Amerika.
Sebaliknya,
semua rakan-rakan saya yang belajar dan menetap di Amerika beberapa tahun tidak
berminat langsung untuk pergi ke restoran seperti itu.
Malah
mereka yang gemar guna perkataan Inggeris dalam perbualan dalam Bahasa Melayu,
terdiri dari mereka yang juga tidak faseh berbahasa Inggeris atau yang pernah
belajar dan menetap di Amerika.
Mereka rasakan kalau mereka mahu menunjuk seperti mereka faseh berbahasa Inggeris, mereka harus guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian yang biasanya dilakukan dalam Bahasa Melayu itu sendiri.
Ini yang
menyedihkan.
Orang
Melayu yang gemar pergi ke restoran makanan segera Amerika dan yang mahu atau
suka guna perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan seharian mereka,
sebenarnya mempunyai masalah jati-diri.
Maksudnya,
mereka tidak ada jati-diri Melayu yang sebenarnya.
Mereka
mahu berlagak seperti orang Amerika Palsu atau Tiruan atau Fake Americans atau
Pseudo-Americans.
Kalau
mereka pernah ke Amerika, walau satu haripun, sudah pasti mereka tidak akan
beria-ia mahu berlagak seperti orang di sana .
Mereka
yang tidak pernah ke Amerika dan menetap lama di situ, termasuk menetap di England dan negara-negara Kulit Putih lainpun
tidak akan mahu berlagak seperti orang di sana .
Malah,
orang Melayu yang menetap di negara-negara Barat itu, semuanya lebih Melayu dan
tidak mahu berlagak seperti Mat Salleh Celop.
Dan
wanita Melayu khususnya yang suka mengguna mekap dan pakaian yang kononnya
mempunyai fesyen terkini boleh dikatakan semuanya terdiri dari mereka yang
terikut-ikut dengan gaya
Amerika yang mereka dapat lihat dalam televisyen atau media cetak.
Malahan
semua kumpulan rap dan heavy metal atau rock yang ada di Malaysia
terdiri dari anak-anak Melayu yang rata-rata tidak faseh berbahasa Inggeris
atau yang pernah belajar dan menetap di luar negeri.
Merekalah
yang gemar bercakap dalam bahasa Inggeris dalam loghat Amerika, yang mereka
tiru dari menonton filem atau rancangan televisyen lain.
Dan merekalah juga yang berduyun-duyun pergi ke persembahan oleh penghibur dan penyanyi dari Amerika dan barat.
Sedangkan
mereka yang pernah menetap di Amerika dan di luar negara tidak berminat untuk
buang ratusan ringgit untuk beli tiket menonton persembahan seperti itu.
Ia
adalah persembahan yang jelek, hodoh dan yang dipersembahkan oleh penghibur
Amerika yang teridiri dari mereka yang tidak berpendidikan.
Boleh
dikatakan hampir semua penghibur Amerika dan di England terdiri dari mereka yang
gagal di sekolah; jadi mereka terpaksa guna suara mereka untuk menyanyi dengan
yang lain masuk dalam bidang hiburan dan senilakon untuk cari nafkah hidup.
Dan
kalau mereka sering dapat publisiti meluas dalam akhbar ia adalah disebabkan
kebanyakan wartawan dan penyunting ruang hiburan juga terdiri dari mereka yang
tidak pernah belajar dan menetap di Amerika.
Jadi
mereka, seperti orang Melayu lain yang gemar makan di restoran makanan segera
Amerika, juga rasa malu kalau mereka tidak sokong penghibur dari Barat, dengan
menyiarkan segala apa berita tentang mereka, walaupun berita itu adalah tentang
mereka yang kurang terkenal di Malaysia.
Jadi,
mereka sama seperti yang bekerja di stesen televisyen yang gemar ke pesta dan
pemasaran filem dan televisyen di Eropah dan Amerika dengan membeli rancangan
dari Amerika khususnya untuk disiar oleh stesen mereka.
Ini juga
disebabkan bahawa dengan cara ini mereka dapat melantong pergi ke luar negara
makan angina, sambil beli rancangan televisyen dan jadikan stesen televisyen
mereka stesen propaganda Amerika.
Televisyen
di Malaysia telah mula diadakan dalam tahun 1963, tetapi sehingga kini, lebih
lima-puluh tahun, ia masih bergantung kepada negara Amerika dan juga Hong Kong
serta India
untuk mendapat rancangan.
Masalah ini menjadi-jadi dengan adanya Astro yang lebih menyiarkan rancangan dari Amerika dan negara asing dari negara sendiri.
Mereka
ada beberapa stesen yang menyiar rancangan tempatan, tetapi ia tidak seberapa.
Mereka
juga tidak berusaha untuk menyiar rancangan dari negara Arab dan Islam lain
termasuk dari Afrika dan Amerika Selatan dan sebagainya.
Mujur
saya ada pendidikan formal dalam bidang pengiklanan, jadi saya tahu untuk tidak
jadi mangsa propaganda yang diguna oleh pihak asing khususnya dari Amerika yang
mahu mengubah pemikiran dan tindakan orang Melayu untuk lebih gemar dengan cara
hidup dan makanan mereka dari cara hidup dan makanan sendiri.
Tetapi
tidak ramai orang Melayu yang mempunyai sikap dan pandangan seperti itu.
Itulah
yang menyebabkan ramai diantara mereka yang jadi mangsa propaganda pengiklanan
yang mahukan mereka benci dengan diri sendiri dan lebih gemar cara hidup
termasuk makanan Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan